INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2) KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104) NAMA PELAJAR IZZUL HAZIQ SYAHMI BIN HUSIN ANGKA GILIRAN 2022192310004 NOMBOR KAD PENGENALAN 040902-11-0265 KUMPULAN PPISMP JUN 2022 B1 KOD DAN NAMA KURSUS BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH DATIN PADLON BINTI A. RAHMAN TARIKH HANTAR 2 MAC 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
PENGHARGAAN Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih serta Maha Penyayang yang telah melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya sehingga saya dapat menyalesaikan tugasan pentaksiran berterusan bagi mata pelajaran Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104). Selawat serta salam saya panjatkan kepada Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan juga sahabat. Dalam menyelesaikan tugasan pentaksiran ini tidak sedikit bantuan yang saya terima. Oleh kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada berbagai pihak yang telah membantu dan mendukung saya, baik bantuan secara langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah iaitu Datin Padlon binti A.Rahman.
SOALAN TUGASAN
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Pengenalan 1 Pantun 4 Syair 9 Gurindam 15 Kesimpulan 20 Rujukan 21
PENGENALAN Menurut Kamus Dewan dan Pustaka (2005) sastera didefinisikan sebagai hasil karya yang berbentuk prosa atau puisi yang memiliki ciri- ciri keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan (2005) kesusasteraan dimaksudkan sebagai seni yang menggamabarkan keindahan dengan bahasa seperti novel, sajak dan sebagainya. Merujuk Ismail Hussein (1998) kesusasteraan meliputi kata- kata dan bahasa yang kreatif. Selain itu, sastera melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka. Yang kedua, puisi moden seperti sajak dan yang ketiga ialah prosa tradisional seperti epik, jenaka, mitos lagenda, panji dan penglipur lara. Menurut Azila (20110 jenis sastera melayu terakhir ialah prosa moden seperti cerpen, drama dan novel. Pentaksiran berterusan akan dikupas secara mendalam daripada aspek konsep, fungsi dan pemikiran berdasarkan ciptaan bahan. 1
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Alat Pendidikan Fungsi karya sastera adalah untuk memberikan pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Sastera menjadi bahan yang dapat membawa kepada kesedaran, mengubah pemikiran, mendedahkan masyarakat kepada penyerapan nilai- nilai moral. Contohnya seperti cerita "Si Tanggang" yang memberi pengajaran jangan derhaka kepada ibu bapa. Hiburan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) hiburan didefinisikan sebagai sesuatu benda atau perbuatan yang bertujuan untuk menenangkan hati. Wujudnya hiburan apabila sesebuah karya mampu untuk mempengaruhi emosi pembaca atau pendengar kerana terselitnya unsur kelucuan atau jenaka. Misalnya, novel Anak Mat Lela Gila karya coretan Haji Muhammad. 2
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Dakwah Menurut Azman Rahmat et. al (2022) pandangan sastera terbentuk dengan mengambil ciri- ciri seperti nilai ijabiyah (positif) dan waqi'yyah (realistik) di mana sastera mendalami dan menilai sesuatu sebagaimana adanya. Dakwah diterapkan di dalam karya sastera lalu disampailkan kepada masayarakat melalui pembacaan atau pendengaran. Contoh karya sastera ialah Hikayat tentang Pahlawan Islam Kritikan Sosial Kritikan sosial terbentuk apabila pengarang memasukkan elemen kritikan di dalam karya mereka. Kritikan sosial seperti sindirin berlaku kepada raja atau golongan bangsawan. Contohnya seperti karya cerita Pak Kaduk menyindir raja yang tamak dan zalim 3
PANTUN 4
kONSEP PANTUN Menurut A. Halim Ali (2011) pantun bertindak sebagai alat untuk menguji kekuatan minda, alat untuk pendidikan dan berperanan juga untuk hiburan atau bahan jenaka. Pantun merupakan puisi yang terikat yang terdiri daripada empat baris serangkap dengan mempunyai rima akhir a-b-a-b. Selain itu, pantun memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat melayu. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan Contoh: 5
Pergi ke pantai melihat senja, Laut terbentang jadi tatapan; Umur kita masih remaja, Ilmu pendidikan itu keutamaan. Warna biru menandakan laut, Singgah kedai membeli kuih pelita; Guru bukan seorang pengecut, Tanpa mereka siapalah kita. Setelah hujan munculnya pelangi, Buah dihidang kepada tetamu; Doa ibu bapa mengiringi, Tenang hati menimba ilmu Durian luruh minta seulas, Biru awan indah cuaca; Ceteknya ilmu diri ditindas, Sikap sombong menjadi punca. Manis sungguh buah mengkudu, Jadi santapan di tepi muara; Lahirnya anak watan bersepadu, Demi negara terpelihara. PANTUN PENDIDIKAN 6
Pergi ke pantai melihat senja, Laut terbentang jadi tatapan; Umur kita masih remaja, Ilmu pendidikan itu keutamaan. PEMIKIRAN Pemantun ingin menyampaikan bahawa ilmu pendidikan penting kepada semua remaja kerana ilmu seseorang menjadi kayu ukur dalam kehidupan. Warna biru menandakan laut, Singgah kedai membeli kuih pelita; Guru bukan seorang pengecut, Tanpa mereka siapalah kita. PEMIKIRAN Pemantun menyatakan bahawa guru bukanlah insan yang lemah tetapi insan yang mulia serta perlu dihormati. Guru membentuk akhlak dan insaniah dalam diri pelajar tanpa mereka kita tidak berjaya. Setelah hujan munculnya pelangi, Buah dihidang kepada tetamu; Doa ibu bapa mengiringi, Tenang hati menimba ilmu. PEMIKIRAN Dalam rangkap ini, doa ibu bapa memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang. Hati yang tenang semasa belajar asbab daripada doa mereka. PEMIKIRAN PANTUN PENDIDIKAN 7
Durian luruh minta seulas, Biru awan indah cuaca; Ceteknya ilmu diri ditindas, Sikap sombong menjadi punca. PEMIKIRAN Pemantun menyatakan kurangnya ilmu dalam diri menjadi diri mudah untuk ditipu dan ditindas oleh orang sekeliling. Faktor berlakunya perkara ini ialah sikap sombong menjadi asbab. Manis sungguh buah mengkudu, Jadi santapan di tepi muara; Lahirnya anak watan bersepadu, Demi negara terpelihara. PEMIKIRAN Dalam rangkap ini, pemantun menyatakan kepentingan generasi yang bijak dapat menjaminkan kemajuan negara. PEMIKIRAN PANTUN PENDIDIKAN 8
SYAIR 9
KONSEP SYAIR Syair merupakan jenis puisi Melayu lama. Ciriciri syair ialah mengandungi empat baris serangka dan berima a-a-a-a. Menurut Madya et al (2006) syair terbahagi kepada dua jenis iaitu naratif dan bukan naratif. Syair naratif terdiri daripada penceritaan seperti kiasan dan sejarah. Bukan naratif pula ialah syair berbentuk bukan penceritaan seperti agama dan nasihat. Dengarkanlah anak ibu terpesona, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanyalah itu jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. Contoh: 10
Aku remaja yang bercita-cita tinggi, Pagiku disinari mentari, Buku menjadi rakan sejati, Demi melangkar kejayaan interpretasi. Apabila tamatnya zaman persekolahan, Terbentuknya idea untuk mencari pendapatan, Pembantu restoran menjadi pilihan, Mental dan fizikal menjadi ukuran. Terpaksa ku berpisah dengan kerja, Suka duka bersama - sama, Meninggalkan kenangan di jiwa, Itulah realiti kehidupan dunia. Cerita ku tidak terhenti disini, Menjadi guru bukanlah pilihan hati, Tetapi itulah takdir ilahi, Segala liku- liku akan ku tempuhi. Pergorbanan di luar tindakan, Demi mencapai impian yang penuh harapan, Hanya satu ku pinta kepada Tuhan, Kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan. SYAIR PENGALAMAN HIDUP 11
Aku remaja yang bercita-cita tinggi, Pagiku disinari mentari, Buku menjadi rakan sejati, Demi melangkar kejayaan interpretasi. PEMIKIRAN Dalam rangkap ini, penyair menceritakan tentang kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan penting dalam hidupnya. Penyair belajar bersungguh- sungguh demi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Apabila tamatnya zaman persekolahan, Terbentuknya idea untuk mencari pendapatan, Pembantu restoran menjadi pilihan, Mental dan fizikal menjadi ukuran. PEMIKIRAN Penyair ingin menyampaikan kisah hidupnya selepas tamat era persekolahan. Penyair bekerja untuk mengisi masa lapang dan mencari pengalaman. Ketahanan mental dan fizikal penyair diuji semasa bekerja namun mampu bertahan. PEMIKIRAN SYAIR PENGALAMAN HIDUP 12
Terpaksa ku berpisah dengan kerja, Suka duka bersama - sama, Meninggalkan kenangan di jiwa, Itulah realiti kehidupan dunia. PEMIKIRAN Setelah beberapa bulan penyair bekerja dan dia berhenti kerana ingin menyambung pelajaran di universiti. Banyak kenangan tercipta semasa bekerja namun terpaksa meninggalkannya. Cerita ku tidak terhenti disini, Menjadi guru bukanlah pilihan hati, Tetapi itulah takdir ilahi, Segala liku- liku akan ku tempuhi. PEMIKIRAN Dalam rangkap ini, penyair meluahkan perasaan bahawa menjadi guru bukan kehendaknya tetapi ibu menjadi pendorong semangat untuk menyambung bidang perguruan. Penyair akur dan berazam untuk bersungguh- sungguh demi mencapai kejayaan dan membanggakan ibunya. PEMIKIRAN SYAIR PENGALAMAN HIDUP 13
Pergorbanan di luar tindakan, Demi mencapai impian yang penuh harapan, Hanya satu ku pinta kepada Tuhan, Kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan. PEMIKIRAN Dalam mencapai kecemerlangan perlu diiringi dengan pergorbanan yang luar biasa. Taat kepada Tuhan serta berdoa agar kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia. PEMIKIRAN SYAIR PENGALAMAN HIDUP 14
GURINDAM 15
KONSEP GURINDAM Gurindam merupakan sebuah bentuk puisi Melayu yang terdiri daripada dua baris bagi setiap rangkap. Menurut Za'ba (2008) gurindam memiliki bahasa yang padat dan bernas. Gurindam dihasilkan bagi tujuan sebagai jenaka, gurau senda, sindiran dan bahan nyanyian. Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiada damping Contoh: 16
GURINDAM ILMU Ilmu itu umpama lentera, sebagai cakera meneroka dunia. Dahagakan ilmu bukan nafsu, Agar tidak dimurkai tuhan yang satu. Kedekut ilmu buruk padahnya, Hidup di dunia tidak berjaya. Merantau hingga negara China, Demi penuhkan kekosongan jiwa. Ikhlaskan hati untuk mencari ilmu, Maka hidup kekal berguna. 17
PEMIKIRAN GURINDAM ILMU Ilmu itu umpama lentera, sebagai cakera meneroka dunia. Pemikiran Dalam rangkap ini pertama ini, pemantun menerangkan kepentingan ilmu kepada seseorang bagi menjalankan kehidupan di dunia. Dahagakan ilmu bukan nafsu, Agar tidak dimurkai tuhan yang satu. Pemikiran Dalam rangkap ini, pemantun menerangkan bahawa nafsu merupakan perkara yang tidak disukai Tuhan. Jadi, untuk memastikan keberkatan ilmu, nafsu perlu dijaga dengan baik. Kedekut ilmu buruk padahnya, Hidup di dunia tidak berjaya. Pemikiran Dalam rangkap ini, apabila kita mendapat ilmu perlu dikongsi kepada orang sekeliling supaya ilmu tersebut kekal di dalam ingatan. Ciri orang yang tidak berjaya adalah kedekut untuk berkongsi ilmu. 18
PEMIKIRAN GURINDAM ILMU Merantau hingga negara China, Demi penuhkan kekosongan jiwa. Pemikiran Pemantun ingin menyampaikan bahawa belajarlah bersungguh- bersugguh sehingga ke luar negara demi menimba ilmu yang mulia. Seperti peribahasa jauh perjalanan, luas permandangan yang menggambarkan bahawa pentingnya ilmu. Ikhlaskan hati untuk mencari ilmu, Maka hidup kekal berguna. Pemikiran Pemantun berhasrat untuk menyampaikan bahawa niat yang betul memudahkan urusan untuk menimba ilmu. Niat yang salah boleh menyebabkan ilmu tidak berkat serta sukar untuk memahami sesuatu tajuk. 19
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, sastera melayu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Karya sastera mempunyai mesej yang tersendiri seperti sindiran, nasihat dan ajaran. Namun begitu, masyarakat kini tidak mementingkan sastera melayu dalam kehidupan kerana menganggap tidak relevan. Jadi, sebagai bakal guru hendaklah menekankan sastera melayu kepada generasi akan datang supaya kesusasteraan dan kebudayaan relevan sepanjang zaman. 20
RUJUKAN Othman, S., Md Sabil, A., Lateh Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, G., & Pengajian Pendidikan, F. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2), 1–10. http://www.injet.upm.edu.my Nik Ab. Kadir, N. H. B. (2005). Pengajaran Gaya Bahasa Dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 16, 37–54. Briando, B., Triyuwono, I., & Irianto, G. (2017). Gurindam Etika Pengelola Keuangan Negara. Jurnal Akuntansi Multiparadigma, 2001. https://doi.org/10.18202/jamal.2017.04.7036 Makmun Rozaiman, Zamri Mahamod, Noor Izam Mohd Taib, & A. Rahman Haron. (2011). Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Kandungan Kesusasteraan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 85–98. Shamsudin Othman, Ghazali Lateh, N. F. A. H. (2014). PENGGUNAAN GAYA BAHASA SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH (Style of Use Language Arts in Teaching at Malay Language Teaching in Secondary School). Malay Language Education Journal – MyLEJ, 4(1), 2180–4842. Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2006). Pemahaman dan Penerapan Sosiologi Sastera dalam Sastera Melayu Moden [Understanding and Application of Sociology of Literature in Modern Malay Literature]. Akademika, 69 (Julai), 3–16. http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/akademika/jademik.html 21