The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azrin6758, 2022-02-21 21:48:21

ETN 2033 L2CU3 KP4

ETN 2033 L2CU3 KP4

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA ETN2033 PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRONIK
PROGRAM / INDUSTRI
PROGRAM’S CODE & EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMETarNT AND
NAME APPLIANCE INSTALLATION & TROUBLESHOOTING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-2:2012 C03 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
KOMPETENSI / INSTALLATION

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENTS
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. INSTALL INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
3. CONFIRM CUSTOMER ACCEPTANCE
4. REPORT INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT

INSTALLATION ACTIVITIES(12jam)

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(4/4) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 17

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 17

TAJUK/TITLE : LAPORAN AKTIVITI PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRONIK
INDUSTRI

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang laporan pemasangan
elektronik.

PENERANGAN/INFORMATION :

1. KEMAHIRAN MENULIS LAPORAN (Report writing skills)
Setiap aktiviti dalam pemasangan peralatan elektronik mesti dilaporkan. Tujuannya
adalah untuk rekod dan menyelesaikan perkara berbangkit atau masalah yang
berbangkit kemudian hari. Seorang juruteknik/technisian hendaklah membuat
laporan kepada penyelia atau supervisor. Seseorang penyelia memerlukan laporan
juruteknik bagi tujuan;
i. Melaporkan aktiviti harian/mingguan/bulanan atau perkembangan sesuatu
tugasan/projek dalam mesyuarat peringkat atasan.
ii. Memohon budget kewangan untuk bulanan atau tahun.
iii. Memohon peruntukan kerja lebih masa kerana keperluan untuk segera
menyiapkan projek.
iv. Memohon penambahan staf kerana job/tugasan yang bertambah.

Antara laporan yang perlu dilakukan oleh seorang juruteknik adalah seperti berikut:

1.1 Laporan Alatan Tangan
Jika anda terlibat dengan kerja di workshop/bengkel/maintenance office anda akan
diberi beberapa tools box yang mengandungi alatan tangan. Anda perlu ada senarai
alatan tangan yang dianggap milik anda selagi anda bertugas di situ. Jika anda
bertugas diluar (site), anda perlu memohon kebenaran penyelia untuk membawa
tools box keluar bersama anda bagi tujuan kegunaan memasang peralatan
elektronik .Anda perlu membuat laporan jika terdapat alatan tangan tersebut rosak,
patah atau hilang dengan tujuan untuk mendapatkan yang baru.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 17

1.2 Laporan Peralatan Pemasangan

Laporan ini adalah mengandungi senarai peralatan yang akan dipasang di site atau
tempat pelanggan. Laporan perlu dibuat mungkin berkaitan dengan tugasan
pemasangan mengambil masa yang lama seperti dua,tiga hari atau seminggu.
Laporan juga perlu diberikan jika tugasan pemasangan dipasang sekadar 50%
sahaja (kerja bertangguh) kerana peralatan yang akan dipasang belum ada dalam
stok/simpanan dan sebagainya.
Contohnya bagi pemasangan sistem CCTV dengan 4 kamera, monitor dan DVR
mungkin mengambil masa sehari sahaja. Namun jika pemasangan dikawasan luas
atau bangunan bertingkat-tingkat seperti sebuah hotel tentulah memerlukan banyak
set sistem CCTV. Semua kamera disatukan pemantauannya di dalam bilik
pengawalan oleh pengawal, tentulah akan memakan masa yang lama untuk
menyiapkannya. Laporan mesti dibuat kepada penyelia setiap hari mengenai
kemajuan aktiviti setiap hari.

1.3 Laporan Pemasangan
Laporan perlu dibuat setelah anda siap menguji lari atau memasang peralatan
seperti yang diarah oleh penyelia/majikan. Kerja pemasangan ini biasa dilaksanakan
di site tetapi mungkin juga berlaku di bengkel/workshop tempat ada bekerja.

1.4 Laporan Aduan Pelanggan / Kerosakan Peralatan
Laporan ini berkaitan dengan aduan kerosakan yang dialami oleh pelanggan.

i.Pelanggan mungkin membawa bersama peralatan elektronik yang rosak untuk
diserahkan kepada juruteknik. Butiran lengkap mengenai pelanggan dan peralatan
diperlukan.

ii.Pelanggan mungkin meminta juruteknik bersama alatan tangan untuk menservis
peralatan di tempat alatan dipasang. Juruteknik perlu menilai sama ada peralatan
berkenaan boleh dibaiki atau perlu dibawa balik ke bengkel/workshop.

1.5 Laporan Pengesahan Baikpulih Peralatan
Laporan ini dibuat setelah baikpulih terhadap peralatan telah dibuat/dibaiki.
Kerja menservise peralatan seperti unit system PA, Hi-Fi, Monitor CCTV, TV, Radio,

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 17

Audio Confrence dan lain-lain yang memerlukan pelbagai teknik ujian untuk

mengesan kerosakkan seperti pengukur voltan, penyuntikan isyarat dan

mengantikan komponen komponen rosak.

2. FORMAT LAPORAN (Format of report)
Laporan mesti mempunyai format tertentu yang disepakati oleh penyelia atau majikan.
Bagi memudahkan semua pihak biasanya disediakan laporan dalam bentuk borang.
Bentuk borang laporan antara satu syarikat dengan lainnya mungkin tidak sama.
Namun asas format laporannya mesti standard dan mempunyai maklumat seperti
berikut:

2.1 Borang Laporan Pergerakan Alatan Tangan
Borang Laporan Pergerakan Alatan Tangan ialah satu senarai yang mengandungi
alatan tangan yang akan digunakan oleh juruteknik sewaktu kerja pemasangan.
Senarai ini perlu diisi atau dibuat atau dikemukakan oleh juruteknik kepada pihak
penyelia atau pengurusan untuk memastikan alatan tangan yang dibawa sewaktu
kerja site atau kerja diluar kawasan pejabat menepati keperluan pemasangan atau
tidak tercicir.

2.1.1 Kerja site pula bermaksud kerja luar kawasan yang memberi makna dua
keadaan iaitu;
i.Kerja-kerja yang dilakukankan diluar dari bengkel/workshop/pejabat juruteknik
tetapi masih di dalam pagar atau kawasan atau perindutrian yang sama.

ii.Kerja-kerja yang dilakukan diluar dari bengkel/workshop/perjabat juruteknik
iaitu di tempat lain. Sama ada jaraknya diluarkan dan bersebelahan atau
berkemungkinan jauhnya beberapa kilometer. Di mana jika satu peralatan tangan
walaupun kecil seperti cutter jika tidak disenaraikan maka kerja pemasangan akan
terganggu.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 17

2.1.2 Laporan Pergerakan Alatan Tangan merupa satu borang sahaja tetapi
mengandungi beberapa maklumat seperti berikut:

1.Nama Borang
Nama borang yang betul iaitu Borang Laporan Pergerakan Alatan Tangan

2.Nombor Siri
Nombor siri pada borang perlu dipastikan mengikut urutan yang betul supaya tidak
mengelirukan apabila rujukan dibuat pada kemudian hari.

3.Nama juruteknik yang menyenaraikan alatan tangan
Nama juruteknik yang menyenaraikan peralatan atau yang mengisi borang perlu
dinyatakan terutama bagi sebuah syarikat yang mempunyai bilangan staf yang ramai.
Juruteknik perlu bertanggungjawab keatas alatan tangan yang dibawa keluar dari
workshop/pejabat. Mesti bertanggungjawab diatas kehilangan atau kerosakan alat
tangan yang dibawa keluar.

4.Tarikh permohonan
Tarikh peralatan permohonan atau digunakan perlu dicatat pada borang. Ini kerana
kerja site bukanlah setiap hari sebaliknya mungkin berlaku seminggu sekali, dua
minggu sekali, sebulan sekali atau mengikut keperluan/permintaan pelangan.
Setiapkali kerja site juruteknik perlu membawa alatan tangan keluar dari pejabat
mestilah mengisi borang dan meletakkan tarikhnya.

5.Tujuan alatan tangan dibawa keluar
Tujuan alatan tangan diambil atau dibawa keluar perlu dinyatakan dengan jelas iaitu
permohonan/permintaan pelanggan dan bukan tujuan peribadi. Contohnya seperti
pemasangan sistem CCTV di pejabat Pusat Pengajian Raudah, Malim Nawar.

6.Senarai peralatan yang diperlukan
Senarai alatan tangan perlu dicatatkan satu persatu bagi memastikan alatan tangan
yang diambil tidak tercicir dan menepati tujuan. Jika tujuannya untuk pemasangan
sistem CCTV maka alatan tangan yang disenaraikan adalah yang berkaitan sahaja.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 17

7.Kuantiti peralatan
Kuantiti atau bilangan alatan tangan yang diambil perlu catatkan supaya tidak berlaku
penyelewengan. Di mana kemungkinan juruteknik yang tidak bertanggungjawab
mengeluarkan peralatan melebihi satu unit tapi mencatatnya satu unit sahaja dan
memulangkannya satu unit sahaja. Satu unit yang tidak dipulangan akan disimpan
untuk kegunaan sendiri atau dijual.

8.Tandatangan oleh juruteknik dan tarikh
Juruteknik perlu menandatangi borang sebagai tanda bertanggungjawab membawa
keluar peralatan tangan tersebut dan meletakkan tarikh permohonan bagi tujuan
merekodkan pergerakan alatan tangan tersebut.

9.Kebenaran penyelia
Pihak atasan sama ada penyelia/Supervisor/Katua juruteknik/Pembantu
Jurutera/Jurutera/Superintenden perlu menandatangi borang dan menyemak alatan
tangan yang dibawa keluar supaya berlaku kawalan kawalan keatas alatan tangan bagi
mengelakkan penyelewangan.

10.Tandatangan oleh penyelia dan tarikh kelulusan
Seorang penyelia kepada juruteknik perlu menyemak alatan tangan yang disenaraikan
dan menandatangani berserta tarikh bagi menunjukkan beliau telah bertanggungjawab
meluluskan pergerakan alatan tangan tersebut.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 17

2.1.3 Contoh Borang Laporan Pergerakan Alatan Tangan

Pergerakan Alatan Tangan

No Siri: aha8609

Nama Juruteknik: Abdul Hasib bin Absha
Tujuan: Membawa alatan tangan berikut untuk kerja pemasangan CCTV.
Lokasi: Pondok Pengajian Raudatul Muttaqin, Malik Nawar, Perak.
Tarikh: 17.8.2019

Bil Nama Alatan Tangan Kuantiti Catatan
1 Multimeter 1
2 CCTV Tester 1
3 Cutter 1
4 Longnose player 1
5 Soldering iron 1

................cipip......................
Tandatangan pemohon/juruteknik
Nama Pemohon/juruteknik: Abdul Hasib bin Absha
Tarikh Permohonan: 15.8.2019

..................nam....................
Tandatangan penyelia
Nama Penyelia: Namza Nidubahs
Tarikh Kelulusan: 16.8.2019
Komen Penyelia: Permohonan diluluskan ke lokasi berkenaan di atas.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 17

2.2 Borang Laporan Peralatan Pemasangan
Borang Laporan Peralatan Pemasangan mengandungi senarai peralatan yang akan
dipasang di site. Seorang juruteknik perlu mendapatkan senarai peralatan yang akan
dipasang di site berdasarkan permintaan pelanggan atau berdasarkan arahan pihak
atasan.
2.2.1 Senarai ini perlu diisi atau dibuat atau dikemukakan oleh juruteknik kepada pihak
penyelia atau pengurusan dan memastikan peralatan pemasangan yang dibawa
sewaktu kerja site atau kerja diluar kawasan pejabat menepati keperluan pemasangan
dan tidak tercicir.

2.2.2 Borang Laporan Peralatan Pemasangan berupa satu borang sahaja tetapi
mengandungi beberapa maklumat seperti berikut:

1.Nama Borang
Nama borang yang betul iaitu Borang Laporan Peralatan Pemasangan

2.Nombor Siri
Nombor siri pada borang perlu dipastikan mengikut urutan yang betul supaya tidak
mengelirukan apabila rujukan dibuat pada kemudian hari.

3.Nama juruteknik yang menyenaraikan peralatan pemasangan
Nama juruteknik yang menyenaraikan peralatan pemasangan atau yang mengisi
borang perlu dinyatakan terutama bagi sebuah syarikat yang mempunyai bilangan staf
yang ramai. Juruteknik perlu bertanggungjawab keatas peralatan pemasangan yang
dibawa keluar dari workshop/pejabat. Mesti bertanggungjawab diatas kehilangan atau
kerosakan peralatan pemasangan yang dibawa keluar.

4.Tarikh permohonan peralatan pemasangan
Tarikh perlatan pemasangan diambil/dipohon perlu dicatat pada borang. Ini kerana
kerja site bukanlah setiap hari sebaliknya mungkin berlaku seminggu sekali, dua
minggu sekali, sebulan sekali atau mengikut keperluan/permintaan pelangan.Setiapkali
kerja site juruteknik perlu membawa peralatan pemasangan keluar dari pejabat
mestilah mengisi borang dan meletakkan tarikhnya.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 17

5.Tujuan peralatan pemasangan diambil
Tujuan alatan tangan diambil perlu dinyatakan dengan jelas tujuannya iaitu atas
permintaan pelanggan dan bukan tujuan peribadi. Contohnya seperti pemasangan
sistem CCTV di pejabat Pusat Pengajian Raudah, Malim Nawar.

6.Senarai peralatan pemasangan
Senarai peralatan pemasangan perlu dicatatkan satu persatu bagi memastikan
peralatan yang diambil menepati tujuan dan tidak tercicir. Jika tujuannya untuk
pemasangan sistem CCTV maka peralatan yang diambil adalah berkaitan CCTV
sahaja seperti kamera, monitor, DVR dan Cable RJ59.

7.Kuantiti peralatan
Kuantiti atau bilangan peralatan pemasangan yang diambil hendaklah sama seperti
yang dipohon oleh pelanggan atau seperti yang diarahkan. Di mana kemungkinan
juruteknik yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan peralatan melebihi satu unit tapi
mencatatnya satu unit sahaja dan memulangkannya satu unit sahaja. Satu unit yang
tidak dipulangan akan disimpan untuk kegunaan sendiri atau dijual.

8.Tandatangan oleh juruteknik dan tarikh
Juruteknik perlu menandatangi borang bertujuan menyatakan bahawa senarai
peralatan pemasangan yang dikemukan adalah menepati kehendak pelanggan atau
seperti yang diarahkan dan meletakkan tarikh bagi tujuan merekodkan pergerakan
peralatan pemasangan tersebut.

9.Tanda tangan penyelia dan tarikh
Tanda tangan penyelia bermaksud kebenaran pihak penyelia. Pihak atasan sama ada
penyelia/Supervisior/Katua juruteknik/Pembantu Jurutera/ Jurutera/ Superintenden
perlu menandatangi borang dan menyemak senarai peralatan pemasangan dan
memastikan senarai peralatan yang dikemukakan adalah sama seperti permintaan
pelangan atau sama seperti yang diarahkan.Tujuannya adalah supaya berlakunya
kawalan keatas pergerakkan peralatan pemasangan. Pihak penyelia juga sebenarnya
bertanggungjawab keatas pergerakkan peralatan pemasangan dan boleh dikenakan
tidak jika berlaku sebarang kecuaian akibat kehilangan peralatan. Tarikh kebenaran
juga perlu diletakkan setiapkali tandatangan dibuat untuk menunjukkan bahawa
kebenaran perlu diberi pada setiap kali kerja site.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 17

2.2.3 Contoh Borang Peralatan Pemasangan

PERALATAN PEMASANGAN

No Siri: jbh2207

Nama Juruteknik: Reha binti Tajudin
Tujuan: Membawa peralatan yang disenaraikan bagi tujuan kerja

pemasangan CCTV.
Nama Pelanggan: Liamsi Tam
Lokasi: Pondok Pengajian Raudatul Muttaqin, Malik Nawar, Perak.
Tarikh: 17.8.2019

Bil Nama Alatan Tangan Kuantiti Catatan

1 Kamera Dome 4

2 Monitor 1

3 Unit bekalan kuasa DC untuk kamera 3

4 1 unit DVR (Hard Disk SATA [80Gb],4- 1

channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output / 1

network port)

5 Cable VGA & connetor 30meter

6 Cable Coaxial-RJ59 & Connector 100meter

7 DC Kabel 10meter

.
...............ali......................

Tandatangan pemohon/juruteknik

Nama Pemohon/juruteknik: Reha binti Tajudin

Tarikh Permohonan: 06.04.2019

..................nam....................
Tandatangan penyelia
Nama Penyelia: Namza Nidubahs
Tarikh Kelulusan: 16.8.2019
Komen Penyelia: Permohonan diluluskan ke lokasi berkenaan di atas.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 11
Drpd / of : 17

2.3 Borang Kerja Pemasangan

Borang Kerja Pemasangan adalah senarai yang mengandungi pengesahan
pemasangan peralatan di site. Seorang juruteknik perlu membuat pengesahan
bahawa pemasangan telah dibuat di site seperti yang pohon oleh pelanggan atau
seperti yang diarah. Maka pengesahan pelanggan perlu diperolehi. Pihak penyelia juga
perlu mengakui pemasangan tersebut.

2.3.1Senarai ini perlu diisi atau dibuat atau dikemukakan oleh juruteknik kepada pihak
pelanggan dan disahkan oleh penyelia.

2.3.2 Borang Kerja Pemasangan mungkin berupa satu borang sahaja tetapi
mengandungi beberapa maklumat seperti berikut:

1.Nama Borang
Nama borang yang betul iaitu Borang Kerja Pemasangan

2.Nombor Siri
Nombor siri pada borang perlu dipastikan mengikut urutan yang betul supaya tidak
mengelirukan apabila rujukan dibuat pada kemudian hari.

3.Nama juruteknik yang telah membuat pemasangan
Nama juruteknik yang pemasangan atau yang mengisi borang perlu dinyatakan.
Juruteknik perlu bertanggungjawab keatas pemasangan yang dibuat dan untuk rujukan
perkara berbangkit yang melibatkan service selepas pemasangan.

4.Tarikh
Tarikh merujuk kepada tarikh kerja pemasangan siap dipasang atau tarikh uji lari
dibuat.

5.Catatan/komen/pengesahan pelanggan
Catatan dan komen pelanggan diperlukan bagi memastikan pelanggan
berpuashati dengan kerja pemasangan yang dibuat oleh juruteknik. Pelanggan
perlu menulis namanya, nombor telefon dan menandatangani ruangan yang disediakan
bersama tarikh.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 12
Drpd / of : 17

6.Senarai peralatan pemasangan
Juruteknik perlu menandakan dan menunjukkan kepada pelanggan senarai peralatan
yang telah dipasang seperti yang telah dipohon. Nama, jawatan dan tarikh juga perlu
dicatatkan oleh juruteknik.

7.Lokasi Pemasangan
Juruteknik perlu mencatatkan alamat lokasi pemasangan.

8.Tandatangan oleh juruteknik dan tarikh
Juruteknik perlu menandatangani borang sebagai menyatakan bahawa pemasangan
telah dibuat dan tarikh bagi tujuan rekod.

9.Tanda tangan penyelia dan tarikh
Tanda tangan penyelia bermaksud pengesahan pihak penyelia. Pihak atasan sama
ada penyelia/Supervisior/Katua juruteknik/Pembantu Jurutera/ Jurutera/ Superintenden
perlu menandatangi borang pengesahan pemasangan telah dibuat oleh juruteknik
seperti yang dipesan oleh pelanggan. Pihak penyelia juga sebenarnya
bertanggungjawab keatas pemasangan tersebut. Jika berlaku sebarang kerosakkan
atau aduan pelanggan selepas pemasangan pihak penyelia perlu bertanggungjawab.
Tarikh kebenaran juga perlu dicatatkan setiapkali tandatangan dibuat bagi
menunjukkan bahawa kebenaran perlu diberi pada setiap kali kerja site.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 13
Drpd / of : 17

2.3.3 Contoh Borang Kerja Pemasangan

Kerja Pemasangan

No Siri: AGR2474-20(1)

Nama Teknisian: Abdha Bin Absha

Nama Pelanggan: Mutalib Bin Mutalab

Alamat Lokasi pemasangan:No 239, Kg Tasek Chempedak,14120 Spg4,

Seberang Prai Selatan.

Bil Pemasangan Peralatan Lokasi Catatan

1 1 Kamera Dome Ruang Tamu Rumah Done

2 1 Kamera Dome Ruang Luar rumah hadapan Done
Tingkap

3 1 Kamera Dome Ruang laluan belakang rumah Done

4 Monitor Dalam bilik utama Done

5 1 unit DVR (Hard disk [80Gb], 4- Dalam stor berkunci – DVR telah Done

channel/ 1 BNC output/ 1 VGA diinstall dengan software yang boleh

output / 1 network port) mengawal 3 kamera

6 Cable VGA & Connetor 30meter

7 Cable Coaxial & Connector 90meter

8 Kabel DC 9meter

9 Uji lari selama 1 jam Done

Catatan: Semua peralatan telah dipasang seperti order dan telah diuji lari.

Tanda tangan: ahaz

(Nama: Abdha Bin Absha )
Jawatan: Teknisian/Juruteknik
Tarikh: 26 Julai 1967

Pengesahan Pelanggan
Catatan/Komen: Berpuashati dengan kerja pemasangan dan penerangan tecknisian pemasangan
Tandatangan: mut
(Nama: Mutalib Mutalab)
Tarikh: 27 Julai 1967

Pengesahan Penyelia:
Catatan/Komen: Pemasangan CCTV menepati masa yang ditetapkan.

Tandatangan: hah
(Nama:Hamzah Abu Hassan)
Tarikh:27 Julai 1967

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 14
Drpd / of : 17

2.4 Borang Aduan Pelanggan
Borang Aduan Pelanggan bermaksud laporan pelanggan berkaitan dengan

kerosakan peralatan yang telah dipasang atau mana-mana peralatan elektronik yang
telah mengalami kerosakan.
Contoh 1: Borang Aduan Pelanggan

ADUAN PELANGGAN

Nombor Siri: PDF4327(10/20)
Nama Alatan: DVR
Jenama alat/: Samsung007
No rujukan/model/siri alat: aec1958
Jenis Kerosakan: DVR tidak merekodkan kamera 1 dan 2
Nama Pelapor/Pelangan: Pn Arfah
No Tel : 014-4440044
Tarikh : 29 Februari 2020

Bil Aduan Lokasi Tindakan

1. Petang selasa lepas No 45 Taman Samudera, Juruteknik pemasangan

berlaku kilat agak kuat dan Seri Manjung telah menerima 1 unit DVR

selepas itu didapati DVR jenama dan nombor siri

tidak berfungsi seperti di atas, dan

En Yussain akan hadir pada

jam3ptg untuk memeriksa

kawasan pemasangan.

Tandatangan Pelanggan Tandatangan Penerima
...............ar....................
( Pn Arfah ) .....................boy................

( zolboy )

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 15
Drpd / of : 17

Contoh 2: Contoh Aduan Pelanggan di Jabatan Kerajaan
Borang aduan pelanggan di jabatan kerajaan ada sedikit perbezaan dengan sektor
swasta kerana terdapat jabatan yang sentiasa memantau dan meluluskan
permohonan.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN KERAJAAN
Jabatan: Teknologi Elektrik dan Elektronik Unit/Lokasi: Elektronik

BUTIRAN KEROSAKAN PERALATAN

Nama Peralatan : Model :

No PT : Siri No. :

Jenis Kerosakan : .

Tindakan Pegawai Yang Bertanggungjawab/Juruteknik

Bil Status Peralatan Tandakan (√ )

1 Masih dalam jaminan

2 Kerosakan yang boleh dibaiki terus

3 Kerosakan yang boleh dibaiki tetapi memerlukan perolehan

alat ganti

4 Kerosakan yang perlu dibaiki oleh syarikat luar

(sila penuhkan BAHAGIAN B )

5 Kerosakan yang tidak ekonomik untuk dibaiki

Catatan butiran baikpulih : Masih dalam jaminan (warranty)
…..……tt……...…

( Osman bin Dol )

Jawatan: Juruteknik

Tarikh: 1 Jan 2020

Pengesahan baikpulih oleh Pegawai Tadbir/Penyelia

Pengesahan proses baikpulih: Dicadangkan dihantar kepada pihak syarikat untuk melihat kerosakkan sebenar.

………tt………

( Pn Uyun )

Tarikh: 2 Jan 2020

BAHAGIAN B : BUTIRAN BAIKPULIH

TUJUAN DI BAWA KELUAR : Membaiki kerana masih dalam jaminan.

Nama Wakil Syarikat: Mat Hassan

Jawatan: Juruteknik

Tarikh: 2 Jan 2020

PENERIMAAN PERALATAN SETELAH DIBAIKPULIH:

Wakil Syarikat Baikpulih:

Chop Syarikat:

Tarikh:

PENERIMAAN PERALATAN SETELAH DIBAIKPULIH:

Diterima Oleh:
Jawatan:
Tarikh:

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 16
Drpd / of : 17

Contoh 3: Contoh Aduan Pelanggan di Jabatan Kerajaan

BORANG LAPORAN KEROSAKAN PERALATAN (BLKP)

Disi dalam 3 salinan – disimpan oleh pelapor, ketua/penyelia bengkel/ makmal/ bilik kuliah/ juruteknik jabatan

JABATAN : _____________________ Kod Aduan Diisi oleh Ketua Bengkel
LOKASI : _____________________ (Lokasi/ Tarikh/ Bil. Aduan)

BUTIRAN KEROSAKAN PERALATAN

________________________

(Nama : )

Tarikh :

(Pegawai yang melaporkerosakan hendaklah menandatangani ruang yang disediakan)

Tindakan Penyelia Bengkel/ Makmal/ Bilik Kuliah/ Juruteknik Jabatan :

Bil Kategori Kerosakan Tandakan ()

a Kerosakan yang boleh dibaiki terus

b Kerosakan yang boleh dibaiki tetapi memerlukan perolehan alat ganti

c Kerosakan yang perlu dibaiki oleh pembekal luar

d Kerosakan yang tidak ekonomi untuk dibaiki

Catatan :_____________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

_______________________

(Nama : )

Tarikh :

(Juruteknik Jabatan hendaklah menandatangani ruang yang disediakan)

Ulasan Penyelaras Bengekl/Makmal

_______________________

(Nama : )

Tarikh :

(Penyelaras Bengkel/ makmal/ Bilik Kuliah hendaklah menandatangani ruang yang disediakan)

Pengesahan Ketua Jabatan (Jika perlu)

_______________________

(Nama : )

Tarikh :

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 17
Soalan :- Drpd / of : 17

1. Nyatakan jenis laporan yang terdapat dalam kerja pemasangan peralatan
elektronik.
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................

2. Nyatakan 3 perkara utama yang perlatan ada pada laporan kerja pemasangan.
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................

3. Mengapa seorang penyelia memerlukan laporan dari juruteknik.
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012//P(4/4) Muka Surat / Page : 18
RUJUKAN Drpd / of : 17

1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com

2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani

Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik

dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN

NO. 983-62-7430-8.

3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit

theory, Sixth Edition. Prentice Hall


Click to View FlipBook Version