The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Kes Sejarah ISYHAD MUAMMAR BIN ISMAIL 1F

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isma7752, 2021-08-31 00:38:09

Kajian Kes Sejarah ISYHAD MUAMMAR BIN ISMAIL 1F

Kajian Kes Sejarah ISYHAD MUAMMAR BIN ISMAIL 1F

1.1 Tajuk Kajian

TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA :
BANGUNAN MUZIUM SUNGAI LEMBING

Nama : ISYHAD MU’AMMAR BIN ISMAIL
No Maktab : CP211043
Kelas : 1F
Nama Sekolah: MRSM TUN ABDUL RAZAK
Nama Guru Sejarah : CIKGU MOHD ZULKIFLI BIN YASOK

1

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim….
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnian-Nya kerana telah mengizinkan saya untuk menjalankan

kajian seni silat dan seterusnya menyiapkan kajian ini dengan sebaiknya pada masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Pengetua MRSM Tun Abdul Razak, Yang Berbahagian Dr. Nik Jasmi bin Nik Yaakob kerana sokongan dan
galakan kepada saya sepanjang saya melakukan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua
ibu bapa saya yang tanpa kenal penat lelah memberi semangat, dorongan, galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya
melakukan tugasan ini. Saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Muzium Sungai Lembing, Kuantan,
Pahang dan responden-responden yang sudi memberikan kerjasama di dalam kajian folio ini.

Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada guru sejarah saya iaitu Cikgu Mohd Zulkifli bin Yasok
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa membuat tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada barisan para guru di MRSM Tun Abdul
Razak yang telah membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa
juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Siapalah diri ini untuk terus maju dan teguh berdiri di puncak kejayaan tanpa sokongan dan bantuan kalian semua.
. Terima Kasih

2

1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK

Bil Perkara Halaman Tarikh Tandatangan
1.1 Tajuk kajian 1
1.2 Jadual kerja
1.3 Objektif kajian 3
1.4 Kaedah kajian
2.1 Mengumpul maklumat 4
2.2 Kerangka kasar penulisan
3.1 Pengenalan 5
3.2 Latar belakang bangunan
3.3 Struktur bangunan 6
3.4 Tujuan / sebab binaan
3.5 Fungsi bangunan masa kini 7
3.6 Langkah-langkah pemeliharaan
3.7 Rumusan 8
3.8 Rujukan
4. Penilaian umum 11

11

13

13

13

15

16

17

3

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang Bangunan Muzium
Sungai Lembing dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif berikut:

 Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini

akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yangbetul, jelas dan tepat.

 Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia ini

serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat
Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk
menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

 Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik

bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti Bangunan Musium Sungai Lembing, ianya menyedarkan saya
bahawa kawasan Sungai Lembing pernah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun suatu masa dahulu
dan kawasan perlombongan yang amat terkenal.

 Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam kalangan generasi

muda melalui kajian ini.

4

1.4 KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 5 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan
bersistematik.

i. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari Jabatan Muzium Malaysia untuk memastikan kesahihan fakta yang ada.
Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

ii. Bimbingan Guru

Saya juga telah mendapat bimbingan guru sejarah kelas saya iaitu Cikgu Mohd Zulkifli bin Yasok.

iii. Muat turun internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang
produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
iv. Kaedah Pemerhatian
Saya ada menonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan tambahan bagi melihat perbandingan
kesan sebelum dan selepas kedatangan penjajah di Malaysia
v. Buku Ilmiah/ Ensiklopedia
Kajian juga dilakukan dengan mencari maklumat melalui buku ilmiah/ensiklopedia yang terdapat di internet.

5

2.1 MENGUMPUL MATLUMAT

Pengumpulan maklumat berkaitan Muzium Sungai Lembing telah dijalankan mengikut keperluan kajian
saya. Ianya seperti yang saya lampirkan iaitu gambar foto, risalah dan sumber-sumber lain.

a) BUKU ILMIAH

Nama Pengarang : Prof.Datuk Ramlah Adam
Tahun Terbit : 2004
Tajuk Buku : Buku Teks Sejarah Tingkatan 1
Tempat Terbit : Kuala Lumpur
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

b) AKHBAR

Nama Akhbar : Berita Harian
Tarikh : 30 September 2019
Halaman :5

c) MAJALAH : UMP News
: 14 Februari 2018
Nama majalah :1
Tarikh
Halaman

d) INTERNET

Muzium Sungai Lembing, https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Sungai_Lembing

Langkah-langkah Menjaga Bangunan Bersejarah, https://mypt3.com/langkah-memelihara-
bangunan-bersejarah

6

2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN

Bil. Tugasan Butir

1. Pengenalan - Memperkenalkan bangunan tersebut.
- Menceritakan keunikan bangunan tersebut.
2. Latar belakang - Lokasi bangunan.
bangunan - Menceritakan asal-usul bangunan tersebut.
- Pengasas bangunan/ tarikh pembinaan
3. Stuktur bangunan - Tarikh perasmian bangunan
- Reka bentuk pelan bangunan

4. Tujuan bangunan - Menyatakan tujuan asal bangunan dibina

dibina - Kegunaan dahulu bangunan

5. Fungsi dan keadaan - Menyatakan kegunaan bangunan sekarang

bangunan pada masa - Keadaan bangunan sekarang

kini

6. Cadangan langkah- - Menyatakan peranan kerajaan

langkah memelihara - Merupakan tanggungjawab rakyat

bangunan - Agensi-agensi kerajaan

7. Rumusan - Memberi pengetahuan

- Memupuk unsur-unsur patriotisme

- Menyatakan harapan yang relevan.

8. Rujukan - Berdasarkan buku, majalah, akhbar

- Internet

9. Penilaian umum - Memupuk semangat patriotik dan cintakan warisan bangsa
- Menghargai dan berbangga dengan sejarah negara
- Melahirkan rakyat berdisiplin

7

3.1. PENGENALAN

(Gambar Bangunan Muzium Sungai Lembing)
8

 Nama Bangunan
Nama bangunan muzium ini diambil sempena kawasan Sungai Lembing. Bangunan Bersejarah Muzium Sungai
Lembing adalah bangunan lama yang terdapat di bandar Sungai Lembing.

 Keunikan Bangunan
Bangunan Bersejarah Muzium Sungai Lembing ini merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi oleh
reka bentuk asalnya. Bangunan ini mula dibuka pada pengunjung pada tahun 2001. Bekas rumah kediaman
pengurus ini dahulunya dikenali sebagai The European Bungalow atau singkatannya EB1, yang
membezakannya dengan rumah Pegawai Kanan British yang lain.

Bangunan Bersejarah Muzium Sungai Lembing adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di
pekan Sungai Lembing yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya.
Bangunan Bersejarah Muzium Sungai Lembing ini mula dibuka pada pengunjung pada tahun 2001.
Walaubagaimana pun bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini
menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan senibina kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun nipah dan
menggunakan kulit-kulit kayu. Pada tahun 1906 hingga tahun 1986 perlombongan bijih timah Sungai Lembing
dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL). Bangunan ini pernah digunakan sebagai
markas tentera Jepun pada tahun 1941 hingga tahun 1945. Struktur binaannya mengikut gaya vernikular-
kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri.

Lokasi Bangunan Muzium Sungai Lembing
Bangunan muzium ini terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Ia digunakan sebagai
tempat kediaman bagi pengurus-pengurus syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula dengan
Syarikat The Pahang Corporation Consolidated Company Limited (PCCL), tahun 1906 – 1986. Rumah
Kediaman pengurus ini dahulunya dikenali sebagai European Bunglow atau singkatannya E8.1 iaitu
membezakannya dengan rumah pegawai kanan Inggeris yang lain. Luas kawasan muzium ini 5.51
hektar.Manakala tingkat atas dan bawah muzium berukuran sama iaitu 4788 kaki persegi

9

(Pelan lokasi Bangunan Muzium Sungai Lembing)
10

3.2. LATAR BELAKANG BANGUNAN

 Tarikh Pembinaan
Bangunan ini telah di bina pada tahun 1906. Bermula dengan bangunan bersaiz kecil, dengan atap diperbuat
daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, Ia diubahsuai dari semasa ke semasa bermula dari
zaman J.T Marriner pada tahun 1911 hingga ke zaman pengurusan H.R.M Hodding pada tahun 1966.

• Asal-usul Bangunan Muzium Sungai Lembing

Pada asalnya bangunan ini merupakan tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih
timah di Sungai Lembing, bermula dengan Syarikat The Pahang Corporation Limited , pada tahun 1887 hingga
tahun 1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat The Pahang Consolidated Company Limited (PCCL)
dari tahun 1906 hingga tahun 1986.

• Pengasas Bangunan Muzium Sungai Lembing

Bangunan ini telah diasaskan oleh pengusaha industri perlombongan di Sungai Lembing bermula seawal tahun
1886 oleh syarikat The Pahang Mining Company Limited (PCCL) yang berpusat di London dan mula dibina
pada tahun 1906.

3.3 STRUKTUR BANGUNAN

• Rekabentuk Pelan Bangunan

Bangunan Muzium Sungai Lembing merupakan sebuah rumah banglo yang dibina pada zaman dahulu. Bagunan
yang unik ini mempunyai dua tingkat. Aras bawah adalah tempat kaunter pertanyaaan. Di aras bawah juga
terdapat fakta tentang pengenalan kepada Sungai Lembing. Selain itu terdapat juga “Mining Diorama” dan
sejarah “Pahang Consolidated Company Limited” (PCCL) di aras bawah bangunan ini.

Terdapat sejarah perlombongan di Sungai Lembing di aras atas pula. Selain itu terdapat juga pameran hasil
galian di muzium ini. Memori perlombongan dan ekonomi perlombongan serta peralatan dan pakaian
perlombongan juga terdapat di muzium ini

11

(Pelan Bangunan Muzium Sungai Lembing)
12

3.4 TUJUAN BINAAN
Tujuan penubuhan awal adalah sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus syarikat lombong bijih timah
di Sungai Lembing.

3.5. FUNGSI DAN KEADAAN BANGUNAN MASA KINI

• Kegunaan Sekarang

Sebagai Muzium Sungai Lembing.

• Pengubahsuaian

Bangunan ini telah mengalami pengubahsuaian yang memakan belanja RM1,809,818.50 bermula dari tarikh
milik tapak 20 Oktober 1997 hingga tarikh siap 23Mac 1998. Kerja-kerja pengubahsuaian dilanjutkan masa
sehingga 31 disember 1999. Kontraktor untuk kerja-kerja pemuliharaan/ konservasi bangunan ini ialah
Primever Enterprise Sdn. Bhd.

3.6. LANGKAH-LANGKAH PEMERLIHARAAN
Berikut adalah cadangan yang boleh diambil tindakan oleh pelbagai pihak:

 Pihak Kerajaan

i. Pihak kementerian pendidikan boleh memasukkan Bangunan Muzium Sungai Lembing ke dalam
sukatan mata pelajaran Sejarah atau kerja kursus sebagaimana yang dilakukansekarang.
ii. Mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk mewartakan Bangunan Muzium Sungai
Lembing sebagai tapak warisan dunia.
iii. Kementerian Pelancongan boleh mewajibkan Bangunan Muzium Sungai Lembing dimasukkan
ke dalam pakej pelancongan untuk lawatan para pelancong antarabangsa.

 Sekolah / Ibubapa

i. Persatuan / Kelab sekolah / Ibubapa boleh membuat lawatan ke Bangunan Muzium Sungai Lembing
terutamanya pada musim cuti sekolah untuk mengenali BMSL dengan lebih dekat berkaitan sejaran
perlombongan di negeri Pahang.
ii. Pihak sekolah boleh menggalakkan lukisan mural pada dinding sekolah / pertandingan
esei / lukisan mengenai Bangunan Muzium Sungai Lembing untuk memupuk semangat cintakan negara.

13

 Media Massa (Majalah / Akhbar / TV)
i. Pihak media boleh membuat dokumentasi mengenai Bangunan Muzium Sungai Lembing untuk
pengetahuan umum.
ii. Pihak perfileman juga boleh membuat dokumentari di lokasi tersebut untuk memperkenalkan
Bangunan Muzium Sungai Lembing di mata dunia.

Menjadi tanggungjawab semua pihak bagi mengekalkan sejarah warisan bangsa agar tidak pupus dek zaman. Oleh
itu, bersama-samalah kita berganding bahu mengekalkan warisan sejarah kita. Semoga warisan sejarah ini akan
kekal kepada generasi seterusnya.

14

3.7. RUMUSAN
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah berjaya menyiapkan kajian kes sejarah ini
dengan tepat dan cepat. Setelah mengetahui maklumat- maklumat Bangunan Bersejarah Muzium Sungai Lembing
seperti asal-usul, latar belakang, struktur binaan, reka bentuk dan keistimewaan bangunan itu, saya telah melahirkan
rasa bangga dan bersyukur kerana saya dilahirkan di sebuah Negara yang aman dan mempunyai bangunan
bersejarah yang amat unik dan istimewa.
Setelah menyiapkan kajian kes ini juga, saya telah berjaya memupuk rasa sayang akan tanah air. Selain itu saya
juga telah berjaya memupuk rasa minat terhadap sejarah bangunan-bangunan yang terdapat di Malaysia
terutamanya berkaitan Bangunan Muzium Sungai Lembing.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa
menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya
bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.
Kita juga tidak boleh mengharapkan orang luar untuk mempopularkan pelancongan kita tetapi kitalah yang patut
dahulu mengetahui tempat yang menarik dan bersejarah. Akhir sekali, setelah menyiapkan kajian kes sejarah ini,
saya telah dapat melahirkan unsur-unsur patriotisma dalam diri saya.

15

3.8 RUJUKAN
Buku ilmiah
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2005, “Perasmian Muzium Sungai
Lembing. Pahang” : Jabatan Muzium Dan Antikuiti.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2009, “Muzium Sungai Lembing.
Pahang” : Jabatan Muzium Dan Antikuiti.
Masariah Mispari, 2004, “Buku Teks Sejarah Tingkatan 2”. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Prof.Datuk Ramlah Adam, 2004, “Buku Teks Sejarah Tingkatan 1”. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Majalah
UMP News, 14 Februari 2018, halaman 1.

Akhbar
Berita Harian, 30 September 2019, halaman 5.

Internet
Muzium Sungai Lembing, https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Sungai_Lembing
Langkah-langkah Menjaga Bangunan Bersejarah, https://mypt3.com/langkah-memelihara-bangunan-
bersejarah

16

4. PENILAIAN UMUM

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan
bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah amat penting, bangunan bersejarah dapat
menaikkan semangat generasi muda masa kini. Kerajaan telah mewajibkan setiap warganegara untuk
mempelajari Sejarah Malaysia. Tidak hairanlah, generasi muda masa kini tidak pernah melupakan
bangunan bersejarah yang telah dibina. Mereka juga bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah ini agar generasi akan datang dapat mengetahui sejarah bangunan di Malaysia.
Berbekalkan pengetahuan sejarah, tentu orang tidak akan pernah mahu mengulangi sejarah sebelum
merdeka atau bagaimana kita dijajah.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan penting dalam
pendidikan di negara kita, terutamanya pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu dapat dipelajari dengan
memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan
bangunan bersejarah seperti peribahasa, iaitu ‘tak kenal maka tak cinta’. Oleh itu, bangunan bersejarah
dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan wajib dipelihara.

Secara keseluruhan, bangunan bersejarah sangat penting dalam membentuk pemikiran
generasi muda negara, terutama ke arah menghargai warisan dan khazanah negara. Bangunan dan
monumen bersejarah adalah aset yang harus dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke generasi
berikutnya. Dengan adanya bangunan bersejarah, generasi baru akan lebih menghargai dan peka terhadap
perkembangan sejarah negara. Ini akan membentuk masyarakat yang peka terhadap perubahan atau
pemusnahan bangunan bersejarah. Malah, pemerintah juga perlu menyatakan bangunan bersejarah sebagai
bangunan yang perlu dipelihara. Oleh itu, mana-mana pihak yang merobohkan atau menghancurkan
bangunan bersejarah, mereka perlu dikenakan tindakan undang-undang agar tidak ada sesiapa yang berani
memusnahkannya. Secara tidak langsung ianya akan dapat mendisplinkan masyarakat berkaitan
kepentingan bangunan bersejarah kepada semua rakyat.

17


Click to View FlipBook Version