SEJARAH PERKEMBANGAN
MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA
No. Matrik
NUR FARHANA ADNA BINTI
MOHAMMAD ZAMRI
NUR YASMIN BINTI ZAMZURI
NUR AINA ATHIRAH BINTI PAUZI
Nama Pensyarah PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN
Kos
MPU21032 & PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
P a g e 1 | 19
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Tajuk 1
2 Isi Kandungan 2
3 Pengenalan 3
4 Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat 4
Majmuk di Malaysia 5
5
5 Kepelbagaian Etnik di Malaysia
6 Masalah Perpaduan dan Integrasi 6
Antara Kaum 7
8-9
7 Langkah Untuk Mengatasi Masalah
10-12
Perpaduan 13
13
8 Konsep Etnik 14
9 Asas Kebudayaan Masyarakat Majmuk 15
di Malaysia 16-17
18
10 Sosial dan Budaya 19
11 Pengenalan Rukun Negara
12 Objektif Rukun Negara
13 Prinsip Rukun Negara
14 Kesan Pembentukan Masyarakat
Majmuk di Malaysia
15 Implikasi Terhadap Kemajuan Negara
16 Kesimpulan
17 Rujukan
P a g e 2 | 19
PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik inilah maka wujud pula
kepelbagaian budaya, Bahasa, agama dan adat resam.
Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India.
Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848,
majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan
kecil orang cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang manakala
sebilangan kecil orang india pula bekerja sebagai buruh.
Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British
yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak
perlombongan dan dalam sektor ekonomi.
Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan
masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan
keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan
pendekatan pecah dan perintah di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan
untuk mengekalkan identity dan budaya masing-masing sementara
perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya
terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari
semasa ke semasa.
P a g e 3 | 19
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
▪ Sejarah awal penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan
penduduk asal negara ini. Orang asli yang juga dikenali sebagai orang
Melayu Proto memiliki ciri-ciri yang tidak jauh bezanya dengan orang
Melayu Moden. Kehadiran kaum-kaum lain seperti etnik Cina dan India
telah banyak mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat
Tanah Melayu. Proses perubahan ini dapat dilihat menerusi masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
▪ Oleh sebab Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-
tengah laluan perdagangan di antara Timur dengan Barat, maka Tanah
Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari
India, China, Eropah dan Arab. Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa
kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah, Kerajaan Langkasuka dan
Kerjaan Gangga, negara telah menerima pengaruh Hindu-Buddha yang
dibawa oleh pedagang India.
▪ Keengganan orang Melayu untuk bekerjasama dan memberi bantuan dari
segi perlombongan dan perladangan dengan British, mengakibatkan
kemasukan imigran serta buruh dari Cina dan India. Orang Melayu kekal
sebagai petani dan nelayan. Mereka membantah segala arahan British.
Walaupun begitu, British sedar bahawa orang Cina lebih menyukai dan
akur pada ketua dalam kalangan bangsa mereka sendiri dan mereka juga
gemar bergaduh serta memberontak kepada British.
▪ Dengan demikian, British melihat orang India boleh dijadikan buruh dan
pekerja ladang kerana mereka sanggup bekerja walaupun dengan upah
yang kecil. Kesan masyarakat majmuk ini perlu ditangani dengan
bijaksana agar perpaduan dan kesejahteraan negara boleh dicapai secara
berterusan.
P a g e 4 | 19
KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA
•
ETNIK CINA ETNIK INDIA ETNIK ETNIK
MINORITI MELAYU
•
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI
ANTARA KAUM
❖ Perbezaan Pekerjaan
Mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan
masalah perkauman.
❖ Sistem Pendidikan yang berbeza
Menjadi punca masalah perpaduan kerana lahir idea yang berbeza dalam
kalangan masyarakat dan sebahagian membawa ideologi masing-masing
dalam membina pembangunan negara.
❖ Perbezaan kepercayaan atau agama, keturunan,
Bahasa dan adat resam
Menimbulkan tiada toleransi dalam masyarakat kerana tidak
mempunyai pemahaman tentang hal tersebut.
❖ Fahaman Politik
Merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan
kerana berbeza aliran, fahaman dan sering berpecah kerana perasaan
tidak puas hati antara satu sama lain.
P a g e 5 | 19
LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH
PERPADUAN
P a g e 6 | 19
Konsep Etnik
• “Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi
adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
• Konsep etnik adalah berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa.
• Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi.
• Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap berada di bawah satu
sistem politik yang sama.
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
• Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, orientasi
politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
• Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi
dianggap sebagai etnik.
• Etnosentrik itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama
daripada budaya etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun
dikatakan berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.”
P a g e 7 | 19
ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN
(TEMPAT BERIBADAT UNTUK YANG BERAGAMA KRISTIAN)
( TEMPAT BERIBADAT KAUM INDIA )
P a g e 8 | 19
( TEMPAT BERIBADAT KAUM CINA)
( TEMPAT BERIBADAT KAUM MELAYU BERAGAMA ISLAM)
PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN
Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum Pendidikan Cina untuk orang Cina,
buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina. Kebanyakan sekolah Cina dibina
di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula
dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah. Buku–buku
dan guru-gurunya dibawa dari India.Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang
Melayu.Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
P a g e 9 | 19
SOSIAL DAN BUDAYA
Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza. Bagi
Cina dan India, mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian,
bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing
yang kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini
menyebabkan masyarakat Cina ,India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat
tersendiri.
KAUM MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek
moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun
penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi
kelompok masyarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9
lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah
Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang
semuanya boleh menjamin keselesaan mereka. Masyarakat Indonesia datang daripada
berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun
1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu
49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Perdagangan utama ialah melalui
sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu
tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai. Penguasaan ekonomi orang Melayu
terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah
campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh
asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. Bandar-bandar baru
ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-
bandar tradisi atau perkampungan masing-masing. Ekoran perdagangan yang berat
sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang
P a g e 10 | 19
kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang Melayu
kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.
Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan
British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan
pemodenan. Ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai
sektor ekonomi keseluruhannya. Di malaysia, jika merujuk kepada orang melayu
menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana
peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar. Kebanyakkan keturunan kaum
Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka
terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang
berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang,
Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin
yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor. Penghijrahan masyarakat Cina
berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada
tahun 1876, pengambil alihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819
dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat
Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Penghijrahan semakin pesat sejajar
dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Kawasan-kawasan lombong bijih timah
Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan
oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke
Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina
dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat
kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an
masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang. Pihak British menggalakkan
kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang
berkaitan. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada
berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan
pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis,
Hakka, Teochew dan Hailam.Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga
dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Antara
semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar. Walaupun
kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu
ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas
Perang Dunia Kedua.
P a g e 11 | 19
KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum
India. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa
Tamil, yang datang ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk
mengerjakan estet-estet. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih
baik, luar dari sistem kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama
Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil,
makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Walaupun kedatangan buruh India ke
Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara
India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan
terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha
menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di
pelabuhan Melaka. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh
India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.Catatan menunjukkan 90% daripada golongan
penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah
Telugu dan Malayalam. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang
Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu
sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu
dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api
serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah
Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri
daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api,
jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan. Mereka yang datang secara sukarela
biasanya bekerja di ladang-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular
dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Namun
sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.
KAUM SABAH DAN SARAWAK
Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari
Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan
buruh daripada Cina dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada
Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian
kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8),
P a g e 12 | 19
PENGENALAN
RUKUN NEGARA
• Rukun negara berfungsi menjadi sandaran
dan pegangan negara dan rakyat di Malaysia
• Diisytiharkan pada 31 ogos 1970
• Penggubalan rukun negara dilakukan oleh majlis gerakan negara (mageran) pada
13 mei 1969
• Hasilnya satu susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai
kenegaraan, agama, budaya, politik, ekonomi dan perundangan
• CETUSAN HASIL DIPEROLEH DARIPADA:
➢ Majlis perundangan negara yang diwakili oleh
➢ Parti politik
➢ Kesatuan sekerja
➢ Akhbar
➢ Pertubuhan profesional
➢ Badan agama
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
Berperanan dalam melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu padu,
aman dan harmoni
● Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat
● Memelihara cara hidup demokratik
● Membentuk satu sikap dinikmati secara adil dan saksama
● Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan pelbagai corak
● Membina masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi
P a g e 13 | 19
PRINSIP RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• Agama sebagai pegangan hidup
• Islam merupakan agama rasmi
• Agama lain boleh dianuti dengan bebas
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• Yang dipertuan agong menjadi ketua negara
• Raja raja melayu menjadi ketua negeri rakyat
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan merupakan undang-undang
tertinggi negara
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• Menekankan kedaulatan undang-undang
• Hormat dan tidak ingkar pada kesalahan dari segi
undang-undang
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
• Nilai murni yang menjadi lambang keperibadian
individu
P a g e 14 | 19
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas
bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai
matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Ini boleh menyebabkan keamanan
negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama
sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta
disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginkan
keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.
Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak
ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud
perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan
bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di
kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan
kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang
teruk. Masalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.
Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat
disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa komunikasi antara
masyarakat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme
tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-
kelompok ini mewujudkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara
masyarakat membawa simbol tiada perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan
negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara.
Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.
P a g e 15 | 19
IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah
Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat
menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia
yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi
merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial.
POLITIK
1927-1932
• Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi
masalah kepada pemerintah Inggeris.
1930
• Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.
• Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.
• Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan
oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan
perladangan selain membina jalan. keretapi dan jalan raya.
• Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi
melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap
mahupun majikan.
1874
• Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.
• Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.
• Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem
kemasukan seperti kontrak dan bebas.
P a g e 16 | 19
EKONOMI
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan
sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang
serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada
wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini
maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan
dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
SOSIAL
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.
Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.
Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi
perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesannya, keadaan ini telah mewujudkan sukatan pendidikan yang
berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan
serta mengambil guru daripada negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa
Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi
mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan
kemahiran dan ilmu akedemik. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan
lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi boleh
memperoleh pendidikan walaupun di negara asing.
Selain itu, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan
seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan
antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan. Hal ini telah
menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.
P a g e 17 | 19
KESIMPULAN
Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah
menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang
kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa
dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi
tarikan masyarakat luar.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada
kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita
melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke
Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya
baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru
struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia
terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah
melayu adalah melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80
kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa
yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu
dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang
lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.
P a g e 18 | 19
RUJUKAN
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/
https://images.app.goo.gl/3QffuggyiWCnsaEy9
https://images.app.goo.gl/UrSJ2Fun9tDeFZ4T6
https://images.app.goo.gl/ni8XeVSN6CxfoBHx8
https://images.app.goo.gl/8GGxpEq49qCy83zJA
Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban (PTSB). Siti Aishah Binti Othman.
Topik 3: Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian.
Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia:
Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
P a g e 19 | 19