The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyiah0900, 2022-05-08 08:04:26

TUGASAN 3 PALS 1012

TUGASAN 3 PALS 1012

PALS1012

TUGASAN 3
ASAS KELESTARIAN
DAN TANAMAN HIJAU

NAMA PENSYARAH :DR. FAZLIZA BINTI CHE AMAT

BIODATA

NAMA : SITI ASYIAH
KELAS :F2A
NO. MATRIK:2021252310025

Maksud teknologi hijau adalah pembangunan dan juga aplikasi produk,peralatan dan juga sistem bagi
memelihara alam sekitar untuk mengurangkan kesan dan kemusnahan akibat dari aktiviti-aktiviti manusia
yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar pada masa kini. Teknologi hijau ini merupakan produk,
peralatan juga sistem yang akan mengurangkan degrasi kualiti persekitaran yang mempunyai
pembebasan gas rumah hijau seperti penghawa dingin dan juga peti sejuk yang ada di rumah. Tambahan
lagi, teknologi hijau ini merupakan peralatan yang selamat digunakan dan akan menyebabkan
persekitaran manusia dan benda hidup yang lain lebih sihat dan tidak mendatangkan mudarat. Penjimatan
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh
diperbaharui merupakan faedah untuk kegunaan teknologi hijau ini. Antara isu-isu semasa global tentang
alam sekitar di dunia ini adalah berlakunya perubahan iklim yang mempunyai kesan yang berlainan untuk
setiap kawasan, penggunaan tanah secara tidak terkawal yang menyebabkan habitat untuk kehidupan liar
menghilang. Pengestrakkan serta pengangkutan tenaga, sumber tenaga yang yang tidak boleh
diperbaharui semakin terhad dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita haruslah menggunakan teknologi hijau
sebagai alat untuk memastikan isu-isu global tersebut dapat dikawal.

Seterusnya teknologi hijau merupakan teknologi yang dianggap mesra alam mengikut proses
penghasilan yang dihasilkan oleh teknologi tersebut. Malahan teknologi ini akan menghasilkan
tenaga yang bersih. Maksud tenaga bersih adalah bahan yang kurang berbahaya daripada
penggunaan bahan api fosil. Ini merupakan alternatif bahan api. Tambahan lagi, teknologi hijau
akan menyebabkan isu-isu semasa masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau dan
pemanasan global dapat dikurangkan. Terdapat banyak kesan kepada benda hidup hasil daripada
isu-isu alam sekitar tersebut. Antara contoh kesan pemanasan global adalah akan menyebabkan
kenaikan aras laut kerana keadaan suhu bumi meningkat akan menyebabkan pencairan gletser.
Pemanasan global ini berpunca daripada kegiatan pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka akan membakar hasil-hasil pertanian yang tidak
diperlukan tanpa memikirkan kesannya terhadap alam sekitar. Kesan daripada perlakuan yang
tidak bertanggungjawab tersebut telah menyebabkan peningkatan suhu bumi. Penggunaan bahan
api fosil juga akan menyebabkan pemanasan global semakin teruk kerana semakin hari semakin
bertambah kenderaan yang menggunakan bahan api fosil di atas jalan raya. Oleh sebab itu,
penggunaan teknologi hijau yang betul dapat memastikan alam sekitar kekal sihat.

Selain itu, gas rumah hijau merupakan isu semasa global yang sering menjadi bualan mulut
masyarakat-masyarakat di sekitar. Salah satu sebab terjadi isu tersebut adalah kerana penggunaan
tenaga nuklear yang tidak terkawal. Tetapi secara amnya, tenaga nuklear akan memberikan banyak
manfaat kepada penggunanya jika ia dikawal dengan baik. Hal ini kerana terdapat beberapa negara
yang akan menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga di negara mereka. Antaranya adalah
Rusia, Perancis,Slovakia serta Jepun. Kebaikan tenaga nukleur merupakan tenaga alternatif yang boleh
menjana elektrik untuk kegunaan seharian. Dengan adanya tenaga nuklear ini maka ia boleh
mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang semakin terhad di bumi iaitu petroleum dan arang
batu. Dalam tenaga nuklear terdapat atom. Atom pula merupakan zarah kecil yang akan menghasilkan
semua objek dalam kehidupan. Tambahan lagi, pengikat pada atom tersebut mempunyai jumlah
tenaga yang besar dan apabila ia dipisahkan ia akan menghasilkan tenaga elektrik. Seterusnya
pembelahan tersebut akan berlaku dalam reaktor dan kebanyakkan loji tenaga nuklear ini akan
menggunakan uranium untuk meleraikannya. Logi ini tidak akan menghasilkan gas rumah hijau dan
menghasilkan bahan buangan yang radioaktif.

.Apabila sisa ini dilupuskan dengan baik maka ia akan menyebabkan alam sekitar tidak
terjejas. Tetapi teknologi hijau ini juga mempunyai kelemahan iaitu akan menyebabkan
risiko yang tinggi apabila berlaku kemalangan dan juga mempunyai kos pembinaan yang
tinggi. Tegasnya, untuk melindungi alam sekitar kita mestilah bijak serta berhati-hati
dalam menguruskan sumber tenaga tersebut.



Sumber tenaga seterusnya adalah tenaga angin. Tenaga angin merupakan tenaga kinetik
yang akan diperoleh dari turbin udara yang menggunakan kekuatan angin untuk menghasilkan
elektrik. Malahan , sumber tenaga ini adalah sumber tenaga yang bersih dan murah untuk
penduduk yang berada di luar kawasan. Kerana ia akan mengurangkan kos operasi daripada
pemasangan sumber tenaga nasional. Turbin angin ini biasanya akan dipasang di padang yang
luas, tetapi kita boleh membuat sebuat teknologi hijau yang kita inovatif daripada turbin angin
di daratan iaitu mencipta turbin angin terapung di lautan. Seperti yang kita maklum, laut adalah
sesuatu kawasan yang mempunyai angin yang kuat berbanding di kawasan lain. Keadaan angin
di kawasan ini jenis ini akan menyebabkan penjanaan angin di kawasan tersebut akan
menghasilkan tenaga yang berterusan.

Turbin angin terapung ini adalah turbin angin yang dipasang pada struktur terapung, berlainan
dengan turbin angin biasa. Turbin ini juga boleh menjana elektrik di laut. Tetapi turbin angin
terapung ini masih rendah komersialnya. Cara untuk menghasilkan turbin angin terapung ini
adalah turbin ini akan dinaikkan ke dasar lautan yang mempunyai pelbagai jenis kedalaman
dan apabila tiupan angin dari lautan tersebut akan menyebabkan kipas turbin itu bergerak lalu
menghasilkan elektrik. Malahan ia merupakan teknologi yang mesra alam kerana ia tidak
memerlukan agen pencemar untuk berfungsi dan tidak akan menghasilkan sisa toksik dan
penghasilan teknologi ini akan mengurangkan penggunaan tanah. Terdapat banyak kelebihan
tenaga yang dihasilkan oleh turbin angin terapung ini. Contohnya , ia boleh diperbaharui dan
kapasiti yang dipasang mempunyai beratus megawatt. Tuntasnya , penggunaan turbin ini akan
mendatangkan pelbagai kesan yang baik terhadap manusia dan alam sekitar

Berikutnya , keadaan dan cuaca yang tidak menentu di bumi telah menyebabkan berlakunya
peningkatan pencemaran serta kekurangan sumber elektrik. Oleh sebab itu, penggunaan
tenaga solar amat digalakkan dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman sekarang, elektrik
merupakan satu keperluan yang penting untuk manusia. Hal ini kerana, banyak pekerjaan yang
memerlukan penggunaan elektrik secara berterusan. Apabila sumber elektrik terhad maka
bumi boleh dikatakan lumpuh. Oleh sebab yang demikian, banyak negara yang menggalakkan
rakyatnya untuk menggunakan tenaga solar. Tenaga elektrik ini terhasil daripada enjin
pemanas yang menyerap cahaya matahari. Malaysia juga mempunyai taburan tenaga suria
contohnya di Teluk Apan, Pulau Langkawi, sarawak dan sebagainya.

Berdasarkan rajah tersebut menunjukkan bahawa alat tersebut akan menukarkan cahaya matahari kepada
tenaga elektrik. Tetapi terdapat juga solar thermal yang akan menjana elektrik secara tidak langsung. Haba dari
sinar akan memanaskan cecair lalu akan menghasilkan wap. Wap yang dihasilkan itu akan menghasilkan kuasa
untuk generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik seperti yang kita guna pada masa kini. Tambahan lagi,
proses yang dilakukan tersebut merupakan proses yang sama seperti pembakaran api fosil tetapi pembakaran
tersebut akan menghasilkan asap yang menyebabkan kesan rumah hijau berbanding penggunaan solar thermal
ini yang hanya menggunakan wap melalui haba yang terkumpul. Sinaran cahaya yang dipancarkan oleh matahari
akan dikenakan pada plantar kuasa solar thermal untuk penjanaan elektrik. Ia akan memanaskan cecair pada
suhu yang tinggi lalu cecair tersebut akan menukar haba kepada air yang menjadi wap yang mempunyai suhu
yang panas. Wap tersebut akan digunakan untuk menggerakkan turbin dan akan ditukarkan menjadi elektrik
melalui generator. Terdapat beberapa jenis plantar iaitu, palung parabolik, piring parabolik dan juga menara
solar. Plantar parabolik adalah untuk mengumpul radiasi matahari serta mampu menjana hingga 80 megawatt
elektrik. Palung tersebut berbentuk melengkung. Selain itu, piring parabolik pula boleh memfokuskan cahaya
matahari jauh lebih baik berbanding palung parabolik. Jenis plantar yang terakhir adalah menara solar. Ia
merupakan menara yang besar yang akan menjadi satu-satunya penerima cahaya yang dipasang di bangunan.
Menara solar ini juga mempunyai persamaan dengan palung parabolik iaitu cecair akan ditukarkan menjadi haba
atau wap dipanaskan di menara kuasa dan ditukarkan kepada stim. Dengan penggunaan tenaga solar thermal,
kita dapat kurangkan untuk bergantung terhadap bahan bakar api fosil dan ia tidak memerlukan penggunaan
tanah yang banyak serta merupakan teknologi hijau yang mesra alam. Oleh itu, penggunaan solar amat
digalakkan kerana ia berasaskan sumber yang boleh diperbaharui.

Seterusnya, setiap pembangunan dan teknologi akan memberi kesan yang buruk kepada
alam sekitar. Antaranya adalah pelepasan gas-gas kotor ke udara seperti karbon dioksida
yang terhasil daripada aktiviti manusia yang tidak terkawal. Antara teknologi yang
menyebabkan tahap penghasilan karbon dioksida ini berleluasa adalah dari industri nukleur,
pembakaran bahan api fossil. Oleh itu, wujudnya tenaga biojisim untuk mengelakkan isu
semasa ini terus menyebabkan pencemaran alam sekitar. Biojisim adalah bahan organik
yang merupakan bahan organik yang dihasilkan dari tumbuhan, haiwan, sisa perhutanan
serta pertanian dan juga sebatian organik dari pembuangan domestik dan juga
perindustrian.

Terdapat beberapa jenis biojisim serta kegunaannya. Biojisim yang
pertama adalah kayu, bahan ini akan dibakar untuk memberikan haba
kepada bangunan dan juga menghasilkan haba proses dalam industri
yang menghasilkan elektrik. Berikutnya adalah bahan buangan
ternakan akan dijadikan bahan bakar atau cecair biofuel. Malahan
bahan buangan dari manusia seperti sampah dan sisa makanan boleh
dibakar untuk menghasilkan elektrik dalam plantar kuasa dan ditukar
menjadi biogas. Terdapat beberapa penggunaan hasil tenaga biojisim,
contohnya biofuels adalah untuk menukar biojisim menjadi bahan bakar
untuk pengangkutan seperti kenderaan yang bermotor

. Biopower pula adalah untuk menukarkannya menjadi minyak atau bahan bakar yang
bergas untuk hasilkan elektrik. Cara untuk menghasilkan tenaga biojisim adalah dengan
melakukan pembakaran secara langsung dan juga pirolisis. Antara kelebihan tenaga biojisim
ini adalah ia boleh dioerbaharui, tidak akan menghasilkan karbon yang menyebabkan
pencemaran alam, boleh didapati secara meluas dan juga digunakan dalam pelbagai bentuk.
Tetapi tenaga biojisim ini juga mempunyai kekurangan iaitu ia memerlukan ruang yang besar
dan kos yang tinggi. Oleh itu, kita boleh memelihara alam sekitar dengan menggunakan
tenaga biojisim ini.

Teknologi hijau yang boleh menangani isu semasa alam sekitar adalah tenaga geoterma
buatan. Usaha penghasilan produk ini adalah untuk menyelesaikan pemanasan global. Tetapi
atas sebab geoterma merupakan sumber tenaga yang terhad maka ia dicadangkan untuk
menggerudi mana-mana kawasan yang berdekatan dengan lava di dalam bumi. Tetapi
teknologi baru ini muncul akibat dari konsep plantar plasma telah dicadangkan dan
menyebabkan tenaga geoterma ini akan memberikan tenaga yang berterusan , pembinaan
serta kos yang rendah berbanding tenaga nuklear. Terdapat dua cara untuk mendapatkan
tenaga geoterma antaranya plantar kuasa geoterma dan menggunakan pam haba
geoterma.



Plantar kuasa geoterma ini berfungsi dengan air panas akan dipam dari bawah lapisan
bumi melalui tenaga yang mempunyai tekanan yang tinggi dan apabila air sampai ke
permukaan maka air akan menjadi wap. Stim yang berhasil daripada wap tersebut akan
ditukar menjadi elektrik lalu wap tersebut akan disejukkan di menara sejuk dan akan kembali
menjadi air. Air yang dihasilkan akan dipam kebumi untuk menghasilkan proses itu lagi.



Untuk pam haba geoterma ini, cara untuk menghasilkannya adalah apabila air akan
digerakkan melalui gelung paip. Ia akan mengikut cuaca yang dialami di kawasan tersebut.
Apabila cuaca sejuk, air akan dipanaskan melalui gelung yang telah ditanamkan dibawah
tanah. Lalu ia akan memindahkan haba tersebut ke dalam bangunan. Selepas memindahkan
haba, air akan kembali menyejuk dan akan dipam untuk melakukan proses tersebut sekali
lagi. Seterusnya apabila cuaca di kawasan tersebut panas maka sistem boleh berjalan secara
terbalik. Air tersebut akan menyejukkan bangunan dan haba akan dipindahkan di sekitar
paip di bawah.

Sebagai penduduk bumi yang bijak kita perlulah menggunakan tenaga geoterma ini
kerana ia mempunyai banyak kelebihan iaitu tenaga ini lebih mesra alam berbanding
pembakaran gas dan juga minyak. Ia juga tidak bergantung pada cuaca seperti solar dan
juga angin. Malahan ia juga tidak memerlukan belanja yang sedikit sahaja berbanding
teknologi yang lain. Tetapi terdapat juga tenaga geoterma juga mempunyai banyak
kelemahan, antaranya ia memerlukan tenaga elektrik yang banyak untuk memproses haba
dan apabila berlaku kerosakan bawah tanah ia akan menjadi sukar untuk dibaiki. tegasnya ,
kita perlulah sentiasa bijak menggunakan sumber tenaga yang boleh

Kesimpulannya, dengan wujudnya produk teknologi hijau berdasarkan isu-isu semasa ini
akan dapat menangani masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Terdapat banyak isu-
isu semasa global yang telah menyebabkan alam sekitar kita dalam keadaan tenat. Hal
tersebut kebanyakkannya berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal
dan hanya mementingkan diri sendiri. Oleh sebab yang demikian, pihak yang
bertanggungjawab telah mencipta beberapa teknologi hijau yang akan memastikan
kehidupan nemda hidup kekal sihat. Semua pihak perlulah memainkan peranan yang betul
untuk memastikan bumi kita dalam keadaan yang baik.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version