The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 349-9-ridhuwan, 2021-08-25 09:32:41

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS BAHASA MELAYU
59990, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP23023

________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MOHAMAD RIDHUWAN BIN MOHD SHUKOR

ANGKA GILIRAN 2021192340109

NOMBOR KAD PENGENALAN 020816081105

KUMPULAN PISMP G6

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH PUAN WAK CHU WOK

TARIKH HANTAR 25 OGOS 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

KANDUNGAN 2
Halaman
Perkara

PENGHARGAAN 3
4
1.0 PENGENALAN
2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENURUT TEORI PIAGET 5
6
2.1 TAHAP SENSORI MOTOR 6-7
2.2 TAHAP PRAOPERASI 7
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT 7-8
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL
3.0 IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN PIAGET 9
4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

3

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana saya dapat menyiapkan tugasan
kerja kursus yang telah ditugaskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya juga
bersyukur dengan limpah dan kurnia-Nya yang memberikan kemudahan dari segi akal yang
dapat berfikir dengan matang dan kesihatan yang sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus
EDUP3023 Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Wak Chu Wok kerana memberi penerangan
yang jelas dan bimbingan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada
pihak IPGKBM terutamanya bahagian perpustakaan yang memperkenalkan kepada kami
sebagai pelajar mengenai sumber-sumber rujukan yang boleh diakses secara atas talian
untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Semua
bantuan dan bimbingan yang diberi telah memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus
ini.

4

1.0 PENGENALAN

Teori ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget yang dilahirkan di Neuchatel (Switzerland) pada
Ogos 1896 (Mok Song Sang, 2009). Beliau merupakan ahli psikologi kanak-kanak yang
terkenal. Piaget telah menjalankan banyak kajian tentang bagaimana individu memproses
maklumat dan mengemukan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dalam bentuk
peringkat demi peringkat. Oleh itu, teori perkembangan kognitif Piaget juga dikenali sebagai
teori tahap.Teori perkembangan Piaget ini terdiri daripada 4 konsep utama menurut Wong
Kiet Wang (2016) iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi.

Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu dan merupakan model tingkah laku asas individu
yang ditonjolakan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Asimilasi
merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang
sedia ada. Akomodasi pula ialah suatu proses di mana struktur kognitif mengalami
perubahan. Manakala adaptasi ialah satu keadaan di mana wujud keseimbangan diantara
akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Dari kajian dan
pemerhatiannya, Teri ini diperkenalkan oleh Piaget kerana Piaget mendapati bahawa kanak-
kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut umur mereka.
Berdasarkan konsep teori perkembangan tersebut, Piaget telah membahagikan empat
peringkat iaitu peringkat sensori motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat
operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun). Oleh itu,
penulisan ini akan membincangkan mengenai peringkat perkembangan kanak-kanak
berdasarkan teori Piaget.

5

2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI
PERKEMBANGAN PIAGET

Menurut Piaget, pemikiran kanak-kanak berkembang melalui satu siri urutan berperingkat
yang bergerak sehala (Wong Kiet Wah et al, 2016). Perkembangan yang dinyatakan oleh
Jean Piaget terdiri daripada empat peringkat iaitu:

i) Peringkat sensori motor
ii) Peringkat praoperasi
iii) Peringkat operasi konkrit
iv) Peringkat operasi formal

2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR

Peringkat ini dipanggil sebagai sensori motor kerana peringkat ini melalui pancaindera
dan kebolehan motor bayi bagi mendapat pemahaman asas tentang dunia di
sekelilingnya. Menurut Faridah Nazir et, al (2015) peringkat sensoi motor terbahagi
kepada tiga fasa iaitu 0 hingga 5 bulan, 6 hingga 11 bulan dan 12 hingga 24 bulan.
Setiap fasa menunjukkan perkembangan yang kepada kanak-kanak. Pada fasa 0
hingga 5 bulan, kanak-kanak memahami alam semulajadi melalui tindakan refleks.
Sebagai contohnya, berdasarkan temubual yang dibuat, respon mengatakan bahawa
pada peringkat ini bayi menghisap jari dan menggenggam erat benda yang berada
ditangannya seperi tangan ibunya. Ini menunjukkan Tindakan refleks yang dikatakan
oleh Piaget.

Pada fasa 5 hingga 11 bulan pula, kanak-kanak menjadi lebih tertumpu di dunia di
sekitarnya dan mula sengaja mengulangi tindakan untuk mencetuskan tindak balas di
alam sekitar. Kanak-kanak mula meneroka alam sekitar di sekeliling mereka dan
pemahaman objek juga bermula pada masa ini dan kanak-kanak mula mengenali
objek. Contohnya, responden mengatakan anaknya mula memasukkan mainan atau
benda yang dipegangnya ke dalam mulut dan mengetuk-ngetuk objek tersebut. Ini
menunjukkan bayi tersebut sedang meneroka dan memahami objek yang
dipegang.Pada fasa 12 hingga 24 bulan, kanak-kanak mula bergerak ke arah
memahami dunia melalui operasi mental dan bukan semata-mata melalui tindakan.
Sebagai contohnya, kanak-kanak mula mengenal isyarat-istarat tertentu yang noleh
dibunyikan untuk mendapat perhatian penjaga.

6

2.2 PERINGKAT PRAOPERASI

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula berkomunikasi dan mampu untuk bertutur
dengan penggunaan simbolik iaitu kanak-kanak berkeupayaan membuat perwakilan
mental terhadap benda-benda yang tidak dapat dilihat. Namun, Piaget menyatakan
bahawa kanak-kanak pada peringkat ini hanay berada pada penaakulan primitif iaitu
kanak-kanak menganggap dirinya mengetahui segalanya. Peringkat praoperasi juga
merupakan peringkat kemuncak daya imaginasi kanak-kanak kerana pemikiran
mereka masih kurang faham mengenai dunia realiti. Oleh itu, contengan dan lakaran
mereka mampu menghasilkan sesuatu benda seperti rumah, kereta dan sebagainya.

Tambahan lagi, perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini dihadkan oleh dua
perkara iaitu animism dan egosentrisme. Aminisme bermaksud kanak-kanak percaya
bahawa objek mempunyai ciri sama seperti manusia. Contohnya, apabila hari hujan,
kanak-kanak meyangka matahari menangis. Ini menunjukkan kanak-kanak
menganggap semua perkara mempunyai ciri yang sama seperti manusia.
Egosentrisme pula ialah keadaan kanak-kanak yang mengambil kira persepsi sendiri
tanpa mengambil kira pandangan orang lain semasa memproses maklumat. Hal ini
dapat dibuktikan berdasarkan kajian Piaget yang dinyatakan Oleh Wong Kiet Wah et,
al (2016) iaitu Ujian Tiga Bukit yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak masih
terhad disebabkan oleh animisme. dan egosentrisme.

2.2 PERINGKAT OPERASI KONKRIT

Selepas melalui peringkat praoperasi, perkembangan kanak-kanak akan berkembang
ke peringkat yang ketiga iaitu peringkat operasi konkrit. Pada peringkat ini
perkembangan kanak-kanak berkembang daripada penaakulan intuitif kepada
penaaakulan logik. Peringkat ini belum mampu untuk menyelesaikan masalah yang
abstrak kerana p emikiran masih cenderung menjadi sangat konkrit, kanak-kanak
menjadi lebih logik dan canggih dalam pemikiran mereka semasa peringkat
perkembangan ini. Namun, peringkat ini merupakan peringkat peralihan kepada
peingkat seterusnya kerana kanak-anak akan belajar bagaimana untuk berfikir dengan
lebih abstrak dan hipotesis. Hal ini demikian kerana, menurut Piaget egosentrik kanak-
kanak mula luput secara beransur-ansur dari umur 7 tahun hingga 12 tahun. Melalui
peringkat operasi konkrit, ,mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai
proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang. Kanak-kanak mula dapat

7

mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set, mereka dapat juga
memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak.

2.3 PERINGKAT OPERASI FORMAL
Setelah menjangkau usia 12 tahun, Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak akan
melalui pula peringkat operasi formal sehingga mereka dewasa. Dalam peringkat ini,
kanak-kanak yang sedang melalui perubahan ke alam remaja dapat berfikiran jauh
dan berimaginasi tinggi. Hal dapat dibuktikan menurut Fatimah Ibda (2015) yang
mengatakan bahawa pada peringkat operasi formal ini, mereka berkemampuan untuk
berfikir secara abstrak, saintifik dan logikal berpandukan prinsip tertentu untuk
menyelesaikan masalah.
Tambahan lagi, paada peringkat operasi formal mempunyai keupayaan untuk
mempertimbangkan banyak penyelesaian yang berbeza untuk masalah sebelum
bertindak. Ini menunjukkan perkembangan kanak-kanak berkembang dengan cekap
kerana individu boleh mengelakkan percubaan yang tidak berjaya dalam
menyelesaikan masalah melalui penaakulan yang meliputi abstrak, saintifik dan
logikal. Oleh itu, dapat dismpulkan bahawa kanak-kanak pada peringkat operasi
formal menganggap pengalaman masa lalu, sekarang, dan akibat masa depan dalam
usaha untuk memaksimumkan kejayaan penyesuaiannya kepada dunia.

3.0 IMPLIKASI TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PIAGET
Menurut Abdul Adib Asnawi (2021) Wong Kiet Wah et, al (2016) teori perkembangan Piaget
ini memberi beberapa implikasi terutamanya dalam memberi pendidikan yang bersesuaian
mengikut peringkat kanak-kanak. Antaranya, pada peringkat sesori motor, ibu bapa dan
pengasuh perlu menyediakan ruang bermain agar kanak-kanak dapat memperoleh
kemahiran-kemahiran melalui perbuatan spontan melalui peniruan dan pengalaman seharian.
Selain itu, pada peringkat praoperasi, pengasuh atau guru tadika perlu memainkan peranan
untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam fizikal melalui aktiviti
bermain dan aktiviti penyelesaian masalah dan guru juga perlu membantu kanak-kanak untuk
melihat sesuatu sudut pandangan yang berbeza agar ciri egosentrisme dapat diluputkan
dalam dikurangkan. Hal ini demikian kerana, menurut Ismail (2019) yang memetik pandangan

8

Piaget, peringkat praoperasi berkembang pesat semasa kanak-kanak di prasekolah. Oleh itu,
pengasuh atau guru tadika perlu memberi bimbingan kepada kanak-kanak untuk meneroka
alam.

Seterusnya, dalam peringkat operasi konkrit, penyediaan bahan-bahan konkrit perlu dilakukan
oleh guru untuk menguji tahap perkembangan kanak-kanak melalui aktiviti penyelesaian
masalah yang dapat menguji kemahiran mereka berfikir secara logik. Guru juga perlu
bertindak sebagai pembimbing kanak-kanak dan menggalakkan mereka untuk penerokaan
dengan menggunakan daya pemikiran mereka sendiri. Akhir sekali, pada peringkat operasi
formal, guru perlu mengadakan sesi perbincangan dengan murid. Tujuannya untuk melihat
tahap pemikiran mereka. Guru perlu memberi galakan dalam perbincangan agar banyak
pandangan dan idea yang dapat diberikan oleh kanak-kanak.

4.0 KESIMPULAN

Teori perkembangan kognitif Piaget membantu menambah pemahaman kita tentang
pertumbuhan intelektual kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, teori Piaget
mengkalsifikasikan peringkat perkembangan kanak-kanak kepada beberapa peringkat iaitu
peringkat sensori motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi
formal.

Berdasarkan peringkat-peringkat yang dinyatakan kita juga dapat mengetahui bahawa kanak-
kanak perkembangan kanak-kanak berkembang daripada penaakulan intuitif kepada
penaakulan logik yang membentuk kanak-kanak yang mampu berfikir secara logik, saintifk
dan abstrak. Kanak-kanak sentiasa menyiasat dan bereksperimen ketika mereka membina
pemahaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi daripada lahir sehingga menjangkau
umur dewasa. Teori perkembangan kanak-kanak oleh Jean Piaget memberi kesan yang
besar terhadap masa depan psikologi pendidikan dan pembangunan. Hal ini dapat dilihat
daripada implikasi teori tersebut yang dapat menjadi panduan kepada ibu bapa da guru dalam
membantu membimbing kanak-kanak agar perkembangan mereka seiring denga peningkatan
umur.

9

RUJUKAN
Asnawi, A. A. (2021). Perkembangan Kognitif Dan Implikasinya. Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/349439970_PERKEMBANGAN_KOGNITIF
_DAN_IMPLIKASINYA_TERHADAP_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN
Faridah Nazir et, al. (2015). Perkembangan Kanak-Kanak. Sasbadi Sdn. Bhd.

Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita.

Ismail. (2019). Perkembangan Kognitif Pada Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak.
Jurnal Pendidikan Dasar dan Keguruan, 1, 15-22.

Wong Kiet Wah et, a. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak. Sasbadi Sdn. Bhd.

10

LAMPIRAN
Berikut merupakan temubual secara dalam talian melalui aplikasi Whatsapp

11


Click to View FlipBook Version