USUL-USUL & JAWAPAN USUL MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU KALI KE-18 & 19 (2023) SK BANDAR TASIK KESUMA BERANANG, SELANGOR. (NO. PENDAFTARAN SEL : 1049)
1 USUL-USUL YANG AKAN DIBINCANGKAN DI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 & 19 SK BANDAR TASIK KESUMA SESI 2023/2024 BIL USUL DAN CADANGAN PEMBAWA USUL 1 Mengusulkan agar mesyuarat bersetuju bahawa sebarang aktiviti atau program tahunan sekolah yang akan dilaksanakan yang memerlukan kutipan sumbangan daripada ibu bapa diterima dan sekiranya sumbangan bajet diperlukan daripada PIBG, perkara tersebut akan dibincangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. Pihak Sekolah 2 Mencadangkan agar setiap keluarga membuat sumbangan khas penyelenggaraan tandas sebanyak RM 10.00 setiap murid setahun untuk tujuan membaikpulih kerosakan yang berlaku bagi menjamin keselesaan anak-anak murid. Pihak Sekolah 3 Mencadangkan kutipan sumbangan PIBG kekal iaitu sebanyak RM70.00 untuk satu keluarga bagi sesi persekolahan Tahun 2023/2024. JUSTIFIKASI: Untuk makluman, keperluan kebajikan anak murid di sekolah, keperluan untuk menjalankan dan menggerakkan aktiviti serta melaksanakan program yang direncanakan perlukan dana dan kewangan. 2.1 Sumbangan PIBG termasuk Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kebajikan Murid. 2.2 Kami mengambil kira secara pukal RM 70.00 sekeluarga tidak kira berapa orang anak bersekolah disini. 2.3 Kami mohon pertimbangan hadirin meluluskan cadangan ini kerana mengambil kira bahawa setiap murid tidak terkecuali akan menerima nikmat dan faedah dari sumbangan ini. Jawatankuasa PIBG SKBTK 4 PROGRAM “THON” PIBG Mengusulkan supaya diadakan “Program Cyclothon” PIBG 2023/2024 yang dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun depan yang bertujuan mengumpul dana, dimana kutipan sumbangan dilakukan sepenuhnya oleh ibu bapa dan penjaga disamping dapat dapat memenuhi keperluan sekolah. JUSTIFIKASI: Sumbangan kewangan amat kurang menggalakkan waktu ini. Segala perancangan aktiviti Sekolah termasuk peningkatan kecemerlangan akademik mahupun ko-kurikulum perlu terus dilaksanakan dengan jayanya. Keselesaan pembelajaran murid dan pengajaran guru (PDP) perlu diutamakan juga. Infrastruktur dan prasarana Sekolah termasuk kelas dan kerusi meja banyak yang sudah uzur dan perlukan pembaikpulihan sepenuhnya, yang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sumbangan dan dana amat diperlukan dan kita alu-alukan. Oleh yang demikian untuk memudahkan saluran sumbangan, kami memohon persetujuan mesyuarat agar dapat dilaksanakan program ini. Kami mohon pertimbangan hadirin meluluskan cadangan ini kerana mengambil kira bahawa setiap murid tidak terkecuali akan menerima nikmat dan faedah dari sumbangan ini. Jawatankuasa PIBG SKBTK 5 5.1 PENTADBIRAN DAN KURIKULUM 5.1.1 Peruntukan waktu solat Zuhur dan Asar di sekolah untuk pelajar sesi petang. Untuk solat tiada lagi halangan daripada pihak cikgu tapi masa yang diambil telah merugikan pelajar yang hendak solat. Harap cadangan dari pihak sekolah Amir Mujahid Bin Mahhiyuddin (Amani Soffiya Binti Amir Mujahid – 2 Seroja)
2 5.1.2 Mewujudkan jadual/cara yang sistematik untuk murid solat zohor dan asar di sekolah terutamanya murid tahun 3. Ada murid tahun 3 yang telah mencapai akil baligh. JAWAPAN : Satu cadangan yang baik dan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian pihak sekolah. Siti Nadzrah Binti Mohd Fadzil (Ruwayda Binti Mohd Khalil - 2 Kenanga) 5.2 Pada zaman serba canggih dan teknologi sekarang, membolehkan cikgu atau para pendidik berkongsi lebih meluas aktiviti murid di kelas dan di sekolah. Sepertima mana contoh murid tahun 1 yang lepas, tiada khabar dan berita dari pihak sekolah dan guru. Bukan untuk dihebahkan pada orang ramai, tapi sekurangnya dapat berkongsi di dalam group whatsapp kelas anak2. Pastinya semua guru ada telefon pintar kan? Jadi apa lah salahnya di maklumkan khabar dan aktiviti seharian anak di dalam group. Cukup melalui gambar dan sepatah dua kata dari guru. Ibu bapa ingin bertanya guru secara personal pun ada jugak rasa segan. Dalam group whatsapp kelas juga tiada hubungan dua hala dari guru dan ibu bapa. Hanya guru sahaja yang boleh berkata2. Harap dapatlah di tambah baik. Ye, zaman dahulu tiada pun perlu update apa-apa. Tapi kita sekarang di zaman teknologi, seiring dengan pemodenan perkembangan pendidikan negara kita. Apa salahnya bina hubungan erat di dalam group whatsapp kelas. Di situ kita boleh ambil pendekatan yang lebih baik melalui hubungan para ibu bapa dan guru. Harap isu ini akan dipertimbangkan. Terima kasih JAWAPAN : Satu cadangan yang baik. Pihak ibu bapa boleh berbincang dengan guru kelas anak masing-masing. Namun demikian pihak sekolah dan guru terikat dengan peraturan berkomunikasi di dalam media massa. Pihak guru juga tertakluk kepada peraturan tidak memuatkan sebarang aktiviti di dalam bilik darjah bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan salahguna info di dalam group wasup. Nadia Mr (Dalia Emira – 1 Anggerik) 5.3 Berharap agar jadual waktu belajar dapat dikurangkan kepada 3 subjek sehari kerana murid terpaksa membawa beg yang berat. JAWAPAN : Berdasarkan laporan penyediaan jadual waktu sekolah, jawatankuasa jadual waktu sekolah telah merangka jadual yang seiring dengan kehendak dan saranan daripada pihak kementerian iaitu 4-5 mata pelajaran sehari bagi murid-murid Tahap 1 dan 5-6 mata pelajaran bagi Tahap 2. Mazniyatul Akmal Bt Mahmud (Arryan Hizrieq Bin Azrul Hisyam – 2 Angsana) 5.4 Saya mohon, guru mata pelajaran dapat masukkan latihan atau kerja rumah atau nota yang diberi kepada murid dimasukkan dlm group whatsapp supaya ibu bapa dapat memantau latihan anak-anak terutama anak2 sesi petang yang masih kecil. Kadangkadang anak2 tidak sempat salin apa yang ditulis guru dipapan putih. Terima kasih semua pendidik serta pibg SKBTK. Selamat Hari Guru. JAWAPAN : Perkara ini boleh dibincangkan oleh ibu bapa bersama dengan guru mata pelajaran anak masing-masing. Hamdzan Tahrin Bin Husin (El Zahra Adeline Hamdzan – 2 Seroja) 6 6.1 HAL EHWAL MURID Kuatkuasakan laluan sehala ketika waktu puncak. JAWAPAN : Telah sedia ada laluan sehala ketika waktu pagi dan petang. Mizila Binti Mohd Noor (Muhammad Muizzuddin Bin Azli – 6 Anggerik) 6.2 Mengadakan gotong-royong membersihkan longkang-longkang di sekitar sekolah & sekelliling luar sekolah. Ini boleh mengurangkan masalah banjir apabila hujan lebat. Menyediakan lebih banyak tong sampah supaya dapat memupuk budaya kebersihan dalam kalangan anak-anak. Hamba Allah – Tidak Hadir
3 JAWAPAN : Cadangan yang baik dan terdapat di dalam jadual perancangan Unit HEM. 6.3 Penempatan Kelas Tahun 1 : Mohon pertimbangan kelas tahun 1 ditempatkan di aras atau tingkat yang lebih rendah untuk mengelakkan kejadian seperti murid terjatuh di tangga (telah pun berlaku) dan juga mengurangkan beban murid. JAWAPAN : Pihak sekolah menghadapi kekangan bilangan kelas pada aras bawah. Hanya ada 3 kelas sahaja di aras bawah sekali dan memang kesemuannya adalah kelas Tahun 1. Mohd Norudin Bin Amir (Muhammad Ali Zidane – 1 Kesidang) 6.4 6.4.1 Usul mempertimbangkan tambahan kipas di dalam kelas. sedia maklum ada kos yang terlibat. Boleh dipertimbangkan memohon dana dari ibu bapa setiap kelas bagi yang berkemampuan. 6.4.2 Penambahan kipas dinding bagi setiap kelas ketika musim panas. Mohon pertimbangan guru. 6.4.3 Mengadakan lebih kipas terutama utk murid yang tempat duduknya bukan berdekatan kipas. JAWAPAN : Pihak sekolah sangat mengalu-alukan cadangan ini sekiranya ada ibu bapa yang ingin menyumbang. Mohd Norudin Bin Amir (Muhammad Ali Zidane – 1 Kesidang) Mohammad Aimi Bin Maikol Jamek (Auni Shopia - 1 Ixora) Zul Fadzli Bin Aziz (Azfar Zafraan - 2 Melati) 6.5 6.5.1 Waktu pulang ketika hujan murid tahap 1 , dibahagikan ke kantin dan gate b 6.5.2 Ketika musim hujan waktu balik sekolah, untuk sesi petang sangat sesak dan tak terkawal kerana bilangan pelajar yang bertambah ramai apabila semua pelajar tahun 1 hingga tahun 3 keluar 1 pintu kecik sahaja, saya cadangkan bina laluan berbumbung dari kantin ke pagar untuk anak2 tahun 2 & 3 boleh keluar mengikut pintu A walaupon waktu hujan ATAU pelajar tahun 2 & 3 diminta untuk menunggu ibubapa di kantin dan izinkan ibu atau bapa mengambil anak2 di kantin. JAWAPAN : Cadangan yang sangat baik selari dengan keinginan sekolah. Namun demikian terhalang ekoran tiada sebarang peruntukan. Sekiranya ada dana daripada mana-mana pihak maka pihak sekolah amat menghargainya. TERIMA KASIH. Norzainizam Binti Ab Talib (Amr Zaini Iskandar Bin Amran - 6 Angsana) Noor Suafiqah Bt Samsul Bahri (Nor Aleesya - 3 Melati) 6.6 Diminta kedai buku tidak menjual barang yang tidak sepatutnya, seperti mainan dan macam-macam lagi. JAWAPAN : Pihak sekolah telah membuat pemantauan dan mengingatkan pihak kedai buku untuk tidak menjual barangan yang tidak dibenarkan. Hasil daripada pemeriksaan pihak sekolah juga tidak pernah menemukan barangan yang dimaksudkan. Azrul Hisyam Bin Mohd Radzi (Afrish Hizrieq Bin Azrul Hisyam – 4 Melati) 6.7 Pemasangan CCTV di pintu masuk dan keluar sekolah. JAWAPAN : Cadangan yang baik namun tiada peruntukan. Pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan dalam apa bentuk sekalipun. TERIMA KASIH. Virgilla Jane Kumari A/P Bizikumarin (Thuwishaa Nadesan – 1 Dahlia)
4 6.8 Ketidak hadiran pelajar mohon cikgu kelas bagi kelonggaran dengan makluman melalui whatsapp tanpa surat tulisan tangan kerana memudahkan JAWAPAN : Makluman diterima tetapi sekiranya sakit perlu dikemukakan sijil cuti sakit dan sekiranya ketidakhadiran berpanjangan perlu surat rasmi. Hajah Ili Binti Yusof (Saidatul Ili Izzana Binti Mohd Shahrul Khairy – 4 Mawar) 6.9 6.9.1 Penyedian locker buku untuk murid tahun 1 6.9.2 Mewujudkan sistem sewaan loker untuk pelajar tahap 1, hasil sewaan boleh menambahkan pendapatan untuk tabung sekolah 6.9.3 Locker yang disewa diletakkan berhampiran dengan kelas (sekurang2nya satu blok yang sama), kerana ada pelajar yang terpaksa pergi ke blok lain untuk mengambil buku di locker. Saya juga memohon masa diberi kepada murid sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu balik bagi murid boleh ke locker mereka untuk menyimpan semula buku sebelum dilepaskan mereka untuk balik. Ini kerana mereka tidak sempat untuk menyimpan semula buku apabila koridor telah ramai murid yang beratur di hadapan kelas.. 6.9 4 Kemudahan di dalam kelas: i) Rak letak beg sekolah JAWAPAN : Untuk makluma, loker telah sedia ada yang berupa bantuan kerajaan dan sewaan di mana loker ini telah diletakkan di bahagian belakang atau luar kelas, bukan di blok lain. Manakala tiada ruang di dalam bilik darjah untuk dimasukkan rak atau almari. Mohamad Hafizi Bin Haliah (Muhammad Hadif Darwish Bin Mohamad Hafizi – 1 Anggerik) Muhammad Zulhafiz Bin Zahari (Dzul Zahrah Sofia Binti Muhammad Zulhafiz – 1 Angsana) Rozie Ezrina Binti Shuhimi (Darin Hafiza Binti Mohd Fairuz – 2 Anggerik) Zul Fadzli Bin Aziz (Azfar Zafraan - 2 Melati) 6.10 Membaik pulih dan keceriaan bilik darjah untuk keselesaan ketika belajar. susun atur bilik darjah bagi nampak luas dan selesa. JAWAPAN : Pihak sekolah sememangnya amat mengharapkan keadaan ini. Malangnya tanpa kerjasama/bantuan daripada pihak ibu bapa perkara ini agak sukar. Noor Fatihah Bin Mustapha (Mille Arya Binti Noor Fatihah – 1 Angsana) 6.11 6.11.1 Saya mencadangkan dibina laluan susur gajah di antara pintu keluar pagar B dan pondok menunggu sekolah Menengah, kerana pondok menunggu di SKBK tidak mampu menampung semua pelajar terutamanya ketika hujan. mereka akan berasak-asak untuk keluar dan berbasahan untuk lari ke pondok sekolah menengah kerana sudah tidak muat untuk menunggu di pondok SKTBK. 6.11.2 Parking bas sekolah dihadapan pondok menunggu di kawasan pagar B tidak mengganggu laluan kereta untuk lalu bagi kelancaran trafik. Kawasan bertanah sebelah parking bas sekolah dicadangkan diturap dan dibuat parking bas disitu. JAWAPAN : Cadangan yang baik dan akan dipertimbangkan. Rozie Ezrina Binti Shuhimi (Darin Hafiza Binti Mohd Fairuz – 2 Anggerik) 6.12 6.12.1 Lorong pick-up/drop-off pelajar di kawasan gate b perlu bebas dari sebarang jenis kenderaan meletak kenderaan. terutamanya bas/van sekolah. ini utk memastikan kelancaran aliran traffic sewaktu masa puncak. sering kali gangguan berlaku apabila terdapat kenderaan-kenderaan besar membuat parking yang lama Muhammad Nazrin Bin Ejahar (Adiwira - 4 Anggerik)
5 sementara menunggu pelajar keluar agak mengganggu situasi. 6.12.2 Perancangan sekolah bagi melancarkan trafik di laluan pintu pagar B, perebutan antara bas sekolah dan penjaga yang nak drop off. JAWAPAN : Hanya sikap perihatinan / kerjasama / tolak ansur pihak yang terlibat sahaja dapat mengatasi masalah ini kerana sememangnya kawasan sekolah sangat sempit. Mohd Afiq Bin Mustafa Kamal (Muhammad Fayyadh Aisy Darwisy - 5 Seroja) 6.13 Adakan water dispensor di kawasan sekolah. Untuk memastikan anak-anak mudah mendapatkan air minum yang bersih dan membantu mengurangkan beban beg sekolah anak-anak, lagi-lagi di musim cuaca panas melampau, air botol anak-anak cepat habis dan jika ada water dispensor anak-anak boleh mengisi air minum semula. JAWAPAN : Pihak sekolah telah menyediakan dua mesin penapis yang baharu. Mohd Shazwan Shazdee Wahab (Aryna Ai Nurhanna Shazdee - 1 Angsana) 6.14 6.14.1 Bagaimana pemantauan guru-guru semua subjek kepada murid - murid di dalam kelas & bagaimana guru membuat penilaian terhadap murid samada murid itu faham apa yang di ajar oleh guru di dalam kelas. Bagaimana ibu bapa boleh memantau anak-anak mereka di dalam kelas jika pihak sekolah tidak membenarkan ibu bapa ke kelas anak masing-masing? JAWAPAN: Kehadiran orang luar(bukan warga KPM) ke dalam institusi pendidikan/sekolah adalah tertakluk kepada pekeliling ikhtisas bil 8 2011(Isu keselamatan). 6.14.2 Kenapa pihak sekolah tidak membanteras isu-isu racist di dalam sekolah? bagaimana pihak sekolah ingin memantau perkara tersebut. 6.14.3 Kes-kes membuli di dalam sekolah, bagaimana pihak sekolah memantau perkara ini? 6.14.4 Saya harap, item yang saya usulkan pihak sekolah dapat jelaskan kepada saya masa pibg nanti atau saya akan datang bersemuka dengan pihak sekolah untuk membincangkan perkara yang saya usulkan kepada pihak sekolah. JAWAPAN: Pihak tuan/puan boleh membuat laporan/aduan kepada pihak sekolah jika benar adanya isu yang dinyatakan. Aisha Mohd Khan (Ali Zayyan – 3 Anggerik) Aisha Mohd Khan (Ali Zayyan – 3 Anggerik) 6.15 6.15.1 Mengurangkan @ tidak menjual makanan segera di kantin sekolah seperti nugget, kentang goreng, bebola dan sebagainya. Selain di rumah,di sekolah juga perlu adanya kesedaran untuk mengajar anak-anak makan makanan sihat, harap pihak sekolah sedikit peka dan mengambil berat isu makanan murid agar mereka kekal sihat. Tambahan pula di luar sekolah sudah banyak menjual makanan segera, jajan- jajan. JAWAPAN: Memang tiada jualan jenis makanan di atas. Kentang goreng yang dijual adalah yang diparut sendiri oleh pihak kantin. Jawantankuasa kantin sentiasa memantau akan hal ini. Setakat ini pengusaha kantin akur dengan arahan jenis makanan yang dibenarkan. 6.15.2 Menggalakkan cashless di sekolah seperti pembelian makanan di kantin. JAWAPAN : Cadangan yang baik dan akan dilaksanakan jika ada kesesuaian caranya. Nadyea Bt Mohamad Johar (Nurin Ayu Salsabila – 4 Ixora) Mohd Afiq Bin Mustafa Kamal (Muhammad Fayyadh Aisy Darwisy - 5 Seroja)
6 6.16 Mengekalkan pemakaian fleksibel pada bila-bila masa (uniform atau baju sukan) JAWAPAN : Kebenaran berpakaian di sekolah adalah tertakluk kepada pekeliling ikhtisan bilangan 6/1993. Sebarang arahan adalah dikeluarkan oleh pihak KPM dan sekolah tiada bidang kuasa untuk memberi kelonggaran dalam hal ini. Zul Fadzli Bin Aziz (Azfar Zafraan - 2 Melati) 6.17 Disiplin pelajar dan ambil berat guru terhadap isu ini. JAWAPAN : Isu disiplin telah diambil perhatian dan pihak sekolah telah merancang program berkaitan perkara ini. Rozaire Bin Abd Aziz (Muhammad Qalesh Izz Haqq - 6 Dahlia) 7 7.1 SUMBANGAN PIBG Memandangkan peruntukkan dari kerajaan dan pibg agak terhad, saya cadangkan setiap kelas menubuhkan tabung sedekah Jumaat (tiada paksaan utk ibu bapa yang tidak mampu, seikhlas hati tidak perlu tetapkan amaun) untuk kelas masing-masing. Setiap hari Jumaat, mungkin guru kelas boleh masukkan qr code akaun ke dalam group whatsapp bagi memudahkan sedekah dibuat. Sumbangan ini boleh digunakan bagi tujuan penambahbaikan kelas masing-masing. Contoh, boleh tambah pemasangan kipas-kipas dinding, almari simpan buku dan sebagainya. Mungkin kos agak besar dan tak dapat untuk selesaikan dalam masa terdekat, tetapi jika sumbangan ini berterusan, ia mungkin dapat menyelesaikan beberapa masalah pada masa akan datang. JAWAPAN : Cadangan yang sangat baik dan akan dilaksanakan. Hamdzan Tahrin Bin Husin (El Zahra Adeline Hamdzan – 2 Seroja) 7.2 Yuran tahunan pibg JAWAPAN : Tidak jelas, namun berkenaan dengan sumbangan tahunan PIBG ada diusulkan pada usul nombor 3 di atas oleh Jawatankuasa PIBG untuk persetujuan mesyuarat pada hari kejadian. Muhamad Zul Bin Abdul Razak (Muhamad Luqman - 2 Mawar) 8 KESIMPULAN : Kami PiBG dan Pihak sekolah amat mengalu-alukan semua pembawa usul terutamanya untuk tampil membantu dan sila beritahu kami untuk perlaksanaannya setiap usul yang disalurkan. Ini termasuk mereka yang berkemahiran dalam beberapa kategori; IT, Multimedia, Pertukangan, Seni, Sukan dan sebagainya tampil membantu dan sila beritahu kami untuk perlaksanaannya.