The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 500-1-nor, 2021-12-24 00:22:51

Cerpen : Disebalik Tirai Besi

Tugasan 3 Kesusasteraan Melayu.

Di sebalik Tirai Besi

Karya : Fiqah Nordin

Disebalik Tirai Besi

“Hey budak perempuan sombong! Mentang-mentang kau cantik, kau tak nak
bercakap dengan aku”, kata Helmi kepada Erina. “Ingat sikit ya, kau tu anak haram
sebenarnya!” Helmi menyambung kata-katanya lagi.

Erina terkejut dan memandang tanpa berkelip kearah budak lelaki yang memang
terkenal dengan sikap samseng di sekolah mereka.

“Apa maksud kau? Jangan sebab aku tak layan kau, kau fitnah aku macam ni.”
Sindiran aku kepada Helmi menyebabkan Nisa yang berada di sebelahku tersenyum
mengejek kearah Helmi.

Helmi menjadi berang selepas mendengar kata-kata Erina. “Erina aku tak tipu
kaulah.. kita kan tinggal sekampung, semua penduduk kampung tau yang kau tu
anak luar. Diaorang semua tak nak heboh-heboh sebab hormat pada mak kau
sebagai guru KAFA di kampung kita. Ok, macam nil ah, aku nak tanya kau dan
kakak kau pernah ke jumpa ayah korang?” lantang Helmi bersuara.

Erina terdiam selepas mendengar kata-kata Helmi yang panjang lebar itu. Dia
cuba menterjemah setiap kebenaran kata-kata tersebut. Pada masa yang sama
Helmi tersenyum melihat reaksi aku tidak seberani tadi.

“Eh, Erina, betul la aku penah dengar mak ayah aku cakap bapa kau dan kakak
kau tu pembunuh,” tiba-tiba Zaid yang berada di sebelah Helmi bersuara. Keadaan
terus menjadi sunyi.

“Heii… korang berdua jaga sikit mulut tu, nanti aku report kat cikgu disiplin yang
korang berdua buli Erina,” kata Nisa sambil menarik tangan Erina untuk menuju ke
kelas.

Air jernih mengalir di pipi Erina, dia cepat-cepat mengesat dengan hujung lengan
bajunya agar tidak dilihat oleh Nisa.

“Erina, tolong ibu hantar kuih Buah Melaka ini ke Warung Mak Minah,” kata Puan
Suraya kepada anaknya Erina. Laungan suara Puan Suraya telah mengejutkan
Erina daripada lamunan apa yang telah berlaku di sekolah kelmarin.

Ibu Erina seorang wanita yang cekal dan bertanggungjawab dalam memastikan
keperluan untuk anak-anaknya mencukupi. Beliau sangat rajin, setiap pagi ibu Erina
akan membuat kuih untuk dihantar ke Warung Mak Minah manakala pada sebelah
petang pula mengajar KAFA di surau.

Hidup Erina dan kakaknya sempurna walaupun tidak seperti keluarga orang lain
yang mempunyai ayah dan ibu. Ayah? hmmm.. ingatan Erina tiba-tiba teringat
kepada perkataan tersebut.

Setelah menghantar kuih ke Warung Mak Minah, Erina duduk di atas tangga dan
berfikir sendirian, nama aku Erina Natasha binti Arman, kalau aku ni anak haram
atau luar nikah mesti nama ayah aku Abdullah.

Tiba-tiba Puan Suraya datang dan duduk di sebelah Erina. “Erina, kenapa ibu
tengok kamu asyik mengelamun saja dari tadi, kamu ada masalah ke?” tanya ibu
Erina setelah melihat riak wajah anaknya yang tidak seceria sebelum ini.

“Tak ada apa-apa lah ibu, Erina cuma fikir pasal belajar je.. tahun depan dah nak
masuk tingkatan satu,” kata Erina kepada ibunya. Nasib kali ini Puan Suraya tidak
mengesyak apa yang bermain dalam fikiran Erina.

Seperti biasa pada hari persekolahan, setiap pagi selepas menghantar kuih di
warung, Puan Suraya akan menghantar Erina dan Elisa ke sekolah. Elisa belajar
tingkatan 3 di Sekolah Menengah Seri Setia bersebelahan sekolah Erina. Jarak
rumah dan sekolah tidak jauh tetapi Puan Suraya tidak membenarkan anak-anaknya
ke sekolah bersendirian.

Kringgg… Kringggg…. Loceng waktu rehat berbunyi Erina menyimpan buku ke
dalam laci meja sebelum keluar rehat. Nisa kawan baiknya sudah berdiri di sebelah
untuk mengajaknya ke kantin.

Semasa berjalan ke kantin Erina dan Nisa berbual sambil bergelak ketawa, tiba-
tiba Helmi dan Zaid muncul di hadapan mereka dan deraian ketawa terus lenyap.
“Hai Erina kau ok hari ni?” tanya Helmi kepada Erina sambil tersenyum sinis. “Kau
nak apa lagi? Tanya Erina semula. “Tepi la aku nak lalu”, sambung Erina lagi.
“Amboi sombong dan belagak lagi ye kau ni Erina” Helmi terus bersuara.

Erina dan Nisa terus berlalu meninggalkan Helmi dan Zaid. Di kantin tiba-tiba ada
seorang budak tertumpahkan air ke baju Erina. Helmi yang ada di kawasan tersebut
datang menghampiri Erina. “Nah, tisu ni lap baju kau!” kata Helmi. Erina yang
sedang menunduk mengibas-ngibas bajunya yang basah itu terus terhenti dan
memandang ke arah Helmi. “Tak perlu, aku boleh cuci la baju ini”, jawab Erina.

“Kau ni Erina keadaan macam ni pun masih belagak dengan aku, sedar lah sikit
kau tu anak haram!” kata Helmi. Bagaikan panahan halilintar yang menerjah ke arah
Erina setelah mendengar kata-kata Helmi.

“Kurang ajar, jika aku ni anak haram sekali pun, aku tak da pun menyusahkan
hidup kau.” Jerit Erina dan terus berlalu meninggalkan Helmi.

Malam yang sunyi bertemankan angin, Erina duduk di hadapan meja tulis yang
menghadap ke arah tingkap yang terbuka luas sambil mencoret sebuah puisi

Ibu..
Kaulah wanita yang paling tabah,
Mendidik dan membesarkan kami,
Tanpa kenal erti penat dan lelah,

Ibu..
Tiada siapa yang dapat menggantikan dirimu,
Hingga ke akhir hayat kami.
Kentalnya jiwamu dalam menggalas tanggungjawab,

Ibu..
Berbekalkan tulang empat keratmu,
Engkau mencari nafkah untuk kami,
Besar jasa dan pengorbananmu,
Kau lah ibu, kau lah ayah.

Sewaktu pulang dari sekolah, Elisa berjumpa dengan Helmi dan terus memberi
amaran agar jangan mengganggu Erina lagi. “Hei budak, kau tolong jaga sikit mulut
tu, jangan ganggu adik aku lagi lepas ni faham!” gertak Elisa. Helmi diam seribu
bahasa apabila mendengar amaran kakak Erina itu dan dia terus berlalu.

Elisa mengetahui masalah adiknya itu apabila Nisa menceritakan segalanya
padanya.Keesokkan hari semasa menunggu Puan Suraya datang menjemput
mereka dari sekolah, Elisa dan Erina bersembang. ” Adik, harini budak laki tu ada
ganggu lagi tak?” tanya Elisa. Erina kehairanan, kenapa kakaknya tau masalah dia
di sekolah. “Maksud kakak Helmi?” tanya Erina.

“Nisa sudah menceritakan semuanya pada kakak”, kata Elisa. Erina terus
meluahkan segala isi hatinya kepada Elisa sambil mengalir air mata. “Kakak pun
sudah lama mencari jawapan disebalik semua persoalan tersebut” kata Elisa.

Perodua kancil berwarna merah berhenti di hadapan sekolah, Elisa dan Erina
terus masuk ke dalam kereta. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Elisa dan
Erina diam membisu. Puan Suraya berasa hairan selalunya anak-anaknya akan
bercerita apa yang berlaku seharian di sekolah.

Malam menjelma lagi, setelah selesai solat maghrib secara berjemaah, Puan
Suraya terus menyiapkan makan malam. Semasa makan Elisa dan Erina tetap
berdiam. Puan Suraya semakin pelik melihat tingkah laku kedua anak daranya itu.

“Kakak, adik kenapa ibu Nampak sejak balik dari sekolah tadi kamu berdua senyam
saja,” tanya ibu mereka. Elisa dan Erina salng berpandangan antara satu sama lain
tanya menjawab pertanyaan Puan Suraya. “Tengok tu, ibu tanya tak yang jawab
pun, kamu berdua ada masalah ke?” tanya Puan Suraya.

“Tak ada apa lah ibu, kami cuma penat ja ibu,” jawab Elisa. Ibunya tidak berpuas
hati dengan jawapan yang keluar dari mulut anak sulungnya itu dan dia tahu ada
sesuatu yang disembunyikan oleh dua beradik itu.

“Ibu kenal anak-anak ibu ni macam mana, ibu lahir dan ibu yang besarkan kamu
berdua, jadi bila apa-apa berlaku ibu tau, tolong jujur dengan ibu kenapa kamu
berdua tiba-tiba jadi macam ni hari ni,” kata Puan Suraya.

Tiba-tiba Erina bersuara, “Ibu, betul kah adik dan kakak ni anak haram??”. Puan
Suraya terduduk mendengar pertanyaan anaknya itu. Elisa hanya diam memandang
ibunya.

Puan Suraya tunduk membisu dan kini giliran Elisa bersuara. “ Jawablah ibu, kakak
dah lama ingin mengetahui semua ini, di mana ayah kami? Sejak lahir hingga kini
kami tidak kenal ayah.” “Ibu, kawan-kawan adik kata adik anak pembunuh, betul ke
ibu?”. Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Puan Suraya.

“Adik dan kakak sebenarnya bukan anak haram, ayah kamu berdua ada” jawab
Puan Suraya. “Kalau ayah ada di mana dia sekarang?” tanya Erina. Sambil
mengesat air mata yang berjurai, Puan Suraya pun bercerita.

“Semasa ibu dalam pantang melahirkan Erina, suatu kejadian hitam telah berlaku
dalam hidup ibu. Suatu malam semasa ayah kamu keluar bekerja tiba-tiba rumah
kita dipecah masuk oleh pencuri, pada masa itu kakak dan adik sedang tidur. Ibu
sangat takut, salah seorang pencuri masuk ke dalam bilik ibu dan cuba melakukan
sesuatu yang tidak elok kepada ibu. Ibu tidak kuat untuk melawan. Tiba-tiba ibu
mendengar mendengar motor ayah kamu, ibu terus menjerit meminta tolong. Ayah
kamu terus masuk ke bilik dan pencuri tersebut menggeluarkan pisau menghala ke
arah ayah kamu. Semasa pergelutan, pisau tersebut tertikam perut pencuri itu dan
meninggal dunia. Ayah telah dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara dek kerana
menyelamatkan ibu daripada menjadi mangsa perbuatan kejam pencuri tersebut.”
Jelas Puan Suraya.

Elisa dan Erina terus memeluk ibu mereka sambil menangis. “Maafkan kami ibu..”
“Kenapa ibu tidak pernah menceritakan semua ini kepada kami?” tanya Elisa.
“Sebenarnya ibu sudah berjanji dengan ayah kamu, ayah tidak membenarkan anak-
anak tau bahawa ayah ditangkap polis.

Pada cuti hujung minggu, di sebuah penjara berdirinya 3 beranak tersebut. Seorang
lelaki memakai baju penjara jalan menuju ke arah mereka. “Ayah, kami anak ayah”,

kata Elisa dan Erina. Lelaki tersebut memandang anak-anaknya dengan deraian air
mata. Puan Suraya yang berada di situ turut mengalirkan air mata. “Dah besar anak-
anak ayah, maafkan ayah kerana tidak dapat menjadi ayah yang baik”, kata Arman.

Erina bersyukur kerana mengetahui dirinya bukan lah anak haram seperti yang
diperkatakan oleh Helmi. Dia bangga kerana ayahnya sanggup berkorban
mempertahankan maruah ibunya.

- Sekian -


Click to View FlipBook Version