The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK ST MARY LIMBAHAU PAPAR, 2022-09-23 04:06:15

BUKU PANDUAN DISIPLIN SEKOLAH

BUKU PANDUAN DISIPLIN SEKOLAH

SK ST. MARY (M) LIMBAHAU, PAPAR

BUKU PANDUAN

DISIPLIN SEKOLAH

NAMA : ___________________
TAHUN : ___________________

‘DISIPLIN MENJAMIN1KEPERIBADIAN HIDUP’

2

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
 Kandungan 3
 Pengakuan Penerimaan Pemilik 5
 Sekapur Sirih Guru Besar 6
 Organisasi Unit Disiplin Sekolah 7
 Lagu NegaraKu & Sabah Tanah AirKu 8
 Lagu Sekolah / Ikrar Murid 9
 Objektif Dan Budaya Sekolah 10
 Visi dan Misi Sekolah 10
 Falsafah Pendidikan Negara 11
 Maksud Dan Matlamat Disiplin 12
 Pentingnya Disiplin 13
 Masa Sesi Persekolahan 14
 Pakaian Seragam Sekolah 15
 Pakaian Pengawas 16
 Pakaian Pendidikan Jasmani & 16
 Kegiatan Kokurikulum
 Rambut 16
 Perhimpunan Sekolah 17
 Kehadiran 17
 Masa Belajar 18
 Kebersihan Kelas, Bangunan, Tandas & 19

Kawasan Sekolah 19
 Kawasan Larangan Sekolah 20
 Waktu Rehat 20
 Kantin 20
 Buku Aktiviti & Tulis 21
 Skim Pinjaman Buku Teks 22
 Penggunaan Pusat Sumber 23
 Rawatan Hospital

3

PERKARA MUKA SURAT

 Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok 24

& Bantuan Kerajaan 26
 Bayaran Tambahan Sekolah 26
 Gerak Kerja Kokurikulum 26
 Keselamatan Peralatan Sekolah 27
 Tatatertib 28
 Senarai Kesalahan Mengikut Pengkelasan &
31
Hukuman serta tindakan perlu diambil 36
 Kod Kesalahan Jenayah 37
 Lampiran A1 38
 Lampiran A2 39
40
 Lampiran A3 41
42
 Lampiran A4 43
 Lampiran A5 44

 Lampiran B

 Lampiran C1
 Lampiran C2
 Akuan Murid

4

PEMILIK

Buku Panduan Disiplin SK St. Mary (M) Limbahau ini dimiliki oleh :

Nama : ______________________________________

Bangsa : ______________________________________

Agama : ______________________________________

No. SB : ______________________________________

Tahun/Kelas : ______________________________________

Alamat Rumah: ______________________________________

______________________________________

______________________________________

Nama Ibu bapa / Penjaga : __________________________

No. Tel : ______________________________________

Sesiapa yang menjumpai buku ini sila kembalikan kepada pemilik atau
Pejabat Am Sekolah. Kerjasama anda sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

-------------------------- --------------------------
(Tandatangan murid) (Tandatangan ibu bapa/penjaga)

5

SK ST. MARY (M) LIMBAHAU

PETI SURAT 353
89608, PAPAR, SABAH

TEL: 088-913082
E-MEL: [email protected]

Salam Sejahtera,

Buku Panduan Disiplin ini disediakan sebagai panduan kepada semua
murid/ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah untuk memantapkan
disiplin murid. Buku ini diharapkan dapat melahirkan suasana sekolah
yang kondusif dan mampu mengekalkan semangat bersatu padu,
bertanggungjawab dan bertimbang rasa semua pihak. Buku Panduan
Disiplin ini akan dipinda dari masa ke semasa mengikut keperluan
semasa. Begitu juga dengan peraturan lain yang dinyatakan secara
lisan atau bertulis yang tidak disenaraikan dalam Buku Panduan ini
juga perlu dipatuhi oleh murid.

Dengan adanya Buku Panduan Disiplin ini, semua pihak diharapkan
akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap peraturan yang
telah digariskan demi mewujudkan sekolah yang cemerlang dari
semua aspek.

Sekian, terima kasih.

“DISIPLIN MENJAMIN KEPERIBADIAN HIDUP”

--------------------------
(SABELLA ALIXIUS)
GURU BESAR

6

SK ST. MARY (M) LIMBAHAU

PETI SURAT 353
89608, PAPAR, SABAH

TEL: 088-913082
E-MEL: [email protected]

ORGANISASI UNIT DISIPLIN SEKOLAH

GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN HEM

SEMUA GURU PENOLONG KANAN

GURU DISIPLIN

GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

GURU KELAS

GURU MATA PELAJARAN

7

LAGU NEGARAKU
Negaraku

Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju

Rahmat Bahgia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta

LAGU SABAH TANAH AIRKU
Sabah Tanah Airku

Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua Marilah

Bangunlah Bersatu Semua
Marilah Bersama Serta Maju Jaya

Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu Segala Bangsa Sentosa

Sabah Negeri Merdeka

8

LAGU SEKOLAH

Kami bangga dengan namamu
SK St. Mary

Berbilang bangsa ada di dalamnya
Tidak kira agama

Kau menjadi daya tumpuan
Penabur penimba wawasan
Fizikal mental rohani emosi

Untuk hidup harmoni
Tujuan utama menimba ilmu
Bersatu-padu, berganding bahu
Menjadi insan dinamik maju
SK St Mary, SK St Mary, SK St Mary

IKRAR MURID

Kami,
murid-murid SK St. Mary berikrar akan:

Belajar bersungguh-sungguh untuk
menjadi pelajar yang cemerlang

Berusaha untuk meningkatkan disiplin diri
Sentiasa meningkatkan kecemerlangan
dalam aktiviti ko-kurikulum dan
Akan menjaga nama baik diri,
keluarga, sekolah masyarakat dan negara

9

OBJEKTIF SEKOLAH
Kecemerlangan akademik
Kecemerlangan sukan dan ko-kurikulum
Kecemerlangan budi pekerti dan berakhlak mulia

BUDAYA SEKOLAH
Mengamalkan budaya ilmu dan tradisi ilmu
Berkasih-sayang, tolong menolong dan bekerjasama

Menyintai Tuhan
Menyintai ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan
Menyintai kebersihan, keindahan dan keselesaan

Bertanggung jawab
Beerdikari dan berdaya manu
Berwawasan dan berketerampilan
Penggunaan kemudahan dengan betul

Bersemangat untuk belajar
Berminat untuk kecemerlangan
Mengutamakan keselamatan
Hormat-menghormati dan bersahsiah mulia

VISI SEKOLAH
SK ST. MARY CEMERLANG

MISI SEKOLAH
SK ST. MARY (M) Limbahau akan berusaha untuk:
 Melahirkan pelajar yang cemerlang kurikulum dan

ko-kurikulum serta berakhlak mulia.
 Mengamalkan pengurusan yang sistematik.
 menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

10

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

P endidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

U saha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara.”

11

MAKSUD DISIPLIN

Menurut laporan jawatankuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan Dasar
Pelajaran:

a) Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau
dengan kerelaan diri sendiri.

b) Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan
cukup tertib.

c) Kesanggupan menghormati individu lain.
d) Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak

mengganggu kepentingan orang lain.
e) Kesanggunpan menghormati di antara satu dengan lain dan

mempunyai semangat tolong menolong.
f) Kesanggupan membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang

membina serta sangggup berkhidmat kepda masyarakat.

MATLAMAT DISIPLIN DALAM KONTEKS SEKOLAH

a) Melahirkan individu yang sedar akan bertanggungjawab terhadap
diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi, sosial dan Negara.

b) Menanam dan menumpuk sifat-sifat mulia di kalangan murid-
murid supaya dapat melahirkan sikap dan tingkahlaku yang mulia.

c) Mengorientasikan murid-murid supaya bersedia menghadapi
kehidupan bermasyarakat, bertatasusila, bersatu padu,
demokratik, adil, liberal dan progresif.

12

PENTINGNYA DISIPLIN
a) Dasar Pendidikan bertujuan mengwujudkan insan yang seimbang

dan harmoni dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.
Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan serta bertanggung
jawab.

b) Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut, golongan remaja,
khususnya para murid perlu mendapat didikan dan bimbingan yang
sesuai.

c) Undang-undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu
mengwujudkan ketenteraman dan keselesaaan murid serta
kelicinan perjalanan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ini penting bagi melahirkan generasi baru
dengan cirri-ciri yang diharapkan.

d) Semasa belajar di sekolah, setiap murid adalah di bawah kawalan
sekolah dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah yang selaras dengan sekolah-sekolah rendah di Malaysia.

e) Buku kecil ini, mengandungi peraturan-peraturan asas bagi panduan
semua murid dan makluman ibu bapa atau penjaga serta guru-guru.

13

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. MASA SESI PERSEKOLAHAN

1.1 SESI PAGI (TAHAP 2 - TAHUN 4, 5 DAN 6)

Isnin hingga Khamis : 7.00 pagi hingga 12.20 tengahari

Jumaat : 7.00 pagi hingga 11.20 tengahari

1.2 SESI PETANG (TAHAP 1 - TAHUN 1, 2 DAN 3)

Isnin hingga Khamis : 12.30 t/hari hingga 5.20 petang

Jumaat : 12.30 t/hari hingga 4.50 petang

1.3 Semua murid hendaklah berada di sekolah 10 minit awal
1.4 Apabila lonceng berbunyi murid-murid mestilah berbaris

masuk ke kelas masing-masing dengan senyap.
1.5 Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran di luar kelas

atau koridor bangunan.
1.6 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan

sekolah tanpa kebenaran.
1.7 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah

(kelas) ketika waktu REHAT kecuali murid-murid yang
bertugas.
1.8 Semua murid tidak dibenarkan bermain semasa menyanyi
Lagu Kebangsaan, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri.
1.9 Murid-murid hanya dibenarkan keluar ke tandas seorang
sahaja (lelaki) dan dua orang (perempuan).

14

2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

2.1 Murid-murid wajib memakai pakaian seragam sekolah
yang lengkap semasa berada di sekolah pada hari-hari
persekolahan.

2.2 Murid diwajibkan memakai tanda nama setiap masa.
2.3 Tali leher mestilah dipakai sepanjang hari persekolahan.
2.4 Baju mestilah baju kemeja/baju kurung warna putih.
2.5 Seluar/kain sarung/pinafore mestilah warna biru tua.
2.6 Kasut kanvas dan stokin berwarna hitam tanpa corak.
2.7 Mini telekung mestilah berwarna putih bersaiz menutupi

paras bahu.
2.8 Lencana sekolah hendaklah dilekatkan pada baju atau mini

telekung.
2.9 Lencana yang pudar hendaklah diganti dengan yang baru.
2.10 Tali pinggang berwarn a gelap yang lebarnya antara 2.0

cm hingga 3.5cm. Kepala tali pinggang hendaklah tidak
melebihi 3.9cm dan tidak berhujung logam.
2.11 Pinafore hendaklah pada paras lutut.
2.12 Baju kurung hendaklah potongan biasa dan dicantum
dengan butang atau pin baju yang kemas.
2.13 Seluar jenis jeans tidak dibenarkan dipakai pada hari
persekolahan.
2.14 Murid tidak dibenarkan memakai sebarang jenis topi
kecuali bersongkok hitam (murid Islam). Songkok berwarna
warni dan kopiah tidak dibenarkan.
2.15 Murid dilarang menconteng, melukis dan menulis baju,
seluar, tudung, tali leher, kasut beg sekolah dan
sebagainya.
2.16 Contoh : ( Lihat Lampiran A1 - A3 )

15

3. PAKAIAN PENGAWAS
3.1 Pengawas lelaki
Berbaju biru muda (lengan pendek/panjang) dan berseluar
biru tua dan tali leher. Wajib dipakai bagi semua sidang
pengawas.
3.2 Pengawas perempuan
Berbaju biru muda (lengan pendek/panjang) dan skrit biru
tua ke bawah paras lutut/paras buku lali) dan tali leher.
Diwajibkan dipakai sepanjang masa.
3.3 Kasut kain atau kanvas berwarna hitam
3.4 Contoh : ( Lihat Lampiran A4 & A5 )

4. PAKAIAN MASA PENDIDKAN JASMANI DAN KEGIATAN
KOKURIKULUM

4.1 Murid dikehendaki memakai baju ‘T’ berwarna hijau serta
seluar track.

4.2 Murid dimestikan memakai kasut semasa Pendidikan
Jasmani (PJ) dan kegiatan sukan dan permainan
(Kokurikulum)

4.3 Contoh : ( Lihat Lampiran B )

5. RAMBUT
5.1 Murid lelaki mestilah berambut pendek dan disikat rapi,
rambut tidak boleh menutup dahi, mencecah kolar baju
dan menutupi telinga.
Contoh : (Lihat Lampiran C1)
Murid perempuan yang berambut panjang hendaklah
mengikatnya kemas dengan pengikat rambut berwarna hitam
atau biru tua. Rambut depan hendaklah dikemaskan
menggunakan klip berwarna hitam atau biru tua. Tidak
dibenarkan rambut menutup mata.
Contoh : (Lihat Lampiran C2)
5.2 Murid tidak dibenarkan memakai barang-barang kemas
atau sebarang perhiasan.
16

6. PERHIMPUNAN SEKOLAH

6.1 Semua murid wajib menyertai perhimpunan rasmi sekolah.
6.2 Setiap hari Isnin semua murid berada di tempat

perhimpunan sebelum lonceng berbunyi.
6.3 Lonceng berbunyi 5 minit lebih awal sebelum perhimpunan

diadakan.
6.4 Murid mestilah berdiri tegak tanda hormat ketika Lagu

Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Sabah
dinyanyikan.
6.5 Murid hendaklah berbaris dan berjalan dengan senyap bila
meninggalkan tempat perhimpunan.

7. KEHADIRAN

7.1 Kehadiran murid akan dicatat pada waktu pertama
pembelajaran/sebelum waktu rehat jika hari hujan lebat.

7.2 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab
tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui
surat ibu bapa/ penjaga atau surat akuan doktor (cuti
sakit). Tanpa dokumen tersebut murid itu dianggap
ponteng dan tindakan berikut akan diambil.

7.3 JADUAL SURAT
7.3.1 Tidak hadir 3 hari berturut-turut, surat
amaran pertama akan dihantar (makluman ibu
bapa)
7.3.2 Tidak hadir 7 hari berturut-turut, surat amaran
kedua akan dihantar (ibu bapa dipanggil)
7.3.3 Tidak hadir 7 hari seterusnya, surat amaran ketiga
(gantung sekolah)
7.3.4 Tidak hadir 30 hari berturut-turut, buang sekolah

17

7.4 Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran
Pendidikan Jasmani atau sukan hendaklah disokong
dengan surat akuan doktor atau surat akuan daripada
waris.

7.5 Kelas tambahan/gantian adalah dianggap sebagai waktu
persekolahan rasmi dan kehadiran adalah wajib.

7.6 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah sewaktu masa persekolahan. Mereka yang
hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah
mendapat kebenaran Guru Besar/Penolong
Kanan/Guru Bertugas Harian dan guru kelas.
H a n y a perkara-perkara yang difikirkan perlu sahaja
dibenarkan.

7.7 Murid-murid yang hendak ke klinik/hospital semasa
persekolahan hendaklah mengisi borang Rawatan
Hospital dari pejabat sekolah. Dapatkan kebenaran
daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas.

7.8 Murid yang hendak keluar dari bilik darjah semasa
pembelajaran sedang berjalan hendaklah mendapat
kebenaran daripada guru tersebut dan bawa bersama
Kad Kebenaran Keluar. Hanya dua orang murid
dibenarkan keluar dalam satu masa. Murid yang
keluar tanpa kad kebenaran akan diambil tindakan.

7.9 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bili k da rjah
tanpa tujuan semasa pembelajaran sedang berjalan.

8. MASA BELAJAR
8.1 Semua murid dilarang membuat bising di kawasan sekolah.
8.2 Semasa belajar dilarang keluar kecuali dengan kebenaran
guru dan mesti memakai PAS MURID.

18

8.3 Semasa pergerakan ke bilik-bilik khas, murid-murid
hendaklah berbaris dengan teratur dan senyap.

8.4 Semua murid mestilah mengambil matapelajaran PJK
kecuali sakit atau menghidapi penyakit yang
membahayakan kesihatan.

8.5 TIDAK DIBENARKAN orang luar membawa murid keluar
dari kawasan sekolah semasa persekolahan kecuali ibu
bapa/penjaga/waris murid dan mesti menunjukkan kad
pengenalan dan mendapat kebenaran dari pihak sekolah.

9. KEBERSIHAN KELAS, BANGUNAN DAN KAWASAN SEKOLAH
DAN TANDAS

9.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan
kelas, bangunan, kawasan sekolah dan tandas sekolah.

9.2 Murid-murid sendiri bertanggungjawab ke atas kebersihan
kelas masing-masing. Jadual bertugas mestilah dipatuhi.

9.3 Semua kelas mestilah dibersihkan sebelum waktu pertama
pembelajaran dan juga sentiasa menjaga kebersihan kelas
sepanjang sesi persekolahan.

9.4 Murid dilarang menconteng/mengotorkan mana-mana
bahagian dinding bangunan sekolah, mengotorkan
perabot, peralatan sekolah dan kelas.

9.5 Semua murid dilarang membuang sampah merata-rata dan
mesti membuang sampah di dalam tong sampah yang
disediakan.

9.6 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan cara yang
betul dan sempurna. Dilarang membuang sampah di dalam
lubang, sinki dan di longkang-longkang.

9.7 Murid dilarang membazir elektrik dan air.

10. KAWASAN LARANGAN SEKOLAH
10.1 Murid-murid dilarang masuk ke pejabat sekolah dan bilik
guru tanpa kebenaran.

19

10.2 Murid-murid perlu mendapatkan izin atau kebenaran
sebelum memasuki bilik guru besar, bilik penolong-penolong
kanan untuk urusan rasmi.

10.3 Bangunan-bangunan dan Kawasan sekolah menengah
berhampiran merupakan Kawasan larangan bagi pelajar SK
St. Mary kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada
pihak berkenaan.

11. WAKTU REHAT
11.1 Semasa waktu rehat semua murid TIDAK DIBENARKAN
berada di dalam kelas tanpa pengawasan guru.
11.2 Murid perlu menggunakan masa rehat untuk makan,
minum dan berehat tetapi bukan bermain dan berlari.
11.3 Sebelum meninggalkan kelas pastikan lampu dan kipas
ditutup.

12. KANTIN
12.1 Murid-murid semasa persekolahan hanya dibenarkan
membeli dan meniknati makanan dari kantin ini sahaja serta
dilarang membeli makanan dari kantin-katntin berhampiran
atau dari luar kecuali setelah tamat persekolahan atau
berada di luar Kawasan sekolah.
12.2 Murid-murid yang mebawa bekalan dari rumah, hendaklah
memakan makananya di kantin atau pondok-pondok riadah.
12.3 Murid-murid adalah dilarang membeli makanan atau makan
di kantin sekolah pada waktu pembelajaran, kecuali waktu
rehat sahaja.

13. BUKU AKTIVITI / TULIS
13.1 Semua murid hendaklah menggunakan buku aktiviti
mengikut mata pelajaran tanpa mencampur aduk dengan
mata pelajaran lain.

20

13.2 Maklumat dan keterangan dikulit buku hendaklah ditulis
dengan jelas.

13.3 Tidak dibenarkan mengoyak muka surat buku, menconteng
atau menampal dengan pelbagai gambar sekalipun untuk
hiasan.

13.4 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan buku aktiviti
sendiri.

14. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
14.1 Murid-murid adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan
buku-buku teks yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.
14.2 Murid-murid mestilah mencatat nama, kelas dan tahun di
ruang yang disediakan dalam buku teks pinjaman semasa
menerimanya dan diwajibkan membalut buku-buku
tersebut. murid-murid yang tidak membalut buku teks
pinjaman akan diambil tindakan.
14.3 Murid-murid yang merosakkan atau menghilangkan mana-
mana buku teks pinjaman dikehendaki mengantikan dengan
buku teks (dibeli dari pasaran) atau membayar wang tunai
mengikut harga buku itu di dalam pasaran semasa.
14.4 Murid-murid dikehendaki memulangkan semua buku teks
pinjaman apabila diarah berbuat demikian oleh pihak
sekolah.
14.5 Murid-murid yang tidak membawa buku teks pinjaman
mengikut jadual waktu akan dikenakan tindakan.
14.6 Murid yang ingkar kepada arahan, kemudahan pinjaman
SPBT akan ditarik balik atau dibatalkan.

21

15. PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
15.1 Murid-murid hanya dibenarkan memasuki Pusat sumber
untuk meminjam atau memulangkan buku pada waktu
rehat.
15.2 Pusat Sumber dibuka 5 kali seminggu iaitu hari Isnin hingga
Jumaat bagi Sidang pagi dan petang.
15.3 Setiap murid dari Tahun satu hingga Tahun enam diberi
sekeping kad ahli dan hanya dibenarkan meminjam sebuah
buku pada setiap kali pinjaman. Kad yang hilang hendaklah
dibayar dengan RM1 untuk memperolehi kad yang baru.
15.4 Tempoh pinjaman ialah satu minggu (Tahun 1-3) dan 2
minggu (Tahun 4-6). Murid-murid yang gagal
mengembalikan buku pinjaman dalam tempoh yang
ditetapkan akan dikenakan denda 20 sen sehari.
15.5 Murid-murid dikehendaki membuka kasut dan stoking ketika
masuk ke dalam Pusat Sumber.
15.6 Murid-murid dikehendaki menyusun/mengemas kerusi dan
buku yang dibaca selepas menggunakannya.
15.7 Hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan.
15.8 Ketika di dalam Pusat Sumber, murid-murid tidak dibenarkan
membuat bising sehingga mengganggu rakan-rakan yang
sedang belajar.
15.9 Buku rujukan hanya boleh dibaca atau dipinjam semasa
berada di dalam Pusat Sumber dan tidak boleh dibawa keluar
melainkan mendapatkan kebenaran daripada Guru Pusat
Sumber.
15.10 Murid-murid dikehendaki menjaga dengan baik buku yang
dipinjam dan jangan sesekali diconteng atau dikoyakkan.
15.11 Sekiranya didapati buku yang dipinjam oleh murid, maka
murid berkenaan hendaklah membayar harga buku
mengikut harga yang ditetapkan di dalam kad buku.

22

15.12 Murid-murid dikehendaki meminjam buku mengikuti
tahun/kelas yang ditetapkan.

15.13 Murid-murid dimestikan mematuhi arahan yang ditetapkan.
Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan.

16. RAWATAN HOSPITAL
16.1 Murid tidak digalakkan pergi ke hospital untuk mendapatkan
rawatan dalam masa belajar KECUALI ianya memerlukan
rawatan segera.
16.2 Murid yang hendak ke hospital perlu mendapat surat
rawatan di Pejabat Am Sekolah.
16.3 Setelah mendapat rawatan hospital, murid hendaklah
menyerahkan keratan surat rawatan yang telah
ditandatangani oleh Pegawai Perubatan kepada pihak
sekolah.
16.4 Murid yang sakit dari rumah tidak perlu pergi ke sekolah dan
ibu bapa hendaklah membawa anak mereka ke hospital
untuk mendapatkan rawatan dan surat cuti dari hospital.
16.5 Murid yang menghidap penyakit berjangkit seperti sakit
mata atau gatal-gatal badan hendaklah terus mendapatkan
rawatan dan mendapatkan cuti sakit untuk rujukan sekolah.

23

17. SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK BAGI
SEMUA PELAJAR SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN
KERAJAAN (TPSM)

17.1 Skim ini telah dilancarkan pada 27 Ogos 1995 lalu
berkuatkuasa perlindungannya pada hari pertama
persekolahan sebagaimana persetujuan bersama dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

17.2 Penyertaan murid keseluruhan adalah secara otomatis.
17.3 Bayaran sebanyak RM1.50 untuk setiap murid akan dibayar

oleh KPM pada tahun semasa bagi murid yang berdaftar di
sekolah sahaja.
17.4 Sijil Perlindungan Takaful Pelajar Sekolah akan dikeluarkan
ke atas nama Kementerian Pendidikan Malaysia.
17.5 AMAUN MANFAAT YANG AKAN DIBAYAR OLEH TPSM
ADALAH SEPERTI BERIKUT:

24

JADUAL MANFAAT

SKOP PERLINDUNGAN AMAUN MANFAAT
(RM)
A. KEMATIAN akibat kemalangan 5,000.00
B. LUMPUH berkekalan seluruh badan 15,000.00

akibat kemalangan 15,000.00
C. TERPISAH ATAU PUTUS ANGGOTA

DARI BADAN ATAU KEHILANGAN
PENGLIHATAN akibat kemalangan
seperti berikut:
a) Kedua-dua belah tangan di atas

pergelangan atau
b) Kedua-dua belah kaki di atas

buku lali atau
c) Kelihangan kekal penglihatan

kedua-dua belah mata

 Jika kehilangan hanya satu 7,500.00
daripada mana-mana anggota 1,000.00
badan atau penglihatan dalam C 25.00 sehari
(a, b & c) di atas maka amaun
manfaatnya adalah sebanyak
50% daripada 15,000.00

D. KHAIRAT KEMATIAN – mati akibat
sakit biasa

E. ELAUN TUNAI HOSPITAL bagi setiap
hari selama tempoh dimasukkan ke
hospital kerajaan/swasta disebabkan
oleh kemalangan dan tidak melebihi
6 hari

25

18. BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH
18.1 Bayaran hendaklah dijelaskan pada masa yang ditentukan
mengikut tahun semasa. (Pendaftaran sekolah)
18.2 Murid yang gagal berbuat demikian akan diberi surat
peringatan dan berjumpa Guru Besar/Penolong Kanan.

19. GERAK KERJA KOKURIKULUM
19.1 Murid diwajibkan menjadi ahli dalam tiga aktiviti
kokurikulum seperti berikut:
a) Aktiviti Unit Beruniform/pakaian seragam
b) Aktiviti Persatuan/Kelab
c) Aktiviti Sukan dan Permainan
19.2 Murid wajib hadir semasa aktiviti yang mereka pilih dan
mematuhi peraturan mengenai gerak kerja itu.
19.3 Murid dilarang menjalankan gerak kerja kokurikulum tanpa
pengetahuan dan pengawasan Guru Penasihat.

20. KESELAMATAN PERALATAN SEKOLAH
20.1 Murid mesti menjaga keselamatan alatan sekolah sama
ada di dalam atau di luar waktu persekolahan.
20.2 Murid dilarang menggunakan alat pekakas sekolah seperti
alat Pendidikan Jasmani, peti pertolongan cemas dan
sebagainya tanpa pengetahuan guru.
20.3 Murid dilarang menulis papan tulis tanpa disuruh oleh guru
dan menconteng bangunan sekolah.
20.4 Murid mesti menjaga barang-barang kepunyaan sendiri
dan dilarang membawa barang berharga ke sekolah.
Barang-barang yang dijumpai henadklah dilaporkan
kepada guru supaya usaha mengesan pemiliknya dapat
dilakukan.
20.5 Murid dilarang menunggang basikal di kawasan sekolah.
20.6 Murid dilarang mengganggu/merosakkan apa atau
perkakas yang ada di dalam kantin/pondok atau mana-
mana stor sekolah.

26

20.7 Murid mesti mematuhi undang-undang keselamatan di
jalanraya. Keselamatan murid di jalan raya adalah
tanggung jawab murid sendiri.

20.8 Murid-murid yang didapati merosakkan atau menghilangkan
alat kemudahan sekolah samada cuai atau sengaja boleh
diminta menggantikan barang yang rosak atau membayar
ganti rugi.

21. TATATERTIB
21.1 Semua murid mesti mengenali dan menghormati semua
guru di sekolah ini.
21.2 Murid hendaklah mempunyai sikap tolong menolong dan
hormat menghormati sesame rakan-rakan di sekolah.
21.3 Murid dilarang melakukan perkara-perkara jenayah seperti
mencuri, mengancam, bergaduh, menipu, merokok dan
menyalahgunakan dadah serta lain-lain jenayah di sisi
undang-undang negara. Murid mestilah menjauhkan diri
dari melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
tatasusila kemasyarakatan.
21.4 Murid mesti berkelakuan baik dan bertatasusila semasa
mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti akademik atau
kokurikulum dan lawatan sambal belajar oleh mana-mana
anjuran.
21.5 Semua murid bertanggungjawab dalam menjaga nama baik
sekolah dan menaikkan nama sekolah.
21.6 Murid hendaklah mematuhi perintah/arahan dari guru.
21.7 Murid hendaklah memberi hormat kepada guru-guru atau
pelawat-pelawat yang masuk ke kelas. Sikap bersopan
santun kepada orang tua hendaklah menjadi amalan
semua murid.
21.8 Murid hendaklah menghormati pengawas yang
menjalankan tugasnya.
21.9 Murid dilarang menbawa bahan-bahan bacaaan yang tidak
sesuai/lucah.

27

21.10 Semua murid perlu bersungguh-sungguh dan membuat
kerja rumah yang diberikan oleh guru.

22. SENARAI JENIS KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH MURID
MENGIKUT PENGKELASAN DAN HUKUMAN DAN TINDAKAN
YANG AKAN DIAMBIL

22.1 Kesalahan Berat
a) Menjadi ahli kumpulan haram di dalam atau di luar
sekolah.
b) Membawa senjata berbahaya, mencuri, berjudi, memeras
ugut dan bergaduh.
c) Mengancam, memukul dan tidak bersopan kepada Guru
Besar, guru atau sesama murid.
d) Merosakkan harta benda sekolah/murid lain/kerajaan atau
sesama murid.
e) Memeras wang murid lain/menipu tandatangan.
f) Menghisap rokok/mengambil dadah/menghidu benda-
benda yang mengkhayalkan seperti gam, petrol atau
minuman yang memabukkan.
g) Sengaja ingkar perintah guru.
h) Meniru dalam peperiksaan dalaman dan luar.
i) Melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak.
j) Bercinta/berasmara.
k) Menjadi batu api yang boleh mencetuskan pergaduhan
atau seumpamanya.
l) Terlibat dalam perkara lucah seperti bercumbu-cumbuan,
mengintai murid perempuan, membawa bahan-bahan
lucah dan melukis gambar dan perkataan lucah, gambar
lucah, CD ataupun rakaman perbuatan lucah dan juga apa
jua perbuatan lucah dan perbuatan yang dianggap lucah.
m) Murid lelaki memasuki tandas perempuan dan sebaliknya.
n) Bersubahat dengan melindungi kawan-kawan yang
melakukan kesalahan serta memberi kenyataan palsu
kepada guru / pentadbir sekolah.

28

o) Tidak menghormati Lagu Sekolah, Kebangsaan dan Lagu
Negeri Sabah.

22.2 Hukuman dan tindakan Kesalahan Berat
a) Digantung sekolah sementara
b) Dibuang sekolah
c) Melaporkan kepada pihak sekolah
d) Hukuman dikira sesuai mengikut budi bicara pihak sekolah

22.3 Kesalahan Sederhana Berat
a) Membuli/menyekat/mengganggu/mengejek murid lain
b) Mengeluarkan kata-kata biadap/kesat
c) Menconteng bangunan sekolah/poster/papan kenyataan
sekolah
d) Ponteng sekolah dan kelas
e) Mengganggu guru mengajar
f) Menipu yang melibatkan wang atau kepercayaan
g) Bercakap/bising waktu perhimpunan
h) Tidak menghormati atau berkelakuan kasar kepada
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua
Kelas serta Penolong Ketua Kelas.

22.4 Hukuman dan Tindakan Kesalahan Sederhana Berat
a) Amaran/surat amaran
b) Digantung sekolah 1 hingga 2 minggu
c) Diarah mencari/pindah sekolah lain
d) Hukuman dikira sesuai mengikut budi bicara pihak sekolah

22.5 Kesalahan Ringan
a) Lewat sampai ke sekolah/lewat sampai ke perhimpunan
b) Berkeliaran di kawasan sekolah tanpa urusan dan
kebenaran
c) Makan di kantin di luar masa rehat dan lewat masuk ke
kelas sekepas waktu rehat

29

d) Pakaian seragam sekolah tidak kemas dan tidak lengkap
e) Berambut panjang/berfesyen/rambut berwarna lain/berkuku

panjang dan berwarna
f) Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah
g) Tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru
h) Tidak memulangkan buku Pusat Sumber/pinjaman dan tidak

menjaga buku pinjaman dengan baik
i) Membuang sampah di dalam kelas/kawasan

sekolah/berludah dengan sewenang-wenangnya
j) Duduk di atas meja di dalam kelas atau kantin sekolah atau

tidur di dalam kelas
k) Sengaja tidak membawa buku teks/buku latihan
l) Tidak memakai lencana/tanda nama atau mengubah suai

bentuk dan warna lencana/tanda nama
m) Membawa alat-alat hiburan seperti radio CD dengan tujuan

untuk hiburan semasa belajar

22.6 Hukuman dan Tindakan Kesalahan Ringan
a) Nasihat/kaunseling
b) Amaran/surat amaran
c) Merampas alat-alat dan pakaian yang menyalahi peraturan
d) Hukuman dikira sesuai mengikut budi bicara pihak sekolah

30

KOD KESALAHAN JENAYAH

D1.1 Berjudi
D1.2 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah.
D1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, murid,

kakitangan sekolah, guru
D1.4 Melawan/mengancam/mencederakan pengawas
D1.5 Memeras ugut
D1.6 Membuli
D1.7 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
D1.8 Menyalahgunakan dadah
D1.9 Membawa senjata merbahaya
D1.10 Mencabul kehormatan
D1.11 Mengancam/memukul/mencederkan murid lain
D1.12 Mmenceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat sekolah.
D1.13 Mengedar dadah
D1.14 Menunjukan perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman sekolah
D1.15 Bertaruh secara besar-besaran
D1.16 Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah
D1.17 Membakar
D1.18 Memusnah/merosakkan dokumen rasmi
D1.19 Bergaduh
D1.20 Membawa/bermain mercun di sekolah
D1.21 Minum minuman keras
D1.22 Menghidu gam
D1.23 Membawa bahan-bahan yang mengkhayalkan.

TINGKAH LAKU LUCAH DAN TIDAK SENONOH D2
D2.1 Bercumbu-cumbuan
D2.2 Berkhalwat
D2.3 Berdua-duan dalam kelas
D2.4 Membawa bahan lucah ke sekolah.
D2.5 Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan niat

serong
D2.6 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah
D2.7 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah

31

TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI D3

D3.1 Berambut panjang untuk lelaki/feysen rambut keterlaluan/ bertentangan
dengan peraturan sekolah.

D3.2 Berkuku panjang
D3.3 Bermisai dan berjanggut
D3.4 Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/ tiada

lencana
D3.5 Skirt sekolah atas paras lutut.
D3.6 Baju kurung tidak dikancing.
D3.7 Seluar sekolah berfesyen.
D3.8 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai.
D3.9 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)
D3.9 Memakai pakaian luar sekolah
D3.10 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah
D3.11 Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ
D3.12 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In’
D3.13 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai

MEMAKAI BARANG PERHIASAN/MENGHIASKAN DIRI D4

D4.1 Memakai barang kemas ke sekolah
D4.2 Memakai lebih daripada sepasang subang
D4.3 Lelaki memakai subang.
D4.4 Mewarnakan kuku
D4.5 Mewarnakan rambut
D4.6 Membotakkan kepala
D4.7 Mencabut bulu kening
D4.8 Bersolek

MEMBAWA BARANG-BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN D5

D5.1 Membawa semua jenis alatan tajam
D5.11 Kad poker/barang untuk berjudi.
D5.12 Tanda-tanda/lencana/label berunsur politik
D5.13 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah

32

D5.2 Pemotong kuku
D5.3 Membawa Radio/Walkman
D5.4 Gambar-gambar tidak sopan.
D5.5 Membawa liquid paper/marker pen
D5.6 Membawa/pakai pakaian luar sekolah
D5.7 Cermin mata hitam/teropong
D5.8 Kosmetik/cermin/minyak wangi
D5.9 Majalah hiburan/komik
D5.10 Pita video DVD/VCD/CD/kaset.
.

TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA D6

D6.1 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran
D6.2 Datang lewat ke sekolah
D6.3 Ponteng perhimpunan
D6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah.
D6.5 Makan di kantin di luar waktu rehat.
D6.7 Lewat masuk ke kelas.
D6.8 Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan.
D6.9 Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima
D6.10 Keluar kelas tanpa kebenaran.
D6.11 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D6.12 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran.
D6.13 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa

kebenaran.
D6.14 Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P.
D6.15 Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan.
D6.16 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas

TINGKAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAB D7

D7.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.
D7.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.
D7.3 Berkelakuan kasar terhadap rakan
D7.4 Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan lain-lain.
D7.5 Berbahasa kesat/kasar.
D7.6 Mengedar/menyimpan rokok.
D7.7 Menghisap rokok

33

D7.8 Menganggu proses pengajaran pembelajaran
D7.9 Tidak menghormati/membantah arahan guru.
D7.10 Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas.
D7.11 Simpan/edar minuman keras/sebarang minuman yang memabukkan.
D7.12 Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah.
D7.13 Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri.
D7.14 Menyimpan pemetik api/mancis.
D7.15 Melanggar peraturan lalu lintas.
D7.16 Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D7.17 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah.
D7.18 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah
D7.19 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada
D7.20 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak dengan

tujuan menghina
D7.21 Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar

TINGKAH LAKU MEMUSNAH D8

D8.1 Merosak harta benda sekolah
D8.2 Merosak harta benda Pengetua dan guru-guru
D8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBT
D8.4 Membazir air dan eletrik
D8.5 Menyalahgunakan peralatan eletrik
D8.6 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah.
D8.7 Mengotorkan kelas.
D8.8 Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata muridan.
D8.9 Menconteng buku teks/buku latihan.
D8.10 Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku

latihan/ buku rekod akademik.
D8.11 Merosak harta murid lain.

TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR/MENIPU D9

D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh.
D9.2 Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.
D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan.
D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa.
D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah

34

D9.6 Penipuan melibatkan wang
D9.7 Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah.
D9.8 Memalsukan keterangan/rekod rasmi.
D9.9 Tidak memberi salam/tidak berdiri semasa guru masuk/keluar kelas
D9.10 Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.

TINGKAH LAKU MELANGGAR PERATURAN PEPERIKSAAN D10

D10.1 Bercakap semasa peperiksaan
D10.2 Membawa telefon bimbit ke bilis peperiksaan.
D10.3 Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran
D10.4 Menconteng kertas soalan/jawapan peperiksaan
D10.5 Menulis/menconteng percatan/gambar lucah/kesat di atas kertas soalan/

jawapan peperiksaan/kad laboran.
D10.6 Meniru semasa ujian/peperiksaan
D10.7 Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.

TINGKAH LAKU PONTENG D11

D11.1 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang).
D11.2 Ponteng sekolah
D11.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolah
D11.4 Ponteng aktiviti kokurikulum
D11.5 Ponteng Ujian bulanan
D11.6 Ponteng peperiksaan
D11.7 Ponteng kelas tambahan
D11.8 Ponteng kerja pembersihan

TINGKAH LAKU MEMCEMAR ALAM SEKITAR D12

D12.1 Membuang sampah merata-rata.
D12.2 Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah.
D12.3 Tidak mematuhi peraturan pihak keceriaan sekolah.
D12.4 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak

ditetapkan oleh pihak sekolah.
D12.5 Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

35

LAMPIRAN A1

Contoh pakaian Seragam Murid Perempuan
(Baju kurung, bertudung dan berkain sarung)

TUDUNG PUTIH LENCANA
TANDA NAMA
BAJU KURUNG
PUTIH KAIN BIRU
GELAP

36

LAMPIRAN A2
Contoh pakaian Seragam Murid Perempuan
(‘pinafore’)

LENCANA
TANDA NAMA

BAJU DI BAWAH
PARAS LUTUT

37

LAMPIRAN A3
Contoh pakaian Seragam Murid Lelaki
(Berseluar panjang dan berbaju kemeja)

LENCANA
TANDA NAMA

KASUT HITAM

38

LAMPIRAN A4
Contoh pakaian Seragam Pengawas

TALI LEHER

LLEENNCCAANNAA
TTAANNDDAANNAAMMAA

39

LAMPIRAN A5
Contoh pakaian Seragam Pengawas

LENCANA
TANDA NAMA

40

LAMPIRAN B
Contoh pakaian Pendidikan Jasmani

BAJU TSHIRT
LENGAN PENDEK

TRACK BOTTOM

41

LAMPIRAN C1

PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI PANDANGAN BELAKANG

 Panjang rambut  Panjang rambut  Panjang rambut
tidak melebihi 1 inci tidak melebihi 1 inci tidak melebihi 1 inci

 Rambut jatuh tidak  Rambut jatuh tidak  Rambut jatuh tidak
menutup 1/3 menutup 1/3 melebihi cuping
bahagian dahi bahagian telinga telinga atau
menyentuh kolar
 Sideburn tidak baju
melebihi garisan
tengah hidung

42

LAMPIRAN C2
43

AKUAN MURID

Saya telah membaca dan memahami serta bersetuju mematuhi
semua peraturan sekolah yang terkandung di dalam buku ini.

Tandatangan Murid : ………………………………………………………..
Nama Murid : ………………………………………………………..
Tahun/kelas : ………………………………………………………..

AKUAN IBU BAPA / PENJAGA MURID

Saya bersetuju bahawa murid di bawah jagaan saya hendaklah
mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.

Tandatangan ibu bapa/penjaga: ……………………………………………………

Nama ibubapa/penjaga : ……………………………………………………..

Alamat Rumah : ………………………………………………………..

………………………………………………………..

44

MAKLUMAN

Bahagian ini hendaklah diisi
oleh ibu bapa / penjaga dan
hendaklah diceraikan dari
buku ini untuk diserahkan

kepada pihak sekolah.

Sekian dan terima kasih.

45

PENGAKUAN PENERIMAAN BUKU PANDUAN
DISIPLIN SEKOLAH

Guru Besar,
SK St. Mary (M) Limbahau Papar.

BUKU PANDUAN / PERATURAN SEKOLAH

1. Saya mengaku telah memiliki buku tersebut untuk dijadikan sebagai
panduan dan rujukan semasa saya bersekolah di sekolah ini.

2. Saya berjanji akan sentiasa memiliki buku peraturan ini. Sekiranya hilang
atau gagal menggunakan semasa pemeriksaan disiplin di sekolah, saya
berjanji akan membeli senaskah lagi buku panduan disiplin yang baru.

3. Saya telah membaca dan memahami semua kandungannya dan berjanji
akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan pihak sekolah
sendiri.

4. Saya bersedia menerima tindakan disiplin daripada pihak sekolah jika saya
melanggar peraturan yang telah ditetapkan dalam Panduan Buku Disiplin
ini.

5. Saya telah mengemukakan buku peraturan ini kepada ibu bapa/penjaga
saya. Ibu bapa atau penjaga saya telah membacanya dan bersetuju dengan
tidakan disiplin pihak sekolah jika saya melanggar peraturan yang telah
ditetapkan.

6. Guru besar, guru-guru dan kakitangan sekolah tidak boleh didakwa kerana
menjalankan tugas bagi mendisiplinkan murid mengikut peraturan.

-------------------------- --------------------------
(Tandatangan murid) (Tandatangan ibu bapa/penjaga)

Nama murid : Nama ibu bapa/penjaga:
Kelas :
Tarikh:

46

47

Disediakan oleh : U4n8it Disiplin Sekolah 2022


Click to View FlipBook Version