The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHEE CHEN FIE Moe, 2020-05-29 13:14:06

CHEE YU SHENG Budaya Masyarakat Malaysia

BAHASA MELAYU

Standard Kandungan :



2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan


bukan sastera.



Standard Pembelajaran :



2.3.2 baca karya sastera karya bukan sastera dengan


gaya penyampaian yang sesuai.

ISI KANDUNGAN




1. Pengenalan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia.


2. Kaum Melayu

~ Pakaian Tradisional

~ Makanan Tradisional

~ Alat Muzik Tradisional
~ Perayaan

3.Kaum Cina


~ Pakaian Tradisional
~ Makanan Tradisional

~ Alat Muzik Tradisional

~ Perayaan
4.Kaum India


~ Pakaian Tradisional
~ Makanan Tradisional

~ Alat Muzik Tradisional

~ Perayaan
5. Kesimpulan

Masyarakat Pelbagai Kaum









di Malaysia

Masyarakat


Pelbagai


Kaum



Di Malaysia

PENGENALAN





Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam

keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah

Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan


membentuk 65% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu

kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan

budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting


dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada

penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat

semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme

atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau


Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula

membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu,

bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum


Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu

ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara

meluas.

KAUM MELAYU

~ Kaum terbesar (bumiputera)


~ Bertutur dalam Bahasa Melayu,


mengamalkan adat istiadat Melayu dan


beragama islam.



~Menurut peruntukan dalam


perlembagaan Perkara 153, kerajaan


bertanggungjawab memelihara dan


melindungi kedudukan istimewa orang



Melayu

Masyarakat Melayu di Malaysia


mempunyai pelbagai jenis pakaian



tradisional yang telah pun dipakai



sebelum zaman Kesultanan Melayu



Melaka lagi. Semua pakaian ini masih



lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya


seperti mana ia mula dipakai pada



zaman dahulu. Ada antara pakaian



ters e b u t m e n d a p at p e n ga r u h



daripada budaya bangsa asing seperti



Arab, Cina, India dan juga dari


Kepulauan Indonesia.

Baju kurung (Jawi: باجو کوروڠ) ialah pakaian


tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung

terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan


Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga


dikenali juga sebagai Baju Melayu. Ia menjadi

pakaian rasmi untuk negara Brunei, Indonesia,


Malaysia , Singapura dan Thailand.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU




Budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang melayu. Pelbagai lauk pauk tidak


akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan kehidupan dan adat


bagi penduduk asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet(pemakanan) dan

ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan


juga dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan

ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili,


belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan.


Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga

rempah ratus. Santan merupakan bahan asas dalam masakan Melayu. ia digunakan dalam


segala jenis gulai atau masakan lemak. Bahan perasa (seasoings) dalam masakan Melayu

dibahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang


ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang halia, bawang putih, dan cili. Rempah


kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Orang

melayu juga menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut,


daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.



Alat Muzik Kaum Melayu












Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia.

Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua.
Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.

Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang
mempunyai 12 tali.




Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing
atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.
Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.

Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu.
Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan
atau pertabalan Diraja.




Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia

Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi
mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang

berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

Alat Muzik Kaum Melayu










Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing.Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada

sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah
tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.





Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan
penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional

seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.








Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu.

Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara

memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi
mengeluarkan bunyi yang baik.

Pada tanggal 1 Syawal tahun Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari
Hijrah, seluruh masyarakat Raya Korban dan Hari Raya Haji

Islam di dunia akan menyambut merupakan perayaan agama yang
Hari RayaAidilfitri. Di Malaysia, disambut oleh seluruh umat Islam di

sambutan hari raya ini disebut dunia. Hari raya ini menandakan
juga sebagai Hari Raya Puasa. berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat
Hari raya ini disambut setelah Perayaan haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah

menghabiskan kewajipan puasa Kaum haji mengerjakan wukuf diArafah.
Orang-orang Islam menyambut Aidiladha
pada bulan Ramadan. pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap
Melayu tahun.







Perkataan 'maulid' berasal daripada
Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir
seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Awal Muharram merupakan suatu hari
Rasul', umum memahami ungkapan ini penting bagi umat islam kerana menandakan
bermaksud hari keputeraan Junjungan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah
Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi iaitu peringatan penghijrahan Nabi
Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Muhammad s.a.w dari Kota Makkah bagi
Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah
571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah
Gajah. Oleh yang demikian, hari maulid ini diambil sebagai permulaan kiraan bagi

dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. kalendar Hijrah.

KAUM CINA

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas:马



来西亚华人) adalah warganegara Malaysia


yang berketurunan Bangsa Han. Mereka



merupakan kumpulan etnik kedua terbesar


di Malaysia selepas kaum Melayu dan



kebanyakan mereka adalah keturunan


pendatang berbangsa Han yang datang ke



Tanah Melayu semasa pemerintahan


Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti



Qing dan Republik China.

Makanan Tradisional Kaum Cina

PAKAIAN

TRADISIONAL
Perempuan CINA Lelaki

Ceongsam Samfu

Alat Muzik Kaum Cina









Guzheng ialah alat muzik yang berasal dari China sekitar 2.000 tahun yang lalu.

Guzheng juga dikenali sebagai Qin Zheng kerana berasal dari Dinasti Qin. Alat muzik ini

juga popular pada masa Dinasti Tang (618-907 M), dan merupakan instrumen yang

paling umum untuk dimainkan di Tiongkok. Guzheng berbentuk seperti kotak yang
cembung dan diperbuat daripada kayu sebagai kotak suara, Di atasnya terbentang 21

senar. Di tengah senar tersebut ditempatkan Qin Ma yang dapat digeser untuk

menaikan atau menurunkan frekuensi nada.







Yangqin merupakan alat muzik tradisional Cina yang jenis ziter. Yangqin

mempunyai banyak tali. Badan diperbuat daripada kayu dalam bentuk rama-

rama. Setiap pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah
beberapa oktaf semuanya, 2 hingga 6 set kekuda titian tali diperbuat daripada

kayu. Pemulas selaras dari logam didapati di kedua-dua belah kotak suaranya.

Alat Muzik Kaum Cina








Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional Cina. Erhu ialah alat muzik

bertali dua-tali, panjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas. Erhu ialah alat yang

termasyhur dalam keluarga Hu-qin di China. Jenis- jenis Erhu termasuklah
Zhonghu, Gaohu , Banhu , Jinghu, dan sebagainya.








Xiao, yang juga dikenali sebagai "Dongxiao" ini, merupakan sejenis alat

muzik tiupan tradisional China yang dicipta berasaskan Paixiao, yang digelar
"Xiao" pada ketika itu.









Liuqin ialah alat tali petikan, bentuknya sama seperti Pipa. Alat ini

dinamakan Liuqin kerana berbentuk seperti daun pokok villow.

Tahun Baru Cina
disambut meriah oleh Chap Goh Mei diadakan

kaum Cina selama 15 hari sebagai penutup bagi
bagi meraikan kedatangan perayaan Tahun Baru Cina.
tahun baru kalendar Pada malam tersebut,
mereka. Pada malam tanglung berwarna-warni
Tahun Baru, semua ahli akan dinyalakan dan
keluarga akan berkumpul mercun dibakar untuk
untuk mengeratkan memeriahkan lagi
hubungan sesama sambutan.

keluarga. PERAYAAN
KAUM CINA



Pesta Perahu Naga disambut
Perayaan Kuih Bulan pada hari kelima bulan kelima
merupakan perayaan dalam kalendar Lunar. Kaum
menyambut kemenangan Cina akan mengadakan
orang Cina menumpaskan perlumbaan perahu naga dan

penjajah Mongol pada akhir Winter Solstice disambut makan zongzi. Zongzi adalah
Dinasti Yuan (1280 Sebelum pada 22 Disember setiap beras pulut yang dibungkus
Masihi - 1341 Masihi). Kuih tahun. Perayaan ini dengan daun, dan kemudian
bulan juga dikaitkan dengan sinonim dengan manisan dimasak dengan proses
Pesta Tanglung, namun ini yang dikenali sebagai pengukusan atau pendidihan.
adalah perayaan berbeza. tangyuan yang

melambangkan
penyatuan.



Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka


datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah
membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini

merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina .

Orang India yang telah datang sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan
kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau

empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu).

~ Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada
orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan

kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun

1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih

kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan
Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan

penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar

semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk
Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah

penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Makanan Tradisional Kaum India

Pakaian Tradisional Kaum India




















Kurta



Kurta pula adalah pakaian


tradisional bagi kaum lelaki India


di majlis rasmi. Ia merupakan

kemeja panjang yang sampai ke


lutut dan lazimnya diperbuat

daripada kain kapas atau linen.

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini


diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti

hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi


muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.





Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain


tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha

dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut


dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada


juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian

ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Pakaian Tradisional Kaum India








1.Salwar Kameez



Pakaian salwar kameez atau baju
Punjabi, yang juga popular di
kalangan wanita di utara India,

terdiri daripada blaus panjang
yang dipadankan dengan seluar

panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai 2.Sari
warnanya.
Sari merupakan pakaian tradisional India
yang mudah dikenali di seluruh dunia.
Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela

panjang dipadankan dengan kain dalam
yang berwarna seakan-akan kain sari
tersebut, serta choli yang berwarna sama
atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit
pada badan dengan bahagian hujungnya
yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain
dalam dipakai di atas atau di bawah pusat
dan berfungsi menyokong kain sari tersebut
dari terlucut. Sari diperbuat daripada
pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.

Alat Muzik Kaum India









Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat

Membranofon.


DIPERBUAT:

Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang
ditala kepada pic yang lebih tinggi. Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaitu muka bes dipasang

dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang
diperbuat dari campuran tar, tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini
diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.




Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.




DIPERBUAT:
Ia diperbuat daripada logam gangsa.




FUNGSI:

Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan
irama.Ia merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.

Alat Muzik Kaum India









Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon. Ia merupakan sejenis lute yang berleher

panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.



DIPERBUAT:
Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi. Satu set tali-tali

halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan
bunyi gema alat tersebut.



FUNGSI:
Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.



Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.




DIPERBUAT:
Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada

kayu nangka dipanggil sebagai Kudam. Sebatang leher yang panjang yang dipanggil sebagai

Dandi disambungkan kepada Kudam.



FUNGSI:

Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.

Alat Muzik Kaum India
































Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.



DIPERBUAT:
Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuat

daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula adalah gendang bes yang diletakkan
di bahagian kiri pemain. Muka kedua-dua Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing.



FUNGSI:
Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan di

Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal
dan dangdut.

Perayaan Kaum India




































Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.




Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya

dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan

November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Perayaan Kaum India













Hari Thaipusam merupakan satu perayaan
yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di

seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa

Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada

bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali
juga sebagai bulan 'Thai'.




Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah
hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat

sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Perayaan Kaum India





Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu.


Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari
Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya,

orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua

bulan Januari.



Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru
dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil

tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.



Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada

semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan
di rumah secara kecil-kecilan.

KESIMPULAN



Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai

kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan

yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita

kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian

bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan

kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya.




Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing

dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap kaum haruslah

bekerjasama dan menghargai peranan yang ada pada kaum-kaum lain.

Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat

yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah

negara yang unik di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah

dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada

masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.

SEKIAN,






TERIMA KASIH.



























Disediakan oleh : Chee Yu Sheng, SJK(C) Sin Hwa, Tawau.


Click to View FlipBook Version