Keluarga Saya
Nama saya Anisa. Saya mempunyai sebuah keluarga
yang bahagia. Keluarga saya terdiri daripada ayah, ibu,
dan tiga orang adik-beradik. Saya merupakan anak
sulung dalam keluarga.
Nama ayah saya ialah Azhar. Ayah saya berumur
49 tahun. Ayah saya bekerja sebagai seorang peniaga.
Ayah saya seorang yang penyayang.
Nama ibu saya ialah Azizah. Ibu saya berumur 48
tahun. Ibu saya merupakan seorang guru. Ibu saya
seorang yang tegas dan penyayang.
Saya mempuyai seorang adik lelaki dan seorang
orang adik perempuan. Nama adik lelaki saya ialah
Haziq. Adik saya berumur 8 tahun dan belajar di kelas
2 Amanah. Cita-cita adik saya ialah menjadi seorang
doktor apabila dewasa nanti.
Nama adik perempuan saya Alia. Adik saya
berumur 7 tahun. Adik saya belajar dalam tahun 1.
Hobi adik saya ialah menyanyi. Dia selalu menyanyi
pada masa lapang. Suara nyanyiannya sungguh merdu.
Saya berasa bersyukur kerana mempunyai
sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap kami
sekeluarga dapat hidup bersama untuk selama-
lamanya.