MINGGU 11: aSAS PERTOLONGAN CEMAS
ISI KANDUNGAN Tujuan dan prinsip bantu mula Anduh dan balutan Merawat luka, gigitan dan sengatan serangga Patah dan terseliuh
TUJUAN Menyelamatkan nyawa Mengelak kecederaan yang lebih serius Mengurangkan kesakitan Menguruskan pemindahan ke hospital TUJUAN DAN PRINSIP BANTU MULA First Aid adalah rawatan sementara waktu yang diberikan oleh penyelamat kepada mangsa sebelum tibanya bantuan perubatan seperti paramedik, doktor dan sebagainya. Rawatan yang diberikan adalah rawatan awal di tempat kejadian
anduh dan balutan
Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. Tiga Segi Jenis Kain Pembalut • Pembalut Tiga Segi • Pembalut Lebar • Pembalut Kecil • Pembalut Gulung
Balutan luka tangan
Balutan luka dada & bahu
Balutan luka dada & bahu
Balutan luka siku & jari
Anduh besar & menaik
luka, gigitan & sengatan serangga
Disebabkan terpotongnya tisu badan yang mengakibatkan pengaliran darah. Luka boleh menyebabkan serangan kuman ke dalam badan LUKA
Bertenang atau tenangkan mangsa; Hadkan pergerakan bahagian atau anggota yang dipatuk bagi mencegah bisa merebak ke dalam tisu dan ke seluruh badan. Sekiranya dipatuk pada bahagian tangan atau kaki maka penggunaan splint pada anggota berkenaan adalah disyorkan; Minta bantuan (jika berseorangan) atau hubungi anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan menggunakan talian 999; Jika berlaku perdarahan, berikan tekanan ke atas luka menggunakan kain bersih; Gunakan papan atau papah mangsa sekiranya mangsa perlu dipindahkan Sekiranya, bantuan lambat tiba, bawa mangsa ke pusat rawatan berdekatan; Cuba sebaik mungkin untuk mengenal pasti jenis ular yang mematuk atau menggunakan kamera/telefon bimbit untuk mengambil gambar ular; Membawa ular yang telah mati ke pusat rawatan bagi membantu mengenal pasti jenis ular (pastikan keselamatan sentiasa diutamakan) Pemakaian “torniquet” adalah tidak digalakkan Jangan sesekali menyedut atau memotong bahagian luka patukan ular Patukan ular berbisa bergantung kepada spesis, amaun racun, kedudukan dan kedalaman patukkan. Kesannya boleh membawa maut PATUKAN ULAR
Bagi sengatan lebah, penyengat dan tebuan, cuba buangkan sengatan menggunakan penyepit (tweezers) Bagi tungau yang masih melekat pada kulit jangan sekali-kali menarik secara paksa kerana dikhuatiri mulutnya akan tertanggal dan memasuki tisu badan yang akan menyebabkan inflamasi yang teruk. Cuci luka dengan air bersih atau antiseptik selepas membuang sengat dari tempat sengatan. Letakkan demahan sejuk atau ais untuk meredakan kesakitan. Bagi rawatan bengkak di dalam mulut atau kerongkong, berikan ais untuk diletakkan di dalam mulut dan dihisap. Nasihatkan juga berkumur dengan air sejuk . Hadkan pergerakan anggota yang terkena sengatan. Letakkan mangsa dalam kedudukan menyandar sekiranya mangsa mengalami kesukaran bernafas. Letakkan mangsa dalam kedudukan mengiring sekiranya mangsa tidak sedarkan diri. Selimutkan mangsa sekiranya dalam kesejukan. Hantar segera mangsa ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut. Serangga daripada spesis himenoptera ini sebenarnya boleh menyebabkan tindak balas keracunan mendadak serta alahan. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tempat sengatan dan kemudian bahan racun tersebut mengalir ke seluruh tubuh mangsa. SENGATAN SERANGGA
PATAH DAN TERSELIUH
Kecederaan tulang meliputi patah atau retak. Kecederaan boleh berlaku disebabkan oleh pukulan secara langsung atau tidak langsung, terjatuh dari bangunan yang tinggi, tarikan otot anggota yang tertindih, tembakan atau perlanggaran dan sebagainya. Jenis-jenis patah
Kaedah RICE (rest, ice, Compression, elevate) Rehat (rest) : kurangkan pergerakkan terutama pada sendi yang cedera AIS (ice) : boleh mengurangkan rasa sakit dan juga menyebabkan salur darah mengecut sekaligus mengurangkan bengkak dan radangan. Bole dilakukakn selama 10-15 minit per sesi sebanyak 4-6 sesi sehari. Tekanan (compression) : tekanan (bandaging) bole mengurangkan bengkak dan radangan dan mengelakkan sendi menjadi sembab. Menaikkan sendi (elevate) : meninggikan atau menaikkan sendi dari bahagain badan yang lain boleh mengurangkan bengkak dan sakit. Baik dilakukakn pada 24 jam pertama selepas kecederaan.