SEJARAH PERKEMBANGAN
MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA
P a g e 1 | 29
No. Matrik
NUR FARHANA ADNA BINTI
MOHAMMAD ZAMRI
NUR YASMIN BINTI ZAMZURI
NUR AINA ATHIRAH BINTI PAUZI
Nama Pensyarah PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN
Kos
MPU21032 & PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
P a g e 2 | 29
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Tajuk 1-2
2 Isi Kandungan 3
3 Pengenalan 4
4 Definisi Masyarakat Majmuk 5
5 Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat 6
Majmuk di Malaysia 7
8
6 Ciri-ciri Masyarakat Majmuk 8
7 Kepelbagaian Etnik di Malaysia
8 Masalah Perpaduan dan Integrasi 9
Antara Kaum 10
11-12
9 Langkah Untuk Mengatasi Masalah
13-15
Perpaduan 16-19
20-21
10 Konsep Etnik
11 Asas Kebudayaan Masyarakat Majmuk 22
di Malaysia 23-24
25
12 Sosial dan Budaya
13 Pakaian Tradisional kaum 26-27
14 Makanan dan Perayaan
15 Kesan Pembentukan Masyarakat
Majmuk di Malaysia
16 Implikasi Terhadap Kemajuan Negara
17 Kesimpulan
18 Rujukan
P a g e 3 | 29
PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai
bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik inilah
maka wujud pula kepelbagaian budaya, Bahasa,
agama dan adat resam.
Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah
Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan
tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun
1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah
orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang
cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang
manakala sebilangan kecil orang india pula
bekerja sebagai buruh.
Pada pertengahan abad ke-19, berlaku
penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar
kolonial British yang membawa masuk kaum-
kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak
perlombongan dan dalam sektor ekonomi.
Senario ini didapati berterusan sehinggalah
sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal British
ialah pembentukan masyarakat negara yang
berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan
keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini
telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British
mentadbir berdasarkan pendekatan pecah dan
perintah di Tanah Melayu. Kaum pendatang
dibiarkan untuk mengekalkan identity dan
budaya masing-masing sementara perhubungan
langsung dengan kaum-kaum lain tidak
digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat
majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini
dari semasa ke semasa.
P a g e 4 | 29
DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa
kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal
dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan
tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri. Masyarakat
majmuk (Plural society) yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum
(Multi-racial society) adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian
bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam
sebuah negara sama. Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara
seperti Malaysia pada kebiasaannya terdiri daripada beberapa kelompok
majority (1-3), disusuli oleh sub-sub etnik (kelompok minoriti) lain yang
lebih kecil dan kurang berpengaruh.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
P a g e 5 | 29
▪ Sejarah awal penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan
penduduk asal negara ini. Orang asli yang juga dikenali sebagai orang
Melayu Proto memiliki ciri-ciri yang tidak jauh bezanya dengan orang Melayu
Moden. Kehadiran kaum-kaum lain seperti etnik Cina dan India telah banyak
mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu.
Proses perubahan ini dapat dilihat menerusi masyarakat berbilang kaum di
negara ini.
▪ Oleh sebab Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-
tengah laluan perdagangan di antara Timur dengan Barat, maka Tanah
Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari India,
China, Eropah dan Arab. Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan
Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah, Kerajaan Langkasuka dan Kerjaan
Gangga, negara telah menerima pengaruh Hindu-Buddha yang dibawa oleh
pedagang India.
▪ Keengganan orang Melayu untuk bekerjasama dan memberi bantuan dari
segi perlombongan dan perladangan dengan British, mengakibatkan
kemasukan imigran serta buruh dari Cina dan India. Orang Melayu kekal
sebagai petani dan nelayan. Mereka membantah segala arahan British.
Walaupun begitu, British sedar bahawa orang Cina lebih menyukai dan akur
pada ketua dalam kalangan bangsa mereka sendiri dan mereka juga gemar
bergaduh serta memberontak kepada British.
▪ Dengan demikian, British melihat orang India boleh dijadikan buruh dan
pekerja ladang kerana mereka sanggup bekerja walaupun dengan upah yang
kecil. Kesan masyarakat majmuk ini perlu ditangani dengan bijaksana agar
perpaduan dan kesejahteraan negara boleh dicapai secara berterusan.
P a g e 6 | 29
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK
Konsep masyarakat majmuk mula dipelopori oleh seorang pakar antropologi iaitu J.S
Furnivall berdasarkan kajian yang dibuatnya di Indonesia dan Burma (Myanmar) pada
tahun 1948. Konsep ini digunakan secara khusus untuk merujuk kepada masyarakat tropika
yang berada di bawah kuasa penjajah dengan bercirikan perpecahan dan konflik antara
kelompok yang berlainan keturunan di bawah satu sistem politik.
Menurut beliau, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang
bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum.
Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara
hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam
satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan
etnik.
Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk di Tanah Melayu sebelum merdeka
digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara
hidup mereka, melainkan mereka tinggal di dalam sesebuah negara.
Dalam konteks memahami kerangka masyarakat Malaysia beberapa konsep perlu diteliti
serta difahami untuk memudahkan pemahaman tentang perkara tersebut. Antaranya
konsep masyarakat majmuk dan masyarakat pelbagai kaum.
Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang hidup berdampingan,
tetapi berlainan dalam satu entiti politik. Walaupun pendapat Furnival itu mengambil contoh
Burma dan Indonesia tetapi sebenarnya perkara yang sama juga turut berlaku di sekitar
Tanah Melayu.
Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai satu masyarakat yang hidup
bersama tetapi tidak bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agama dan nilai
pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu dalam urusan
jual beli.
Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh perbezaan yang besar di kalangan
mereka. Ini bermakna masyarakat kepelbagaian mempunyai ciri-ciri yang berlawanan
dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.
Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:
i. Pelbagai jenis manusia
ii. Bercampur tetapi tidak bersatu
iii. Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan
berasingan
iv. Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri
v. Bergaul tetapi tidak bercantum
vi. Pengasingan pekerjaan mengikut kaum
P a g e 7 | 29
KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA
•
ETNIK CINA ETNIK INDIA ETNIK ETNIK
MINORITI MELAYU
•
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI
ANTARA KAUM
❖ Perbezaan Pekerjaan
Mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan
masalah perkauman.
❖ Sistem Pendidikan yang berbeza
Menjadi punca masalah perpaduan kerana lahir idea yang berbeza dalam
kalangan masyarakat dan sebahagian membawa ideologi masing-masing
dalam membina pembangunan negara.
❖ Perbezaan kepercayaan atau agama, keturunan, Bahasa dan
adat resam
Menimbulkan tiada toleransi dalam masyarakat kerana tidak
mempunyai pemahaman tentang hal tersebut.
❖ Fahaman Politik
Merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan
kerana berbeza aliran, fahaman dan sering berpecah kerana perasaan
tidak puas hati antara satu sama lain.
P a g e 8 | 29
LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH
PERPADUAN
Penyatuan Fahaman Politik.
Sistem kerajaan campuran salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik
antara kaum. Sistem ini dikembangkan melalui sistem politik yang fleksibel. Sistem
ini tidak diketepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan Sarawak yang
boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur. Justeru
muncul parti perikatan hasil gabungan UMNO, MCA, dan MIC. Setelah Barisan
Nasional muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah.
Penyeragaman Sistem Pendidikan.
Semua dasar pelajaran berhubung dengan isu pendidikan berperanan memupuk
perpaduan. Dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam
sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh dan digantikan dengan sistem
pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman lebih menjamin
perpaduan rakyat. Peruntukan juga disediakan untuk perkembagan pendidikan di
Sabah dan Sarawak.
Aspek-aspek Sosial Lain.
Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan dasar
sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan
lain-lain. Secara keseluruhan Malaysia Berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.
Integrasi Ekonomi.
Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan
Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan dan lain-lain.
Dasar-dasa ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak
zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman selepas kemerdekaan dapat
dimansuhkan.
P a g e 9 | 29
Konsep Etnik
• “Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam dari segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
• Konsep etnik adalah berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa.
• Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau
sifat biologi.
• Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap berada di
bawah satu sistem politik yang sama.
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
• Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
• Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan
pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.
• Etnosentrik itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan
lebih utama daripada budaya etnik yang lain yang dipandang rendah
serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap rendah atau
tidak bermoral.”
P a g e 10 | 29
ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN
(TEMPAT BERIBADAT UNTUK YANG BERAGAMA KRISTIAN)
( TEMPAT BERIBADAT KAUM INDIA )
P a g e 11 | 29
( TEMPAT BERIBADAT KAUM CINA)
( TEMPAT BERIBADAT KAUM MELAYU BERAGAMA ISLAM)
P a g e 12 | 29
PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN
Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum Pendidikan Cina untuk orang
Cina, buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina. Kebanyakan sekolah Cina
dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil
pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah. Buku–
buku dan guru-gurunya dibawa dari India.Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk
orang Melayu.Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
SOSIAL DAN BUDAYA
Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza.
Bagi Cina dan India, mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti
pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-
masing yang kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini
menyebabkan masyarakat Cina ,India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat
tersendiri.
P a g e 13 | 29
KAUM MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek
moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun
penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi
kelompok masyarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9
lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah
Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang
semuanya boleh menjamin keselesaan mereka. Masyarakat Indonesia datang daripada
berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun
1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu
49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Perdagangan utama ialah melalui
sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu
tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai. Penguasaan ekonomi orang Melayu
terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah
campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh
asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. Bandar-bandar baru
ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-
bandar tradisi atau perkampungan masing-masing. Ekoran perdagangan yang berat
sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang
kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang Melayu
kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.
Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan
British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan
pemodenan. Ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai
sektor ekonomi keseluruhannya. Di malaysia, jika merujuk kepada orang melayu
menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana
peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar. Kebanyakkan keturunan kaum
Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka
terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang
berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang,
Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin
yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor. Penghijrahan masyarakat Cina
berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada
P a g e 14 | 29
tahun 1876, pengambil alihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819
dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat
Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Penghijrahan semakin pesat sejajar
dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Kawasan-kawasan lombong bijih timah
Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan
oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke
Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina
dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat
kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an
masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang. Pihak British menggalakkan
kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang
berkaitan. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada
berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan
pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis,
Hakka, Teochew dan Hailam.Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga
dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Antara
semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar. Walaupun
kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu
ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas
Perang Dunia Kedua.
KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India.
Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang
datang ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-
estet. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar dari sistem kasta
yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa
budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang
mewah. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19
dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah
berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila
penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya
kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga
di pelabuhan Melaka. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India
bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Tumpuan
masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan.Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang
Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam.
Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80%
daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi
7%. Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka
bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan.
P a g e 15 | 29
Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela.
Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina
jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan. Mereka yang
datang secara sukarela biasanya bekerja di ladang-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang
paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem
Kangani.Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.
KAUM SABAH DAN SARAWAK
Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia
dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada
Cina dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan
(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian kepulauan yang
berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum
dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne
(1991:8),
P a g e 16 | 29
PAKAIAN TRADISI KAUM
•
Pakaian Lelaki : Baju Melayu Pakaian Perempuan : Baju Kebaya
• dipakai ketika menyambut Hari • dipakai ketika menyambut Hari
Raya, atau menghadiri majlis- Raya, atau menghadiri majlis-
majlis rasmi tertentu seperti majlis rasmi tertentu seperti
majlis perkahwinan. majlis perkahwinan.
• sampin turut dipakai supaya • biasanya baju ini dibuat dengan
ianya tampak lebih cantik dan kain songket .
menawan.
• perhiasan yang sesuai seperti
rantai, dan kain selendang yang
dikenakan boleh menambah lagi
seri si pemakai.
P a g e 17 | 29
JUBAH LABUH
Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju
tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina
semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakkannya masih
dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera
dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias
benang emas dan perak.
CHEONGSAM
Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan
wanita kaum Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam mempunyai
leher yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang
sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin
dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam juga
merupakan baju yang anggun serta dilihat
pada hari ini sempena Tahun Baru Cina.
P a g e 18 | 29
a) Pakaian warga perempuan : SARI
ETNIK TELEGU ETNIk TAMIL ETNIK BRAHMIN
Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan
orang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian
kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut
kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan
keturunan seseorang wanita India. Di atas adalah beberapa contoh dalam
cara pemakaian sari.
P a g e 19 | 29
b) Pakaian Warga Lelaki : DHOTI
Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti
juga merupakan hasil tenunan yang ditenun
menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti yang ditenun khas
dengan benang silk.
Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara.
Berikut adalah beberapa contoh pemakaian dhoti.
P a g e 20 | 29
MAKANAN
Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya
dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di
Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering.
• Kaum Melayu
➢ Nasi Lemak Kaum Cina
➢ Ketupat
➢ Bahulu ➢ Kuih bulan
➢ Bak Kut The
• Kaum India ➢ Jiaozi
➢ Murukku
➢ Roti Canai
➢ Nei Urundai
P a g e 21 | 29
PERAYAAN
Setiap kaum mempunyai agama dan kepercayaan yang tersendiri, seperti contoh Melayu
mengamalkan agama islam manakala Cina mengamalkan Buddha dan India penganut
Hindu. Ada juga kaum India dan Cina mengamalkan agama Kristian dan lain – lain.
• Perayaan Masyarakat Melayu
Hari Raya Aidilfitri
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat
puasa selama sebulan di bulan Ramadan. Sepanjang bulan
Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari bermula waktu
imsak sehingga waktu maghrib dan mengerjakan sembahyang
terawih pada waktu malam. Zakat fitrah wajib dikeluarkan
sebelum 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri disambut.
• Perayaan Masyarakat Cina
Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan
tahun baru menurut kalendar Cina. Mereka percaya ada 12
binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam
jantan, anjing dan babi. Pada malam tahun baru, semua ahli
keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama
keluarga.
• Perayaan Masyarakat India
Hari Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut
oleh semua penganut yang bergama Hindu dan merupakan
hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa" yang bermaksud cahaya dan
perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali
ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang
dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah
penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deevapali.
P a g e 22 | 29
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas
bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai
matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Ini boleh menyebabkan keamanan
negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama
sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta
disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginkan
keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.
Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak
ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud
perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan
bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di
kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan
kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang
teruk. Masalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.
Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat
disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa komunikasi antara
masyarakat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme
tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-
kelompok ini mewujudkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara
masyarakat membawa simbol tiada perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan
negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara.
Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.
P a g e 23 | 29
IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah
Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat
menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia
yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi
merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial.
POLITIK
1927-1932
• Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi
masalah kepada pemerintah Inggeris.
• 1930
• Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.
• Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.
• Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh keperluan
Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan perladangan selain
membina jalan. keretapi dan jalan raya.
• Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi
melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap
mahupun majikan.
• 1874
• Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.
• Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.
• Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem
kemasukan seperti kontrak dan bebas.
P a g e 24 | 29
EKONOMI
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan
sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang
serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada
wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini
maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan
dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
SOSIAL
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.
Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.
Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi
perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesannya, keadaan ini telah mewujudkan sukatan pendidikan yang
berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan
serta mengambil guru daripada negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa
Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi
mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan
kemahiran dan ilmu akedemik. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan
lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi boleh
memperoleh pendidikan walaupun di negara asing.
Selain itu, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan
seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan
antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan. Hal ini telah
menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.
P a g e 25 | 29
KEKSIMPULAN
Tuntasnya, kemasukan migran luar ke
Tanah Melayu pada abad ke-18 telah
menyebabkan pembentukan masyarakat
majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat
berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di
Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok
ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
kaya dengan budaya, adab resam, bahasa
dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan dan menjadikan negara ini menjadi
tarikan masyarakat luar.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan
banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan
negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat
dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran
masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan
perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru,
mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi,
melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan
sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia
terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih
90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari
pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup,
pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat
lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan
bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama
iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung
Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas
apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang
lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita
kecapi masakini.
P a g e 26 | 29
RUJUKAN
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-1-pengenalan-
padatahun-1948-seorang.html
https://slideplayer.info/slide/15995576/
https://www.slideshare.net/blaxxrowan/pengajian-malaysia-9964057
https://slideplayer.com/slide/3727414/
https://pt.slideshare.net/asrrien79/perpaduan-kaum-55449324
http://cikmerahhh.blogspot.com/2016/10/perayaan-dan-kebudayaan-3-kaum-
terbesar.html
http://groupmakanan.blogspot.com/
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita
%2Fnasional%2F2021%2F02%2F784021%2Fsop-sambutan-tahun-baharu-cina-ditambah-
baik&psig=AOvVaw2-qvaKAe-
lCy_P451alrHn&ust=1638248640104000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoT
CLCehsHuvPQCFQAAAAAdAAAAABAD
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.vegrecipesofindia.
com%2Fmurukku-
recipe%2F&psig=AOvVaw12YojBDU9Jo5hOBFlLzr5u&ust=1638251530415000&s
ource=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCNDyx9fwvPQCFQAAAAAdAAAA
ABAJ
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.freemalaysiatoday
.com%2Fcategory%2Fbahasa%2F2019%2F09%2F12%2F5-jenis-kuih-bulan-unik-
untuk-musim-luruh-tahun-ini%2F&psig=AOvVaw26ktwxdRn3E-
o__zlruakj&ust=1638251434186000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqF
woTCMiD76jwvPQCFQAAAAAdAAAAABAD
https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fazmirshah.com%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2015%2F11%2Fhari-deepavali1-
1.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fazmirshah.com%2F7-perkara-menarik-mengenai-hari-
deepavali%2F&tbnid=cEg5McYQFAeabM&vet=12ahUKEwiNzu_48bz0AhVDGrcAHddrAYQ
QMygCegUIARCxAQ..i&docid=RlZnYsYdlYhzoM&w=660&h=438&itg=1&q=hari%20deepa
vali&ved=2ahUKEwiNzu_48bz0AhVDGrcAHddrAYQQMygCegUIARCxAQ
https://images.app.goo.gl/3QffuggyiWCnsaEy9
https://images.app.goo.gl/UrSJ2Fun9tDeFZ4T6
https://images.app.goo.gl/ni8XeVSN6CxfoBHx8
https://images.app.goo.gl/8GGxpEq49qCy83zJA
Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban (PTSB). Siti Aishah Binti Othman.
Topik 3: Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian.
P a g e 27 | 29
Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia:
Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fsites.google.com%2Fsite%2Ftraditiona
lfestivals1151105134%2F_%2Frsrc%2F1486223062603%2Fmalay%2Fhari-raya-
aidilfitri%2Faidilfitri.jpg%3Fheight%3D266%26width%3D400&imgrefurl=https%3A%2F%2Fsites.go
ogle.com%2Fsite%2Ftraditionalfestivals1151105134%2Fmalay%2Fhari-raya-
aidilfitri&tbnid=pI4Y1a0om2uLGM&vet=12ahUKEwjtkenB87z0AhX6BbcAHVuCAh0QMygEegUIARC
9AQ..i&docid=SRJUytCvVBCYZM&w=399&h=266&itg=1&q=hari%20raya%20aidilfitri&ved=2ahUKE
wjtkenB87z0AhX6BbcAHVuCAh0QMygEegUIARC9AQ
P a g e 28 | 29
P a g e 29 | 29