The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anizamohd, 2019-06-23 12:39:04

Minit Mesyuarat Pengurusan PPKI 1/2019

MESYUARAT PENGURUSAN PPKI 1_2019

SMK BANDAR TASIK SELATAN

57000 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(PPKI) BIL 1/2019

Tarikh : 14 Januari 2019

Hari : Isnin

Masa : 1.13 tengah hari – 2.32 petang

Tempat : Bilik Rekreasi PPKI SMK Bandar Tasik Selatan

KEHADIRAN
1. Fadzilah binti Kamis – PENOLONG KANAN 1
2. Illy Syafiah Mak binti Abdullah - PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
3. Anitha A/P Kanne
4. Marsitah Binti Samsudin
5. Khor Sor Li
6. Ng Wei Ling
7. Nor Kamsaini Binti Bonia
8. Nooraniza Hayati Binti Mohd Noor
9. Tan Chu Byin
10. Fatin Fadwana Binti Mhd Safingi
11. Siti Ahsiah Binti Ismail
12. Akmaliza binti Md Ali
13. Siti Nurul Nabilah binti Sidik
14. Nur Syuhada binti Sulaiman
15. Nordalila binti Mohamad Norizan
16. Zuraida binti Osman
17. Nur Ain binti Zainal

1.0 Aluan Pengerusi
1.1 Pn. Fadzilah mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru
yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini. Pn. Fadzilah mewakili Puan
Pengetua untuk mempengerusikan mesyuarat ini. Pn. Fadzilah menyampaikan
salam selamat tahun baru kepada semua warga PPKI dan berharap semua
perancangan aktiviti pada tahun ini akan berjalan lancar.
1.2 Pn. Fadzilah memaklumkan bahawa kelas PPKI kini ada dalam 10 kelas. Mengikut
bilangan perjawatan, Pn. Fadzilah memaklumkan bahawa bilangan guru PPKI telah
diluluskan kepada 15 orang guru dan seorang Penolong Kanan.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Cadangan : Cik Akmaliza binti Md Ali

2.2 Sokongan : Pn Tan Chu Byin

Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Orientasi 12 murid PPKI yang baru berlaku pada 2 Januari 2019 dan murid PPKI
kini berjumlah seramai 76 orang.
3.2 Pn. Khor memaklumkan bilangan murid mungkin akan berubah kerana ada murid
yang akan berhenti kerana masalah kesihatan.

Tindakan : Makluman

4.0 Perancangan Aktiviti
4.1 Pn. Illy memaklumkan perancangan aktiviti tahun semasa boleh dirujuk melalui
Google Drive.
4.2 Takwim aktiviti sekolah dimaklumkan oleh Pn. Fadzilah akan siap dalam bulan
Februari.
4.3 Sebarang quotation perlu disediakan daripada 3 pihak.
4.4 .Program sokongan Boling akan bermula pada 14 Mac dan akan dijalankan
sebanyak 10 sesi sepanjang tahun 2019.
4.5 Program sokongan Renang akan bermula pada 21 Mac dan sekarang dalam proses
untuk menghantar kertas kerja ke pihak JPWPKL.
4.6 Kem Jati Diri masih dalam proses tinjauan dan beberapa tempat telah dicadangkan.
Kem ini akan berlangsung selama 2 hingga 3 hari dan dicadangkan bergabung
dengan murid aliran perdana. Pn. Fadzilah mencadangkan Pn. Tan berbincang
dengan Pn. Shanti (PK Kokurikulum).
4.7 Perjumpaan Pengakap diminta akan bergabung dengan Pengakap Tingkatan 1 dan
2 dari aliran perdana.
4.8 Program sokongan Mobiliti akan dilakukan sebanyak 2 sesi. Sesi pertama sebagai
pengenalan iaitu menaiki LRT pada penggal pertama. Bagi penggal kedua, aktiviti
akan dijalankan dengan menggunakan bas KL Hop-On Hop-Off.
4.9 Cik Akmaliza menyatakan jawatankuasa kecil bagi aktiviti Merentas Desa akan
dibentuk agar perjalanan lebih terancang. Di samping itu, beliau juga akan
menyediakan borang pemarkahan dan senarai murid. Pemilihan atlit mewakili
rumah sukan juga akan dijalankan. Aktiviti kokurikulum akan dijalankan seperti
biasa pada hari Rabu.
4.10 PPKI SMKBTS akan menjadi Tuan Rumah kepada Karnival Kemahiran
peringkat JPWPKL pada 23 & 24hb September 2019.
4.11 Minggu Pendidikan Khas tahun ini akan dijalankan di peringkat sekolah sahaja.
Antara aktiviti yang mungkin akan dijalankan ialah tayangan filem dan permainan
yang melibatkan murid aliran perdana.
4.12 Aktiviti kokurikulum pada tahun ini akan didokumentasikan dalam bentuk fail
dan semua guru boleh merujuk dalam fail tersebut. Sebarang memo yang
dikeluarkan juga perlu sentiasa dikemaskini mengikut giliran nombor rujukan
dalam fail tersebut.
4.13 Cik Akmaliza memaklumkan 8 orang murid telah memohon untuk
pengecualian dari sebarang aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu.
4.14 Pn. Fadzilah memhon semua guru agar sentisa mengemaskini markah nilai-nilai
murni murid dalam ASDM.

4.15 Pn. Khor memaklumkan bahawa semua guru kelas kini sedang mengenalpasti
murid-murid yang berhak mendapat bantuan awal persekolahan. Guru kelas perlu
mendapat pengesahan maklumat pendapatan daripada ibubapa sebagai dokumen
sokongan.

4.16 Isu kehadiran murid, Pn. Khor menegaskan bahawa semua guru kelas perlu
mendapatkan surat sebab ketidakhadiran murid sebagai dokumen sokongan.

4.17 Program Transisi akan diteruskan dengan Pn. Aniza dan Pn. Tan untuk projek
V-Soy dan CandySpeed. Tahun ini, program Transisi Ke Alam Kerjaya mungkin
akan diteruskan dengan Garaj Mini Cooper dan antara calon yang paling layak ialah
Nizam. Encik Kamal, penjual roti canai di kantin sekolah mungkin memerlukan
bantuan seorang murid dan tokennya ialah 2 keping roti canai sehari.

4.18 Pn. Khor memaklumkan Lawatan Kerjaya akan diteruskan pada tahun ini dan
beliau mencadangkan lawatan ke Kilang Yakult, Crystal House dan Kilang
Tanaman Tauge di Seremban.

4.19 Program PunchCard juga diteruskan pada tahun ini dan setiap 3 bulan akan
disemak dan diberi ganjaran.

4.20 Bagi aktiviti CandySpeed dan V-Soy, masing-masing melibatkan 10 orang
murid yang akan bertugas secara giliran setiap hari antara jam 10 – 11 pagi di
CandySpeed manakala jam 9.30-10.30 pagi bagi projek V-Soy. Semua murid perlu
mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa berkenaan untuk
bertugas.

4.21 Pn. Khor memaklumkan program transisi ingin diperluaskan kepada jualan
stoking buluh, Rubber Clay, plastisin dan jus nanas.

4.22 Pn. Anitha mengingatkan semua guru untuk mengemaskini buku rekod,
memasuki kelas mengikut masa dan sentiasa menanda buku latihan murid. Semua
guru juga perlu sentiasa memantau perkembangan murid-murid baru agar mereka
serasi dengan persekitaran baru.

4.23 Pn. Fadwana memaklumkan semua murid dan guru akan berdaftar dengan
Persekutuan Pengakap Malaysia daerah Bandar Tun Razak. Semua guru juga
berpeluang ditauliahkan sebagai Pemimpin Pengakap. Yuran Pendaftaran Tahunan
Keahlian bagi Pengakap Muda/ Remaja ialah RM 7 setahun manakala RM 10
setahun bagi Pengakap Kelana/ Pemimpin.

Tindakan : Semua guru

5.0 Hal-hal Lain
5.1 Pn. Fadzilah memaklumkan sekiranya guru ingin bercuti ke luar negara, mengikut
pekeliling terkini, borang perlu dihantar sebulan sebelum tarikh berangkat dan perlu
ada insurans perjalanan.
5.2 Bilik Jahitan telah dipindahkan sepenuhnya ke Bilik Jahitan yang baru. Projek
jahitan pada tahun ini ialah pakaian malam. Pn. Marshitah memaklumkan ada 3
almari dalam bilik jahitan di mana satu daripadanya mempunyai alatan
pertukangan. Beliau meminta cadangan untuk meletakkan almari pertukangan
tersebut di luar bilik jahitan agar sesi pdpc di bilik jahitan lebih selesa.
5.3 Cik Akmaliza berharap semua guru yang ingin meletakkan barang di dalam stor
BBM agar melabelkan barangan tersebut dan simpan di tempat yang bersesuaian.
Dalam stor tersebut juga, ada pelbagai lebihan hadiah dari tahun-tahun lepas. Beliau
mencadangkan hadiah-hadiah tersebut digunakan sepenuhnya untuk sebarang
ativiti yang dijalankan pada tahun ini.

5.4 Murid Wan Ar Razi dari kelas 3 Amanah telah menghadiri kelas di PPKI untuk
beberapa hari atas cadangan daripada Puan Pengetua dan bapa murid. Namun,
murid tersebut kembali ke kelas asal pada 14 Januari kerana ingin mengambil
peperiksaan PT3.

5.5 Pn. Fadwana mendapat makluman daripada ibu Khairunnisa’ (murid PPKI) bahawa
terdapat masalah tawaran kursus semasa melaporkan diri di Sekolah Menengah
Vokasional Shah Alam. Pihak SMVPK telah memasukkan murid tersebut ke dalam
Kursus Operasi Pengeluaran Batik sedangkan dalam surat tawaran dicatatkan
Kursus Pembuatan Pakaian Wanita. Rayuan pertukaran kursus sedang dilakukan.
Menurut ibunya, anaknya akan kembali bersekolah di PPKI SMKBTS sekiranya
gagal dalam rayuan pertukaran kursus.

5.6 Pn. Fadwana memaklumkan isu membawa telefon bimbit telah mencetus bibit
pertelingkahan di luar kawasan sekolah. Isu ini timbul apabila murid baru, Harish
dikatakan berlagak menunjukkan telefonnya di dalam kawasan sekolah sehingga
menimbulkan ketidakpuasan kepada beberapa orang murid PPKI yang senior.
Masalah ini akan diambil tindakan oleh guru disiplin di mana murid yang terlibat
akan dipanggil untuk diselidik dan diberi sesi kaunseling.
Tindakan : Semua guru

6.0 Penutup

6.1 Pn. Fadzilah mengakhiri mesyuarat pada jam 2.32 petang dengan ucapan terima
kasih kerana menjemput beliau.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… …………………………..
(NOORANIZA HAYATI BINTI MOHD NOOR) (ILLY SYAFIAH MAK BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Mesyuarat PPKI Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Bandar Tasik Selatan SMK Bandar Tasik Selatan

MAKLUM BALAS MESYUARAT PPKI KALI BIL 1/2019

PERKARA PARA KEPUTUSAN TINDAKAN MAKLUM BALAS

4.0 4.6 Kem Jati Diri masih dalam proses tinjauan Pn. Tan Masih dalam
dan beberapa tempat telah dicadangkan. perbincangan.
Kem ini akan berlangsung selama 2
hingga 3 hari dan dicadangkan bergabung
dengan murid aliran perdana. Pn. Fadzilah
mencadangkan Pn. Tan berbincang

dengan Pn. Shanti (PK Kokurikulum).

4.15 Pn. Khor memaklumkan bahawa semua Guru Kelas Dokumen sokongan
guru kelas kini sedang mengenalpasti telah dikumpul oleh
murid-murid yang berhak mendapat semua guru kelas.
bantuan awal persekolahan. Guru kelas
perlu mendapat pengesahan maklumat
pendapatan daripada ibubapa sebagai
dokumen sokongan.

5.0 5.6 Pn. Fadwana memaklumkan isu Guru Disiplin Murid yang terlibat telah
membawa telefon bimbit telah mencetus
dipanggil dan telah
bibit pertelingkahan di luar kawasan
sekolah. Isu ini timbul apabila murid baru, melalui sesi kaunseling.

Harish dikatakan berlagak menunjukkan

telefonnya di dalam kawasan sekolah

sehingga menimbulkan ketidakpuasan

kepada beberapa orang murid PPKI yang

senior. Masalah ini akan diambil tindakan

oleh guru disiplin di mana murid yang

terlibat akan dipanggil untuk diselidik dan

diberi sesi kaunseling.


Click to View FlipBook Version