The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita ini menggambarkan perjalanan seorang remaja bernama Dahlia yang menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya, termasuk perasaan ketidakpuasan dan perbandingan dengan rakan-rakan sekelas yang lebih berkemampuan. Sementara dia berjuang dengan keadaan jantung yang lemah dan ketidakmampuan keluarganya untuk memberikannya hadiah ulang tahun yang diinginkan, Dahlia akhirnya menyedari makna sebenar kekayaan keluarganya.
Cerita ini mengandung pelajaran tentang nilai cinta keluarga dan pengorbanan ayah Dahlia. Ia juga menyentuh tentang bagaimana perasaan ingin memiliki benda-benda material dan membandingkan diri dengan orang lain boleh merosakkan hubungan dan menyebabkan ketidakpuasan. Kesadaran Dahlia tentang keberkatan yang dia miliki dalam bentuk kasih sayang keluarganya adalah titik puncak cerita yang kuat.
Kisah ini mengandungi elemen-elemen seperti drama keluarga, pengorbanan, dan kebijaksanaan moral yang penting. Ini adalah pengingat yang baik bahawa materialisme tidak selalu membawa kebahagiaan, dan cinta keluarga adalah salah satu harta yang paling berharga dalam hidup.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ryenelly04, 2023-10-28 02:06:16

Hadiah Sejati Dari Ayah

Cerita ini menggambarkan perjalanan seorang remaja bernama Dahlia yang menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya, termasuk perasaan ketidakpuasan dan perbandingan dengan rakan-rakan sekelas yang lebih berkemampuan. Sementara dia berjuang dengan keadaan jantung yang lemah dan ketidakmampuan keluarganya untuk memberikannya hadiah ulang tahun yang diinginkan, Dahlia akhirnya menyedari makna sebenar kekayaan keluarganya.
Cerita ini mengandung pelajaran tentang nilai cinta keluarga dan pengorbanan ayah Dahlia. Ia juga menyentuh tentang bagaimana perasaan ingin memiliki benda-benda material dan membandingkan diri dengan orang lain boleh merosakkan hubungan dan menyebabkan ketidakpuasan. Kesadaran Dahlia tentang keberkatan yang dia miliki dalam bentuk kasih sayang keluarganya adalah titik puncak cerita yang kuat.
Kisah ini mengandungi elemen-elemen seperti drama keluarga, pengorbanan, dan kebijaksanaan moral yang penting. Ini adalah pengingat yang baik bahawa materialisme tidak selalu membawa kebahagiaan, dan cinta keluarga adalah salah satu harta yang paling berharga dalam hidup.

Hadiah Sejati dari Ayah Ryen Elleicea Misak


“Dahlia, cepat bersiap! Bas sudah sampai.” Teriak ibuku dari dapur. Hari ini merupakan hari pertama sebagai pelajar sekolah menengah. Bercampur-baur perasaan di dalam hatiku, antaranya risau, takut dan gementar. Adakah aku boleh menyesuaikan diri di tempat baharu itu nanti? Aku sering tertanya pada diri ini. “Dahlia, 1 minit lagi. Cepat!” Teriak ibu lagi. “Ya, ibu.” Kemudian aku berjalan dengan kadar yang laju sehingga ke hadapan pintu rumah, adik memberikan aku bekal makanan yang telah dibungkus oleh ibu sebentar tadi. “Itulah jangan berlambat-lambat. Dahlia sudah tidak sempat bersarapan.” Ibuku membebel. “Jangan lupa bawa ubat-ubatan kamu, Dahlia.” Sambungnya. “Baiklah, ibu.” Aku menurut. Aku mengambil segala ubat-ubatan yang terletak di dalam almari. Ah, leceh sekali untuk makan pil-pil tersebut. Bukannya aku dapat sembuh daripada penyakit ini! Sejak aku berumur sebelas tahun, aku sudah menghidapi penyakit jantung yang lemah. Hanya dengan memakan ubat-ubatan yang dibekalkan setiap bulan oleh doktor itu aku dapat meneruskan hidup seperti biasa. Sudah dekat dua tahun aku menghidap penyakit ini, namun tiada pun sebarang perubahan positif yang berlaku ke atas aku. Aku hanya mampu berharap. “Baik-baik di sekolah, Dahlia.” Kedengaran suara ayah yang sedang duduk atas kerusi roda di ruang tamu. Sudah lama dia kehilangan kakinya akibat kemalangan teruk semasa menunggang motosikal. Mujurlah nyawa ayah masih dapat diselamatkan walaupun pada masa itu bagai telur di hujung tanduk. Sejak hari itu, ayah diberhentikan kerja sebagai pemandu lori atas ketidakupayaan untuk memandu. “Baiklah, ayah.” Aku menjawabnya. Tanpa melengahkan masa lagi, aku menaiki bas usang yang sedang menunggu di hadapan rumah. Perjalanan ke Sekolah Menengah Anggerik tidak mengambil masa yang lama, dalam anggaran 10 minit aku telah tiba di pintu masuk sekolah tersebut. Setelah selesai pendaftaran tingkatan satu, aku pun masuk ke dalam kelas yang diarahkan oleh pengawas. Di dalam kelas baharu aku, terdapat 26 orang pelajar. Aku melihat di sekeliling dan satupersatu rakan sekelas aku perhati dengan teliti. Beg-beg sekolah mereka kelihatan sangat baharu dan mengikut trend terkini berbanding dengan beg aku yang sudah bertahun-tahun digunakan. Tambahan pula, ia asalnya merupakan beg kepunyaan mak cik aku. Beg aku sudah mempunyai beberapa jahitan akibat terkoyak di sana sini. Semasa aku masih sibuk memerhatikan beg-beg mereka yang cantik lagi bergaya, tiba-tiba seorang cikgu telah masuk ke kelas kami. Bermulalah sesi pembelajaran pertama aku di sekolah ini.


Loceng sekolah berbunyi tepat pukul 10:00 pagi, menandakan waktu rehat telah tiba. Emily, rakan sekelas aku mengajak aku ke kantin bersama-sama. Aku pun bersetuju dengannya. “Dahlia, kamu tidak mahu membeli makanan?” Emily bertanya. Aku menggelengkan kepala sambil berkata, “Tidak, ibuku sudah membekalkan aku makanan dari rumah.” Kemudian aku mencari tempat duduk di kantin tersebut. Sambil mencari, aku kembali memerhati pelajar-pelajar di sekeliling kantin. Mereka semua makan makanan yang kelihatan sedap dan menyelerakan seperti Nasi Lemak dan Nasi Goreng Pattaya. Aku membandingkan lagi makanan mereka dengan bekal yang ibu berikan kepada aku pagi tadi. Ibu hanya memasukkan dua biji donat dalam bekalan aku. “Itu sahaja kamu makan, Dahlia?” Emily bertanya kepadaku. Dia membawa sepinggan Mi Goreng Basah dan meletakannya di atas meja. “Ya, Emily.” Sebenarnya aku tidak mempunyai wang untuk membeli makanan yang kelihatan sedap seperti mereka tetapi aku malu untuk mengakui perkara tersebut. Hari demi hari berlalu, aku tidak menyedari bahawa sudah dua bulan aku di sekolah ini. Sudah dua bulan aku memerhati beg-beg rakan sekelas aku yang kelihatan begitu mewah. Sudah dua bulan aku memerhati makanan-makanan sedap yang dijual di kantin. Sudah dua bulan hati aku teringin untuk memiliki beg sekolah baharu dan makan makanan sedap seperti mereka. Bukan itu sahaja, dalam dua bulan ini juga aku telah pitam secara tiba-tiba sebanyak 11 kali dan pengsan sebanyak empat kali sewaktu di dalam kelas. Aku tidak tahu apa sudah jadi dengan keadaan jantungku, mengapakah ia semakin lemah? Walaupun keadaan diri aku begini, aku tetap bersemangat untuk bersekolah. Aku duduk di meja sambil menulis nota subjek Sains yang telah dipelajari minggu lalu. Tangan aku sedang khusyuk menulis, namun terhenti seketika apabila aku terdengar beberapa rakan sekelas aku sedang berbual di meja hadapan. Perbualan mereka kedengaran menarik lalu aku menumpukan pendengaran terhadap mereka. “Semalam merupakan hari ulang tahun aku. Ayah aku telah memberikan aku sebuah telefon pintar berjenama Iphone 89 Pro Max! Aku sungguh teruja!” Kata Asyikin. “Wah! Untungnya kamu, Asyikin! Itu merupakan jenama telefon pintar yang terkenal pada masa kini.” Emily membalasnya. Rakan-rakan aku yang lain juga berasa kagum sambil memberikannya puji-pujian.


Alangkah seronoknya jika aku juga dapat memperoleh telefon pintar canggih sebagai hadiah ulang tahun aku seperti Asyikin. Malangnya, aku tidak pernah sekalipun memiliki telefon pintar sendiri. “Minggu depan hari ulang tahun aku pula! Ayah aku akan membawa kami sekeluarga melancong ke New Zealand sebagai hadiah aku.” Akmal berkata. Seterusnya, rakan-rakan sekelas aku yang lain terus-menerus menyiram pujian antara satu sama lain atas kekayaan keluarga masing-masing. Aku hanya mampu duduk diam di tempat duduk aku kerana tidak ada yang boleh dibanggakan daripada keluarga aku. Dalam bas, aku termenung jauh ke luar tingkap. Setelah dua bulan berlalu, aku kerap membandingkan diri sendiri dengan rakan-rakan yang lain. Perbandingan nasib keluarga aku dengan mereka sangatlah jauh. Aku juga mahu seperti mereka! Sampai sahaja aku di rumah, aku terus bertanya kepada ibu bapaku yang sedang merehatkan diri di ruang tamu sambil menonton televisyen. “Ayah, hari ulang tahun aku adalah pada minggu hadapan. Bolehkah aku meminta sesuatu sebagai hadiah?” Ayah aku kelihatan tertanya-tanya. “Apakah yang kamu mahukan itu, Dahlia?” Aku berkata, “Aku mahu telefon pintar jenama terbaru!” Raut wajah ibu bapaku bertukar kepada ekspresi terkejut. “Dahlia sayang, kami tidak mampu membelikan kamu benda seperti itu. Apa kata ibu masak lauk kegemaran Dahlia sahaja sebagai hadiah ulang tahun?” Ibu jawab. Tiba-tiba aku berasa marah. ‘Hadiah’ itu sudah bertahun-tahun diberi. Aku sudah tidak tahan lagi! “Ayah, ibu. Aku sebenarnya muak dengan semua ini! Aku muak dengan beg sekolah aku yang koyak-rabak ini! Aku muak makan donat sahaja setiap hari! Aku muak menjadi miskin! Kamu tahu kenapa kita miskin? Sebab ibu dan ayah pemalas bekerja. Ayah duduk-duduk sahaja dalam rumah, tidak berguna langsung! Ibu pula hanya mampu menjual kuih-muih di tepi jalanan. Patutlah nasib keluarga kita tidak berubah sampai bila-bila. Saya benci kamu!” Setelah melepaskan amarah aku kepada mereka, aku terus ke bilik dan menangis. Sehinggalah aku tertidur. Keesokan harinya, aku ke sekolah seperti biasa. Namun, semasa kelas Sejarah, tiba-tiba dunia kelihatan gelap. Aku sudah tidak sedarkan diri.


Tiba-tiba kedengaran suara sayup-sayup di sebelah aku. Aku memaksa diri untuk membuka mata seluas yang mungkin. Ibu dan adik aku sedang menangis teresak-esak di sebelah aku. “Ibu, kenapa?” Aku bertanya dengan suara yang serak atas faktor tekak aku yang terasa kering. Walau bagaimanapun, ibuku langsung tidak menjawab. Seorang doktor bertanya tentang keadaan aku sambil memeriksa bacaan-bacaan pada mesin di sebelah saya. Sebelum keluar, beliau memberikan aku sehelai kertas yang tertulis sesuatu atasnya: “Ayah minta maaf sebab tidak mampu belikan Dahlia barang-barang mahal sebagai hadiah yang terbaik, ayah hanya mampu memberikan satusatunya jantung ayah ini. Teruskan berjuang dalam hidup ini, anakku. Ayah sayang kamu.” Bersyukur: Dahlia mula menghargai dan rasa bersyukur terhadap apa yang dimilikinya selepas mengalami pengalaman yang mengingatkannya bahawa banyak perkara yang lebih penting daripada kekayaan material. Ini mengajar kita untuk sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki. Kesabaran dan Ketabahan: Dahlia menghadapi cabaran besar dalam hidupnya dengan penyakit jantungnya. Namun, dia menunjukkan kesabaran dan ketabahan dalam mengejar pendidikannya dan berusaha terus bersekolah walaupun dalam keadaan yang sukar. Belajar untuk Tidak Membandingkan Diri: Dahlia menyedari bahawa membandingkan dirinya dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih kaya hanya menimbulkan perasaan cemburu dan tidak berguna. Ia mengajar kita untuk fokus pada perkembangan diri kita sendiri dan bukannya dibandingkan dengan orang lain. Setelah membacanya, air mata aku tiba-tiba mengalir dengan deras sekali. “Minta maaf, ayah.” Hanya kata-kata itu sahaja yang mampu bibir aku ucapkan. Pengajaran: 1. 2. 3.


Click to View FlipBook Version