Mesyuarat AGUNG PIBG 21 TAHUN 2023 Dirasmikan Oleh En. Syed Hazril Syed Amiruddin Yang Dipertua PIBG KALI KE 13 MEI 2023 / SABTU 8.30 - 12.00 Tengahari DEWAN TERBUKA NUR INDAH SK PUCHONG INDAH SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH https://mylink.la/skpi 47150, Puchong, Selangor
1 Sekapur Sireh Mesyuarat AGUNG PIBG Guru Besar Pn. Nik Suhaida Binti Razak Assalamualaikum W.B.T Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 dapat diadakan pada hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih dan syabas kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. SK Puchong Indah menggalas visi menjadi sekolah cemerlang menjelang 2025 dengan misinya membangunkan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Hal ini selaras dengan program TS25 yang berlangsung bermula tahun ini. Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan amanah yang perlu dijaga, dididik dan disemai dengan nilai-nilai positif. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sahaja. Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan anakanak ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran, ibu bapa perlu memastikan anak-anak membawa peralatan sekolah seperti alat tulis serta buku teks. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bangun awal dan datang awal ke sekolah agar masalah pelajar lewat boleh diatasi. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak tersisih. Ramai ibu bapa tidak hadir apabila pihak sekolah mengadakan program dan majlis ilmu dengan memberi alasan sibuk bekerja. Keadaan ini amat menyedihkan pihak sekolah kerana ditakuti anak-anak kita akan tersasar jauh. Jadi, saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekali gus dapat menyuntik semangat belajar dalam sanubari anak-anak. Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Syed Hazril bin Syed Amiruddin, yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutama Guru Besar SK Puchong Indah, iaitu Pn. Nik Suhaida binti Razak yang juga merupakan penasihat PIBG serta kepada AJK PIBG dan semua guru yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Puchong Indah Kali Ke-21 Tahun 2023. Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, PIBG SK Puchong Indah banyak berkolaboratif dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti sekolah merangkumi unit kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan penambahbaikan infrastruktur sekolah. Sebagai contoh Kursus Kepimpinan, Hari Anugerah Cemerlang Kurikulum, Karnival Sukaneka, Kejohanan Sukan Tahunan, Sumbangan membaik pulih infrastruktur sekolah, Sumbangan Kertas A4 dan sebagainya. Justeru, saya amat berharap agar program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan murid dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para murid dapat dicungkil dan diperkasakan. Sepanjang tempoh setahun menerajui PIBG SK Puchong Indah, saya dan para AJK PIBG sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak sekolah dapat meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara. Saya dan semua AJK juga sentiasa membantu memberikan kerjasama sepenuhnya serta memberi sokongan moral dalam menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut. Dunia pendidikan yang semakin mencabar amat memerlukan perhatian dan kerjasama daripada semua pihak terutama daripada para ibu bapa dan guru. Sempena Hari Guru yang bakal menjelang pada hari Selasa hadapan iaitu 16 Mei 2023 , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK Puchong Indah yang telah banyak berjasa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak saya serta anak-anak kepada para ibu bapa yang lain. Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang terbaik kepada tuantuan dan puan-puan sekalian serta ikatan antara para ibu bapa dan guru-guru yang sedia terjalin selama ini akan dapat dipererat dan dipertingkat. Saya tidak berhajat untuk berucap dengan lebih panjang lagi. Saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Puchong Indah Kali Ke-21 Tahun 2023. Semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah swt seterusnya mendatangkan impak yang positif dalam perkembangan pendidikan anak-anak kita seterusnya melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada kemajuan agama,bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. 2 Seulas Pinang Yang Dipertua PIBG En. Syed Hazril Syed Amiruddin
3 Tentatif Program Mesyuarat AGUNG PIBG MASA PERKARA 8.30 PAGI : Pendaftaran Tetamu dan ibu bapa mengambil tempat 9.00 PAGI : Nyanyian lagu Negaraku Duli Yang Maha Mulia : Bacaan doa Ustaz Mohd Fadhlan Syakir Mohd Thohiren : Ucapan Alu-aluanGuru Besar Pn. Nik Suhaida Razak : Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG En. Syed Hazril Syed Amiruddin : Penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 / 2023 : Gimik dan pelancaran Tabung Infaq SK Puchong Indah
4 Jawatankuasa Kerja Penasihat Pn.Nik Suhaida Razak (Guru Besar) Pn.NorhamizarIsmail (PK Pentadbiran) En. Mohd Rosdi Zainal Abidin (PK Hal Ehwal Murid) Pn. ZainatunakmarAbdul Manap (PK Ko-kurikulum) Pn.NoorAzlinaNawi (PK Petang) Yang Dipertua En. Syed Hazril Syed Amiruddin Naib Yang Dipertua En. Mohd Khairizal Kamarudin Setiausaha En. Ali Abdu Naib Setiausaha Pn. Masni Mohamed Nawi Bendahari Pn. Nur Fazlien Al Ain Mat Hasan Naib Bendahari En. Mohd Fitri Abdul Rahman JAWATANKUASA INDUK Penyelaras : En. Ali Abdu AJK Buku Program : Pn. Masni Mohamed Nawi (K) : Cik Lai Poh Yee : Pn. Siti Amalia Zafarina Kamal Ariff : Pn. Nursyahirah Sofiya Zulkipli : Pn. Nabila Farhanah Noh : Pn. Nazirah Husin : Pn. Hasnah Mohamad : Pn. Hasnah Kariah Pengerusi Majlis : Cik Norfatini Ahmad Ayub (K) : Pn. Rose-Liza Mohd Radzi Edaran Buku Program : Cik Alia Irdina Akhtar Abdul Gapor (K) : Cik Aslina Ab. Halim : Cik Farhana Ismail : Pn. Faizura Ab. Satar : Pn. Raja Zainab Raja Muhaiyatdin JAWATANKUASA PELAKSANA
5 Jawatankuasa Kerja Bacaan Doa : En. Mohd Fadhlan Syakir Mohd Thohiren (K) : En. Mohd Fitri Abdul Rahman AJK Cenderamata dan Sijil : Cik Nurhakimi Aziz (K) : Pn. Hidayu Moklas : Pn. Noor Ikhsan Hamzah : Cik Rifhan Rashidi : Pn. Norma Husin AJK Protokol : Pn. Nik Suhaida Razak (K) : Pn. Norhamizar Ismail : Pn. Zainatunakmar Abdul Manap : Pn. Noor Azlina Nawi AJK Jurugambar : Pn. Salwani Mohd Zawawee (K) : Pn. Wan Amirah Wan Mohd Zulkefli : En. Ahmad Fuad Hamdan : En. Ahmad Tarmizi Jaafar : En. Baharudin Mohd Nif Penyambut Tetamu : En. Syed Hazril Syed Amiruddin (K) : En. Mohd Khairizal Kamarudin : Pn. Wan Mah Wan Seman : En. Faizal Mohamed : Pn. Salina Safar : En. Hasrul Elmi Mohamad Awal AJK Persiapan Pentas : Pn. Masitah Mat Hussain (K) : Pn. Siti Mastura Muhammad : Pn. Siti Fatimah Abdullah : Pn. Wahidah Wahab : Pn. Norshakila Ishak : Pn. Siti Noraslinda Asuwadi : Pn. Nor Muna Hamdi Ahmad @ Ahmad Mahdi : Pn. Nur Syafiqah Kamaruddin AJK Pendaftaran & Kehadiran : Pn. Siti Syuhairi Zawawi (K) : Pn. Asiah Ab. Razak : Pn. Nor Esmayanti Sailan : Pn. Puspa a/p Sepermaniam : Pn. Ranitha a/p Mohanan : Pn. Anis Zafni Che Muhamat Nor Pencatat Minit Mesyuarat : Pn. Marine Simbun (K) : Pn. Nurul Nazihah Sanusi : Pn. Mariah Basir : Pn. Tg. Fazatul Izam Tg. Ahmad Fadzillah : Pn. Nor Azura Zaimardzuki : Pn. Azlin Abdul Dzaher AJK Kemas Pentas : Pn. Hairunnisa Anuar (K) : Pn. Nurizzati Ishak : Pn. Norhayati Abdullah : Pn. Norhayati Mohammad : Pn. Shijie Norharirah Mohd Nordin : Cik Jezdiani Janal : Pn. Nazariah Osman AJK Kemas Dewan : En. Nantha Kumar a/l Tamilselvan (K) : En. D. Selva Rao a/l Danarajan : En. Ahmad Danial Ishllhhuddin : En. Mohd Suhairi Mohd Nawi : En. Zulhadid Asfari Jamaludin : En. Mohamed Qammarul Anuar Mohamed : En. Mohd. Adli Zainal Abidin AJK Persediaan Dewan (Sebelum) : En. Nasrul Hakim Ariff (K) : En. Richard a/l Santiago : En. Nizaharaidi Harun : En. Md Khairi Sulaiman : En. Mohd Dzofir Zolkepili : En. Shahirul Fairuz Shukri : En. Muhammad Aliff Abdul Majid : En. Fathul Amin Kadir AJK Jamuan Ibu Bapa : Pn. Rosnita Mat Deris (K) : Pn. Asriyah Rejab : Pn. Rasidah Yaakop : Pn. Elaveni a/p Nagappan : Pn. Siti Mariam Ahmad : Pn. Suriati Abdullah : Pn. Farah Syaziah Jaafar : Pn. Kharijah Jamel Abdul Nassir
6 Jawatankuasa Kerja AJK Persediaan Dewan (Semasa) : En. Mohd Aiman Hazim Roaini (K) : En. Norazman Ahmat Syafri : En. Athisvaran a/l Thangadurai : En. Mohd Yusnardi Yusoff : En. Muhammad Syahir Superde AJK Jamuan Tetamu : Pn. Nurul Amirah Buang (K) : Pn. Norjana Hassim : Pn. Shamsiah Mohd Salih : Pn. Subahshiny a/p Krishnamurty : Pn. Lee Ah May : Pn. Emmy Nadia Zakariah AJK Kebersihan : Pn. Mazni Ramli (K) : Pn. Norita Yusof : Pn. Norliza Mohd Noor @ Nor Azhar : Pn. Shasikala a/p Aridas : Pn. Norashikin Mohd Hanapiah : Pn. Maimunah Muhammad : Pn. Nazihah Arshad AJK Borang Maklumat AJK PIBG : Pn. Siti Asma’ Mustafa (K) : Pn. Nurlina Mohd Ali : Pn. Nor Hasnida Abdul Kadir : Pn. Roselind binti Mustapha : Pn. Nor Ashikin Ibrahim : Pn. Kogilavani a/p Rama Khishnan AJK Undian dan Pencatat Undi : Pn. Siti Salwani Mohammad (K) : Cik Nur Liyana Mohd Zazuli : Pn. Zanita Zakaria : Pn. Nur Fatini Amalin Sulwadi : Pn. Rosmalizam Awang : Pn. Zabariah Ahmad : Pn. Zuriani Yaacob : Pn. Norazila Muhd Akhiar : Pn. Norazlin Hapizi AJK Siaraya & Teknikal : En. Ahmad Fawwaz Danial Fadzil (K) : En. Muhammad Suhaib Md Razhi : En. Mohd Zaki Suliman : En. Nor Mohd Iskandar Abdullah AJK Dokumentasi : Cik Aimi Aqilah Masri (K) : Pn. Nor Azlina Mohd Sharif : Pn. Nor Rahayu Abd. Rani : Cik Athirah Rosli AJK Slaid : En. Zainal A’milin Jaberal @ Sabran (K) : En. Muhammad Ullil Amri Mahadhir : En. Nishandra a/l Shanmugam : Cik Nur Hamizah Shamsuddin : Pn. Tanti Idayu Ab. Karim AJK Teks Ucapan : Pn. Aini Sharina Esa (K) : Pn. Nur Fathirah Aris : Pn. Syarifah Udin : En. Muhammad Zulhelmi Roslan
7 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK PUCHONG INDAH SESI 2022 / 2023 Penasihat : Puan Nik Suhaida binti Razak Yang DiPertua : Encik Syed Hazril bin Syed Amiruddin Naib Yang DiPertua : Encik Mohd Khairizal bin Kamarudin Setiausaha : Encik Ali bin Abdu Naib Setiausaha : Puan Masni binti Mohamed Nawi Bendahari : Puan Nurfazlien Al Ain binti Mat Hasan Naib Bendahari : Encik Mohd Fitri bin Abdul Rahman AJK (Ibu Bapa) : Encik Faizal bin Mohamed : Puan Wan Mah binti Wan Seman : Puan Salina binti Safar : Encik Hasrul Elmi bin Mohamad Awal AJK (Guru) : Encik Muhammad Zulhelmi bin Roslan : Encik Nantha Kumar a/l Tamil Selvan : Puan Aini Sharina binti Esa Juruaudit (Ibu Bapa) : Puan Intan Sufiyah binti Mohamed Sharif Juruaudit (Guru) : Puan Azlin binti Abdul Dhazer Jawatankuasa PIBG
8 Agenda Mesyuarat Mesyuarat AGUNG PIBG MASA AGENDA : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Puchong Indah Kali Ke-21 Sesi 2023 : Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2022 : Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2022 : Membahas usul dan cadangan : Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 / 2023 : Pelantikan Pengerusi Sementara : Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023 / 2024 : Pemilihan Juruaudit : Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sesi 2023 / 2024 : Sesi bergambar 12.00 TENGAH HARI : Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PUCHONG INDAH KALI KE-21 / 2023
9 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK. PUCHONG INDAH KALI KE – 20 TARIKH : 28 MEI 2022 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN NUR INDAH, SK PUCHONG INDAH KEHADIRAN: JUMLAH IBU BAPA: 166 ORANG JUMLAH GURU : 133 ORANG 1.0 UCAPANPENASIHAT / GURU BESAR – PUAN NIK SUHAIDA BINTI RAZAK 1.1 Guru besar menyampaikan ucapan kata alu-aluan kepada semua hadirin yang menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Puchong Indah Kali Ke- 20. 1.2 Guru besar menzahirkan rasa kesyukuran kerana dapat berkumpul secara bersemuka dalam mesyuarat pada kali inisetelah lebih kurang 2 tahun berada dalam fasa pandemik. Beliau berharap melalui pertemuan bersemuka ini, hal-hal berkaitan dengan murid-murid dapat dibincangkan demi kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah mereka. 1.3 Guru besar memperkenalkan diri beliau sebagai guru besar baru menggantikan guru besar yang telah bersara sebelum ini. Beliau berasal dari Kelantan dan sebelum ini bertugas di SK Sri Serdang. Beliau memaklumkan bahawa Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Abdul Rahim bin Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat ini kerana telah berpindah ke Batu Pahat, Johor dan tugas beliau diambil alih oleh Naib Yang Dipertua iaitu Encik Syed Hazril bin Syed Amiruddin. 1.4 Guru besar juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan waris murid yang hadir pada hari ini dan mereka sebenarnya adalah ibu bapa yang cemerlang. 1.5 Guru besar memaklumkan beberapa perkara penting seperti berikut: 1.5.1 Guru besar mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa PIBG 2021/2022 bawah pimpinan Encik Abdul Rahim bin Daud, yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah sesuai dengan tujuan penubuhannya iaitu menjaga kepentingan dan kebajikan serta kecemerlangan murid-murid dan sekolah. 1.5.2 Guru besar juga bersyukur kerana mendapat kerjasama yang padu dari pihak PIBG dalam membantu kelancaran pentadbiran sekolah demi kecemerlangan anak didik. Antara bantuan yang disumbangkan oleh pihak PIBG ialah pembayaran elaun kepada pengawal keselamatan, penyelenggaraan tangki pembuangan najis dan membaiki tandas murid- murid. PIBG juga telah menyumbang dalam kerja-kerja menggantikan siling di Blok Ilmiah dan membaiki bumbung bocor di kelas prasekolah. Masalah pokok tumpang dan dahan-dahan pokok yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah juga telah dapat diselesaikan dengan bantuan PIBG. Kos yang digunakan untuk menebang pokok menelan belanja lebih kurang RM5000 hingga RM6000. 1.5.3 Beliau juga menyatakan pihak sekolah mendapat sumbangan RM30,000 daripada YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang. Sumbangan ini digunakan untuk membaik pulih bilik-bilik khasseperti Bilik RBT yang diserang anai- anai. Pihak sekolah menerima dengan tangan terbuka sekiranya ada pihak luar yang ingin memberi sumbangan demi keselesaan murid-murid di sekolah ini. 1.5.4 Guru besar juga menyatakan bahawa negara telah berada dalam fasa pemulihan dan sedang beralih ke fasa endemik. Oleh itu, gaya kerja dan corak kehidupan seharian yang sebelum ini agak terhad, kini hampir semua dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan lancar. Walau bagaimanapun, ia masih terikat kepada beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan agar bebas daripada Covid19 sepenuhnya. Minit Mesyuarat
10 1.5.5 Guru besar menegaskan bahawa keselamatan guru-guru dan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Oleh itu, Kerjasama antara ibu bapa, guru-guru dan murid-murid amat penting untuk mematuhi SOP tersebut. Sejak kebelakangan ini, negara telah digemparkan dengan berita penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Justeru, beliau amat berharap ibu bapa atau penjaga dapat memastikan murid-murid yang sihat sahaja dihantar ke sekolah. 1.5.6 Guru besar menyatakan bahawa banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah dicipta warga sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. Perkara ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik murid-murid. Ia juga membuktikan wujudnya usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini. Banyak sumbangan dalam bentuk kewangan disalurkan oleh PIBG untuk 1.5.7 Guru besar juga menyatakan kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik murid-murid kepada pihak sekolah. Ibu bapa bertanggungjawab untuk menentukan sama ada murid-murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar malah mencorakkan keperibadian mereka. Justeru itu, beliau berharap agar ibu bapa dan waris dapat berpesan kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan mengamalkan keperibadian yang baik. Dalam konteks ini, PIBG sekolah juga perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu kebajikan murid-murid, guru-guru dan pembangunan sekolah ini. 1.5.8 Guru besar juga mengingatkan bahawa Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di Sekolah seperti yang tercatat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 / 2001 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM sentiasa dipatuhi. Perkara-perkara yang disentuh dalam surat tersebut ialah PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat (school home community partnership). 1.5.9 Guru besar juga sangat berbesar hati kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan masa depan anak masing-masing. Hal ini sebenarnya adalah kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG. Selain memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baharu dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, beliau berharap agar mesyuarat ini dapat membincangkan dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan bayaran persekolahan bagi tahun 2022. Selain itu, beliau berharap agar kehadiran ibu bapa dapat ditingkatkan dalam perjumpaan PIBG akan datang untuk kepentingan murid-murid. 1.5.10 Guru besar juga menyeru ibu bapa agar memberi kerjasama untuk mengatasi masalah muridmurid yang belum menguasai kemahiran 3M. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak belajar menguasai kemahiran 3M di rumah selain usaha guru di sekolah. Pihak pentadbir dan para guru amat berbesar hati sekiranya ibu bapa dan penjaga sentiasa mengambil berat tentang pembelajaran, disiplin dan sahsiah anak-anak di sekolah. Tindakan: Untuk Makluman Minit Mesyuarat
Minit Mesyuarat 11 1.5.11 Guru besar menyatakan bahawa untuk aktiviti kokurikulum yang akan datang, pihak sekolah akan membuat kutipan duit agar aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan lebih baik. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat maklumkan kepada ibu bapa mengenai kutipan tersebut. 1.5.12 Guru besar juga mengajak semua ahli PIBG menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau percanggahan pendapat. Melalui perbincangan, idea-idea yang baik dapat diutarakan dan berupaya mencapai matlamat bersama. 1.5.13 Sebelum mengakhiri ucapan, guru besar mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada NYDP PIBG iaitu Encik Syed Hazril bin Syed Amiruddin dan semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik. Tindakan: Untuk Makluman 2.0 UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG 2021 / 2022 - ENCIK SYED HAZRIL SYED AMIRUDDIN 2.1 Naib Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 sesi 2022. 2.2 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG dan pihak sekolah kerana telah berjayamenganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke – 20. 2.3 NYDP menyatakan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG merupakan majlis untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SK Puchong Indah. 2.4 Beliau juga berharap dalam mesyuarat ini dapat membuka peluang kepada kedua- dua pihak untuk memberikan buah fikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan murid-murid di sekolah ini. Selain itu, beliau berharap agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa dalam menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya. 2.5 NYDP juga meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat yang disampaikan oleh pihak sekolah. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi kemajuan murid-murid. Tambah beliau, ibu bapa perlu sentiasa memantau dan ambil cakna pada perkembangan pembelajaran serta tingkah laku anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak tahu menyebut dan menulis nama sendiri sebelum melangkah masuk ke alam sekolah rendah. Kejayaan sekolah ini pastinya dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. 2.6 Beliau juga menyeru agar ibu bapa bersepakat bagi memastikan SK Puchong Indah dapat melahirkan murid-murid yang berkualiti dan terus gemilang bawah pentadbiran Puan Nik Suhaida binti Razak selaku Guru Besar SK. Puchong Indah. 2.7 Beliau memohon maaf bagi pihak seluruh Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang menjalankan tugas. Beliau juga mendoakan guru-guru dan ibu bapa dipermudahkan urusan dalam mendidik anak- anak.
Minit Mesyuarat 12 3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-19 SESI 2021 3.1 Setiausaha PIBG Sesi 2021/2022 iaitu Encik Ali bin Abdu membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-19. 3.2 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-19 tahun 2021 pada 9 Oktober 2021 diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat dan disahkan tanpa pindaan. Tindakan: Untuk Makluman 4.0 MEMBENTANGKANDAN MENGESAHKANPENYATA KEWANGAN2021 4.1 Bendahari PIBG 2021/2022, Puan Rashidah binti Yaakop membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021. 4.2 Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat dan disahkan tanpa pindaan. Tindakan : Untuk Makluman 5.0 MEMBINCANGKANUSUL DAN CADANGAN 5.1 Menyediakan penapis air. 5.1.1 Encik Md Nur Huda Othman mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa penapis air untuk kegunaan guru, kakitangan dan murid-murid. 5.1.2 Cadangan ini diterima dan dalam perbincangan untuk menentukan tempat pemasangan, kos pemasangan dan penyelenggaraan. Tindakan: Pihak sekolah dan PIBG 5.2 Mengurangkanwang sumbangan PIBG. 5.2.1 Puan Kamisah Mat Sani mencadangkan agar wang sumbangan PIBG dikurangkan bagi satu keluarga. 5.2.2 Cadangan ini ditolak. Namun ibu bapa atau penjaga boleh memberi sumbangan secara ansuran. Ahlimesyuaratsebulatsuara untukmengekalkan sumbangan sebanyak RM50 bagi sebuah keluarga. Tindakan: Untuk Makluman 5.3 Menyediakan almari penyimpanan buku teks dan latihan murid. 5.3.1 Puan Erin mencadangkan agar almari disediakan untuk penyimpanan buku teks dan latihan murid. Pihak sekolah boleh meminta sumbangan daripada ibu bapa bagi tujuan tersebut. 5.3.2 Cadangan ini ditolak. Hal ini kerana tidak ramai ibu bapa yang bersetuju dan ia memerlukan kos yang besar. Guru besar memaklumkan bahawa perkara ini masih dalam proses perbincangan di peringkat KPM dan wakil KPM telah turun ke sekolah untuk menilai perkara ini. Pihak sekolah telah mengubah jadual waktu untuk selesaikan isu beg berat. 5.3.3 Beliau memaklumkan bahawa murid-murid Tahap 2 akan belajar 5 hingga 6 subjek sehari manakala murid-murid Tahap 1 akan belajar 3 hingga 4 subjek sehari. Beliau mengingatkan ibu bapa turut memantau jadual waktu anak. Tindakan: Untuk Makluman
8 Minit Mesyuarat 13 5.4 Menyumbang 1 rim kertas A4. 5.4.1 Encik Abdul Rahim bin Daud mengusulkan agar ibu bapa dapat menyumbang 1 rim kertas A4 kepada pihak sekolah bagi sebuah keluarga. 5.4.2 Cadangan beliau diterima. Guru besar memaklumkan bahawa budaya ini seeloknya diteruskan kerana enlormen murid yang ramai menyebabkan sekolah tidak dapat menampung keperluan penggunaan kertas A4. Ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong akan cadangan ini. 5.4.3 Pengerusi mesyuarat pula mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan ruang khas bagi memudahkan ibu bapa meletakkan sumbangan kertas A4 secara pandu lalu. Tindakan: Pihak sekolah 5.5 Mengkajisemula alatan dan bahan subjek Pendidikan Seni Visual. 5.5.1 Encik Khairul Efendy, Encik Kamarudin dan Puan Megaletchumy mencadangkan agar bahan-bahan untuk subjek Pendidikan Seni Visual dikaji semula kerana ia melibatkan penambahan perbelanjaan keluarga. 5.5.2 Penolong Kanan Pentadbiran menjelaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk aktiviti Pendidikan Seni Visual adalah berdasarkan buku teks. Walau bagaimanapun, guru-guru boleh mengubahnya mengikut kesesuaian. Tindakan: Guru-guru Pendidikan Seni Visual 5.6 Makluman awal kepada ibu bapa mengenai keperluan subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni Visual. 5.6.1 Puan Padilah Husna Baadin mencadangkan agar makluman diberikan lebih awal kepada ibu bapa dan penjaga sekiranya murid-murid dikehendaki membawa alatan dan bahan terutamanya subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni Visual. 5.6.2 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa tindakan akan diambil terhadap perkara ini. Tindakan: Guru-guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni Visual 5.7 Tiga mata pelajaran sehari. 5.7.1 Puan Shazwani Suhaimi mengusulkan hanya tiga subjek sehari untuk membolehkan murid lebih fokus 5.7.2 PK Pentadbiran menjelaskan bahawa jadual yang dilaksanakan telah mengikut ketetapan yang digariskan oleh KPM. Tindakan: Untuk Makluman 5.8 Memantau kebersihan tandassekolah. 5.8.1 Puan Maimunah Muhammad Noor meminta pihak sekolah memantau kebersihan tandas murid-murid. 5.8.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa tandas dibersihkan tiga kali sehari iaitu selepas waktu rehat sesi pagi, pertukaran sesi pagi dan petang dan pada waktu selepas rehat sesi petang 5.8.3 PK HEM meminta ibu bapa mengingatkan anak-anak cara penggunaan tandas dengan betul. Tindakan: Untuk Makluman 5.9 Kawalan murid-murid semasa balik. 5.9.1 Encik Salehuddin Suratmin mengusulkan agar pihak sekolah meningkatkan kawalan murid semasa balik. 5.9.2 PK HEM memaklumkan bahawa penambahbaikan akan dilakukan dan meminta agar penjaga tidak berkumpul di hadapan pintu keluar untuk elakkan kesesakan. 5.9.3 PK HEM juga menyatakan kesesakan di jalan raya mengikut adalah mengikut keadaan dan minta ibu bapa bertolak ansurserta bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Tindakan: Untuk Makluman Tindakan: Untuk Makluman
8 5.10 Penempatan murid-murid ke sekolah menengah. 5.10.1 Puan Rosiah Wahab mengusulkan agar penempatan murid ke sekolah menengah tidak bertumpu ke SMK Puchong Perdana sahaja. 5.10.2 PK HEM memaklumkan bahawa penempatan murid-murid ke sekolah menengah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Ia adalah berdasarkan alamat rumah yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Justeru, ibu bapa dikehendaki untuk mengemas kini maklumat murid-murid sekiranya berlaku perubahan seperti alamat kediaman, gaji dan bilangan tanggungan. Tindakan: Untuk Makluman 5.11 Mewujudkan borang maklum balas. 5.11.1 Puan Norasyidah Mohd Noor minta wujudkan borang maklum balas fasiliti sekolah seperti kipas, lampu, tandas dan lain-lain untuk memudahkan ibu bapa memberi cadangan atau sumbangan bagi meningkatkan kemudahan sekolah. 5.11.2 Pemantauan dan penambahbaikan terhadap fasiliti sekolah sememangnya dilakukan dari masa ke semasa. Pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa tetapi sebarang membaik pulih terikat dengan peraturan elektrik JKR. 5.11.3 PK HEM turut memaklumkan bahawa kebanyakan fasiliti di aras 1 Blok Arif langsung tidak berfungsi akibat serangan anai-anai. Tindakan: AJK PIBG 5.12 Kawalan keselamatan murid-murid di jalan raya. 5.12.1 Puan Norasyidah Mohd Noor mengusulkan pihak keselamatan ditugaskan untuk mengawal keselamatan murid-murid di jalan raya sewaktu balik. 5.12.2 PK HEM menjelaskan bahawa jalan raya adalah di luar kawalan pihak sekolah. Pengawal keselamatan sekolah dilarang untuk mengawal lalu lintas kerana terikat dengan perjanjian majikan. Sekolah juga tiada peruntukan untuk mengupah pihak luar untuk mengawal lalu lintas. Tindakan: Untuk Makluman 5.13 Menambah bilangan kipas dalam bilik darjah. 5.13.1 Puan Noor Fatahiyah mencadangkan untuk menambah bilangan kipas dinding di dalam kelas. 5.13.2 PK HEM memaklumkan bahawa pendawaian dalam bangunan sekolah tidak dapat menampung sebarang penambahan alat elektronik atas faktor keselamatan dan nasihat TNB. Tindakan: Untuk Makluman 5.14 Sistem keluarsekolah. 5.14.1 Encik Shahrizal mencadangkan agar sistem keluar sekolah mengikut kelas diwujudkan. 5.14.2 PK HEM memaklumkan bahawa ia telah dijalankan dan diguna sepanjang tahun. 5.14.3 PK HEM juga meminta ibu bapa saling bertolak ansur untuk mengatasi masalah ini kerana bilangan murid yang terlalu ramai. Tindakan: Untuk Makluman Minit Mesyuarat 14
8 5.15 Mengubah waktu kokurikulum. 5.15.1 Puan Hawanis Hassan mencadangkan waktu kokurikulum perlu diubah kerana murid kesuntukan masa untuk datang semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. 5.15.2 PK Kokurikulum menyatakan bahawa masa kokurikulum telah dipendekkan iaitu bermula daripada pukul 12.50 tengah hari hingga 3.20 petang. Murid-murid yang terlibat tidak dibenarkan balik. Beliau juga memaklumkan bahawa penilaian 40% dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) berdasarkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum. Murid-murid dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B secara bersemuka dan di luar talian. Surat makluman kepada ibu bapa akan diberikan sekiranya murid-murid terpilih untuk mewakili sekolah dan perlu menjalani latihan di sekolah. Tindakan: Untuk Makluman 5.16 Langkah keselamatan menghadapi gelombang haba. 5.16.1 Encik Faizal Muhammad meminta pihak sekolah menyatakan langkah yang diambil semasa mengadakan aktiviti merentas desa dan aktiviti Pendidikan Jasmani kerana gelombang haba yang melanda sekarang. 5.16.2 Guru besar menyatakan pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku perubahan cuaca serta meminta murid membawa banyak bekalan air kosong ke sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa susunan jadual waktu juga akan dimurnikan lagi selepas cuti penggal terutama waktu Pendidikan Jasmani manakala aktiviti sukan akan dianjurkan di Stadium UNITEN pada bulan November. Tindakan: Untuk Makluman 5.17 Menambah dana PIBG. 5.17.1 Puan Salina Safa mencadangkan cara menambah dana PIBG dengan memaparkan nombor akaun PIBG pada halaman SK Puchong Indah dan menubuhkan alumni sekolah. 5.17.2 Pihak sekolah dan PIBG menyambut baik akan cadangan ini. 5.17.3 NYDP menyatakan bahawa perkara ini dalam perbincangan misalnya dengan membuat Jompay dan sebagainya. 5.17.4 Guru besar pula menambah bahawa penglibatan alumni sangat dialu- alukan. Tindakan: AJK PIBG 5.18 Kesesakan laluan kereta. 5.18.1 Puan Salwani Mohd Zawawee meminta ibu bapa tidak meletakkan kereta di hadapan pintu pagar sekolah kerana ia menghalang laluan keluar masuk kenderaan. 5.18.2 NYDP meminta semua ibu bapa bertolak ansur kerana perkara ini telah menjadi kebiasaan sejak dari dulu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Rosidah Semail kerana menyumbangkan kon untuk memudahkan pergerakan lalu lintas. Tindakan: Untuk Makluman 6.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 6.1 NYDP PIBG, Encik Syed Hazril Syed Aminuddin dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG SK Puchong Indah sesi 2021/2022. Tindakan: Untuk Makluman 7.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 7.1 Ahli mesyuaratsebulatsuara bersetuju melantik Encik Mohd Rosdi Zainal Abidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebagai pengerusi sementara. Tindakan: Untuk Makluman Minit Mesyuarat 15
8 8.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 8.1 Jawatankuasa PIBG bagisesi 2022/2023 adalah seperti berikut: Penasihat : Puan Nik Suhaida binti Razak Yang DiPertua : Encik Syed Hazril bin Syed Amiruddin Naib Yang DiPertua : Encik Mohd Khairizal bin Kamarudin Setiausaha : Encik Ali bin Abdu Naib Setiausaha : Puan Masni binti Mohamed Nawi Bendahari : Puan Nurfazlien Al Ain binti Mat Hasan Naib Bendahari : Encik Mohd Fitri bin Abdul Rahman AJK (Ibu Bapa) : Encik Faizal bin Mohamed : Puan Wan Mah binti Wan Seman : Puan Salina binti Safar : Encik Hasrul Elmi bin Mohamad Awal AJK (Guru) : Encik Muhammad Zulhelmi bin Roslan : Encik Nantha Kumar a/l Tamil Selvan : Puan Aini Sharina binti Esa Juruaudit (Ibu Bapa) : Puan Intan Sufiyah binti Mohamed Sharif Juruaudit (Guru) : Puan Azlin binti Abdul Dhazer Tindakan: Untuk Makluman 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Tiada perkara lain yang dibincangkan. Tindakan: Untuk Makluman 10.0 PENUTUP 10.1 Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG 2022/2023 – Encik Syed Hazril bin SyedAmiruddin 10.1.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-20. Beliau juga memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik bagi sesi 2022/2023. 10.1.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat AJK diadakan pada masa terdekat untuk membincangkan halhal yang belum selesai. 10.1.3 Beliau berharap agar ibu bapa dan pihak sekolah sentiasa berganding bahu bagi memastikan muridmurid di sekolah ini mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek. YDP juga mengingatkan semua yang hadir agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga, mematuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. 10.1.4 Beliau juga berharap agar murid-murid di sekolah ini dapat bersekolah seperti sedia kala dengan suasana yang ceria dan gembira. 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.57 pagi. Urus Setia: Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Puchong Indah, Puchong, Selangor. Tarikh: 5 Jun 2022 Minit Mesyuarat 16
17 Mesyuarat AGUNG PIBG PENYATA KEWANGAN TAHUNAN 2022 TARIKH PERKARA KREDIT (RM) TARIKH PERKARA DEBIT (RM) 1/1/2022Baki b/b 31,269.59 Bayaran 1/1/2022Baki tunai di tangan 1,060.0025/2/2022 Saguhati pengawal bulan Jan 375.00 15/3/2022 Saguhati pengawal bulan Feb 500.00 Sumbangan 20/3/2022 Fail PIBG -beli file, separator, kertas warna, print ,fotostat 40.00 30/12/2022Sumbangan PIBG 2022 59,340.00 18/5/2022 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG 2022 : No. Cek : 667554 PA Sistem 1,000.00 19/5/2022 Banner 200.00 Akaun Tumpang 18/5/2022 Cenderamata 526.70 30/1/2022 AkaunTumpang (kutipan sumbangan banjir) 800.0018/5/2022 Pentas 200.00 30/1/2022 AkaunTumpang (pengurusan mangsa banjir-SKPI) 8,000.0018/5/2022 Kertas A4 225.00 17/5/2022 Akaun tumpang (sumbangan daripada YB Wong Chen) 30,000.00 18/5/2022 Makanan (300 pax) 1,800.00 28/9/2022 Akaun tumpang (Lembaga Zakat) 3,000.0018/5/2022 Sewa Kerusi 500.00 30/11/2022 Akaun tumpang ( Tabung Kebajikan Banjir - Sumbangan daripada PNB) 1,800.00 19/5/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 20/5/2022 Saguhati pengawal keselamatan bulan Mac & April 695.30 20/5/2022 Sambutan hari guru (sumbangan kek) 130.00 3/6/2022 Saguhati pengawal bulan Mei 500.00 7/7/2022 Saguhati pengawal bulan Jun 385.90 5/8/2022 Saguhati pengawal bulan Julai 500.00 26/8/2022 Sumbangan kepada murid ke MSSM 200.00 6/9/2022 Saguhati pengawal bulan Ogos No.cek : 667560 500.00 6/9/2022 Bayaran pasir lompat jauh No. cek : 667559 720.00 7/9/2022 Fi pemprosesan cek 1.00 22/9/2022 Sukan tahunan 2022 No. cek : 667561 6,570.00 22/9/2022 Cek tunai di tangan (masuk peti cash) No. cek : 667561 500.00 23/9/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 7/10/2022 Saguhati pengawal keselamatan bulan Sept 363.00 11/11/2022 Gaji guru ganti bulan Oktober No. Cek : 667562 660.00 14/11/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 Laporan Kewangan
18 Mesyuarat AGUNG PIBG TARIKH PERKARA KREDIT (RM) TARIKH PERKARA DEBIT (RM) 14/11/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 15/11/2022 Saguhati pengawal keselamatan bulan Okt 495.00 1/12/2022 Gaji guru ganti bulan November No. Cek : 667564 1,100.00 2/11/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 5/12/2022 Saguhati pengawal bulan Nov 500.00 14/12/2022 Gaji guru ganti bulan Disember No. Cek : 667566 385.00 15/12/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 Akaun tumpang 22/2/2022 Akaun Tumpang (banjir) 13,182.00 23/2/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 25/4/2022 Elyza Trading No. Cek : 667553 (Membaiki kerosakan tandas SKPI) 6,850.00 26/4/2022 Fi pemprosesan cek 1.00 5/7/2022 Akaun tumpang (Duit sumbangan YB Wong Chen) No. Cek : 667558 30,000.00 Cheque Processing Fee 0.50 25/11/2022 Akaun tumpang (Lembaga Zakat) -Hari Kanak-kanak No. Cek : 667563 3,000.00 29/11/2022 Fi pemprosesan cek 0.50 Jumlah 72,608.90 Baki di tangan 31/12/2022 - 75.90 Baki di bank seperti pada 31/12/2022 63,736.59 Jumlah besar 135,269.59 Jumlah besar 136,269.59 Laporan Kewangan
Aktiviti dan program PIBG SK Puchong Indah Sesi 2022 adalah mengikut aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sepenuhnya. Dalam hal ini, PIBG memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan mencari penaja bagi menjayakan program dan aktiviti sekolah. 19 BIL NAMA PROGRAM 1 Sumbangan Wang sagu hati Pengawal Keselamatan 2 Sumbangan jamuan Hari Kanak-kanak 3 Sumbangan Hari Apresiasi Akademik 4 Sumbangan Hari Apresiasi Kurikulum 5 Sumbangan Kertas A4 6 Sumbangan membaik pulih infrastruktur sekolah 7 Sumbangan Karnival Sukaneka dan Kejohanan Sukan Tahunan 8 Sumbangan Insentif Murid-murid 9 Sumbangan Persaraan Puan Deyvanam a/p Govinda dan Puan Salmah binti Ibrahim 10 Sumbangan Sambutan Hari Guru 11 Sumbangan pembelian set robotik. 12 Sumbangan Pembasmian Anai-anai Aktiviti & Program Mesyuarat AGUNG PIBG
20 NAMA PENCADANG : NORANI MAHMUD CADANGAN : Minta pihak sekolah atau PIBG menyediakan seorang atau dua RELA untuk menjaga lalu lintas dari Petron memandangkan petron sering berlaku kemalangan. Ia juga bagi mengawal lalu lintas di hadapan sekolah kerana terdapat segelintir ibu bapa yang sesuka hati menurunkan anak dan menunggu anak di hadapan pagar tanpa memikirkan orang lain. KEPUTUSAN : NAMA PENCADANG : MOHD IKRAM BIN RAMLI CADANGAN : Menaikkan yuran PIBG. KEPUTUSAN : NAMA PENCADANG : MUHAMMAD ZULHELMI BIN ROSLAN CADANGAN : Sumbangan keceriaan kelas. Memohon sumbangan keceriaan bagi setiap kelas pada setiap awal tahun. KEPUTUSAN : NAMA PENCADANG : HIDAYU BINTI MOKLAS CADANGAN : Memasang kawat berduri pada pagar sekolah terutamanya di bahagian belakang memandangkan kes pencerobohan dan kecurian pernah berlaku. KEPUTUSAN : NAMA PENCADANG : ASRIYAH BINTI REJAB CADANGAN : Membuat kutipan sumbangan PIBG bagi murid-murid Tahun 1 semasa hari pendaftaran walaupun MAT PIBG belum dilaksanakan bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti di sekolah. KEPUTUSAN : USUL 1 USUL 2 USUL 3 Pembentangan Usul USUL 4 USUL 5
Cadangan BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID / ANAK JAGAAN KELAS USUL DAN CADANGAN TINDAKAN DAN MAKLUM BALAS 1 BADRUDDIN BIN BADROL ZAMAN AKIFA NAILA BINTI BADRUDDIN 1 KENANGA Mengadakan program atau aktiviti yang boleh merapatkan ukhwah silaturahim dengan AJK PIBG bagi mudah sebarang cadangan diusulkan pada bila-bila masa. Tindakan akan dilakukan pada masa akan datang dengan menyediakan 'Google Form' dan menggunakan platform yang ada seperti Whatssapp dan Facebook bagi menyalurkan sebarang cadangan dan aduan. Aktiviti gotong royong dan lain-lain akan diadakan. Semakan cadangan dan aduan akan dilakukan pada setiap minggu mengikut keperluan. 2 NORANI MAHMUD NURFAIZ MIKHAIL AZMAN 1 ORKID Minta pihak sekolah atau PIBG menyediakan seorang atau dua RELA untuk menjaga lalu lintas dari Petron memandangkan petron sering berlaku kemalangan. Ia juga bagi mengawal lalu lintas di hadapan sekolah kerana terdapat segelintir ibu bapa yang sesuka hati menurunkan anak dan menunggu anak di hadapan pagar tanpa memikirkan orang lain. Akan diambil maklum semasa MAT. - Bayaran RELA agak mahal dan mengikut jam. - wujudkan pasukan kawalan lalu lintas dalam kalangan ibu bapa dan penjaga. A. Persatuan Ibu Bapa dan Guru BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID / ANAK JAGAAN KELAS USUL DAN CADANGAN TINDAKAN DAN MAKLUM BALAS 1 VANITHA A/P SAYAPARAGASAM RISHAANTH SRINIVAAS A/L RAVINDRAN 3 KENANGA Kekerapan mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru bagi memaklumkan prestasi murid-murid. Dimohon jasa baik pihak pentadbir untuk mengadakan sesi perjumpaan ibu bapa dan guru sebaik-baiknya 2 bulan sekali bagi mengetahui prestasi murid serta mempertingkatkan good communication antara ibu bapa, cikgu, pihak pentadbir dan juga murid. Perjumpaan Ibubapa telah dirancang pihak sekolah sebanyak 2 kali setahun 2 ROSICA ANAK JUGAH CATHERINA ALYSHA ANAK JAMES 5 SEROJA Jadual waktu balik sekolah hari Isnin sesi petang. Kalau boleh waktu hari Isnin utk sesi petang boleh diawalkan sedikit dari waktu sekarang ialah pukul 6.20 petang kepada pukul 6 petang sebab waktu itu sekali dengan orang pergi ke pasar malam. Jadual Waktu yang telah dilaksanakan mengikut ketetapan oleh KPM. Makluman kepada ibu bapa dan penjaga pada 2017, masa balik pada hari Isnin ialah 5.30 petang namun pada hari Selasa hingga Jumaat 6.30 petang. AHMAD FERDAUS BIN ABDUL LATIFF NUR LYANA QISTINA&AHMAD MIKHAEL HAZARD 6 MELUR & 3 TANJUNG Waktu persekolahan sesi petang pada hari Isnin. Waktu balik diawalkan sedikit, bertembung dgn pasar malam paking susah anak-anak nak keluar melintas jalan, bahaya motor melawan arus. Diharap pihak sekolah pertimbangkan. NUR FAZIDA BT ABDUL HAMID MUHAMMAD ILYAS UZAIR BIN MOHD AMIRUDDIN 1 KENANGA Saya cuma mahu mencadangkan jika pihak sekolah boleh ubah waktu masuk dan balik untuk sesi petang(tahap 1) terutama pada hari Isnin dan Jumaat. Faktor keadaan jalan yang sangat sesak terutama pada hari Isnin(ada pasar malam di depan sekolah) mungkin dapat diatasi sekiranya pihak sekolah boleh benarkan murid - murid keluar pada 5.30pm seperti tahun tahun sebelum ini. FARAH ABDULLAH TIADA TIADA Waktu balik sesi petang pada setiap hari Isnin dan Jumaat diselaraskan sama seperti hari-hari lain iaitu pada pukul 6 petang.. Ini supaya anak2 tidak sampai lewatl ke rumah terutamanya murid2 yang menaiki van sekolah. NORAZIAN BT ABDULLAH RAJA MUHAMMAD RAYYAN BIN RAJA FAIRUZ 5 KENANGA Saya cadangkan waktu sekolah petang hari Isnin waktu balik pada pukul 5.50 atau 6.00 petang memandangkan hari Isnin adanya pasar malam. Selalu jem masa tu laa ank2 nak balik sekolah masa juga orang nak pergi pasar malam.. Lepas tu tak tutup jalan.. Bole jadi pergaduhan.. Benda nie dah lama sangat berlaku.. Tahun 2017 tak silap @ jadual isnin balik awal.. Alhamdullilah tak sesak..mungkin cikgu pun ada record masa balik sebelum ini.. Terima kasih B. Unit Kurikulum 21
22 Cadangan BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID / ANAK JAGAAN KELAS USUL DAN CADANGAN TINDAKAN DAN MAKLUM BALAS 3 NORASIDAH ABDUL RAHMAN MUHAMMAD DANISH AMIRUDDIN BIN MOHD ROSLAN & NUR DAMIA ALEESYA BINTI MOHD ROSLAN 6 ORKID & 2 ANGGERIK Waktu balik sesi petang pada Hari Isnin diawalkan (kurang kesesakan pasar Malam depan sekolah). Buat seperti sebelum ni pulang jam 5:30 ptg. Jadual Waktu yang telah dilaksanakan mengikut ketetapan oleh KPM. Makluman kepada ibu bapa dan penjaga pada 2017, masa balik pada hari Isnin ialah 5.30 petang namun pada hari Selasa hingga Jumaat 6.30 petang. 4 RUTH ANAK PHILIPMON DOUGLAS ELSON ANAK TABUH 5 KENANGA Minta guru atau pengawas pantau masa murid rehat kerana ada murid yang berani ambik makanan kawan² atau setiap rehat pinjam duit kawan².bahkan ada murid xberani ckp ngan ibu bapa . Kena ada guru atau pengawas bertugas pd waktu rehat untuk elakkan perkara tersebut berlaku berterusan. Akan diambil maklum. Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa. 5 MARLIZANMUSDI BIN YAACOB MUHAMMAD ABID AMJAD BIN MARLIZANMUSDI 2 MELUR Menghadkan jadual pembelajaran. Satu hari hanya 3 atau 4 mata pelajaran sahaja. Pelaksanaan mengikut ketetapan oleh KPM dalam 1 hari bagi Tahap 1 iaitu 3 atau 4 subjek manakala Tahap 2 pula 5 atau 6 subjek. 6 LOTFI BIN MOHAMAD LAFRISYA AMNI AFRINA 1 ORKID Kelas tambahan melalui PdPR atau bersesuaian bagi mata pelajaran teras atau subjek penting bagi meningkatkan lagi pencapaian murid dan sekolah memandangkan ada anak murid tercicir disebabkan faktor tertentu. Sekolah telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti secara bersemuka untuk membantu murid-murid menguasai 4M. Mohon pastikan muridmurid sentiasa hadir ke sekolah. 7 MARILAWATI NOR AISYAH DAMIA BINTI MOHD ZAKI TIADA Mengenai pelajaran murid2 yg lemah membaca. Saya cadangkan agar murid yang lemah membaca diberi perhatian lebih dengan mengadakan kelas membaca. Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan di sekolah untuk membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Contoh: Sinar Indah, Gilap Permata dan Plan. 8 SUZY UDAN GARY DYLAN ISAAC PETRICK 6 SEROJA Membeli bahan² untuk projek sekolah/pembelajaran . Kena notis awal dalam semingu paling cepat awal 3 hari, bukan esok mahu guna baru notis hari ini ya. Saya salah seorang ibu yang bekerja harap maklum. Makluman melalui Whatssapp kelas. Mohon ibu bapa atau penjaga peka dengan maklumat yang diberikan oleh guru. 9 NADILA SUHAILI BINTI IZHAM NUR ATHIRAH BINTI ZUKI 6 MELATI Dicadangkan supaya waktu bermula persekolahan hari Jumaat bermula sedikit lewat bagi memberi ruang pada ayah / penjaga (atuk) untuk Solat Jumaat. Sesi persekolahan hari Jumaat bermula pada pukul 1.50 petang. Murid yang menunaikan solat Jumaat dibenarkan hadir ke sekolah selepas solat Jumaat. C. Unit Hal Ehwal Murid BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID / ANAK JAGAAN KELAS USUL DAN CADANGAN TINDAKAN DAN MAKLUM BALAS 1 FARAH BINTI MASBON ADAM FAKHRULLAH BIN MOHD FIKRI 3 KENANGA Saya mencadangkan pihak sekolah membaiki tandas murid dengan sebaiknya kerana tandas dalam keadaan rosak akan berlaku kejadian tidak diingini. Dibaiki dari semasa ke semasa. NIK FAZILAH BT MAT ZAIN MUHAMMAD IZZIYAD DARWISH B MOHD ROSLAN KUMP 11 Penambahbaikkan tandas sekolah. 2 LAILA BINTI OTHMAN MUHAMMAD FAIQ NAUFAL BIN MOHD FAIDZAL 3 TANJUNG Mengkaji harga makanan di kantin, sesuai dengan perbelanjaan dan saiz hidangan tersebut. Bukan semua anak-anak dapat duit belanja yang mencukup. Harga makanan dan minuman adalah berdasarkan tander yang dipersetujui merujuk garis panduan daripada Kementerian Pendidikan. Untuk pembayaran yuran, minta pihak sekolah untuk sediakan akaun nombor bagi tunjuan pembayaran yuran, tidak perlu ibu bapa yg bekerja untuk cuti dan beratur panjang sematamata untuk membayar yuran. Diharapkan pihak sekolah juga dapat memudahkan urusan kami. Dibenarkan membayar secara atas talian. Namun ibu bapa dan penjaga perlu kemukakan bukti pembayaran kepada guru kelas.
23 Cadangan BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID / ANAK JAGAAN KELAS USUL DAN CADANGAN TINDAKAN DAN MAKLUM BALAS 3 WAN ZULKIFLY BIN WAN JAAFAR WAN MUHAMMAD AFIQ BIN WAN ZULKIFLY 6 DAHLIA Sediakan almari dlm kelas. Loker hanya disediakan oleh KP hanya untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja buat masa ini. AMIERA BINTI ZAINUDIN SAFIYYA BINTI AZAM FIRDAUS 1 KENANGA Penyediaan loker. Susunan jadual waktu padat dan beg berat. RASHID IBRAHIM ALIF ZHAFRAN 2 ANGGERIK Menambah loker buku memandangkan beg sekolah terlalu berat sehingga beg rosak dan bagi mengurangkan buku dibawa ke sekolah. ARSYAD ZAKIR 1 MAWAR MIRA EMIRUL 6 MELUR Menyediakan loker unuk semua murid dan bukannya bagi murid-murid sesi petang sahaja. 4 MOHD SHAHARANI BIN SAIBI MUHAMMAD AIF AWWAL 3 MELUR Menukar baru semua kerusi dan meja murid-murid di dalam kelas dan menambah kipas di dewan dan dataran. Kelengkapan meja dan kerusi disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Proses membaikpulih dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dengan kerjasama PIBG. NUR IMANINA AMANI 2 MELATI Membaikpulih keadaan tandas murid dan menukar cermin tingkap yang uzur. 5 RAZZELLA FAYYADH RASYAD 1 ORKID Menambah baik keadaan kelas pelajar untuk keselesaan dengan penglibatan ibu bapa untuk membantu dari segi tenaga atau wang ringgit. Sekolah amat mengalu-alukan sumbangan dan penglibatan ibu bapa. Boleh berhubung secara langsung kepada pihak pentadbir. 6 RUTH ANAK PHILIPMON DOUGLAS ELSON ANAK TABUH 5 KENANGA Minta guru atau pengawas pantau semasa murid rehat kerana ada murid yang berani ambil makanan kawankawan. Ada juga meminjam duit kawan-kawan pada setiap waktu rehat. Bahkan ada murid yang tidak berani untuk memaklumkan kepada ibu bapa. Pemantauan oleh guru atau pengawas bertugas pada waktu rehat adalah perlu untuk elakkan perkara tersebut terus berlaku. Guru bertugas sentiasa membuat pemantauan pada waktu rehat setiap hari. Mohon ibu bapa atau penjaga memberi pesan kepada anak-anak untuk memaklumkan kepada guru sekiranya berlaku sesuatu salah laku. 7 SHAHRULZAMAN BIN MUSTAPHA ALBAKRI NUR ADRIANA ALYA 5 KENANGA Mencadangkan seorang pemantau tandas sekolah bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan sentiasa dalam keadaan baik untuk keselesaan murid-murid. Tandas dibersihkan 3 kali sehari. Harap ibu bapa dan penjaga mengingatkan anak menggunakan tandas dengan tatacara yang betul. 8 NORAZMIRA BINTI CHE ADNI MUHAMMAD AISY ISKANDAR BIN LUQMAN 1 SEROJA Pengurangan bilangan pelajar dalam 1 kelas. Tambahan kelas untuk murid darjah 1 supaya cikgu & pelajar lebih fokus bila waktu pembelajaran..ini akan membuatkn pelajar lebih selesa untuk belajar dan tiada pelajar yang ketinggalan dalam sesi pembelajaran. Bilangan murid yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam 1 kelas iaitu 47 orang (SKPI mempunyai 11 kelas bagi setiap aliran). 9 NORMALIA BINTI ADRUS NUR MARDHIYAH BINTI MOHAMMAD JEFRUL 4 ORKID Pintu tandas murid-murid dapat ditukar demi keselamatan mereka. Sentiasa dibaiki dari semasa ke semasa. ANNIE ANAK BALING ARIANNA MELLSELLYVIA ANAK ABAS 5 SEROJA Sila buat selak pintu tandas murid-murid perempuan. Anak selalu mengadu apabila ke tandas, pintu tiada selak. Ia membuatkan anak-anak tidak selesa apabila hendak membuang air besar atau air kecil. Air juga selalu tidak ada. Harap pihak tertentu dapat mengambil tindakan. Terima kasih. Sentiasa dibaiki dari semasa ke semasa. ZAITON BT JASMY ZAIREEN ARISHA BT MD ZAIDI 4 MELOR Selak pintu tandas perlu ada semua. Pintu tandas harus dibetulkan. Tandas perlu bersih. 10 MOHD AIMAN BIN YUSUF NUR AUFA QALESYA BINTI MOHD AIMAN 1 ORKID Harap kedai buku dapat menjual barang keperluan sahaja dan bukannya barang-barang yang tidak diperlukan oleh murid-murid. Semakan dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa. 11 ZAFIRAH AHMAD ZAN NUR QASEH QAISARA BINTI MUHAMMAD HAMZAH 3 TANJUNG Waktu rehat dipanjangkan (30 min). Telah dilaksanakan bagi sesi petang iaitu rehat selama 30 minit manakala sesi pagi 20 minit. Masa rehat sesi pagi tidak boleh ditambah kerana ia boleh menjejaskan waktu persekolahan sesi petang. (Balik lewat) 12 MOHD SYAZMI FAIZAL BIN ISMAIL NAUFAL QAYYIM 1 ORKID Menyediakan makanan dan minuman pagi percuma. Diluar bidang kuasa pihak sekolah.
24 Cadangan BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID / ANAK JAGAAN KELAS USUL DAN CADANGAN TINDAKAN DAN MAKLUM BALAS 13 NUR SHUHADA AMIR AZMI & AMIR WAFIY 5 SEROJA & 3 SEROJA Saya cadang tukar seluar sekolah warna biru mengikut baju vest pelajar. Contohnya kalau Pengawas Pusat Sumber vest coklat seluar sekolah jgk harus coklat biar nampak kemas, segak & tidak pelik. Pakaian sekolah mengikut garis panduan KPM. 14 ROZAIBAAH BINTI CHE AMAT RAISYAFIA BINTI SYAFIQ 1 ORKID Menggalakkan Solat Zohor untuk semua murid-murid Islam. Sekolah sentiasa membenarkan murid-murid menunaikan solat Zohor. 15 AZLIN ISLEEN BINTI AZMAN ALIA ARISSA BINTI MUHAMMAD KHAIDIR 2 ANGGERIK Harap guru kelas harus memastikan semua ibu bapa & anak murid diberi maklumat dengan jelas & awal..bukan last minute dan juga bukan mengharapkan ibu bapa lain yang memberi maklumat. Tak semua ibu bapa ade anak2 lain yg sekolah yg sama yg dpt info tentang program sekolah. Pada sy guru kelas lepas tangan pada orang lain.Mungkin guru lelaki tak alert. Tp perbuatan guru begini membuatkan saya sebagai ibu rase takda guna ade whatapps group kelas tp guru kelas hanya berdiam diri. Sekolah ambil maklum dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini. 16 MUHAMMAD FADHIL HAFIZ B MOHD YUSOFF MUHAMMAD AATHIF FAKHRUDDIN 3 TANJUNG Jualan air perlu dipantu di kantin sekolah sama ada menggunakan air bersih atau tidak termasuklah kualiti makanan yang dimasak untuk menjaga kesihatan murid. Pemantauan sentiasa dilakukan oleh guru dan KKM. 17 MOHD IKRAM BIN RAMLI MUHAMMAD IMRAN BIN MOHD IKRAM 3 ANGGERIK Pemasangan penghawa dingin di setiap kelas memandangkan cuaca sekarang terlalu panas. Diluar bidang kuasa pihak sekolah. 18 AMRINA BINTI SHAMSUDIN AMMAR ADRYAN BIN ABDULLAH 1 KENANGA Tangga di bahagian kantin boleh mencederakan kanakkanak. Pihak sekolah perlu menyediakan sejenis halangan supaya kanak-kanak tidak lalu di bawah tangga tersebut. Akan diambil tindakan. 19 ENGKU SYARUL SYAZUAN B TUAN DIN ENGKU KHAYLA RANIA 1 SEROJA Keadaan fasiliti dalam dan luar kelas tidak dalam keadaan baik yang akan menambahkan risiko kecederaan dan ketidakselesaan para pelajar. Pihak sekolah harus melaksanakan kerja penambahbaikan fasiliti seperti pintu, tingkap, kipas, longkang, rumah sampah, dan tandas. Penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa bersama PIBG. 20 NADILA SUHAILI BINTI IZHAM MUHAMMAD AMIRUL'ADLI BIN NOR AZMAN 2 KENANGA Menu RMT ditambah baik. Menu mengikut panduan daripada KPM. Pihak sekolah akan maklumkan kepada KPM untuk penambahbaikan. NUR ATHIRAH BINTI ZUKI 6 MELATI Akar dan tunggul kayu di laluan pejalan kaki hadapan sekolah perlu dibuang bagi meningkatkan keselamatan. Diluar bidang kuasa pihak sekolah. Bumbung di pagar harus dibaiki dengan kadar segera memandangkan boleh ia bocor dan menyebabkan kawasan tersebut berlecak. Penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa bersama PIBG. BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID / ANAK JAGAAN KELAS USUL DAN CADANGAN TINDAKAN DAN MAKLUM BALAS 1 JUNAINAH BINTI AHMAD TIADA TIADA Saya mencadangkan supaya badan beruniform dan rumah sukan dikekalkan untuk setiap tahun, tidak perlu bertukar setiap tahun sebab saya mengambil kira kos yang perlu diperuntukkan setiap tahun jika ada pertukaran seperti sekarang. Jika keluarga yang mempunyai anak lebih seorang atau dua orang, tentu kos utk pembelian baju badan beruniform akan membebankan mereka terutama untuk golongan keluarga B40. Keadaaan ekonomi yang tidak berapa memberangsangkan ketika ini sangat memberi kesan pada ramai keluarga. Sekali lagi saya mohon pihak sekolah untuk mempertimbangan cadangan saya ini. Saya juga mengambil kira dari sudut keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan keperluan sekolah anakanak sedangkan perkara itu wajib untuk mereka penuhi. Sekian terima kasih. Unit beruniform bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 tidak berubah. Hanya melibatkan perubahan kelab mengikut keperluan sekolah namun ia tidak melibatkan sebarang kos. D. Unit Kokurikulum
Perlembagaan PIBG
Cucur badak di kedai nenek, Murahnya harga dapat berjimat; Ajar budak akhlak yang baik, Dunia dibangga, akhirat selamat Pulang pemburu dengan riangnya, Dapat menghambat si anak rusa; Berjuang guru dengan ilmunya, Menobat martabat si anak bangsa. Ayu semarak di sisi bonda, Kekal berseri jambangan gelora; Guru pencorak generasi muda, Bakal mengisi kepimpinan negara.