KAJIAN KES SEJARAH
TAJUK : ANCAMAN KOMUNIS DAN
PERISYTIHARAN DARURAT
NAMA : MIESHA SYUHADAH BINTI MOHAIMIE
KELAS : 4 BRISTOL
NO. MAKTAB : CP180285
GURU : ZULKIFLI BIN YAASOK
1
ISI KANDUNGAN
BIL BUTIRAN MUKA
SURAT
1 Jadual Kerja
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 4
4 Tajuk 4
5 Pendahuluan 4
6 Cara kemasukan pengaruh Komunis 5
6
di Negara kita
7 Perkara yang dilakukan oleh Komunis 7-10
untuk menggugat keamanan dan 11
kesejahteraan negara kita
12
8 Cara dan kaedah kerajaan untuk
13
menangani ancaman komunis pada masa
tersebut 14
15
9 Cara mengekalkan kedamaian dan
kemakmuran yang kita bina pada hari ini
10 Mengapa perlu menghayati dan
mengambil iktibar perjuangan pemimpin
dalam usaha mendapatkan Kemerdekaan
11 Rumusan
12 Sumber Rujukan
2
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1 9 JULAI Menerima taklimat daripada guru /
2021 subjek Sejarah berkaitan penulisan
Tugasan.
2 14 JULAI Membuat rujukan awal ke laman web /
2021 yang berkaitan dengan tajuk tugasan.
3 17 JULAI Mengenalpasti cara penulisan tugasan. /
/
2021 /
4 18 JULAI Menentukan tajuk penulisan.
2021
5 25 JULAI Membuat rujukan lanjut berkaitan
2021 dengan tajuk tugasan menerusi
internet, majalah, akhbar, buku.
6 28 JULAI Menulis draf awal tugasan dengan /
2021 bimbingan guru.
7 02 OGOS Menulis pengenalan dan laporan /
2021 penuh tugasan.
8 20 OGOS Menyiapkan isi kandungan laporan. /
/
2021 /
9 28 0G0S Rumusan pengetahuan, nilai murni
2021 dan harapan.
10 31 OGOS Menyemak dan menghantar tugasan
2021
3
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meneroka bukti ancaman komunis di negara kita.
2. Memahami kronologi perkembangan pengaruh
komunisme di negara kita.
3. Membuat interprasi usaha membanteras ancaman.
KAEDAH KAJIAN
1. BAHAN ILMIAH : Buku teks, buku rujukan.
2. MELAYARI INTERNET : Laman web seperti
‘YouTube’ dan ‘Internet’ .
3. MEDIA : Rakaman video dari sumber beritatelevisyen
dan akhbar online.
TAJUK :
ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
4
PENDAHULUAN
Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku
sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Komunis melakukan
pelbagai Tindakan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan
menggugat kestabilan politik. Matlamat komunis adalah untuk
merampas kuasa daripada British dan menggantikannya dengan
sebuah Republik Komunis. Namun begitu, British berjaya menawan
hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama membanteras ancaman
komunis.
Zaman darurat telah membawa pelbagai kesan kepada politik,
ekonomi dan sosial di negara kita. Darurat Tanah Melayu merupakan
darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari
tahun 1948 sehingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan
hak-hak sivil (bukan semua hak-hak sivil), pemberian kuasa istimewa
kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk
mengongkong kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang
membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan
sebahagian daripada konflik yang berlaku di antara PKM dan parti
haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahan
Jepun pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak
PKM dan kerajaan Malaysia ditandatangani pada Disember 1989.
Tindakan komunis ini memusnahkan kemudahan asas serta
menyerang penduduk dan anggota keselamatan, menyebabkan
keadaan huru-hara di negara kita. Pelbagai usaha dilakukan oleh
kerajaan untuk membanteras komunis dan mengembalikan
keamanan negara kita bagi menghargai keamanan yang dikecapi. Oleh
itu, kita perlu bersama-sama mempertahankan negara daripada
ancaman musuh.
5
CARA KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA
Ideologi komunis mula dibawa masuk ke negara kita sejak awal
tahun 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang
mnempunyai beribu pejabat di China. Menjelang tahun I924,
cawangan KMT ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negeri
Melayu bagi menyebarkan pengaruh komunis. Antara bandar tersebut
termasuklah Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan
Sungai Petani. Selain KMT, terdapat sebuah lagi pertubuhan, iaitu
Main School yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah
arahan Parti Komunis China (PKC).
Pada tahun 1927, perpecahan berlaku antara Parti KMT dengan
PKC. The Communist International yang berpusat di Moscow
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun
1928. Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya.
Keadaan ini mendorong Comintern mengarahkan penubuhan parti
baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM).
Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari
Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro,
Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sultan Perpateh menyebarkan
fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan
Kedah. Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau
Jawa (1926) menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di
Tanah Melayu. Namun begitu, usaha mereka tidak mendapat
sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan
kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.
Tan Malaka Alimin
6
PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS UNTUK
MENGUGATKAN KEAMANAN & KESEJAHTERAAN NEGARA
Dalam persidangan Calcutta, India, pengikut komunis di
kawasan yang dijajah digesa supaya memperhebatkan
perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia.
Disebabkan daripada itu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM
telah mengambil keputusan untuk melancarkan perjuangan
bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah
Melayu. Tindakan Komunis melancarkan perjuangan
bersenjata menyebabkan British mengisytiharkan darurat.
Pada 16 Jun 1918, komunis membunuh tiga orang
pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Komunis
membunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John
Allison, pensurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian
Cristian. Oleh itu, Sir Eduard Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu mengisytiharkan darurat. Undang-Undang
Darurat dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri Perak
seperti di Ipoh dan Sungai Siput serta di Johor yang
merangkumi daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plentong. Pada
17 Jun 1948, Undang-Undang Darurat ini diperluas meliputi
keseluruhan negeri Perak dan Johor. Seterusnya, pada 18 Jun
1948, undang-undang ini dikuatkuasakan ke seluruh Tanah
Melayu. Oleh itu, usaha membanteras ancaman komunis di
Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan rasminya.
Dari segi Komunis melumpuhkan ekonomi, sejak
Undang- Undang Darurat dikuatkuasakan, lombong bijih timah
dan ladang getah menjadi sasaran utama serangan komunis
untuk melemahkan ekonomi British. Dari tahun 1948 hingga
tahun 1956, komunis menyerang 80 lombong biji timah
antaranya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
7
Mereka merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah
asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah serta membunuh
pekerja. Tindakan komunis ini menyebabkan pekerja lombong
dan ladang getah menderita. Selain mengganggu kerja harian
di lombong dan ladang, nyawa mereka turut terancam.
Seterusnya Komunis telah menyebabkan pelbagai
kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas, terutama sistem
pengangkutan dan perhubungan. Mereka mengebom,
merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api. Kenderaan
yang melalui jalan raya pula ditembak dan dibakar. Komunis
turut sabotaj kemudahan telefon serta merosakkan paip air.
Seterusnya, mereka bertindak menyerang pekerja awam yang
ditugaskan untuk membaiki jalan raya, memasang paip air,
membina sistem pengairan dan pekerja yang menjalankan
penyelidikan di tapak skim hidroelektrik. Keadaan ini akan
menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan kerana
infrastruktur tidak dapat diselenggara dengan baik.
Komunis juga mangancam keselamatan rakyat dengan
melakukan pelbagai tindakan ganas. Mereka mengugut,
mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya,
menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh
penduduk yang tidak mahu bekerjasama. Contohnya, pada
malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan bom tangan di
Sheum Circus, Kampar, Perak. Akibatnya, seramai 46 orang
cedera parah dan empat orang meninggal dunia. Tindakan
komunis ini menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan
kepada rakyat. Jumlah orang awam yang telah tebunuh pada
masa tersebut ialah sebanyak 2473, manakala yang tercedera
sebnayak 1385 dan yang hilang sebanyak 810 orang.
8
Akhir sekali, PKM telah menyasarkan pasukan
keselamatan dan menyerang balai polis. Tindakan ini dilakukan
untuk mencetuskan keadaan yang huru-hara dan
menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi
raykat. Jumlah Polis yang terkorban ketika itu ialah sebanyak
513 orang dan yang tercedera sebanyak 701 orang. Special
Constables terkorban sebanyak 593 orang dan yang tercedera
sebanyak 476 orang. Selain itu, Auxiliary Police juga turut
terkorban sebanyak 242 orang dan yang tercedera sebanyak
154 orang. Akhir sekali, tentera ialah yang paling banyak telah
terkorban iaitu 519 orang dan yang tercedera sebanyak 959
orang.
Lori-lori yang dibakar oleh Komunis
Kereta api yang disabotaj oleh Komunis
9
Ladang getah dan rumah kediaman yang telah dibakar oleh
Komunis
Pokok-pokok getah yang telah dirosakkan oleh Komunis
untuk melumpuhkan ekonomi negara kita.
10
CARA DAN KAEDAH KERAJAAN UNTUK MENANGANI
ANCAMAN KOMUNIS PADA MASA TERSEBUT
Bagi menangani ancaman komunis, beberapa usaha
telah diambil oleh Kerajaan antaranya seperti
penguatkuasaan Undang-Undang Darurat, pemerkasaan
pasukan keselamatan, pengenalan kepada pendaftaran
kebangsaan, Rancangan Briggs, tawaran pengampunan,
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, perintah
berkurung, perang saraf dan rundingan Baling.
Pihak kerajaan akan menahan sesiapa sahaja yang
disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang
perbicaraan. Selain itu, kerajaan juga akan menggeledah
rumah kediaman, memagar kampung, mengadakan perintah
berkurung, mewujudkan Kampung Baru dan memindahkan
serta menempatkan penduduk di Kampung Baru.
Terdapat juga pasukan keselamatan seperti Polis iaitu
Cawangan Khas, Special Contables, Polis Hutan, Polis Wanita,
Senoi Praaq dan Auxiliary Police. Terdapat juga tentera iaitu
Pasukan Askar Melayu, Pasukan Askar Komanwel dan
Sarawak Rangers. Akhir sekali, sukarelawan seperti Home
Guard yang akan membanteras kegiatan komunis di Tanah
Melayu.
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney.
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950.
Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs pula dilantik
menjadi Pengarah Operasi. Tujuan utama langkah ini adalah
untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang
membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan
kepada PKM. Rancangan Briggs merupakan langkah yang
berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis.
11
SEBAGAI PELAJAR SEJARAH YANG PINTAR,
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGEKALKAN
KEDAMAIAN DAN KEMAKMURAN YANG KITA BINA
PADA HARI INI?
Sebagai pelajar Sejarah yang pintar, cara untuk
mengekalkan kedamaian dan kemakmuran adalah dengan
sentiasa menghormati dan akan mengenali raja dan pemimpin
negara kita. Kerana mereka telah berusaha mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan negara ini. Usaha-usaha mereka
untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong dan
bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti
Tunku Abdul Rahman yang telah memainkan peranan yang
penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara
haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti
mereka, negara kita mungkin akan kekal berada di tangan
penjajah asing. Dengan usaha ini, saya yakin bahawa
kedamaian dan kemakmuran negara dapat dikekalkan
sepanjang tahun.
Selain itu, saya akan melibatkan diri dengan aktiviti yang
melibatkan pelbagai kaum seperti gotong-royong untuk
membersihkan kawasan perumahan serta menyerikan taman
di kawasan perumahan. Hal ini dapat memupuk semangat
bermasyarakat antara semua kaum serta mengeratkan
hubungan silaturrahim. Oleh itu, sudah jelaslah bahawa
penglibatan ini dapat mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran yang telah kita bina sehingga hari ini.
12
MENGAPAKAH GENERASI MUDA HARI INI PERLU
MENGHAYATI & MENGAMBIL IKTIBAR TENTANG
PERJUANGAN PEMIMPIN DALAM USAHA
MENDAPATKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU?
Generasi muda hari ini perlu sentiasa menghayati dan
mengambil iktibar tentang perjuangan pemimpin dalam usaha
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu ialah kerana kita
dapat belajar dari kesilapan. Kita seharusnya tidak boleh
membiarkan kuasa luar datang dan mencerobohi sistem
pentadbiran negara kita. Hal ini boleh menyebabkan negara
kita tidak akan aman dan tidak akan merdeka. Oleh itu. Kita
haruslah sentiasa mengingati penat lelah pemimpin dan
pejuang-pejuang terdahulu dalam mendapatkan serta
mengekalkan kemerdekaan negara ini sehingga kini, agar kita
bebas dari penjajah dan hidup dengan harmoni antara satu
sama lain tanpa sebarang pergaduhan.
Selain itu, ia kerana semua pejuang telah banyak
mengorbankan masa mereka untuk bersama dengan keluarga
mereka. Malahan mereka juga telah berjuang sehabis baik
sehingga ada yang terkorban nyawa demi mendapatkan
kemerdekaan dan mengekalkan kemakmuran negara kita
sehingga kini. Jika bukan disebabkan mereka, kita mungkin
tidak akan dapat tinggal di Malaysia ini dengan selesa dan
dipenuhi dengan kemudahan. Oleh hal yang demikian, kita
haruslah berasa bersyukur kerana kita telah dilahirkan dengan
penuh kemudahan dan keselesaan yang tidak dapat kita
ungkapkan.
13
RUMUSAN
Kesimpulannya, antar pengetahuan yang saya peroleh
daripada bab ini ialah pengisytiharan darurat telah
menyebabkan kesusahan dan banyak nyawa terkorban,
kemusnahan harta benda dan kesengsaraan kepda rayat
negara kita. Tindakan komunis memusnahkan kemudahan
asas serta menyerang penduduk dan anggota keselamatan
menyebabkan keadaan huru-hara di negara kita ketika itu.
Kerajaan juga telah berusaha untuk membanteras komunis
dan mengembalikan keamanan negara kita. Bagi menghargai
keamanan yang telah dicapai, kita perlu bersama-sama
mempertahankan negara daripada musuh. Jadi kita sebagai
rakyat Malaysia perlu sentiasa menghayati jasa-jasa pejuang-
pejuang dahulu.
Terdapat juga beberapa nilai murni yang boleh
diterapkan berdasarkan bab ini. Antaranya ialah ia
menguatkan lagi semangat patriotisme rakyat-rakyat di
negara ini. Selain itu, rakyat pelbagai kaum menjadi lebih rapat
dan harmoni sesama kaum. Akhir sekali, semestinya ia
melahirkan negara dan penduduk yang aman dan harmoni.
Harapan saya adalah agar keadaan ini dapat dikekalkan
untuk masa yang panjang. Dan juga agar masyarakat pada
masa akan datang sentiasa menghargai jasa-jasa pejuang
terdahulu dan tidak akan lupa sejarah-sejarah dan usaha-
usaha kerajaan dahulu.
14
SUMBER RUJUKAN
1. Bahan ilmiah : RIdzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti
Syed Hamid, 2019, Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Laman web :
• https://www.youtube.com/watch?v=73cCtc2-YIg
• https://www.youtube.com/watch?v=90X1YJkbh9M
• https://anyflip.com/orcm/yqbw
• https://anyflip.com/xfcnv/lojc/basic
• https://www.mytuition.live/wp-
content/uploads/2020/10/NOTA-BAB-6.pdf
15