The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nddarawi, 2020-04-05 12:02:14

CONTOH LAPORAN KAJIAN LAPANGAN

CONTOH LAPORAN KAJIAN LAPANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama Murid : ……………………………………………………………………………………………………….
No. Kad Pengenalan
Angka Giliran :

Tingkatan : …………………………………………………………………………

Tajuk Kerja Lapangan : KAJIAN PENGANGKUTAN DI TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT,
SELANGOR

Dimensi Pentaksiran Tahap Penskoran Skor
Mengumpul maklumat 18m
Merancang 18m
Mengaplikasi 36m
Membuat Refleksi 6m
Berkomunikasi 12m
Etika dan Kerohanian
10m
KESELURUHAN 100m

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa Kerja Lapangan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik, foto
dan gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan : ………………………………………….

PERAKUAN GURU : PENGESAHAN GKMP :

Tandatangan : ………………………………………….. Tandatangan : …………………………………………..

Nama : ………………………………………….. Nama : …………………………………………..

Tarikh : ………………………………………….. Tarikh : …………………………………………..

SENARAI KANDUNGAN

Senarai Kandungan perlu dibuat untuk memudahkan semakan terhadap setiap perkara
berkaitan tugasan kajian. Contohnya adalah seperti berikut

Bil Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan

Pendahuluan / Pengenalan

Objektif Kajian

Jadual kerja

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian (hasil keseluruhan kajian)

Rumusan

Rujukan

Lampiran

PENGHARGAAN

Secara dasarnya, sesebuah tugasan yang telah siap sepenuhnya perlu ada penghargaan sebagai
tanda terima kasih kepada individu, pihak yang terlibat dalam membantu memberikan input
yang diperlukan terhadap tugasan yang dijalankan. Contoh penulisan penghargaan adalah
seperti berikut

PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T. kerana limpah izin serta rahmatnya, dapatlah saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Taman Bunga, Puan Hajah Kalsum Binti Shukri yang
telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga
saya tujukan kepada guru Geografi saya, Encik Fairuz bin Osman, yang tanpa penat dan lelah
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan
sempurna.
Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan
peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini disiapkan.
Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan kepada para responden yang telah
memberikan kerjasama secukupnya juga buat rakan-rakan sekelas saya Siti Sarah, Nordiana,
Fazira dan Syafiqah yang telah bersama-sama dalam menyiapkan kajian ini.
Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat menyiapkan kajian
ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi,
usaha, buah fikiran dan mahupun peruntukan kewangan bagi memastikan ianya berjalan
dengan lancar.

PENDAHULUAN / PENGENALAN

Pendahuluan ataupun pengenalan adalah menyatakan terlebih dahulu tentang kawasan kajian,
merangkumi tajuk, sebab-sebab pemilihan kawasan kajian dan latar belakang ciri fizikal dan
budaya yang ada di kawasan kajian secara ringkas yang merangkumi aspek seperti
pembagunan likasi kajian, sosio-ekonomi, guna tanah dan lain-lain. Contoh penulisan adalah
seperti berikut

PENGENALAN
Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 3
yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya
adalah (tajuk kajian) dan saya (nama) pelajar tingkatan 3 (nama kelas) dari sekolah (nama
sekolah) telah melakukan kajian ini di kawasan (kawasan kajian).
Antara sebab utama saya memilih kawasan (kawasan kajian) sebagai kawasan kajian kerana ia
merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Ini akan memudahkan urusan
saya untuk membuat kajian kerana berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga
mahir dengan kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang berguna untuk
direkodkan dalam kerja kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya dari hari
pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya
telah menemu bual beberapa orang responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang
tepat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana telah
memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam
tempoh masa yang diberikan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah sesuatu matlamat atau tujuan yang ingin diperolehi mengikut tugasan
kajian yang diberikan. Objektif kajian juga merupakan perkara yang penting dalam sesuatu
kajian. Contoh huraian objektif kajian adalah seperti berikut

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui
aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
a) Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi
b) Mengenal pasti peta di kawasan kajian
c) Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian
d) Melukis dan mentafsirkan graf bar tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian
e) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian
f) Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian

BIL TARIKH JADUAL KERJA :
1 17/6/2019
2 AKTIVITI
3 Mendengar taklimat tentang Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 3 di
4 Dewan Sri Panglima
5
Mula mencari dan mengumpul maklumat awal berkenaan
6 pengangkutan di internet.
7
8 Membuat perbincangan bersama rakan-rakan dan membuat borang
soal selidik
9
10 Mendapat penerangan dan bimbingan lanjut daripada guru dalam
melaksanakan tugasan dan membuat konsep

Menjalankan soal selidik tentang masalah dan cadangan
penambahbaikan pengangkutan di kawasan kajian terhadap 20 orang
responden

Menganalisis data yang diperoleh daripada hasil soal selidik 20 orang
responden

Membina jadual dan graf berdasarkan data yang diperoleh daripada
hasil penyelidikan.

- Membuat huraian graf yang dilukis
- Menulis laporan tentang masalah pengangkutan
- Menulis laporan tentang kesan dan cadangan penambahbaikan
yang dilaksanakan

- Menulis sumber rujukan
- Membuat semakan dan kemasan

HANTAR LAPORAN

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan metod atau cara yang dilakukan samada secara individu atau
berkumpulan bagi mendapatkan data atau maklumat untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan yang ingin di kaji

Jenis kaedah kajian yang boleh dibuat adalah bergantung kepada kesesuaian kajian yang akan
dijalankan iaitu samaada kualitatif , kuantitatif atau kedua-duanya sekali

KAEDAH KAJIAN
Bagi kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan juga kualitatif.
Pemilihan kedua-dua pendekatan kaedah kajian ini dilakukan adalah bagi mendapatkan
maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya. Justeru, terdapat empat kaedah
kajian yang telah dipilih bagi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
bersistematik.

1) Kaedah Pemerhatian
Kaedah pertama yang dibuat dalam melaksanakan kajian ini adalah kaedah pemerhatian. Saya
telah membuat pemerhatian atau tinjauan di kawasan yang saya dapati berpotensi untuk
dijadikan kawasan kajian buat kerja kursus ini. Ia juga bagi mengenalpasti kegiatan ekonomi
yang terdapat di kawasan tersebut. Maklumat yang diperolehi tersebut akan membantu saya
dalam melukis dan mentafsir peta kawasan kajian tersebut

2) Kaedah Temu Bual
Selain itu, kaedah kedua yang digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian saya
adalah kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini telah dijalankan terhadap beberapa orang
informan yang dikenalpasti. Informan tersebut terdiri daripada orang penting atau
berpengaruh di sekitar kawasan Taman Bunga seperti ketua kampung dan pengerusi
jawatankuasa rukun tetangga.
Dengan menjalankan kaedah temu bual ini, saya dapat mengenalpasti beberapa jawapan awal
terhadap kajian saya yang seterusnya boleh digunakan sebagai soalan dalam borang soal selidik
bagi mendapatkan jawapan yang lebih menyeluruh atau mewakili kawasan tersebut.
Selain itu, jawapan yang diperoleh daripada para informan menerusi temu bual ini juga adalah
untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi objektif kajian yang ingin dicapai

3) Kaedah Borang Soal Selidik
Setelah menjalankan kaedah temu bual, saya telah meneruskan kajian saya dengan
menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada
penduduk di sekitar kawasan kajian yang telah dipilih.
Melalui kaedah ini, saya dapat mengumpul maklumat berhubung dengan beberapa perkara
seperti berikut:

i. Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian
ii. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian
iii. Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian

4) KAEDAH RUJUKAN
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, internet adalah satu gerbang
limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat.

1. Melalui laman sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal
Rasmi……………….., saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan
ini untuk dijadikan rujukan tambahan.

2. Selain itu, terdapat beberapa lagi rujukan termasuklah buku berjudul……………. Setiap
bahan yang dirujuk akan disenaraikan di bahagian rujukan laporan ini.

DAPATAN KAJIAN

KONSEP DAN TAKRIFAN KEGIATAN EKONOMI

Penjelasan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi ini boleh dibuat berdasarkan rujukan ke
buku teks serta lain-lain rujukan yang boleh digunapakai

HASIL KAJIAN

TAKRIFAN KONSEP
Ekonomi adalah ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber
ekonomi yang terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad.
Kegiatan ekonomi pula adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan
sumber ekonomi tersebut di samping menghasilkan pendapatan. Kegiatan ekonomi di Malaysia
boleh dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor primer, sekunder dan tertier.

Rajah 1.1 Sektor Kegiatan Ekonomi
Pertama sekali, sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus
daripada sumber semula jadi. Ianya merupakan kegiatan ekonomi terawal wujud di dunia ini
dan diusahakan sejak dahulu lagi. Antara jenis kegiatan ekonomi di bawah sektor ini adalah
pertanian, perikanan, penternakan, perlombongan, dan pembalakan.
Seterusnya, sektor sekunder pula adalah aktiviti ekonomi yang berasaskan kepada bahan
mentah atau semula jadi. Ianya melibatkan penukaran bahan mentah tersebut kepada
barangan siap atau produk untuk digunapakai oleh pengguna. Sektor ini termasuklah jenis
kegiatan ekonomi seperti pembuatan atau perindustrian dan juga pembinaan.
Akhir sekali, sektor kegiatan ekonomi juga melibatkan sektor tertier. Sektor tertier boleh
didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan. Sektor
ini juga turut digelar sebagai sektor perkhidmatan. Sektor ini mamainkan peranan yang penting
dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Contoh jenis kegiatan ekonomi
sektor ini adalah pelancongan, pengangkutan, pendidikan, kewangan dan perdagangan.

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Definisi latar belakang adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara. Latar belakang yang baik
harus disusun dengan sejelas mungkin dan bila perlu disertai dengan data atau fakta yang
mendukung

Ciri Fizikal
Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan
semulajadi

Ciri Budaya
Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian,
perlombongan, perindustrian, petempatan, pengangkutan dan perhubungan

Contoh penulisan seperti berikut

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah daerah Melaka Tengah, Melaka Bandaraya
Bersejarah. Terkenal sebagai daerah termaju di Melaka, Melaka Tengah merupakan salah satu
daripada tiga daerah yang terdapat di Melaka dengan berkeluasan 304.29 km per segi. Daerah
ini juga mempunyai 29 buah mukim dan beberapa buah bandar dan pekan termasuklah
Bandaraya Melaka. Kedudukannya terletak di Selat Melaka yang merupakan antara laluan
perdagangan yang sangat terkenal sejak zaman dahulu lagi menjadikannya sangat sesuai bagi
pelbagai kegiatan ekonomi.
Melaka satu ketika dulu pernah menjadi pusat ekonomi termasyhur di dunia menyebabkan
pertumbuhan kegiatan ekonomi pada ketika itu sangat rancak sehingga menjadi pelabuhan
antarabangsa dengan kapal dagang dari negara China, India dan Asia Barat. Ini kerana melaka
mempunyai keistimewaan dari segi geografi iaitu kedudukannya yang terletak di antara barat
dan timur dan juga bentuk muka bumi seperti kawasan berbukit bukau memudahkannya untuk
dikenalpasti oleh pelayar, memiliki muara sungai yang sangat dalam memudahkan kapal besar
untuk berlabuh serta pokok bakau di sekitar sungai untuk mengelakkan tebing sungai daripada
roboh.
Kini, keadaan Melaka Tengah telah pesat membangun dan menjadi antara daerah paling ramai
penduduk dengan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di kawasan ini. Secara amnya,
kegiatan ekonomi di kawasan ini lebih terarah kepada kegiatan pelancongan, perindustrian
atau perkilangan dan pertanian. Ini kerana daerah ini atau negeri Melaka merupakan antara
negeri di mana wujudnya kerajaan terawal di Tanah Melayu menjadikannya kaya dengan
sumber sejarah serta artifak zaman dahulu kala contohnya A’famosa. Ini sama sekali telah
menarik minat para pelancong untuk hadir dan mempelajari sejarah yang terdapat di kota ini.
Selain itu, sektor perindustrian atau perkilangan turut menjadi sumber ekonomi utama di
Melaka dan juga dalam kawasan daerah Melaka Tengah. Oleh itu, terdapat sekurang-
kurangnya 10 kawasan perindustrian yang meliputi kilang-kilang daripada negara seperti
Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan juga Singapura. Antara kawasan perindustrian
tersebut adalah Zon Perindustrian Bebas Tanjung Kling. Ini selaras dengan kajian oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia pada Mei 2018 menyatakan pertumbuhan prestasi ekonomi di Malaysia
pada tahun 2017 menunjukkan peningkatan dari sektor pembuatan ataupun perkilangan.
Dalam pada itu, daerah Melaka Tengah juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan sumber
ekonomi dari sektor primer iaitu pertanian. Memiliki kawasan serta jenis tanah yang sesuai
atau subur membolehkan daerah ini mendapatkan hasil daripada sektor pertanian seperti
pertanian komersial getah, kelapa sawit dan juga sawah padi atau beras.
Kereta dan motosikal merupakan medium pengangkutan terpenting di sini. Oleh itu, kerajaan
telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar. Jalan
persekutuan yang menghubungkan melaka dengan negeri lain adalah sepanjang 8685km
manakala jalan negeri yang menghubungkan antara daerah dalam negeri adalah sepanjang
829.806km. Terdapat juga jajaran Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang menghubungkan
lain-lain negeri dengan Melaka. Kemudahan jajaran perhubungan melalui pengangkutan darat
ini memudahkan daerah Melaka Tengah untuk berkembang pesat dan seterusnya dapat
meningkatkan ekonomi.

PETA LAKAR
PETA LAKAR

CIRI-CIRI ASAS PETA LENGKAP
Untuk menghasilkan sebuah peta yang lengkap mestilah mempunyai ciri-ciri seperti
berikut

Tajuk Peta

Bingkai Peta

Petunjuk Peta

Petunjuk Arah Utara

Simbol

Ciri-ciri Geografi iaitu Ciri Budaya Dan Ciri Fizikal (maksud ciri budaya dan
fizikal, sila rujuk maklumat di bawah)

LANGKAH-LANGKAH MELUKIS PETA LATAR
Peta Lakar kebiasaannya tidak memerlukan skala. Sekiranya mahu menunjukkan
skala peta dibolehkan
Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri-ciri fizikal
dan budaya yang terdapat di kawasan yang menjadi pilihan kajian
Lukis simbol dan diwarnai serta singkatan bagi setiap ciri Geografi yang mahu
dimasukkan dalam peta lakar
Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk, tajuk peta yang sesuai
dan bingkai peta

CONTOH PERKARA / CIRI PERLU ADA DALAM PETA LAKAR

Contoh peta lakar yang dilukis berasaskan peta topografi seperti di bawah





KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN

Berdasarkan maklumat atau data yang berjaya dikumpulkan, nyatakan kegiatan ekonomi yang
dijalankan di kawasan…………….
KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN

Rajah 1.2 Jenis Kegiatan Ekonomi di Melaka Tengah
Melalui kaedah kajian yang telah dilaksanakan, data atau maklumat yang telah berjaya
dikumpulkan menunjukkan kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Melaka Tengah adalah
seperti di Rajah 1.2 iaitu perindustrian, pelancongan, perdagangan, pertanian, dan pendidikan.
Menurut Portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, tumpuan utama kegiatan
ekonomi bagi daerah Melaka Tengah adalah industri Perindustrian. Ianya meliputi 10 buah kawasan
perindustrian seluas 1,309 hektar. Perindustrian di Malaysia merupakan sektor sekunder di mana
terbahagi kepada dua jenis iaitu industri berasaskan sumber seperti kayu, getah dan kelapa sawit
atau industri bukan berasaskan sumber seperti elektronik dan automotif. Melaka Tengah
mempunyai kilang perindustrian yang menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada

makanan dan barangan konsumer sehingga barangan komponen-komponen senjata dan automotif
berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer.
Seterusnya, kegiatan ekonomi kedua yang menyumbang kepada ekonomi daerah Melaka Tengah
adalah sektor pelancongan. Melaka sememangnya tempat pelancongan menarik bagi pengunjung
dalam dan juga luar negara sehingga berjaya disenaraikan dalam penerbitan antarabangsa seperti
Forbes dan Lonely Planet sebagai salah sebuah Destinasi Pelancongan Utama di Asia dan Dunia. Ini
kerana nilai sejarah yang terdapat di negeri ini menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke
sini. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong termasuklah Kota A’Famosa, Sungai Melaka,
Pantai Klebang dan banyak lagi.
Selain itu, kegiatan ekonomi ketiga yang menjadi tumpuan pembangunan ekonomi Daerah Melaka
Tengah adalah sektor pertanian. Menurut Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah,
tanah seluas 17,171 hektar atau 55% daripada keseluruhan tanah di Melaka Tengah digunakan
untuk pertanian komersial getah dan kelapa sawit. Manakala 4,269 hektar adalah tanah sawah dan
413 hektar daripadanya adalah tanah terbiar. Daripada ini dapat kita lihat tiga hasil pertanian
utama daerah Melaka Tengah adalah daripada tanaman getah, kelapa sawit dan sawah padi.
Akhir sekali, sektor pendidikan juga menjadi antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di
bahagaian Melaka Tengah. Sektor pendidikan merupakan sektor perkhidmatan yang termasuk
dalam sektor tertier bagi jenis kegiatan ekonomi di Malaysia. Selain sekolah rendah dan sekolah
menengah, pendidikan peringkat pengajian tinggi menjadi penyumbang utama kepada kegiatan
ekonomi sektor ini. Di Melaka Tengah, terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti
Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi Mara dan lain-lain serta Institut Pengajian Tinggi
Swasta seperti Universiti Multimedia dan Melaka Manipal Medical College.
Kesimpulannya, hasil daripada data-data dan maklumat yang diperolehi melalui kaedah-kaedah
kajian yang dijalankan, kajian mendapati empat kegiatan ekonomi yang dinyatakan di atas adalah
antara aktiviti yang banyak dijalankan di kawasan Melaka Tengah.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN

Analisis terhadap data yang diperolehi hendaklah dilakukan bagi mendapatkan maklumat atau
jawapan kepada objektif menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
kawasan…………..

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN
Secara dasarnya, tedapat dua kategori bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
Malaysia iaitu faktor fizikal ataupun faktor manusia. Faktor fizikal termasuklah bentuk muka bumi,
tanih, iklim, bahan mentah dan saliran yang terdapat di kawasan tersebut. Faktor manusia pula
adalah seperti dasar kerajaan, infrastruktur, teknologi, pasaran, modal dan juga buruh atau tenaga
kerja.

Bagi kawasan Melaka Tengah, antara faktor utama yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini
adalah bentuk muka bumi. Tanah pamah merupakan jenis bentuk muka bumi yang meliputi hampir
keseluruhan kawasan Melaka Tengah. Oleh sebab itu, ianya amat bersesuaian sekali untuk
menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman padi, getah dan kelapa sawit. Selain itu ia juga
boleh digunakan untuk membina kilang atau kawasan perindustrian serta pembinaan jalan raya.
Dalam masa yang sama, kedudukan sebahagian kawasan Melaka Tengah juga terletak di bentuk
muka bumi pinggir laut. Jenis bentuk muka bumi ini mempunyai daya tarikan untuk menjalankan
kegiatan ekonomi khususnya pelancongan. Justeru itu ini mempengaruhi kawasan Melaka Tengah
sebagai kawasan sektor pelancongan utama di Malaysia
Selain itu, iklim di Melaka Tengah juga adalah bersesuaian untuk melaksanakan pelbagai jenis
kegiatan ekonomi. Iklim Khatulistiwa dengan purata suhu sekitar 27 darjah celcius dan jumlah hujan
tahunan melebihi 2600 mm ini membolehkan kawasan Melaka Tengah untuk menjalankan kegiatan
ekonomi iaitu pertanian. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun ini juga mempengaruhi
kemasukan pelancong khususnya dari negara barat yang ingin mendapatkan pancaran matahari
yang tidak dapat dimiliki di negara mereka. Pelancongan di Melaka Tengah juga turut dipengaruhi
oleh faktor saliran yang baik seperti di Melaka River Cruise iaitu pelancongan air di mana
pelancong dapat menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot persiaran sambal melihat
keindahan di sekitar Bandar Hilir, Melaka.

Dalam pada itu, faktor manusia juga mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan Melaka Tengah.
Antaranya ialah infrastruktur yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Ianya termasuklah
kewujudan jaringan pengangkutan yang baik seperti jalan raya yang menghubungkan antara daerah
dan juga negeri. Selain itu terdapat juga sistem pengangkutan lain seperti kereta api, kapal terbang
mahupun kapal pelabuhan yang memudahkan lagi proses logistik barangan yang dihasilkan di
kilang untuk dihantar ke serata tempat bagi tujuan pemasaran. Infrastruktur telekomunikasi negara
yang maju turut membantu menyumbang kepada kegiatan ekonomi khususnya sektor pelancongan.
Kelajuan dan capaian internet membolehkan kawasan Melaka Tengah untuk diketahui di seluruh
dunia dan berjaya diketahui dan diiktiraf sehingga peringkat antarabangsa.

Perkembangan teknologi yang maju dan canggih juga turut mempengaruhi kegiatan ekonomi di
Melaka Tengah. Ini dapat dilihat dalam sektor perindustrian di mana mesin-mesin yang digunakan
di kebanyakan kilang-kilang pengeluar adalah moden justeru dapat meningkatkan kualiti produk
dan jumlah keluaran di samping mempercepatkan kerja dan juga menjimatkan kos. Selain itu, faktor
buruh atau tenaga kerja yang ada di Melaka Tengah juga menggalakkan kegiatan ekonomi dalam
sektor perindustrian dijalankan di sini. Buruh yang murah dengan tenaga kerja yang mahir dianggap
sebagai suatu kelebihan bagi syarikat dari luar negara untuk beroperasi di sini.u
Dasar pendidikan di Malaysia yang menggalakkan atau mengutamakan pendidikan di setiap aspek
dan peringkat telah menyebabkan wujudnya beberapa buah universiti dan juga kolej di sekitar
kawasan Melaka Tengah. Infrastruktur pengangkutan yang lengkap juga memudahkan lagi para
pelajar untuk mendaftarkan diri dan seterusnya menuntut di universiti atau kolej di kawasan ini.
Begitu juga kemudahan seperti kolej kediaman yang disediakan beserta internet menarik minat
orang ramai untuk belajar di sini.
Natijahnya dapat kita lihat pelbagai faktor yang mempengaruhi berlakunya kegiatan ekonomi di
sekitar kawasan Melaka Tengah tidak kira dari aspek fizikalnya mahupun aspek manusia. Semoga
faktor-faktor ini dapat menyumbang kepada pembangungan ekonomi di daerah Melaka Tengah.

CADANGAN KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI DIMAJUKAN DI KAWASAN KAJIAN

Untuk objektif ini, analisis terhadap data yang diperolehi juga hendaklah dilakukan bagi
mendapatkan maklumat atau cadangan daripada para informan dan responden mengenai kegiatan
ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan…………..

CADANGAN KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN DI KAWASAN
KAJIAN
Berdasarkan analisis terhadap data-data yang diperoleh daripada hasil kajian, kajian telah
mengenalpasti beberapa cadangan terhadap kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di
kawasan Melaka Tengah. Cadangan-cadangan ini telah diperolehi daripada para informan dan
responden mahupun pemerhatian sendiri terhadap kawasan ini.
Pertama sekali, antara kegiatan ekonomi yang dilihat berpotensi untuk dimajukan di kawasan
Melaka Tengah adalah perikanan. Ini kerana lokasi sebahagian kawasan Melaka Tengah terletak di
bentuk muka bumi pinggir laut. Lazimnya bagi kawasan yang terletak berhampiran pinggir laut,
penduduk sekitar akan menggunakan kesempatan tersebut untuk menjalankan kegiatan perikanan
seperti menangkap ikan, mahupun menjalankan penternakan kerang atau kupang dalam sangkar
seperti yang dijalankan di Pantai Lido, Johor. Hal ini bukan sahaja dapat memberi sumbangan
kepada ekonomi malah meningkatkan peluang pekerjaan penduduk sekitar.
Selain itu, kedudukan Melaka Tengah yang terletak di pinggir laut juga membolehkan kawasan
tersebut dibangunkan sebagai pusat pelabuhan antarabangsa seperti kebanyakan kawasan di pinggir
laut di Malaysia iaitu Pelabuhan Klang, Selangor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Dengan
adanya pelabuhan antarabangsa, kemasukan barang import dan eksport akan menggalakkan lagi
kemasukan pelaburan asing di kawasan berkenaan sekaligus meningkatkan ekonomi di kawasan
berikut. Dalam masa yang sama, peningkatan infrastruktur juga bakal dilihat dengan hadirnya
syarikat-syarikat antarabangsa untuk melabur di kawasan berikut.
Akhir sekali, jenis kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan Melaka Tengah
adalah penternakan. Oleh kerana bentuk muka bumi di Melaka Tengah yang sesuai dan juga masih
mempunyai kawasan hijau atau tanaman tumbuhan semulajadi, maka aktiviti penternakan seperti
lembu, kambing, ayam dan sebagainya boleh dijalankan. Berbeza dengan kawasan yang telah
dipenuhi dengan proses pembandaran seperti di Lembah Klang, kawasan adalah terhad sekiranya
ingin melaksanakan kegiatan ekonomi ini. Sekiranya aktiviti ini dijalankan, akan berlakunya
pengurangan import bagi jenis ternakan yang dilakukan justeru menguntungkan penduduk sekitar.

Kesimpulannya, terdapat banyak kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dijalankan atau
dimajukan di kawasan Melaka Tengah. Kerajaan dan penduduk sekitar perlulah melihat perkara ini
dan membuat tindakan selanjutnya bagi memastikan kelebihan dan keuntungan berjaya diperolehi
daripada sumber yang ada.

RUMUSAN

Rumusan terhadap kajian hendaklah dilakukan bagi menyatakan kesimpulan daripada hasil kajian
yang dijalankan seterusnya dapat dijadikan sebagai rujukan penduduk sekitar

RUMUSAN
Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya diperolehi melalui kaedah-kaedah
kajian yang telah dijalankan, setiap objektif kajian yang digariskan pada awal kajian telah pun
dijawab dan dicapai. Selain itu analisis terhadap maklumat yang diperolehi juga telah dilakukan bagi
mendapatkan kesimpulan daripada dapatan kajian ini.
Antaranya yang pertama adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Melaka Tengah.
Hasil kajian mendapati terdapat empat jenis kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh
penduduk di kawasan Melaka Tengah. Kegiatan ekonomi tersebut adalah perindustrian atau
perkilangan, pelancongan, pertanian dan juga pendidikan. Walaupun terdapat juga kegiatan
ekonomi yang lain dijalankan oleh penduduk sekitar, empat kegiatan ini adalah yang paling ketara.
Kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah faktor
fizikal dan juga faktor manusia. Faktor fizikal tersebut adalah bentuk muka bumi yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti seperti tanah pamah untuk pembinaan jalan raya dan kawasan perindustrian
serta pertanian tumbuh-tumbuhan. Selain itu iklim dan suhu yang sesuai juga menggalakkan
kemasukan pelancong bagi aktiviti pelancongan. Infrastruktur yang maju serta tekonologi yang
canggih dan moden juga meningkatkan kegiatan ekonomi di kawasan Melaka Tengah.
Walaupun kawasan Melaka Tengah telah pun menjadi antara daerah termaju yang ada di Melaka,
masih terdapat kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan untuk kepentingan masyarakat setempat
dan juga negara. Antaranya termasuklah aktiviti perikanan dan juga penternakan. Ini penting bagi
memastikan sumber semula jadi yang ada di sesebuah tempat digunakan pada tahap maksima dan
seterusnya memberi pulangan atau keuntungan kepada penduduk tempatan mahupun negara.
Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini, dapatlah dilihat banyak kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh penduduk di Malaysia khususnya di kawasan saya sendiri iaitu Melaka Tengah.
Didapati kerajaan juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan ekonomi sesebuah
tempat itu berkembang dan membangun. Saya berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat
memberikan sumbangan kepada penduduk setempat mahupun kepada negara.


Click to View FlipBook Version