KEPENTINGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI KEPADA
MANUSIA
WAN MUHAMAD ARIFF BIN WAN 26DAT20F1018
ZULMUJAHIDIN 26DAT20F2008
DAMIA ARISSA BINTI FAIZAL 26DAT20F2011
SYAMIMI BINTI ALIAS
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
3. FUNGSI FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
4. KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
5. KESIMPULAN
PENGENALAN
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah
menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi
jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang
tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung.
Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan Negara.
Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik
dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan
sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup
mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap.
Dengan itu , Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai
analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT ,
data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Sesungguhnya , masa itu emas . Urusan
kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh
dunia dengan mudah dan lancar.
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk memindah,
menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada
dalam bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam
bit.
Teknologi Maklumat serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan teknologi yang
diperlukan untuk proses pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan
komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum,
teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas. Sebenarnya informasi teknologi tidak terhad kepada internet dan komputer
sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon mudah alih, faks, telegram, pda, MSC dan sistem
satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
FUNGSI FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang
berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk
memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan
menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus
pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan
perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam
organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka
(pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan,
mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan
maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai
rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu
mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan
sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (
1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah
komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan
menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat
keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi 3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan
maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang
untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P lengkap. Tren semasa semakin menampakkan
) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi masa depan pengajaran dengan cara jarak
seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan
komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi konvensional perlu dihapuskan sama sekali.
komputer seperti e-mail, pengkalan data, Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan
pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, bagi membolehkan pelajar membelajari
internet, perisian persembahan dan lain- kemahiran tertentu yang tidak boleh
lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), diperolehi melalui teknologi maklumat.
tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi Contohnya cara persembahan menggunakan
adalah untuk membantu organisasi mencapai komputer amat berbeza dengan cara
matlamat-matlamatnya dengan membekalkan konvensional. Namun kita tidak harus
pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas bergantung sepenuhnya kepada komputer
operasi organisasi supaya mereka dapat dan melahirkan golongan yang tidak mampu
mengawal, mengelola dan merancang dengan berinteraksi tanpa komputer.
lebih berkesan dan lebih cekap.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
• MENINGKATKAN PENGETAHUAN AM
Generasi muda tidak ambil peduli terhadap isu-isu semasa
dek kerana lebih gemar bermain permainan video dan leka
dengan rancangan hiburan. Tetapi dengan perkembangan
tekonologi maklumat seperti media sosial, segala maklumat
boleh diperoleh dengan pantas tanpa mengira sempadan
waktu dan tempat. Pengetahuan am ini adalah penting
supaya golongan remaja mengenali dan mengetahui hak
mereka serta dapat memberikan pendapat atau solusi
berkenaan isu semasa yang membuatkan Negara asing
bergolak .
MEMPERKASA KEMAHIRAN DIRI MEMUDAHKAN KOMUNIKASI
Kemahiran berkomunikasi dan pembawaan imej diri Kewujudan aplikasi teknologi seperti Whatsapp
telah menjadi kriteria utama bagi penilaian dalam telah mengubah cara komunikasi manusia di
perkembangan karier pada masa hadapan. Golongan mana panggilan suara melalui telefon kini telah
remaja boleh mempelajari kemahiran di luar bilik ditambah baik dengan panggilan video. Ia juga
darjah melalui aplikasi penstriman video seperti penting dalam aspek keselamatan diri kerana
Youtube. Mereka juga perlu membudayakan panggilan kecemasan dan perkongsian lokasi
pengadaptasian penggunaan teknologi dalam boleh dilakukan dengan mudah jika mangsa
kehidupan harian kerana segala aspek kehidupan berada dalam situasi diancam keselamatannya.
pada masa akan dating akan dipenuhi dengan Izharnya, penguasaan teknologi maklumat akan
teknologi yang lebih mudah dan efisien untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain
diuruskan. tanpa mengira jarak dan waktu.
MENAMBAH PENDAPATAN DIRI
Dengan menguasai teknologi maklumat , golongan remaja
boleh menceburi bidang perniagaan secara atas talian dan
membantu keluarga atau ibu bapa untuk menjana pendapatan
sampingan. Sebagai contoh, keluarga anda memiliki perniagaan
kek dan pastry. Anda boleh membantu perkembangan
perniagaan tersebut menggunakan hujung jari dengan
membuka laman sosial bagi tujuan promosi dan pemasaran.
Secara tidak langsung, anda telah menguasai dua bidang dalam
satu pekerjaan iaitu teknologi dan perniagaan. Persis kata
peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
KESIMPULAN
Pelbagai faedah yang akan diperoleh sekiranya menguasai
teknologi maklumat . Kini ia terserah kepada para remeja sama
ada ingin memanfaat sebaik-baiknya atau tidak dalam
perkembangan teknologi hari ini. Usaha ini juga wajar disokong
oleh kerajaan dalam melaksanakan pendidikan berteraskan
teknologi seperti program internet untuk sekolah bestari serta
menggalakan penceburan maklumat dalam setiap industri
ekonomi dalam Negara. Setiap pihak seharusnya bersedia untu
melakuan anjakan paradigmadalam memanfaatkan teknologi
maklumat dalam setiap segi kehidupan mahupun pekerjaan.