CERITA KANAK-KANAK BY NOR AMELIA DEEANA (272294)
Di sebuah kawasan hutan yang terpencil, terdapat
sebuah perkampungan yang kecil dan kehidupan
penduduk di situ sangat daif dan miskin. Terdapat
sepasang suami isteri yang baru menimang cahaya
mata perempuan setelah selama 10 tahun menanti
kelahiran puteri mereka, Khadijah. Mereka amat
menyayangi Khadijah bagai menatang minyak yang
penuh. Walaupun kehidupan mereka susah, ibu dan
bapa Khadijah tetap menunaikan apa-apa pun
permintaan anak mereka.
Selepas 8 tahun Khadijah dilahirkan, bapanya Jaafar meninggal
dunia. Ibunya, Laila terpaksa membesarkan Khadijah seorang diri.
Namun, ibunya tetap cuba untuk memenuhi permintaan anaknya
walaupun terpaksa ikat perut. Suatu hari Khadijah meminta ibunya
untuk membeli ayam. “Ibu, Khadijah teringin nak makan ayam, ibu
boleh belikan ayam untuk Khadijah tak? Kita ni asyik makan ikan
goreng sahaja Khadijah muak la.” Kata Khadijah. Ibunya menjawab,
“ibu tiada wang la nak. Wang yang ada pun hanya cukup untuk beli
beras sahaja nanti. Nanti ibu ada wang lebih, ibu belikan ayam untuk
kamu ye.” Khadijah melawan kata-kata ibunya, “ibu ni untuk
Khadijah semua tidak boleh. Dulu masa ayah hidup, kita susah juga
tetapi ayah tetap boleh belikan apa yang Khadijah mahu. Ibu tak
sayang Khadijah!”. Ibunya berasa sedih apabila anaknya berkata
begitu. Namun, ibu Khadijah tetap gigih untuk bekerja lebih masa
menoreh getah supaya dapat membelikan ayam untuk puterinya.
Khadijah membesar menjadi wanita yang cantik bagai
bidadari dan manis serta diminati oleh ramai jejaka di
perkampungan tersebut. Khadijah tidak seperti remaja
yang lain, dia lebih suka untuk bersendirian tanpa ada
kawan. Suatu hari, ada seorang anak bangsawan
dikenali sebagai Amar yang pergi memburu di dalam
hutan. Dia ternampak Khadijah seorang diri di tepi
sungai. Dia cuba untuk menegur Khadijah. Namun
ketika itu, Khadijah sudah pergi. Keesokkan harinya
dia cuba sekali lagi untuk mengikuti Khadijah sehingga
ke rumah dan ingin meluahkan hasrat hatinya untuk
berkawan dengan Khadijah. Tidak sangka pula,
Khadijah bersetuju untuk berkawan dengannya.
Setelah hampir 5 bulan berkawan, Amar melamar Khadijah
untuk berkahwin. Ketika itu, ramai gadis di kampung
tersebut berasa iri hati dengan Khadijah kerana dapat
berkahwin dengan orang kaya. Persediaan perkahwinan
hampir siap sepenuhnya, Amar bertanya kepada Khadijah
soal ibunya. “Selepas kita kahwin, ajaklah ibu tinggal
dengan kita sekali.” Dan Khadijah menjawab, “eh, kenapa
pula ibu kena tinggal dengan kita, rumah ni kan ada. Saya
tak nak la ada orang lain tinggal dengan kita sekali.”
Kebetulan ibu Khadijah mendengar perbualan anaknya
bersama bakal menantunya itu. Ibu Khadijah agak terkejut
dan berasa sangat sedih mendengar jawapan anaknya itu
padahal dia sudah tiada orang lain lagi selain puterinya itu.
Jika puterinya pergi, siapa lah lagi yang mahu menemaninya
selepas ini.
Kehidupan Khadijah selepas berkahwin sangat
bahagia di samping suami tercinta dan juga
kehidupan yang begitu mewah. Khadijah bagaikan
lupa daratan apabila dia lupa akan ibunya yang
tinggal seorang diri dan hanya Amar yang selalu
mengajak Khadijah untuk pulang menjenguk ibu
tetapi selalu ditolak. Setelah 2 bulan berkahwin,
Khadijah langsung tidak menjenguk ibunya dan
Amar mengambil langkah untuk pulang sendirian.
Sesudah tiba di kampung, Amar cuba untuk ketuk
pintu rumah namun ibu mertuanya tidak buka
pintu tersebut. Amar cuba untuk buka pintu dan
alangkah terkejutnya apabila mendapati ibu
Khadijah dalam keadaan yang tidak terurus dan
sangat kurus. Amar berkata, “maafkan Amar ibu.
Amar dah cuba memujuk Khadijah untuk pulang
menjenguk ibu namun dia degil tak mahu pulang
ke sini.” Ibu Khadijah membalas, “takpa Amar,
Khadijah mungkin sibuk dan tidak selesa nak
pulang ke rumah ibu. Ibu faham.”
Pulang dari rumah ibu, Amar bertindak menegur
isterinya. “Awak pulang la tengok ibu sekejap. Dia
sangat rindukan awak, Khadijah. Jangan sampai ibu
dah tiada, baru awak nak menyesal.” Khadijah
berasa marah dengan ayat suaminya itu, “sekarang
ni awak nak bela ibu saya la ni. Ibu tu pura-purasakit
je tu nak saya balik.” Amar berasa sangat marah
dengan jawapan isterinya dan mereka bergaduh
besar pada hari itu. Khadijah berasa terkilan dengan
suaminya kerana memarahinya disebabkan ibu.
Keesokkan hari, Khadijah pulang ke kampung
tetapi bukan bertujuan untuk menjenguk ibunya
namun dengan niat untuk memarahi ibunya. Dia
langsung tidak berasa terkejut dengan perubahan
ibunya yang sakit. “Ibu ni kenapa semua benda nak
mengadu pada Amar. Kalau Khadijah nak balik sini,
Khadijah balik la. Tak payah orang lain yang suruh.
Lagipun, Khadijah tak suka pulang ke sini dah la
rumah ni buruk dan panas.”
Ibu Khadijah sangat terkejut dengan perubahan anaknya
selepas berkahwin. Dia merasakan anaknya lupa tentang
asal usul kehidupan mereka dahulu. “Takpe Khadijah
kalau kamu tak nak balik ke sini, ibu faham kamu sudah
ada kehidupan sendiri. Tapi ibu rindu dekat kamu sangat
tak boleh ke kamu peluk ibu kejap?” Khadijah berasa
sangat tidak selesa dengan permintaan ibunya itu dan
menjawab “apa ibu ni, Khadijah dah besar la. Kenapa nak
kena peluk-peluk ingat Khadijah ni kecil lagi ke. Dah la
ibu, kalau Amar datang sini lagi, ibu tak payah buka
pintu.” Ibu Khadijah berasa sangat sedih dengan tindakan
puterinya itu. Dia bertindak untuk merahsiakan
penyakitnya pada Khadijah kerana tak nak menyusahkan
anaknya itu.
Selepas seminggu kejadian tersebut, Ibu Khadijah meninggal
dunia. Khadijah terkejut dengan berita bahawa ibunya sudah
lama sakit tetapi ibunya enggan memberitahunya. Khadijah
menangis teresak-esak disamping jenazah ibunya yang
kaku. Di saat proses pengebumian berlaku, Khadijah jatuh
sekali dalam liang lahad bersama jenazah ibunya. Amar cuba
untuk menarik isterinya namun tidak boleh. Setelah 30 minit
orang ramai cuba untuk menarik Khadijah ke atas, mereka
terpaksa mengambus tanah untuk menyempurnakan
pengebumian. Kaki Khadijah masih tidak boleh dikeluarkan.
Khadijah menangis meraung memohon ampun pada ibunya.
“Ibu, Khadijah minta ampun. Khadijah berdosa dengan ibu.
Khadijah jahat dengan ibu. Ibu maafkan Khadijah.”
Selepas 3 hari kaki Khadijah masih tidak boleh
dikeluarkan, Khadijah meninggal dunia mungkin
disebabkan tidak makan dan minum. Amar redha
dengan pemergian isterinya. Dia menganggap semua
kejadian yang berlaku ini adalah ujian untuk dirinya.
Jenazah Khadijah dikebumikan disebelah makam
arwah ibu Khadijah. Urusan pengebumian Khadijah
dipermudahkan. Amar menganggap ini adalah
bahagian daripada balasan dunia yang tuhan mahu
tunjukkan supaya boleh menjadi satu iktibar kepada
semua orang. Kasih ibu itu sampai ke syurga, namun
hilangnya kasih ibu boleh membawa seorang anak
itu ke neraka.