SMK BANDAR TASIK SELATAN
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI) BIL 3/2019
Tarikh : 12 September 2019
Hari : Khamis
Masa : 1.10 petang – 1.49 petang
Tempat : Bilik Guru PPKI SMK Bandar Tasik Selatan
KEHADIRAN
1. Illy Syafiah Mak binti Abdullah - PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
2. Anitha A/P Kanne
3. Marsitah Binti Samsudin
4. Ng Wei Ling
5. Nor Kamsaini Binti Bonia
6. Nooraniza Hayati Binti Mohd Noor
7. Siti Ahsiah Binti Ismail
8. Akmaliza binti Md Ali
9. Siti Nurul Nabilah binti Sidik
10. Nur Syuhada binti Sulaiman
11. Nordalila binti Mohamad Norizan
12. Mohd Zaaien Bin Mohd Ab. Llah
13. Nur Ain binti Zainal
14. Mohd Zahri Bin Long
15. Raja Norhayati Binti Raja Salleh
Tidak Hadir Bersebab
1. Khor Sor Li (temujanji hospital)
2. Tan Chu Byin (Cuti Rehat Khas)
3. Fatin Fadwana Mhd Safingi (cuti bersalin)
1.0 Aluan Pengerusi
1.1 Pn. Illy mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru dan PPM
yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Cadangan : Pn. Anitha A/P Kanne
2.2 Sokongan : Pn. Norkamsaini Bonia
Tindakan : Makluman
3.0 Hal umum
3.1 Kehadiran murid semakin menurun di mana tak sampai 85% kehadiran sejak bulan
Ogos. Semua guru kelas dipohon untuk memantau akan kehadiran murid dan sebab
ketidakhadirannya ke sekolah.
3.2 Guru diminta untuk cuba berbincang akan sebab ketidakhadirannya ke sekolah dan
memberi cadangan untuk mengatasinya. Penjaga boleh datang berjumpa dengan
Puan PK untuk cuba mencari jalan penyelesaian.
3.3 Semua guru juga dipohon untuk masuk kelas masing-masing dan sekiranya ada
kerja lain, boleh meminta bantuan PPM untuk memantau.
3.4 Semua guru diminta untuk menyemak mata kredit SPLG dan sekiranya tidak
mencukupi, semua guru diminta untuk melengkapkannya.
Tindakan : Semua guru
4.0 Aktiviti
4.1 Program Boling akan menghantar 5 orang peserta ke pertandingan Boling pada 24
September di mana Cikgu Aniza adalah guru pengiringnya. Puan Illy turut serta
sebagai AJK Hadiah dibantu oleh PPM Norhayati dan Syilla. Duit PCG akan
digunakan untuk bayaran penyertaan peserta.
4.2 Cikgu Akmaliza akan mengiringi peserta ke program perkhemahan. Pn. Illy akan
menjadi AJK Pengangkutan. Semua peserta perkhemahan serta guru dalam Zon
Bangsar/Pudu akan berkumpul di SMKBTS. Semua kenderaan guru pengiring akan
diparkir di padang sekolah. Sebanyak 25 buah sekolah dalam Zon Bangsar/Pudu
akan terlibat. Yee Hui, Farhana, Harith Irfan dan Daniel Luqman akan mewakili
SMKBTS untuk aktiviti perkhemahan di AsiaCamp sambil diiringi oleh Cikgu
Akmaliza pada 2-4 Oktober 2019.
4.3 Hal ehwal graduan ke Majlis Gradusi Daerah Bangsar/Pudu akan diuruskan oleh
Cikgu Zaaien. Baddiuzzaman, Dzuliman, Imran Razak, Azri Azizi dan Syahida
akan turut serta dan akan hadir sendiri ke tempat graduasi. Cadangan tempat untuk
majlis graduasi ialah di Pusat Belia Antarabangsa. Setiap graduan mungkin akan
dikenakan bayaran sebanyak RM 50. Pn. Illy bertindak sebagai AJK Buku Program,
Teks Ucapan dan Banner. Cikgu Akmaliza, Cikgu Ahsiah dan Cikgu Norkamsaini
akan turt hadir untuk membantu pada 23 Oktober 2019.
4.4 Cikgu Ng akan menyelaras program Jamuan Akhir Tahun sesi 2019 yang akan
berlangsung pada 12 November 2019. Cikgu Ng telah memberi pencerahan
mengenai kostum kepada semua murid. Deposit telah dibayar kepada hotel untuk
majlis tersebut. Hadiah berbentuk hamper telah disediakan sepenuhnya.
4.5 Cikgu Akmaliza akan menjalankan latihan intensif kepada para atlet sebagai
persediaan untuk kejohanan olahraga tahun hadapan. Latihan akan bermula pada
bulan Oktober sehinggga akhir tahun. Latihan tersebut akan dijalankan pada awal
pagi dengan bantuan Cikgu Dalila.
4.6 Persediaan untuk Pertandingan Boling peringkat PPKI SMKBTS yang akan
berlangsung pada 3 Oktober 2019 telah selesai sepenuhnya di mana hadiah
pertandingan telah dibeli manakala baju murid juga telah ditempah.
4.7 Cikgu Izzuddin akan dibantu oleh murid kelas Azam untuk membuat lukisan mural
di bawah papan kenyataan pendidikan khas kerana telah habis silibus KSV
Pembuatan Pakaian Wanita. Aktiviti ini akan dibantu oleh PPM Zahri.
4.8 Program Sokongan Renang akan dimansuhkan pada tahun hadapan kerana kurang
mendapat sambutan daripada murid dan sokongan ibubapa juga tidak begitu
memberangsangkan. Program Sokongan Boling dan Mobiliti akan diteruskan pada
tahun hadapan dan aktivti boling mungkin akan digandakan bilangan sesi.
4.9 Pn. Illy meminta semua kelas masakan perlu melakukan satu projek . Guru masakan
perlu membuat kertas kerja dan Pn. Illy akan memberi contoh kertas kerja.
4.10 SU Peperiksaan Cikgu Ahsiah memohon kepada semua guru agar menyiapkan
kertas soalan peperiksaan dua minggu lebih awal sebelum tarikh Peperiksaan Akhir
Tahun bermula.
Tindakan : Semua guru
5.0 Penutup
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.04 pm
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………… …………………………..
(NOORANIZA HAYATI BINTI MOHD NOOR) (ILLY SYAFIAH MAK BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Mesyuarat PPKI Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Bandar Tasik Selatan SMK Bandar Tasik Selatan
MAKLUM BALAS MESYUARAT PPKI KALI BIL 3/2019
PERKARA PARA KEPUTUSAN TINDAKAN MAKLUM BALAS
3.0 3.4 Semua guru
Semua guru diminta untuk menyemak Semua guru telah
mata kredit SPLG dan sekiranya tidak menyemak mata kredit
mencukupi, semua guru diminta untuk SPLG masing-masing.
melengkapkannya.
4.0 4.1 Program Boling akan menghantar 5 orang Cikgu Aniza Cikgu Aniza mengiringi
peserta ke pertandingan Boling pada 24
September di mana Cikgu Aniza adalah semua peserta dan
guru pengiringnya. peserta Nabila Huda
mendapat Johan bagi
kategori Perempuan
Sekolah Menengah.
4.0 4.2 Cikgu Akmaliza akan mengiringi 5 orang Cikgu Perkhemahan dibatalkan
peserta ke program perkhemahan di Akmaliza
AsiaCamp pada 2-4 Oktober 2019. kerana bencana jerebu.
4.0 4.3 Hal ehwal Majlis Graduasi Daerah Pn. Illy, Cikgu Semua AJK telah
Bangsar/Pudu pada 23 Oktober 2019 di Zaaien, Cikgu melakukan tugasan dengan
Pusat Belia Antarabangsa akan Akmaliza, jayanya.
melibatkan Cikgu Ahsiah
Pn. Illy dan Cikgu
Cikgu Zaaien – guru pengiring para Norkamsaini
graduan dan penyanyi solo
Cikgu Akmaliza – AJK Banner
Cikgu Ahsiah – AJK Buku Program
Cikgu Norkamsaini – AJK Teks
Ucapan
4.0 4.4 Cikgu Ng akan menyelaras program Cikgu Ng Cikgu Ng memantau
Jamuan Akhir Tahun sesi 2019 yang akan segala perkembangan
berlangsung pada 12 November 2019. terkini akan persediaan
Cikgu Ng telah memberi pencerahan program. Murid-murid
mengenai kostum kepada semua murid. sentiasa diingatkan akan
Deposit telah dibayar kepada hotel untuk kostum sempena program.
majlis tersebut. Hadiah berbentuk hamper
telah disediakan sepenuhnya.
4.0 4.5 Cikgu Akmaliza akan menjalankan Cikgu Latihan intensif sedang
latihan intensif kepada para atlet sebagai Akmaliza dan dijalankan pada awal pagi
persediaan untuk kejohanan olahraga Cikgu Dalila semasa sesi persekolahan.
tahun hadapan. Latihan akan bermula
pada bulan Oktober sehinggga akhir
tahun. Latihan tersebut akan dijalankan
pada awal pagi dengan bantuan Cikgu
Dalila.
4.0 4.7 Cikgu Izzuddin akan dibantu oleh murid Cikgu Lukisan mural masih
kelas Azam untuk membuat lukisan mural Izzuddin dalam proses.
di bawah papan kenyataan pendidikan
khas
4.0 4.9 Pn. Illy meminta semua kelas masakan Cikgu Anitha Kertas kerja projek
perlu melakukan satu projek. Guru dan Cikgu masakan telah disemak.
masakan perlu membuat kertas kerja dan Aniza
Pn. Illy akan memberi contoh kertas
kerja.
4.0 4.10 SU Peperiksaan Cikgu Ahsiah memohon Semua guru Semua guru subjek telah
kepada semua guru agar menyiapkan subjek menyiapkan kertas soalan
kertas soalan peperiksaan dua minggu peperiksaan dalam tempoh
lebih awal sebelum tarikh Peperiksaan yang diberikan.
Akhir Tahun bermula.