The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENGULANGKAJI GOLDEN HOLIDAYS HARI 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noriznoriz46, 2023-05-28 06:04:34

KEMAHIRAN MENGULANGKAJI

MENGULANGKAJI GOLDEN HOLIDAYS HARI 2

DISEDIAKAN OLEH UBK SMK TAMAN SEMARAK, NILAI SMK TAMAN SEMARAK, 71800, NILAI NEGERI SEMBILAN SLOT MOTIVASI GOLDEN HOLIDAYS TINGKATAN 1-4 TAHUN 2023 KEMAHIRAN MENGULANGKAJI


SITUASI ”Murid yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi situasi tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka dan tidak mengamalkan latihan mengulangkaji“


MAKSUD ULANGKAJI • Mengulangkaji pelajaran bermaksud meneliti semua segala yang telah dipelajari. Meneliti di sini bermaksud melihat semula (mempelajari) perkara-perkara yang telah dipelajari berulangkali dan dari berbagai sudut sehingga benar-benar difahami. ( Tajul Ariffin, 1992). • Ulangkaji : mempelajari semula, maksudnya apa yang guru ajar dalam kelas, perlu anda pelajari semula, misalnya semak semula nota guru, rujuk dan baca semula topik tersebut, buat nota ringkas dan sebagainya. Ada empat kata kunci yang anda perlu beri perhatian di sini, iaitu mempelajari semula, berulangkali, berbagai sudut dan benar-benar difahami.


Ulangkaji : berulangkali, anda perlu ulang dan ulang, mungkin 4 atau 5 kali atau lebih dengan berbagai cara kerana semakin banyak ulangan maka semakin baik ingatan anda. Ulangkaji : berbagai sudut, buat banyak latihan dan jawab beberapa soalan lepas agar anda dapat melihat topik itu dari berbagai sudut dan kefahaman anda akan menyeluruh. Ulangkaji : benar-benar difahami, maksudnya selama mana anda belum benar-benar memahami sesuatu topik, maka selama itulah anda perlu meneruskan ulangkaji kerana apabila anda benar-benar memahami, anda akan benar-benar mengingati ( ingatan jangka panjang ) MAKSUD ULANGKAJI


Arus daya ingatan tanpa ,mengulangkaji 50% 75% 100% 25% 30 Minit 1 Jam 12 Jam 1 Hari 10 hari 1 Bulan Peratusan Daya Ingatan Pertalian antara peratusan daya ingatan dengan jangka masa Jangka masa


P r o s e s U l a n g k a j i 24 Jam 1 Minggu 1 Bulan 6 bulan Ingatan Jangka panjang I Hari Masa 20 % 75 % 100 % BAGAIMANA MENGEKALKAN DAYA INGATAN


Arus daya ingatan mengulang kaji berulang kali 50% 75% 100% 25% 30 Minit 1 Jam 12 Jam 1 Hari 10 hari 1 Bulan Peratusan Daya Ingatan Mengulang kaji secara berulang kali dan menggunakan pelbagai teknik Jangka masa


PENTINGNYA MENGULANGKAJI “ Sekiranya dalam tempoh 24 jam anda tidak mengulangkaji apa yang telah anda pelajari 80% daripada apa yang anda pelajari, akan dilupai” “Sebenarnya apa yang kita ingat ketika dalam kelas masih bersifat ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek ini tidak dapat bertahan lama, selepas beberapa jam atau paling lama sehari, maklumat itu akan hilang. Itulah sebabnya ulangkaji menjadi penting, sangat penting. Terlalu penting sehingga menjadi rahsia besar kejayaan seorang pelajar. Sesiapa yang menghargai dan menghayatinya, akan berdepan dengan kejayaan. Sesiapa yang mengabaikannya akan menemui kegagalan”


MENGAPA PERLU MENGULANGKAJI PELAJARAN ? • MENGUKUHKAN DAYA INGATAN • MENGAITKAN FAKTA DENGAN TAJUK YANG DIPELAJARI • MENINGKATKAN PRESTASI INGATAN • MENAMBAH MINAT BELAJAR • MENENANGKAN JIWA • MENINGKATKAN KEFAHAMAN TENTANG SESUATU TOPIK. • MENGUATKAN DAYA INGATAN ( MEMINDAHKAN INGATAN JANGKA PENDEK KEPADA INGATAN JANKA PANJANG) • MENAMBAHKAN PENGUASAAN SEMUA TOPIK YANG TELAH DIPELAJARI. • MENAMBAHKAN MAKLUMAT, KEMAHIRAN, DAN PENGALAMAN BARU • SEBAGAI PERSIAPAN PEPERIKSAAN.


MASA MENGULANGKAJI •Setiap hari (masukkan dalam jadual belajar harian di rumah) •Hari Sabtu dan Ahad /Cuti ( tentukan masa) •Hampir ujian ( sediakan jadual khas )


CONTOH JADUAL MENGULANGKAJI DI RUMAH SEMASA CUTI


•Nota guru di kelas. •Buku teks/rujukan. •Nota ringkas yang disediakan sendiri •Latihan /tugasan yang diberikan oleh guru •Soalan amali/projek/lawatan akademik •Soalan-soalan peperiksaan lepas •Bahan tambahan dari surat khabar, majalah, TV dan internet. BAHAN MENGULANGKAJI


CARA MENGULANGKAJI •Mempelajari semula nota guru •Membuat nota ringkas seperti peta minda, neumonik, carta alir dan sebagainya. •Membuat latihan dan tugasan •Latihan menjawab soalan-soalan lepas, soalan tutorial, soalan dari buku. •Perbincangan kumpulan dengan rakan •Konsultasi dengan guru •Kelas tambahan/tusyen •Lawatan dan projek


LANGKAH-LANGKAH MENGULANGKAJI 1. Membaca dan menyemak nota serta lengkapkan 2. Membaca buku teks (memastikan benar-benar faham) 3. Menjawab soalan yang diberikan oleh guru (menguji kebolehan menjawab soalan) 4. Mengkaji contoh-contoh soalan peperiksaan 5. Menjawab soalan berbentuk objektif (menyakinkan anda) 6. Bersoal –jawab dengan rakan.


LANGKAH-LANGKAH MENGULANGKAJI (PECUTAN AMBANG PEPERIKSAAN) 1) Menyedia jadual ulangkaji yang seimbang. 2) Tumpukan pada topik utama yang dibincang. dengan guru matapelajaran dalam kelas . 3) Semak contoh-contoh soalan lepas. 4) Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran. 5) Sediakan nota –nota ringkas. 6) Latih diri menjawab soalan. 7) Jangan sesekali ponteng sekolah tanpa sebab, kerana guru sentiasa berkongsi tips berguna di dalam kelas. 8) Rujuk guru jika menghadapi masalah dengan matapelajaran.


SITUASI MURID SITUASI MAKNA TINDAKAN MURID TIDAK TAHU Persediaan tidak mencukupi Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut. TIDAK FAHAM Baca tetapi tidak faham Tanya guru dan rakan. KELIRU Tidak memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari dan fahami Tanya guru dengan soalan yang mengelirukan anda dan minta penjelasan agar kesilapan sama tidak berulang. LUPA Kurang mengulangkaji apa yang telah diajar oleh guru Kerap mengulangkaji. CUAI Tidak teliti semasa menjawab soalan Latihan menjawab soalan, belajar memahami kehendak soalan dengan merujuk kepada guru anda.


• Rujukan • http://paksuder.blogspot.com/ • http://anyflip.com/hicut/oyfo/ • Yacikguadibah.blogspot.com “ Segala kelemahan murid boleh diatasi dengan SEGERA bertanya kepada guru tentang masalah dalam pelajaran, mendapatkan jawapan yang betul dari guru dan mengulangkaji serta membaca notanota dengan kerap kali”


SEKIAN, TERIMA KASIH SEMOGA MURID SEKALIAN BEROLEH KEJAYAAN DENGAN MEMPRAKTIKKAN PERBINCANGAN CIKGU MENGENAI KEMAHIRAN MENGULANGKAJI INI “ JADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP” “DORONGAN SEBAGAI TEMAN SETIA” “PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA” DAN “JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI KEJAYAAN, HAPPY GOLDEN HOLIDAYS”


Click to View FlipBook Version