The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulhannan muhammad yunan, 2020-11-30 03:19:54

PENDIDIKAN ISLAM - Wasatiyyah PdPR 2020

PENDIDIKAN ISLAM - Wasatiyyah PdPR 2020

Keywords: PAI T.4

PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 4
AKHLAK

AKHLAK – WASATIYYAH

Maksud wasatiyyah ialah pendekatan yang sederhana,
seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.

Dalil Wasatiyyah

Allah SWT berfirman:

• Maksud: Dan demikianlah Kami jadikan kamu

(wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan
supaya kamu layak menjadi saksi untuk memberi
keterangan kepada manusia….

Dalil Wasatiyyah

Rasulullah S.A.W bersabda:

• Maksud: Lakukanlah dengan bersederhana dan

ketahuilah bahawa perbuatan kamu tidak akan
menyebabkan kamu masuk syurga. Amalan paling
baik disukai Allah ialah berterusan walaupun sedikit.

Empat prinsip wasatiyyah

a) Kesederhanaan

• Maksud kesederhanaan ialah melakukan sesuatu

dengan sempurna, tidak melampaui batas dan
mematuhi syarat.

Aspek kesederhanaan:

• Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh

tanggungjawab

• Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi

arahan dan prosedur dalam menjalankan amanah

• Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di

muka bumi

Dalil kesederhanaan

Firman Allah SWT….

• Maksud: Dan mereka yang apabila membelanjakan

hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil
kedekut. Dan perbelanjaan mereka adalah
sederhana.

Empat prinsip wasatiyyah

b) Seimbang

• Maksud seimbang ialah memenuhi keperluan

rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam
semua keadaan.

Aspek keseimbangan

i. Rohani

- melaksanakan ibadat fardu dan sunat dengan istiqamah

- menghayati al-Quran dan zikir dengan bersungguh-

sungguh
- melakukan ibadat dengan ikhlas

Aspek keseimbangan

ii. Jasmani

- mengambil makanan yang baik dan seimbang

untuk menjaga kesihatantubuh badan

- berehat setelah penat bekerja supaya badan kembali

cergas dan bertenaga
- memenuhi keperluan biologi dan fitrah manusia

Aspek keseimbangan

iii. Akli

- menjauhi barang larangan yang boleh merosakan akal

seperti dadah dan arak

- menggunakan akal sebaik-baiknya untuk meningkatkan

ilmu

- menggunakan akal untuk memajukan diri dan

masyarakat serta pembangunan negara

Dalil keseimbangan

Allah SWT berfirman….

• Maksud: Dan antara mereka pula ada yang berdoa

dengan berkata “ Wahai tuhan kami, berilah kami
kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, dan
peliharalah kami daripada api neraka”

Empat prinsip wasatiyyah

c) Keadilan

• Maksud keadilan ialah meletakan sesuatu sesuai

dengan suasana, masa dan tempat.

Aspek keadilan

• Menunaikan hak kepada mereka yang berhak

menerimanya

• Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang

secara hikmah antara dua perkara yang ekstrem.

Dalil keadilan

Allah SWT berfirman….

• Maksud: Wahai orang yang beriman hendaklah kamu

semua sentiasa menjadi orang yang menegakan keadilan
kerana Allah lagi menerangkan kebenaran, dan
janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum itu
mendorong kemu untuk tidak berlaku adil. Berlaku
adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa……

Empat prinsip wasatiyyah

d) Kecemerlangan

• Maksud kecemerlangan ialah pendekatan yang

terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta berkeyakinan teguh kepada
Allah.

Ciri-ciri umat cemerlang

• Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi,

membangunkan negara dan membasmi kemiskinan

• Mencegah diri daripada melakukan kezaliman, kefasikan dan

kekejaman

• Menggunakan kekayaan didunia untuk mendapatkan keredaan

Allah

• Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas kerana

Allah

Dalil kecemerlangan

Allah SWT berfirman….

• Maksud: Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan

bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh agar
melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
serta kamu beriman kepada Allah….

Hikmah melaksanakan prinsip wasatiyyah

• Syiar Islam dapat ditegakan dengan

menyempurnakan akhlak dan nilai-nilai murni.

• Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana

kerana tiada berlaku pembaziran.

• Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang

dapat diwujudkan kerana adanya kestabilan politik.

• Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan

mengikut keperluan negara.

• Masyarakat yang aman damai dan bersatu padu

dapat dibangunkan dengan melaksanakan prinsip-
prinsip keadilan.

ZULHANNAN BIN MUHAMMAD YUNAN
SMK PANGKAL KALONG


Click to View FlipBook Version