JABATAN: JABATAN PENDIDIKAN ISLAM
Nama Pelajar NURUL NAJWA BINTI ASHARRUNNURULLAIL @
Angka Giliran AZHAR
2021162402083
No Kad Pengenalan 951029105302
Kumpulan/Unit
PDPP JUN 2021 / PENDIDIKAN ISLAM 4
Kod & Nama Kursus PIMK2082R : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH
Tajuk Tugasan
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (40%)
Nama Pensyarah DR. MUHAMMAD BIN NORDIN
Tarikh Hantar 11 DISEMBER 2021
Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan:
Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 11/12/2021
Markah:
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan bahagian utama di dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah
atau kelas merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa
depan sesebuah negara di mana pengujian, pengukuran dan penilaian, adalah sebahagian
daripada proses pembelajaran dan pengajaran. Antara alat pengukuran untuk mengukur
sejauh mana kejayaan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru adalah dengan mengadakan ujian. Menurut Mohd Najib (1997), ujian merupakan
alat pengukuran atau prosedur yang tersusun atau bersistematik dalam mengukur perubahan
tingkah laku.
Menurut Mok Soon Sang (2003), untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat
serta memastikan ujian yang dilakukan mempunyai ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan,
serta dapat mencerminkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka, guru harus
merancang ujian yang sesuai dan berguna. Oleh itu, cara yang terbaik untuk meningkatkan
dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan
persediaan yang dinamakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Menurut Abu Bakar Nordin (2006), JSU merupakan sebuah jadual yang dibina bagi
menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang ingin diukur serta memberikan panduan untuk
mendapatkan satu sampel mengenai item-item soalan. Pembinaan JSU ini adalah untuk
memberi penjelasan serta panduan dalam pembinaan item mengikut aras kognitif Taksonomi
Bloom secara terancang dan tersusun rapi. Di samping itu, JSU yang dibina juga dapat
membantu memudahkan kerja seseorang guru dalam membina soalan serta menstabilkan
aras kesukaran soalan (Christopher Bowring-Carr & John West-Burnham, 2009).
2.0 TUJUAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) amat diperlukan dalam pembinaan sesuatu
ujian. Ujian dilaksanakan bagi pelbagai tujuan seperti memantau kemajuan pelajar dan
mengukur pencapaian hasil pembelajaran dan standard pretasi yang ingin dicapai. Menurut
(Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali, 2009), hal ini demikian kerana ujian menyediakan
maklumat yang sah, boleh dipercayai dan bermakna tentang pencapaian murid. Terdapat
beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira agar ujian yang dibina tersebut sah. Pada
peringkat awal, guru perlu menentukan tujuan ujian, membina JSU serta memurnikan item
yang ingin diuji. JSU merupakan sebuah blueprint yang menggambarkan suatu ujian secara
terperinci dari segi huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah item (Boon
Poon Ying et. al, 2017)
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, dan
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set
soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan
tidak mengikuti aras ilmu. JSU digunakan untuk menerangkan sebaran jenis butiran. Ia perlu
mengandungi tajuk kursus yang hendak diuji (berkaitan dengan objektif kursus), penentuan
tahap-tahap kognitif seperti pengetahuan, kefahaman dan lain-lain. Bagi memastikan ujian
yang dibina oleh guru menepati tujuan sebenar ujian tersebut dan memenuhi ciri-ciri kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi, maka prosedur pembinaan ujian hendaklah diikuti oleh
guru. Masalah timbul apabila tidak ramai guru yang benar-benar mengamalkan prosedur
pembinaan ujian bilik darjah yang sitematik dan betul. Mereka sebaliknya lebih senang
‘menceduk’ soalan-soalan dari buku teks, buku rujukan atau soalan-soalan ujian lepas tanpa
memikirkan kesesuaian soalan terhadap penilaian pelajar (Mohd Najib, 1997).
3.0 KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Seseorang guru perlu dan wajar membina JSU sebelum membina soalan yang akan dijadikan
kayu ukur kepada pelajar mereka. JSU memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan soalan yang akan dihasilkan.
Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan seseorang guru daripada
membina ujian secara sembarangan. Hal ini kerana dengan berpandukan kepada JSU, guru
dapat menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji kepada murid setelah melalui beberapa
garis panduan yang telah ditetapkan. Melalui pembinaan di JSU, guru dapat menentukan
perimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang akan diuji kepada murid (Norazah
Yusof & Universiti Teknologi Malaysia, 2007). Antara perkara yang diambil kira dalam
pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Hal
ini secara tidak langsung dapat mengelakkan guru daripada memberi penilaian kepada murid
secara rawak dan membuta tuli tanpa asas atau sebab yang kukuh.
Selain itu, JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu
ujian serta menekankan kepentingan sesuatu topik dan aras kemahiran yang bersesuaian.
Hal ini demikian kerana semasa pembinaan JSU, guru akan menyenaraikan topik-
topik pelajaran yang ingin diuji sebelum menentukan jumlah item bagi sesuatu topik
berdasarkan kepada masa yang diperlukan untuk mengajar di dalam kelas. Menurut Boon
Poon Ying et. al (2017), guru akan lebih teliti dalam memilih soalan atau tajuk yang akan
dijadikan item untuk dinilai supaya bersesuaian dengan kandungan pelajaran yang telah
diajarkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan
ini, timbulnya tanggungjawab kepada guru untuk mengajar kerana guru dapat merasai
kepentingan satu-satu topik yang akan dijadikan soalan.
Guru tidak dapat mengetahui tahap pencapaian seseorang murid dalam menguasai
satu-satu topik yang telah diajarkan sebelum membuat sesuatu penilaian. Melalui proses
penilaian seperti memberikan ujian berkaitan sesuatu topik, pelaksanaan kuiz, pemerhatian
guru dan sebagainya maka guru dapat melihat tahap penguasaan seseorang
murid. Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian mengikut format yang sesuai
kepada murid untuk menilai kebolehan mereka dari pelbagai segi. Oleh itu, pembinaan
JSU amat diperlukan bagi membantu guru dan menentukan format sesuatu ujian
berdasarkan hasil yang diperoleh daripada JSU yang telah siap dibina.
Di samping itu, pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan.
Bentuk-bentuk soalan adalah terdiri daripada soalan objektif, subjektif, struktur ataupun esei.
Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada kepentingan satu-satu topik selain
berpandukan kepada objektif pembelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan tersebut
maka guru lebih mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah kepada
soalan-soalan yang akan dijawab oleh murid. Selain itu, ianya juga dapat menjimatkan masa
guru untuk menyemak jawapan murid (Surayah Zaidon & haslinda Md. Ali, 2009). Sebagai
contoh, bagi soalan–soalan berbentuk objektif, guru memerlukan masa yang lebih singkat
untuk memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur
atau esei.
Proses penilaian kepada murid dijalankan pada setiap tahun. Soalan-soalan yang
dihasilkan adalah berbeza antara sesuatu tahun dengan tahun yang lain. Oleh itu, JSU
berperanan untuk menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun yang akhirnya dapat
membantu guru menghasilkan set ujian yang seragam pada setiap tahun.
Merujuk kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia, (2017) dalam
Dokumen Standard Kandungan Pelajaran (DSKP), topik yang diajar kepada murid
sememangnya telah disusun mengikut keutamaan. Bilangan masa yang ditentukan setiap
topik adalah berpandukan kepada banyak atau luasnya sesuatu topik tersebut. Ini bermakna,
peruntukan masa bagi topik yang mempunyai isi pelajaran yang agak sukar atau padat adalah
lebih lama berbanding dengan sesuatau topik yang lebih mudah atau ringkas. Oleh itu, JSU
juga mengambil kira masa yang diperuntukan untuk sesuatu topik supaya penilaian untuk
satu-satu topik itu dapat dilaksanakan secara adil.
4.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Rumusan Format
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tahun 2 (Bidang Ibadah)
Panjang masa : 1 Jam
Bentuk : Objektif dan Subjektif
Markah : 100
5.0 PEMBINAAN ITEM UJIAN SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
بهاݢين ا :اوبجيکتيف
بولتكن جوافن يغ بتول.
Bulatkan jawapan yang betul.
.1سورة الاخلاص منكنكن إسلام اݢام _____________ .
ا .ايكوتن ب .توحيد ج .احسان
.2سورة الإخلاص مڽاتاکن _________ ممينتا ڤرتولوڠن.
ا .تمڤت ب .مستي ج .واجب
.3لڠکڤکن ايات يڠ برايکوت :فَ ُه َو ِفي ِعي َشة
ا .ٱۡل َم ۡبثُو ِث بَ .م َٰ َو ِزينُ ۥهُ جَّ .را ِضيَة
.4اڤاکه يڠ دمقصودکن دڠن القارعة؟
ا .هاري قيامة ب .تيوڤن سڠکاکالا ج .هاري مڠݢمڤرکن
.5اڤاکه کڤنتيڠن ملاين تتامو اياله
ا .مڠيرتکن صلةالرحم ب .دبنچي مشارکت ج .داڤت مڠومڤت
بهاݢين ب :سوبجيکتيف
تنداكن (بتول) اونتوق ڤرڽاتاءن يغ بتول دان (ساله) اونتوق ڤرڽاتاءن يغ
ساله.
Tandakan (Betul) untuk pernyataan yang betul dan (Salah) untuk pernyataan yang salah.
.6سورة القارعة دتورونکن دمکه.
.7سورة الإخلاص ممفوڽاءي ليم ايات.
.8ممباخ سورة الاخلاص مڽاماءي 3/1درڤد القرءان.
.9کيت واجب مڠعملکن کفور.
.10مندکتکن ديري کڤد الله دافت مڠعيلقکن دري ڤربواتن کفور.
َ .11ص َد ْق َت َوبَ َر ْك َت ڤرلو دسبوت سلڤس ال َّصلاةُ َخ ْي ٌر ِّم َن النَّوم.
.12مڠهادڤ قبلة اياله ادب سلڤس ملأوڠکن اذان.
.13کيت بوليه برچاکڤ سماس اذان.
بتول ساله ورناكن جوافن تنتغ كفور دغن بتول
Warnakan jawapan tentang kufur dengan betul.
.14
كفور تربهاضي كفد كفور حساب
كلسكن فركارا-فركارا برايكوت دغن بتول.
Kelaskan perkara-perkara berikut dengan betul.
واجب حديث تتامو مقصود مقصود تتامو
حديث
َو َمن َكا َن يُؤ ِم ُن 15
ِبالَّلِه وَاْلَيوِم اْلخر فالْي ْكرْم ضْيفه
اورڠ يڠ دأوندڠ اونتوق مڠحاضيري
اتاو منزيارهي سسواتو مجليس 16
ايسي تمفت كوسوغ دغن جواڤن يغ بتول.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
مکية دسايڠي واجب
.17سورة القارعة مروڤاکن سورة _____________.
.18کيت ____________ ملاين تتامو دڠن سباءيق-باءيقڽ.
.19اورڠ يڠ منجواب هذان دان إقامة اکن _______________ اوليه
الله.
.سيلا سوسون ڤرکاتان د باوه دڠن بتول
Sila susun perkataan di bawah dengan betul.
– لفظ – يڠ دشريعتکن – اونتوق – حصوص – مڽاتاکن ماسوقڽ.20
اوليه إسلام – صلاة – فرض – وقتو
.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
................. ..................
(NURUL NAJWA BINTI AZHAR) (NOR ADILAH BINTI CHE NOR)
PENGGUBAL KERTAS SOALAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM
SK TAMAN MUDA
6.0 KESIMPULAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan beberapa dasar pentaksiran
seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pentaksiran Bilik Darjah dan sebagainya untuk
menilai dan menguji murid di sekolah. Sehubungan dengan itu, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
memainkan peranan yang penting dalam penggubalan item-item ujian. Item ujian yang
disediakan oleh seseorang guru perlulah berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU)untuk menentukan kesahihan item-item ujian yang dibina oleh guru. Oleh itu, setiap guru
seharusnya menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menggubal item-item ujian
yang tepat dan bersesuaian dengan kebolehan murid dan mempunyai unsur kesahan serta
kebolehpercayaan dalam setiap item yang dibina.
7.0 RUJUKAN
Abu Bakar Nordin, (2006). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia, (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran: Pendidikan Islam Tahun 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Boon Poon Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria, (2017). Pentaksiran dalam
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Christopher Bowring-Carr & John West-Burnham, (2009). Belajar Secara Berkesan di
Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Norazah Yusof & Universiti Teknologi Malaysia, (2007). Pembinaan Bank Soalan Berasaskan
Taksonomi Bloom. Skudai, Johor: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Universiti Teknologi
Malaysia.
Surayah Zaidon & haslinda Md. Ali, (2009). Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Najib Abdul Ghafar, (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah, Skudai :
Penerbit UTM.
Mok Soon Sang, (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 1 & 2) Sekolah Rendah
Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.