The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sabbysjam101, 2021-05-02 00:07:37

KATA ADVERBA/KATA KETERANGAN

KATA ADVERBA

KATA ADVERBA/
KATA KETERANGAN

Disediakan oleh: NUR SABRINA BINTI ABD
JAMIL (UMP)

KATA ADVERBA/ KATA
KETERANGAN

 Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan
tempat. Sebagai contoh, perhatikan ayat-ayat contoh yang berikut:

1. Kami selalu memperkatakan hal itu.
2. Olahragawan itu sihat sentiasa.
3. Hari jadinya ialah hari esok.
4. Ahli perniagaan itu sering kali ke London.

 Dalam ayat di atas, perkataan selalu, sentiasa, esok dan sering kali
ialah, kata adverb kerana masing-masing menerangkan:

- Kata kerja: memperkatakan
- Kata adjektif: sihat
- Kata nama: hari
- Frasa sendi nama: ke London

 Kata adverba dapat hadir di hadapan dan di belakang frasa

 Dalam hal ini, kata adverba, tidak dianggap sebagai golongan
kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh
menjadi unsur inti kepada konstituen frasa perdikat, seperti
halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

 Berdasarkan contoh berikut, walaupun kelihatan frasa ini
mengandungi kata adverb yang berfungsi sebagain predikat,
tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal.

 Ayat minimal bermaksud ayat yang ada bahagiannya telah
digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan.

5. Perhubungannya langsung.
6. Ketibaan mereka esok.
7. Jawapannya demikian.

 Ayat penuh bagi ayat minimal di atas adalah seperti
berikut:

5 (a). Perhubungan secara langsung.
6 (a). Ketibaan mereka pada hari esok.
7 (a). Jawapannya secara demikian.

~ Dalam ayat penuh 5(a), kata adverba langsung
menerangkan frasa nama secara.

~ Dalam ayat penuh 6(a), kata adverba esok menerangkan
frasa sendi nama pada hari.

~ Dalam ayat penuh 7(a), kata adverba demikian
menerangkan frasa secara.

> Ini menunjukkan bahawa kata adverb tidak boleh
menjadi unsur inti bagi predikat.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version