DIREKTORAT PENGURUSAN 02
BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI BAHAGIAN PENGURUSAN PENTADBIRAN BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN & HASIL BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN & PEMBANGUNAN BANAGIAN KESELAMATAN BAHAGIAN PENGURUSAN ASET BAHAGIAN PENGURUSAN PENGANGKUTAN BAHAGIAN PERPUSTAKAAN 02
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI 2021 1. PENGENALAN Bahagian Pengurusan Integriti (BPI) Hospital Permai Johor Bahru (HPJB) telah ditubuhkan pada tahun 2014 berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkaitan penubuhan Unit Integriti di semua Agensi Awam yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2013. Pengurusan Tertinggi HPJB telah mengambil inisiatif menempatkan seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir N32 bersama dengan seorang (1) Pembantu Tadbir (P/O) N19/N22 untuk menerajui BPI HPJB. BPI HPJB berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di HPJB. Penubuhan bahagian ini bertujuan untuk memastikan semua anggota HPJB mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme di samping membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi sebagai penjawat awam. BPI HPJB terletak di Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, HPJB. VISI Mewujudkan organisasi dan warga HPJB yang cemerlang berteraskan integriti. MISI Memperkukuh integriti warga HPJB melalui pematuhan kepada peraturan dan undangundang berkuat kuasa, pembudayaan nilai-nilai murni dan pengamalan budaya kerja unggul. 2. OBJEKTIF 2.1 Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga HPJB supaya sikap bekerjasama, bersatu padu, berintegriti, bermoral dan beretika dapat diwujudkan. 2.2 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga HPJB dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga HPJB. 2.3 Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan warga HPJB serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
02 3. KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) BPI HPJB bertanggungjawab ke atas pencapaian bagi Indikator 16, Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) berdasarkan kepada spesifikasi terkini iaitu Ver. 7.3.1 2021. HPIA Indikator 16 Tafsiran Peratusan pegawai yang telah dimaklumkan berkenaan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) oleh Pegawai Penilai Pertama. Sasaran >95% Pencapaian 2021 100% Laporan Pencapaian HPIA 2021, Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru 4. SUMBER MANUSIA BPI HPJB diterajui oleh seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir N32 bersama dengan seorang (1) Pembantu Tadbir (P/O) N19/N22. BPI HPJB dipantau secara langsung oleh Pengarah Hospital secara amnya dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) khususnya. Perjawatan Pengisian Kekosongan Penolong Pegawai Tadbir N32 1 0 Pembantu Tadbir (P/O) N19/N22 1 0 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru 5. STATISTIK KES TATATERTIB 2021 KESALAHAN 1 2 3 4 5 6 7 8 Amaran 1 Denda Lucut Hak Emolumen Tangguh Pergerakan Gaji Turun Gaji Turun Pangkat Buang Kerja JUMLAH 1 1: Tidak Hadir Bertugas 2: Kad Perakam Waktu 3: Integriti 4: Kewangan 5: Jenayah 6: Dadah 7: Surcaj 8: Lain-Lain
01 6. PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Pelaporan Pelaksanaan Laporan khusus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) 4 kali setahun Laporan 5 (Terima Hadiah, Gangguan Seksual, Isytihar Harta, Politik, Kerja Luar) Laporan Tatatertib 4 kali 31.03.2021 08.06.2021 19.09.2021 29.12.2021 Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Sokongan No.1 dan No.2 Mengikut keperluan (jika ada kes) Kes salah laku jenayah atau pelanggaran tatakelakuan dan etika 3 kali (4 kes) 24.03.2021 14.06.2021 16.08.2021 Penyampaian Taklimat/ Continuing Medical Education (CME) Mengikut keperluan (jika ada permintaan) Taklimat Tatakelakuan dan Tatatertib Anggota Perkhidmatan Awam Taklimat Pelaksanaan SKT dan LNPT 3 taklimat 20.10.2021 21.10.2021 23.12.2021 Pelaksanaan SKT dan LNPT Sekali setahun Penyediaan laporan SKT dan LNPT semua anggota di bawah HPJB 1 kali 17.11.2021 Hebahan peringatan peraturan/ pekeliling berkaitan integriti Mengikut keperluan (jika ada) Edaran peraturan/ pekeliling yang baru berkuatkuasa Tiada Khidmat nasihat berkenaan tajaan/ hadiah/ sumbangan Mengikut keperluan (jika ada) Aduan penerimaan tajaan/ hadiah/ sumbangan Tiada Pelaksanaan Aktiviti dan Pelaporan Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru
02 7. GAMBAR AKTIVITI Taklimat Penyediaan SKT dan LNPT Taklimat Tatakelakuan dan Tatatertib Anggota Perkhidmatan Awam 8. PENUTUP Inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dalam pengurusan hal-hal berkaitan integriti adalah menjadi tanggungjawab pengurusan tertinggi sesuatu Agensi/Jabatan amnya dan Unit Pengurusan Integriti khususnya. Ianya hanya dapat dilaksanakan dengan lebih fokus, terancang dan efisien dengan kerjasama dan komitmen semua pegawai yang dipertanggungjawabkan bagi mencapai keberhasilan yang optimum. Kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik perlu ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh semua anggota di jabatan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture). Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu mahupun organisasi bermaksud code of behaviour.
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN PENTADBIRAN 2021 1. PENGENALAN Bahagian Pengurusan Pentadbiran (BPP) Hospital Permai Johor Bahru (HPJB) bertanggungjawab dalam memastikan dan merancang halatuju operasi pentadbiran dan khidmat pengurusan agar Jabatan mematuhi dasar dan arahan semasa Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. BPP HPJB terletak di Aras 1, Bangunan Pentadbiran HPJB. Pengurusan Tertinggi HPJB telah mengambil inisiatif menempatkan seorang (1) Pembantu Tadbir (P/O) N22 bersama dengan lima (5) orang Pembantu Tadbir (P/O) N19, empat (4) orang Pembantu Operasi N11/N11 dan seorang (1) Pembantu Am N11 untuk menerajui BPP HPJB. VISI Mewujudkan sistem pengurusan yang sistematik dalam Bahagian Pentadbiran ke arah kepuasaan pelanggan. MISI Bertekad mencapai kecemerlangan pengurusan Bahagian Pentadbiran bagi merealisasikan objektif bahagian. 2. OBJEKTIF 2.1 Menyediakan perkhidmatan Pentadbiran yang terbaik, cekap dan berkesan. 2.2 Memastikan kelancaran urusan Pentadbiran, diuruskan dengan profesional. 2.3 Memberikan layanan yang baik serta teratur dalam mencapai matlamat Jabatan. 2.4 Membantu kakitangan jabatan dalam hal ehwal yang berkaitan dengan Pentadbiran.
02 3. SUMBER MANUSIA BPI HPJB diterajui oleh seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir N32 bersama dengan seorang (1) Pembantu Tadbir (P/O) N19/N22. BPI HPJB dipantau secara langsung oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) secara amnya dan Penolong Pegawai Tadbir N32 khususnya. Perjawatan Pengisian Kekosongan Pembantu Tadbir (P/O) NN22 1 0 Pembantu Tadbir (P/O) N19 5 1 Pembantu Operasi N14 1 0 Pembantu Operasi N11 4 0 Pembantu Am N11 1 0 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Pengurusan Pentadbiran, Hospital Permai Johor Bahru 4. PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Pelaporan Pelaksanaan Perhimpunan Bulanan Jabatan 12 kali setahun 12 kali Pelupusan Fail 1 kali setahun 1 kali Pelaksanaan Aktiviti dan Pelaporan Bahagian Pengurusan Pentadbiran, Hospital Permai Johor Bahru 5. GAMBAR AKTIVITI Penyerahan Buku Perkhidmatan Kerajaan Ke Jabatan Arkib
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN HASIL 2021 1. PENGENALAN Bahagian Pengurusan Kewangan dan Hasil (BPKH) merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan yang utama di Hospital Permai Johor Bahru (HPJB). Tiga (3) jenis perkhidmatan utama yang disediakan iaitu kewangan, hasil dan perolehan. Penekanan yang diberikan adalah berdasarkan perkhidmatan berkaitan urusan gaji, tuntutan perjalanan, elaun lebih masa, penyediaan waran udara, utiliti, pelbagai bayaran balik, belanjawan, pengurusan hasil dan pengurusan perolehan jabatan. VISI Memastikan mutu perkhidmatan pengurusan kewangan sentiasa konsisten dalam memperkasakan akauntabiliti dan membudayakan intergriti ke atas perkhidmatan yang dilaksanakan. MISI Memberi perkhidmatan pengurusan kewangan yang cekap, cepat dan telus dengan memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan selaras dengan peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa. 2. OBJEKTIF 2.1 Menerima dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi HPJB mengikut Batas Perbelanjaan (ET) yang diterima daripada ibu pejabat (JKNJ) bagi peruntukan semasa pada setiap awal tahun. 2.2 Mengurus dan mengawal peruntukan yang diterima dan memohon peruntukan tambahan jika terdapat kekurangan peruntukan yang berkaitan. 2.3 Menyemak, memproses dan menguruskan pembayaran gaji untuk semua kakitangan di Hospital Permai pada setiap bulan. 2.4 Menyemak, memproses dan menguruskan pembayaran tuntutan elaun lebih masa, EKLWBB, tuntutan perjalanan dan pelbagai jenis bayaran. 2.5 Mengurus pungutan, merekod, memperakaunkan segala kutipan hasil/ amanah/ bayaran balik yang diterima oleh Hospital Permai dan dibankkan mengikut peraturan yang ditetapkan. 2.6 Menyedia dan menyelenggara laporan bulanan berkaitan perbelanjaan, hasil dan perolehan dengan teratur. 2.7 Menguruskan Mesyuarat Suku Tahun Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun di peringkat Hospital seperti menyediakan surat panggilan mesyuarat,pembentangan dan minit mesyuarat serta laporan JPKA kepada JKNJ setiap 3 bulan. 2.8 Menyemak, memproses dan menguruskan bayaran waran udara bagi kemudahan balik ke wilayah asal dan rasmi.
02 2.9 Menguruskan tatacara sebutharga bagi perolehan yang melebihi RM20,000 hingga RM500,000 setahun di sistem ePerolehan/ manual contoh perolehan ubat, sewaan mesin fotostat dll. Sebutharga yang dijalankan mestilah dirancang pada tahun sebelumnya dan dikunci masuk ke dalam sistem ePerolehan supaya perancangan perolehan teratur dan mengikut peraturan kewangan semasa. 2.10 Membantu ke arah pencapaian objektif program-program kesihatan dengan memastikan bahawa program di Kementerian disokong dengan dasar/ perkhidmatan yang cekap dan berkesan dari segi masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturanperaturan kewangan yang berkuatkuasa. 3. KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) BPI HPJB bertanggungjawab ke atas pencapaian bagi Indikator 23, Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) berdasarkan kepada spesifikasi terkini iaitu Ver. 7.3.1 2021. HPIA Indikator 23 Tafsiran Peratusan pembayaran bil oleh pesakit dalam yang telah discaj . Sasaran >80% Pencapaian 2021 100% Laporan Pencapaian HPIA 2021, Bahagian Pengurusan Kewangan & Hasil, Hospital Permai Johor Bahru 4. SUMBER MANUSIA BPKH HPJB diterajui oleh seorang (1) Penolong Akauntan W32 bersama dengan seorang (1) Penolong Akauntan W29 (KUP), dua (2) orang Pembantu Tadbir (Kewangan) W22 dan lapan (8) orang Pembantu Tadbir (Kewangan) W19. BPKH HPJB dipantau secara langsung oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) secara amnya dan Penolong Pengarah (Pengurusan) khususnya. Perjawatan Pengisian Kekosongan Penolong Akauntan W32 1 0 Penolong Akauntan W29 (KUP) 1 0 Pembantu Tadbir (Kewangan) W22 2 0 Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 8 1 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Pengurusan Kewangan & Hasil, Hospital Permai Johor Bahru
01 5. LAPORAN KUTIPAN HASIL & TUNGGAKAN Suku Tahun Kutipan Hasil (RM) Tunggakan Hasil (RM) Pertama (Jan – Mac) 125,127.67 4,704.00 Kedua (April – Jun) 214,059.80 41,936.00 Ketiga (Julai – September) 120,817.97 104,780.00 Keempat (Oktober – Disember) 106,582.54 7,830.00 (Pengecualian w/asing = RM100,580.00) Laporan Kutipan Hasil & Tunggakan 2021 bagi Hospital Permai Johor Bahru 6. LAPORAN PEMPROSESAN BAYARAN BIL Bulan Amaun Bil (RM) Prestasi Bil Disempurnakan Jumlah Bil Diproses <7 hari 8 – 14 hari >14 hari Jan – Mac 8,796,618.41 4,108,242.45 161,036.75 - 818 April – Jun 11,192,987.69 11,005,780.84 187,206.85 - 940 Julai – September 13,004,264.41 12,671,104.89 333,159.52 - 1,048 Oktober – Disember 13,138,498.20 12,747,129.11 391,369.09 - 1,033 Laporan Pemprosesan Bayaran Bil 2021 bagi Hospital Permai Johor Bahru
02 7. PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Pelaporan Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan (JPKA) 4 kali setahun 4 kali Bayaran disempurnakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. 14 hari 100% Memastikan terimaan diperakaunkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. 3 hari bekerja 100% Pelaksanaan Aktiviti dan Pelaporan Bahagian Pengurusan Kewangan & Hasil, Hospital Permai Johor Bahru 8. GAMBAR AKTIVITI Pelupusan Dokumen Kewangan Melebihi 7 Tahun 9. PENUTUP Bahagian Pengurusan Kewangan & Hasil akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional dalam Pengurusan Kewangan & Hasil dengan memastikan prestasi perbelanjaan mengurus tahunan Jabatan adalah sekurang-kurangnya 98%. Di samping itu juga, Bahagian ini akan memastikan bayaran bil disempurnakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima selain memperaku terimaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN LATIHAN 2021 1. PENGENALAN Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Latihan (BPSML) Hospital Permai Johor Bahru (HPJB) terletak di aras satu Bangunan Pentadbiran, HPJB. BPSML HPJB diterajui oleh seorang (1) Pembantu Tadbir N26 bersama dengan empat (4) orang Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP) dan tiga (3) orang Pembantu Tadbir (P/O) N19. BPSML HPJB bertanggungjawab dalam menjadikan bahagian ini berfungsi dan mencapai objektif dalam memastikan semua urusan pengurusan sumber manusia dan perkhidmatan anggota di Jabatan dilaksana dengan baik selaras dengan arahan, peraturan dan dasar semasa Kerajaan. VISI Ke arah pengurusan sumber manusia dan latihan yang berkualiti dan produktif. MISI Memastikan HPJB mempunyai struktur organisasi yang sesuai, efektif serta pengurusan sumber manusia yang optimum, berpengetahuan dan berkemahiran. 2. OBJEKTIF 2.1 Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga HPJB supaya pengurusan hal-hal berkaitan sumber manusia dan latihan dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi arahan, peraturan dan dasar-dasar Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. 2.2 Mengurus perkhidmatan anggota HPJB meliputi urusan perlantikan, penamatan, kenaikan pangkat, cuti dan elaun, prestasi dan tatatertib serta kompetensi anggota bagi melahirkan anggota yang berkualiti dan produktif. 2.3 Mengurus menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui program latihan/kursus anjuran sektor awam dan swasta di dalam dan luar Negara.
02 3. KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) BPSML HPJB bertanggungjawab ke atas pencapaian bagi Indikator 17, 22 dan 26, Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) berdasarkan kepada spesifikasi terkini iaitu Ver. 7.3.1 2021. HPIA Indikator 17 Tafsiran Peratusan pegawai baru yang melaporkan diri ke HPJB menghadiri Program/Kursus Orientasi anggota baru dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lapor diri. Sasaran >90% Pencapaian 2021 100% Laporan Pencapaian HPIA 2021 (Indikator 17), Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru HPIA Indikator 22 Tafsiran Peratusan pegawai menerima pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh dilantik ke dalam perkhidmatan awam Sasaran >95% Pencapaian 2021 100% Laporan Pencapaian HPIA 2021 (Indikator 22), Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru HPIA Indikator 26 Tafsiran Peratus pegawai dengan dokumentasi lengkap dalam masa tiga (3) bulan sebelum tarikh layak kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan. Sasaran >90% Pencapaian 2021 100% Laporan Pencapaian HPIA 2021 (Indikator 26), Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru
01 4. SUMBER MANUSIA BPSML HPJB diterajui oleh seorang (1) Pembantu Tadbir N26 bersama dengan empat (4) orang Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP) dan tiga (3) orang Pembantu Tadbir (P/O) N19. BPSML HPJB dipantau secara langsung oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) secara amnya dan Penolong Pegawai Tadbir N32 khususnya. Perjawatan Pengisian Kekosongan Pembantu Tadbir (P/O) N26 1 0 Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP) 4 0 Pembantu Tadbir (P/O) N19 3 0 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Latihan, Hospital Permai Johor Bahru 5. STATISTIK PERJAWATAN Nama Jawatan/Skim Jaw Isi Sem Kos Baki Pengarah Hospital, Pegawai Perubatan, Gred Utama C 1 1 0 0 0 Timbalan Pengarah Hospital, Pegawai Perubatan, Gred UD43/44/UD47/48/UD51/52/UD53/54 1 1 0 0 0 Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Gred Khas C 1 1 0 0 0 Pakar Perubatan Jiwa, Pegawai Perubatan, Gred UD47/48/UD51/52/UD53/54/ Pakar UD55/56 5 5 5 0 -5 Pegawai Perubatan, Gred UD43/44/UD47/48/UD51/52/UD53/54 27 22 0 5 5 Pegawai Farmasi (Kontrak 29000), Gred UF41 0 0 11 0 -11 Pegawai Farmasi, Gred UF41/UF44/UF48/UF52/UF54 24 23 0 1 1 Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Gred M48 1 1 0 0 0 Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S48 1 1 0 0 0 Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Gred M41/M44 1 1 0 0 0 Pegawai Dietetik, Gred U44 1 1 0 0 0 Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41/F44 1 1 0 0 0 Pegawai Psikologi, Gred S44 2 1 0 1 1 Pegawai Perubatan (Lanjutan Kontrak 29000), Gred UD41 0 0 1 0 -1 Jururawat, Gred U41/42/U44 4 3 0 1 1 Pegawai Penyediaan Makanan, Gred C41/C44 1 1 0 0 0 Pegawai Psikologi, Gred S41/S44 3 3 0 0 0 Penolong Pegawai Perubatan, Gred U41/42/U44 3 3 0 0 0 Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja), Gred U41/U44 2 2 0 0 0 Pegawai Dietetik, Gred U41/U44 3 3 0 0 0 Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi, Pegawai Pemulihan Perubatan, Gred U41/U44 1 1 0 0 0 Pegawai Sains (Kimia Hayat), Pegawai Sains Gred C41/C44 1 1 0 0 0 Pustakawan, Gred S41/S44 1 1 0 0 0
02 Nama Jawatan/Skim Jaw Isi Sem Kos Baki Pustakawan, Gred S41/S44 1 1 0 0 0 Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S41/S44 2 2 0 0 0 Jurutera (Mekanikal), Gred J41/J44 1 1 0 0 0 Jurupulih Perubatan (Carakerja), Gred U40 2 2 0 0 0 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Gred C38 1 1 0 0 0 Penolong Pegawai Farmasi, Gred U38 1 1 0 0 0 Jurupulih Perubatan (Carakerja), Gred U38 2 2 0 0 0 Juruteknologi Makmal Perubatan, Gred U36 1 1 0 0 0 Juru X-Ray Diagnostik, Juru X-Ray, Gred U36 1 1 0 0 0 Penolong Pegawai Perubatan, Gred U36 4 4 0 0 0 Penolong Pegawai Farmasi, Gred U36 2 2 0 0 0 Jurupulih Perubatan (Carakerja), Gred U36 3 2 0 1 1 Jururawat, Gred U36 4 4 0 0 0 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Gred C32 (TBK 2) 2 2 0 0 0 Penolong Pegawai Tadbir, Gred N32 (TBK 2) 1 1 0 0 0 Penolong Akauntan, Gred W32 (TBK 2) 1 1 0 0 0 Penolong Pegawai Farmasi, Gred U32 (TBK 2) 4 4 0 0 0 Penolong Pegawai Perubatan, Gred U32 (TBK 2) 18 17 0 1 1 Jurupulih Perubatan Carakerja, Jurupulih Perubatan, Gred U32 (TBK 2) 5 3 0 2 2 Jururawat, Gred U32 (TBK2) 26 22 0 4 4 Juruteknologi Makmal Perubatan, Gred U32 (TBK 2) 2 2 0 0 0 Jurupulih Perubatan Fisioterapi, Jurupulih Perubatan, Gred U32 (TBK 2) 1 1 0 0 0 Juru X-Ray Diagnostik, Juru X-Ray Gred U32 (TBK 2) 2 1 0 1 1 Penolong Pegawai Tadbir, Rekod Perubatan, Gred N32 (TBK 2) 1 1 0 0 0 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Gred C29 Khas Untuk Penyandang, Jawatan Hakiki Pembantu Penyediaan Makanan, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 16 10 0 6 6 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred Fa29 Khas Untuk Penyandang, Jawatan Hakiki Juruteknik Komputer, Gred Ft19 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Penolong Akauntan, Gred W29 Khas Untuk Penyandang Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W19 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Juru X-Ray (Diagnostik), Gred U29 (Kontrak) 0 0 3 0 -3 Penolong Pegawai Farmasi, Gred U29 (TBK 1 Dan TBK 2) 17 17 0 0 0 Penolong Pegawai Perubatan (Kontrak 29000), Gred U29 0 0 7 0 -7 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (PPW Kontrak) 0 0 5 0 -5
01 Nama Jawatan/Skim Jaw Isi Sem Kos Baki Juruteknologi Makmal Perubatan, Gred U29 (Kontrak) 0 0 2 0 -2 Penolong Pegawai Perubatan, Gred U29 (TBK 1 Dan TBK 2) 129 112 0 17 17 Juruteknologi Makmal Perubatan, Gred U29 (TBK 1 Dan TBK 2) 7 6 0 1 1 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (PPKP Kontrak) 0 0 1 0 -1 Juru X-Ray Diagnostik, Juru X-Ray, Gred U29 (TBK 1 Dan TBK 2) 5 5 0 0 0 Jurupulih Perubatan Fisioterapi, Jurupulih Perubatan, Gred U29 (TBK 1 Dan TBK 2) 4 4 0 0 0 Jurupulih Perubatan Carakerja, Jurupulih Perubatan, Gred U29 (TBK 1 Dan TBK 2) 20 17 0 3 3 Jururawat, Gred U29 (TBK 1 Dan TBK 2) 231 228 0 3 3 Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 (TBK 1 Dan TBK 2) 2 2 0 0 0 Penolong Pegawai Keselamatan, Gred KP29 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Penolong Pegawai Psikologi, Gred S29 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 0 0 1 1 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Gred C29 (TBK 1 Dan TBK 2) 3 3 0 0 0 Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S29 (TBK 1 Dan TBK 2) 2 2 0 0 0 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S29 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Penolong Pegawai Tadbir, Rekod Perubatan, Gred N29 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N26 1 1 0 0 0 Pembantu Kesihatan Awam, Gred U24 (TBK 2) 1 0 0 1 1 Pembantu Khas, Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat, Gred N22/N29/30/N32/N36 1 1 0 0 0 Pembantu Tadbir Stor, Gred N22 (TBK 2) 3 3 0 0 0 Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W22 (TBK 2) 2 2 0 0 0 Pembantu Tadbir Rekod Perubatan, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N22 (TBK 2) 2 2 0 0 0 Pembantu Tadbir Stor, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 5 5 0 0 0 Jururawat Masyarakat, Gred U19 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 0 0 1 1 Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 5 5 0 0 0 Penyelia Asrama, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 2 2 0 0 0
02 Nama Jawatan/Skim Jaw Isi Sem Kos Baki Penyelia Asrama, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 2 2 0 0 0 Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W19 (TBK 1 Dan TBK 2) 8 7 0 1 1 Guru Agama, Pembantu Hal Ehwal Islam, Gred S19 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 18 17 0 1 1 Pembantu Kesihatan Awam, Gred U19 (TBK 1 Dan TBK 2) 2 1 0 1 1 Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U16 1 1 0 0 0 Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U14 (TBK 2) 17 14 0 3 3 Pembantu Keselamatan, Gred Kp19 (TBK 1 Dan TBK 2) 3 3 0 0 0 Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U11 (TBK 1 Dan TBK 2) 393 303 0 90 90 Pemandu Kenderaan, Gred H11 (TBK 1 Dan TBK 2) 20 17 0 3 3 Pembantu Awam, Gred H11 (TBK 1 Dan TBK 2) 9 9 0 0 0 Tukang Masak, Gred N1 (TBK 1) Jawatan Jumud, Khas Untuk Penyandang, Jawatan Hakiki Pembantu Penyediaan Makanan, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 1 1 0 0 0 Pembantu Operasi, Gred N11 (TBK 1 Dan TBK 2) 7 6 0 1 1 Pengawal Keselamatan, Gred KP11 (TBK 1 Dan TBK 2) 66 59 0 7 7 Pemandu Kenderaan, Gred H14 (TBK 2) 1 1 0 0 0 Pemandu Kenderaan, Gred H11 (TBK 1 Dan TBK 2) Khas Untuk Penyandang, Jawatan Hakiki Pemandu Kenderaan Gred H14 (Tbk 2) 1 1 0 0 0 Pembantu Penyediaan Makanan, Gred N19 (TBK 1 Dan TBK 2) 33 26 0 7 7 Pembantu Awam, Gred H11 (TBK 1 Dan TBK 2) Khas Untuk Penyandang, Jawatan Hakiki Pembantu Awam Gred H14 (TBK 2) 1 0 0 1 1 Pekerja Awam Khas (Operator Otokleb), Gred R3/R6 (TBK 13 Tahun) 1 1 0 0 0 Pegawai Perubatan (Kontrak 29000), Gred UD43 0 0 10 0 -10 JUMLAH 1221 1056 45 165 120 Jumlah Perjawatan, Pengisian dan Kekosongan sehingga 31 Disember 2021, Hospital Permai Johor Bahru
01 6. PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Pelaporan Pelaksanaan Laporan perjawatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) 12 kali setahun 12 kali (sebelum 5hb) Hari Penyemakan Buku Perkhidmatan Kerajaan 1 kali setahun 1 kali (20 – 22.12.2021) Penyata Cuti Tahunan Anggota 100% 100% (1,108 anggota) Pergerakan Gaji Anggota 100% 100% (1,108 anggota) Persaraan Anggota 100% 100% (11 anggota) Temuduga Pengambilan Personel MyStep 2 jawatan (7 kekosongan) 10.03.2021 Bantuan Khas Kewangan 2021 100% 100% (1,108 anggota) Program/Kursus Orientasi Anggota Baru 100% 3 kali (84 angota) Pelaksanaan Aktiviti dan Pelaporan Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru
02 7. GAMBAR AKTIVITI Hari Bertemu Pelanggan (Penyemakan Buku Perkhidmatan Kerajaan) 20 – 21 Disember 2021 Urusan Temuduga Pengambilan Personel Mystep Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 8. PENUTUP Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Latihan (BPSML) bertanggungjawab terhadap pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia dan latihan di Hospital Permai Johor Bahru (HPJB). Selaras dengan itu, Bahagian ini sentiasa mengambil pelbagai inisiatif yang lebih proaktif dan berkesan bagi memantau aktiviti, isu dan cabaran berhubung pengurusan sumber manusia dan latihan di Jabatan.
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN DAN PEMBANGUNAN 2021 1. PENGENALAN Bahagian Kejuruteraan & Pembangunan (BKP) Hospital Permai Johor Bahru (HPJB) berfungsi mengendalikan semua perancangan dan pembangunan infrastruktur fizikal di Jabatan. Selain itu, bahagian ini juga terlibat dalam menguruskan fasiliti-fasiliti jabatan merangkumi aspek kebersihan, penyelenggaraan fasiliti, merekod aset peralatan di fasiliti yang terlibat . BKP HPJB juga terlibat dalam menguruskan hal-hal berkaitan Rumah Kerajaan HPJB seperti menguruskan permohonan menduduki kuarters dari anggota HPJB, merancang mengadakan mesyuarat perumahan rumah kerajaan, penyelenggaraan fasiliti serta kebersihan dan juga mengadakan taklimat memperbaharui perjanjian menduduki rumah kerajaan. Bahagian ini diketuai oleh seorang (1) Jurutera M41/44 dengan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Tadbir (N19) dan dua (2) orang Pembantu Awam (H11). VISI Untuk menjadikan HPJB sebagai sebuah institusi perubatan yang menawarkan infstruktur dan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan sokongan hospital yang boleh diberikan kepada pesakit dengan kapasiti yang ada. MISI Membangun dan menyelenggara prasarana dan infratruktur hospital dengan efisyen dari segi kos dan masa ke arah persekitaran yang kondusif untuk rawatan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. 2. OBJEKTIF 2.1 Memantau pelaksanaan kerja-kerja selenggara infrastruktur dan fasiliti oleh syarikat konsesi. 2.2 Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti teknikal serta projek naiktaraf di fasiliti jabatan. 2.3 Merancang dan melaksana pengurusan aset tidak alih (PATA) di jabatan. 2.4 Menyedia dan meneliti input teknikal yang diperlukan dari semasa ke semasa.
02 3. KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) BKP HPJB bertanggungjawab ke atas pencapaian bagi Indikator 28, Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) berdasarkan kepada spesifikasi terkini iaitu Ver. 7.3.1 2021. HPIA Indikator 28 Tafsiran Peratusan pemeriksaan fasiliti kejuruteraan dan penyerahan laporan oleh Bahagian Kejuruteraan & Pembangunan pada tahun yang sama. Sasaran >80% Pencapaian 2021 92.30% Laporan Pencapaian HPIA 2021, Bahagian Kejuruteraaan & Pembangunan, Hospital Permai Johor Bahru 4. SUMBER MANUSIA BKP HPJB diterajui oleh seorang (1) Jurutera (Mekanikal) M41/44 bersama dengan dua (2) orang Pembantu Tadbir (P/O) N19 dan dua (2) orang Pembantu Awam H11. BKP HPJB dipantau secara langsung oleh Pengarah Hospital secara amnya dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) khususnya. Perjawatan Pengisian Kekosongan Jurutera (Mekanikal) J41/44 0 1 Pembantu Tadbir (P/O) N19 2 0 Pembantu Awam H11 2 0 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Kejuruteraan & Pembangunan, Hospital Permai Johor Bahru
01 5. PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Aktiviti Pencapaian Januari 2021 Pemeriksaan Kuarters Tercapai 28 Februari 2021 Mesyuarat Pengurusan Rumah Kerajaan HPJB Bil 1 Tahun 2021 Tercapai Mac 2021 Pemasangan Papan Tanda Zon Kunci Di Kawasan Larangan Meletak Kenderaan Di Kawasan Kuarters Tercapai 11 April 2021 Mesyuarat Pengurusan Rumah Kerajaan HPJB Bil 2 Tahun 2021 Tercapai Jun 2021 Melaksanakan Proses Premis Demis Terhadap 9 Ruang Untuk Tindakan JKNJ Tercapai Julai 2021 Melakukan Operasi Penutupan Sementara Kawasan Taman Permainan Di Kuarters Tercapai 3 Ogos 2021 Penggredan Tandas Awam Berdasarkan Bintang Berkala Tercapai 18 Ogos 2021 Mesyuarat Pengurusan Rumah Kerajaan HPJB Bil 3 Tahun 2021 Tercapai Oktober 2021 Pemeriksaan Bebas Nyamuk Di Kompleks Sukan Besama Unit Vektor Hpjb Dan Unit Vektor Pkdjb Tercapai 28 November 2021 Mesyuarat Pengurusan Rumah Kerajaan HPJB Bil 4 Tahun 2021 Tercapai Disember 2021 Operasi Bersama Pihak Landskap Medivest Membersihkan Kawasan LongkangLongkang Di Kuarters Tercapai Pelaksanaan Aktiviti dan Pencapaian Bahagian Kejuruteraan & Pembangunan, Hospital Permai Johor Bahru 6. GAMBAR AKTIVITI Pemantauan Kerja-Kerja Pemasangan Papan Tanda Zon Kunci Di Kawasan Larangan Meletak Kenderaan Di Kawasan Kuarters
02 Operasi Bersama Pihak Landskap Medivest Membersihkan Kawasan Longkang-Longkang Di Kuarters Pemeriksaan Bebas Nyamuk Di Kompleks Sukan Besama Unit Vektor HPJB Dan Unit Vektor PKDJB 7. PENUTUP Semua aktiviti yang dirancang telah dicapai dengan jayanya dengan anggota hospital yang terlibat. Walau bagaimanapun, beberapa perkara masih perlu ditambahbaik demi memantapkan lagi program kawal selia perkhidmatan sokongan HPJB. Pelbagai langkah lebih proaktif akan dilaksanakan pada tahun akan datang bagi meningkatkan prestasi syarikat konsesi dan seterusnya memantapkan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital-hospital kerajaan kepada rakyat.
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN 2021 1. PENGENALAN Bahagian Keselamatan Hospital Permai Johor Bahru terletak di aras bawah Bangunan Pentadbiran, Hospital Permai Johor Bahru. Ianya diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Keselamatan KP29 dan dibantu oleh tiga (3) orang Pembantu Keselamatan KP19 dan lima puluh sembilan (59) orang Pengawal Keselamatan Kerajaan KP11. Merealisasikan kepada pematuhan arahan keselamatan yang telah digariskan dari semasa ke semasa. VISI Menjadikan Unit Keselamatan Hospital Permai sebagai unit pengurusan keselamatan perlindungan yang unggul di antara Hospital di Negeri Johor dan seterusnya di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. MISI Memberi khidmat pandangan dan nasihat berkaitan keselamatan perlindungan selain memberi pendedahan akan kepentingan pematuhan kepada keselamatan perlindungan. 2. OBJEKTIF Memastikan Keselamatan Perlindungan sentiasa terjamin sepanjang masa bagi mengelakkan sebarang perlanggaran keselamatan perlindungan 3. FUNGSI UTAMA 3.1 Memastikan serta memelihara ketenteraman awam dan aset kerajaan dilindungi dari ancaman keselamatan perlindungan. 3.2 Memproses permohonan pas-pas keselamatan. 3.3 Memastikan pencegahan keselamatan maklumat, dokumen rasmi dan rahsia rasmi serta personel dilindungi sepertimana yang diperuntukan dalam Arahan Keselamatan. 3.4 Memberi khidmat kerjasama kepada pelanggan dengan mesra dan adil. 4. SUMBER MANUSIA Bahagian Keselamatan HPJB diterajui oleh seorang (1) Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 bersama dengan tiga (3) orang Pembantu Keselamatan Gred KP19 dan 59 orang Pengawal Keselamatan Kerajaan Gred KP11. BPI HPJB dipantau secara langsung oleh Pengarah Hospital secara amnya dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) khususnya.
02 Perjawatan Pengisian Kekosongan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 1 0 Pembantu Keselamatan Gred KP19 3 0 Pengawal Keselamatan Kerajaan Gred KP11 66 7 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Keselamatan, Hospital Permai Johor Bahru 5. STATISTIK TAPISAN KESELAMATAN Jumlah permohonan Tapisan Keselamatan (e-vetting) dari tahun 2019 hingga tahun 2021, Hospital Permai Johor Bahru Jumlah permohonan Kad Pengenalan Jabatan dari tahun 2019 hingga tahun 2021, Hospital Permai Johor Bahru Ϭ ϭϬ ϮϬ ϯϬ ϰϬ ϱϬ ϲϬ ϳϬ ϮϬϭϵ ϮϬϮϬ ϮϬϮϭ :ƵŵůĂŚ WĞƌŵŽŚŽŶĂŶ ϮϱϬ Ϯϱϱ ϮϲϬ Ϯϲϱ ϮϳϬ Ϯϳϱ ϮϴϬ Ϯϴϱ ϮϵϬ ϮϬϭϵ ϮϬϮϬ ϮϬϮϭ :ƵŵůĂŚ WĞƌŵŽŚŽŶ͙
01 6. PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Pelaporan Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan 3 kali setahun 3 kali 25.01.2021 12.04.2021 08.09.2021 Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Kawalan Keselamatan 2 kali setahun 1 kali 20.01.2021 Mesyuarat Koordinasi Bahagian Keselamatan 12 kali setahun 12 kali 03.01.2021 10.02.2021 14.03.2021 27.04.2021 30.05.2021 30.06.2021 29.07.2021 18.08.2021 05.09.2021 26.10.2021 22.11.2021 29.12.2021 Continuous Medical Education (CME) 1 kali setahun 1 kali 02.11.2021 Pelaksanaan Aktiviti dan Pelaporan Bahagian Keselamatan, Hospital Permai Johor Bahru 7. GAMBAR AKTIVITI Taklimat dan Operasi Penguatkuasaan Pelekat Kuarters Saringan Kemasukan Orang Kene Tuduh (OKT) yang dibawa oleh Anggota PDRM ke Wad Hawthorn
02 Kunjungan Hormat kepada YDH Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Johor Bahru Utara Kawalan dan Pengawasan Stor Farmasi bagi Pergerakan Vaksin COVID-19 8. PENUTUP Kewujudan Bahagian Keselamatan Hospital Permai Johor Bahru merupakan langkah signifikan dalam mempertingkat tahap keselamatan di hospital. Bahagian ini bertindak sebagai lapisan paling hadapan bagi mencegah, melengah, mengesan serta bertindak dengan meletakkan keselamatan perlindungan dan ketenteraman awam (pesakit, pelawat, aset, dokumen, kakitangan dan premis) seimbang dalam konteks hospital sebagai tempat yang selamat dan jauh dari sebarang ancaman keselamatan.
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN ASET 2021 1. PENGENALAN Fungsi Bahagian Pengurusan Aset (BPA) Hospital Permai, Johor Bahru adalah bagi memastikan pengurusan aset alih Hospital Permai Johor Bahru, Johor dijalankan selaras dengan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan dan peraturan yang ditetapkan mengikut 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), serta lain-lain pekeliling perbendaharaan yang berkaitan. Unit ini terletak di Direktorat Pengurusan, Tingkat 2, Bangunan Admin-CME, Hospital Permai Johor Bahru, Johor. VISI Menjadikan Bahagian Pengurusan Aset sebagai pusat pengurusan aset yang sistematik, menyeluruh, cekap dan penuh integriti selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan (1PP) - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. MISI Memberi mutu perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan cekap kepada pelanggan mengikut dasar, prinsip dan pekeliling kerajaan yang ditetapkan. 2. OBJEKTIF 2.1 Melaksanakan sistem pengurusan aset dengan cekap dan berkesan. 2.2 Bertanggungjawab untuk memantau semua Aset Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah Unit/Jabatan dibawah kawalannya sepertimana yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan (1PP). 2.3 Merancang dan mengurus program/aktiviti melibatkan pengurusan aset selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa. 2.4 Merancang, menyelaras dan memastikan aset alih Kerajaan milik jabatan dapat diurus dengan cekap dan berkesan. 2.5 Memastikan penyelenggaraan aset dijalankan oleh pihak konsesi mengikut jadual Penyelenggaraan Pencegahan Terancang (PPM) seperti yang ditetapkan.
02 3. KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) BPA HPJB bertanggungjawab ke atas pencapaian bagi Indikator 24, Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) berdasarkan kepada spesifikasi terkini iaitu Ver. 7.3.1 2021. HPIA Indikator 24 Tafsiran Peratus pemeriksaan dan pemantauan asset hospital sekali dalam setahun. Sasaran 100% Pencapaian 2021 100% Laporan Pencapaian HPIA 2021, Bahagian Pengurusan Aset, Hospital Permai Johor Bahru 4. SUMBER MANUSIA BPI HPJB diterajui oleh seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir N29 bersama dengan seorang (1) Pembantu Tadbir (P/O) N22 dan dua (2) orang Pembantu Tadbir (P/O) N19. BPI HPJB dipantau secara langsung oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) secara amnya dan Penolong Pengarah (Pengurusan) khususnya. Perjawatan Pengisian Kekosongan Penolong Pegawai Tadbir N29 1 0 Pembantu Tadbir (P/O) N22 1 0 Pembantu Tadbir (P/O) N19 2 0 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Pengurusan Aset, Hospital Permai Johor Bahru
01 5. GAMBAR AKTIVITI Aktiviti Ujian Teknikal Dan Pentauliahan Aset (T&C)
02 6. PENUTUP Bahagian Pengurusan Aset (BPA) bertanggungjawab untuk menguruskan Harta Modal dan Aset Alih yang meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan penyelenggaraan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain. BPA juga bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dengan merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program/aktiviti penyelenggaraan dan pengurusan aset di jabatan agar kemudahan aset mencapai piawaian kualiti dan keselamatan demi kebaikan anggota dan pesakit.
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN PENGANGKUTAN 2021 1. PENGENALAN Bahagian Pengurusan Pengangkutan (BPP) Hosital Permai Johor Bahru (HPJB) ditubuhkan untuk menyelaras/menyediakan kenderaan jabatan kepada pesakit dan kakitangan HPJB dalam menjalankan tugas-tugas rasmi seperti lawatan ke rumah pesakit, aktiviti-aktiviti pesakit, menghantar kakitangan berkursus, seminar, mesyuarat, menghantar darah, menghantar surat, menghantar/mengambil ubat, dan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Jabatan. VISI Mewujudkan perkhidmatan penyeliaan dan pengangkutan yang cekap dan berkemahiran dengan menekankan kerja berpasukan penyayang dan mesra. MISI Berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan menekankan kepada aspek-aspek kualiti dalam pengurusan. 2. OBJEKTIF Memberi perkhidmatan kenderaan jabatan termasuk ambulan kepada pesakit dan kakitangan hospital serta sentiasa bersiap-sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. 3. KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) BPP HPJB bertanggungjawab ke atas pencapaian bagi Indikator 21, Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) berdasarkan kepada spesifikasi terkini iaitu Ver. 7.3.1 2021. HPIA Indikator 16 Tafsiran Peratus kenderaan jabatan yang mematuhi jadual Planned Perventive Maintenance (PPM). Sasaran >80% Pencapaian 2021 93.75% Laporan Pencapaian HPIA 2021, Bahagian Pengurusan Integriti, Hospital Permai Johor Bahru
02 4. SUMBER MANUSIA BPP HPJB diterajui oleh seorang (1) Pembantu Tadbir (P/O) N22 bersama dengan seorang (1) Pembantu Tadbir (P/O) N19. BPP HPJB dipantau secara langsung oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) secara amnya dan Penolong Pegawai Tadbir N32 khususnya. Perjawatan Pengisian Kekosongan Pembantu Tadbir (P/O) N22 1 0 Pembantu Tadbir (P/O) N19 1 0 Pemandu Kenderaan Gred H14 2 0 Pemandu Kenderaan Gred H11 17 3 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Pengurusan Pengangkutan, Hospital Permai Johor Bahru 5. STATISTIK KENDERAAN Bil. Jenis Jenama No. Daftar Status 1 MPV Toyoto Innova 2.0E (AT) JQR 283 Aktif 2 MPV Toyota Innova 2.0E (AT) JQR 285 Aktif 3 Van Ambulan Toyota Hiace 2.5 Turbo JNF 958 Aktif 4 Van Ambulan Toyota Hiace 2.5 Turbo JNF 6547 Aktif 5 Van Ambulan Toyota Hiace 2.5 Turbo JNF 7104 Aktif 6 Van Ambulan Toyota Hiace 2.5 Turbo JNE 7791 Aktif 7 Van Penumpang Toyota Hiace 2.5 Turbo JNF 972 Aktif 8 Van Penumpang Toyota Hiace 2.5 Turbo JNE 7780 Aktif 9 Van Penumpang Toyota Hiace 2.5 Turbo JNE 8495 Aktif 10 Bas 40 penumpang Scania K380 4x2 JNE 7769 Aktif 11 Pacuan 4 Roda Toyota Hilux 2.5G JND 4955 Aktif 12 Van Jenazah Toyota Hiace 2.5 Turbo JNF 7350 Aktif 13 Van Mayat Toyota Hiace 2.5 Turbo JNF 5412 Aktif 14 Lori 3 tan Hino, Wu 410r JNF 5908 Aktif 15 MPV Nissan X-Trail JNH 3624 Aktif 16 MPV Nissan X-Trail JNH 3630 Aktif 17 MPV Nissan X-Trail JNH 3639 Rosak 18 MPV Nissan X-Trail JNH 3642 Aktif 19 MPV Proton Exora 1.6 (M) JQL 8544 Aktif 20 MPV Proton Exora Fl 1.6L JRB 9244 Aktif 21 MPV Nissan Serena JJL 4830 Rosak 22 MPV Toyota Innova 2.0E (AT) JLR 7103 Aktif 23 MPV Nissan Serena JKN 5124 Rosak 24 MPV Toyota Innova 2.0E (AT) JNA 4392 Aktif 25 Bas Bas Hino JLL 7675 Aktif 26 MPV Toyota Innova 2.0E (AT) JTT 3431 Aktif 27 Van Penumpang Nissan Urban JLD 7127 Rosak 28 SUV Mitsubishi Xpander 1.5L(A) JUW4337 Aktif 29 Kereta Spanco Proton Pesona VFG4321 Aktif
01 6. PELAKSANAAN AKTIVITI Latihan Pembersihan (Decon) Kenderaan Jabatan Yang Digunakan Pesakit Covid-19 Oleh Jabatan Bomba Aktiviti Bulan Kemerdekaan Pemasangan Jalur Gemilang Oleh Pengarah Hospital Permai Johor Bahru Penerimaan Kenderaan Jabatan Yang Baru
02 7. PENUTUP Bahagian Pengurusan Pengangkutan (BPP) adalah salah satu bahagian di bawah sektor logistik di Hospital Permai Johor Bahru (HPJB). Bahagian ini berperanan dalam pengurusan kenderaan jabatan yang merangkumi aspek penggunaan, penyelenggaraan, perolehan baharu, kawal selia kenderaan. BPP HPJB menyampaikan perkhidmatan yang melibatkan anggota dan juga pesakit di hospital. BPP HPJB akan berusaha sedaya upaya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan memenuhi dan melaksanakan segala aktiviti-aktiviti di jabatan.
01 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN PERPUSTAKAAN 2021 1. PENGENALAN Perpustakaan Hosptital Permai merupakan nadi dan penggerak ke arah pencapaian objektif warga kesihatan yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dengan menyediakan bahan rujukan dan kemudahan yang kondusif. Perpustakaan ini diurus oleh seorang pegawai profesional iaitu Pustakawan Kanan Gred S44. Sehingga tahun 2021, koleksi Perpustakaan Hospital Permai telah mencapai 5810 naskhah. Koleksi utama perpustakaan ini mengkhusus kepada bidang psikitri yang terdiri daripada monograf (buku ) dan bahan terbitan bersiri (majalah, laporan tahunan, jurnal, prosiding, seminar, buletin) Selaras dengan peranannya sebagai gedung ilmu dan pusat maklumat, Perpustakaan Hospital Permai sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamatnya untuk dimanfaatkan oleh seluruh warganya. VISI Perpustakaan untuk sumber ilmu warga kesihatan yang cemerlang. MISI 1.1 Membolehkan semua pengguna mengakses informasi terkini yang diperlukan melalui kaedah yang mudah, efisyen dan efektif. 1.2 Memperolehi dan menggunakan kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasikan maklumat ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan profesionalisme warga kesihatan. 1.3 Menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat. 2. OBJEKTIF 2.1 Mempertingkat mutu dan jumlah koleksi selaras dengan keperluan warga kesihatan. 2.2 Membantu melahirkan warga kesihatan yang berilmu, dinamis, kreatif, dan inovatif supaya dapat memainkan peranan yang positif dalam masyarakat. 2.3 Menyediakan pelbagai maklumat dalam pelbagai sumber kepada pengguna.
02 3. PIAGAM PELANGGAN Bahagian Perpustakaan menjaminkan perkhidmatan yang cekap dan tepat dalam menyedia dan mengurus sumber maklumat yang relevan, berkualiti dan terkini sesuai dalam perkhidmatan, latihan dan penyelidikan psikiatri berlandaskan perkara-perkara berikut: 3.1 Peminjaman dan pemulangan buku dapat dilakukan dalam tempoh masa 5 minit. 3.2 Perkhidmatan rujukan dan perujukan maklumat akan diselesaikan dalam tempoh masa 2 hari bekerja. 3.3 Memastikan setiap buku/ majalah/ jurnal baru boleh dirujuk dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan. 4. SUMBER MANUSIA Perjawatan Pengisian Kekosongan Pustakawan S44 1 0 Pembantu Perawatan Kesihatan U11 1 0 Jumlah Perjawatan dan Pengisian, Bahagian Perpustakaan, Hospital Permai Johor Bahru 5. STATISTIK PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN TAHUN 2021 JUMLAH KESELURUHAN: 1,595 ORANG 0 20 40 60 80 100 120 140 160 180 200 197 178 156 159 76 137 51 87 134 133 133 JUMLAH 100 (ORANG) BULAN
01 TAHUN 2020 - 2021 JUMLAH KESELURUHAN: 5,125 ORANG 6. KOLEKSI Bahan Perpustakaan Kumulatif Koleksi Judul Unit Monograf (Buku) 2,384 2,996 Jurnal 108 1,568 Majalah 50 433 Laporan Tahunan 132 499 Buletin 72 314 JUMLAH 2,746 5,810 7. KEAHLIAN Keahlian Perpustakaan Hospital Permai adalah percuma dan terbuka kepada semua kakitangannya. Sehingga tahun 2021 jumlah ahli perpustakaan adalah seperti jadual di bawah: TAHUN KUMULATIF 2021 2,587 Ϭ Ϭ Ϭ ϭϴϯϬ Ϭ Ϭ ϭϱϵϱ Ϭ Ϭ Ϭ Ϭ Ϭ Ϭ ϮϬϬ ϰϬϬ ϲϬϬ ϴϬϬ ϭϬϬϬ ϭϮϬϬ ϭϰϬϬ ϭϲϬϬ ϭϴϬϬ ϮϬϬϬ :hD>,;KZE'Ϳ d,hE
02 8. GAMBAR AKTIVITI Hands-on Virtual Library KKM Taklimat Perpustakaan untuk Kursus Orientasi Anggota Baru Program Jom Baca Bersama 10 Minit
01 Santai Ilmu Bersama Pakar secara zoom Pameran Bertema Pemenang Akiviti Bulan Membaca
02 9. PENUTUP Perpustakaan sebagai sebuah pusat rujukan maklumat wajar diberikan nafas baru dalam merealisasikan hasrat menjadikan kakitangan Hospital Permai sebagai warga yang berilmu seterusnya membantu meningkatkan kepakaran dalam menjalankan tugas masing-masing. Aspek pembangunan koleksi perlu diberi penekanan dengan diberi peruntukan khas untuk pembelian bahan-bahan rujukan seperti buku dan jurnal yang terkini dan sesuai dalam perkhidmatan, latihan dan penyelidikan psikiatri. Selain itu, perpustakaan juga perlu dilengkapi dengan Sistem Perpustakaan Bersepadu (Integrated Library Management System) bagi memudahkan pengurusan maklumat dan koleksi perpustakaan. Dengan adanya sistem ini, ia akan melancarkan urusan peminjaman dan pemulangan bahan, rekod pengguna, data bibiliografik, statistik dan dapatan kembali maklumat. Paling utama, ia memudahkan kakitangan hospital mengakses koleksi yang terdapat di perpustakaan. Aspek sumber manusia juga perlu dipandang serius kerana dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti, perpustakaan amat memerlukan sumber manusia yang terlatih dan sesuai bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan. Ini kerana Bahagian Perpustakaan menghadapi masalah kekurangan staf sejak ia ditubuhkan di mana bermula tahun 2015 ia diuruskan oleh seorang pegawai pengurusan dan professional iaitu Pustakawan gred S44. Tiada waran perjawatan untuk kakitangan kumpulan pelaksana.