The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku program INOVASI 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by analiza.azik, 2019-11-20 11:06:11

HARI INOVASI 2019

Buku program INOVASI 2019

KATA ALU -ALUAN PERASMI

Assalamualaikum arahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pertamanya marilah sama—sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka kita dapat bersama—sama
berkumpul dalam majlis Hari Inovasi MRSM Kubang Pasu 2019. Sambutan Hari
Inovasi MRSM Kubang Pasu untuk tahun 2019 dan juga tahun—tahun sebelum
ini membuktikan komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga kerja MRSM 
untuk terus membudayakan novasi dan kecemerlangan bagi meningkatkan
kecekapan dalam perkhidmatan.

Umumnya, inovasi merupakan hasil cetusan idea kreatif dan inovatif dalam
beberapa aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada
organisasi. Kita harus menyedari bahawa inovasi kini bukan sekadar kunci
kejayaan sesebuah organisasi, malah mampu memberi satu titik permulaan
kepada kemajuan MARA dan negara. Budaya kerja cemerlang dalam kalangan
warga guru dan staf hendaklah berterusan sepanjang masa bagi meningkatkan
budaya inovasi dalam perkhidmatan.

Sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Hari Inovasi MRSM Kubang Pasu
2019 atas kejayaan penganjuran program pada tahun ini.

Akhir kata, saya dengan ini mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah
dan syabas kepada semua penerima anugerah sempena majlis Hari Inovasi
MRSM Kubang Pasu 2019 bagi tahun ini. Semoga dengan kejayaan yang
diperolehi oleh penerima anugerah berupaya dicontohi oleh semua warga kerja
dan seterusnya menghidupkan lagi pembudayaan inovasi.

Sekian terima kasih.
 
KAMARUZAMAN BIN JAFFAR KMN
PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA

1

KATA ALU -ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya dapatlah saya menitipkan kata alu-
aluan dalam buku program Hari Inovasi 2019 peringkat MRSM Kubang Pasu.

Hari Inovasi 2019 merupakan kemuncak bagi kita meraikan kejayaan kepada
semua penerima anugerah inovasi yang bakal menerima anugerah dan sijil.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen warga kerja MRSM Kubang Pasu dalam
usaha untuk menghasilkan perkhidmatan terbaik kepada Institusi Pendidikan
MARA.

Di kesempatan ini, saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada
penerima-penerima anugerah dan sijil sempena Hari Inovasi MRSM Kubang
Pasu 2019. Kepada yang tidak terpilih pada tahun ini, tahniah dan terima kasih
kerana turut sama memberi sumbangan dalam peningkatan terhadap kreativiti
dan inovasi. Saya berharap agar pengiktirafan yang diterima akan memberi
suntikan semangat kepada warga kerja untuk menghasilkan inovasi yang  boleh
mengharumkan nama MRSM Kubang Pasu di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Inovasi MRSM Kubang Pasu
2019. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk menempa
kegemilangan seterusnya.

Sekian, terima kasih.
 
IBRAHIM BIN ABDULLAH 
TIMBALAN PENGETUA
KECEMERLANGAN AKADEMIK
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUBANG PASU

2

OBJEKTIF

MELAHIRKAN WARGA KERJA YANG DAPAT:
·    

MENGHASILKAN
DAN MENYUMBANG KERJA-KERJA YANG MEMENUHI

PIAWAIAN KUALITI YANG DITETAPKAN
·    

MENJALANKAN
TUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI DAN PENUH 

TANGGUNGJAWAB
·    

MEMPUNYAI
DAYA SAING SERTA IDEA KREATIF DAN INOVATIF

·    
MENJALANKAN
TUGAS DENGAN JUJUR, IKHLAS DAN AMANAH

3

ATUR CARA HARI INOVASI MRSM KUBANG PASU 2019

 

09.00 pagi   : Guru -guru dan staf mengambil tempat

09.15 pagi    : Ketibaan tetamu kehormat

: Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah,

Malaysia Bersih   dan Amanah Rakyat

                          : Bacaan Doa

      : Ucapan alu-aluan
Pengetua MRSM Kubang Pasu  

                         : Ucapan Perasmian

                           EN. KAMARUZAMAN BIN JAFFAR KMN   

    Pengarah

Bahagian Pendidikan Menengah MARA                               

   

                         : Penyampaian Sijil dan Anugerah

                         : Bacaan Ikrar Integriti Korporat

 

12.00 tengah hari  :  Jamuan

01.00  tengahhari    :MajlisBersurai

4

JAWATANKUASA 
SAMBUTAN HARI INOVASI
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUBANG PASU 2019

PENGERUSI
Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI I
En. Ibrahim bin Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI II
En. Eddy bin Awang

TIMBALAN PENGERUSI III
Pn. Siti Nur Adila bt Had
PENYELARAS
Pn. Norain bt Mohd Yusof
SETIAUSAHA

Pn. Nur Jazilah Amira bt Mohd Jamil

JEMPUTAN DAN SAMBUTAN PROTOKOL DAN PENGACARAAN
Pn. Radzwa bt Jayis (K) Ust. Mohd Hazlee bin Ku Shaari (K)

Cik Nur Nadiah bt Abdul Aziz En. Izwan bin Ishak
Pn. Kasmanita bt Abu Kassim Pn. Mardziana bt Mohamad Zuki
En. Muhammad Zahir bin Yaacob
BUKU PROGRAM
Pn. Haryati bt Md Saad Pn. Husni Za’im bt Abu Hasan (K)
En. Muhammad Izzuddin bin Lindang
PERSIAPAN TEMPAT
En. Mohd Nazri bin Halim (K) En. Naharul Azri bin Johar
Pn. Nur Razalina bt Azizan Pn. Nor Analiza bt Abd. Azik

Pn. Wan Azween bt Yusof SIJIL DAN PEMILIHAN ANUGERAH
Pn. Nor Hazila bt Hadin Ust. Ahmad Fahmie bin Abdul Manap (K)

HADIAH DAN CENDERAMATA Pn. Farida bt Udin
Pn. Fadhilah bt Mohamed Arif (K) Pn. Siti Aishah bt Endud
Pn. Fazilah bt Hamzah
Pn. Haryanti bt Mohd Hassan
Pn. Madhina Shia bt Mohd Ikram Ust. Zaid bin Yahya
En. Shariful Fadzli bin Md Hanafiah
Pn. Zuraida bt Yusop Pn. Sharifah Sofiah bt Syed Omar
Pn. Arisha Noormasriehan bt Ariffin Pn. Nor Fariza Hanom bt Sulaiman

Pn. Noor Azalina bt Abd. Ghani PERALATAN DAN SIARAYA
Pn. Nolie bt Shamshudin En. Mohd Zalani bin Mohd Nawi (K)

JAMUAN En. Mohd Hazril bin Rashid
Pn. Nur Syafawati bt Azizan (K) En. Adnan bin Basri
Pn. Haidatul Nazirah bt Mohamed Anas
Pn. Noorizdihar bt Che Ahmad 5

Pn. Maya Izra bt Yaakub
Pn. Wan Latipah bt Yusof

ANUGERAH INOVATIF BULANAN TAHUN 2018/2019
 (KATEGORIGURU)

6

ANUGERAH INOVATIF BULANAN TAHUN 2018/2019
 (KATEGORI STAF)

7

ANUGERAH TANPA CUTI SAKIT (KATEGORI GURU )
 

KRITERIA:
Tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang tempoh penilaian
Kedatangan tidak pernah melewati waktu bekerja
Waktu pulang melebihi waktu bekerja

8

9

ANUGERAH TANPA CUTI SAKIT (KATEGORI STAF)

 
KRITERIA:

Tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang tempoh penilaian
Kedatangan tidak pernah melewati waktu bekerja
Waktu pulang melebihi waktu bekerja

10

ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG 2018
( KATEGORI GURU )

KRITERIA:

Mencapai 85% dalam Laporan Prestasi Tahunan  (LPP)

11

12

ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG 2018
( KATEGORI STAF )

KRITERIA:

Mencapai 85% dalam Laporan Prestasi Tahunan  (LPP)

13

ANUGERAH GURU DAN STAF AKTIF
 KHIDMAT MASYARAKAT 2019

KRITERIA:
Melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di dalam dan di
luar maktab
Melibatkan diri secara aktif dalam program-program amal dalam
kemanusiaan yang melibatkan masyarakat dalam dan luar maktab
Sentiasa bersedia menyumbangkan tenaga dan buah fikiran apabila
diperlukan di dalam dan di luar maktab
Bersikap peramah dan sentiasa disenangi oleh masyarakat

KATEGORI GURU ( LELAKI & PEREMPUAN)

KATEGORI STAF ( LELAKI & PEREMPUAN)

14

ANUGERAH GURU DAN STAF
AKTIF KOKURIKULUM 2019

KRITERIA:
Penglibatan secara aktif dalam aktiviti atau program di peringkat maktab
seperti badan beruniform, kelab/persatuan dan sukan permainan
Melibatkan diri dalam kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi dalam
tempoh penilaian seperti mewakili maktab, agensi MARA, daerah, negeri
atau negara dalam aktiviti seperti badan beruniform, kelab/persatuan dan
sukan permainan
Bergiat secara aktif dalam program-program kokurikulum serta memberi
sumbangan dan buah fikiran kepada pembangunan badan
beruniform/kelab/persatuan dan sukan permainan

KATEGORI GURU ( LELAKI & PEREMPUAN)

KATEGORI STAF( LELAKI & PEREMPUAN)

15

ANUGERAH UNIT GURU DAN STAF INOVASI 2019

KRITERIA:
Unit berkenaan sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam
perkhidmatan ( Contoh: meningkatkan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan melalui cetusan idea baru atau penambahbaikan idea sedia ada
untuk kebaikan pelajar dan maktab)
Unit berkenaan sentiasa memberi buah fikiran, motivasi dan dorongan yang
sesuai kepada pelajar dan rakan sekerja untuk bersungguh-sungguh dalam
menjayakan tugasan yang diberikan
Unit berkenaan sentiasa mewujudkan kerjasama berkumpulan dalam
menghasilkan inovasi dan penambahbaikan terhadap tugas yang diberikan
yang akhirnya membawa impak positif dan berterusan kepada organisasi
Unit berkenaan sentiasa mewujudkan suasana kerja berkumpulan dalam
melatih, mengiringi, danmembantu pelajar untuk mewakili maktab
Unit berkenaan sentiasa menunjukkan suasana bekerjasama yang harmoni
dan mesra serta mampu menyesuaikandiri dalam keadaan
Unit berkenaan berjaya mewujudkankerjasama berkumpulan dalam
membantu mengharumkan imej maktab dan MARA khasnya

KATEGORI GURU

KATEGORI STAF

16

ANUGERAH GURU DAN STAF INOVASI 2019

KRITERIA:
Menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan dengan
melaksanakan tugasan secara kreatif, tekun,bersungguh-sungguh dan
bertanggungjawab
Memberi buah fikiran, motivasi dan dorongan yang sesuai kepada pelajar dan
rakan sekerja untuk memudahkan dan menjayakan tugasan yang diberikan
Menghasilkan penambahbaikan terhadap tugas yang diberikan yang
akhirnya membawa impak positif dan berterusan kepada organisasi
Melatih, mengiringi dan membantu pelajar dalam persiapan mewakili maktab
untuk sebarang pertandingan atau projek dengan penuh amanah dan
tanggungjawab demi memastikan kemenangan
Sentiasa menunjukkan suasana kerja yang harmoni dan mesra serta mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan
Sentiasa bersikap positif dan bersedia menyumbangkan tenaga dan masa
dalam melaksanakan setiap individu pelajar, maktab dan organisasi
Membantu mengharumkan imej MRSM Kubang Pasu dan MARA

KATEGORI GURU ( LELAKI & PEREMPUAN)

KATEGORI STAF ( LELAKI & PEREMPUAN)

17

ANUGERAH KUPA TERBILANG 2019

KRITERIA:
Mengharumkan nama MRSM Kubang Pasu dan MARA di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa         
Menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan dengan
melaksanakan tugasan secara kreatif, tekun, bersungguh-sungguh dan
bertanggungjawab       
Menghasilkan penambahbaikan terhadap tugas yang diberikan yang
akhirnya membawa impak positif dan berterusan kepada organisasi
Sentiasa bersikap positif dan bersedia menyumbangkan tenaga dan masa
dalam melaksanakan setiap individu pelajar, maktab dan organisasi

18

IKRAR INOVASI

 

BAHAWASANYA KAMI KAKITANGAN MARA,
SENTIASA KOMITED KEPADA PRODUKTIVITI

DAN INOVASI YANG BERKUALITI,
DEMI KEPENTINGAN AGAMA BANGSA DAN

NEGARA.

DENGAN INI,
KAMI BERIKRAR AKAN SENTIASA:

BERPEGANG TEGUH KEPADA
TERAS PERKHIDMATAN AWAM

MENYOKONG USAHA-USAHA
KE ARAH PENINGKATAN BERKUALITI DAN

INOVASI
DALAM PERKHIDMATAN MARA

DAN

MENJADIKAN KUALITI DAN INOVASI SEBAGAI
BUDAYA KERJA KAMI

19


Click to View FlipBook Version