1.1
1.2 SK UNDANG
21400, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
1.3 TAJUK PROGRAM :
AMALAN TERBAIK KEHADIRAN MURID : UPGRADING PRESENCE SPIRIT
1.4 TEMA : MEMBENTUK MURID BERSAHSIAH TERPUJI
1.5 PENGENALAN
i- LATAR BELAKANG
Bermula dengan era pandemik CoViD-19, norma kehidupan seharian masyarakat dunia termasuklah
masyarakat Malaysia mengalami perubahan yang drastik. Norma baru kehidupan dengan SOP
CoViD 19 yang perlu dipatuhi menjadikan sesi persekolahan secara bersemuka bukanlah satu
opsyen. Maka PDPR ( Pembelajaran Dan Pemudahcaraan di Rumah ) diperkenalkan untuk semua
golongan yang memegang status pelajar . Namun keterbiasaan suasana persekolahan di rumah
sedikit sebanyak mempengaruhi sikap murid untuk hadir ke sekolah. Ketidakhadiran ke sekolah
bukan sahaja merencatkan pencapaian pembelajaran, sikap dan sahsiah murid juga turut terkesan.
ii-PEGAWAI TERLIBAT 2-Azuraini Bt Abdullah ( GPK HEM )
1-Mazlan Bin Ismail ( Guru Besar )
3-Suria Azhani Bt Ali ( SU HEM ) 4- Mohamad Redzuan Bin Mohd Junik
( Guru Bimbingan & Kaunseling )
5-Mohd Yasim Bin Musa ( Penyelaras APDM )
7-Zahari Bin Osman ( Penyelaras Disiplin ) 6-Zaiton Bt Muda (Penyelaras Guru Penyayang)
iii-OBJEKTIF PELAKSANAAN
● Meningkatkan peratusan kehadiran murid SK Undang.
● Membentuk murid bersahsiah terpuji.
● Proses mendapatkan data kehadiran murid lebih cepat, tepat dan efisian.
1
1.6 PENYELESAIAN MASALAH
Apabila bermula sesi persekolahan secara bersemuka iaitu pada Mac 2022, peratus kehadiran murid
ke sekolah menunjukkan penurunan yang agak membimbangkan untuk bulan-bulan berikutnya.
Terdapat banyak faktor yang menjadi punca permasalahan ini antaranya keselesaan murid-murid
belajar di rumah semasa sesi pdpr. Ketidakhadiran murid ini turut menjejaskan pelaksanaan PDP di
sekolah. Selain daripada itu, kutipan data kehadiran murid menunjukkan hampir 50% murid “tidak
hadir tanpa sebab” atau PONTENG. Atas kesedaran isu kehadiran ini merupakan isu yang amat
penting, Unit HEM SK Undang telah merancang dan melaksanakan Program Upgrading Presence
Spirit (UPS).
2.0 PELAKSANAAN
2.1 PROSES PELAKSANAAN
Fasa 1 : Mengadakan mesyuarat JK HEM kali ke-2 bagi membincangkan Program UPS dan aktiviti-
aktiviti yang bersesuaian dengan isu kehadiran murid.
Fasa 2 :Mendapatkan data murid yang terkini daripada guru Penyelaras APDM dan mengenalpasti
murid yang ponteng.
Fasa 3 : Membina Appsheet Unit HEM SK Undang bagi mendapatkan data kehadiran murid dengan
lebih cepat dan tepat.
Fasa 4 : Merancang dan menjalankan beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk menarik minat
murid hadir ke sekolah
Fasa 5 : Mengadakan bengkel penggunaan Appsheet Unit HEM SKU kepada semua guru
Fasa 6 : Mendapatkan data kehadiran murid yang terkini daripada guru Penyelaras APDM selepas
pelaksanaan Program UPS.
2.2 IMPAK
2.2.1 – Peratus kehadiran murid RMT meningkat sebanyak
2.2.2 – Murid lebih berminat, teruja dan rasa bertanggungjawab untuk hadir ke sekolah
2.2.3 – Proses kerja guru kelas untuk mendapatkan data kehadiran murid lebih cepat, tepat dan
efisian dengan menggunakan aplikasi.
2.3 KEKUATAN DAN KELEMAHAN
2.3.1 – Kekuatan
● Kerjasama yang erat antara pihak pentadbir dan para guru SK Undang menjadikan segala
perancangan dapat dilaksanakan.
2
● Semua JK Unit HEM memberi komitmen yang padu dan sanggup menerima perubahan demi
anak-anak murid SK Undang.
2.3.2 – Kelemahan
3.0 GAMBAR PELAKSANAAN
Mesyuarat JK UNIT HEM kali ke 2 berkaitan Data kehadiran daripada APDM Mac - Jun
program UPS
Aplikasi Unit HEM SKU menggunakan Appsheet Pengisian Laporan Unit HEM melalui aplikasi
3
Aktiviti- aktiviti dalam Program UPS
4
Data kehadiran murid selepas pelaksanaan program UPS
Data murid ponteng sebelum dan selepas program UPS
Data laporan Unit Hem melalui aplikasi Appsheet UNIT HEM SKU
5
3.1 DATA TARIKH
31 Mac 2022
BIL PROGRAM / AKTIVITI 14 April 2022
1 Kutipan Data Kehadiran Murid – Mac 30 April 2022
2 Mesyuarat JK HEM kali ke -2 8 Mei 2022
3 Kutipan Data Kehadiran Murid – April 10 – 30 Mei 2022
4 Program UPS 1 – Sayang Mickey 31 Mei 2022
5 Appsheet Aplikasi Unit HEM 12 Jun 2022
6 Kutipan Data Kehadiran Murid – Mei 31 Jun 2022
7 Program UPS 2 – Pagiku Ceria 19 Julai 2022
8 Kutipan Data Kehadiran Murid – Jun 30 Julai 2022
9 Program Ziarah Cakna 7 Ogos 2022
10 Kutipan Data Kehadiran Murid – Julai 31 Ogos 2022
11 Program UPS 3 – I love My Class
12 Kutipan Data Kehadiran Murid - Ogos
4.0 PENUTUP
Unit HEM SK Undang berharap program yang dirancang dapat menyelesaikan masalah atau isu
kehadiran murid SKU. Biarpun program ini masih sangat baru dan masih belum boleh dibanggakan,
namun pencapaian semasa ini sedikit sebanyak menjadi pemangkin ke arah merealisasikan elemen
guru berkualiti dan kemenjadian murid yang menjadi tunjang transformasi sekolah. Adalah
diharapkan program UPS SKU ini akan memberi impak positif sekaligus menjadikan prestasi
Pengurusan Unit HEM lebih sistematik dan efisian.
Disediakan oleh,
Mazlan Bin Ismail
Guru Besar
SK Undang
6