The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PDPR PKP 3.0 TAHUN 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanisahkassim63, 2021-04-18 19:12:57

MODUL BAHASA MELAYU

MODUL PDPR PKP 3.0 TAHUN 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU
PAYONG,TAWAU

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR) SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

BAHASA MELAYU
TAHUN ENAM
19 - 28. 04. 2021

NAMA MURID : __________________

TAHUN : __________________

DISEDIAKAN OLEH;
PN. HJH HANISAH HJ.KASSIM
GURU BAHASA MELAYU TAHUN 6

SENARAI KANDUNGAN

Pendahuluan
Jadual Waktu
Panduan Ibu bapa/ Penjaga
Objektif Modul
Sasaran
Tempoh Pelaksanaan
PdPR Minggu 13
PdPR Minggu 14

PENDAHULUAN

Bismilahirahmanirahim.

Alhamdulillah . Syukur kehadrat Allah,s.w.t, dengan izin dan hidayahNya maka
dapatlah saya menyiapkan Modul PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah)
Bahasa Melayu untuk murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu Payong, Tawau.

Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 3 Tahun 2020 : Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
dari Rumah (PdPR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan
COVID-19. Memandangkan kawasan Tawau telah diisytihar PKP bermula 19.04.2021
hingga 28.04.2021, maka salah satu inisiatif guru adalah menghasilkan modul untuk
dijadikan sebagai bahan untuk murid membuat aktiviti latihan di rumah atau
pembelajaran dari rumah. Semoga dengan adanya modul ini murid-murid tidak
tercicir mata pelajaran terutama mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk makluman
ibu bapa, murid-murid tidak hadir ke sekolah bukan bermakna cuti daripada
pembelajaran. Pembelajaran tetap dijalankan secara maya mengikut jadual waktu
yang telah dibuat oleh pihak sekolah.

Besarlah harapan saya, dengan adanya modul ini, dapatlah ibu bapa /
penjaga membantu dan memastikan anak-anak menyiapkan tugasan yang diberikan.
Akhir kata, terima kasih buat semua ibu bapa / penjaga yang membantu dan menjadi
guru di rumah. Kerjasama dua hala ini amat penting bagi menjamin kelangsungan
dan kejayaan anak-anak. ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat’
Terima kasih;
Disediakan oleh;

Pn. Hjh Hanisah Hj. Kassim
Guru Bahasa Melayu Tahun 6.
SK.Batu Payong,Tawau.

JADUAL WAKTU PdPR PKPB TAHAP 2
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG, TAWAU

05.04.2021 - 16.04.2021

HARI MASA 8.00 - 09.00 09.00 - 10.00 10.00 - 11.00
ISNIN KELAS
BAHASA ARAB MATEMATIK
A BAHASA MELAYU SAINS MATEMATIK
B MUZIK

A SEJARAH SAINS MATEMATIK

SELASA B BAHASA MELAYU MATEMATIK P.KESIHATAN

A BAHASA MELAYU PEND.JASMANI MUZIK

RABU B BAHASA MELAYU PEND.JASMANI BAHASA INGGERIS

KHAMIS A PEND. ISLAM PEN.SENI VISUAL BAHASA INGGERIS
B PED.SENI VISUAL BAHASA ARAB BAHASA INGGERIS

A PEND.KESIHATAN BAHASA INGGERIS RBT
RBT
JUMAAT B SEJARAH PEND, ISLAM

PANDUAN IBU BAPA / PENJAGA

1. Saya berharap ibu bapa / penjaga dapat mengambil modul Bahasa Melayu PdPR
Tahun 6 di pondok kawalan keselamatan sekolah.Kerjasama ibu bapa / penjaga,
supaya mematuhi SOP semasa mengambil Modul Bahasa Melayu PdPR Bahasa
Melayu amatlah dihargai.
.

2. Sila tulis nama tandatangan dan nombor telefon bimbit dalam borang
penerimaan modul yang disediakan.

3. Setiap murid Tahun 6 akan mendapat satu set modul yang lengkap yang telah
dicetak dan diperbanyakkan.

4. Arahan membuat tugasan akan cikgu maklumkan dalam group WhatsApp murid
Tahun 6 apabila tiba masa ata pelajaran Bahasa Melayu mengikut Jadual.

5. Untuk makluman ibu bapa / penjaga PdPR yang saya sediakan telah diletakan
tarikh dan hari. Aktiviti akan dijalankan mengikut tarikh tersebut. Saya harap
murid-murid dapat menjaga modul ini dengan baik dan tidak membuat latihan
sebelum tarikh ditetapkan. Saya yakin dan percaya dengan murid-murid.

6. Ibu bapa / penjaga perlu membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk
menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan sepanjang berada di rumah.

7. Ibu bapa / penjaga boleh bertanyakan soalan atau kemusykilan dalam kumpulan
WhatsApp murid Tahun 6A atau 6B berkaitan tentang tugasan dan latihan yang
terdapat dalam modul.

8. Kerjasama ibu bapa / penjaga, membantu anak-anak menyiapkan tugasan atau
Latihan dalam modul amatlah diharap dan dihargai. Penghantaran tugasan
hendaklah mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan . Oleh itu, diucapkan
ribuan terima kasih.

OBJEKTIF MODUL

1. Sebagai bahan sokongan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid semasa di
rumah sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) agar
tidak berlaku keciciran dalam kalangan murid.

2. Memenuhi peruntukan minit minima berdasarkan jadual waktu yang disediakan
oleh pihak sekolah sepanjang PKP ini.

3. Membantu murid kemahiran membaca, memahami frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan dengan betul dan dapat menguasai tatabahasa.

4. Murid dapat menghasilkan penulisan dengan baik. Selain menulis secara mekanis.

5. Murid dapat merakam hasil bacaan menggunakan video suara atau rakaman
video.

SASARAN

Sasaran modul ini untuk semua murid tahun 6 iaitu 6 Amanah dan 6 Bestari seramai
49 orang.

TEMPOH PELAKSANAAN

Modul ini dicadangkan digunakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB), untuk tiga minggu berpandukan Jadual Waktu yang disediakan
oleh pihak sekolah. Tarikh modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan RPT
2021

.

RPT PdPR BAHASA MELAYU 2021

Minggu 13
Tarikh / Hari
Unit 12 19.04.2021 / Isnin - Tahun 6 Amanah
Tajuk 20.04.2021 / Selasa - Tahun 6 Bestari
Bahan Fikir sebelum Klik
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran Pembayaran dalam Talian

Aktiviti Buku teks halaman 64

Membaca 2.5.1 Membaca dan memahami bahan untuk
memindahkan maklumat dalam bentuk grafik

1. Murid dapat membaca dan memahami maklumat
yang terdapat dalam petikan.

2. Murid dapat memindahkan maklumat dalam peta
alir dengan betul berdasarkan petikan

1. Murid membaca petikan halaman 64 dengan nada
dan intonasi yang betul

2. Murid memahami dan mengenal pasti maklumat
penting dalam petikan.

3. Murid menyusun maklumat dalam peta alir dengan
Betul.

Aktiviti
Lengkapkan Peta Alir di bawah dengan menyusun maklumat cara
pembayaran bil dalam talian.

TP

RPT PdPR BAHASA MELAYU 2021

Minggu 13

Tarikh / Hari 21.04.2021 / Rabu

Unit 12 Fikir sebelum Klik

Tajuk Pujukan dalam Talian

Bahan Buku teks halaman 65

Standard Pembelajaran 3.3.3 Membina dan menulis jawapan secara kritis dan
Objektif Pembelajaran kreatif dengan betul
Aktiviti
1. Murid dapat soalan pemahaman 4 daripada 5
soalan dengan betul.

1. Murid membuka buku teks muka surat 65.
2. Murid membaca petikan Pujukan dalam Talian.
3. Murid memahami apa yang dibaca.
4. Murid menjawab 5 soalan pemahaman.
5. Tugasan siap hantar melalui whatsapp kepada guru.

Aktiviti

Jawab soalan pemahaman di bawah dengan betul.

1. Laman sesawang apakah yang dilayari oleh Sarmeela?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Mengapakah Sarmeela amat gembira?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Mengapakah Sarmeela tidak memberikan maklumat kepada lelaki itu?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4. Apakah maklumat yang dikehendaki oleh lelaki itu?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

5. Jelaskan kesan jika Sarmeela tidak memutuskan perbualan itu?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

TP :

RPT PdPR BAHASA MELAYU 2021

Minggu 14

Tarikh / Hari 26.04.2021 / Isnin - Tahun 6 Amanah
Unit 13 27.04. 2021 / Selasa - Tahun 6 Bestari
Formula Perpaduan

Tajuk Trio Kesateria

Bahan Buku teks halaman 75

Standard Pembelajaran 2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang
Objektif Pembelajaran mengandungi perkataan berimbuhan dalam
Aktiviti bahan bacaan prosa dan puisi dengan sebutan
yang betul

1. Murid dapat menjawab soalan pemahaman
sekurang-kurangnya 3 daripada 4 soalan dengan
betul.

1. Murid-murid buka teks halaman 75
2. Murid membaca dan memahami petikan tersebut.
3. Murid memberi pendapat dengan menjawab soalan

dalam buku Modul PdPR PKP.

Membaca

Aktiviti

Latihan
Jawab soalan di bawah pemahaman di bawah berdasarkan petikan ‘Trio
Kesateria’

1. Apakah perlumbaan yang telah menarik minat Amar dan rakan-rakannya?
________________________________________________________________
________________________________________________________________

2. Ke manakah para peserta perlu menarik upih pinang?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3. Nyatakan cabaran yang perlu disempurnakan oleh Trio Kesateria.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

4. Huraikan faktor kejayaan Trio Kesateria.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

TP :

RPT PdPR BAHASA MELAYU 21

Minggu 14
Tarikh / Hari
Unit 13 28.04.2021 / Rabu
Tajuk
Bahan Formula Perpaduan
Standard Pembelajaran
Hari Kelurga Kampung Sejahtera
Objektif Pembelajaran
Aktiviti Buku teks halaman 78

Kata Ganda 5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis
kata ganda dalam pelbagai situasi dengan
betul.

1. Murid-murid dapat melengkapkan tempat
kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1. Murid membaca buku teks muka surat 78.
2. Murid petikan mengenal pasti kata ganda.
3. Murid memilih dan melengkapkan tempat

Kosong dengan kata ganda yang sesuai.

Aktiviti

5.2.2 Pilih dan isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

lauk-pauk enak-enak bersalam-salaman masing-masing

ramah-tamah makan-makan hormat-menhormati

kuih-muih saudara-mara berbual-bual minum-minum

Para tetamu hadir dengan keluarga ____________________. Ada yang membawa
anak-anak, adik-beradik dan ______________________. Mereka ________________
sambil menjamu selera. Sikap ____________________ dan _____________________
terjalin antara mereka.

Mereka menikmati hidangan yang disediakan dengan berselera. _____________
dan ______________ terhidang di atas meja. Juadah yang disediakan _____________
belaka. Para tetamu ____________________ dan _______________________ sambil
beramah mesra.

Sebelum pulang, mereka __________________________ sesama mereka.
Mereka berasa sungguh gembira kerana dapat beramahmesra dan menjamu selera.

Saya suka menghadiri majlis keluarga kerana ________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

TP :


Click to View FlipBook Version