The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rhnbkh, 2023-12-20 11:21:41

TOK KENALI

REFLEKSI

NAMA & KOD PROGRAM: KARYA KLASIK (BMC32103) TAJUK: TOK KENALI ULAMA’ KELANTAN KUMPULAN 4


PENGENALAN Muhammad Yusuf bin Ahmad bin Ahmad yang dikenali sebagai Tok Kenali yang termasyhur di Nusantara. Beliau dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan pada tahun 1868. Tok Kenali mendapat pendidikan awal di Kelantan yang bertumpu kepada pendidikan asas dan keagamaan. Sebagai contoh, membaca Al-Quran, menghafal syair, tasawuf, halal dan haram dalam pemakanan serta ilmu nahwu. Hal ini sedikit sebanyak membentuk keperibadian beliau kerana ibunya seorang guru pengajar AlQuran dan datuknya seorang bilal di Masjid Kenali. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Haji Salleh, Tuan Tabal di Masjid Muhammadi, Qadhi Haji Ismail bin Mahmud dan Haji Awang Alim. Tok Kenali mempunyai kepribadian yang sangat mengagumkan antaranya ialah sifat kesungguhan, ingin tahu, dan kemahuan untuk maju. Ketika beliau berusia 18 tahun, beliau menuntut ilmu di Mekah dengan berbekalkan RM 22. Tok Kenali sentiasa memasuki halaqah ilmu di sekitar Masjidil Haram dengan pengajian ilmu di setiap tiang-tiang masjid oleh masyaikh. Antara gurunya di Mekah ialah Syeikh Wan Ahmad, Syeikh Muhammad Hasbullah dan Sayyid Bakri Syata. Tok Kenali tidak mampu untuk membeli kitab ke kelas pengajian maka sebelum ke kelas beliau menghafal kitab di kedai sehingga ditegur dengan penjual. Dalam hal ini dapat dilihat bahawa kelebihan dan usaha Tok Kenali dalam menghafal dan tidak berputus asa dalam menuntut ilmu. Seterusnya, beliau tidak mempunyai rumah semasa menuntut ilmu di Mekah, Tok Kenali hanya tidur di serambi-serambi masjid selama 6 bulan. Hal ini dikatakan menjadi satu asbab kepada Kelantan digelar sebagai negeri serambi Mekah apabila Tok Kenali pulang ke Kelantan lalu menyebarkan Islam. ANALISIS DAN PERBINCANGAN 1.0 SUMBANGAN TOK KENALI Berdasarkan kepada kajian portfolio yang telah kami lakukan ini didapati bahawa tokoh ini memberi sumbangan yang besar kepada tanah Melayu. Antaranya ialah melahirkan golongan yang menjadi mufti. Antara mereka adalah Saahib AlFadhilah Almarhum Datuk Hj. Ahmad Mahir iaitu bekas mufti kerajaan Kelantan dan Saahib Al-Fadhilah Datuk Haji ismail b.Yusof iaitu timbalan mufti kerajaan Kelantan.


Beliau juga memberi sumbangan sebagai anggota Majlis Agama Islam. Beliau menjadi anggota Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan, dimana menurut sejarahnya penubuhan majlis ini sendiri adalah dengan mendapat nasihat daripada beliau sendiri. Jadi dengan menjadi anggota Majlis Agama Islam ini dapatlah Tok Kenali menggunakan ilmu dan pengaruhnya bagi kebaikan Agama Islam sendiri di samping memupuk dan mempertingkatkan kebudayaan timur. Selain itu, pembukaan dan penubuhan sekolah-sekolah melayu oleh Tok Kenali bagi memberi pengajaran dan kefahaman mengenai kitab-kitab Arab dan Melayu. Hali ini, Tok Kenali dianggap sebagai tempat rujukan untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut. Akhir sekali, sumbangan beliau yang diterapkan sampai sekarang ialah memperkenalkan sistem menghafal dalam pembelajaran agama. Tok Kenali memandang ilmu bukan hanya pada lisan tetapi selalu diingat dalam dada (hati) dan bukan semata-mata sebagai catatan atau buku sahaja kerana ilmu yang ada di dalam hati dapat digunakan secara automatik bila diperlukan. 2.0 KESAN PENINGGALAN TERHADAP MASYARAKAT Sekitar tahun 1915, Tok Kenali bersama dua orang ulama` terkenal di Kelantan iaitu Haji Nik Mahamud Isma`il dan Haji Muhammad Sa`id telah mencadangkan kepada Sultan Kelantan (Sultan Muhammad IV) supaya menubuhkan sebuah Majlis Agama Islam. Sehubungan dengan itu, pada 7 Disember 1915, Majlis Agama Islam telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Sultan Kelantan. Tok Kenali telah dilantik sebagai salah seorang ahli majlis tersebut, iaitu satusatunya jawatan yang di pegang sehingga akhir hayat beliau. Objektif utama penubuhan Majlis ini adalah untuk mengekalkan hak istimewa dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, dan untuk menguruskan kebajikan yang berkaitan dengan pendidikan dan kebudayaan. Di antara kebaikan yang di perolehi daripada penubuhan Majlis ini ialah seperti: 1- Pemiawaian kurikulum di Sekolah Muhammadi. 2- Pemiawaian kurikulum di Masjid Muhammadi. 3- Pemiawaian kurikulum untuk pembelajaran di masjid di setiap kampung. 4- Pemiawaian kurikulum untuk mengajar banduan dan polis. 5- Pemiawaian kurikulum untuk teknik mengajar kepada Mubaligh. (s.g) 6- Penubuhan pejabat Mufti. 7- Penubuhan pejabat penterjemahan


8- Penubuhan percetakan kerajaan 9- Penubuhan perpustakaan rasmi negeri. 10- Percetakan bulanan majalah Pengasuh pada 24-2-1918, (Tok Kenali merupakan pengarang pertama majalah tersebut Di Kelantan beliau mula membuka kelas-kelas pengajian ilmu untuk pendudukpenduduk di situ. Cara pembelajaran yang diperkenalkan oleh Tok Kenali di sana hampir sama dengan cara pembelajaran yang dilakukan oleh al-Jahiz, seorang ulama` terkemuka pada zaman Khalifah Abbasiyyah. Di awal langkah penglibatan beliau sebagai guru di tanah kelahirannya, beliau hanya mempunyai tiga orang pelajar sahaja, tetapi tidak beberapa lama kemudiannya, semakin ramai penduduk penduduk yang datang dari kampung-kampung berhampiran dan luar kawasannya untuk menimba ilmu agama. Penambahan para pelajar Tok Kenali membuahkan hasrat beliau untuk mendirikan sebuah pondok di rumahnya secara tradisional. Berita tentang kemasyhuran Pondok Kenali telah tersebar luas di sekitar tanah melayu yang menyebabkan ramai penduduk terutamanya disemenanjung melayu datang untuk mempelajari ilmu agama. Tok Kenali begitu komitmen terhadapat institusi pondoknya kerana beliau percaya bahawa ilmu merupakan satu wadah yang dapat membebaskan manusia daripada kesesatan dan kejahilan. Sistem ini merupakan acuan modul daripada pengajaran Islam tradisional yang mengikuti system pengajaran terdahulu iaitu katatib (Sekolah Al-Quran). Kesan daripada institusi pondok ini muncul sebilangan ulama` yang bakal menyambung kerja-kerja beliau. Kumpulan ulama` ini menjadi pemimpin yang mempunyai ketokohan dan kepakaran seperti Haji Ya`qub bin Haji Isma`il,44 yang mempunyai kepakaran dalam bidang teologi, hukum hakam, perwalian dan pentafsiran Al-Quran, Shaykh Salih dan Shaykh Ahmad, dua orang pakar dalam bidang teologi, manakala Haji `Abdullah Tahir, Shaykh `Uthman Jalaluddin, Haji `As`ad bin Haji Daud, Haji `Ali Salahuddin pula mempuyai kecekapan dalam bidang hukum hakam Islam. Dalam bidang perwalian pula, Haji Ya`qub bin Ahmad, Haji Daud bin Haji `Umar dan Haji Ya`qub bin Isma`il adalah ulama`-ulama`hebat dan bertauliah


3.0 KARYA TOKOH Pada tahun 1918, Tok Kenali menulis esei tentang tugas dan tanggung jawab seorang penulis. Selain mengajarkan agama, Tok al-Kenali menerjemahkan Tafsir alKhazin dan menulis untuk majalah Pengasuh. Selain karya-karyanya yang berkaitan dengan Islam; Tok Kenali juga menghasilkan karya-karya kreatif yang masih dijadikan referensi cerpen hingga saat ini. Cerpen Tok Kenali sebagian besar ditulis oleh Abdullah Qari Salleh. Abdullah al-Qari Salleh yang mengulas cerpen pendek dari Tok Kenali mengatakan bahwa Tok Kenali menggambarkan bidang penulisan yang sangat penting. Abdullah al-Qari Salleh juga menafsirkan catatan ulama yang menegaskan bahwa Tok Kenali memandang dunia tulisan atau untuk menjadi seorang pengkarya adalah sebagai “peringatan dan bahaya”. Risiko dalam bidang ini akan membawa kepada satu jalan yang perlu ditempuh, yang mana ia penuh ‘keberanian dan kesabaran’. Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H. KESIMPULAN Kesimpulannya, dengan pelaksanaan kajian portfolio ini, pengkaji dapat mengkaji dan menyelidik susur galur hidup seorang teologi iaitu Tok Kenali. Hal ini juga memberi kesan kepada masyarakat di tanah Melayu terutamanya kepada kumpulan pelajar Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif daripada sudut kefahaman tentang salasilah dan juga keturunan penyumbang-penyumbang cendekiawan di tanah Melayu. Oleh itu, diharapkan agar kajian portfolio ini dapat dijadikan bahan bacaan dan rujukan pada masa akan datang. Malah diharapkan juga agar generasi pada masa kini dan akan datang dapat menjadikan beliau sebagai contoh untuk menjadi seorang cendekiawan yang berjaya.


Click to View FlipBook Version