The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyiah0900, 2022-04-10 10:34:31

TUGASAN 2 BMMB1144

TUGASAN 2 BMMB1144

TUGASAN 2

BMMB1144

BIODATA

NAMA : SITI ASYIAH ZULKIFLI
KELAS :F2A
NO. KAD PENGENALAN :030611010900
NO. ANGKA GILIRAN : 2021252310025
NAMA PENSYARAH : PUAN HJH NAFISHA
BINTI JUSOH

BUKTI DAN JUSTIFIKASI

Berdasarkan perbualan di aplikasi whatsapp tersebut, ia menunjukkan tentang
penjual yang biadap . Penjual tersebut telah menghina fizikal dan

merendahkan kemampuan pembeli untuk membeli. Penjual tersebut menggunakan
kata ganti nama diri yang dianggap biadap juga iaitu "kau". Perkara yang

sepatutnya dilakukan adalah< penjual menggunakan kata ganti nama diri yang
sopan dan betul supaya pembeli dapat membuat pembelian dengan selesa. Hal

tersebut menunjukkan bahawa penjual merupakan seseorang yang tidak
mempunyai kesantunan dalam dirinya. Perkara tersebut tidak sepatutnya
dilakukan olehnya. Masyarakat yang mempunyai nilai kesantunan yang tinggi
adalah masyarakat yang akan hidup dalam keadaan yang harmoni. Tegasnya,
setiap lapisan masyarakat perlulah mempunyai kesantunan terutamanya dalam
hal jual beli supaya tidak berlaku perselisihan faham antara masyarakat.

CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN
BERBAHASA

PERANAN IBU BAPA



Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang betul
untuk memastikan anak-anak mempunyai kesantunan

dalam diri mereka. Ibu bapa boleh menunjukkan
kesantunan dan teladan yang baik agar anak-anak
boleh mengikut perkara tersebut. Kesannya, mereka
dapat mengamalkan kesantunan tersebut sehingga

dewasa.

PERANAN MEDIA MASSA

Cara untuk menangani isu kesantunan berbahasa yang kedua

adalah pihak media massa wajarlah memainkan peranan dengan
menyiarkan atau mengiklankan kesantunan berbahasa yang

sepatutnya diamalkan oleh semua pihak. Sebagai contoh, pihak
media massa boleh menghasilkan animasi yang menunjukkan
tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, animasi boleh diterima oleh semua lapisan
masyarakat. Oleh itu, masyarakat yang lahir pada masa
hadapan adalah masyarakat yang mempunyai kesantunan dan
jati diri yang tinggi.

PERANAN SEKOLAH

Pihak sekolah boleh meningkatkan kesantunan berbahasa dalam

masyarakat. Tambahan lagi, pihak sekolah boleh menyediakan
perkhidmatan kaunseling yang akan memberikan nasihat supaya

murid-murid sentiasa mengamalkan kesantunan tidak kira
dimana sahaja. Didikan tersebut akan menyebabkan mereka

akan mempunyai kesantunan berbahasa yang baik dan
mengamalkan kesantunan dalam rutin harian mereka. Menurut
Tun Dr Mahathir, kita boleh mencontohi sikap masyarakat Jepun
yang masih mempunyai kesantunan walaupun negara mereka

merupakan negara yag maju.

PERANAN KERAJAAN

Untuk meningkatkan kesantunan, pihak kerajaan boleh

mengadakan kempen kesedaran atau ceramah yang boleh
memberikan kesedaran tentang pentingnya kesantunan dalam

masyarakat terutama untuk negara kita yang mempunyai
berbilang bangsa. Oleh sebab itu, kita mestilah mengelakkan
isu-isu sensitif yang melibatkan bangsa lain suaya masyarakat
hidup dalam keadaan harmoni. Selanjutnya, masyarakat pada
kini lebih udah dipengaruhi dengan kempen-kempen seperti itu.
Tuntasnya, kempen tersebut akan menyebabkan masyarakat kita
dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai kesantunan.

MEMILIH KAWAN YANG BETUL

Kita haruslah memilih kawan yang betul agar kesantunan
berbahasa kita sentiasa terpelihara. Kita perlulah mengelakkan
diri daripada berkawan dengan orang yang selalu menggunakan
perkataan dan percakapan yang tidak elok. Permilihan kawan

yang mempunyai kesantunan yang baik akan mempengaruhi
kesantunan berbasa kita juga. Tegasnya, untuk menangani isu
kesantunan berbahasa ini, persekitaran kita mestilah dipenuhi

dengan perkara-perkara yang positif sahaja.

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version