Menyelusuri Jejak 2024 Magazine Nationhood Kearifan Tempatan Kumpulan F
PAGI-PAGI PERGI KE LADANG, BUAT MENYEMAI SI BENI PADI, TINGGI TINGGI SI GUNUNG LEDANG, TINGGI LAGI HARAPAN DI HATI Pantun pembuka bicara ______ DARI MANA PUNAI MELAYANG, DARI SAWAH TURUN KE PADI, DARI MANA DATANGNYA SAYANG , DARI MATA TERUS KE HATI . DARI MANA HENDAK KE MANA, TINGGI RUMPUT DARIPADA PADI, BULAN BILA, TAHUN BERAPA, DAPAT KITA BERJUMPA LAGI?
KAMI ADALAH SI TUKANG TANAM PADI, MENYEBAR BENIH PADA LAHAN YANG SUBUR, MERAWATNYA DENGAN MEMBERI PUPUK KANDANG, MENGAIRI SAWAH AGAR TAK KEKERINGAN. Puisi dari si tukang padi
ISI KANDUNGAN
PENULIS NURUL NUR FATIN NATASHA BINTI RAZALI (301104) MUHAMMAD SYAHMIE BIN ZUL (298072) ADAM HAKIM BIN NORAZAM (298105) AMIRUL HAKIMI BIN ROSLAN (298194) PUTERI BALQIS HANNANI BINTI MOHD NUR (301072) DALILA SUMAIYAH BINTI MOHD ARSHAD (301134) SITI NURFAZIRA BINTI RAHMAN (301150) DANISH AQASHAH AHSAN BIN MUHAMAD (301121) NOR SHAMILA BINTI ISMAWADI (301179) A’ISYAH AJLAA BINTI JAHARLUDIN (301243) 1
Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia bermula pada abad ke-10 di kawasan Sungai Muda dan Sungai Merbok (Kedah-Perlis), serta di lembah sungai di Kelantan dan Terengganu. Terdapat dua bentuk padi iaitu padi menghulu dan padi tugalan. Seterusnya , sistem penanaman padi kebiasaanya dibuat secara tradisional atau moden . Pada era globalisasi ini, petani banyak menggunakan kaedah secara mekanikal/moden bagi memudahkan kerja mereka sekaligus mempercepatkan masa bekerja. Kebiasaaannya , penanaman padi berlaku secara dua hingga tiga kali dalam setahun mengikut keadaan persekitaran . Terdapat dua musim penanaman padi iaitu musim luar dan musim utama. Petani akan memanfaatkan cuaca yang membolehkan penanaman padi pada musimgugur atau musim padi. Oleh itu, penghasilan padi amat penting pada manusia kerana padi adalah sumber makanan harian manusia . Akhir kata , semestinya diharapkan bahawa warisan penanaman padi ini dapat dipelihara sehingga generasi akan datang. 2
Selamat sejahtera,bersyukur kerana dengan izin kurnia-Nya dapat juga kami menyempurnakan tugasan kerja lampangan ini iaitu e-magazine yang bertajuk Menyelusuri Jejak Sawah Padi . Sepanjang menyempurnakan kajian lapangan ini , kami telah memperoleh pelbagai pengalaman serta ilmu pengetahuan yang sangat mendalam mengenai asal usul tentang sawah padi. Ucapan ini ditujukan kepada semua ahli kumpulan yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan saling membantu dalam menyempurnakan e-magazine ini. Segala usaha yang telah dicurahkan amat kami hargai. Kami berharap agar segala pengetahuan yang terkandung dalam e-magazine ini dapat disampaikan dengan baik kepada para pembaca. Terima kasih. Selain itu, kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Rusnisuri binti Abdul Rashid dalam membimbing serta memberi padangan beliau dalam menjayakan e-magazine ini . 3
NNeeggeerrii JJeellaappaanngg PPaaddii KEDAH pada abad ke20 “ negeri jelapang padi” SejarahPenanamanPadi Kedah mempunyai sejarah panjangdalam penanaman padi, yangbermula sejak zaman Kesultanan Kedah.Pertanian padi telah menjadi tulang belakangekonomi negeri ini untuk berabad-abad lamanya KawasanSawahPadiyangLuas: Kedah memiliki kawasan sawah padi yangsangat luas, terutamanya di daerah-daerah seperti KotaSetar, Pendang, dan KubangPasu. Penanaman padi di kawasan ini sangat sesuai kerana tanahnya yang subur serta kelembapan yang mencukupi bagi pertumbuhan padi . InfrastrukturPengairanyangBaik Sistem pengairan yangbaik di Kedah, termasuk empangan dan tali air, menyokongpenanaman padi dengan menyediakan sumber air yang mencukupi untuk sawah-sawah padi.Ini memastikan hasil padi yangkonsisten dan berkualiti tinggi. Tanahpamahyang mempunyai rupa bumiyangagakratadigunakan untukpenanamanpadi Sumber Kajian : Jabatan Pertanian Malaysia Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA): , 4
Padi diperkenalkan oleh puak Deutro-Malays ke Malaysia pada tahun 1599 sebelum Masihi ketika mereka berhijrah dari Yunan ke rantau ini. Sejak itu, penanaman padi mula tersebar ke benua Eropah dan negara-negara barat. Di Malaysia, penanaman padi telah berkembang pesat, terutama di negeri-negeri sepertiPerlis, Kelantan, Terengganu, dan Kedah, yang merupakan kawasan penanaman padi yang paling luas di negara ini. Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia bermula pada abad ke-10 di Sungai Muda, Sungai Merbok (Kedah-Perlis) dan kawasan lembah sungai di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisinya tanaman padi di tanam sekali setahun. (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, 2020). Penanaman padi dua kali setahun mula diperkenalkan pada awal tahun 50an apabila varieti baru yang tempoh matang lebih pendek mula diperkenalkan. Dengan kemajuan teknologi penyelidikan, beberapa varieti baru yang mempunyai potensi hasil yang tinggi terus diperkenalkan untuk tujuan penanaman (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, 2020). Antara inisiatif penting ialah penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 1970 di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1). MADA bertanggungjawab membangunkan Rancangan Pengairan Muda (RPM) yang merangkumi keluasan 96,558 hektar di empat wilayah di Perlis dan Kedah. Projek ini dibiayai sebahagiannya oleh Bank Dunia dan kerajaan Malaysia (Wan Mansor, 2020) 5
Istilah T ugalan merujuk kepada teknik menanama padi dengan membuat lubang pada tanah sawah dan memasukkan benih atau anak padi ke dalam lubang tersebut. Fasa ini penting untuk memastikan padi tumbuh dengan subur & menghasilkan buah yang banyak . Tugalan membantu dalam memastikan benih padi ditanam pada kedalaman yang tepat. Kedalaman yang konsisten ini penting untuk memastikan benih mendapat cukup air dan nutrien dari tanah, serta terlindung dari ancaman haiwan lain. Dengan teknik ini, petani dapat mengatur jarak antara satu tanaman dengan yang lain, dan seterusnya membantu dalam penanaman dan pengendalian padi. Jarak yang sesuai juga dapat memastikan setiap tanaman padi mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh, mengurangkan persaingan untuk mendapat sumber seperti air dan cahaya matahari. Tugalan juga memainkan konsep pertanian berasaskan komuniti. Dalam komuniti masyarakat tradisional, proses menanam padi dengan tugalan sering dilakukan secara bergotong-royong, di mana anggota komuniti berkumpul dan bekerja bersama-sama. Ini bukan sahaja dapat mempercepatkan proses penanaman tetapi juga mengeratkan hubungan sesama petani dan mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat tradisional. Tugalan mungkin sukar dilakukan dalam keadaan tertentu seperti tanah yang sangat kering atau berbatu dan ia tidak memberikan hasil yang optimum serta menjadikan jarak tanaman tidak serata. Tugalan adalah teknik penanaman padi yang tradisional tetapi tetap relevan dan efektif sehingga kini. 6
Istilah M enghulu merujuk kepada teknik penanaman padi yang berorientasikan pertanian basah, di mana anak benih padi ditanam dengan tangkai daunnya menghadap ke hulu sungai atau saluran air. Ini bertujuan untuk memastikan aliran air merata ke seluruh kawasan sawah. Proses menghulu padi dijalankan dengan memilih beberapa pokok padi yang tumbuh subur dan sihat di tengah-tengah tanah. Pokok padi yang terpilih kemudiannya diberi penjagaan khas, seperti baja tambahan dan penyiraman yang lebih intensif, bagi memastikan pertumbuhan optimum. Apabila tiba musim menuai, pokok-pokok ini dituai terakhir selepas semua pokok lain dituai, supaya hasil tanaman utama dapat ditingkatkan. Menghulu padi memerlukan lebih banyak tenaga kerja dan usaha tambahan berbanding kaedah penuaian biasa. Proses ini melibatkan pemantauan dan penjagaan tambahan untuk pokok padi yang dipilih sebagai padi hulu, seperti pembajaan tambahan dan penyiraman yang lebih intensif. Di samping itu, apabila musim menuai tiba, pokok hulu ini mesti dituai secara manual dengan berhati-hati untuk memastikan hasil tuaian yang maksimum. Oleh itu, menghulu padi memerlukan lebih tenaga manusia. Kebanyakan peralatan yang digunakan untuk menghulu padi adalah peralatan pertanian standard, seperti cangkul, sabit, atau pun alat penyiraman manual. Namun, kadangkala petani juga menggunakan alat tambahan seperti pam air untuk penyiraman yang lebih cekap atau alat pembajaan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, dalam banyak kes, buruh manusia masih menjadi komponen utama dalam aktiviti menghulu padi. Sumber Kajian : Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 7
TEMPOH BERLAKU Penanaman padi di kawasan Pantai Timur seperti di negeri Terengganu, Pahang, dan Kelantan tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan penanaman padi di kawasan Pantai Barat. Lazimnya, musim padi telah ditentukan oleh hujan. Walau bagaimanapun, kawasan tanaman padi di Pantai Timur lebih mencabar disebabkan oleh cerun yang banyak serta topografi yang tidak rata menyebabkan kesukaran dalam pengairan untuk padi. Padi biasanya ditanam di permukaan yang rata dan di tanah yang luas. Oleh itu, kawasan penanaman padi dikenali dengan pelbagai nama bergantung pada lokasinya. Sebagai contoh, bendang di utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak), sawah di selatan (Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor), paya di Pahang, dan baroh di Kelantan serta Terengganu. BERAPA KALI PENANAMAN PADI BERLAKU? Penanaman padi boleh dilakukan dua hingga tiga kali dalam setahun mengikut keadaan persekitaran PENANAMAN PADI ADALAH TANAMAN SEMUSIM Iklim Tropika: Banyak negara yang mempunyai iklim tropika, termasuk Malaysia dan Indonesia, cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun membolehkan padi ditanam lebih dari satu kali setahun. Suhu yang stabil dan kelembapan yang tinggi adalah kondisi yang ideal untuk pertumbuhan padi. Pengairan yang Efektif: Sistem pengairan yang baik memainkan peranan penting dalam penanaman padi. Negara-negara yang memiliki sistem pengairan yang teratur dan cekap dapat mendukung pertanian padi dua kali atau lebih setahun. Sumber air yang berterusan memungkinkan petani untuk menyiram tanaman padi mereka secara efisien tanpa tergantung pada musim hujan. Sumber Kajian : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 8
BERAPA MUSIM PENANAMAN PADI ? Penanaman padi dua kali setahun mula diperkenalkan pada awal tahun 50an PENANAMAN PADI ADA MUSIM TERSENDIRI Musim ○ Berlangsung dari Mac hingga Julai. ○ Bekalan air utama diperoleh dari pengepangan sungai. ○ Ancaman utama adalah kemarau. ○ Berlangsung dari Ogos hingga Februari. ○ Padi ditanam dalam tiga fasa yang berbeza: ■Fasapertamabermulapada15Septemberdanberakhirpada15Oktober. ■Fasakeduabermulapada25Septemberdanberakhirpada25Oktober. ■Fasaketigabermulapada5Oktober&berakhirpada4November. Sesetengah golongan petani mungkin memanfaatkan cuaca yang membolehkan penanaman padi pada musim gugur atau musim semi. Di beberapa kawasan dengan iklim subtropis atau tropika, seperti di bahagian selatan Malaysia, petani mungkin dapat menanam padi lebih dari sekali dalam setahun kerana adanya dua musim yang berbeza secara relatif. 9
Pesawah padi tradisional mula mengerjakan sawah mereka apabila tibanya musim hujan . Menjelang musim ini mereka sibuk menyiapkan peralatan bersawah di samping memastikan sawah mereka ditangkungi air secukupnya . Pembadai Pembadai biasanya digunakan dalam proses penyediaan tapak (petak) semaian. Penelitian yang teliti & rapi dalam penyedian tapak sawah perlu dilaksanakan bagi memastikan tanahnya benar-benar lembut dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air. Pembadai berfungsi untuk meratakan dan melicinkan permukaan tanah . Bakul lau Benih padi yang dipilih direndam dalam air selama 3 hari 3 malam. Kemudian, benih diangkat dan dikeringkan dalam bakul yang jarang disebut iaitu "bakul lau, " lalu ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam untuk percambahan. Setelah bercambah, benih ditaburkan ke dalam petak semaian dan dibiarkan tumbuh menjadi anak padi selama 30 hingga 44 hari, biasanya selama 44 hari. 10
Penyisir Anak padi (semai) yang sudah mencapai tempoh umur yang sesuai akan dicabut dan dijadikan " cap " atau " unti" (ketul). Proses menyemai anak padi lazimnya dilakukan secara gotong royong oleh kaum wanita. Tenggala Kayu halban dipilih dalam pembuatan Tenggala kerana sifat kayunya mudah dibentuk . Dalam menjalankan kerja ini , tenaga lembu atau kerbau sering digunakan untuk membalik - balikkan tanah sawah menggunakan alat tenggala . Setelah proses membajak selesai, penyisir digunakan untuk menghaluskan, meratakan, dan memecahkan ketulan tanah sekaligus membersihkannya daripada rumput rampai. Semai Kuku kambing Kuku kambing digunakan dalam menyemai anak padi secara tekap sebanyak empat hingga lima jalur . Sumber Kajian : Traditional Agricultural Tools in Southeast Asia (buku) 11
Musim menuai berlaku selepas musim bersawah. Musim ini dikenali sebagai musim mengerat atau mengiau, yang kebiasaannya terjadi pada musim kemarau. Renggam Dalam kaedah mengetam , tangkai padi yang telah masak akan dipotong menggunakan alat renggan , kemudian dijadikan gemai (gemal) padi . Pisau mengerat Kaedah mengerat dilakukan dengan menggunakan pisau mengerat. Batang pokok padi yang telah dikerat kemudiannya dihimpun untuk dijadikan "kedap " 12
Pisau pengiau Mengiau padi adalah kaedah yang dilaksanakan menggunakan " pisau pengiau " untuk memotong tangkai (tengkok) pokok padi. Kaedah ini selalunya dilakukan pada pokok padi yang telah rebah . Mengirik padi Setelah selesainya kerja-kerja mengetam dan mengiau padi , proses mengirik padi akan dijalankan bertujuan untuk meleraikan buah padi daripada tangkainya . Selalunya dilakukan dari malam sehingga siang hari secara bergotong royong. “ Keindahan dan keagungan hasilnya,terbentang luas seperti hamparan zamrud yang hidup dan bernafas, adalah bukti nyata kehebatan manusia dalam mencipta keajaiban dari setiap titisan keringat dan butirtanah. ” “ Keindahan dan keagungan hasilnya,terbentang luas seperti hamparan zamrud yang hidup dan bernafas, adalah bukti nyata kehebatan manusia dalam mencipta keajaiban dari setiap titisan keringat dan butirtanah. ” Sumber Kajian : "Traditional Agriculture and Rural Development in Malaysia" oleh Ishak Shari. 13
MODEN Penanaman Padi secara Dalam era globalisasi ini, kemajuan teknologi telah mengubah cara penanaman padi secara signifikan. Pelbagai alatan moden digunakan bagi menghasilkan penanaman padi . Dron merupakan peralatan teknologi canggih yang dibawa masuk ke negara kita oleh MADA .Dron mempunyai tiga fungsi utama: menabur benih padi, meracun, dan membaja. Selain itu, dron turut membantu mengenal pasti punca dan serangan penyakit padi lebih awal melalui sistem pengesanan yang menggunakan kamera inframerah. Mesin jentuai padi telah direka khas untuk pengambilan padi dengan kecekapan tinggi. Namun, dengan sedikit penyesuaian, mesin ini juga dapat diubah suai dalam pengambilan jagung. Dengan mengganti kit seperti meja pemotong dan gelendong pelerai, mesin ini dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis tanaman yang ingin dihasilkan. Traktor sawah membantu dalam pengolahan tanah secara lebih mendalam dan merata, memastikan tanah sedia untuk penanaman dengan lebih efisien dan produktif. 14
Penggunaan racun dalam menghasilkan penanaman padi sangat penting bagi menghasilkan padi yang berkualiti . Vitamin/baja foliar membantu tanaman menyerap nutrien dengan lebih efisien melalui daun, yang boleh mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan kesihatan tanaman secara keseluruhan sekaligus menghasilkan butir padi yang berkualiti . Racun serangga / lambda-cyhalothrin adalah racun yang mengandungi bahan kimia bagi mengawal serta membunuh serangga perosak yang boleh merosakkan tanaman padi . Bukan itu sahaja , malah untuk memastikan tanaman padi dapat tumbuh tanpa gangguan serta menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat dan kuat . 15
Padi telah menghasilkan pelbagai jenis beras seperti beras basmati hasil daripada padi wangi , beras hitam hasil daripada padi hitam . Jenis beras ini mempunyai kegunaan tersendiri dalam menghasilkan makanan . Beras juga boleh menghasilkan kuih yang mempunyai cita rasa dan keunikan tersendiri . Sebagai contoh , kuih bunga pudak yang menjadi kegemaran orang dahulu . Malah , rempeyek , kuih bunga ros , karas , kuih beras masih menjadi kegemaran orang dahulu hingga generasi sekarang apabila datangnya musim perayaan . 16 Sumber Kajian : "Temu bual kakitangan Muzium Padi”
kegunaan Jerami merupakan hasil sampingan daripada tanaman padi yang berbentuk batang, daun, dan tangkai setelah biji-bijian dipisahkan selepas menuai. Jerami padi selalunya dibakar, tetapi ada segelintir petani yang memanfaatkannya dengan menjadikannya produk pembungkusan biodegradasi yang bernilai tinggi. Di Malaysia, usaha ini tidak hanya meningkatkan nilai ekonomi jerami padi tetapi juga menggalakkan kelestarian alam sekitar dan kemajuan teknologi hijau negara. 17 Sumber Kajian : "Temu bual kakitangan Muzium Padi”
Tuntasnya,sawah padi merupakan salah satu aktiviti pertanian yang dilakukan oleh banyak negara terutamanya di beasia.Oleh itu, inovasi teknologi dalam pertanian padi sangat penting untuk meningkatkan hasil dan kelestarian sawah padi.Inovasi teknologi dan kaedah ini memainkan peranan penting dalam menjaga sawah padi agar menghasilkan padi yang berkualiti serta mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar, dan memastikan kelestarian pertanian padi di masa hadapan.Dengan ini dapat membangun dan menggunakan teknologi baharu, hal ini demikian terdapat juga cabaran seperti perubahan iklim, dan masalah kesuburan tanah dapat diatasi dengan lebih berkesan. 18 Diharapkan , semoga bangsa kita sentiasa memupuk rasa bangga dalam kalangan masyarakat terhadap warisan pertanian padi dan kepentingannya dalam sejarah dan budaya negara serta memastikan warisan ini terus dipelihara untuk generasi akan datang .
lampiran Gambar gambar ini diambil sewaktu kami menjalankan kajian lapangan di Muzium Padi & Muzium Negeri Kedah 19
lampiran Gambar gambar ini diambil sewaktu kami menjalankan kajian lapangan di Muzium Padi & Muzium Negeri Kedah 20
lampiran Gambar gambar ini diambil sewaktu kami menjalankan kajian lapangan di Muzium Padi & Muzium Negeri Kedah 21
Rujukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. (2020, February 24). Padi. Portal.myagro.moa.gov.my. http://portal.myagro.moa.gov.my/ms/doa/paddy/Pages/default.aspx 1. 2. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. (2020). Keringat - Riwayat Pendahulu Negara. Museum.bnm.gov.my. https://museum.bnm.gov.my/forefathers/Pertanian.html 3.MANSOR, W. M. N. H. W. (2020, June 30). MADA peneraju industri padi Malaysia. Sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/90039/berita/nasional/mada-peneraju-industri-padi-malaysia 4. Tanam Padi | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved May 28, 2024, from https://www.scribd.com/doc/7243456/Tanam-Padi 5. Keringat - Riwayat Pendahulu Negara. (n.d.). Museum.bnm.gov.my. https://museum.bnm.gov.my/forefathers/Pertanian.html 6. Anem, M. (2023, July 8). Anim Agro Technology: KEGUNAAN JERAMI PADI. Anim Agro Technology. http://animhosnan.blogspot.com/2023/07/kegunaan-jerami-padi.html?m=1 7. Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah - Sistem Penanaman Padi Cara Tradisional Di Kedah. (n.d.). Memori-Kedah.com. Retrieved May 28, 2024, https://memori-kedah.com/page_pengenalan.php? p=2&idstopic=50&idskandungan=224&mtopic=6 8. Media, K. C. (2022, August 22). Umur Tanaman Padi Siap Panen dan Cara Memanennya. KOMPAS.com. https://agri.kompas.com/read/2022/08/22/195000484/umur-tanaman-padi-siap-panen-dan-caramemanennya#:~:text=Sebagai%20tanaman%20semusim%2C%20umur%20tanaman%20padi%20lebih%20sing22 Rujukan internet Rujukan Buku Marten, G. G. (Ed.). (1986). Traditional agriculture in Southeast Asia: A human ecology perspective. Westview Press. 1. 2. Ibrahim, N. (2013). Kedah Darul Aman.Negeri Kedah Jelapang Padi. K Publishing Sdn. Bhd. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2003–2024). Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Shari, I. (1991). Traditional agriculture and rural development in Malaysia. Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia.