The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 bagi penulisan sastera kreatif kanak-kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niknurayuni08, 2024-03-04 10:24:46

Ayam, Helang dan Jarum Emas Ajaib

Tugasan 2 bagi penulisan sastera kreatif kanak-kanak

Keywords: 030246

AYAM, HELANG DAN JARUM EMAS AJAIB AYAM, HELANG DAN JARUM EMAS AJAIB Ayuni


YUNAWA PRODUCTION LOT 946, Kg. Tikat Jalan PCB 15350 ,Kota Bharu ,Kelantan Tel: 014-8031449 Fax:09956810 Cetakan Pertama 2024 Semua hak terpelihara . Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sebarang cara yang boleh digunakan lagi , ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara ,baik dengan cara elektronik ,mekanikal ,penggambaran semula,perakaman ataupun sebahagiannya tanpa izin terlebih dahulu daripada Yunawa Production Perpustakaan Al-Basuti Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Nik Nur Ayuni Zahari ,2024 Ayam, Helang dan jarum emas ajaib/cerita dan ilustrasi oleh Nik Ayuni (SIRI HAIWAN TELADAN) ISBN 983-957-0943-67-7 (set) ISBN 983-956-0978-65-5 1.Children’s stories, Malay 2.Didactic Fiction ,Malay I.Judul.II. Siri. 207.5634 Disiarkan oleh Karang Kraf Marketing & SERVICES NO 63,Persiaran Mewah ,Kawasan Perindustrian Kuala Terengganu,20000 Terengganu


Busy day today! We need to find food and build D our hive too. i sebuah hutan rimba yang indah, terdapat sebuah hutan yang diberi nama ‘Hutan Magika ’ dipenuhi dengan kehijauan tumbuhan dan bukitbakau. Semua haiwan di hutan ini hidup aman damai serta menjalankan rutin harian mereka seperti mencari makanan dan bermain.


Ada seekor ayam yang bernama Kiko. Kiko merupakan seekor ayam yang selalu gembira dan suka menolong orang. Kiko bersahabat baik dengan kura-kura dan gajah. Mereka bertiga selalu berjalan bersama-sama untuk mencari makanan dan mengelilingi hutan ini.


Sewaktu pulang ke rumah, seekor burung merpati pergi ke setiap rumah untuk menghantar sepucuk surat kepada semua penduduk di Hutan Magika. ‘Surat apa ini?’ , tanya Kiko sambil membuka surat itu.


Rupa-rupanya surat itu adalah surat jemputan ke Hari Terbuka Hutan Magika yang ada pelbagai aktiviti dan paling menarik minat Kiko ialah Pertandingan Berkokok. Kiko dengan yakin ingin memasuki pertandingan itu dan kawan-kawannya memberi sokongan kepadanya.


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Di suatu pagi yang indah, Kiko sedang mencari makanannya iaitu cacing di kawasan padang lapang. Sambil Kiko mengais tanah, seekor helang menegurnya, ‘Kesiannya kamu kerana hanya dapat mencari makanan di kawasan ini sahaja ’


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Kiko menjawab dengan sedih ‘Aku tidak boleh terbang seperti kamu Helang dan aku hanya ada sayap tapi tidak boleh terbang. Alangkah indahnya dapat terbang seperti kamu, Helang.’


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Hello Bella! ‘Hahaha, kamu tidak sehebat seperti aku kerana tidak boleh terbang bebas di udara ’ , dengan riaknya Helang berkata. Kiko berasa sedih apabila Helang berkata begitu kepadanya.


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Hello Bella! ‘Aku dulu pun tidak boleh terbang dan selepas aku menjahit sayap aku menggunakan jarum emas ini, aku boleh terbang ’ , cerita helang kepada Kiko. ‘Wah, ajaibnya jarum emas ini’ , Jawab Kiko dengan penuh teruja. ‘Aku boleh gunakan jarum Ajaib untuk aku terbang dan hadir ke pertandingan itu nanti’.


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Hello Bella! ‘Kiko Ooo Kiko!’ , panggil Helang. Ayam pun terkejut apabila helang memanggil dirinya yang sedang mengelamun. ‘Adakah kamu ingin meminjam jarum emas ini? Nanti bolehlah kamu hadir ke Hari Terbuka Hutan Majika dengan mudah apabila kamu boleh terbang dengan sayap baru ’ , pujuk Helang kepada Kiko.


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Kiko pun menjawab, ‘Aku ingin meminjam jarum emas kamu, Helang. Aku juga ingin rasa terbang di udara , tolong orang kampung dan hadir ke pertandingan itu dengan cepat’.


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Hello Bella! “Boleh tetapi dengan syarat. Kau mesti kembalikan semula jarum emas ini sebelum hari Jumaat ini pada pukul 12 tengah hari. Aku akan datang ke sini tepat pada waktunya. Sekiranya kau tidak dapat kembalikan semula jarum emas Ajaib ini, aku akan memburu seluruh keturunan kau ” , Helang memberitahu kepada ayam.


Are you ready to work together? Absolutely! Hi, Benny! Hello Bella! Dengan yakinnya, Kiko menyahut syaratsyarat helang tersebut. “Nah, ambil jarum emas Ajaib ini dan simpan dengan sebaik yang mungkin”.


Pada pagi selasa yang cerah, kiko menjahit sayapnya untuk mencari makanan di tempat yang lain dari kebiasaanya. Kiko sungguh gembira kerana dia dapat terbang dan dapat membantu orang kampungya yang inginkan pertolongan


Semua haiwan di Hutan Rimba Majika sungguh teruja dan terkejut kerana Kiko dapat terbang di udara seperti burung-burung yang lain. Kiko sungguh bangga dan riak kerana dia seekor sahaja ayam yang boleh terbang


By sharing the load, of course! Each one has their expertise. Pada hari Jumaat, Hari Terbuka Hutan Magika berlangsung dan Kiko sungguh teruja untuk ke sana. Kiko pun menjahit sayapnya dan menghadiri majlis tersebut. Akhirnya, Kiko menang dalam pertandingan berkokok itu.


Pada hari ini, Kiko dan Helang akan bertemu di pokok besar untuk kembalikan semula jarum emas ajaib milik Helang. Jam telah menunjukkan pukul 11. 45 pagi dan tinggal 15 minit lagi sebelum pukul 12 tengah hari. Kiko masih berseronok di Hari Terbuka tersebut bersama rakan baiknya.


6 3 1 2 5 4 “Kiko, sepatutnya hari ini kau mesti pulangkan jarum emas kepada helang bukan?”, tanya gajah kepada Kiko. Koki melihat jamnya telah menunjukkan pukul 11.50 pagi. Kiko terkejut dan terus menuju ke tempat yang sepatutnya bertemu dengan Helang.


Kiko pun menjahit sayapnya dan terbang. Sewaktu Kiko sedang terbang, banyak hadiah yang berada pada tangannya. Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan terus melanggar Kiko.


Jarum emas yang dipegang oleh Kiko telah jatuh disebabkan angin yang melanggarnya dan jatuh ke dalam semak yang tebal. Kiko terus ke semak itu untuk mencari jarum emas milik Helang dengan pantas.


Kiko mulai rasa takut dan resah kerana jarum emas milik helang hilang. Jam telah menunjukkan pukul 12 tengah hari, menandakan janji Helang dan Kiko perlu dipenuhi. Kiko terus mencari dengan mengais tanah di kawasan semak yang tebal itu.


“Hey Kiko,disini rupannya kamu! Mana janjimu padaku? Dimana jarum emas ajaib aku? Kenapa kamu tidak datang di tempat kita berjanji?” , sergah helang kepada Kiko.


Kiko mulai takut. ‘A…a..ak..aku memang hendak berikan jarum emas kau helang ’ , jawab Kiko dengan gugupnya. “Kembalikan semula jarum emas Ajaib aku, pasti ada di tangan kamukan?” , Helang bertanya.


Kiko menjawab dengan jujur “Sebenarnya, jarum emas kau terjatuh ke dalam semak tebal sewaktu aku terbang tadi”. Muka helang mula merah dan marah akan Kiko kerana hilangkan jarum emas ajaibnya. Helang pun terus terbang dan menyambar Kiko dengan kuku kakinya yang tajam namun Helang melepaskannya semula dan memberi masa untuknya mencari jarum emas itu sehingga jumpa.


“Aku akan memburu seluruh keturunanmu Kiko sehingga kau ketemukan semula jarum emas Ajaib aku ” , marah Helang kepada Kiko. Helang pun terus terbang pulang ke tempat tinggalnya dengan marah.


Kiko berasa takut untuk bertemu dengan helang. Mulai hari itu, Kiko dan ayam-ayam yang lain terus mengais tanah untuk mencari jarum emas milik helang dari siang ke malam.


Tiga tahun telah berlalu, akhirnya usaha Kiko dan ayam-ayam lain berjaya apabila jarum emas ajaib Helang telah dijumpai. Kiko telah kembalikan semula jarum emas tersebut kepada Helang. Kiko serta ayam-ayam lain tidak lagi hidup dalam ketakutan. Kiko mulai menyesal akan perbuatannya yang angkuh, riak dan tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki.


Kini, Kiko hidup seperti sedia kala dan bergembira dengan kawan-kawanya iaitu gajah dan kura-kura. Kiko mulai bersyukur dengan apa yang dimiliki dan terima seadanya ayam tidak boleh terbang seperti burung-burung lain.


TAMAT


PENGAJARAN Sebagai pengajaran, kita mestilah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan tidak angkuh apabila memiliki kelebihan lebih daripada orang lain.


Click to View FlipBook Version