1 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN (PPIP) SIDANG AKADEMIK 2022/2023 SEMESTER II LAPORAN INDIVIDU KHIDMAT KOMUNITI RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKKS) DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH NO. IC 001010-13-0170 NO. MATRIK 152189 NAMA SEKOLAH SMK KAI CHUNG, BINTANGOR TAHUN 3 / SIDANG AKADEMIK 2022/2023 PENSYARAH PENYELIA: DR. RABIATUL ADAWIAH AHMAD RASHID
2 PENGESAHAN LAPORAN RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKK-S) Saya yang bernama seperti dibawah, mengaku telah melaksanakan Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung, Bintangor, Sarawak bermula 7 Ogos 2023 hingga 3 September 2023. Tandatangan : Nama : SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH Nombor Matrik : 152189 Program : SASTERA DENGAN PENDIDIKAN Sekolah : SMK KAI CHUNG Telah diperakui bahawa penama di atas telah melaksanakan Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung, Bintangor, Sarawak bermula 7 Ogos 2023 hingga 3 September 2023. Tandatangan : Nama : ENCIK ALEX ANAK BUNGAN Jawatan : KETUA PANITIA SEJARAH, GURU AKADEMIK
3 SENARAI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT Senarai Kandungan 3 1.0 Pengenalan 4-5 2.0 Perbincangan Berkaitan 4 Komponen ROKK-S 2.1 Pengurusan Sekolah 6-10 2.2 Aktiviti Kurikulum 10-11 2.3 Prasarana Sekolah 11-12 2.4 Aktiviti Kokurikulum 12-13 3.0 Refleksi Pelajar tentang Keberadaan di Sekolah 13 4.0 Penutup 14 Lampiran 15-19 Laporan Projek Komuniti Sekolah 20-25 Borang Senarai Aktiviti Harian 26-31
4 1.0 PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung merupakan dua buah sekolah. Ia dimulakan dengan penubuhan sebuah sekolah rendah Cina yang pertama yang bernama Sekolah Kai Wen pada 1922 berhampiran Industri Lim Chui Seng di Binatang (kini Bintangor). Pada 1932, Sekolah Wak Nam Primary School ditubuhkan oleh komuniti Hock Kien (Amoy) di Binatang. Memandangkan jarak Kai Wen Primary School dan Chung Kwok Public School agak jauh, ditambah pula keadaan bangunan yang kurang baik serta kemudahan yang tidak sempurna, lebih-lebih lagi bilangan murid yang amat sedikit, maka timbullah usaha-usaha untuk menyatukan kedua-dua sekolah ini pada tahun 1951. khirnya pada 1953, kedua-dua sekolah ini disatukan menjadi Kai Chung Secondary and Primary School yang diletakkan di bawah satu pengurusan sahaja. Kini, SMK Kai Chung diterajui oleh Encik Nguang Seng bermula pada tahun 2022. Di bawah kepimpinan beliau, terdapat 3 orang Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Cik Kuok Sing Ling, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Tang Hung Kiong dan Penolong Kanan Kokurikulum Encik Hasminie bin Hussen. Tampuk kepimpinan Pengetua Encik Nguang Seng juga berbahagi kepada beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan dan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kokurikulum. Visi SMK Kai Chung adalah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera manakala Misi SMK Kai Chung pula adalah Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Moto sekolah ini ialah Kecergasan Untuk Kemajuan. SMK Kai Chung juga mempunyai Moto Sekolah iaitu Menuju Kegemilangan! dan Slogan Sekolah iaitu Forward Kai Chung! Terdapat juga 8 fokus utama SMK Kai Chung antaranya ialah Memantapkan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah yang berkesan. Selain itu, terdapat juga 12 Matlamat Sekolah dan antaranya ialah Meningkatan kualiti dan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, 3k [kebersihan, kesihatan dan keselamatan] dan sahsiah murid.
5 LOGO SMK KAI CHUNG
6 2.0 PERBINCANGAN BERKAITAN 4 KOMPONEN ROKK-S 2.1 KOMPONEN A: PENGURUSAN SEKOLAH Bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan pengurusan sekolah, saya dan seorang lagi rakan telah menemubual Pengetua SMK Kai Chung, Encik Nguang Seng bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Menurut Encik Nguang Seng, pengurusan dan pentadbiran sekolah terbahagi kepada 5 bahagian yang penting bagi membentuk pengurusan dan pentadbiran yang lancar dan telus iaitu Pengurusan Am, Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Pengusuran Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kokurikulum. Encik Nguang Seng menjelaskan bahawa Pengurusan Am sekolah adalah berkaitan dengan visi dan misi sekolah, falsafah, moto dan slogan sekolah, matlamat dan beberapa aspek lain yang menjadi panduan hala tuju sekolah. Semasa menemubual Encik Nguang Seng, saya dan rakan telah mengajukan soalan yang berkaitan dengan cabaran terbesar beliau dalam menjalankan tugasan dan amanah sebagai pentadbir tertinggi. Oleh itu, Encik Nguang Seng menjelaskan bahawa terdapat 3 cabaran utama yang dihadapi oleh beliau dalam menjalankan tugas dan amanah di SMK Kai Chung iaitu dari segi kewangan kerana kekangan kewangan telah menyebabkan pelbagai aktiviti menaiktaraf kemudahan prasarana sekolah agak terhad. Seterusnya cabaran dari segi peratusan kelulusan SPM apabila pelajar berbangsa cina mengalami masaah dalam menguasai subjek bahasa sehingga menyebabkan peratusan kelulusan SPM agak rendah. Oleh itu beliau mengambil langkah untuk memikirkan cara yang oleh membantu meningkatkan kelulusan SPM. Cabaran yang terakhir ialah dari segi sumber manusia apabila SMK Kai Chung mengalami masalah kekurangan tenaga pengajar. Selain itu, saya juga telah bertanyakan soalan berkenaan dengan strategi yang digunakan bagi menyelesaikan konflik antara murid, guru dan ibubapa. Oleh hal yang demikian, Encik Nguang Seng berpendapat bahawa konflik tersebut mampu diselesaikan dengan mengadakan perjumpaan secara bersemuka antara ketiga-tiga pihak tersebut berdasarkan SOP dan SPI yang telah ditetapkan. Bagi kes yang agak berat dan diluar bidang kuasa pihak pengurusan sekolah memerlukan penglibatan pihak polis dan pihak lembaga sekolah. Bagi konflik dalaman pula, beliau mengambil langkah untuk membuat program mentoring dan berbincang dengan Majlis Pengurusan Tertinggi Sekolah serta ibu bapa. Soalan yang terakhir diajukan kepada Encik Nguang Seng ialah berkenaan dengan Kelab Guru atau di SMK Kai Chung kelab ini dikenali sebagai Kelab Kebajikan Guru. Penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membantu guru terutama sekali dalam guru yang menghadapi masalah kewangan.
7 Oleh itu, kelab guru di sekolah ini diterajui oleh AJK kelab guru sendiri. Pengetua hanya berperanan sebagai ex-official dan tidak boleh terlibat secara langsung dalam kelab tersebut. Temubual bersama Pengetua SMK Kai Chung, Encik Nguang Seng. Dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan dengan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah, saya dan rakan telah menemubual Penolong Kanan Pentadbiran Cik Kuok Sing Ling. Elemen Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah ini terdiri daripada panduan am staf, takwim persekolahan, cuti perayaan, takwim sekolah, jadual waktu, senarai staf dan senarai jawatankuasa pengurusan dan pentabiran. Berdasarkan temubual bersama Cik Kuok Sing Ling, seramai 68 orang staf akademik dan 8 pembantu tadbir yang bertugas di SMK Kai Chung. Di bawah senarai staf tersebut, terdapat 14 buah Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran di bawah naungan Encik Nguang Seng. Jawatankuasa ini diketuai boleh Majlis Pengurusan Tertinggi (G10). Selain itu, saya dan rakan juga telah mengajukan soalan berkaitan dengan bidang kuasa yang perlu digalas oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Cik Kuok Sing Ling menyatakan bahawa bidang kuasa beliau adalah menyelaraskan akademik dari segi guru yang mengajar dan guru kelas ganti ‘Coach-in’. Selain itu, beliau juga berperanan untuk memastikan kehadiran guru dalam peratusan yang baik. Beliau juga menjelaskan bahawa seseorang Penolong Kanan Pentadbiran juga berperanan sebagai pengganti pengetua sekiranya pengetua berada di luar kawasan.
8 Temubual bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Kuok Sing Ling. Dari segi Pengurusan Hal Ehwal Murid, kami telah menemubual Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Tang Hung Kiong. Menurut beliau, di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid, terdapat 4 unit hal ehwal murid sekolah iaitu Pentadbiran Am, Majlis Kepimpinan Pelajar, Kebajikan dan Program. Pembahagian tugas ini adalah bagi memastikan pelajar yang dilahirkan dari SMK Kai Chung terjamin dari pelbagai sudut sama ada akademik, kepimpinan serta kebajikan. Puan Tang Hung Kiong juga menjelaskan bahawa Pengurusan Hal Ehwal Murid memperuntukkan 26 jenis Jawatankuasa bagi menjalankan tugas hal ehwal murid di SMK Kai Chung. Semasa temubual dijalankan, kami juga telah mengajukan soalan berkenaan dengan sahsiah dan disiplin pelajar di SMK Kai Chung. Puan Tang Hung Kiong menyatakan bahawa sahsiah dan disiplin pelajar masih dalam keadaan yang baik. SMK Kai Chung turut menjalankan Program Wajar Diri. Program ini bertujuan untuk memberikan markah merit kepada pelajar yang bersikap positif dan menggalakkan pelajar untuk menerapkan sahsiah yang baik. Selain itu, Puan Tang Hung Kiong juga sempat menjelaskan berkenaan dengan langkah yang diambil oleh pihak sekolah sekiranya berlakunya masalah disiplin. Bermula pada tahun 2020, pihak sekolah telah menubuhkan Majlis Kepimpinan Pelajar yang terdiri daripada 5 lembaga pengawas iaitu pengawas sekolah, pengawas kokurikulum, pengawas bilik darjah, pengawas perpustakaan, pengawas koperasi dan pengawas SPBT. Penubuhan majlis ini bertujuan bagi meningkatkan bilangan pelajar yang menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin bagi mengurangkan masalah disiplin. Pada tahun ini, jumlah keseluruhan pelajar di SMK Kai Chung adalah sebanyak 931 orang dan seramai 300 orang daripada jumlah tersebut adalah Majlis Kepimpinan Pelajar.
9 Temubual bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Tang Hung Kiong. Dari segi Pengurusan Kokurikulum, kami sempat berjumpa dengan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Hasminie bin Hussen. Beliau menjelaskan bahawa melalui Pengurusan Kokurikulum wujudnya carta organisasi jawatankuasa pengurusan kokurikulum, jawatakuasa dan guru penasihat sukan dan kokurikulum, takwim MSSB Sarikei, jawatankuasa sukan dan kokurikulum, guru penasihat yang bertanggungjawab untuk pertandingan kokurikulum, senarai nama guru rumah sukan serta penetapan jadual dan lokasi perjumpaan aktiviti kokurikulum. Oleh hal yang demikian, Encik Hasminie bin Hussen turut menjelaska bahawa SMK Kai Chung turut menawarkan 12 jenis Unit Beruniform, 9 Jenis Sukan & Permainan, 13 jenis Kelab & Persatuan dan 4 jenis Kelab Kerohanian. Saya dan rakan turut meminta pendapat beliau berkenaan dengan kaedah yang diaplikasikan oleh beliau bagi memastikan para pelajar mengimbangi pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Menurut Encik Hasminie bin Hussen, pelajar yang bergiat aktif dalam kokurikulum yang layak mewakili sekolah diberikan beberapa syarat. Contohnya pelajar yang dibenarkan mewakili sekolah perlu membawa buku untuk mengulang kaji pelajaran. Selain itu, pihak sekolah juga menggalakkan pelajar unrtuk menglibatkan aktiviti kokurikulum supaya mempunyai rekod penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan seimbang dengan akademik.
10 Temubual bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Hasminie bin Hussen. 2.2 KOMPONEN B: AKTIVITI KURIKULUM SMK Kai Chung merupakan satu-satunya sekolah menengah yang berada di dalam kawasan Pekan Bintangor. Sekolah ini merupakan sekolah yang bergred A dan mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi Pagi. SMK Kai Chung ini juga merupakan sebuah sekolah jenis bantuan kerajaan. Sekolah ini menawarkan tingkatan menengah rendah iaitu Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 3 serta menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5. Tingkatan Peralihan hanya terdapat dua kelas sahaja. Manakala, tingkatan 1, 2 dan 3 terdapat kelas A, B, C, D, E, F, dan G. Berbeza dengan tingkatan 4 dan tingkatan 5 menawarkan kelas A1, A2, A3, A4, A5, S1 dan S2. SMK Meradong juga merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). TS25 merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan Malaysia kearah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Program ini diharapkan mampu membentuk guru-guru yang dapat mengaplikasikan amalan PdP terbaik, mewujudkan persekitaran PdP yang kondusif, berwawasan dan sebagainya bagi melahirkan model insan yang unggul. Berdasarkan temubual bersama Penolong Kanan Pentadbiran, berdapat beberapa aktiviti kurikulum yang telah dijalankan oleh pihak sekolah sebagau satu inisitaif bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar di SMK Meradong. Pada 24 Julai 2023, Program Hati ke Hati telah dianjurkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Meradong. Semua guru subjek sejarah dikehendaki pergi
11 ke Pejabat Pendidikan Daerah Meradong untu mendapatka motivasi daripada Pegawai Pendidikan Daerah Meradong. Selain itu, inisiatif daripada pihak Yayasan Sarawak juga telah menyumbangkan kepada aktivti kurikulum di sekolah ini. Pihak Yayasan Sarawak telah memberikan sumbangan kepada pihak sekolah untuk menjalankan Kelas Tambahan Yayasan Sarawak yang melibatkan semua matapelajaran. Sumbangan yang diterima daripada pihak Yayasan Sarawak adalah bagi membayar aunororium kepada guru sebanyak RM25.00 per jam. Terdapat beberapa aktiviti kurikulum yang lain yang telah diadakan di sekolah ini termasuklah Permuafakatan Ibu Bapa dan Teknik Menjawab Soalan. Sepanjang menjalankan ROKK-S di SMK Kai Chung, kami sempat terlibat dalam dua aktiviti kurikulum iaitu Program Santunan SPM dan Program Jelajah Kolej Vokasional. Prgram Santunan SPM melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM. Program ini telah diadakan pada 8 Ogos 2023. Program ini telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Meradong. Manakala, Program Jelajah Kolej Vokasional pula telah disampaikan oleh pensyarah yang bertugas di Kolej Vokasional Sibu. Program ini pula melibatkan semua pelajar tingkatan 3. Kedua-dua program ini bertujuan bagi memberi motivasi kepada pelajar. 2.3 KOMPONEN C: PRASARANA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung berkeluasan 5.886 Ekar bersamaan dengan 2.3823 Hektar yang terletak berhampiran dengan Pekan Bintangor. Keluasan ini menempatkan sebanyak 34 buah kelas bagi menampung seramai 947 orang pelajar pada tahun 2023. Berdasarkan lawatan ke kawasan sekitar sekolah, terdapat 6 blok bangunan yang terdapat di sekolah ini yang telah terbahagi kepada Blok A, B, C, D dan E. Blok A merupakan blok pentadbiran bagi SMK Kai Chung yang telah menempatkan Bilik Guru, Bilik Pengetua, Pejabat Am, Bilik Penolong Kanan, Bilik Ketua Bidang, Bilik Guru Disiplin dan beberapa bilik lain bagi memudahkan pengurusan sekolah. Prasarana yang turut terdapat di sekolah ini juga telah membantu melancarkan proses pembelajaran. Hal ini kerana sekolah ini telah menempatkan 6 unit makmal yang terbahagi kepada makmal Sains, makmal Biologi, makmal Fizik dan makmal Kimia yang bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran aliran sains. Selain itu, terdapat dua unit Bengkel Reka Bentuk Teknologi dan dua unit Bengkel Pendidikan Seni Visual bagi tujuan kerja-kerja yang berkaitan dengan matapelajaran Reka Bentuk Teknologi dan Pendidikan Seni Visual yang memerlukan penggunaan mesin khas. Bagi matapelajaran Pendidikan Islam, sekolah ini juga mempunyai kemudahan Bilik Pendidikan Islam. Penubuhan bilik ini adalah bertujuan bagi memudahkan pelajar
12 kelas gabungan pelajar Islam yang mengikuti kelas Pendidikan Islam. Bilik Pendidikan Islam ini diketuai oleh Ustaz Zulfiqar. Seterusnya, terdapat bilik-bilik khas yang menyediakan perkhidmatan yang tertentu. Sekolah ini telah menempatkan sebuah Bilik Pusat Sumber yang menyediakan perkhidmatan peminjaman buku. Bilik Pusat Sumber ini juga akan dibuka kepada kepada pelajar setiap hari semasa waktu rehat. 1 unit Bilik Bimbingan & Kaunseling juga terdapat di Blok A yang diketuai oleh kaunselor sekolah iaitu Encik Yong Eng Wah. Bilik Bimbingan & Kaunseling tersebut digunakan oleh kaunselor menjalankan sesi Bimbingan & Kaunseling kepada pelajar yang memerlukan. Di samping itu, 1 unit Bilik Mesyuarat terdapat di sekolah ini adalah bagi kegunaan sesi mesyuarat guruguru. Bilik mesyuarat ini juga merupakan lokasi yang dipilih bagi menjalankan Program Bicara Jambatan Kerjaya. Di bahagian tingkat 1 Blok A terdapat sebuah bilik cetak yang dikendalikan oleh pembantu tadbir bagi membantu guru-guru yang memerlukan perkhidmatan mencetak latihan pelajar. Bagi kemudahan sukan, SMK Kai Chung juga terdapat beberapa kemudahan sukan seperti gelanggang Petanque, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring, bilik gimnasium, bilik rekreasi serta stor sukan. Secara keseluruhannya, segala kemudahan dan prasarana yang terdapat di SMK Kai Chung bebas digunakan oleh guru dan pelajar di sekolah ini. 2.4 KOMPONEN D: AKTIVITI KOKURIKULUM SMK Kai Chung telah menawarkan 12 jenis Badan Beuniform, 13 jenis Kelab & Persatuan, 9 jenis Sukan & Permainan dan 4 jenis Kelab Kerohanian. Semua pelajar wajib menyertai keemat-empat jenis badan dan kelab kokurikulum ini bagi memenuhi syarat dan mendapat markah kokurikulum. Oleh hal yang demikian, antara Badan Uniform yang ditawarkan di SMK Kai Chung ialah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Silat, Briged Puteri, Briged Putera, Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah, Kor Kadet Polis dan Taekwondo. Bulan Sabit Merah pula terbahagi kepada 3 tahap iaitu tahap 1, 2 dan 3. Begitu juga Pengakap. Pengakap terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 dan 2. Semua Badan Beruniform ini telah diketuai oleh seorang penyelaras iaitu Penyelaras Badan Berniform, Encik Imran Bin Ismet. Seterusnya, Puan Jessica Dora pula memainkan peranan sebagai Penyelaras Kelab & Permainan. Kelab & Permainan yang ditawarkan di sekolah ini ialah Kelab Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Seni Visual, Doktor Muda, Bimbingan & Kerjaya, STEM, PALS/Keceriaan, Leo (LION), Kebudayaan, Sejarah, Pencegahan Jenayah dan ICT. Manakala bagi Sukan & Permainan pula, terdapat Bola Tampar, Bola Jaring, Sepak Takraw, Pingpong, Olahraga, Catur, Bola Sepak, Bola Keranjang dan Badminton. Kepelbagaian agama dalam kalangan pelajar telah menyebabkan SMK Kai
13 Chung menawarkan empat jenis kelab keagamaan iaitu Persatuan Agama Islam, ISCF, Persatuan Buddha dan YCS. Bidang kokurikulum ini bukan sahaja bertujuan bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kelab-kelab yang diluar bidang pembelajaran malah menggalakkan pelajar terlibat dalam bidang kepimpinan. Hal ini kerana, setiap Badan Beruniform, Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan serta Kelab Keagamaan memerlukan pelajar yang menjawat jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari dan naib bendahari. Aktiviti kokurikulum juga akan dijalankan pada hari Rabu (1330-1630) iaitu bagi Badan Beruniform dan Kelab & Persatuan dan hari Khamis (1330-1630) bagi Sukan & Permainan. Sepanjang menjalani ROKK-S selama tiga minggu di SMK Kai Chung, saya dan rakan sempat menyertai Kem Kepimpinan Badan Beruniform iaitu pada 26 Ogos 2023. Saya dan rakan telah ditugaskan sebagai jurulatih kumpulan dan hakim masakan rimba yang diadakan pada bahagian pagi hari tersebut. Pertandingan Masakan Rimba bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan cara masakan yang menggunakan kayu api seperti zaman dahulu. Kem ini berjalan selama dua hari namun saya dan rakan hanya diminta menghadirkan diri pada 26 Ogos 2023 sahaja. Seramai 100 orang pelajar telah mengikuti Kem Kepimpinan ini iaitu terdiri daripada pelbagai Badan Beruniform. 3.0 REFLEKSI PELAJAR TENTANG KEBERADAAN DI SEKOLAH Sepanjang tiga minggu menjalani Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah (ROKK-S) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung, Bintangor yang bermula pada 7 Ogos 2023 hingga 26 Ogos 2023, pihak sekolah sengat mengalu-alukan dan menerima baik kedatangan kami di sekolah tersebut. Semua guru sangat memberi kerjasama dan sedia berkongsi ilmu kepada kami sepanjang kami berada di sekolah tersebut. Banyak pengalaman yang tidak diperolehi ketika berada di dalam Dewan Kuliah telah kami perolehi semasa berada di SMK Kai Chung. Sepanjang menjalani ROKKS, banyak pengalaman dan pengetahuan telah saya perolehi termasuklah dalam pengurusan sekolah, kelas, masa, pelajar dan sebagainya. Hal ini telah membuka mata saya dan sedar bahawa profesion seorang guru bukanlah satu profesion yang mudah kerana tanggungjawab yang digalas oleh seorang guru adalah sangat besar iaitu membentuk kemenjadian pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
14 4.0 PENUTUP Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah (ROKK-S) ini telah banyak memberi pendedahan dan pengetahuan kepada saya yang hadir ke SMK Kai Chung sebagai guru pelatih atau guru bayangan tentang realiti profesion seorang guru. Profesion guru ini bukanlah terhad sebagai tenaga pengajar semata-mata, tetapi seorang guru juga mempunyai pelbagai tugasan di luar kelas yang melibatkan program-program yang bertujuan bagi memastikan kemenjadian pelajar terjamin. Oleh hal yang demikian, saya yakin bahawa pengalaman dan pengetahuan sepanjang tiga minggi yang diperolehi melalui ROKK-S ini dapat menjadi persediaan sebelum menghadapi Latihan Mengajar semasa berada di Semester 8 dan seterusnya ketika sudah bergelar seorang guru kelak. Bukan itu sahaja, segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan kepada SMK Kai Chung telah menjadikan saya lebih bersemangat bagi meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang guru apabila mendapat pelbagai meklum balas yang positif daripada guru serta pihak pengurusan sekolah. Maka, dengan ini saya amat berterima kasih kepada Encik Nguang Seng, Pengetua SMK Kai Chung, guru pembimbing saya, Encik Alex anak Bungan serta semua yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menjalni ROKK-S ini.
15 LAMPIRAN MINGGU PERTAMA ROKK-S \
16 MINGGU KEDUA ROKK-S \
17 MINGGU KETIGA ROKK-S
18 \
19
20 UNIVERSITI SAINS MALYSIA PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN (PPIP) SIDANG AKADEMIK 2022/2023 SEMESTER II LAPORAN PROJEK KOMUNITI PROJEK BICARA JAMBATAN KERJAYA DISEDIAKAN OLEH: SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH 152189 TARIKH: 23 OGOS 2023 TEMPAT: BILIK MESYUARAT SMK KAI CHUNG ANJURAN BERSAMA: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK KAI CHUNG
21 1.0 PENGENALAN Setelah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan mendapat arahan daripada Pengerusi Rancangan Latihan Mengajar, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, saya dan seorang rakan yang lain lagi telah mula menjalani Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah (ROKK-S) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung, Bintangor, Sarawak. Kami memilih sekolah tersebut kerana kami merupakan bekas pelajar sekolah tersebut dan faktor jarak yang agak dekat dari tempat kediaman. Oleh itu, kami berjaya menjalani ROKK-S dengan jayanya berpandu kepada objektif-objektif utama rancangan tersebut, iaitu memahami dan mempelajari pengurusan, persekitaran, budaya kerja sekolah, mempelajari dan memahami tugas dan tanggungjawab seorang Guru Bayangan (Shadow Teacher) serta menyumbang tenaga melalui satu projek khas khidmat komuniti dan pilihan pelajar (guru pelatih). Bagi melaksanakan objektif ketiga yang termatera dalam syarat-syarat ROKK-S, saya telah menjayakan sebuah projek komuniti di SMK Kai Chung. Projek ini merupakan salah satu projek yang dijalankan atas nasihat Unit Bimbingan & Kaunseling iaitu Puan Lydiawati binti Marusin yang menyatakan bahawa pelajar Tingkatan 4 memerlukan pendedahan awal berkaitan dengan jalan kerjaya sejurus sahaja mereka menduduki peperiksaan SPM nanti. Oleh itu, setelah mendapat kata putus dari kedua-dua pihak, saya telah membuat kertas kerja dan dihantarkan kepada Pengetua SMK Kai Chung, Encik Nguang Seng dan beliau telah menerima baik cadangan tersebut dan meluluskan projek komuniti ini. Syukur, dengan izin-Nya, program yang diadakan pada 23 Ogos 2023 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. 2.0 LATAR BELAKANG Program Bicara Jambatan Kerjaya ini merupakan sebuah program yang telah dicadangkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Kuok Sing Ling dan Kaunselor Sekolah, Puan Lydiawati bin Marusin. Program ini berfokuskan kepada ceramah kepada pelajar Tingkatan 4A1 dan 4A2 yang diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Kai Chung. Melalui projek ini, murid akan diberikan pendedahan awal mengenai laluan kerjaya yang boleh dipilih setelah selesai menduduki peperiksaan STPM. Projek ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh saya sendiri selaku penceramah dan dibantu oleh rakan saya dan Puan Lydiawati.
22 3.0 OBJEKTIF PROJEK Antara objektif projek ini dijalankan ialah: 2.0 Memberi pendedahan laluan kerjaya kepada pelajar. 2.1 Mempertingkatkan semangat pelajar dalam pelajaran untuk mencapai cita-cita. 4.0 MAKLUMAT PROJEK Nama Projek : Program Bicara Jambatan Kerjaya Dilaksanakan Oleh : Guru pelatih dari Universiti Sains Malaysia Tarikh Projek : 23 Ogos 2023 Tempat Projek: Bilik Mesyuarat SMK Kai Chung 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua pelajar Tingkatan 4A1 dan Tingkatan 4A2. 6.0 ORGANISASI Pengarah Projek : Siti Zulaikha binti Abdullah Penasihat : Pn Lydiawati Binti Marusin : En Yong Heng Wah Mentor : En Alex Anak Bungan 7.0 TENTATIF PROGRAM Masa Aktiviti 7.50 pagi • Pelajar kelas 4A1 dan 4A2 bergerak ke Bilik Mesyuarat SMK Kai Chung. 8.00 pagi • Ceramah “Bicara Jambatan Kerjaya” bermula. 8.50 pagi • Sesi soal jawab 9.00 pagi • Bersurai
23 7.0 PENUTUP Syukur kehadrat illahi, program yang ringkas dan padat ini dpaat dijalankan dengan lancar dan telah mendapat komen yang positif daripada pelajar dan guru-guru SMK Kai Chung. Hal ini kerana mereka berpendapat bahawa pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi adalah bersifat terkini dan mampu menarik minat pelajar supaya lebih bersemangat untuk belajar dan memastikan diri mereka berjaya memilih laluan kerjaya yang sesuai. Di samping itu, projek ini turut memberikan pengetahuan baharu kepada saya terutama sekali cara menyampaikan ceramah kepada pelajar, cara menarik minat pelajar, penggunaan laras bahasa yang sesuai bagi menjamin kefahaman pelajar dan sebagaiya. Perkara ini sedikit sebanyak telah membantu saya meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang perguruan serta kemahiran insaniah saya sebagai seorang yang bergelar bakal guru.
24 LAMPIRAN PROGRAM BICARA JAMBATAN KERJAYA
25
26 Cop Sekolah: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Nama Pelajar : SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH No. Kad Pengenalan : 001010-13-0170 BORANG SENARAI AKTIVITI HARIAN RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKK-S) Hari Tarikh Butiran Aktiviti 1 7/8/2023 (Isnin) • Sesi suai kenal bersama Pengetua SMK Kai Chung (SMKKC), Encik Nguang Seng dan melapor diri untuk menjalankan Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah (ROKK-S). • Menyerahkan segala dokumen yang dibawa dari Universiti Sains Malaysia iaitu surat makluman kebenaran menjalankan Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah (ROKK-S) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Borang Maklum Balas Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah (ROKK-S), Borang Penamaan Guru Pembimbing dan Maklumat Asas Rancangan Orientasi Kendiri KomunitiSekolah (ROKK-S). • Sesi suai kenal bersama Pihak Pengurusan Sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran Cik Kuok Sing Ling, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Tang Hung Kiong dan Penolong Kanan Kokurikulum Encik Hasminie Bin Hussen. • Pengagihan Guru Pembimbing oleh Penolong Kanan Pentadbiran Cik Kuok Sing Ling. • Sesi suai kenal bersama Guru Pembimbing Encik Alex anak Bungan dan perbincangan mengenai perancangan sepanjang menjalankan ROKK-S.
27 2 8/8/2023 (Selasa) • Berjumpa dengan Pengetua SMK Kai Chung, Encik Nguang Seng untuk membuat perbincangan awal berkenaan projek yang ingin dilakukan di sekolah tersebut bagi memenuhi syarat menjalankan ROKK-S. • Meneruskan perbincangan projek bersama Penolong Kanan Pentadbiran Cik Kuok Sing Ling. • Membuat lawatan ke kawasan sekolah bagi mengenalpasti lokasi kelas, makmal sains, pusat sumber, bilik mesyuarat dan sebagainya. • Menjadi guru pengiring bagi mengiringi pelajar Tingkatan 5 dalam Program Santunan SPM PPD Meradong yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Puan Sharifah Idawati binti Wan Ahmad. 3 9/8/2023 (Rabu) • Membantu Guru Pembimbing Encik Alex anak Bungan menyemak kertas peperiksaan AR2 matapelajaran sejarah bagi kelas 5A1, 5A2 dan 5A4. • Meneruskan perbincangan pelaksanaan projek bersama rakan yang turut menjalankan ROKK-S iaitu Amy Sii Chian Wen. • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 2D dan 4S1/4S2 iaitu sebagai pengawas peperiksaan AR2 yang sedang dijalankan. • Menjalankan temubual bersama Penolong Kanan Pentadbiran Cik Kuok Sing Ling, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Tang Hung Kiong dan Penolong Kanan Kokurikulum Encik Hasminie bin Hussen. 4 10/8/2023 (Khamis) • Membuat kertas kerja projek iaitu projek ceramah kepada pelajar tingkatan 4A1 dan 4A2 yang dinamakan sebagai Program Bicara Jambatan Kerjaya. • Berjumpa dengan Guru Kaunseling, Puan Lydiawati binti Marusin bagi berbincang mengenai kolaborasi program yang hendak dijalankan kepada pelajar dan meminta pendapat Guru Kaunseling tentang sasaran pelajar yang sesuai, masa yang sesuai dan lokasi yang sesuai bagi menjalankan program. • Mengumpul dan membuat huraian maklumat yang telah
28 diperolehi daripada temubual yang dijalankan dan mengumpul gambar sebagai bukti temubual • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 5A4 dan 5A2 iaitu sebagai pengawas peperiksaan AR2 yang sedang dijalankan. 5 11/8/2023 (Jumaat) • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 1A dan 4A4 iaitu sebagai pengawas peperiksaan AR2 yang sedang dijalankan. • Berjumpa dengan Pengetua SMK Kai Chung Encik Nguang Seng untuk membentangkan kertas kerja projek dan mendapatkan kelulusan projek. • Berjumpa dengan Guru Pembimbing Encik Alex anak Bungan untuk menerangkan projek yang akan dijalankan. 6 14/8/2023 (Isnin) • Berjumpa dengan Guru Kaunseling Puan Lydiawati binti Marusin untuk membuat tempahan lokasi, membuat hebahan kepada guru kelas berkenaan dengan program yang akan dijalankan. • Membuat persediaan awal projek iaitu menyediakan poster program dan membuat rangka awal slaid yang akan ditayangkan pada hari program. • Berbincang dengan Guru Penyelaras Pasukan Badan Beruniform iaitu Encik Imran bin Ismet berkenaan dengan penglibatan dalam Kem Kepimpinan Kokurikulum. 7 15/8/2023 (Selasa) • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 2D dan 4A4 iaitu sebagai pengawas peperiksaan AR2 yang sedang dijalankan. • Menyediakan slaid, mengumpul maklumat serta gambar yang berkenaan bagi digunakan semasa Program Bicara Jambatan Kerjaya. • Berjumpa dengan Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong, Puan Annie Chu bagi meminta pencerahan mengenai tugasan penghasilan brosur yang diberikan. • Menyediakan brosur Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong.
29 8 16/8/2023 (Rabu) • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 5A2 dan 5A4 iaitu sebagai pengawas peperiksaan AR2 yang sedang dijalankan. Kelas ganti Tingkatan 3B menjalankan aktiviti ringkas iaitu teka silang kata. • Membuat persediaan Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong. • Membantu Puan Law Siew Ming, Jawatankuasa Sijil dan Cenderamata menyediakan ‘google form’ pendaftaran Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong bagi tujuan penyediaan sijil. 9 17/8/2023 (Khamis) • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 2D dan 4A4 iaitu membuat aktiviti ringkas ‘guru idaman saya’ dan telah mendapat sambutan penglibatan yang memberansangkan dalam kalangan pelajar. • Mencetak dan menyediakan dokumen yang diperlukan semasa Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong seperti brosur, label tempat duduk dan huruf hiasan pentas. • Menemubual Guru Cemerlang Puan Jessica Dora, Ketua Bidang Kemanusiaan Encik Isha bin Jemat dan Ketua Guru Panitia Sejarah Encik Alex anak Bungan. 10 18/8/2023 (Jumaat) • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 5S1/5S1 dan 3C iaitu memberikan arahan kepada pelajar untuk meneruskan tugasan yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran masing-masing. • Membuat persediaan akhir slaid yang digunakan semasa Program Bicara Jambatan Kerjaya. • Membantu Encik Zulkarnain bin Hussen, Jawatankuasa Persiapan Tempat Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong bagi membimbing pengawas sekolah membuat persiapan pentas. 11 21/8/2023 (Isnin) • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 2C iaitu memberikan arahan kepada pelajar untuk meneruskan tugasan yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran. • Membantu guru pembimbing Encik Alex anak Bungan menyemak kertas peperiksaan sejarah bagi kelas tingkatan
30 4S1/S2. • Membantu Encik Zulkarnain bin Hussen, Jawatankuasa Persiapan Tempat Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong bagi membimbing pengawas sekolah membuat persiapan akhir pentas. • Membantu Puan Annie Chu Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong membuat persediaan akhir dokumen. • Mencetak dokumen yang diperlukan semasa Pesta Pantun 2023 Peringkat Daerah Meradong. 12 22/8/2023 (Selasa) • Membantu guru-guru Jawatankuasa Pelaksana Pesta Pantun 2023 memastikan persediaan bagi pertandingan adalah dalam kadar maksimum. • Mengawal pergerakan dan keadaan pelajar yang menjadi penonton Pesta Pantun berasa dalam suasana yang baik semasa pertandingan dijalankan. • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 2C dan 1F iaitu memberikan arahan kepada pelajar untuk meneruskan tugasan yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran. 13 23/8/2023 (Rabu) • Membuat persediaan akhir Program Bicara Jambatan Kerjaya dari sedia persediaan tempat dan persediaan slaid. • Menjalankan Program Bicara Jambatan Kerjaya dan berperanan sebagai penceramah serta dibantu oleh beberapa guru lain seperti Puan Lydiawati binti Marusin, Cik Tu Ting Chuo dan Amy Sii Chain Wen. • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 2C dan 1F iaitu membuat aktiviti ringkas berkaitan dengan lukisan. 14 24/8/2023 (Khamis) • Kelas Ganti (Coach-In) Tingkatan 3G dan 3E iaitu membuat aktiviti ringkas berkaitan dengan lukisan. • Membantu Amy Sii Chian Wen membuat persediaan akhir projek ROKK-S iaitu Pertandingan Rekaan Pakaian Bertemakan Kemerdekaan dengan menggunakan Bahan Kitar Semula.
31 • Menjadi pembantu, dan jurugambar bagi melaksanakan projek ROKK-S iaitu Pertandingan Rekaan Pakaian Bertemakan Kemerdekaan dengan menggunakan Bahan Kitar Semula. 15 25/8/2023 (Jumaat) • Menyertai perhimpunan sekolah yang diketuai oleh Pengetua SMK Kai Chung, Encik Nguang Seng. • Melengkapkan semua dokumen yang perlukan. • Mendapatkan tandatangan pihak sekolah daripada Penolong Kanan Pentadbiran Cik Kuok Sing Ling. • Melakukan pencerapan kelas yang dijalankan oleh Guru Pembimbing, Encik Alex anak Bungan. 16 26/8/2023 (Sabtu) • Menjadi guru pengiring Kem Kepimpinan Unit Beruniform. • Menjadi hakim Pertandingan Masakan Rimba. ……………………………………. Tarikh : 25 OGOS 2023 (Tandatangan Pengetua/Wakil) Cop Sekolah : SMK KAI CHUNG