PK07 – LAMPIRAN 3
SEKOLAH KEBANGSAAN LOK YUK LIKAS,
PETI SURAT 12122, 88823 KOTA KINABALU
SABAH
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 3 / TAHUN 2021
TAJUK MINIT MESYUARAT : MESYUARAT KURIKULUM
BIL / TAHUN : 3 / 2021
TARIKH : 20 MEI 2021
HARI : KHAMIS
MASA : 8.45 PAGI – 12.30 PAGI
TEMPAT : Lokasi masing-masing
MEDIUM : Goggle Meet
PENGERUSI : Encik Fo Nee Khen (Guru Besar)
KEHADIRAN
Hadir
1. En. Fo Nee Khen Guru Besar
2. En. Herman Bin Hj. Yubing PK1
3. Pn. Florence Sapai PK HEM
4. En. Mohamad Ja-Affar Bin Mohd Yusoff PK KoKuM
5. Pn. Frederica Tingka PK Petang
6. Pn. Suryamegawati Bt. Hj. Sutajil Guru UBK
7. Pn. Hjh. Sitti Nadirah Binti Hj. Mohd Salleh
8. Pn. Amita Binti Luntid
9. Pn. Roziah Binti Mazlan
10. Pn. Sahridah Binti Lokman
11. Pn. Zulailah Rahim
12. Cik Sabtia Binti Matlin
13. Pn. Rosyati Binti Mujari @Sujari
14. Cik Hjh. Lydia Wati Binti Hj. Ajamain
15. Pn. Nooraidah Binti Hj. Ahmad
16. Cik Brenda Binti Vincent
17. Pn. Dayang Rohana Bte Amat
18. En. Faisal Bin Ishak
19. Pn. Berlinda Davids
20. Pn. Hjh. Saliza Binti Ali
21. Pn. Jumida binti Tamaruddin
22. Cik. Rosinah Binti Minji
23. En. Salehudin Bin Othman
24. Pn. Shantyriver Elity Sulaiman
25. Pn. Norhazlynda Binti Asaad
26. Pn. Corina S Binting
27. Pn. Chak Kam Fung
28. Pn. Chin Bin Syiu
29. Pn. Evalina Liew
30. Pn. Elvina Binti Thomas
31. Pn. Dg Afsah Binti Hj. Moksin
32. Pn. Jen Lee Shee Zee
33. Pn. Malini Bt Masangku
34. Pn. Nancy Lo Bitt Fui
1
35. Pn. Norsuhailah Binti Hj Ag.Osman
36. Pn. Norzailah Binti Hj. Ag Osman
37. Cik Lau Siew Huong
38. Pn. Hayati Istiqamah Binti Hj. Jalidar
39. Pn. Noor Azreen Binti Md Yusoff
40. Pn. Nur Izyan Farhanah Binti Abdul Hamid
41. En. Norjain Bin Mahali
42. Cik Elsie Binti John
43. En. Mazran Bin Kotlin
44. En. Masdie Sham Bin Mustin
45. En. Mohd Hisham Bin Esmail
46. Pn. Ratni Erma Surya Binti Abdul Samad
Tidak Hadir Bersebab:
1. En.Augustine Justin Lanak (Bersebab)
2. Pn. Kalsum Binti Salim (Bersebab)
3. Pn. Irene Justin (Bersebab)
Pencatat Minit : Puan Jumida binti Tamaruddin
CATATAN MESYUARAT
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT ( Guru Besar)
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat pagi, salam sejahtera dan semangat 0.1 kepada
barisan Guru Penolong Kanan dan semua guru yang menghadiri mesyurat kali ketiga.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2 / 2021
2.1. Cadangan : Pn. Dg. Rohana Amat
Sokongan : Pn. Dg Afsah binti Hj Moksin
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR)
3.1.1 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya melaksanakan PdPR secara menyeluruh
melibatkan mata pelajaran teras dan bukan teras agar tiada subjek yang tercicir.
3.1.2 Pengerusi meminta semua guru mengisi goggle form dan melengkapkan refleksi
pengajaran selepas melaksanakan PDPR.
3.1.3 Pengerusi meminta semua guru mementingkan kualiti PdPR dalam pemberian latihan
kepada murid serta memberikan penjelasan terhadap sesuatu topik yang dikongsikan.
3.1.4 Pengerusi mengingatkan semua guru mengaplikasikan kemahiran IT dalam PdPR.
3.1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa JPN telah mensasarkan kehadiran murid mencapai
80 peratus manakala pelaksanaan 100 peratus PdPR di peringkat guru.
Tindakan: Semua Guru
3.1.6 Pengerusi meminta guru kelas membuat laporan sekiranya terdapat guru yang tidak
menjalankan PdPR seperti yang telah dijadualkan.
Tindakan: Semua Guru Kelas
2
3.1.7 Pengerusi meminta semua guru membuat tangkapan skrin terhadap hasil kerja murid
sebagai bukti murid telah mengikuti PdPR.
Tindakan: Semua Guru
3.2 Mesyuarat Panitia
3.2.1 Pengerusi meminta semua panitia melaksanakan mesyuarat mengikut takwim
yang telah ditetapkan.
Tindakan: Ketua Panitia
3.3 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
3.3.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum tidak
dijalankan kerana UPSR telah dimansuhkan manakala CELIK 3s akan
digantikan dengan program baharu.
Tindakan : Makluman
3.4 Kewangan Panitia
3.4.1 Jumlah wang yang boleh dibelanjakan mengikut panitia.
i. Bahasa Melayu = RM3071.00
ii. Matematik = RM3800.00
iii. Sains = RM2600.00
iv. Bahasa Inggeris = RM2500.00
v. Pen. Agama Islam = RM2424.00
vi. PJK = RM10112.00
vii. Pen. Seni Visual = RM 2552.60
viii. Muzik = RM2552.60
ix. Bahasa Cina = RM1671.00
x. Bahasa Arab = RM5546.00
xi. Sukan = RM23.00
xii. Unit Bimbingan & Kaunseling= RM2512.65
xiii. Sejarah = RM4266.00
xiv. Pendidikan Moral = RM1764
xv. TMK = RM1655
xvi. RBT =RM3900
3.4.2 Pengerusi meminta semua panitia melaksanakan aktiviti panita dan telah
mencapai perbelanjaan sebanyak 50 peratus.
Tindakan: Ketua Panitia
3
3.4.3 Pengerusi mengingatkan semua panitia dan guru mematuhi tatacara
permohonan melaksanakan program bagi memastikan kelancaran proses
audit pada hujung tahun.
Tindakan: Semua Guru
3.4.4 Pengerusi mengingatkan semua panitia dan guru mendapatkan kelulusan
kewangan sebelum aktiviti dijalankan.
Tindakan: Semua Guru
3.4.5 Pengerusi memaklumkan baki wang panitia pada tahun lalu telah dibelanjakan
bagi kos pemasangan papan putih dan soft board di semua kelas.
Tindakan : Makluman
4.0 DIALOG PRESTASI PBD TAHAP 1 DAN 2
4.1 PK 1 memaklumkan bahawa laporan pelaksanaan dialog prestasi pada bulan
Mac bagi Panitia Bahasa Melayu, Matemaik, Sains dan Pendidikan Agama
Islam telah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Tindakan : Makluman
5.0 PBL
5.1 Pengerusi meminta diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) setelah
sesi persekolahan dibuka semula untuk memantapkan penilaian terhadap
murid bagi menggantikan peperiksaan UPSR.
Tindakan : Puan Nancy
6.0 ERPH
6.1 Pengerusi mengingatkan bahawa selepas sesi persekolahan dibuka pihak
pentadbir dan semua ketua panitia akan mengadakan mesyuarat dan
membuat pencerapan secara menyeluruh. Markah akan digunakan untuk
penilaian PBPPP dan salah satu aspek yang akan dinilai ialah ERPH.
Tindakan : Penolong Kanan
7.0 DIALOG PRESTASI PBD TAHAP 1 DAN 2
7.1 Pembentangan Laporan PBD Tahap 1 bagi sesi Pertengahan tahun 2021 oleh
Cik Brenda. Rujuk lampiran
7.2 Cik Brenda memaklumkan beberapa orang murid dari kelas 3 Bestari dan
seorang murid 1 Murni juga mempunyai masalah pembelajaran.
i. Liliya Linus @ Boyon mempunyai masalah pembelajaran namun ibu bapa
murid tidak membawa anak untuk membuat pemeriksaan di hospital.
4
ii. Muhammad Halim bin Dimar dan Johan Azlee Zerry merupakan murid yang
mudah lupa dengan apa yang telah dipelajari.
iii. Nur Nazatul Ain binti Mohamad merupakan murid yang selalu bercakap
sendiri.
iv. Darrion Jasrin tahun 1 Murni autism
Tindakan : Makluman
7.3 Pengerusi meminta semua guru menyerahkan senarai nama lengkap murid
yang dikenal pasti bermasalah pembelajaran kepada pentadbir bagi tujuan
laporan dan kajian tindakan.
Tindakan Guru Mata Pelajaran
7.4 Pengerusi memaklumkan laporan data PBD tahap 2 telah dikongsikan dalam
telegram rasmi sekolah.
Tindakan : Makluman
8.0 PROGRAM LITERASI AND NUMERASI (PLaN)
8.1 Puan Rosyati selaku penyelars PLaN telah membentangkan garis panduan
pelaksanaan PLaN untuk makluman semua guru.
8.2 Program ini berfokus kepada literasi dan numerasi tahun 2 dan 3 bagi subjek
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
8.3 Puan Rosyati juga memaklumkan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi PLaN 2021
telah dibentuk.
Tindakan : Makluman
9.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………………………… ……………………
(JUMIDA BINTI TAMARUDDIN) (FO NEE KHEN)
Setiausaha Kurikulum Guru Besar
SK Lok Yuk, Likas SK Lok Yuk, Likas
Tarikh : 30 November 2021
5
6