PANDUAN UMUM
RUMUSAN
2021
CIKGU JOSEPHINE ANAK EMAS
Tema atau isu serta kata kunci tidak dinyatakan
01 dalam soalan.
02 Baca dan teliti semua bahan untuk kenal
pasti tema dan fokus perbincangan.
Calon perlu mengenal pasti SEMUA
03 fokus yang terdapat dalam semua
bahan.
Fokus perbincangan mungkin
04 berkaitan dengan punca,
langkah, kesan, halangan,
ciri-ciri atau manfaat.
Kenal pasti 2 atau 3 fokus berdasarkan petikan dan
grafik yang diberikan.
05
Hanya isi tersurat daripada petikan dan grafik
sahaja diterima sebagai fokus 1, fokus 2 dan
06 fokus 3. Isi tersirat tidak diperlukan.
Calon perlu mengemukakan 8 isi
07 lengkap (Isi wajib diambil daripada setiap
bahan dan menyentuh setiap fokus)
Kesimpulan perlu mengandungi
08 elemen cadangan dan kesan
cadangan. Mesti memasukkan
TEMA / ISU yang dibincangkan.
09 Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
Jawapan hendaklah ditulis dalam
10 bentuk esei.
11 Markah rumusan : 30 markah
(Isi - 20 / Bahasa -10)
Markah bahasa dinilai secara holistik.
[Cemerlang 8-10, Baik 5-7, Sederhana
3-4, Lemah 1-2]
LANGKAH 1: TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN
Pendahuluan rumusan mengandungi 2 atau 3 fokus, iaitu :
Pendahuluan 2 fokus
Rumusan membincangkan fokus 1 dan fokus 2. (2 markah)
Rumusan membincangkan fokus 1. (1 markah)
Rumusan membincangkan fokus 2. (1 markah)
Pendahuluan 3 fokus
Rumusan membincangkan fokus 1, fokus 2 dan fokus 3. (2 markah)
Rumusan membincangkan fokus 1 dan fokus 2. (1 markah)
LANGKAH 2: ISI PENTING
Fokus 1, Fokus 2 dan Fokus 3
01merujuk kepada aspek perbincangan
dalam petikan atau grafik.
02 Dua atau tiga isi boleh digabungkan dalam
satu ayat. Ayat isi mempunyai subjek dan
predikat.
Abaikan setiap contoh, misalan, 03
seperti dll. Berikan perhatian kepada
isi utama atau isi penting sahaja.
04 Isi wajib diambil dalam semua petikan
atau grafik yang diberikan.
SINONIM
LANGKAH KESAN
Usaha, cara, kaedah, Impak, Akibat, Implikasi, natijah,
pendekatan, strategi, kekurangan, kelemahan
cadangan
KEPENTINGAN
FAKTOR
Kebaikan, kelebihan, manfaat,
Sebab, punca, potensi faedah, keperluan, harapan,
kelebihan, keuntungan
8
SINONIM
KEBURUKAN PERANAN CIRI-CIRI
Kelemahan, Tanggungjawab, Kriteria, sifat
kekurangan fungsi, tugas
MASALAH
Kekangan, halangan, rintangan, cabaran, penghalang,
kerenah, dugaan, sekatan, hambatan
9
KATA KUNCI
CARA / LANGKAH / USAHA / KEPENTINGAN / KEBAIKAN / FAKTOR / PUNCA / SEBAB
STRATEGI / CADANGAN / FAEDAH / MANFAAT / KELEBIHAN
KAEDAH / PENDEKATAN kerana
mampu oleh sebab
perlu dapat
berupaya lantaran
hendaklah telah disebabkan oleh
boleh menyebabkan
patut akan berpunca daripada
untuk
mesti faktor lain
wajar
boleh
harus
KATA KUNCI
MASALAH / HALANGAN / PERANAN / TANGGUNGJAWAB / CIRI-CIRI / KRITERIA / SIFAT
KEKANGAN / CABARAN / TUGAS / FUNGSI
KERENAH / DUGAAN / SEKATAN antara ciri
kriteria lain
masalahnya antara peranan
bersifat
halangannya peranan lain bercirikan
antara sifat
kekangannya tanggungjawab lain
cabarannya berfungsi sebagai
batasannya berperanan
PENANDA WACANA
___(Fokus 1)____ialah/adalah/termasuklah_____
Selain itu, __________________
Seterusnya,_________________
Di samping itu,_____________
Selanjutnya,___________
Akhir sekali,_________________
12
LANGKAH 3: PENUTUP / KESIMPULAN
2 markah Ditulis dalam satu ayat.
Terdiri daripada tema, cadangan
(contoh: haruslah, hendaklah, perlulah)
dan kesan cadangan (contoh: agar,
supaya)
Kesimpulan hendaklah dibuat berdasarkan tema bahan, cadangan dan kesan
cadangan.
Contoh:
Kesimpulannya, Cadangan Tema Kata hubung Kesan/Harapan
Kesimpulannya agar/supaya
semua pihak semangat dapat melahirkan
hendaklah patriotisme generasi yang
mempunyai
bersama-sama semangat cinta
memupuk akan negara.
14
CONTOH MENULIS RUMUSAN :
Rumusan membincangkan usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme (Fokus 1)
dan tanggungjawab generasi muda. (Fokus 2)
Tanggungjawab generasi muda (Fokus 1- Bahan Petikan) ialah generasi muda perlu
membina kejayaan negara [1] dan mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. [2] Selain itu,
generasi muda perlu membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara
[3] serta memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. [4]
Di samping itu, generasi muda perlu mengisi perjuangan kemerdekaan [5] dan memastikan prinsip
demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini. [6]
Usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda (Fokus 2 – Bahan Petikan) ialah
pihak kerajaan mengadakan kempen kibarkan Jalur Gemilang dan menyambut Hari Malaysia.
(Fokus 2 – Bahan Grafik)
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bersama-sama memupuk semangat patriotisme agar
dapat melahirkan generasi yang mempunyai semangat cinta akan negara.
( 104 patah perkataan)
Perkataan yang dikira sebagai satu
perkataan
KATA NAMA KHAS GELARAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelita Yang Berhormat Sebastian Ting
KATA GANDA TARIKH
Langkah-langkah (1 pp) 28 Disember 1986
KATA SENDI ANGKA
di / ke – tidak dikira sebagai 1 pp (NOMBOR/PERKATAAN)
di Malaysia (1 pp) 15, 36, 98
ke rumah (1 pp) Enam puluh lima ribu, tiga puluh ribu