The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH SK SUNGAI STUTONG TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PETRUS AK SIMEON ENCHALANG KPM-Guru, 2023-10-30 06:02:03

BUKU PROGRAM

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH SK SUNGAI STUTONG TAHUN 2023

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 TARIKH : 31 OKTOBER 2023 TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN


ARAHAN PENTADBIRAN PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKINAN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023 1. Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Tahun 2023 dilancarkan serentak di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. 2. Pelancaran di peringkat negeri : * JPN perlu mengenalpasti sebuah sekolah untuk pelancaran di peringkat negeri. 3. Pelancaran di peringkat daerah : * PPD perlu mengenalpasti sebuah sekolah untuk pelancaran di peringkat daerah. 4. Pelancaran di peringkat sekolah : * Diadakan di lokasi yang bersesuaian di di dalam kawasan sekolah.


SASARAN PESERTA Semua murid dan guru sekolah TATACARA PELAKSANAAN 1. Pegawai JPN / PPD dan PPS perlu hadir ke setiap sekolah semasa pelancaran. 2. Pegawai JPN / PPD membaca teks ucapan yang akan disediakan kepada semua sekolah termasuk teks doa melalui JPN masing-masing setelah mendapat kelulusan. 3. Wakil JPN / PPD / PGB sebagai perasmi KPM akan membaca teks ucapan YB Menteri Pendidikan yang disediakan oleh KPM. 4. Wakil PDRM sebagai perasmi PDRM akan membaca teks ucapan YDH Ketua Polis Negara yang disediakan oleh PDRM.


ATUR CARA 7.00 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah 7.15 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku - Nyanyian Lagu Fly Kenyalang Fly - Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku - Bacaan Ikrar Rukun Negara - Bacaan Doa - Ucapan PDRM - Ucapan KPM - Pelantikan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah 2023 - Penyampaian Mesej Duta Sahsiah - Sesi bergambar - Bersurai


CADANGAN KEHADIRAN / JEMPUTAN 1. Wakil PDRM 2. Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) 3. Wakil Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti, Swasta ( PIBKS )


PELANTIKAN DUTA SAHSIAH 1. Dilantik dalam kalangan pemimpin murid. - Pengawas / Ketua Kelas / Ketua Kelab 2. Sekurang-kurangnya dua orang Duta Sahsiah dilantik. Tiada had maksima. 3. Pelantikan disertakan dengan penyampaian Sijil Lantikan. 4. Duta murid dikehendaki membaca mesej yang disediakan oleh KPM,


MESEJ DUTA MURID Pesanan Khidmat Masyarakat Berkaitan BULI 1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah yang serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak yang negatif kepada masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah. 2. Kita semua bertanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan. 3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah, jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberi sokongan moral. 4. Oleh itu, marilah kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa. Katakan tidak kepada buli!


Click to View FlipBook Version