The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorainimd64, 2018-12-26 10:08:32

MINIT MESYUARAT BIL 4/2018

MINIT











MESYU A RAT










BIL 4/2018






























1

Telefon : 04-7145 275
Faks : 04-7142 369
SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN KAMPONG
05350 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Email : [email protected]



MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM BIL 4 / 2018


TARIKH : 18.11.2018

HARI : AHAD
TEMPAT : BILIK GERAKAN

MASA : 1.15 PETANG


KEHADIRAN :

PN.HUSLINA BINTI MOHD HUSSAIN
PN.NOORA’INI BINTI MOHD. DIN
EN.WAN ANISHAM BIN WAN ISHAK
PN.CHE MAZNI BINTI YAHAYA
PN.NOR IDAYU BINTI ZULPABLI
PN.IZZAHNI BINTI AHMAD
PN.FARIDAH BINTI AHMAD
CIK.MADIHAH BINTI MAHMOOD
PN.CHE SARIMAH BINTI ENDUD
EN.SARMIZAN BIN SAAD
PN.AYUNI BINTI ABDUL KHALIL
PN.SITI ZAWIYAH BINTI HAMID
PN.NURUL SYUHADA BINTI SAHABUDDIN
EN.MUHAMAD HAFIZ BIN SUHAIMI
PN.SITI HALIJAH BINTI HASHIM
PN.ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA
PN.NOR NANIZA BINTI MOHAMED RASHID
PN.JULAILA BINTI ABDUL MANAN
PN.NOOR LIZA BINTI KHAMIS
EN.ZAZALI BIN HAMID
PN.SAFARINA BINTI ZAINOL
PN.SITI HAFIZAH BINTI AHMAD
PN.FAIZATUL AKMAL BINTI ABD GHANI
PN.SITI HAFIZAH BINTI AHMAD
EN.MOHAMAD NAZIR BIN OTHMAN
EN.NASRUL HAFIZ BIN ZAKARIA
EN.MANSOR BIN KARIYA
PN.RUSMANI BINTI ABD RASHID
PN.NOR HAYATI BINTI MOHD JUSOH
PN.NOOR AZLINDA BINTI MANSOR

TIDAK HADIR BERSEBAB :

PN.NORLELA BINTI CHIK (MC)




2

AGENDA I : PERUTUSAN PENGERUSI


1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah dan

seterusnya mengalu – alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Jawatankuasa
Induk Kurikulum kali keempat bagi tahun 2018.

2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus
mendidik murid-murid dan menjalankan tugas serta tanggungjawab sepanjang tahun

2018.

Tindakan : Makluman


AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


3. Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Induk Kurikulum bil 3/2018.
4. Pn. Faridah Binti Ahmad mencadangkan minit tersebut disahkan.

5. Disokong oleh Pn. Che Mazni Binti Yahaya.


AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT


6. Pn. Faizatul Akmal memaklumkan stok Buku Teks Tahun 1 yang tidak cukup pada

tahun 2018 telah sampai sebelum Peperiksaan Akhir Tahun pada Bulan Oktober yang
lepas. Buku Teks Tahun 2 dan tahun yang lain juga dijangka lambat sampai seperti

yang sepatutnya dan berkemungkinan Buku Teks akan sampai dalam minggu cuti

persekolahan nanti.
Tindakan : Makluman




AGENDA 4 : TAKLIMAT GURU BESAR


7. Guru Besar memaklumkan supaya semua guru mengambil catatan dan perhatian

terhadap apa yang akan disampaikan oleh Guru Besar.
8. Guru Besar memaklumkan telah mendapat taklimat ringkas daripada PPD berkenaan

pelaksanaan Myportfolio 2018.

9. Guru Besar memberi taklimat berkenaan Myportfolio 2018 yang perlu dilaksanakan
oleh semua guru. Guru-guru perlu mengisi bahagian Guru Akademik Biasa (GAB)


3

dan mencetak mukasurat tertentu sahaja di dalam template Myportfolio 2018 tersebut

dan perlu dihantar kepada PK Pentadbiran selewat-lewatnya pada 21/11/2018 (Rabu)
kerana pada 22/11/2018 (Khamis), pihak sekolah perlu menghantar laporan ke PPD.

10. Guru Besar memaklumkan akan menekankan pembelajaran menggunakan kaedah
STEM Learning (Science, Technology, Engineering, Mathematics) untuk tahun 2019

nanti di dalam pembelajaran abad ke 21 (PAK21).
11. Guru Besar menegaskan supaya pencapaian Kurikulum mesti mencapai tahap 100%

di dalam akademik murid pada tahun 2019 nanti. Untuk tahun 2018, Guru Besar

memaklumkan pencapaian akademik murid-murid hanya 70% dan mengharapkan
supaya pada tahun 2019 nanti akan lebih cemerlang.



AGENDA 5 : PROGRAM KPM / JPN / PPD / PBS


i. KSSR SEMAKAN
12. PKP memaklumkan KSSR Semakan telah dilaksanakan untuk tahun 1 dan 2 bagi

tahun 2018.
13. Pada tahun 2019, akan bermula KSSR Semakan untuk semua subjek tahun 3 bagi

semua matapelajaran.

14. PKP memaklumkan supaya semua guru yang menghadiri kursus KSSR Semakan
untuk tahun 3 untuk semua matapelajaran perlu mengadakan LDP kepada semua guru

pada minggu pertama cuti persekolahan iaitu pada hari Ahad dan Isnin (25/11/2018-
26/11/2018) mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh PKP di bilik gerakan sekolah.

Semua guru diwajibkan hadir.


ii. PBS / PBD


15. PKP menegaskan semua guru mesti melaksanakan PBS / PBD untuk semua murid

bagi setiap subjek yang diajar.

16. Pn. Nornaniza memaklumkan masih terdapat lagi guru yang belum menghantar
laporan PBS / PBD untuk penilaian fasa yang pertama dan untuk penilaian fasa kedua,

hanya Pn Che Sarimah dan Pn Julaila yang telah menghantar pelaporan tersebut.
17. PKP memberi tempoh sehingga 21/11/2018 (Rabu) untuk semua guru menyerahkan

salinan pelaporan PBS / PBD kepada S/U atau Penyelaras PBS iaitu Pn. Nornaniza.




4

18. Pn. Nornaniza memaklumkan telah terdapat gabungan PBD bagi satu template untuk

semua matapelajaran bagi setiap kelas seperti yang telah dilaksanakan oleh guru tahun
6 iaitu PST6 dan sekolah kita telah keciciran maklumat terhadap perkara berikut.

19. Template tersebut senang digunakan sekiranya terdapat murid yang akan bertukar
sekolah. Hanya print untuk satu salinan sahaja dan tidak perlu untuk print bagi setiap

subjek seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
20. PKP memaklumkan sedang berusaha mencari template tersebut dan sekiranya

templete tersebut sudah dapat disediakan, guru kelas memainkan peranan untuk

mengisi maklumat murid seperti mengisi nama murid dan nombor kad pengenalan
murid di dalam template tesebut supaya senang untuk semua guru subjek mengisi di

dalam template tersebut.

21. Setiap guru matapelajaran memainkan peranan untuk mengisi template tersebut bagi
subjek masing-masing.

22. Untuk tahun 4 dan 5, boleh menggunakan template tahun 6 kerana sukatan pelajaran
dan tahap penilaian yang sama.

23. Semua guru perlu mengisi dua tapak pelaporan untuk rujukan guru. Satu pelaporan
individu untuk simpanan guru menggunakan template yang sedia ada dan satu lagi

template gabungan yang akan diselaraskan untuk setiap kelas.


iii. LINUS

24. Pn. Julaila melaporkan murid LINUS sehingga akhir tahun 2018 seperti berikut :

TAHUN PENCAPAIAN
TAHUN 1 LBM : 22/66
LBI : 22/66
NUMERASI : 14/66
TAHUN 2 LBM : 6/39
LBI : 10/39
NUMERASI : 6/39
TAHUN 3 100 % LULUS SEMUA SUBJEK

25. Pn. Julaila memaklumkan antara kelemahan murid LINUS ini, murid boleh membaca

tetapi masih lagi lemah dalam penulisan.

26. Terdapat seorang murid kelas 1 Siddiq, Mohd Zaki masih belum boleh menguasai
membaca, menulis dan mengira.






5

27. Kelas Intervensi yang dijalankan sangat membantu murid yang kurang lancar

membaca. Keseluruhan murid tahun 2 telah dapat membaca dengan lancar.
28. Pn. Julaila memaklumkan telah mengadakan Anugerah Peningkatan Dalam Bacaan

dan telah disampaikan semasa perhimpunan mingguan.
29. Bermula tahun 2019, saringan LINUS akan dijalankan hanya 1 saringan sahaja iaitu

pada Bulan Jun.
30. Program Intervensi akan dijalankan awal lagi untuk murid tahun 2 dan 3. Ianya akan

dijalankan pada bulan Januari 2019.


iv. PEMULIHAN



31. En. Muhamad Hafiz melaporkan laporan murid pemulihan sehingga akhir tahun 2018
seperti berikut :


TAHUN PENCAPAIAN
TAHUN 1  18 orang murid belum mampu membaca dengan
lancar
TAHUN 2  7/10 murid dapat membaca dengan lancar

 3/10 murid lagi masih berada di tahap sederhana

TAHUN 3  3/6 murid dapat membaca dengan lancar

 3/6 murid sederhana dalam penguasaan
kemahiran membaca
TAHUN 4  6/6 orang murid telah menguasai kemahiran
membaca dan hanya mengikuti kelas pengayaan
32. Kelemahan yang dapat dikesan oleh En. Muhamad Hafiz terhadap murid pemulihan

adalah daripada sudut kebanyakan murid keliru dengan frekuensi bunyi dan orientasi
kedudukan yang mewakili lambang-lambang huruf tertentu.

33. Antara kekuatan murid pemulihan ini adalah majoriti murid pemulihan menunjukkan
tahap kesedaran yang tinggi untuk datang ke sekolah setiap hari untuk mengatasi

masalah buta huruf yang mereka hadapi.
34. Cikgu Hafiz memaklumkan segala data-data berkaitan pemulihan bagi tahun 2018

telah lengkap diisi dan dihantar kepada pihak PPD dan JPN seperti yang diarahkan.

35. Cikgu Hafiz mencadangkan supaya sediakan satu kelas yang asing untuk murid
pemulihan. Contohnya, murid tahun 1 dan 2 perlu asingkan masa untuk pembelajaran

dan murid tahun 3, 4 dan 5 boleh digabungkan dalam satu kelas untuk pembelajaraan



6

penggayaan. Cadangan Cikgu Hafiz akan dipertimbangkan oleh PKP dalam

penyediaan jadual waktu pembelajaran.
36. Cikgu Hafiz juga memohon kerjasama agar kelas ganti yang diberi kepada guru

pemulihan tidak bertembung dengan jadual waktu kelas pemulihan.


v. DIALOG PRESTASI


37. PKP memaklumkan dialog prestasi Peperiksaan Akhir Tahun perlu dilaksanakan

secepat mungkin terutama bagi guru tahun 5.
38. PKP memaklumkan Guru Besar akan mengadakan dialog prestasi bersama guru tahun

5 pada 19/11/2018 (Isnin). Guru-guru yang terlibat perlu bersedia dengan pelaporan

pemarkahan masing-masing.
39. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun ini, dijadikan sebagai kayu ukur kepada guru-

guru untuk menilai hasil pencapaian murid sepanjang tahun 2018 dan calon UPSR
bagi tahun 2019. Seterusnya guru-guru boleh membuat rumusan hasil daripada

pembentangan bagi setiap subjek untuk kelas tersebut.


vi. VLE FROG


40. Cik Madihah melaporkan penggunaan VLE Frog di sekolah ini tidak menggalakkan.

Murid yang sama sahaja yang aktif menggunakan VLE Frog. Guru-guru juga tidak
aktif dalam penggunaan VLE Frog.

41. Guru Besar menegaskan supaya untuk tahun 2019, semua guru mesti aktif dalam
penggunaan VLE Frog kerana Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang baru sangat

menekankan penggunaan VLE Frog dalam pembelajaran.

42. Guru Besar menyarankan supaya Cik Madihah menyediakan pelan intervensi untuk
menggalakkan penggunaan VLE Frog di kalangan guru-guru dan murid-murid di

sekolah ini.

43. Guru Besar memaklumkan bahawa internet di sekolah ini dikira berada di tahap yang
memuaskan sekiranya hendak mengaktifkan VLE Frog berbanding dengan sekolah

yang lemah capaian internet.
44. Untuk tahun 2019, Guru Besar memaklumkan akan mengaktifkan Zoom A di sekolah

ini. Dengan nama lain iaitu At Module (Info Pentadbiran). Sekolah lain tidak alert
dengan Zoom A ini dan sekolah kita akan mulakannya pada tahun 2019 nanti.


7

vii. SPBT (SKIM PINJAMAN BUKU TEKS)


45. Pn. Faizatul Akmal memaklumkan bahawa buku teks tahun 1 yang tidak cukup
sebanyak 26 set untuk tahun 2018, yang kita mohon pada 06/01/2018 telah diterima

pada 14/10/2018. Tetapi buku Superminds sebanyak 26 set masih tidak sampai lagi.
46. Senarai penerimaan buku teks untuk tahun 2019 adalah seperti berikut :

TAHUN BUKU TEKS
TAHUN 1  Buku Teks sudah cukup.

 Buku Aktiviti akan dapat sebanyak 69 set
dalam cuti sekolah nanti.
TAHUN 2  Buku Teks belum cukup sebanyak 30 set.
 Buku Aktiviti akan dapat sebanyak 69 set
dalam cuti sekolah nanti.
TAHUN 3  Buku Teks belum cukup sebanyak 39 set
(Buku Cetakan Baru)
 Buku Aktiviti belum cukup sebanyak 39 set
(Buku Cetakan Baru)
TAHUN 4  Mencukupi.
TAHUN 5  Buku Teks belum cukup sebanyak 10 set.
TAHUN 6  Buku Teks belum cukup sebanyak 5 set.
Buku Teks dijangka akan sampai semasa dalam cuti persekolahan nanti.

Murid akan diberi buku teks semasa membeli buku tulis pada 26/11/2018 -

27/11/2018 (Jika buku sampai sebelum tarikh tersebut).


viii. PAJSK (SEGAK)


47. PKP memaklumkan 18/11/2018 (Ahad) adalah tarikh tutup untuk pengisian PAJSK
untuk tahun 4 dan 5. PKP meminta Ustaz Mansor menyegerakan dan melengkapkan

PAJSK yang masih belum lengkap dengan kadar segera.

48. PKP memaklumkan Sijil PAJSK (SEGAK) untuk kokurikulum murid yang telah diisi
mesti dicetak.

49. Sijil PAJSK tersebut perlu diserahkan kepada calon UPSR semasa keputusan UPSR
diumumkan.







8

ix. PSIKOMETRIK


50. Penilaian Psikometrik telah selesai dilaksanakan oleh Pn. Zubaidah.

51. Sijil Psikometrik untuk murid Tahun 3 telah dicetak dan diserahkan kepada ibubapa
semasa program jayawaris pada 18/11/2018 (Ahad).

52. Sijil Psikometrik untuk Tahun 6 juga telah dicetak dan akan diserahkan kepada murid
Tahun 6 semasa keputusan UPSR diumumkan.



x. SKPMg2


53. PKP memaklumkan Fasa 3, SKPMg2 telah lengkap diisi dan tarikh pengisian online

telah ditutup pada 15/11/2018.
54. Semua borang SKPMg2 telah dicetak keluar oleh PKP dan akan dimasukkan di dalam

fail yang telah disediakan.
55. Semua guru yang terlibat sebagai PPS perlu menyediakan evidens seperti yang telah

diisi di dalam portal SKPMg2.
56. Semua borang PPS dan borang Pdpc mesti telah lengkap diisi dan diserahkan kepada

S/U SKPMg2, Pn. Noor Azlinda untuk disimpan di dalam fail.


xi. PROGRAM JQAF


57. Ustaz Sarmizan melaporkan Program Jqaf sepanjang tahun 2018 berjalan dengan

lancar dan jayanya.
58. Pegawai PPD telah turun memantau di sekolah kerana merujuk kepada data pada

bulan Jun telah mendapati seramai 7 orang murid belum menguasai Al-Quran.

59. Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengambil inisiatif dan melaksanakan
Kem Literasi Al-Quran pada 1/10/2018– 31/10/2018 terhadap 7 orang murid tahun 6

yang tidak melepasi Iqra’.

60. Hasil program tersebut, murid-murid yang terlibat dapat menghabiskan bacaan Iqra’
tersebut dan dapat menguasai bacaan Al-Quran.

61. Laporan Kem Literasi Al-Quran telah dihantar ke PPD pada 8/11/2018 (Khamis).
62. Ustazah Nor Hayati melaporkan terdapat seramai 18 orang murid tahun 1 masih tidak

menguasai bacaan Iqra’.




9

63. Guru Besar mencadangkan supaya Ustazah Nor Hayati dan Ustaz Nazir mengadakan

kelas tambahan bacaan Iqra’ terhadap murid tersebut. Keluarkan surat untuk
memohon kebenaran mengadakan kelas tambahan. Minta ibu bapa tanda setuju / tidak

setuju. Sekiranya ramai ibu bapa setuju, maka kelas tambahan akan diadakan di dalam
cuti sekolah. Sekiranya ramai tidak setuju, kelas tambahan tersebut akan

ditangguhkan sehingga tahun hadapan.
64. Ustaz Nazir melaporkan bacaan Iqra’ murid tahun 3 juga masih lagi di dalam

pemantauan. Minggu pertama persekolahan nanti, guru-guru akan menyemak bacaan

murid untuk memastikan bacaan murid tidak mengalami masalah.


xii. PKB (PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI)

RINGKASAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
65. PKP memaklumkan kepada semua guru supaya menghantar fail RPH/2018 kepada

PKP selewat-lewatnya pada 25/11/2018 (Ahad) dan tandatangan pada borang yang
disediakan sebagai bukti penghantaran.

66. PKP meminta semua guru untuk menfailkan RPH di dalam fail putih yang akan
disediakan oleh pihak sekolah.

67. PKP mewajibkan semua guru menghantar RPH/2018 kerana RPH setiap guru akan

diaudit sekiranya diminta oleh pemantau.
68. PKP memaklumkan akan menempah fail RPH yang baharu untuk tahun 2019. Cikgu

Wan Anisham dan Ustaz Mansor akan menguruskan penempahan fail RPH/2019 itu
nanti untuk seragam penggunaan fail kepada semua guru. Harganya RM16 seorang.



HASIL KERJA MURID
69. PKP memaklumkan supaya menyerahkan semua buku atau hasil kerja murid kepada

murid sebelum tutup sekolah.


FAIL PANITIA

70. PKP memaklumkan kepada semua guru supaya melengkapkan fail panitia sebaiknya
untuk tahun 2018 dan menghantar ke dalam bilik PKP untuk semakan.

71. Ketua Panitia dan Setiausaha panitia perlu memastikan minit mesyuarat panitia mesti
lengkap sebanyak 4 kali setahun. Minit mesyuarat panitia ke 4 boleh dilaksanakan

selepas mesyuarat induk kurikulum ini diadakan.



10

xiii. UJIAN DAN PEPERIKSAAN


72. PKP memaklumkan bahawa SAPS telah selesai diisi oleh semua guru dan RPCU juga

telah selesai diisi oleh guru matapelajaran teras yang terlibat.
73. PKP menegaskan supaya pemarkahan di dalam SAPS dan RPCU tidak boleh berbeza

dengan markah yang diterima oleh murid.
74. RPCU perlu diisi oleh subjek teras apabila keputusan UPSR diumumkan nanti yang

dijangka pada 29/11/2018 (Khamis).

75. S/U Peperiksaan Dalaman, Pn. Norhafizah, perlu menyediakan senarai nama murid
naik kelas untuk dilaksanakan pada 21/11/2018 (Rabu) selepas waktu rehat.

76. Pelaksanaan streaming kelas akan dilakukan mengikut skor pemarkahan murid

berdasarkan peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
77. Guru Besar mengarahkan Ustaz Nazir dan Cikgu Hafiz untuk menguruskan kelas

tahun 1-6 di dewan sekolah pada 21/11/2018 (Rabu) pada pukul 7.45-9.45 pagi untuk
guru kelas bermesyuarat bagi menyelaraskan dan mengagihkan kelas masing-masing.

78. PKP bertanyakan yuran peningkatan UPSR kepada guru kelas tahun 6 dan mendapati
masih terdapat 3 orang murid yang masih belum membuat bayaran penuh yuran

tersebut iaitu Daniel Tarmizi, Mohamad Naufal dan Awatif Nabihah.

79. Guru Besar memberi cadangan supaya bayaran yuran tersebut ditanggung oleh PIBG.
Pn. Siti Zawiyah memaklumkan, PIBG akan menanggung yuran tersebut sekiranya

murid tersebut mempunyai beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak PIBG.
Perkara seperti ini pernah berlaku kepada bekas murid UPSR/2017, Muhammad Akif

Qusyairi yang ditanggung yuran peningkatan UPSR oleh PIBG.
80. PKP memaklumkan pencapaian dan peratusan murid untuk peperiksaan akhir tahun

bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris menurun.

81. Pn. Faridah memaklumkan bahawa soalan berbentuk ayat panjang, murid malas untuk
membaca arahan soalan. Sekiranya salah di soalan pertama, soalan kedua dan ketiga

akan menjadi salah. Murid tidak akan dapat markah.

82. Cik Madihah memaklumkan subjek Bahasa Inggeris menurun disebabkan pertukaran
guru dan kekurangan guru BI untuk tahun 4. Murid tidak dapat fokus di dalam

pembelajaran.
83. Guru Besar menyarankan kepada semua guru supaya dapat menyediakan headcount

dan pelan intervensi untuk semua subjek supaya dapat mengenal pasti masalah murid
lemah dan meningkatkan pencapaian mereka untuk tahun 2019 nanti.


11

xiv. KELAS TAMBAHAN / PEMULIHAN / INTERVENSI

84. Kelas tambahan tidak akan diadakan di dalam cuti persekolahan ini melainkan kelas
tambahan untuk tahun 5 akan diadakan pada minggu pertama cuti persekolahan pada

25/11/2018 dan 27/11/2018 sahaja.
85. Kelas tambahan akan bermula pada bulan Januari pada tahun 2019.



xv. PRASEKOLAH


86. Pn. Siti Halijah memaklumkan Data IPPK (Instrumen Pentaksiran Prasekolah
Kebangsaan) telah siap dikemaskini dan dihantar ke PPD dan JPN.

87. Menurut Data IPPK 2018 (Pentaksiran 2), menunjukkan 3 orang murid yang lemah

dan belum menguasai pembelajaran peringkat prasekolah ialah :
1) Aqil Iqbal Bin Mohd Amiruddin

2) M. Danial Zakwan Bin Shaimi
3) Adam Faris Bin Ahmad

88. Data IKMTS (Instrumen Kesediaan Ke Tahun Satu) telah dihantar ke dalam sistem
yang disediakan.

89. Penilaian murid dibuat berdasarkan beberapa tunjang yang telah ditetapkan oleh

KPM.
90. Antara kelemahannya adalah kerana murid mengharapkan hanya bacaan di sekolah

sahaja. Di rumah, murid kurang membaca dan mengulangkaji. Pelbagai usaha telah
dilakukan oleh guru prasekolah terhadap murid tersebut tetapi murid itu masih tidak

boleh menguasai.
91. Pn. Siti Halijah memaklumkan murid yang boleh membaca akan membantu murid

yang belum boleh membaca dengan lancar. Amalan membaca murid prasekolah boleh

melibatkan pelbagai aktiviti.
92. Pn. Siti Halijah juga mencadangkan supaya ibubapa atau waris membeli buku rujukan

masing-masing sebagai pengukuhan dalam masa cuti sekolah.


xvi. PSS (PUSAT SUMBER SEKOLAH)


93. Pn. Nurul Syuhada memaklumkan bahawa LADAP untuk semua guru telah cukup

sebanyak 7 kali setahun.




12

94. Guru-guru masih perlu mengadakan LDP untuk membentangkan berkaitan setiap

subjek yang telah dihadiri kursus untuk KSSR SEMAKAN pada 25/11/2018-
26/11/2018 (Ahad-Isnin). Semua guru diwajibkan hadir.

95. Pn. Nurul Syuhada juga memaklumkan bahawa murid aktif dalam membaca buku dan
membuat NILAM untuk tahun 2018 ini. Penganugerahan untuk NILAM ini akan

dilaksanakan pada 22/11/2018 (Khamis).


AGENDA 6 : POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018


96. Borang laporan Peperiksaan Akhir Tahun telah diedarkan kepada setiap Ketua Panitia

untuk membuat Penilaian Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun 2018.

97. Hasil penilaian tersebut adalah seperti berikut :
1) BAHASA MELAYU

 Pn. Izzahni Binti Ahmad memaklumkan bahawa berdasarkan analisis
pencapaian peperiksaan akhir tahun bagi subjek Bahasa Melayu ialah

 Tahun 1 : 77.27% menguasai

 Tahun 2 : 84.62% menguasai
 Tahun 3 : Pemahaman 98.11% dan Penulisan 81.13% menguasai

 Tahun 4 : Pemahaman 85.45% dan Penulisan 71.43% menguasai

 Tahun 5 : Pemahaman 83.67% dan Penulisan 85.71% menguasai

 Tahun 6 : Pemahaman 88.37% dan Penulisan 95.35% menguasai
 Pn. Izzahni memaklumkan antara kelemahan murid dalam menjawab

soalan Bahasa Melayu ialah murid lemah tidak dapat menghabiskan
menjawab soalan dengan baik. Murid juga tidak boleh membina ayat

dengan baik terutama bagi murid LINUS.
 Murid membina ayat yang kurang gramatis. Murid tidak mempunyai idea

menulis ayat yang berbentuk huraian. Murid juga menyalin ayat panduan

yang diberikan tanpa membuat olahan dan penambahbaikan idea terhadap
ayat tersebut.

 Kekuatan dalam menjawab soalan bagi murid aras sederhana ialah murid
boleh membaca soalan dan menulis jawapan dengan baik. Sebanyak 75%

murid boleh membaca dengan baik. Kebanyakan jawapan murid menepati






13

format UPSR. Murid juga boleh memberi idea yang bersesuaian dan murid

boleh menulis jawapan dengan lengkap tanpa kesalahan tanda bacaan.
2) BAHASA INGGERIS


 Cik Madihah Binti Mahmood memaklumkan pencapaian bagi peperiksaan

akhir tahun untuk subjek Bahasa Inggeris ialah

 Tahun 1 : 87.88% menguasai
 Tahun 2 : 74.36% menguasai

 Tahun 3 : Pemahaman 73.58% dan Penulisan 64.15% menguasai

 Tahun 4 : Pemahaman 52.63% dan Penulisan 36.84% menguasai

 Tahun 5 : Pemahaman 73.47% dan Penulisan 46.94% menguasai
 Tahun 6 : Pemahaman 65.12% dan Penulisan 62.79% menguasai

 Cik Madihah memaklumkan murid tidak dapat menulis karangan dengan
baik kerana kekurangan kosa kata, penggunaan struktur ayat yang tidak

tepat dan idea yang tidak boleh dikembangkan selain tidak menepati
kehendak soalan.

 Murid juga meninggalkan soalan tanpa jawapan dan lalai dalam ejaan dan

kesilapan mudah dalam membaca soalan. Antara kelemahannya lagi,
murid tidak menjumpai kata kunci jawapan serta murid tidak memahami

soalan dan mengenal huruf.
 Antara kekuatannya, murid mengikuti arahan dan mengikut struktur

perenggan karangan yang dipelajari.

 Manakala bagi murid tahun 1 dan 2, mereka dapat menjawab soalan
dengan baik. Ini kerana, mendapat bimbingan daripada ibubapa di rumah

dan juga tuisyen.
 Cik Madihah memaklumkan perbezaan yang ketara dapat dilihat antara

murid yang dapat menguasai BI dengan murid yang tidak dapat menguasai

BI dalam pembelajaran dan keadaan ini sangat membimbangkan.
 Cik Madihah dapat melihat penumpuan murid pada sesi pembelajaran

adalah kurang focus dan banyak bermain semasa pdp guru.








14

3) MATEMATIK

 Pn. Faridah Binti Ahmad memaklumkan pencapaian murid bagi
peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut :

 Tahun 1 : 89.39% menguasai

 Tahun 2 : 76.92% menguasai
 Tahun 3 : 62.26% menguasai

 Tahun 4 : 31.58% menguasai

 Tahun 5 : 32.65% menguasai
 Tahun 6 : 65.12% menguasai

 Antara kelemahan murid dalam menjawab soalan Matematik ialah soalan

Tahun 5 yang melibatkan tajuk pecahan dan perpuluhan. Murid tidak dapat
membezakan antara dua tajuk itu.

 Kebanyakan murid mencongak jawapan dan tidak menunjukkan sebarang
jalan pengiraan.

 Murid juga kurang menguasai istilah Matematik dan tidak menghafal
rumus adalah antara kelemahan murid dalam menjawab soalan Matematik.

 Pn. Faridah memaklumkan yang menjadi kekuatan bagi murid adalah

kerana bernasib baik dalam tekaan jawapan yang tepat dalam kertas 1.
 Hal-hal lain yang boleh difikirkan oleh guru Matematik ialah guru akan

membincangkan pelan intervensi untuk setiap kelas atau tahun yang diajar
bagi penambahbaikan markah dalam peperiksaan pada tahun hadapan.



4) SAINS
 Pn. Che Sarimah Binti Endud memaklumkan pencapaian murid bagi

peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut :
 Tahun 1 : 78.79% menguasai

 Tahun 2 : 89.74% menguasai

 Tahun 3 : 88.64% menguasai

 Tahun 4 : 59.65% menguasai
 Tahun 5 : 71.43% menguasai

 Tahun 6 : 69.77% menguasai
 Kelemahan yang dapat dikesan oleh guru seperti murid tahun 1 adalah

kebanyakan murid tidak sempat menyiapkan soalan peperiksaan kerana



15

kekangan masa. Soalan juga sukar difahami oleh murid tahun 1 dan

jawapan soalan tidak sama dengan skema jawapan. Bagi murid tahun 2
pula, murid LINUS tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

Disebabkan itu, murid tidak dapat menjawab soalan tersebut.
 Bagi murid tahun 3 pula, bermasalah kerana terdapat murid yang malas

menulis dan tidak mahu menulis jawapan. Murid tahun 4 bermasalah
kerana pertukaran format soalan. Soalan tahap 1 berbeza dengan tahap 2.

Murid masih keliru untuk menggunakan format soalan kerana masih baru

berada di tahap 2.
 Sebelum peperiksaan akhir tahun, pdp diambil alih oleh guru praktikum.

Murid-murid tidak didedahkan dengan teknik menjawab berfokus kepada

soalan berbentuk UPSR. Dalam soalan akhir tahun itu juga, terdapat soalan
tahun 3, murid sudah lupa fakta sains tersebut walaupun soalan itu senang.

 Kelemahan pada murid tahun 5 pula ialah kerana kekangan masa terutama
murid bagi murid tahun 5 Siddiq untuk menjawab soalan. Waktu

pembelajaran sains untuk pdp tahun 5 Siddiq pula, murid banyak terlibat
dengan program sekolah dan kadang-kadang berlaku cuti sekolah. Perkara

ini menyebabkan guru tidak sempat mengulangkaji pelajaran bersama

murid kerana kekangan masa seperti itu. Secara keseluruhannya,
kebanyakan murid tidak menjawab soalan mengikut kehendak soalan yang

dikehendaki.
 Kekuatan bagi murid tahun 1 dan 2 ialah kerana murid boleh membaca dan

dapat menyiapkan ujian dalam masa yang ditetapkan. Bagi murid tahun 3
pula, soalan berbentuk kemahiran dan sukatan bersesuaian dengan

kemahiran murid.


5) PENDIDIKAN ISLAM

 Ustaz Sarmizan Bin Saad memaklumkan berdasarkan analisis bagi

peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut
 Tahun 1 : 100% menguasai

 Tahun 2 : 100% menguasai

 Tahun 3 : 100% menguasai
 Tahun 4 : 77.59% menguasai




16

 Tahun 5 : 87.76% menguasai

 Tahun 6 : 82.93% menguasai
 Kelemahan yang dapat dikenalpasti oleh guru terhadap analisis tersebut ialah

murid tidak membaca soalan dengan teliti dan kelemahan murid dalam

menguasai jawi kerana soalan adalah dalam tulisan jawi.
 Kekuatan bagi subjek Pendidikan Islam ialah pencapaian keseluruhan murid

masih di tahap memberansangkan.


6) BAHASA ARAB
 Pn. Ayuni Binti Abdul Khalil memaklumkan pencapaian murid bagi

peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut

 Tahun 1 : 96.97% menguasai
 Tahun 2 : 100% menguasai

 Tahun 3 : 100% menguasai

 Tahun 4 : 100% menguasai

 Tahun 5 : 100% menguasai
 Tahun 6 : 100% menguasai

 Berdasarkan analisis tersebut, guru dapat mengenalpasti kelemahan murid
adalah kerana murid tidak mengulangkaji matapelajaran Bahasa Arab.

 Antara kekuatannya ialah hampir keseluruhan murid dapat menulis

jawapan tanpa meninggalkan tempat kosong. Murid dapat menjawab
soalan yang mudah dan ini dapat membantu mendapatkan markah.

 Kebolehan murid dalam membaca Al-Quran dan Iqra’ dapat membantu
dalam pdp Bahasa Arab.



7) REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT)
 Pn. Siti Zawiyah Binti Hamid memaklumkan, berdasarkan keputusan

peperiksaan akhir tahun ialah :
 Tahun 4 F : 50.00% menguasai

 Tahun 4 S : 61.54% menguasai

 Tahun 5 F : 100% menguasai

 Tahun 5 S : 100% menguasai
 Tahun 6 F : 100% menguasai



17

 Tahun 6 S : 100% menguasai

 Antara kelemahannya ialah murid tidak menghantar projek yang menjadi
pengiraan markah untuk peratus peperiksaan terutama murid tahun 4.

 Kekuatannya pula ialah murid-murid Tahun 5 dan 6 telah mengenali

peralatan tangan dan alat-alat elektronik dengan baik. Murid-murid juga
berminat menjalankan projek dalam matapelajaran RBT dengan baik.


8) TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI (TMK)

 Pn. Nor Naniza Binti Mohamed Rashid memaklumkan berdasarkan
analisis bagi peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut

o Tahun 4 : 57.14% menguasai dan 42.86% tidak menguasai

o Tahun 5 : 91.84% menguasai dan 8.16% tidak menguasai
o Tahun 6 : 97.62% menguasai dan 2.38% tidak menguasai

 Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah murid kurang
persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Murid juga kurang dalam

penguasaan bahasa IT dan tidak faham istilah IT. Kebanyakan murid
tidak fokus sewaktu belajar dan kurang membaca.

 Kekuatannya pula ialah sukatan bagi tahun 6, ada 4 modul. Ini

membolehkan murid lebih fokus dan mudah mengingati apa yang
dipelajari. Guru dan murid juga membuat ulangkaji pelajaran sebelum

peperiksaan. Dalam pembelajaran TMK, kaedah pdp yang pelbagai

dan kaedah ini menyeronokkan murid untuk belajar.


9) PENDIDIKAN JASMANI / KESIHATAN
 Pn. Nurul Syuhada Binti Sahabuddin memaklumkan berdasarkan

analisis peperiksaan akhir tahun :
 PENDIDIKAN JASMANI

 Tahun 1 : 93.75% menguasai = GABUNG P.Kesihatan

 Tahun 2 : 100% menguasai = GABUNG P.Kesihatan
 Tahun 3 : 100% menguasai

 Tahun 4 : 100% menguasai

 Tahun 5 : 84.00% menguasai

 Tahun 6 : 90.00% menguasai



18

 PENDIDIKAN KESIHATAN
 Tahun 1 : -

 Tahun 2 : -

 Tahun 3 : 100.00% menguasai
 Tahun 4 : 96.43% menguasai

 Tahun 5 : 95.83% menguasai

 Tahun 6 : 95.45% menguasai
 Antara kelemahannya ialah murid tidak menjawab soalan sepenuhnya

dan murid belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Murid

juga belum menguasai istilah yang digunakan dalam matapelajaran
Pendidikan Jasmani.

 Kekuatannya ialah murid menjalani amali dan teori serentak. Guru

juga banyak memberi pendedahan kosa kata berkaitan dengan
pelajaran. Pendidikan Jasmani juga dilakukan sewaktu pdpc supaya
guru senang untuk memantau murid.



10) SEJARAH
 Pn. Faizatul Akmal Bt Abd Ghani memaklumkan pencapaian murid bagi

peperiksaan akhir tahun ialah

o Tahun 4 : 92.86% (52/58) menguasai
7.14% (4/58) tidak menguasai

o Tahun 5 : 95.92% (47/49) menguasai
4.08% (2/49) tidak menguasai

o Tahun 6 : 90.70% (39/44) menguasai

9.30% (4/43) tidak menguasai
 Antara kelemahannya ialah murid tidak dapat mengingati tarikh penting dalam

soalan yang diberikan. Murid juga kurang membaca dan mengulangkaji
pelajaran. Murid kurang prihatin terhadap perkembangan semasa. Murid tidak

dapat mengingati fakta sejarah.

 Kekuatan yang dapat membantu dalam subjek sejarah ialah mempunyai guru-
guru yang berpengalaman dalam mengajar matapelajaran sejarah. Terdapat






19

juga program yang berteraskan subjek sejarah yang boleh membantu dalam

pembelajaran murid.
 Perkara yang dapat membantu adalah seperti menambahkan koleksi carta dan

BBM sejarah. Menambahkan program yang berkaitan dengan sejarah serta
mewujudkan sudut sejarah di kawasan sekolah.



11) PENDIDIKAN SENI
 Pn. Norliza Binti Khamis memaklumkan pencapaian murid bagi peperiksaan

akhir tahun ialah :
o Tahun 1 F: 100% menguasai

o Tahun 1 S: 96.88% menguasai

o Tahun 2 F & 2 S : 100% menguasai
o Tahun 3 F & 3 S : 100% menguasai

o Tahun 4 F & 4 S : 100% menguasai
o Tahun 5 F & 5 S : 100% menguasai

o Tahun 6 F & 6 S : 100% menguasai
 Antara kelemahan murid adalah kerana murid tidak mahu membawa bahan

untuk aktiviti. Murid juga tidak mahir melukis dan mewarna menggunakan

warna air. Kebanyakan bahan yang ditempah dan dibeli tidak sampai semasa
hendak menggunakannya.

 Kekuatannya adalah murid pandai melukis dan mewarna mengikut kreativiti
masing-masing. Murid pandai menggunakan kombinasi pensel warna dan

menghasilkan tone warna yang menarik.


12) PENDIDIKAN MUZIK

 Pn. Safarina Binti Zainol memaklumkan pencapaian murid bagi peperiksaan
akhir tahun ialah :

o Tahun 1 F & 1 S : 98.46% menguasai

o Tahun 2 F & 2 S : 100% menguasai
o Tahun 3 F & 3 S : 100% menguasai

o Tahun 4 F & 4 S : 100% menguasai
o Tahun 5 F & 5 S : 100% menguasai

o Tahun 6 F & 6 S : 100% menguasai




20

 Pn. Safarina memaklumkan keseluruhan murid boleh menguasai pendidikan

muzik dengan baik. Murid dapat bermain alat muzik dengan betul hasil
daripada bimbingan guru.

13) PRASEKOLAH
 Pn. Siti Halijah memaklumkan laporan murid prasekolah boleh rujuk kepada

Data IPPK 2018 (Pentaksiran 2).
 Rujuk kepada lampiran.



AGENDA 7 : KEWANGAN
98. PKP menegaskan kepada ketua panitia supaya mengambil tahu jumlah peruntukan

duit panitia masing-masing setiap tahun.

99. Setiap panitia perlu membuat perancangan kewangan panitia masing-masing.
100. Di dalam perancangan kewangan tersebut, perlu menyenaraikan perbelanjaan

kewangan panitia untuk tempoh setahun persekolahan.
101. Setiap panitia perlu menyediakan perancangan operasi kewangan supaya dapat

memperincikan perbelanjaan kewangan tersebut.
102. Guru Besar menyarankan supaya setiap panitia dapat menyenaraikan semula

perancangan kewangan bagi tahun 2017 dan 2018 supaya senang diserahkan

sekiranya diminta oleh pihak atasan atau diaudit.


AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN
103. Pengerusi memaklumkan semua panitia perlu mengadakan mesyuarat panitia bil 4

mulai 25/11/2018 (Ahad) mengikut panitia masing-masing.
104. Setiausaha kurikulum perlu menyediakan tarikh untuk mesyuarat setiap panitia bil 4

dengan kadar segera dan mengedarkan kepada setiap panitia.

105. PKP mengedarkan borang budaya tutup sekolah kepada semua guru. Guru-guru
perlu mengambil tindakan seperti yang tercatat di dalam borang tersebut.

106. PKP memberitahu kepada semua guru untuk berkumpul di bilik gerakan pada

22/11/2018 (Khamis) untuk menyerahkan borang budaya tutup sekolah kepada PK
penilai masing-masing.

107. PKP memaklumkan bahawa sekolah kita kekurangan guru Bahasa Inggeris dan
meminta kepada semua guru agar bersedia untuk mengajar subjek BI untuk tahun

2019 sekiranya diminta oleh pihak sekolah.




21

108. PK HEM memaklumkan kepada semua guru bahawa terdapat Kelab Reakriasi Hutan

Kampong yang diketuai oleh En Mohd Nasir, akan menaja makan untuk anak yatim
sepanjang tahun 2019. Oleh itu, guru-guru diminta untuk menyenaraikan nama-nama

murid anak yatim di sekolah ini dengan kadar segera dan menyerahkan nama murid
tersebut kepada PK HEM.

109. PKP memohon kepada semua guru mengambil iktibar terhadap apa yang
disampaikan oleh beliau tadi dan berterima kasih banyak kepada semua guru kerana

dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan serta

menjalankan tugas dengan baik sepanjang tahun 2018.





Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.





Disediakan Oleh : Disemak Oleh :



……………………………………. …………………………………….
( NOR IDAYU BINTI ZULPABLI ) ( NOORA’INI BINTI MOHD DIN )
SETIAUSAHA INDUK KURIKULUM, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SEK. KEB. HUTAN KAMPONG. SEK. KEB. HUTAN KAMPONG.

























22


Click to View FlipBook Version