The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU DISIPLIN 2021.docx - Google Docs

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62351240, 2021-03-31 05:55:31

Buku Peraturan Disiplin SMKJ 2021

BUKU DISIPLIN 2021.docx - Google Docs

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH
DAN

PANDUAN MURID
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUGRA

1

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH DAN PANDUAN MURID
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUGRA

Peraturan sekolah bertujuan untuk membina murid yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan
bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dan teratur di samping
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Unit Disiplin Sekolah akan meminda dan
menambah peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul keperluan. Pindaan dan tambahan ini akan
diumumkan dan dikuatkuasakan. Setiap murid bertanggungjawab mengetahui, memahami, dan mematuhi
peraturan sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap sebarang perlanggaran
Peraturan Sekolah.

1. PERKARA 1 : MASA PERSEKOLAHAN
1.1. WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PAGI
i. Hari Isnin hingga Khamis: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
- Murid-murid dikehendaki berada di sekolah pada pukul 7.20 pagi untuk
Perhimpunan Pagi
- Majlis Perhimpunan Rasmi pada hari Isnin jam 7.30 pagi – 8.30 pagi.
ii. Hari Jumaat: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
iii. Aktiviti Kokurikulum: Setiap hari Rabu jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

1.2. WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG
i. Hari Isnin hingga Khamis: 1.00 tengah hari – 6.30 petang
- Murid-murid dikehendaki berada di sekolah pada pukul 12.50 tengah hari untuk
Perhimpunan Tengah Hari.
- Majlis Perhimpunan Rasmi pada hari Isnin jam 5.30 petang – 6.30 petang.
ii. Hari Jumaat: 2.30 petang – 6.30 petang
iii. Aktiviti Kokurikulum: Setiap hari Rabu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

2. KEHADIRAN
2.1. Semua murid mesti hadir ke sekolah pada hari persekolahan.
2.2. Murid yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa atau penjaganya mesti
2.3. menghantar surat doktor atau surat rasmi yang ditandatangani oleh ibu bapa kepada guru
kelas berkenaan.
2.4. Jika murid tidak hadir selama TIGA hari berturut-turut tanpa surat daripada penjaga atau ibu
bapa, pihak sekolah akan menghantar surat amaran pertama kepada ibu bapa/penjaga. Jika
tiada jawapan, akan disusuli dengan surat amaran kedua Jika masih tiada maklum balas,
surat amaran ketiga akan dikeluarkan dan tindakan yang lebih berat seperti memotong nama
mereka akan dibuat. Sila rujuk jadual di bawah:

2

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

2.5. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Petang atau Penolong Kanan Pendidikan
Khas (bagi murid PPKI) sepanjang waktu persekolahan.

2.6. Murid-murid diwajibkan hadir dan membawa kad aktiviti kokurikulum untuk aktiviti
kokurikulum pada hari dan masa yang ditentukan.

3. KEDATANGAN
3.1. Murid-murid tidak dibenarkan datang lewat. Murid-murid sepatutnya berada di sekolah
sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
3.2. Murid-murid yang datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan
disiplin.

4. PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN
4.1. Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari Isnin untuk semua murid. Kedatangan
semua murid adalah diwajibkan.
4.2. Semua murid diwajibkan menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dengan
suara yang lantang dan kuat.
4.3. Semua murid mesti berdiri tegak semasa menyanyikan lagu.
4.4. Murid yang tidak menghormati lagu rasmi itu adalah satu kesalahan.
4.5. Selain perhimpunan rasmi, perhimpunan juga akan diadakan setiap hari pada waktu pertama
dan kehadiran adalah diwajibkan.
4.6. Semasa perhimpunan murid tidak dibenarkan membuat bising atau bercakap.
4.7. Murid tidak dibenarkan membaca buku / majalah / makalah / surat khabar atau kerja-kerja
lain semasa perhimpunan.
4.8. Murid dikehendaki mengangkat tangan dan berdiri tegak ketika melafazkan ikrar semasa
perhimpunan rasmi.
4.9. Murid-muriddikehendaki mendengar dengan jelas segala pengumuman yang diumumkan
semasa perhimpunan dan mencatat di dalam buku Catatan Saya.

4.10. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam barisan kelas lain.
4.11. Selepas perhimpunan bersurai, murid-murid dikehendaki balik ke kelas dalam keadaan

teratur, sopan dan tidak membuat bising. Tisu / sampah yang ditinggalkan hendaklah dikutip.

5. TUGASAN DI DALAM KELAS
5.1. Murid-murid dikehendaki memastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum sesi
pertama pembelajaran bermula.
5.2. Waktu rehat: semua murid dilarang berada di dalam kelas.
5.3. Waktu balik: kelas mestilah berada dalam keadaan bersih. Papan putih mesti dibersihkan,
meja dan kerusi diatur.
5.4. Kelas mesti dihiasi dengan poster-poster dan gambar/carta yang seringkali ditukar. Ada sudut
bacaan untuk bacaan tambahan.

6. PAKAIAN SERAGAM
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
8/1985, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 )
6.1. Tiap-tiap murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan
semasa berada di sekolah pada setiap masa. Pakaian ini mestilah bersih dan kemas.
6.2. Murid-murid diwajibkan memakai pakaian seragam yang kemas ini dari rumah ke sekolah
sehingga balik ke rumah.
6.3. Semasa pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), murid-murid diwajibkan memakai
pakaian PJK (yang ditetapkan oleh pihak sekolah) iaitu baju T berlogo sekolah (hijau kuning),
seluar trek (longgar) berwarna hitam dan biru gelap dan berkasut kanvas putih atau hitam
sahaja. Baju T kelas, persatuan dan lain-lain TIDAK DIBENARKAN.

3

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

6.4. Pakaian Murid Lelaki
6.4.1. Baju berwarna putih berlengan pendek / berlengan panjang dengan poket di
sebelah kiri dan berbutang putih. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar
sepanjang masa.
6.4.2. Butang baju mestilah dikenakan semuanya hingga ke bahagian kolar. Tali leher
perlu diikat dengan kemas dengan hujung tali leher tidak melebihi kepala tali
pinggang.
6.4.3. Seluar panjang mestilah berwarna hijau (Olive Green) seperti yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Potongan seluar mestilah potongan
biasa, tidak berjahit tulang, tidak berpoket tampal dan tidak berkaki besar
(maksimum 40 sm) atau ketat. Seluar potongan jeans dan seluar berfesyen
dilarang.
6.4.4. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2020: Kasut berwarna hitam hendaklah
dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam; atau kasut berwarna putih
hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih. Murid mesti berkasut
kanvas semasa berada di kawasan sekolah. (Sila rujuk Lampiran A dan B)
6.4.5. Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid adalah seperti di Lampiran.
6.4.6. Tali pinggang yang berhias dan tali pinggang yang beraneka bentuk tidak
dibenarkan sama sekali. Ukuran lebar tali pinggang hendaklah tidak melebihi 3.75
sm (1 1/2inci) dan berwarna hijau/hitam/biru tua sahaja. Kepala tali pinggang
(buckle) yang besar dan beraneka bentuk adalah tidak dibenarkan.
6.4.7. Tidak dibenarkan memakai/membawa barang-barang kemas atau barang
perhiasan diri (akan dirampas jika memakai).
6.4.8. Murid-murid lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu berwarna putih, kain
samping berwarna biru ‘torquise’ dan bersongkok pada hari Jumaat.

6.5. Pakaian Murid Perempuan
6.5.1. Baju kurung berwarna putih (potongan biasa) iaitu potongan leher mestilah
berbentuk “teluk belanga” bukan berbentuk cekak musang. Kain sarung berwarna
biru “torquise” yang telah ditetapkan.
6.5.2. Murid-murid tidak dibenarkan menconteng atau menampal pada pakaian sekolah.
6.5.3. Memakai ‘blouse’ putih berlengan pendek. ‘Pinafore’ biru yang telah ditetapkan,
tidak bertali pinggang, panjangnya 2 inci di bawah paras lutut.
6.5.4. Murid-murid Islam adalah sangat digalakkan memakai tudung / mini telekung dan
berserkup penuh hitam atau putih.
6.5.5. Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam;
atau kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna
putih. Murid mesti berkasut kanvas semasa berada di kawasan sekolah (Sila rujuk
Lampiran)
6.5.6. Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid adalah seperti di Lampiran.
6.5.7. Murid-murid adalah dilarang memakai atau menggunakan alat-alat solek atau
barang kemas / barang perhiasan diri ke sekolah. Jika memakai, tindakan disiplin
akan diambil.

7. PAKAIAN WAKTU AKTIVITI KOKURIKULUM, AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, KELAS
TAMBAHAN, SERTA LATIHAN RUMAH SUKAN
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007)
7.1. Aktiviti Kokurikulum (luar dan dalam sekolah):
7.1.1. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu
setiap minggu pada waktu persekolahan;
7.1.2. Murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian
seragam pasukan badan beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya
seperti memakai baju T berkolar yang melambangkan pasukannya; atau

4

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

7.1.3. Murid-murid juga boleh memilih memakai pakaian seragam kelab/persatuan,
sama ada dalam bentuk jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju T-berkolar;
atau

7.1.4. Memakai kemeja T sekolah berwarna hijau kuning atau kemeja T kelab/persatuan
berlencana sekolah, berseluar panjang trek bottom sekolah / hitam / biru gelap,
berkasut kanvas hitam (berstoking hitam) atau berkasut putih (berstoking putih),
bertudung sarung: putih / hitam berlencana sekolah dan bertanda nama (murid
perempuan Islam).

7.2. Aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:
7.2.1. Memakai kemeja T sekolah berwarna hijau kuning, berseluar panjang trek bottom
sekolah / hitam / biru gelap, berkasut kanvas hitam (berstokin hitam) atau
berkasut putih (berstokin putih), bertudung sarung putih berlencana sekolah dan
bertanda nama (murid perempuan Islam)

7.3. Aktiviti Kelas Tambahan:
7.3.1. Memakai kemeja T sekolah (hijau kuning), rumah sukan, kelab persatuan, kelas
dan berlogo sekolah, bertudung sarung: putih / hitam berlencana sekolah dan
bertanda nama (murid perempuan Islam).

7.4. Latihan / Permainan untuk Rumah Sukan / Pasukan Sekolah
7.4.1. Memakai kemeja T sekolah (hijau kuning) / rumah sukan dan berlogo sekolah,
berkasut kanvas / kasut sukan. Tidak dibenarkan memakai selipar / terompah di
kawasan sekolah.

8. RAMBUT DAN KUKU

8.1. Murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa bersikat, kemas dan pendek.

Istilah pendek ialah:

(a) Rambut belakang tidak menyentuhi kolar baju .

(b) Rambut tepi tidak menyentuhi telinga.

(c) Rambut hadapan tidak menutupi dahi

(d) Rambut berfesyen adalah tidak dibenarkan

8.2. Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai dan ‘sideburn’. Rujuk Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003.

8.3. Murid perempuan yang berambut panjang menyentuh atau melebihi paras bahu, adalah

diwajibkan mengikat rambut dengan reben berwarna putih atau hitam. Murid perempuan

juga dibenarkan memakai cekak rambut berwarna hitam sahaja yang lebarnya tidak melebihi

2 sm. Aksesori rambut yang lain tidak dibenarkan.

8.4. Murid lelaki dan perempuan dilarang mewarnakan dan menginaikan rambut dan tangan.

8.5. Murid-murid juga dilarang menyimpan kuku panjang, dilarang mewarnakan kuku, dan

dilarang memakai inai. Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih.

9. TATATERTIB DAN KESOPANAN
9.1. DALAM BILIK DARJAH
9.1.1. Murid tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah sebelum sesi pembelajaran
dimulakan.
9.1.2. Semua murid bertanggungjawab menjaga alat-alat dan perabot dalam bilik
darjah. Murid mesti melaporkan kepada guru kelas dengan segera jika berlaku
sebarang kerosakan.
9.1.3. Semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan, murid tidak dibenarkan
keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Murid wajib menggunakan pas
kebenaran guru jika ingin keluar kelas dengan kebenaran. Sewaktu pertukaran
guru, murid hendaklah kekal berada di dalam kelas.
9.2. WAKTU REHAT
9.2.1. Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam kelas.
9.2.2. Murid-murid tidak dibenarkan berurusan dengan bukan warga sekolah tanpa
kebenaran guru.

5

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

9.2.3. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.
9.2.4. Apabila loceng dibunyikan menandakan habis waktu rehat, murid-murid wajib

berada di dalam kelas sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran bermula.
9.2.5. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas, pejabat atau bilik guru

kecuali jika ada urusan atau atas kebenaran guru berkenaan.
9.3. DALAM BILIK GURU

9.3.1. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran atau arahan
daripada guru.

9.3.2. Tidak boleh mengambil apa-apa barang di dalam bilik guru tanpa kebenaran atau
arahan daripada guru.

9.3.3. Murid-murid hendaklah memakai pas kebenaran guru jika berurusan di bilik guru
dengan kebenaran guru.

9.4. DALAM PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
9.4.1. Pusat sumber ialah bilik dan tempat untuk mentelaah. Tiap-tiap murid
dikehendaki memelihara dan mematuhi peraturan-peraturan pusat sumber yang
telah ditetapkan dan mematuhi arahan pengawas pusat sumber dan guru media
yang bertugas.
9.4.2. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah atau kemeja T rasmi
sekolah atau kemeja T kelab/persatuan yang mempunyai lencana sekolah.
9.4.3. Murid-murid dilarang makan dan minum di dalam pusat sumber.
9.4.4. Murid-murid dilarang membawa keluar bahan-bahan dari pusat sumber tanpa
kebenaran guru media.

9.5. BILIK - BILIK KHAS, MAKMAL, SURAU SERTA PADANG SEKOLAH
9.5.1. Setiap murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan seperti yang telah
ditetapkan.
9.5.2. Murid-murid beratur dengan tertib di luar kelas sebelum bergerak ke makmal
sains, dan bilik-bilik lain atau ke padang untuk Pendidikan Jasmani. Murid-murid
tidak dibenarkan membuat bising semasa menuju ke tempat-tempat tersebut.
Ketua kelas dan penolong adalah bertanggungjawab dalam perkara di atas.
9.5.3. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik khas, surau serta ke kawasan
padang sekolah tanpa kebenaran guru.
9.5.4. Murid-murid tidak dibenarkan membaca buku dan berada di dalam surau setelah
menunaikan solat.

9.6. PERATURAN / KELAB DAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM
9.6.1. Murid-murid adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan sesuatu persatuan/kelab
yang dianggotainya.
9.6.2. Murid-murid yang terlibat dengan aktiviti persatuan dan kelab/pasukan
beruniform mestilah hadir pada waktu yang telah ditetapkan.
9.6.3. Murid-murid yang hadir untuk menyertai sebarang aktiviti persatuan / kelab /
persatuan beruniform sama ada di dalam atau di luar sekolah mestilah berpakaian
seragam yang lengkap. (Rujuk Perkara 7)
9.6.4. Adalah menjadi kesalahan jika murid mengkhianati persatuan atau kelab atau
pertubuhan yang dianggotainya dan boleh dikenakan tindakan disiplin.
9.6.5. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap atau baju T berlogo
sekolah. (Rujuk Perkara 7)

9.7. LATIHAN / PERMAINAN UNTUK RUMAH SUKAN / PASUKAN SEKOLAH
9.7.1. Murid-murid dikehendaki patuh kepada peraturan persatuan atau arahan guru
penasihat yang bertanggungjawab mengenai latihan/permainan rumah sukan /
pasukan sekolah.
9.7.2. Murid-murid pagi yang datang di luar waktu persekolahan untuk latihan /
permainan dilarang mengganggu ketenteraman kelas sesi petang dan terhad di
kawasan kantin, padang sekolah atau mana-mana tempat yang dibenarkan oleh
guru penasihat. Begitu juga sebaliknya murid-murid sesi petang yang datang
untuk latihan / permainan pada sesi pagi.

6

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

9.7.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di kaki lima bangunan sekolah.
9.7.4. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah yang lengkap. (Rujuk
Perkara 7)
9.7.5. Murid-murid tidak dibenarkan berada di padang atau kawasan permainan tanpa
guru yang berkenaan atau tiada arahan daripada guru-guru berkenaan.

10. KEBERSIHAN SEKOLAH
10.1. KEBERSIHAN BILIK DARJAH
10.1.1. Semua murid mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.
10.1.2. Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menyediakan jadual tugas kelas
masing-masing dan memastikan tugas harian ini dijalankan dengan sempurna.
10.1.3. Murid-murid dilarang membuang sampah merata-rata. Sampah perlu dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan di luar kelas. Pastikan koridor kelas sentiasa
bersih.
10.1.4. Murid-murid dikehendaki menghias bilik darjah masing-masing dengan alat-alat
pembelajaran yang sesuai dan menarik.
10.2. KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH
10.2.1. Keadaan kawasan sekolah mestilah dalam keadaan bersih dan cantik setiap masa.
10.2.2. Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam tong-tong sampah yang disediakan di
sekitar kawasan sekolah.
10.2.3. Sebarang jenis sampah yang dijumpai di mana-mana sahaja di kawasan sekolah
hendaklah dipungut dan dibuang.
10.2.4. Murid-murid hendaklah menghormati pekerja pembersihan sekolah dalam
menjaga kebersihan kawasan sekolah.
10.3. KEBERSIHAN TANDAS
10.3.1. Murid-murid hendaklah menggunakan tandas dengan betul, cermat dan dengan
penuh tanggungjawab serta menjaga kebersihannya.
10.3.2. Murid-murid dilarang menconteng dinding tandas dan merosakkan harta benda
dan kelengkapan yang disediakan di dalam tandas. Murid boleh dikenakan
tindakan disiplin.
10.3.3. Murid-murid dilarang membuang sampah seperti bekas minuman, tuala wanita,
dan bendasing lain ke dalam lubang tandas dan lubang sinki.
10.3.4. Murid-murid mestilah berjimat menggunakan air. Selepas menggunakan air, tutup
paip dan tutup suis lampu. Sebarang kerosakan, murid hendaklah melaporkan
kepada guru.

11. KANTIN
11.1. Murid-murid dikehendaki beratur dengan tertib dan mengikut arahan guru bertugas dan
pengawas-pengawas yang bertugas ketika membeli makanan dan minuman semasa rehat.
11.2. Murid-murid dikehendaki duduk ketika makan atau mesti berada di kawasan kantin.
11.3. Murid-murid dikehendaki meletakkan pinggan mangkuk, piring, sudu, cawan yang digunakan
ke dalam bekas yang disediakan. Tiada sampah ditinggalkan di atas meja. Meja ditinggalkan
dalam keadaan bersih dan kemas.
11.4. Murid-murid dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu rehat atau
pergi makan di luar kawasan sekolah.
11.5. Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan dari rumah menggunakan peralatan
sendiri.
11.6. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke ruang makan guru, ruang operasi kantin atau dapur
kantin.
11.7. Murid-murid mestilah menggunakan kemudahan di kantin dengan cermat dan
bertanggungjawab.

7

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

12. KENDERAAN MURID
12.1. Murid Yang Berbasikal
12.1.1. Murid-murid Dilarang menunggang basikal di dalam kawasan sekolah pada
bila-bila masa.
12.1.2. Semua basikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat letak basikal yang
ditetapkan. Basikal mestilah dikunci.
12.1.3. Semua basikal yang digunakan adalah lengkap dengan loceng, brek hadapan dan
belakang yang sempurna dan mempunyai lampu.
12.2. Murid Yang Bermotosikal
12.2.1. Murid dilarang menunggang motosikal di dalam kawasan sekolah.
12.2.2. Motosikal hendaklah ditampal dengan pelekat (sticker) sekolah.
12.2.3. Murid yang bermotosikal hendaklah melengkapkan diri dengan lesen memandu,
cukai jalan, topi keledar dan kenderaan dalam keadaan baik. Pihak sekolah akan
menahan motosikal jika murid tidak mempunyai lesen.
12.2.4. Pihak sekolah tidak akan bertanggugjawab kepada sebarang kemalangan,
kecederaan atau ditahan oleh pihak berkuasa.
12.2.5. Motosikal hendaklah diletakkan di tempat yang telah ditetapkan dan berkunci.
12.2.6. Tidak dibenarkan membawa kereta ke sekolah.
12.3. Murid Berjalan Kaki
12.3.1. Murid dikehendaki menggunakan jejantas yang telah disediakan untuk melintas.
Tidak dibenarkan melintas jalan raya di bawah jejantas.
12.3.2. Jangan bergurau atau bermain ketika berada di jalan raya.
12.3.3. Sebelum melintas jalan, pandang ke kanan dan kiri jalan untuk memastikan
keselamatan.

13. KELUAR KAWASAN SEKOLAH
13.1. Dalam masa persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah. Jika ada
urusan penting, murid berkenaan diwajibkan meminta kebenaran daripada guru yang
bertugas. Ibu bapa / Penjaga dikehendaki berurusan dengan pihak pejabat sekolah.
13.2. Murid yang memerlukan rawatan perubatan di klinik dikehendaki mendapatkan surat dari
pejabat sekolah dan ditandatangani oleh guru bertugas.
13.3. Jika diberi surat cuti sakit, serahkan kepada guru tingkatan.

14. GARIS KASAR / PERATURAN LAWATAN / ROMBONGAN
14.1. Mesti menepati waktu.
14.2. Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh penganjur.
14.3. Sentiasa berpakaian kemas, bersopan-santun serta hormat menghormati di antara satu sama
lain. (Rujuk Perkara 7)
14.4. Murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan sekolah di mana sahaja mereka berada.
14.5. Setiap murid yang ingin menyertai sebarang lawatan/rombongan hendaklah mendapatkan
kebenaran ibu/bapa/penjaga terlebih dahulu. Murid mesti mengisi borang kebenaran
melawat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Tanpa surat kebenaran permohonan
penyertaan anda tidak akan dilayan.

15. PEJABAT SEKOLAH
15.1. Semua murid tidak dibenarkan masuk atau berada di sekeliling kawasan pejabat pada setiap
masa.
15.2. Jika ada urusan atau diarahkan guru, murid dikehendaki memakai pas kebenaran guru dan
meminta kebenaran masuk.
15.3. Sekiranya ingin berurusan dengan Tuan Pengetua, murid-murid dikehendaki meminta
kebenaran daripada kerani terlebih dahulu.

8

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

16. LALUAN MURID
16.1. Murid perlu menggunakan tangga mengikut jantina seperti yang ditetapkan.
Blok D - Kanan (laluan murid lelaki)
Tengah (laluan murid perempuan)
Blok E - Kanan (depan bilik seni laluan murid lelaki)
Kiri (depan bilik SPBT laluan murid perempuan)
Blok F - Kanan (depan makmal biologi laluan murid lelaki)
Kiri (sebelah makmal kimia laluan murid perempuan)

17. KAWASAN LARANGAN UNTUK MURID
17.1. Tangga menghala ke pejabat.
17.2. Bilik guru.
17.3. Kawasan letak kereta pentadbir.
17.4. Kawasan dewan (kecuali aktiviti bersama guru).
17.5. Kawasan surau (kecuali aktiviti bersama guru).
17.6. Pondok pengawal keselamatan.
17.7. Stor Sukan dan Stor Kokurikulum.
17.8. Kawasan MPV (Landskap & Nursery).
17.9. Tempat letak basikal dan motosikal.

18. BUKU-BUKU TEKS PINJAMAN
18.1. Semua buku teks pinjaman yang dipinjamkan kepada murid-murid mestilah dibalut dan
dijaga dengan cermat serta dipulangkan dalam keadaan yang baik kepada guru tingkatan bila
diarahkan.
18.2. Buku-buku mesti dipulangkan:
a. Pada akhir tahun.
b. Apabila diberhentikan dari sekolah.
c. Apabila diarahkan oleh pihak sekolah

19. PEPERIKSAAN
19.1. Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
19.2. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan.
19.3. Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah tidak dikecualikan daripada
peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah.
19.4. Murid-murid yang melakukan kesalahan meniru akan dikenakan tindakan disiplin.
19.5. Calon-calon peperiksaan awam dikehendaki mematuhi arahan pengawas-pengawas yang
dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

20. KESELAMATAN MURID-MURID
20.1. Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri. Murid mestilah sentiasa menjaga
keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/kelab/sukan permainan dan aktiviti
di dalam bilik darjah/makmal sains/bengkel. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat
ditanggungjawabkan oleh pihak sekolah.

21. TATASUSILA / TINGKAH LAKU
21.1. Setiap murid hendaklah sentiasa berkelakuan baik, bersopan-santun dan menghormati
semua warga sekolah (Pengetua, guru-guru, pekerja sekolah, pelawat-pelawat, ibu bapa dan
rakan sekolah).
21.2. Murid-murid dilarang meludah di merata-rata tempat di hadapan khalayak ramai atau
meludah dari tingkat atas bangunan ke bawah.
21.3. Murid-murid dilarang melakukan perkara jenayah, mencuri, menghisap rokok, berjudi,
mengancam, bergaduh, membuli, menipu, menyalahgunakan dadah dan perkara-perkara lain
yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang negara dan bertentangan dengan tatasusila
kemasyarakatan.

9

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

21.4. Murid-murid dilarang ponteng kelas atau ponteng sekolah. Tidak dibenarkan merayau-rayau
atau berkeliaran dan berkelakuan tidak sopan dalam kawasan sekolah.
21.5. Murid-murid hendaklah berkelakuan baik dan bertatatertib sepanjang masa, mengadakan
lawatan-lawatan sambil belajar, mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan
21.6. dengan akademik dan sukan.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga nama baik sekolah dan berusaha
21.7. sedaya upaya meninggikan dan mengharumkan nama sekolah ini.
21.8. Murid-murid dilarang membawa barang larangan (Rujuk Perkara 27)
21.9. Semua perintah guru hendaklah dipatuhi dengan teliti dan segera.
Pelawat-pelawat yang hendak berjumpa anak/jagaannya mestilah mendapat kebenaran
daripada Pengetua atau Penolong Kanan.

22. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
22.1. Sebarang kerosakan harta benda sekolah di dalam kelas dan kawasan sekolah mestilah
dilaporkan dengan segera kepada guru tingkatan, guru bertugas atau guru disiplin.
22.2. Murid-murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar ganti
rugi sepenuhnya harga barang yang dirosakkan.
22.3. Menjadi tanggungjawab semua murid menjaga dan menggunakan dengan baik semua harta
benda sekolah.
22.4. Jika murid didapati melakukan kesalahan merosakkan harta benda sekolah akan dikenakan
tindakan iaitu menggantikan barang yang dirosakkan mengikut nilai pasaran seperti:
a. Memecahkan cermin tingkap
b. Memecahdan menconteng meja dan kerusi murid
c. Memecahkan dan merosakkan pintu kelas
d. Memecah dan merosakkan lampu dan kipas kelas
e. Merosakkan papan putih kelas

23. PENGAWAS SEKOLAH / PENGAWAS PUSAT SUMBER
23.1. Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih dari murid-murid
yang mempunyai peribadi yang baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi
dan berani menjalankan tugas.
23.2. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap
peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid di sekolah ini.
23.3. Semua pengawas berhak menegur murid berdasarkan kepada peraturan-peraturan sekolah.
Murid dilarang menentang pengawas dan mestilah mematuhi setiap arahan pengawas.
23.4. Semua pengawas mestilah menunjukkan sikap yang baik, mematuhi arahan, menjalankan
tugas yang diberi dengan sebaik-baiknya supaya menjadi contoh yang baik kepada
murid-murid lain.
23.5. Semua pengawas sekolah tidak boleh menyalahgunakan kuasa.

24. PELANGGARAN DISIPLIN
(Rujuk Peraturan Disiplin Kementerian Pendidikan)
24.1. Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkah laku jenayah:
24.1.1. Memeras ugut
24.1.2. Menjadi anggota kumpulan jahat/haram
24.1.3. Terlibat dengan dadah
24.1.4. Berjudi
24.1.5. Memukul guru/pengawas/murid-murid lain
24.1.6. Membawa/memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat
24.1.7. Mengancam/mengugut Pengetua/guru-guru/murid-murid lain (ancaman serius
dan berbahaya)
24.2. Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkah laku lucah atau biadap:
24.2.1. Membaca, melihat dan menyebarkan bahan-bahan dan gambar-gambar lucah.
24.2.2. Mengintai murid-murid perempuan

10

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

24.3. 24.2.3. Bercumbu-cumbuan
24.2.4. Menggunakan kata-kata lucah
24.4. 24.2.5. Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah
24.5. Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkah laku anti sosial:
24.6. 24.3.1. Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-guru atau sebarang milik

persendirian
24.3.2. Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah
24.3.3. Membuat bising dan mengganggu ketenteraman umum dan kelas.
24.3.4. Bergaduh dan berlawan
24.3.5. Berkelakuan biadap terhadap Pengetua/guru(sikap bongkak atau membuat

penghinaan)
24.3.6. Melakukan buli (pelancoan) dalam apa jua bentuk dan rupa
24.3.7. Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua
24.3.8. Menyalahgunakan kemudahan sekolah/kuasa yang diamanahkan kepadanya
24.3.9. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh

sekolah
24.3.10. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu/mendapat kebenaran pihak

sekolah
Perbuatan-perbuatan curang atau tingkah laku tidak jujur/tidak amanah:
24.4.1. Meniru dalam ujian/peperiksaan
24.4.2. Meniru tandatangan ibu bapa/penjaga/Pengetua/guru-guru
24.4.3. Bercakap bohong
24.4.4. Mengubah markah
24.4.5. Ponteng kelas
Perbuatan-perbuatan yang dianggap sebagai tingkah laku tidak sopan:
24.5.1. Berbahasa kasar dan mencarut
24.5.2. Tidak menghormati guru/pengawas
24.5.3. Menghisap atau memiliki rokok / inhalan (vape)
24.5.4. Berambut panjang
24.5.5. Tidak memberi perhatian pada masa guru sedang mengajar
24.5.6. Selalu lewat masuk kelas
24.5.7. Lalai dan cuai terhadap pelajaran
24.5.8. Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan
24.5.9. Masih membantah hukuman Pengetua/guru, sekalipun sudah diberi 3 atau 4 kali

amaran
24.5.10. Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan kehendak peraturan disiplin sekolah
Kesalahan-Tatatertib yang berat:

24.6.1. Menjadi anggota kumpulan jahat/pertubuhan haram
24.6.2. Membawa/memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat
24.6.3. Memukul Pengetua/guru/pengawas dan murid-murid lain
24.6.4. Mengancam Pengetua/guru/pengawas dan murid-murid lain (dengan ancaman

yang serius dan berbahaya
24.6.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh

pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan
24.6.6. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu/mendapat kebenaran pihak

sekolah/Pengetua
24.6.7. Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-guru atau sebarang milik

persendirian
24.6.8. Mencuri
24.6.9. Terlibat dengan dadah
24.6.10. Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan
24.6.11. Menghisap / memiliki rokok / inhalan (vape)
24.6.12. Berjudi

11

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

24.6.13. Membantah hukuman Pengetua/guru sekalipun sudah diberi tiga atau empat kali
24.6.14. amaran
24.6.15. Berkelakuan biadap terhadap Pengetua/guru (sikap bongkak atau membuat
penghinaan)
24.6.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif menghina keturunan,
agama dan kebudayaan dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan
kaum
Ponteng perhimpunan dan tidak menyanyi lagu-lagu patriotik

25. TINDAKAN DISIPLIN

25.1. Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid-murid yang melanggar undang-undang

dan peraturan sekolah mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
● Amaran lisan
● Amaran bertulis
● Kaunseling
● Dirotan
● Penggantungan sekolah
● Diberhentikan sekolah

25.2. Untuk kesalahan yang dianggap berat, tindakan tatatertib oleh Unit Disiplin Sekolah akan

diambil ke atas yang bersalah tanpa amaran. Untuk kesalahan lain, murid yang bersalah akan

dihadapkan kepada Unit Disiplin Sekolah untuk diambil tindakan.

25.3. Tiap-tiap kesalahan akan dicatat dan dipertimbangkan apabila pihak sekolah mengeluarkan

Surat Akuan dan Surat Berhenti Sekolah.

26. KES-KES KHAS
26.1. PONTENG SEKOLAH
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995)
26.1.1. Murid yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran jika melakukan
kesalahan yang sama berulang-ulang lebih dari TIGA kali akan dikenakan tindakan
disiplin.
26.1.2. Murid-murid yang memakai pakaian seragam sekolah dan ditangkap tidak masuk
ke dalam kawasan sekolah pada waktu persekolahan lebih dari TIGA kali akan
dikenakan tindakan disiplin.
26.2. PONTENG KELAS
26.2.1. Murid-murid yang ditangkap ponteng kelas ( tidak berada di dalam kelas sewaktu
pengajaran dan pembelajaran) jika lebih dari TIGA kali akan dikenakan tindakan
disiplin.
26.3. TINGKAH LAKU LUCAH
26.3.1. Jika murid ditangkap ketika berkelakuan lucah seperti bercumbu-cumbu,
berkhalwat atau berdua-duaan akan dihadapkan ke Unit Disiplin Sekolah.
26.3.2. Tingkah laku lucah yang lain seperti membawa bahan-bahan lucah ke sekolah,
mengintai murid perempuan, menggunakan kata-kata lucah dan perbuatan lucah
seperti melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah akan dikenakan
amaran dan kedua ibu bapa/penjaga akan dipanggil ke sekolah.

27. BARANGAN LARANGAN
27.1. Telefon Bimbit (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009)
Larangan penggunaan telefon bimbit oleh murid di dalam kawasan sekolah telah
dikuatkuasakan dan sekiranya murid didapati bersalah, tindakan disiplin adalah seperti
berikut:
Kali pertama : Dirampas 14 hari, perjanjian ibu bapa
Kali kedua : Dirampas 30 hari, perjanjian ibu bapa
Kali ketiga : Dirampas 3 bulan, perjanjian ibu bapa

12

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

27.2. Buku/bahan cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah fesyen,
poster/kalendar/lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah, buku kisah cinta
27.3. remaja/dewasa, cerita seram berlebihan dan seumpamanya.
Alat-alat elektronik seperti kamera, jam tangan smartwatch, inhalan, telefon bimbit, dan
27.4. sepertinya.
27.5. Alat-alat solek, kosmetik, minyak wangi, dan sebagainya.
Alat/barang hiasan / barang kemas seperti cermin, tali pinggang berfesyen, subang
27.6. berfesyen, klip rambut yang besar berfesyen, reben berwarna-warni, cincin, rantai, pendant,
27.7. dan semua batu permata.
Sikat rambut jenis hujungnya runcing dan tajam
27.8. Alat yang tajam/batang kayu/batang besi/senjata berbahaya seperti pengetip kuku, pembaris
27.9. besi/keluli yang panjang, pisau, pemutar skru, gunting besar dan sebagainya.
27.10. Bahan letupan dan bahan bakar seperti mercun, mancis dan bahan kimia.
27.11. Baju atau T yang berwarna warni
27.12. Segala jenis rokok dan dadah, minuman keras dan pil/ubat kecuali atas nasihat doktor.
Tepung, serbuk emas, pistol air, telur, belon berisi air dan makanan ringan.
Pen marker dan liquid paper.

“SEMUA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI SEMASA
KE SEMASA”

13

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

SALAH LAKU DISIPLIN DAN TINDAKAN

TINGKAH LAKU JENAYAH JENIS TINDAKAN DISIPLIN
KOD KESALAHAN KESALAHAN

111 Berjudi Berat Gantung / Buang sekolah
112 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah
113 Melawan / mengancam / membuli / mencederakan Berat Gantung / Buang sekolah

guru Berat Gantung / Buang sekolah
114 Melawan / mengancam / membuli / mencederakan
Berat Gantung / Buang sekolah
pengawas
115 Memeras ugut Berat Gantung / Buang sekolah
116 Membuli / melancoan Berat Gantung / Buang sekolah
117 Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap Berat Gantung / Buang sekolah
118 Menyalahgunakan dadah Berat Gantung / Buang sekolah
119 Membawa alat senjata merbahaya Berat Gantung / Buang sekolah
120 Mencabul kehormatan Berat Gantung / Buang sekolah
121 Mengancam / memukul / mencederakan murid lain Berat Gantung / Buang sekolah
122 Menceroboh bilik khas / kedai koperasi / pejabat Berat Gantung / Buang sekolah

sekolah Berat Gantung / Buang sekolah
123 Mengedar dadah Berat Gantung / Buang sekolah
123 Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu
Berat Gantung / Buang sekolah
ketenteraman sekolah Berat Gantung / Buang sekolah
125 Bertaruh secara besar-besaran Berat Gantung / Buang sekolah
126 Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah Berat Gantung / Buang sekolah
127 Membakar
128 Memusnah / merosakkan dokumen rasmi

TINGKAH LAKU LUCAH KESALAHAN JENIS TINDAKAN DISIPLIN
KOD KESALAHAN

221 Bercumbu-cumbuan Berat Gantung / Buang sekolah
222 Berkhalwat / berdua-duaan
223 Membawa bahan lucah ke sekolah Berat Gantung / Buang sekolah
224 Mengintai murid perempuan / lelaki
225 Menggunakan kata-kata atau perbuatan lucah Berat Amaran, panggil ibu bapa
226 Melukis gambar-gambar / menulis kata - kata lucah
Berat Amaran, panggil ibu bapa

Berat Amaran, panggil ibu bapa

Berat Amaran, panggil ibu bapa

14

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI JENIS TINDAKAN DISIPLIN
KOD KESALAHAN KESALAHAN

331 Berambut panjang untuk lelaki/fesyen rambut Ringan Amaran / Maklum ibu bapa
keterlaluan / bertentangan dengan peraturan sekolah

332 Berkuku panjang Ringan Amaran / Potong

333 Bermisai dan berjanggut Ringan Amaran / Bercukur

334 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah:

● Tiada lencana / lencana kabur / tidak dijahit Ringan Beli lencana dan klipkan
● Skirt sekolah atas paras lutut Ringan Amaran

● Baju kurung tidak dikancing Ringan Amaran

● Seluar yang berfesyen Ringan Amaran

● Tidak memakai stokin Ringan Amaran

● Pengawas / Ketua Tingkatan tidak memakai Ringan Amaran
tali leher

● Memakai pakaian luar ke sekolah Ringan Amaran

● Memakai kemeja berwarna di dalam pakaian Ringan Amaran
seragam

● Memakai jaket / sweater / windbreaker Ringan Amaran

● Tidak memakai baju PJK sewaktu PJK Ringan Amaran

● Memakai pakaian luar untuk kegiatan sekolah Ringan Tidak dibenarkan masuk ke
pada hari Sabtu atau pada waktu kokurikulum kawasan sekolah
atau di luar waktu sekolah

● Tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar Ringan Amaran
(murid lelaki)

335 Memakai barang perhiasan ke sekolah:

● Memakai barang kemas atau rantai emas Sederhana Dirampas

● Memakai rantai agama tanpa kebenaran Ringan Amaran

● Pengikat rambut berfesyen selain daripada Ringan Dirampas
hitam, putih dan biru

● Memakai lebih dari sepasang subang Sederhana Dirampas

● Lelaki memakai barang perhiasan Ringan Dirampas

336 Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan:

● Semua jenis alatan tajam Sederhana Dirampas

● Pemotong kuku berpisau Sederhana Dirampas

● Kamera / radio / MP3 / Pager / Jam elektronik Ringan Dirampas
/ alatan gajet / aksesori gajet dll

● Telefon bimbit Ringan Kali pertama: 14 hari
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009) Kali kedua: sebulan
Kali ketiga: 3 bulan

● Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak Ringan Dirampas

15

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

sopan Ringan Dirampas
● Gambar / poster artis atau model Ringan Dirampas
● Liquid paper / marker pen / highlighter Ringan Dirampas
● Pakaian luar sekolah Ringan Dirampas
● Cermin mata hitam / topeng Ringan Dirampas
● Kosmetik / cermin / minyak wangi Ringan Dirampas
● Majalah hiburan / komik Ringan Dirampas
● Kad judi / barang judi Ringan Dirampas
● Logo politik Ringan Dirampas
● Kad magik, kad permainan Ringan Dirampas
337 Memakai selipar / sandal tanpa kebenaran
338 Tidak memakai stoking / kasut yang ditetapkan oleh Ringan Dirampas
sekolah
339 Tidak memakai kasut kanvas putih atau kasut yang Ringan Dirampas
ditetapkan oleh sekolah
340 Kuku berwarna / berinai Ringan Amaran, dibersihkan
341 Mewarnakan rambut Ringan Amaran, diwarnakan hitam
342 Mencabut bulu kening Ringan Amaran
343 Bersolek Ringan Dirampas
344 Membawa topi keledar ke dalam bilik darjah Ringan Dirampas

TINGKAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA JENIS TINDAKAN DISIPLIN
KOD KESALAHAN KESALAHAN

441 Berkeliaran / merayau di kawasan sekolah Ringan Amaran
442 Datang lewat ke sekolah
443 Lewat ke tapak perhimpunan Ringan Amaran
444 Makan di kantin di luar waktu rehat
445 Lewat pulang ke asrama Ringan Amaran
446 Tidur dalam kelas
447 Bermain dalam bilik darjah / kaki lima Ringan Amaran
448 Keluar kelas tanpa pas / surat kebenaran
449 Berada di kantin sebelum / selepas rehat Ringan Tidak berkaitan
450 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
Ringan Amaran
451 Masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan/kebenaran
452 Tidak membuat kerja rumah Ringan Amaran

Sederhana Amaran

Sederhana Amaran

Sederhana Amaran / Hubungi ibu
bapa

Sederhana Halau keluar

Ringan Amaran

16

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

453 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran Sederhana Amaran
454 Masuk tandas guru tanpa kebenaran Sederhana Amaran

TINGKAH LAKU YANG KURANG SOPAN DAN BIADAB JENIS TINDAKAN DISIPLIN
KOD KESALAHAN KESALAHAN

551 Berkelakuan kasar terhadap guru Berat Gantung / Buang sekolah
552 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
553 Berbahasa kasar terhadap murid Berat Gantung / Buang sekolah
554 Berbahasa kesat/kasar
555 Mengedar/menyimpan rokok/inhalan Berat Gantung / Buang sekolah

556 Menghisap rokok* Berat Gantung / Buang sekolah
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997)
Berat Amaran, Hubungi ibu
bapa

Berat Amaran, hubungi ibu
bapa
Kali per-1: rotan 1 kali
Kali ke-2: rotan 2 kali
Kali ke-3: rotan 3 kali
Kali ke-4: Gantung
Kali ke-5: Buang sekolah

557 Mengganggu pembelajaran dan pengajaran Ringan Amaran
558 Tidak menghormati / ingkar guru
Sederhana Amaran, hubungi ibu
559 Tidak menghormati pengawas bapa

560 Simpan / edar minuman keras / sebarang minuman Sederhana Amaran, hubungi ibu
yang memabukkan bapa

561 Menyimpan pemetik api / mancis Berat Dirampas, hubungi ibu
562 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama bapa

sekolah Berat Dirampas
563 Melanggar peraturan lalu lintas dalam kawasan
Berat Amaran / Gantung
sekolah
564 Makan dalam kelas Ringan Amaran
565 Makan / minum di luar kelas
566 Meminum sebarang minuman keras / yang Ringan Amaran
Ringan Amaran
memabukkan Berat Amaran, hubungi ibu
bapa

TINGKAH LAKU MUSNAH JENIS TINDAKAN DISIPLIN
KOD KESALAHAN KESALAHAN

661 Merosakkan harta benda sekolah Berat Rotan / Gantung / Buang
sekolah
662 Merosakkan harta benda pengetua / guru
Berat Rotan / Gantung / Buang
663 Merosakkan harta benda kantin sekolah sekolah

Berat Rotan / Gantung / Buang
sekolah

664 Merosakkan harta benda murid Berat Rotan / Gantung / Buang

17

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

665 Melakukan pembaziran air atau elektrik Sederhana sekolah
666 Menyalahgunakan peralatan elektrik Sederhana Amaran
667 Menconteng / Mengotorkan kawasan / bangunan Sederhana Amaran
Amaran
sekolah
668 Mengotorkan kelas Sederhana Amaran

TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR / MENIPU JENIS TINDAKAN DISIPLIN
KOD KESALAHAN KESALAHAN

771 Menipu yang melibatkan wang Sederhana Hubungi ibu bapa
772 Menipu yang melibatkan kepercayaan
773 Menipu semasa ujian / peperiksaan Sederhana Hubungi ibu bapa

774 Memalsukan keterangan / rekod rasmi Sederhana Ujian batal, hubungi ibu
bapa
PONTENG
KOD KESALAHAN Sederhana Hubungi ibu bapa

881 Ponteng kelas JENIS TINDAKAN DISIPLIN
882 Ponteng sekolah KESALAHAN

● 3 hari berturut-turut / 10 hari tidak Sederhana Amaran
berturut-turut
Sederhana Amaran Per-1 Bertulis
● 10 hari berturut-turut / 20 hari tidak
berturut-turut Sederhana Amaran Ke-2 Bertulis

● 17 hari berturut-turut / 40 hari tidak Sederhana Amaran Ke-3 Bertulis
berturut-turut
Sederhana Buang sekolah
● 31 hari berturut-turut / 60 hari tidak
berturut-turut Sederhana Amaran
Sederhana Amaran
883 Ponteng perhimpunan Sederhana Amaran
884 Ponteng aktiviti luar bilik darjah / kokurikulum Sederhana Amaran
885 Ponteng ujian Sederhana Hubungi ibu bapa
886 Ponteng peperiksaan
887 Ponteng untuk private tuition

18

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

PENGENDALIAN SALAH LAKU LEWAT HADIR KE SEKOLAH

BILANGAN DATANG LEWAT TINDAKAN
Kali per-1
Kali ke-4 ● amaran lisan

Kali ke-10 ● denda khidmat sosial
Kali ke-15 ● surat amaran
● sesi kaunseling
Kali ke-20
● panggil ibu bapa
Kali ke-25 ● surat perjanjian
● sesi kaunseling

● rotan 1 kali
● maklum ibu bapa
● sesi kaunseling

● rotan 2 kali
● maklum ibu bapa
● surat jaminan
● sesi kaunseling

● buang sekolah

19

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

20

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

21

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

22

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra
RUJUKAN & LAMPIRAN

23

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra
A. PANDUAN MENAMPAL LENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMA MURID

24

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

B. PANDUAN POTONGAN RAMBUT MURID LELAKI
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976)

Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah berambut panjang:

A. Di belakang: rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
B. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi
C. Di sisi kiri dan kanan: rambut menutup telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn

melebihi garisan tengah hidung
D. Di atas: rambut tidak kemas / kusut / tidak sesuai dengan status sebagai murid sekolah.
E. Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti rambut punk, diwarnakan, berekor, terjuntai di

hadapan dan memakai jel dengan niat berfesyen. Murid tidak dibenarkan menyimpan misai,
janggut atau berjambang.

25

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra
Contoh gaya rambut murid lelaki yang dilarang
C. PANDUAN RAMBUT DAN TUDUNG MURID PEREMPUAN

26

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

27

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra
SURAT PEKELILING IKHTISAS

RAMBUT DAN PAKAIAN MURID

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 : Potongan Rambut Murid-Murid
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1983 : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1985 : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1992 : Pemakaian Tudung / Mini Telekung Bagi Pelajar Perempuan
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1993 : Pakaian Seragam Sekolah
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1996 : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2020 Berpakaian
: Pemakaian Kasut dan Stokin Hitam atau Putih

TINDAKAN JENAYAH DAN TINGKAH LAKU SOSIAL

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1993 : Lapor kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 16/1998 : Menangani Gengster di Sekolah
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6A/1975 : Menghisap Rokok
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1975 : Salahguna Dadah
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986 : Penggunaan Inhalan
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 : Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat

Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah:
I. menjadi ahli dalam pertubuhan haram
II. membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat

III. memukul guru-guru
IV. mengancam guru-guru atau guru besar ataupun pengetua
V. melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan

Pejabat Pelajaran.
VI. menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah
VII. sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah
VIII. sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
IX. mencuri
X. mengancam murid-murid lain ancaman yang serius dan merbahaya
XI. menghisap rokok dan mengambil dadah
XII. berjudi
XIII. meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah
XIV. masih membantah hukuman guru sekalipun sudah 3 atau 4 amaran
XV. menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, guru besar atau

pengetua.
XVI. sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau

bilau dan perpecahan kaum
XVII. melanggar peratura-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara guru

besar atau pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat
7. Ordinan Pelajaran 1957
8. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959

28

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra
PERATURAN / TINDAKAN DISIPLIN
1. Surat Pekeliling ‘Profesional’ Kementerian Pelajaran Bil 6/1968
2. Surat Pekeliling ‘Profesional’ Kementerian Pelajaran Bil 8/1968
3. Tambahan kepada Surat Pekeliling ‘Profesional’ Kementerian Pelajaran Bil 6/1968 dan Bil 8/1968
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1972 : Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 : Disiplin di Sekolah; Peraturan-Peraturan Sekolah untuk

Murid-Murid
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983 : Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang

Melakukan Peraturan Salah laku Yang Tidak Dinyatakan
Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986 : Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah
8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1991 : Tatakelakuan Pelajar Ketika di Masjid
9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1995 : Menangani Masalah Ponteng di Sekolah
10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap
Pelajar-Pelajar Sekolah
11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah
12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009 : Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna
Telefon Bimbit oleh Murid di sekolah

Semakan tahun 2021

29

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUGRA
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, 42700 BANTING, SELANGOR

TEL : 03-3120 1808 FAX : 03-3120 3649

SURAT AKU JANJI DISIPLIN DAN BERKELAKUAN BAIK MURID

Saya (nama murid) : …………………………………………………………………………..

No. Pendaftaran Murid : …………………………………………………………………………..

Beralamat di : …………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………

bersetuju mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan
Jugra sepertimana yang termaktub dalam Peraturan Sekolah yang dinyatakan di bawah:

“Murid dilarang atau ditegah setiap masa daripada melakukan atau
terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan
atau dibuktikan sebagai kesalahan disiplin murid atau melanggar
Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah SMK Jugra. Pihak sekolah SMK Jugra melalui tatacara
pengadilan yang telah ditetapkan boleh mengenakan hukuman atau
dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang murid yang didapati
atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan
Peraturan Disiplin Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra”

Dengan ini, saya berjanji dan berikrar akan sentiasa berkelakuan baik dan mematuhi peraturan-peraturan
disiplin murid serta akur kepada hukuman dan dendaan yang ditetapkan oleh Unit Disiplin Sekolah.

Yang benar,

Murid, Saksi, Disahkan oleh,

……………………………. …………………………….…... ……………………………………....
(Tandatangan Murid) (Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga) (Tandatangan Guru Disiplin/Pengetua)
Nama: …………………….. Nama: ………………………….. Nama: ……………………………….
Tarikh: ………..…………... Tarikh: ………………………..... Tarikh: ……………………………….

30

Peraturan Disiplin Sekolah SMK Jugra

31


Click to View FlipBook Version