The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHEE CHEN FIE Moe, 2020-05-29 14:42:39

CHEE YU SHENG 4 UKM SAINS PBL DADAH

Standard Kandungan :



2.3 Manusia Bergerak Balas Terhadap



Rangsangan


Standard Pembelajaran :



2.3.4 Memerihalkan tabiat yang menganggu


proses gerak balas manusia terhadap



rangsangan

1. Apakah itu dadah?



2. Jenis-jenis Dadah


3.Faktor-faktor penyalahgunaan dadah.


4.Kesan-kesan penyalahgunaan dadah terhadap :


~ Individu



~ Keluarga


~ Masyarakat


~ Negara


5. Cara-cara mengatasi masalah penyalahgunaan dadah

Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan

paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan

keadaan mabuk, khayal, ketagihan, gangguan tingkah

laku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan

akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri,

masyarakat dan negara.

Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang

dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang

dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah

melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan

tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Halusinogen Depresen
















JENIS-JENIS

Stimulan DADAH Steroid


















Opiat Kanabis

Opiat atau narkotik merupakan ubat penahan sakit


yang berkesan. Ia adalah sejenis bahan kimia asli


yang terdapat dalam otak yang memberi kesan


‘perasaan yang nyaman/bahagia’. Pergantungan dan

penagihan akan terjadi jika ia kerap digunakan.

























Candu Heroin Morifin Codeine Fentanyl

Kanabis



ialah istilah umum yang digunakan


untuk semua jenis dadah yang


diperolehidaripada pokok ‘cannabis sativa’.
























Hashish Kanabis Minyak

herba Hashish

Dadah Halusinogen ialah bahan yang dihasilkan


dalam badan manusia untuk mengubah deria


persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini


akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran

dan emosi dengan membatalkan penghantaran


neurotoksin ensefalus.



















PCP LSD (lysergic DMT
(phencyclidine, Asid (Dimenthyltrypt Meskalin

‘Angel Dust’) Diethylamide) amine)

Depresen (penekan) merupakan sejenis dadah

yang bertindak terhadap sistem otak sehingga

membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila
diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan,

dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang,

meredakan kesakitan dan untuk tidur lena. Walau
bagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang

disalahgunakan.













GHB
Ketamin (Gamma-


hudroxybutyrate)
Alkohol

Steroid merupakan hormon semulajadi yang

dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak untuk

mengawal fungsi badan.
Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana

pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang

produk yang mengandungi steroid hendaklah didaftarkan
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.




















Kapsul/ Krim Ubat sedut Titis mata


tablet (“Inhaler”)



Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi,
keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan

mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan

penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan
mereka melupakan tekanan yang dihadapi.




Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya,
remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan

dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal

untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.



Faktor seterusnya adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat

kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Oleh

hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa
menyedari kesan buruk pengambilan dadah.




Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah. Mereka yang kurang didikan

agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana dengan adanya
pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Faktor kurangnya didikan

agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam kehidupan dengan melakukan

perbuatan salah seperti menghisap dadah.

KESAN-KESAN





PENYALAHGUNAAN DADAH





TERHADAP






INDIVIDU, KELUARGA,





MASYARAKAT





DAN NEGARA.

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH








Kesan kepada individu






Ø Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul

hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.


Ø Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.

Ø Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan


kelihatan seperti dalam khayalan.


Ø Pitam, pengsan, & berperasaan ganas

Ø Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing


gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH








Kesan kepada keluarga





Ø Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga


Ø Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa,


tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.


Ø Rumah tangga menjadi porak peranda.



Ø Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan


anggota keluarga.


Ø Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah


sosial kepada mereka.

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH








Kesan kepada masyarakat






Ø Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah



seperti rompakan & samun


Ø Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh


terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.


Ø Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat



penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH








Kesan kepada negara







Ø Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

Ø Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

Ø Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Ø Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Ø Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

Ø Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan
jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Ø Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri

daripada golongan remaja dan belia.

CARA-CARA







MENGATASI







MASALAH







PENYALAHGUNAAN







DADAH

CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH




Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di

hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-



1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.


Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah

tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat.

Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20
gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun

penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada

50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b)
Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-

duanya sekali.



2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.


Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah

perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar,
pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat

terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh

mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH







3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.


Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras


isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan

remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta


bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa

perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain


itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.





4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.


Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan


untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat


umur, bangsa dan lain-lain.

KESIMPULAN


Dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif ataupun



padah berbanding kesan positif. Hal ini demikian dapat dilihat


akibat daripada penyalahgunaan dadah yang semakin


berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak.


Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sejagat dan harus


dibendung dengan segera terutamanya dalam kalangan belia.



Keadaan ini perlu diatasi dengan segera agar kemajuan serta


pembangunan yang dicapai selama ini akan berkekalan


selamanya.

SEKIAN,






TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version