MAPEP@berita
https://www.airtimes.my/2019/12/24/11-persatuan-pesara-polis-malaysia-
bantah-cubaan-kembalikan-ideologi-pkm/
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1 / m/s 49
MAPEP@berita
https://www.malaysiakini.com/news/474859
Diterbitkan: May 4, 2019 6:34 PM
Dikemaskini: 6:34 PM
Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) dan lapan persatuan pesara polis dalam
negara tegas menolak penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diberi kuasa
mengambil tindakan tatatertib terhadap salah laku anggota polis.
Presiden Respa, Mohd Ismail Che Rus berkata penubuhan suruhanjaya itu jelas mengambil fungsi dan
peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang termaktub dalam Artikel 140 Perlembagaan
Persekutuan berhubung isu berkaitan siasatan dan tindakan tatatertib terhadap anggota.
“Kami berpendapat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak memerlukan satu badan luar untuk mengawasi
pengawalan tatatertib yang akan menjejaskan kuasa Ketua Polis Negara dalam aspek perintah dan kawalan
disiplin oleh pihak awam.
“Keadaan ini akan memberi kesan negatif kepada PDRM sebagai institusi ‘regimented’ dan ‘para-military’
yang berpandukan ‘chain of command and control’,” katanya pada sidang media di Pulapol di Kuala Lumpur,
hari ini.
Lapan persatuan pesara polis itu adalah Persatuan Veteran VAT69 Komando, Persatuan BN 7 PPH, Persatuan
Bekas UTK, Persatuan Pesara Polis Negeri Johor, Persatuan Skuad 72, Persatuan Pesara Polis Negeri Melaka,
Persatuan Polis Pencen Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Mohd Ismail berkata, beberapa badan pemantau dan peraturan telah wujud untuk memantau segala aspek
perilaku dan salah laku penjawat awam termasuk PDRM antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Suruhanjaya Integriti
Agensi Penguatkuasa (SIAP) 2009.
“Dalam PDRM juga sudah ada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang bertanggungjawab
terhadap perilaku anggota… perkara yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan SPP yang sedia ada
berbanding menubuhkan IPCMC,” katanya yang turut meminta Ketua Polis Negara baharu Datuk Seri Abdul
Hamid Bador menyatakan pendirian mengenai suruhanjaya itu.
Jelasnya, klausa 45 dalam IPCMC melanggar Peraturan-Peraturan Keadilan Asasi kerana sebarang hukuman
yang dijatuhkan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji, dibatalkan atau dibawa ke
mahkamah selain bertindak sebagai badan penyiasat, pendakwa dan pelaksana.
Tegasnya, IPCMC juga bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Polis 1967 kerana diberi kuasa penuh untuk
mengambil alih penyiasatan daripada Ketua Polis Negara dan boleh mengarah serta menghentikan sebarang
siasatan yang dijalankan PDRM.
- Bernama
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1 / m/s 50
KEISTIMEWAAN KAD AHLI MAPEP
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1 / m/s 51
SEKALUNG PENGHARGAAN
AHLI JAWATANKUASA BERSAMA SAMBUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUN 2021
Pengerusi : Encik Hashim bin Kashim (Perak)
Naib Pengerusi : Encik Abdul Rahman bin Kasro (Melaka)
Setiausaha : Encik Abdul Sukor bin Shariff (Selangor)
Pen.Setiausaha : Encik Abdul Rashid bin Salleh (Perak)
BendaharI : Haji Azmi bin Alias (Selangor)
Ahli Jawatankuasa Bersama
Haji Baharom bin Hashim (Kedah)
Haji Zainol bin Haji Ishak (Pulau Pinang)
Encik Naroji bin Rojo (Perak)
Encik Ishak bin Abas ( Selangor)
Haji Ismail bin Hamid ( Kuala Lumpur)
Haji Sarzaman bin Mohd Simun (Negeri Sembilan)
Encik Mohd Zan bin Ayob (Melaka)
AHLI JAWATANKUASA KECIL PERSIAPAN
Penasihat : Encik. Hashim bin Kashim
Encik Abdul Rahman bin Kasro
Pengerusi : Tuan Haji Ismail bin Hamid
Setiausaha : Encik Abdul Sukor bin Shariff
Bendahari : Tuan Haji Azmi bin Alias
Ketua Urusetia : Encik Mohd Nasir bin Ismail
Penyambut Tetamu dan Pendaftaran Perwakilan.
Encik Mat Isa bin Subuh
Encik Mat Isa bin Lembut
Encik Othman bin Hamid
Puan Halimah binti Mohamad
Puan Maridah binti Dato’ Idris
Penginapan : Tuan Haji Mohd Nasir bin Ismail
Makan Minum : Tuan Haji Abdul Samad Cheah bin Abdullah
Buku Mesyuarat Dan Aturcara : Encik Abdul Sukor bin Shariff
Juruacara Majlis : Tuan Haji Mohamad Azlan bin Mohd Noor
Bacaan Doa : Tuan Haji Zulkifli Shahrom bin Muhammad
SOP Covid19- Urusetia/Adamson Hotel
Setinggi-tinggi Penghargaan buat semua
Warga MAPEP yang telah memberi sokongan
dan dokongan.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1 / m/s 52
PERSATUAN POLIS PENCEN MALAYSIA
ﭬرﺳﺎﺗوان ﭬوﻟﯾس ﭬﯾﻧﭼﯾن ﻣﻠﯾﺳﯾﺎ
(Malaysia Pensioner Police Association)
04-04-30, Pangsapuri Melor, Jalan Metafasa U16/3,
Taman Bukit Subang 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : +60 13 3511 429 Email: [email protected]