The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myinovasi.pbu, 2021-09-23 12:10:53

NOTA TOPIK 1

PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA

TOPIK 1

PENGENALAN
PENGHAYATAN ETIKA

DAN PERADABAN
DALAM ACUAN

MALAYSIA

Pendahuluan

• Etika dan peradaban penting dalam
sesebuah masyarakat, namun tahap
penghayatannya berbeza dan
dipengaruhi oleh biografi masyarakat ,
perkembangan sejarah dan struktur
sosial

• Penghayatan etika dan peradaban di
Malaysia boleh dihuraikan dan difahami
mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan
susur masa evolusi sejarahnya, iaitu,
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial

• Pada era pra-kolonial, dalam wilayah
Alam Melayu, konsep ‘adab’ dan ‘adat’
(adat istiadat dan adat resam)
merupakan sebahagian daripada
bentuk etika ketika itu yang telah wujud
mendukung sistem nilai pemerintahan,
masyarakat tradisional serta peradaban.

• Seterusnya pada era kolonial Eropah ,
etika berciri moden diperkenal dan
dilaksanakan. Gabungan kedua-dua
bentuk etika, tradisional dan moden
tersebut, telah tergarap pada era
pascakolonial yang pula tersulam dalam
acuan Malaysia

Memahami Etika
(Pembentukan Berasas Susur

Masa)

Telah • Adab
ada • Adat istiadat
• Adat resam
Prakolonial
(Tradisional)

Datang

Kolonial • Etika
(Moden) • Etos
• Etiket

Bercampur Etika Moden
gaul (Adab, Adat
Istiadat, Adat
Pascakolonial Resam, Etika,
(Gabungan)
Etos, Etiket

KANDUNGAN 01 Pengenalan E&P

02
Susur masa E&P

03 Kerangka E&P
melalui ( sejarah,
struktur sosial dan
biografi)

04 Penghayatan E&P
mengikut peringkat
(individu,keluarga,
komuniti &
masyarakat

05 Penghayatan E&P
Mengikut Konteks
Masyarakat,
Negara & Pasaran

1. Pengenalan Etika Dan
Peradaban

• Etika dan peradaban penting dalam
sesebuah masyarakat supaya:

• Melahirkan masyarakat berkeperibadian
tinggi;

• Memupuk sikap saling menghormati
antara satu sama lain;

• Hidup harmoni dalam masyarakat
berbilang kaum dan agama;

• Membina negara bangsa

Definisi Adab

• [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua]
budi pekerti yg halus; tingkah laku yg
baik; budi bahasa.

• Kurang adab tidak tahu adat; kurang
sopan.

• Beradab = baik budi bahasanya; sopan:
Orang yg beradab tidak akan
meninggikan suara apabila berkata-
kata dgn ibu bapanya.

• Beradab = telah maju tingkat
kehidupannya. Peradaban sistem dan
tahap perkembangan sosial sesuatu
bangsa; kemajuan sosial dan
kebudayaan sesuatu bangsa.

Adat Resam

• [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua]
adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu
kaum (daerah dll). (Kamus Pelajar Edisi
Kedua).

• Contoh: adat resam berkaitan
perkahwinan – merisik, bertunang, majlis
perkahwinan dll. Adat kelahiran –
melenggang perut,cukur jambul
bertungku dll

Adat Istiadat

[Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua]
berbagai-bagai adat yang diikut.
Berbagai-bagai adat dan kebiasaan.
Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu
peristiwa (spt pertabalan, Berbagai-
bagai adat (peraturan) yang dituruti.

Etika

• Bahasa :prinsip moral atau nilai-nilai
akhlak (adat sopan santun dsb) yg
menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan manusia.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua).

• Sosiologi: satu standard menyeluruh
mengenai benar atau salah yang
menjelaskan apa yang sebenarnya
perlu dilakukan oleh manusia dalam
konteks apa yang benar,
tanggungjawab, manfaat kepada
masyarakat atau sifat baik.

Etos

• Bahasa : sifat ciri sesuatu bangsa,
budaya, era, dll: pelukis Malaysia boleh
menghasilkan karya yg benar-benar
mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~
masyarakat dan negara kita. (Kamus
Dewan Edisi Keempat).

• Sosiologi : Usaha membangunkan
bangsa berdasarkan latar individu,
keluarga dan komuniti berbagai serta
berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama,
budaya dan latar geografi melebihi
kesepakatan ciri asas negara atau
bangsa.

Etiket

• Etiket berasal dari perkataan Etiquette
yang bermaksud peraturan-peraturan
formal mengenai tingkah laku yang betul
dan sopan dalam masyarakat atau
dengan lebih mudah difahami budi
bahasa. ( kamus dwibahasa dari Dewan
Pustaka dan Oxford –Fajar )

2. Susur Masa Etika Dan
Peradaban Berdasarkan
Prakolonial, Kolonial Dan

Pascakolonial

Penghayatan etika dan peradaban di
Malaysia boleh dihuraikan dan difahami
mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan
susur masa evolusi sejarahnya, iaitu,
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial .

• Adab KOLONIAL • Etika Moden
• Adat • (Adab,Adat
• Etika
Resam • Etos Istiadat,Adat
• Adat • Etiket Resam, Etika,
Etos ,Etiket
Istiadat
PASCAKOLONIAL
PRAKOLONIAL

Susur Masa Etika

• Zaman negara ini belum dikenali
sebagai Malaysia dan belum dijajah.

• Etika telah terjelma dalam tingkah
laku serta kehidupan seharian, formal
atau tidak formal, disebut sebagai

PRAKOLONIAL adab, adat resam dan adat istiadat

KOLONIAL • Zaman negara kita dijajah

• Etika dibawa dalam bentuk
berpakaian, percakapan,
pentadbiran, ketuanan dll.

• Cara makan, memberi tabik hormat
dll

PASCA • Zaman Pascakolonial merupakan
KOLONIAL era moden

• Masyarakat telah menerima
variasi dan percampuran versi
etika secara langsung atau
melalui teknologi.

• Nilai etika bercampur baur ini
wujud dalam persekitaran formal
dan tidak formal kehidupan kita.

3. Kerangka Menganalisis
Etika & Peradaban Acuan
Malaysia Melalui sejarah,
struktur sosial dan biografi

(Riwayat)

Tahap penghayatan etika dan
peradaban adalah berbeza dan
dipengaruhi oleh perkembangan sejarah,
struktur sosial dan biografi masyarakat
berkenaan

i. Sejarah – siapa kita hari ini, dimana
kita lahir , dari mana asal kita

ii. Struktur sosial – struktur sosial
tradisional / struktur sosial moden

iii. Biografi masyarakat - riwayat atau
kisah hidup seseorang.

Sejarah, Struktur Sosial &
Biografi

SEJARAH • Dalam konteks ilmu
sosiologi, sejarah ialah
himpunan peristiwa dan
pengalaman lalu yang
saling berkait melibatkan
individu, keluarga dan
komuniti dalam
masyarakat.

STRUKTUR • Dari segi bahasa ialah
SOSIAL sistem sosial.

BIOGRAFI • Manakala dari segi
sosiologi adalah
hubungan yang dibina
dan terjalin dalam
sesebuah masyarakat
yang berfungsi untuk
menggerakkan dinamika
masyarakat.

• Dari segi bahasa ialah
riwayat atau kisah hidup
seseorang. Dari segi
sosiologi biografi adalah
fenomena struktur sosial
dan proses sejarah yang
mencorakkan pengalaman
individu, keluarga, komuniti
dalam masyarakat dan
sebaliknya, boleh pula
mencorakkan struktur sosial
dan proses sejarah.

4. Penghayatan Etika &
Peradaban Mengikut Peringkat
– Individu, Keluarga, Komuniti,
& Masyarakat (Lokal & Global)

• Individu, Keluarga dan Komuniti adalah
struktur sosial asas sebuah masyarakat.

• Kita boleh meneliti etika yang telah
terbina dalam diri kita, etika dalam
keluarga kita dan etika dalam komuniti
(tempat tinggal, tempat belajar dan
tempat kerja kita).

• Apakah etika yang baik? Apakah etika
yang tidak baik?

• Individu, Keluarga dan Komuniti yang
beretika sudah pasti mewarnai
peradaban Malaysia yang baik.

• Etika yang tidak baik - perlu ditolak oleh
masyarakat kerana yang memusnahkan
peradaban kita dalam jangka panjang.

5. Penghayatan Etika &
Peradaban Mengikut Konteks

Masyarakat, Negara &
Pasaran

• Biografi negara kita akhirnya akan dilihat
berdasarkan faktor masyarakat, negara
dan pasaran.

• Biografi masyarakat yang beretika dan
mempunyai peradaban yang baik akan
membentuk dan meletakkan negara
dalam kedudukan yang baik serta
dihormati.

• Bagus sebuah negara adalah kerana
keadaan masyarakatnya mempunyai
peradaban tinggi yang mencorak
pemerintahan dan kehidupan yang
hebat sekarang dan untuk masa depan.

• Biografi negara yang baik akan
membolehkan hal perekonomian
melibatkan pasaran berkembang pesat.

Kesimpulan

• Konsep etika dan peradaban perlu
dihayati melalui kerangka pemikiran
acuan Malaysia agar kekuatan nilai
keperibadian dalam norma masyarakat
berdiri utuh sekaligus mampu
mendepani cabaran kehidupan yang
semakin kompleks.

• Matlamat ke arah pembinaan negara
bangsa yang hebat dapat dibentuk
dan dicapai dan akhirnya membawa
kepada matlamat akhir yang diidamkan
iaitu perpaduan.

SUMBER :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO
MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)


Click to View FlipBook Version