The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00124876, 2021-11-15 09:47:25

MINIT MESYUARAT EXCO MGBNS KE-3

MINIT MESYUARAT EXCO MGBNS KE-3

MINIT MESYUARAT EXCO MAJLIS GURU BESAR NEGERI SEMBILAN
KALI KE-3/2021

Tarikh : 18 Ogos 2021
Masa : 9.30pg
Tempat : Tempat kediaman

Perkara

1. UCAPAN ALUA-ALUAN
1.1 Permulaan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah
1.2 Ucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepasa semua yang hadir
1.3 Memaklumkan bahawa Tn Hj Rohade b Salim tidak dapat hadir dalam mesyuarat ini
kerana terlibat dalam satu mesyuarat lain.

Makluman

2. UCAPAN YANG DI PERTUA

2.1 Ucapan terima kasih kepada semua ahli exco yang hadir hadir secara GM

2.2 Memaklumkan bahawa libat urus bersama KPM berkaiatan dengan pembukaan
sekolahan yang akan dijalankan pada 20 Ogos hanya melibatkan 60 buah sekolah dalam
Negeri Sembilan.

2.3 Permohonan maaf kepada MGB daerah Serembab berkaitan dengan pembelian kertas
A4 yang mana tidak dimaklumkan dahulu atas masalah teknikal. Pihak koperasi akan
mengeluarkan surat makluman berkaitan kertas A4.

2.4 Memohon semua guru besar untuk mengemaskini google Formyang telah diedakan
melalui setiap Majlis Guru Besar Daerah.

2.5 Memaklumkan bahawa menempahan buku transisi melalui gabungan majlis guru besar
dan link tempahan telah diberikan mengikut MBG masing-masing.

MESYUARAT EXCO MAJLIS GURU BESAR NEGERI SEMBILAN 1

2.6 Memaklumkan bahawa pihak pengurusan sedang menyiapakn kertas cadangan
persidangan tahunan 2022 dan mesyuarat agong koperasi guru yang mana tarikh dan
tempat seperti ketetapan berikut:

2.6.1 Tarikh : 29-31 Mac 2022

2.6.2 Tempat : Melaka / Kuala Lumpur

2.6.3 Pengisian: Jamuan makan malam dan meraikan persaraan Guru Besar Negeri
Sembilan

2.7 Memaklumkan bahawa satu mesyuarat yang akan diadakan bersama Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan berkenaan pembukaan sekolah 2021 dan memohon bantuan
peruntukan perbelanjaan sekolah mengenai alat penghawa dingin sekolah.

2.8 Memaklumkan juga bahawa akhir bulan Oktober akan diadakan takwim 2022 secara
bersemuka mengenai aktiviti dan program MGBNS.

3. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT DAN MAKLUM BALAS

3.1 Cadangan : En. Mustaza Bin Shapiai

Sokongan : Tn. Haji Mohd Hanafi Bin Deris

Maklumbalas
3.2 Pemakluman berkenaan penukaran tandatangan telah selesai diuruskan oleh bendahari.
3.3 Memaklumkan tentang ahli koperasi akan diselesaikan dalam mesyuarat agong koperasi

nanti.
3.4 Memaklumkan berkenaan bacaan yasin MGBNS kali ke 2 akan dimaklumkan oleh SU

dalam masa terdekat.
4. LAPORAN KEWANGAN

4.1 Pembentangan laporan kewangan sehingga bulan 7.
4.2 Memaklumkan bahawa sumbangan Yakult dari bulan Ferbuari sehingga April sebanyak

RM 7 320.80.

MESYUARAT EXCO MAJLIS GURU BESAR NEGERI SEMBILAN 2

4.3 Keuntungan dari penjualan buku transisi Bahasa Melayu belum diterima kerana hanya 3

daerah yang telah selesaikan bayaran iaitu Jempol, Tampin dan Seremban.

5. PROGRAM/LAPORAN

5.1 Transisi, Mysg Dan Atom

- Telah ditutup pembelian melalui link yang diberikan

- Dan Atom ( Sistem Maklumat gabungan berkaitan penjawatan Guru Besar daerah dan

negeri)

- Setiap Daerah pelu mengemaskini maklumat didlam sisitem ATOM

5.2 Tempahan Buku Rekod Mengajar Dan Fail Rekod Mengajar

- pihak pengurusan akan memberiakn contoh untuk Fail Rekod Mengajar untuk

penambahbaikan mengikut buku rekod mengajar.

- Tempahan akan dibuka melalui link yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

- Harga yang ditawarkan oleh syarikat ialah

o BRM : RM 28.00

o FRM : RM25.00

o Pihak syarikat akan memberi keuntungan kepada pihak sekolah sebanyah

RM2.00, MGBD RM3.00 dan MGBNS RM1.50.

- Gb Fadhil memaklumkan bahawa harga yang ditawarkan melebihi harga pasaran
terdahulu iaitu RM25.00, beliau juga mencadangkan agar ada perbincangan antara
pembekal dengan koperasi guru besar mengenai harga BRM dan FRM.

- Memohon menerangkan peranan koperasi guru besar ah=gar meringankan dan
membantu ahlinya.

5.3 Sesi Persekolahan 2021

- sesi persekolahan akan dibuka pada 4 Oktober 2021.

5.4 Vaksinasi

- Pemberian vaksin kepada murid berumur 12 tahun sedang dijalankan oleh pihak KKM.

6. HAL-HAL LAIN 3

MESYUARAT EXCO MAJLIS GURU BESAR NEGERI SEMBILAN

6.1 Menanyakan tentang keluaran guru baharu.
6.2 Memaklumkan tentang kekangan sepanjang sesi PdPR berjalan dengan masalah capaian

internet, perkongsian gajet dan kemampuan ibubapa menambah data untuk anak-anak
mereka.
6.3 Mencadangkan agar mengadakan majlis meraikan mantan Exco MGBNS yang telah
bersara.

Exco Jelebu
6.4 Memaklumkan bahawa NYDP MGBNS akan bersara semasa sesi persekolahan dibuka

Nanti.
6.5 Memaklumkan bahawa guru baharu akan dilantik pada 1 September 2021.
6.6 Memaklumkan pelaksanaan kokurikulum dijalankan mengikut kesesuaian sekolah.
6.7 Memohon agar program TS25 ditangguhkan sehingga PKP tamat.

Exco Kuala Pilah
6.8 Mencadangkan agar semua mesyuarat dengan KPPD daerah atau pengarah perlu

dihadiri sekurang-kurangnya wakil dari MGB daerah masing-masing.
6.9 Memohon koperasi guru memaklumkan perjalanan koperasi dan kelebihan yang ada

pada ahli koperasi.
Exco Seremban

6.10 Memohon semua guru besar untuk menaikkan bendera di sekolah bagi memupuk
semangat nasionalisme dikalangan warga sekolah.

6.11 ucapan salam kemerdekaan untuk semua exco
NYDP

6.12 Memohon YDP menyampaikan hasrat exco ke peringkat KPM berkenaan waktu PdPR
yang agak lama dan tidak bersesuaian dengan anak-anak murid kerana masa PKP telah
bertambah dari 3 Ogos sehingga 1 Oktober 2021.

6.13 Memohon ahli majlis agar mengadakan majlis persaraan melalui GM
6.14 Memohon SU mencari format melalui koperasi mengenai dairi 2022 yang mana perlu

MESYUARAT EXCO MAJLIS GURU BESAR NEGERI SEMBILAN 4

dinilai dahulu oleh ahli exco sebelum dicetak dan berbincangn tentang harga diari
tersebut.

SU Kehormat.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada 11.35pg

MESYUARAT EXCO MAJLIS GURU BESAR NEGERI SEMBILAN 5


Click to View FlipBook Version