The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SURAT PANGGILAN DAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 TAHUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadfi, 2021-03-07 04:17:59

MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 TAHUN 2020

SURAT PANGGILAN DAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 TAHUN 2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Jalan SS 22A/1, Damansara Jaya
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
KOD SEKOLAH : BEA 8608

Ruj. Kami : SMKDJ 600-4/1/1( )
Tarikh : 18 Disember 2019

Kepada
..................................................
(Senarai nama seperti lampiran)

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1/2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut;

Tarikh : 27 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi -12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Rafflesia, SMK Damansara Jaya
Pengerusi : Pn. Teo Boon Hwa, Pengetua
Pakaian : Formal

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
1.0 Perutusan Pengerusi

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

4.0 Perkara-perkara Baharu

4.1 Post Mortem Keputusan PT3 2019
4.2 Pelantikan JK Kurikulum/Ketua Panitia
4.3 Pencerapan Guru (Standard 4)
4.4 Fail Rekod Mengajar Guru (FRMG)
4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (Pengurusan PBD)
4.6 Semakan Buku Latihan (LNK)
4.7 Peperiksaan dan Pentaksiran
4.8 Program Peningkatan Akademik dan Intervensi Panitia
4.9 Program Pembangunan Profesionalisme Guru
4.10 MBMMBI (HIP, DLP)
4.11 Google Classroom
4.12 Perancangan Strategik 2017 – 2020 (PT, PO 2020)
4.13 Dialog Prestasi
4.14 Pusat Sumber Sekolah/Program NILAM
4.15 PCG Mata pelajaran dan Bajet
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih. Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

-------------------------
(TEO BOON HWA)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

JALAN SS 22A/1 DAMANSARA JAYA 47400 PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BILANGAN 1 TAHUN 2020

Tarikh : 27 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat
: Bilik Rafflesia

KEHADIRAN
Hadir :

1. Pn. Teo Boon Hwa (Pengetua) – Pengerusi
2. Pn. Shahlawati binti Ali (Penolong Kanan)
3. Pn. Sharon Ng Boon Peng (Penolong Kanan HEM)
4. Pn. Maizura binti Husin (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Pn. Norita binti Muhammad (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa)
6. Pn. Sally Lim Swee Lian (Guru Kanan Mata PelajaranTeknik dan Vokasional)
7. Pn. Rogayah binti Jusoh (Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan)
8. Pn. Tie Suk Ing (Guru Kana Mata Pelajaran Sains dan Matematik)
9. Pn. Tuan Habibah binti Tuan Ali (Setiausaha Kurikulum)
10. Cik Norzakiah binti Mohd Ramly (Pen. Setiausaha Kurikulum)
11. Pn. Hasrah binti Matrashid (KP Bahasa Melayu)
12. Pn. Julie Afiza binti Abdul Hamid (PKP Bahasa Melayu)
13. Pn. Anna Goh Lian Ai (PKP Bahasa Inggeris/Penyelaras Tingkatan 1 dan 2)
14. Cik Cho Chew Kuk (PP Bahasa Cina)
15. Pn. Ng Yoke Chan (KP Matematik)
16. Pn. Noor Hasimah binti Hamdin (PKP Matematik)
17. Pn. Hoo Sin Yee (PP Matematik Tambahan)
18. Pn. Rodzila binti Abdullah (KP Sains/Pengurusan Makmal Sains)
19. Pn. Winnie Lim Li Sze (PP Fizik)
20. Pn. Low Keng Lan (PP Kimia)
21. Pn. Lim Mui Lee (PP Biologi/ Setiausaha SPM)
22. Pn. Azeana binti Md Ibrahim (PP Perniagaan)
23. Pn. Lim Sze Lai (PP Ekonomi)
24. Pn. Nurul Anis binti Abdullah (PP Prinsip Perakaunan)
25. Pn. Azliza binti Osman (PP Sains Komputer /Penyelaras ICT Sekolah)
26. Pn. Norazura binti Razali (PP Asas Sains Komputer)
27. Pn. Noor Arba’iah binti Ismail (KP Sejarah)
28. Pn. Ida Harwati binti Hassan (PKP Sejarah)
29. En. Muslim bin Abdul Aziz (KP PJPK)
30. En. Abdul Halim bin Mohamed (PKP PJPK)
31. Pn. Lee Wai Min (KP Pendidikan Moral)
32. Cik Phang Teng Nah (KP Geografi)
33. Cik Ili Amila binti Mohd Yusoff (Pen. Setiausaha SPM)
34. Pn. Wong Siew Khee (Setiausaha Peperiksaan/Pentaksiran/Pep. Luar)
35. Pn. Nurfatin Izzati binti Zamri (Pen. Setiausaha Peperiksaan/Pentaksiran)
36. Pn. Yap Peng Peng (Penyelaras Jadual Waktu)
37. Pn. Siti Asmah binti Awang (PKP Sains/Setiausaha PT3)
38. Pn. Nur Izdyhar binti Ibrahim (Guru Bimbingan & Kaunseling)
39. Pn. Arniza binti Ab. Rashid (Setiausaha PBD)
40. Cik Siti Azirah binti Abdul Rahim (KP RBT)
41. Pn. Noor Hidayah binti Abdul Rahman (PP Pendidikan Islam/Pen. SU PT3)
42. Pn. Lin Siew Goh (Guru Bimbingan & Kaunseling)
43. Pn. Lim Sook Ling (Setiausaha SKPMG2)
44. En Ahmad Faisal bin Zaini (Setiausaha SKPMG2)
45. Pn. Sharon Kaur a/p Sarjit Singh

1

46. Pn. Lim Fice Tine
47. Datin Farahnaz Aminy binti Jamaluddin
48. Pn. Ho Fung Chern
49. Pn. Daljit Kaur a/p Piara Singh
50. En. Baskar a/l Narayanan
51. En Muhammad Hafiz bin Mohamad Idris
52. En. Mohd Zulhanif bin Mohd Haron
53. Pn. Monica Choy Mei Fong

Turut Hadir : -

Tidak Hadir Bersebab :
1. En. Mohamad Shafiq bin M. Yusri (Penyelaras Pendidikan Seni) – Cuti sakit
2. Pn. Noramelia Adila binti Mahadi (KP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) – Cuti
bersalin

Tidak Hadir Tanpa sebab :
1. Cik Noor Azmah binti Ahmad

Urus setia Mesyuarat : Pn. Tuan Habibah bt Tuan Ali Setiausaha Kurikulum

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum Bilangan Satu
bagi tahun 2020. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan
atas sumbangan dan penat lelah semua guru dalam bidang kurikulum pada tahun 2019.
Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan syabas kepada En. Mohd Shafiq kerana telah
menyediakan muka depan Buku Panduan Pengurusan dan Takwim 2020.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat lalu diterima dan disahkan tanpa sebarang pindaan.
Cadangan : Pn. Sharon Kaur a/p Sarjit Singh
Sokongan : Datin Farahnaz Aminy binti Jamaludin
Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Post Mortem Keputusan Peperiksaan PT3 2019
4.1.1 Pengetua, Pn. Teo Boon Hwa menasihatkan guru-guru tingkatan 3 untuk lebih
proaktif dalam penglibatan semasa hari pengumuman keputusan PT3 di sekolah.
Hal ini kerana pada tahun ini, hanya sebilangan guru yang hadir pada hari
keputusan PT3 dibuat. Hal ini sepatutnya menjadi satu amalan biasa di mana-
mana sekolah, dimana guru mengambil data dan membuat analisa dan
diserahkan kepada SU PT3 dengan segera.
Tindakan : KP dan PP

4.1.2 Pengerusi mengingatkan Ketua Panitia untuk berbincang semasa mesyuarat
panitia yang pertama dan membuat laporan Post-mortem dan head count.
Tindakan : KP dan PP

2

4.1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada empat mata pelajaran yang mendapat
keputusan lulus 100% iaitu Bahasa Melayu (lisan), Bahasa Inggeris, RBT dan
ASK. Walau bagaimanapun, perhatian yang lebih serius perlu diberikan kepada
tujuh subjek lain yang tidak mencapai 100% lulus, iaitu Sejarah (15), Geografi (2),
Bahasa Cina (4), Pendidikan Islam (2), Matematik (2), Sains (3) dan BM bertulis
(2). (Rujuk Lampiran 1). Namun begitu, guru perlu ingat perhatian harus juga
diberi kepada kualiti dan bukan Menguasai Tahap Minimum (MTM) semata-mata.

Tindakan : KP dan PP

4.1.4 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat bahawa mulai tahun 2020,
Pemerkasaan Tingkatan 3 (PT3) hanya akan dibuat bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.

Tindakan : KP dan PP

4.2 Pelantikan JK Kurikulum/Ketua Panatia
4.2.1 Ahli mesyuarat dimaklumkan terdapat perubahan pada portfolio JK Kurikulum
2020, manakala yang lain-lain kekal seperti sebelumnya. Pengerusi
mengucapkan syabas kepada yang kekal menjalankan tugas dan berharap dapat
meneruskan tugas dengan cemerlang dan dedikasi.
Tindakan: Makluman

4.2.2 Pengerusi memaklumkan lantikan baharu sepertimana dalam Lampiran Kuri 1 - 4.
Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:
Pengurusan:
• SU SPM: Pn. Lim Mui Lee
• Penyelaras Program Kecemerlangan Akademik: Pn. Noor Arbaiah
• Penyelaras Jaringan & Jalinan: Pn. Arniza Ab. Rashid
• Tugas-tugas Khas: Pn.Tan Lee Yin
• Penyelaras Kajian Tindakan: Pn.Tuan Habibah Tuan Ali
• AJK Jadual Waktu/Relif: Cik Cho CK dan Pn. Nurfatin Izzati
• AJK Majlis Rasmi Sekolah: Guru-guru DG52 dan DG48 (KUP) bukan

Pentadbir (m/s 26)

Akademik/Mata Pelajaran:
• KP P.Sivik: Pn. Noramelia Adila Mahadi
• KP P.Moral: Pn. Lee Wai Min

Tindakan: Makluman

4.2.3 Pengerusi mengingatkan para guru yang mempunyai sebarang masalah
berhubung dengan tugas yang diberi supaya berjumpa dengan pentadbir tertentu
atau mengikut hierarki untuk berbincang. Para guru juga turut diingatkan bahawa
pihak pentadbir mempunyai hak untuk memanggil guru untuk kembali ke sekolah
sewaktu cuti atas urusan kerja dan guru mestilah memberi respon kepada
pentadbir agar sebarang masalah tidak timbul.

Tindakan: Semua guru

4.3 Pencerapan Guru (Standard 4)
4.3.1 Ahli mesyuarat diingatkan bahawa pencerapan dijalankan sebanyak 3 kali
setahun seperti berikut:
• Pencerapan Kendiri (Feb – Mac)
• Pencerapan 1 (Apr – Julai)
• Pencerapan 2 (Ogos – Nov)
Ahli mesyuarat juga diingatkan bahawa semua guru perlu mencapai 85% dalam
pencerapan.
Tindakan : Makluman

3

4.3.2 Pengerusi memaklumkan kesemua guru akan dicerap oleh pentadbir-pentadbir
juga KP dan penyelaras yang berpengalaman. Jadual akan disediakan oleh PK
mengikut bidang/kepakaran pencerap/guru. Guru perlu memberi tumpuan
kepada elemen KBAT dan juga SPA21 sewaktu pencerapan dibuat. PDPc
haruslah yang berpusatkan murid (groupwork, pembentangan, soal jawab dll).

Tindakan : Makluman

4.4 Fail Rekod Mengajar Guru (FRMG)
4.4.1 Kaedah 1: Fail Rekod Mengajar
4.4.1.1 Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat bahawa Fail Rekod Mengajar
perlu sentiasa dibawa/bersama guru sewaktu PDPc. Ramai dikesan tidak
membawa fail nipis yang mengandungi RPH bersama di dalam kelas.
Tindakan : Makluman

4.4.1.2 Pengerusi turut mengingatkan ahli mesyuarat berkenaan tarikh

penghantaran fail RPH kali pertama yang lengkap adalah seperti berikut:

PENYEMAK TARIKH TEMPAT

GKMP 10 JANUARI MEJA GKMP

PENGETUA 17 JANUARI BILIK RUNDING CARA

Tindakan : Makluman

4.4.1.3 Pengerusi memaklumkan guru yang menghantar fail hanya perlu cap
nama Pengetua pada hari Jumaat dan Isnin sahaja dan tidak perlu tick
pada senarai nama. Penghantaran fail pada kali pertama adalah wajib
untuk semua guru.
Tindakan : Makluman

4.4.1.4 Pengerusi mengingatkan Refleksi mesti diisikan dengan berkualiti dan

secara kuantitatif (boleh diukur). Sekiranya guru Tak Hadir, berkursus atau

Cuti Sakit, RPH masih perlu dibuat seperti biasa, dan guru mestilah
mengisi status kehadiran masing-masing di dalam ruangan ’Refleksi/Nota’.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Kaedah 2: e-RPH melalui Google Classroom

4.4.2.1 Pengerusi memaklumkan sebagai permulaan, 2 guru dari setiap bidang

telah dipilih sepertimana berikut:

BIDANG GURU

BAHASA PN. TAN LEE YIN & PN. MONICA

SAINS & MATEMATIK PN. WINNIE & PN. FATIN

T&V CIK SITI AZIRAH & PN. AZLIZA

KEMANUSIAAN EN. ZULHANIF & PN. ILI AMILA

Tindakan : Makluman

4.4.2.2 Pengerusi turut memaklumkan penghantaran RPH bagi guru-guru tersebut
hanya melalui maya/online sahaja. RPH tidak perlu dicetak untuk
sepanjang tahun. Namun begitu, mana-mana guru yang berminat untuk
kaedah e-RPH ini boleh memaklumkan GKMP masing-masing. Pengerusi
turut memaklumkan bahawa sistem eRPH ini akan melibatkan semua guru
tak lama lagi.
Tindakan : Makluman

4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (Pengurusan PBD)
4.5.1 Pengerusi mengingatkan para guru perlu sentiasa bersama murid dan
memberikan PDPc berkualiti, bukan mengejar silibus semata-mata. Guru perlu
memberikan tumpuan kepada semua murid bukan kepada yang cepat dan bijak
sahaja. Guru juga disaran memberikan bimbingan ekstra kepada murid yang
lemah supaya murid dapat menguasai skil.
Tindakan : Semua guru

4

4.5.2 Pengerusi juga mengingatkan guru supaya memberikan latihan (lembaran kerja)
dan kerja rumah yang mencukupi kepada murid, namun mengelakkan kerja
rumah yang terlalu banyak dan membebankan murid terutama pada hujung
minggu.

Tindakan : Semua guru

4.5.3 Pengerusi turut mengingatkan sekiranya guru keluar untuk sebarang tugas rasmi
di dalam dan juga luar sekolah, guru mesti tinggalkan kerja/latihan untuk dibuat
oleh pelajar (MMI) melalui satu Google Form yang akan dibuat oleh Pn Monica.
Begitu juga kepada guru yang tidak ada lama di sekolah (atas sebarang sebab)
perlu mengganti masa PDPc yang ditinggalkan dengan mencari masa yang
sesuai.

Tindakan : Semua guru

4.5.4 Pengurusan PBD: Pengerusi mengingatkan guru perlu memastikan borang
perkembangan pembelajaran murid sentiasa ada bersama sewaktu PDPc. Hasil
perbincangan dengan PPD (Pn. Normawati), panitia dibenarkan untuk
menggunakan borang yang diolah sendiri mengikut kesesuaian. Oleh yang
demikian, sewaktu mesyuarat panitia setiap tingkatan, borang perkembangan
murid yang sama untuk setiap level perlu dihasilkan, sesuai untuk semua subjek
tetapi holistik. Ia perlu dipersetujui dan dicatatkan dalam minit agar semua guru
berpuas hati.

Tindakan : KP dan PP

4.5.5 Pengurusan PBD: Pengerusi menjelaskan borang perkembangan murid tidak
sama dengan Template Modul Perekodan kerana Modul Perekodan diisi 2 kali
setahun (Pertengahan dan Akhir Tahun) dan dipamer sewaktu Hari Akademik 1
dan 2. Bagi memastikan setiap guru membuat Borang Perkembangan Murid, ia
perlu dihantar bersama dengan penghantaran buku LNK kepada GKMP juga. Ia
digerakkan bersama jadual LNK setiap panitia. Guru tidak perlu lagi mengadakan
fail PBD seperti mana yang pernah dibuat sebelum ini. Namun, ianya terpulang
kepada guru sekiranya ingin mengadakan fail peribadi PBD sendiri.

Tindakan : Semua guru

4.5.6 Pengerusi turut memaklumkan ahli mesyuarat bahawa terdapat ramai murid yang
tidak mencapai tahap (TP) 3 dalam PBD. Para guru diingatkan supaya sentiasa
membimbing murid untuk meningkatkan Tahap Penguasaan mereka di dalam
subjek masing-masing. Guru juga diingatkan supaya tidak sesekali menggunakan
markah pentaksiran murid sebagai TP untuk diisi ke dalam borang PBD.

Tindakan : Semua guru

4.6 Semakan Buku Latihan (LNK)
4.6.1 Pengerusi menyarankan para guru supaya menyediakan jadual yang lengkap dan
berunding bersama ahli panitia dan GKMP akan jumlah latihan yang wajar
mengikut DSKP dan RPT/SOW. Guru perlu menghantar mengikut jadual kepada
GKMP bersama borang PK 06/02 mengikut ketetapan yang dibuat dalam
mesyuarat panitia Bil.1/2020. Latihan murid mestilah disemak dengan rapi dan
perlu dipulangkan kepada murid sebagai maklum balas perkembangan mereka.
Tindakan : Semua guru

4.6.2 Pengerusi juga menyarankan guru supaya menghubungi ibu bapa/penjaga
sekiranya murid tidak memberikan kerjasama, dan jangan tunggu sehingga Hari
Akademik untuk memberitahu ibu bapa akan hal anak mereka sewaktu di sekolah.

Tindakan : Semua guru

5

4.7 Peperiksaan dan Pentaksiran
4.7.1 Pengerusi memaklumkan pentaksiran peringkat dalaman untuk Tingkatan 1, 2
dan 4 akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun sahaja iaitu Pertengahan Tahun
dan Akhir Tahun. Manakala untuk Tingkatan 3 dan 5, pentaksiran akan dijalankan
3 kali iaitu Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan dan juga Peperiksaan
Awam. Guru boleh merujuk Takwim Teperiksaan Awam oleh LP juga (dalam
Whatsapp Kurikulum) dan perlu beri perhatian kepada tarikh-tarikh juga peraturan
serta kaedah peperiksaan yang tertera di jadual di dalam buku pengurusan dan
takwim (ms Kuri 25 - Kuri 29).
Tindakan : Makluman

4.7.2 Pengerusi juga memaklumkan terdapat segelintir kes guru yang lewat
menyiapkan soalan pentaksiran kerana tidak mengikut ketetapan yang dibuat dan
memberi efek kepada pihak yang lain. Pengerusi memohon kerjasama agar
perkara ini tidak lagi berulang pada tahun 2020.

Tindakan : Semua guru

4.7.3 Pengerusi mengingatkan tentang Peraturan-peraturan Peperiksaan (ms Kuri 25)
seperti berikut:
KES MURID TIDAK HADIR BERSEBAB:
• Murid yang sakit dan ada SIJIL cuti sakit akan diberi TH.
• Murid yang ada kecemasan dan menghadapi kematian ahli keluarga terdekat

(PERLU BUKTI salinan SIJIL KEMATIAN,BERSURAT) - diberi TH
• Menduduki peperiksaan dan pertandingan Koku dan Sukan anjuran Swasta

(tanpa logo KPM) – TH
• Murid-murid kes di atas dibenarkan mengambil peperiksaan dan kertas

disemak guru TETAPI markah tidak masuk sistem SAPS.
• Kertas peperiksaan hanya akan ditutup dan markah diambil kira sekiranya

murid menghadiri Pertandingan Anjuran PPD, JPS, dan KPM sahaja. Mohon
Guru Penasihat, SU Kokurikulum/PK Kokurikulum maklumkan SU
Peperiksaan lebih awal.

Tindakan : Semua guru

4.8 Program Peningkatan Akademik dan Intervensi Panitia
4.8.1 Pengerusi memaklumkan para guru tentang Perancangan Program Unit
Kurikulum untuk tahun 2020 adalah seperti berikut:
• Program Sinar Cemerlang: Kolej KDU @ Universiti Malaya
• Program SUKSeS
• Program Inspirasi Akhir PT3 (tengok kesesuaian)
• Program Inspirasi Akhir SPM
• Bengkel Teknik Menjawab Soalan (Murid)
• Sesi Dialog Bersama Murid Kelas Peperiksaan
Tindakan : Makluman

4.8.2 Pengerusi menyarankan Ketua Panitia supaya mengambil panduan dari program-
program induk untuk menggerakkan 4 program panitia agar program induk dan
panitia bergerak ke arah matlamat yang sama. Program untuk murid menengah
atas/menengah rendah juga perlu diseragamkan. Panitia juga perlu seimbangkan
program bercorak MTM (Mencapai Tahap Minima) dan program Pemacu
Peningkatan Akademik.

Tindakan : Ketua Panitia

4.9 Program Pembangunan Profesionalisme Guru perancangan untuk
4.9.1 Pengerusi memaklumkan para guru akan antara
meningkatkan profesionalisme guru adalah seperti berikut:
• Celik dan Cekap Google Classroom
• Peningkatan Prestasi PDPc/PLC/HOTs

6

• Teamwork/Berdasarkan TOT guru/Permintaan
• Berdasarkan TOT guru/Permintaan

Tindakan : Makluman

4.9.2 Pengerusi turut mengingatkan semua program wajib dicatat dalam SPLKPM dan
setiap guru perlu ikuti sekurang-kurangnya sebanyak 5 kali setahun. Setiap
Program/Mesyuarat yang diadakan, seorang SU perlu dilantik (boleh digilirkan)
untuk key-in kehadiran bagi memastikan setiap guru mendapat markah sebagai
PLC.

Tindakan : Makluman

4.10 MBMMBI (HIP, DLP)

4.10.1 Pengerusi menyarankan ahli-ahli panitia BM dan BI mengenai program-program
MBMMBI perlu dimantapkan lagi. Sudut Pidato atau Speakers Corner perlu dinaik
taraf, ceria dan diberikan publisiti meluas. Antara program yang baharu
diperkenalkan pada tahun 2020 adalah Sasterawan sekolah.
Tindakan : Makluman

4.10.2 Pengerusi mengingatkan para guru mata pelajaran DLP untuk sentiasa menggilap
penggunaan Bahasa Inggeris sewaktu mengajar. Guru-guru disaran memikirkan
bersama kaedah yang boleh diambil bagi meningkatkan penguasaan BM dan BI
murid. Bagi mata pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium,
guru diingatkan agar menggunakan Bahasa Melayu yang betul supaya dapat
melatih murid berbahasa dengan betul.
Tindakan : Semua guru

4.11 Google Classroom
4.11.1 Pengerusi memaklumkan para guru bahawa Google Classroom (GC) merupakan
satu program yang akan menjadi sangat penting pada tahun ini. Ia akan meliputi
keseluruhan organisasi contohnya Pengurusan dan Pentadbiran. Contohnya pada
tahun ini, bagi memelihara MMI, setiap guru dikehendaki mengisi Google Form
untuk menyatakan bahan MMI yang telah diberi atau ditinggalkan kepada murid
apabila guru keluar atas urusan rasmi atau tidak hadir ke sekolah. Kelebihannya,
Pentadbir dan AJK dapat memantau keberadaan guru dan proses MMI dapat
dibuat secara online dan kolektif serta data juga dapat dijana dan dibentangkan.
Kursus pengukuhan GC kepada guru akan diberikan dari masa ke semasa.
Tindakan : Makluman

4.12 Perancangan Strategik 2017 – 2020 (PT, PO 2020)
4.12.1 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat bahawa pelan induk, pelan tindakan dan
operasi telah selesai dibuat. Setiap panitia juga dipercayai telah siap
menyediakan Pelan Strategik 2020 dgn PT dan PO yang mengikut keadaan
semasa dan sepatutnya telah dihantar pada 15 November yang lalu. Guru-guru
disaran untuk semak semula dan membuat perubahan yang sesuai sekiranya
perlu serta mengekalkan mana-mana program yang memberi impak. Guru-guru
diminta mencetak setelah membuat perubahan pada Keputusan PT3 dan yang
lain akan dibetulkan secara bertulis sahaja (Contoh: Keputusan SPM 2019/KPI
SPM 2020). Selepas itu perlu disimpan dalam Fail Panitia Baharu. Tarikh selesai
print ialah pada 17 Januari 2020.
Tindakan : KP dan PP

4.13 Dialog Prestasi
4.13.1 Pengerusi memohon ahli mesyuarat berbincang dalam panitia tentang keputusan
peperiksaan yang lepas. Guru-guru disaran mencari dan memikirkan jalan dan
kaedah sesuai untuk memacu peningkatan prestasi guru panitia secara amnya
dan murid secara khususnya. Guru-guru perlu member fokus untuk program MTM

7

selain membantu murid yang agak ramai sediakala cemerlang. Ramai guru
baharu yang masih memerlukan bimbingan berterusan. Guru mentor dan mentee
yang dimaklumkan tahun lepas masih perlu diteruskan.

Tindakan : KP dan PP

4.14 Pusat Sumber Sekolah/Program NILAM
4.14.1 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat bahawa Pusat Sumber adalah untuk
semua warga sekolah. Pengerusi meminta agar kemudahan ini dihargai dan
digunakan secara sepenuhnya. Bagi guru baharu yang tiada kad keahlian, diminta
sediakan 1 gambar berukuran passport dan serah kepada Pn.Monica. Berikut
adalah waktu Pusat Sumber beroperasi:
Waktu rehat 1 dan Rehat 2
Selasa/Rabu: 1.30 – 3.00pm
Isnin,Khamis: 1.30 – 5.00pm
Jumaat: 12.30 – 4.30pm
Tindakan: Makluman

4.14.2 Pengerusi mengingatkan guru untuk merancang PDPc dan menulis RPH
sekiranya ingin membawa murid ke PSS. Mereka tidak dibenarkan untuk
membuat kerja sendiri dan membuat bising. Semua murid diingatkan perlu ada
kad PSS. Murid perlu dimaklumkan mengenai kad keahlian yang dijual di PSS.
GT boleh meminta Pengerusi Kelas untuk beli kad ahli secara berkelompok. Bagi
Kit PSS Tingkatan 1, ianya adalah bernilai RM10 dan GT dimohon untuk kutip dan
serahkan kepada Pn.Monica.
Tindakan : Semua guru

4.14.3 Pengerusi mengingatkan guru Program NILAM perlu ditambah baik pada tahun ini.
Tugas semua guru adalah menggalakkan murid membaca. Jumlah minimum
sebanyak 3 buah buku BM dan 3 buah buku BI haruslah dicatatkan dalam buku
NILAM. Bagi pengurusan data NILAM GT/Mentor hendaklah mengutip data
NILAM setiap akhir bulan dan rekodkan dalam fail di hadapan Bilik Guru. Untuk
murid Tingkatan 2 - Tingkatan 5, kutipan perlu dibuat pada akhir Januari bagi
mengumpul data bacaan bagi Sept 2019 – Jan 2020. Untuk murid Tingkatan 1,
data NILAM akan dikutip pada akhir Januari. Galakkan murid membuat aktiviti
bacaan untuk mendapatkan markah NILAM yg lebih tinggi.
Tindakan : Semua guru

4.14.4 Literasi Maklumat: Murid-murid perlu didedahkan dengan skil mencari maklumat
secara efektif daripada pelbagai sumber (ensiklopedia, internet, dll.).
Tindakan : Semua guru

4.14.5 Koleksi Berpusat boleh hantar ke PSS untuk diproses.

Tindakan : Makluman

4.14.6 Program Panitia untuk Minggu Kurikulum; 1 salinan perlu juga dihantar ke PSS
kerana PSS perlu hantar kepada PKG pada akhir tahun.
Tindakan : KP dan PP

4.15 PCG Mata Pelajaran dan Bajet
4.15.1 Pengerusi memaklumkan ahli mesyauarat bahawa perkara ini akan dibincangkan
secara terperinci dalam Mesyuarat Kewangan Bil.4/2019 pada 20 Februari 2020
nanti.
Tindakan : Makluman

8

5.0 HAL- HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan bilik-bilik khas perlu dikemas dan hanya didiami oleh ahli Panitia
sahaja. Bagi yang bukan ahli panitia mohon ke Bilik Guru. Ada yang bukan ahli panitia
didapati memegang/memiliki kunci juga.
Tindakan : Makluman

5.2 Pengerusi mengingatkan para guru berkenaan pembelian barangan secara online yang
melibatkan penghantaran ke sekolah – Be logical and reasonable!
Tindakan : Makluman

5.3 Pengerusi memaklumkan berkenaan unjuran guru ganti: guru yang akan bersalin diminta
untuk memaklumkan tarikh jangkaan bersalin kepada pentadbir lebih awal.
Tindakan : Makluman

5.4 Pengerusi memaklumkan sekolah akan mendapat guru praktikal/Latihan Industri BM dari
UM pada bulan Feb-Jun. Terdapat juga 3 orang bekas King-Scouters yang akan membantu
guru dari bulan Januari – Februari.
Tindakan : Makluman

5.5 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat mengenai Pendidikan Sivik Merentasi Kurikulum.
Pengerusi berharap program ini berjalan setiap bulan dan ada dicatatkan dalam RPH guru-
guru. Berikut adalah butiran program;
• Minggu ke-4 setiap bulan
• BM,BI, Sejarah,P.Islam, P.Moral
• 4 teras: Kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab, kegembiraan.
• Januari: Kasih Sayang.
Tindakan : Makluman

5.6 Pengerusi memaklumkan para guru mengenai Filing Panitia 2020. Fail baharu yang
dibekalkan adalah untuk bahan 2020. Fail lama hanyalah perlu mengandungi bahan-bahan
dari 2017 – 2019, bahan yang lain boleh di reuse & recycle. KP diingatkan tentang Filing
Panitia yang belum siap mohon siapkan sebelum 31 Disember. Diharap pada 2 Januari
nanti fail mesti sudah siap dan lengkap.
Tindakan : KP dan PP

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

Urus setia:
Setiausaha Kurikulum
SMK Damansara Jaya
Tarikh : 27 Disember 2019

9

LAMPIRAN 1: ANALISIS MATA PELAJARAN PT3 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBA
SEKOLAH KLUSTER

ANALISIS - PERINGK

P
TINGK

Mata Pelajaran JUM CEMERLANG KEPUJIAN BAIK MEMU
AMBIL A % B% C% D
Bahasa Melayu Ujian PEP.
Bertulis
Bahasa Melayu (Lisan) 198 55 27.8 63 31.8 54 27.3 18
Bahasa Inggeris 198 124 62.6 56 28.3 17 8.6 1
Sejarah 198 196 99.0 1 0.5 1 0.5 0
Geografi 198 41 20.7 43 21.7 54 27.3 29
Bahasa Cina 198 72 36.4 58 29.3 39 19.7 19
Pendidikan Islam 76 12 15.8 20 26.3 17 22.4 14
Matematik 24 5 20.8 5 20.8 3 12.5 6
Sains 198 119 60.1 40 20.2 25 12.6 8
RBT 198 84 42.4 45 22.7 42 21.2 14
ASK 165 63 38.2 37 22.4 42 25.5 19
33 10 30.3 11 33.3 8 24.2 4

Gred Purata Sekolah: 2.05

10

ANGSAAN DAMANSARA JAYA
R KECEMERLANGAN

KAT MATA PELAJARAN

PENTAKSIRAN
KATAN 3 2019

UASKAN MENCAPAI BELUM JUMLAH JUMLAH GRED
% TAHAP MENCAPAI MENCAPAI MENCAPAI PURATA
MINIMUM F SAHAJA
TAHAP A-E BIL % 2.31
E% BIL % 1.47
MINIMUM 1.02
2.90
F% 2.19
3.00
9.1 6 3.0 2 1.0 196 99.0 2 1.0 3.13
0.5 1.70
0.0 0 0.0 0 0.0 198 100.0 0 0.0 2.14
14.6 2.18
9.6 0 0.0 0 0.0 198 100.0 0 0.0 2.18
18.4
25.0 16 8.1 15 7.6 183 92.4 15 7.6
4.0
7.1 8 4.0 2 1.0 196 99.0 2 1.0
11.5
12.1 9 11.8 4 5.3 72 94.7 4 5.3

3 12.5 2 8.3 22 91.7 2 8.3

5 2.5 1 0.5 197 99.5 1 0.5

10 5.1 3 1.5 195 98.5 3 1.5

4 2.4 0 0.0 165 100.0 0 0.0

0 0.0 0 0.0 33 100.0 0 0.0


Click to View FlipBook Version