TEMA: PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
TAJUK: PENERAPAN PENDIDIKAN AGAMA DAN
MORAL DALAM KALANGAN PELAJAR
KUMPULAN: 9
NAMA: NUR NAJIHAH BINTI SAIFUDDIN
NO. MATRIK: 068713
PROGRAM: SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG
PENGENALAN
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bersempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Rukun Negara
diperkenalkan rentetan asas perpaduan kaum yang dilihat rapuh dan goyah. Ketika
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan pergaduhan dan rusuhan kaum
khususnya di Kuala Lumpur. Hal ini menunjukkan bahawa penerapan pendidikan agama dan
moral dalam kalangan pelajar amatlah perlu diberi penekanan dalam mencapai sebuah
negara yang aman, maju dan sejahtera. Jelaslah bahawa generasi muda yang mantap
merupakan pemacu masa depan negara.
OBJEKTIF
i. Mengenal pasti punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin lama
semakin terhakis.
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam Pendidikan agama dan
moral.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kajian kerja lapangan yang dilakukan dalam proses pengumpulan data iaitu menerusi kaedah
soal selidik. Proses soal selidik ini dijalankan melalui pengedaran pautan ‘Google Form’ yang
terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Pautan ‘Google Form’
diedarkan menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ selama empat hari dan telah memperolehi 287 orang
responden. Jumlah demografi mengikut jantina menunjukkan jantina responden terdiri
daripada 287 orang yang telah disoal selidik. Jantina lelaki sebanyak 19.5% atau bersamaan
56 orang responden. Bagi jantina perempuan pula adalah sebanyak 80.5% atau bersamaan
231 orang responden. Perbezaan antara jumlah jantina lelaki dengan perempuan dari segi
nilai peratusnya menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu sebanyak 61%. Maklumat yang
diperoleh jelas menyatakan bahawa perempuan lebih berminat untuk mengetahui bagi
menyelesaikan permasalahan setempat ini.
Pelaksanaan projek e-sulam telah memupuk semangat kerjasama antara ahli
kumpulan walaupun dijalankan dalam bentuk virtual dan tinggal berjauhan. Hal ini telah
membentuk ahli kumpulan untuk menjadi lebih kreatif dalam mencari medium yang sesuai
dalam mendapatkan responden dan dapatan kajian sekaligus menjadikan pengkaji lebih
bersemangat dalam pelaksanaan projek kerana keadaan yang terhad. Pengetahuan
masyarakat terhadap Pendidikan agama dan moral juga dapat diperluas melalui pelaksanaan
projek. Namun begitu, kelemahan projek e-sulam ialah masalah jaringan internet yang kurang
stabil sesama ahli kumpulan telah menggangu proses perbincangan. Hal ini telah memberi
kesan kepada tahap kefahaman ahli kumpulan terhadap perbincangan yang dijalankan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendedahan mengenai pendidikan agama dan moral dalam kalangan pelajar
terutamanya amatlah penting dalam membentuk generasi muda yang merupakan masa
depan negara. Harapan daripada kajian ini ialah masyarakat dapat mengaplikasikan
pengetahuan berkenaan agama dan moral dalam tindakan serta sikap dalam kehidupan
seharian. Pada masa yang sama pendidikan agama dan moral di sekolah juga wajar
diteruskan malah diberi penekanan dalam membentuk akhlak pelajar. Hasil kajian ini
menunjukkan objektif yang dinyatakan telahpun tercapai.
SUMBER RUJUKAN
Norhalimah Ahmad (2009). Rukun Negara Malaysia dalam Perspektif Ketatanegaraan Islam.
Dimuat turun daripada
https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/7548/1/NORHALIMAH%2
0AHMAD-FSH.pdf
Prof Madya Dr Mohd Nizam Sahad dan Syaqiq al Azdi (2021), Kesopanan dan
Kesusilaan. Nadi Keharmonian Negara. Dimuat turun daripada
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1987553
Ruslan Hassan (2020), Kefahaman Nilai Etika dan Moral Pelajar di Institusi Pengajian
Tinggi: Satu Sorotan Literatur. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/345770142_KEFAHAMAN_NILAI_ETIKA_
DAN_MORAL_PELAJAR_DI_INSTITUSI_PENGAJIAN_TINGGI_SATU_SOROTAN_
LITERATUR
NAMA: AIN ARISYA ARIMI BINTI MUHAMMAD NEZAMUDDIN JEFFERY
NO. MATRIK: 066107
PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Kajian lapangan ini dijalankan bertujuan untuk memberi sumbangan komuniti kepada
masyarakat. Tajuk yang dipilih ialah Penerapan Pendidikan Agama dan Moral dalam
Kalangan Pelajar di bawah tema iaitu Penghayatan Rukun Negara. Antara rukun negara yang
dikaitkan ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Penerapan mengikut Kamus Dewan Edisi
Keempat ialah memerihalkan perbuatan, menerapkan, mengenakan sesuatu, dan
sebagainya. Agama ialah kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifatnya serta kekuasaan Tuhan
dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya atau kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat juga istilah moral pula bermaksud ajaran atau
pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang diukur
dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Menurut pandangan tokoh Imam Al-Ghazali, pendidikan
merupakan suatu proses kegiatan yang dilakukan secara sistematik bagi melahirkan
perubahan yang progresif pada tingkah laku manusia.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin
lama semakin terhakis.
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik
ini dibuat melalui aplikasi ‘Google Form’. Soal selidik ini diedarkan kepada responden melalui
dalam talian bagi mendapatkan maklumat dengan menjawab soalan-soalan yang disediakan.
Soal selidik ini merangkumi enam soalan yang perlu dijawab oleh responden. Terdapat dua
bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat demografi dan bahagian B berkenaan aspek
kajian. Hasil dapatan mendapati sebanyak 287 orang responden yang telah menjawabnya.
Berdasarkan kaedah soal selidik yang dijalankan terhadap umur, golongan umur antara 13
tahun hingga 15 tahun hanya sedikit sahaja yang menjawab soal selidik ini iaitu sebanyak 20
orang atau 7%. Selain itu, umur antara 16 tahun hingga 18 tahun terdiri 31 orang atau 10.80%
yang mengisi borang soal selidik ini. Majoriti umur antara 19 tahun hingga 21 tahun, ramai
yang sudi menjawab soal selidik yang telah diberikan iaitu seramai 236 orang atau 82.20%.
Hal ini kerana mereka mempunyai banyak pengetahuan tentang tajuk kajian ini.
Antara kebaikan yang diperolehi sepanjang menjalankan kajian ini ialah dapat
mengetahui serba sedikit tentang pandangan masyarakat terhadap pendedahan Pendidikan
Agama dan Moral ini sama ada dalam keadaan membimbangkan atau sebaliknya kepada
pelajar. Kedua, kajian ini memberi kesedaran tentang menjadi akhlak yang lebih baik kepada
masyarakat. Ketiga, semangat kerjasama berpasukan dan tolong-menolong antara satu sama
lain dengan saling bertukar pandangan. Melalui kajian ini juga dapat meningkatkan kemahiran
insaniah seperti komunikasi sesama pelajar dari kos pengajian yang lain. Selain itu, terdapat
keburukan yang diperolehi, antaranya ialah memberi kesukaran dalam memahami sesuatu
arahan dan maklumat yang disampaikan dalam perbincangan kerana perbincangan banyak
dilakukan secara alam maya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan akhlak dan moraliti
pelajar tidak terhakis. Ibu bapa memainkan peranan yang besar kerana setiap awal didikan
bermula dari rumah. Harapan daripada kajian ini ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan
dan kesedaran kepada orang ramai supaya sikap bersopan-santun dan tatasusila dalam
kehidupan seharian. Kajian ini telah mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki.
SUMBER RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008-2017). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun
daripada https://prpm.dbp.gov.my/.
Fadli, A. (2010). Konsep pendidikan imam al-ghazali dan relevansinya dalam sistem
pendidikan di Indonesia. Jurnal El-Hikam, 10(2), 276-299.
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
NAMA: SYAZWINA BINTI AZMI
NO. MATRIK: 065663
NAMA PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU INTERAKTIF DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Penerapan pendidikan agama dan moral kepada pelajar amat berkait rapat dengan konsep
kesopanan dan kesusilaan yang terdapat dalam rukun negara. Secara umumnya, aspek
persefahaman dalam pendidikan Islam adalah jelas berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Manakala pendidikan moral pula mengutamakan kepercayaan kepada tuhan mengikut
kepercayaan agama masing-masing. Melalui pendidikan Islam, aspek toleransi beragama
menerusi istilah sedia menerima perbezaan adalah melalui bersikap sabar dan berlapang
dada serta bersikap terbuka. Pendidikan moral pula turut menekankan sifat menyayangi,
mesra, membantu, menghormati diri, ibu bapa, keluarga, jiran, dan masyarakat. Menurut Prof
Datuk Dr Teo Kok Seong (2020), teras kelima prinsip tersebut memberi penekanan terhadap
aspek nilai kemanusiaan supaya setiap warganegara boleh menghormati dan menerima
perbezaan masing-masing bagi kesejahteraan sosial.
OBJEKTIF
i. Mengenalpasti punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin lama
semakin terhakis.
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Demografi respondan bagi kaum menunjukkan empat kaum iaitu kaum Melayu, India, Cina,
dan lain-lain kaum. Terdapat seramai 287 orang responden yang telah mengisi borang soal
selidik melalui pautan “Google Form”. Jumlah daripada 287 orang, seramai 269 orang
respondan iaitu jumlah dominan daripada keseluruhan atau 93.7% merupakan kaum Melayu.
Bagi kaum India dan cina pula, berkongsi jumlah respondan iaitu seramai 2 orang atau 0.70%
iaitu jumlah resesif bagi keseluruhan respondan telah menjawab borang soal selidik yang
diberikan. Hal ini kerana pengkaji sememangnya menjalankan kajian terhadap semua kaum
yang terdapat di seluruh Malaysia. Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada
tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Namun, pengkaji dikelilingi oleh kaum Melayu
sebagai kaum dominan berbanding kaum lain menyebabkan hasil kajian didominasi oleh
kaum Melayu. Ini tidak bermakna kaum lain tidak memberi kerjasama yang tetapi disebabkan
kekangan kependudukan menyebabkan pengkaji sukar untuk menerima responden berbeza
kaum.
Seterusnya, terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan semasa melaksanakan
projek e-sulam yang dapat pengkaji kenal pasti. Antara kebaikan yang diperolehi daripada
projek e-sulam ini adalah pertama, dapat belajar untuk mengendalikan ‘Google Site’. Projek
ini perlu dibentangkan dalam bentuk laman web yang perlu direka oleh ahli kumpulan sendiri.
Kedua, dapat membina kerjasama yang baik antara ahli kumpulan semasa menjalankan
projek e-sulam ini. Apabila berlakunya perbincangan, setiap ahli kumpulan telah menyumbang
idea untuk menjayakan lagi pelaksanaan projek ini. Ketiga, dapat mendalamkan lagi
pemahaman mengenai rukun negara. Lebih-lebih lagi pada prinsip ‘kesopanan dan
kesusilaan’. Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang dapat dikenal pasti semasa
menajalani projek e-sulam ini. Antaranya adalah perbincangan yang dilakukan secara dalam
talian terganggu akibat berlakunya gangguan internet. Masalah ini timbul apabila ada di antara
kami hanya menggunakan data mudah alih semasa perbincangan dan situasi ini sedikit
sebanyak menyebabkan waktu perbincangan menjadi terhad. Selain itu, sukar untuk
menyampaikan idea apabila masih ada ahli yang sukar untuk memahami idea yang dikongsi.
Masalah ini berlaku apabila idea yang disampaikan itu tidak sampai maknanya kepada
sesetengah ahli dan memerlukan penerangan yang berulang kali. Di situ dapat dilihat berlaku
pembaziran masa untuk meneruskan projek.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu ambil berat mengenai prinsip rukun negara iaitu
kesopanan dan kesusilaan ini. Masyarakat akan mudah untuk membentuk masyarakat yang
harmoni apabila sikap tersebut diamalkan dengan baik. Diharapkan sikap sopan dan bersusila
ini dapat membina generasi masa depan yang bersahsiah melalui subjek agama dan moral
yang diajarkan di sekolah.
SUMBER RUJUKAN
Salleh, K, ABD Khahar, Y.M. (2016). Unsur-unsur Persefahaman antara Agama dalam
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Islamiyyat, 38(2), 111-120.
Bernama. (2020). Pentingnya kesopanan dan kesusilaan. Dimuat turun daripada
https://harakahdaily.net/index.php/2020/07/07/pentingnya-kesopanan-dan-kesusilaan
NAMA: NURUL ALISA BT SERAYA @ IZANI
NO. MATRIK: 066005
PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Kesopanan dan kesusilaan merupakan kunci kepada penjalinan hubungan yang baik apabila
kita berinteraksi dengan orang lain. Seseorang yang bersopan santun dan bertatasusila dapat
dicerminkan melalui tingkah laku dan pertuturan. Masyarakat akan menjadi lebih harmoni dan
aman sekiranya prinsip kesopanan dan kesusilaan dapat diamalkan oleh semua warga di
setiap lapisan masyarakat supaya pertengkaran, pergeseran dan konflik akan dapat
diminimumkan dan segala isu dapat ditangani dengan cara yang rasional dan berhemah. Hal
ini tidak terkecuali bagi negara yang terdiri daripada kaum, budaya dan bahasa yang sama.
Adalah penting bagi kita menerima hakikat kepelbagaian yang wujud dan cuba sedaya upaya
untuk hidup bersama secara harmoni dalam kepelbagaian. Menurut ahli akademik, Profesor
Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin(2010) perpaduan yang berbentuk “perpaduan
dalam keseragaman” (unity in uniformity) merupakan suatu impian yang belum tercapai dan
sukar direalisasikan. Perpaduan hanya dapat dicapai sekiranya semua warga bersetuju dan
mencapai kata sepakat dalam sebahagian besar isu masyarakat. Apa yang dicapai kini ialah
kesepaduan sosial, suatu keadaan yang aman, stabil dan makmur sejahtera di dalam
masyarakat berbilang kaum. Ini merupakan salah satu prasyarat kepada perpaduan.
OBJEKTIF
i. Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moralitas pelajar
semakin lama semakin terhakis.
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertata susila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Majoriti bagi demografi responden mengikut agama ialah agama Islam. Terdapat empat jenis
agama yang merangkumi agama-agama responden seperti agama Islam, Hindu, Buddha dan
lain-lain agama. Terdapat seramai 287 orang responden yang telah mengisi borang soal
selidik melalui pautan ‘Google Form’ yang disediakan. Jumlah bagi penganut agama Islam
berdasarkan responden iaitu seramai 280 orang atau 97.6% daripada 287 responden. Bagi
agama India pula, hanya sebanyak 1% atau seramai tiga orang responden sahaja.
Seterusnya, agama Buddha pula sebanyak 0.7% atau seramai dua orang responden
sahaja. Bagi lain-lain agama pula, jumlah yang sama juga sebanyak 0.7% atau seramai dua
orang responden yang terlibat. Maklumat diperoleh membuktikan bahawa responden bagi
penganut agama Islam lebih ramai yang menjawab dan berhubung dengan perkara yang
dinyatakan serta yang telah disasarkan oleh pengkaji berbanding agama-agama lain.
Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan.
Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan
India. Namun, kajian sememangnya menjalankan kajian terhadap semua kaum yang terdapat
di seluruh Malaysia. Hal ini kerana, kajian soal selidik yang dijalankan dikelilingi oleh kaum
Melayu sebagai kaum dominan berbanding kaum lain. Hal ini menyebabkan, hasil kajian
dipenuhi atau didominasi oleh kaum Melayu. Dapat dilihat bahawa tidak bermakna kaum lain
tidak menyumbang kerjasama tetapi kerana halangan ketinggian orang beragama islam
berbanding kaum lain. Oleh itu, kajian ini terhalang bagi menerima responden yang berlainan
kaum.
Terdapat kelebihan dan kelemahan semasa menjalankan kajian soal selidik dalam
mengenal pasti projek E-Sulam tersebut oleh pengkaji sendiri. Antara kelebihan yang terdapat
semasa menjalankan projek E-Sulam ini ialah mengenali kemampuan dan kelemahan ahli
kumpulan dengan cara membahagikan bahagian tugas masing-masing mengikut kepakaran
ahli kumpulan. Sebuah kumpulan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran dan
mempunyai akauntabiliti, komitmen terhadap prestasi, matlamat kumpulan serta bersedia
melaksanakan tugas secara bersama. Selain itu, meningkatkan lagi pengetahuan dari aspek
yang dikaji iaitu tentang rukun negara. Hal ini kerana, rukun negara mempunyai lima perkara
yang mempunyai maksud tersirat jika dipahami dengan baik dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan akhlak dari segi personaliti, sikap, moral dan lain-lain. Hal ini dapat membentuk
masyarakat yang harmoni dan berpengetahuan yang luas. Kelebihan ketiga ialah dapat
mempelajari cara melakukan atau membuat perjumpaan di ‘Google Meet’ dan mampu
membuat ‘Google Sites’ sendiri. Ahli kumpulan akan membentangkan kerja lapangan dalam
bentuk laman web yang perlu direka oleh ahli kumpulan sendiri dalam mengambil tahu
maklumat responden yang akan dikaji tersebut. Namun, terdapat juga kelemahan dalam
menjalani projek e-sulam ini. Antaranya ialah maklumat tambahan atas talian yang ingin
dikongsikan terhalang kerana terdapat sesetengah ahli kurang memahami maklumat yang
ingin dikongsi. Halangan yang berlaku ini disebabkan maklumat yang disampaikan tidak
memenuhi hasrat makna dan memerlukan penerangan yang berulang kali. Seterusnya,
perjumpaan komunikasi perbincangan secara atas talian memberi kesan terutamanya apabila
cuaca buruk dan data yang terganggu menyebabkan pembelajaran secara atas talian yang
dijalankan terhalang dan hilang kefahaman lalu perlu menanyakan hal yang sama secara dua
kali.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penerapan nilai moral dan agama dalam kalangan masyarakat terutamanya
pelajar perlulah digalakkan agar pelajar dapat memahami dan meningkatkan pengetahuan
nilai-nilai yang baik terutamanya dalam diri sendiri dan kehidupan seharian yang dijalani.
Terdapat harapan oleh pengkaji sendiri iaitu mengalakkan peningkatan ilmu pengetahuan
yang lebih luas dan mendalam tentang ilmu agama, moral, dan nilai-nilai murni serta rukun
negara tersebut agar dapat diterapkan dalam diri pelbagai golongan masyarakat terutamanya
pelajar. Hal ini, maklumat kajian yang telah dikaji mampu memberi hasil yang baik dalam
memahami konsep rukun negara dan maksud-maksud yang tersirat. Namun, hal ini
membolehkan pelajar memahami istilah, pengertian rukun negara dari segi akhlak, moral, dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar agar
lebih berpengetahuan luas dan lebih mendalam tentang aspirasi rukun negara tersebut dan
menjadikan masyarakat yang harmoni dan berakhlak mulia.
SUMBER RUJUKAN
Scrib, (2021). Definisi moral akhlak nilai dan etika. Dimuat turun daripada
https://www.scribd.com/doc/130819998/Definisi-Moral-Akhlak-Nilai-Dan-Etika.
Ming Yeow, Thai. (2021). Aspirasi negara dalam pembinaan bangsa Malaysia. Dimuat turun
daripada https://belia.org.my/wp/2021/07/23/aspirasi-rukun-negara-dalam-
pembinaan-bangsa-malaysia/.
Zulazli et al. (2014). Penghayatan rukun negara. Dimuat turun daripada
http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/pengenalan.html?m=1
NAMA: SITI NUR HATASHA BT DOLAH
NO. MATRIK: 066208
PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Pendidikan moral merupakan satu aktiviti kokurikulum dalam membentuk sahsiah dan akhlak
pelajar menjadi insan yang berkualiti dari segi pelbagai aspek. Pemantapan akhlak dan moral
yang sempurna dapat melahirkan pelajar dalam mencetuskan kesejahteraan insan dalam
sesebuah masyarakat serta menjadi insan yang mempunyai perkembangan sesebuah
tamadun. Tujuan kajian ini untuk menganalisis punca-punca yang menyebabkan akhlak dan
moraliti pelajar semakin terhakis pada saban hari.
OBJEKTIF
I. Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin
lama semakin terhakis
II. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian
III. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral
ANALISIS
Dapatan kajian kerja lapangan yang dilakukan diperoleh daripada analisis data responden
dengan menggunakan kaedah soal selidik. Proses soal selidik ini dijalankan secara atas talian
iaitu melalui pengedaran pautan ‘Google Form’ di aplikasi Whatsapp. Data yang diperoleh
adalah seramai 287 orang. Di samping itu, sebanyak 6 soalan yang disediakan kepada
responden untuk dijawab. Antara salah satu daripada soalan tersebut ialah punca-punca.
Punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin lama semakin terhakis
yang menunjukkan paling dominan ialah pengaruh media sosial yang berleluasa. Hal ini
demikian kerana, masyarakat terdedah dengan media sosial yang mempunyai unsur-unsur
negatif dan mempengaruhi masyarakat terutamanya pelajar untuk menyebarkan perkara
negatif dan berita palsu. Seramai 154 orang responden atau 53.66% daripada 287 orang yang
memilih sangat setuju sebagai punca paling dominan. Manakala responden yang sangat tidak
setuju adalah seramai 8 orang responden atau 2. 79%.
Terdapat pelbagai kebaikan dan kelemahan semasa melaksanakan projek e-sulam.
Antara kebaikan yang diperoleh daripada projek e-sulam ini ialah dapat meningkatkan
produktiviti kumpulan. Hal ini demikian kerana rakan kumpulan dapat berkongsi idea dan
maklumat yang bernas seterusnya meningkatkan kekreatifan idea supaya prestasi juga turut
meningkat Selain itu, dapat mempelajari pautan ‘Google Site’ untuk menyimpan data
maklumat yang dikemukakan oleh ahli tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga
kelemahan dalam melaksanakan projek e-sulam ini. Antara kelemahan melaksanakan projek
e-sulam ialah pertembungan idea yang sama dengan ahli kumpulan. Hal ini demikian kerana
sukar untuk mencari idea yang lain. Selain itu, kurang fokus dalam melakukan kerja secara
atas talian.
KESIMPULAN
Secara rumusannya, daripada kajian yang dijalankan, banyak perkara yang berkaitan dengan
kajian dapat disimpulkan. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mengelakkan berlakunya
masalah akhlak dan moraliti pelajar. Pihak media sosial terutamanya perlulah
bertanggungjawab dalam setiap rancangan yang disiarkan. Hal ini kerana dapat
membendung akhlak pelajar demi melahirkan generasi muda yang berakhlak unggul pada
masa akan datang. Harapan daripada kajian ini adalah setiap masyarakat juga hendaklah
memikul tanggungjawab masing-masing untuk membentuk remaja berpandukan panduan
dan bimbingan dalam kehidupan mereka. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa telah
mencapai objektif yang dinyatakan.
SUMBER RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSM
(Semakan). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
https://ejournal.ukm.my/jpend/article/download/44.01-02/9342.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Special issue. 2018.
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/.
NAMA: NOOR EISYA SUHADA BINTI MUHAMAD
NO. MATRIK: 065762
PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Tajuk kajian yang kami kaji iaitu penerapan pendidikan agama dan moral selari dengan Prinsip
Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menekankan personaliti dan
tingkah laku seseorang. Moral dapat didefinisikan sebagai tingkah laku seseorang yang
berasal daripada perkataan Latin ‘mores’ manakala mengikut Kamus Oxford Advanced
Learner’s, edisi keenam moral bermaksud kesedaran tingkah laku yang baik atau buruk, apa
yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan yang bersifat praktikal. Namun demikian, pendidikan
agama dan moral amat penting dalam kehidupan untuk melahirkan individu yang mempunyai
nilai-nilai murni, bersopan santun dan berdisiplin untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni.
OBJEKTIF
i. Mengenalpasti punca-punca menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin
terhakis
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan kerja lapangan yang dilakukan sepanjang kajian ini telah menggunakan
pendekatan kaedah kualitatif untuk proses pengumpulan dan menganalisis data daripada
responden. Hal ini bertujuan, untuk mengukur kefahaman orang ramai tentang penerapan
pendidikan agama dan moral dengan mengedarkan pautan “ Google Form” di atas talian iaitu
menggunakan aplikasi “Whatsapp”. Proses pengumpulan data ini telah mengambil masa
selama empat hari untuk mengumpulkan semua data dengan memperolehi seramai 287
orang responden telah menjawab soalan soal selidik. Oleh itu, soalan soal selidik telah
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada maklumat
demografi iaitu merangkumi jantina, umur, kaum dan agama manakala bahagian B terdiri
daripada aspek kajian iaitu merangkumi punca, kesan dan pendapat. Oleh itu, bagi soalan
kesan sekiranya tidak bersopan dan bertatasusila dalam kehidupan seharian yang
menunjukkan paling dominan iaitu seramai 153 orang responden menjawab sangat setuju
bagi pernyataan meningkatkan kes jenayah dalam negara seperti buli dan gangguan seksual
manakala paling rendah ialah pernyataan dipandang serong oleh masyarakat iaitu seramai
110 orang responden menjawab sangat setuju daripada 287 orang responden. Hal ini kerana
demikian, kurangnya didikan agama dan moral dalam diri menyebabkan berlakunya kes
jenayah sebegini sekaligus boleh menyebabkan keruntuhan akhlak. Menurut Teo Kok Seong
(2020), apabila ada tindakan individu atau kumpulan yang melampaui batas, kurang ajar dan
tidak bersopan pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati hingga dipersoalkan ke mana
hilangnya adab masyarakat hari ini sekaligus tidak memahami dan menghayati Prinsip Rukun
Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Oleh itu, penghayatan pendidikan agama
dan moral amat penting diterapkan dalam kehidupan untuk melahirkan masyarakat yang
berakhlak mulia dan berkualiti.
Seterusnya, dalam pelaksanaan projek E-sulam ini juga memberi kelebihan seperti
dapat melahirkan sikap bekerjasama dengan kumpulan walaupun projek ini dilaksanakan di
atas talian. Selain itu, dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab dan amanah
terhadap tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, setiap individu ditugaskan untuk melakukan
tugasan yang diberikan oleh ketua dan perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Walaupun pelaksanaan projek E-sulam dilakukan dalam talian, projek ini tetap berjalan lancar
mengikut perancangan.
Selain itu, terdapat juga kelemahan semasa pelaksanaan projek E-sulam ini walaupun
dijalankan di atas talian. Antaranya ialah gangguan internet menyebabkan kami sukar untuk
melakukan perbincangan mengikut masa yang ditetapkan. Kebiasaanya kami menggunakan
platform ‘Google Meet’ untuk perbincangan tugas yang perlu dilaksanakan serta berkongsi
idea tentang projek E-sulam ini. Walaupun terdapat gangguan, kami mencari inisiatif lain
seperti menggunakan aplikasi ‘Whatsapp’ untuk melakukan perbincangan.Oleh itu, gangguan
internet adalah kelemahan yang paling ketara kami hadapi semasa melaksanakan projek ini.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini mengenai penerapan pendidikan agama dan moral dalam
kalangan pelajar telah memenuhi objektif dan menjawab soalan kajian serta pelajar berada
dalam tahap pemahaman yang baik. Oleh itu, penerapan pendidikan agama dan moral dalam
diri amatlah penting untuk membentuk kepribadian seseorang serta mewujudkan nilai-nilai
murni dalam diri mereka. Hal ini kerana keperibadian seseorang akan mencerminkan suasana
kehidupan mereka. Harapan saya agar semua pihak hendaklah mengambil tanggungjawab
terutamanya ibu bapa untuk menerapkan didikan agama dan moral dalam jiwa anak-anak
untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti. Dengan adanya kajian ini, telah membantu
serba sedikit tentang ilmu pengetahuan pelajar berkaitan pentingnya penerapan pendidikan
agama dan moral dalam kehidupan. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan semua objektif telah
mencapai apa yang dinyatakan dan mendapat maklum balas yang baik daripada responden.
SUMBER RUJUKAN
Lunaticg. (2014, July 27). Sejarah dan maksud rukun negara. Dimuat turun daripada
https://www.malaysiancoin.com/2014/07/sejarah-dan-maksud-rukun-negara-
malaysia.html?m=1.
Mid Nuffnang. (2021, May 28). Nota pelajar PISMP. Dimuat turun daripada
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/memberikan-definisi-bagi-moral-
akhlak.html?m=1.
Harakah Daily. (2020, July 7). Pentingnya kesopanan dan kesusilaan. Dimuat turun
daripada https://harakahdaily.net/index.php/2020/07/07/pentingnya-kesopanan-dan-
kesusilaan/#.
NAMA: NURRAIHAN BINTI BAKHORI
NO. MATRIK: 065960
PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Kajian lapangan ini membincangkan tentang penerapan pendidikan agama dan moral dalam
kalangan pelajar. Pendidikan merupakan teras utama dalam membentuk peribadi akhlak
mulia dalam diri pelajar dan akhlak merupakan perkara penting dalam Islam (Hasbullah Mat
Daud, 2020). Menurut keratan akhbar, pendidikan moral dan akhlak perlu menjadi urusan
utama pendidikan negara dalam usaha melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan
bertanggungjawab. Menurut Ruslan Hassan (2020), perkara yang harus ditekankan bagi
melahirkan pelajar yang berakhlak mulia adalah dengan memberi penekanan kepada aspek
kefahaman yang jelas berkaitan nilai etika dan moral yang menjurus kepada pembinaan
peradaban. Hal ini bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan beriman, berakhlak mulia serta
bersedia menangani cabaran semasa.
OBJEKTIF
i. Mengkaji punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin lama
semakin terhakis.
ii. Mengenal pasti kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kajian kerja lapangan ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik iaitu melalui ‘Google
Form’ dan diedarkan melalui aplikasi whatsapp. Kajian ini memperoleh data responden
sebanyak 287 orang daripada pelbagai jantina, umur, kaum dan agama. Soal selidik ini
mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A ialah maklumat peribadi responden manakala
bahagian B ialah aspek kajian yang merangkumi punca, kesan, usaha dan pendapat. Menurut
hasil kajian, usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama dan
moral yang menunjukkan paling dominan iaitu seramai 200 orang responden memilih jawapan
sangat setuju bagi pernyataan ibu bapa memberikan didikan dan bimbingan kepada anak-
anak dalam pembentukan akhlak di rumah manakala paling kurang dominan ialah pernyataan
galakan kerajaan mengadakan kempen “Berbudi Bahasa dan Nilai Murni” kepada masyarakat
iaitu seramai 125 orang responden menjawab sangat setuju daripada 287 orang responden.
Menurut Mohd Rizal (2019), Islam menggesa setiap ibu bapa menitikberatkan aspek
pentarbiahan atau pendidikan anak-anak. Ibu bapa perlu mengambil berat hal berkaitan
asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Hal ini jelas menunjukkan
pendidikan agama serta menerapkan aqidah perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Kelebihan semasa menjalankan kajian E-sulam ini ialah semua ahli telah mendapat
pengetahuan dan pengalaman baharu semasa menyiapkan kajian ini. Setiap ahli dalam
kumpulan sangat berdedikasi untuk bekerja sebaik mungkin untuk menyelesaikan tugasan ini.
Semangat kerja berkumpulan juga dapat dipupuk semasa menjayakan tugasan ini. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kekurangan semasa menjalankan kajian ini iaitu gangguan
masalah internet ketika mengadakan sesi perbincangan kumpulan melalui ‘google meet’. Hal
ini menyebabkan agak sukar untuk melakukan perbincangan tentang kajian ini bersama ahli
kumpulan yang lain.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian lapangan ini menunjukkan bahawa semua objektif telah tercapai.
Penerapan pendidikan agama dan moral ini perlu diambil berat kerana hari demi hari
pendidikan agama dan moral semakin terhakis dalam kalangan pelajar. Jika penerapan
pendidikan agama dan moral dalam kalangan pelajar semakin terhakis, ini akan memberi
kesan buruk pada masa akan datang. Melalui kajian ini diharapkan agar semua pihak
terutamanya guru, ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan yang signifikan untuk
menerapkan pendidikan agama dan moral dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana melalui
penerapan pendidikan agama dan moral akan dapat membina generasi masa depan yang
bersahsiah melalui subjek pendidikan agama dan moral yang diajar di sekolah. Semoga kajian
ini dapat memberi perubahan yang baik dan memberi kesedaran kepada komuniti
masyarakat.
SUMBER RUJUKAN
Hasbullah Mat daud, Ahmad Yussuf, Fakhrul Adabi Abdul Kadir (2020).
Pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar melalui pembelajaran sosial menurut
perspektif islam. E-Bangi 17(9). Dimuat turun daripada
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&as_ylo=2020&q=punca+p
unca+
menyebabkan+akhlak+dan+moraliti+pelajar+terhakis+&btnG=#d=gs_qabs&u=%23p
%3DFmEicl1f52UJ
Mohd Rizal (2019, March 26). Mendidik anak jadi soleh. Dimuat turun daripada
https://www.hmetro.com.my/amp/addin/2019/03/437753/mendidik-anak-jadi-soleh
Ruslan Hassan, Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar, Azmul Fahimi Kamaruzaman (2020)
Kefahaman nilai etika dan moral pelajar di institusi pengajian tinggi. Jurnal pengajian
umum asia tenggara. Dimuat turun daripada
https://scholar.google.com/scholar?q=usaha+untuk+menerapkan+diri+setiap+pelajar
+dalam+pendidikan+agama+dan+moral+&hl=en&as_sdt=0,5&as_rr=1#d=gs_qabs&
u=%23p%3DIFL8uxwPX6gJ
Pendidikan moral, akhlak jadi urusan utama pendidikan negara. (2015, Mei 16). Dimuat turun
daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/05/55209/pendidikan-moral-
akhlak-jadi-urusan-utama-pendidikan-negara-tpm.
NAMA: RASHID KHAIRI BIN SUHAIMI
NO MATRIK: 065972
PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh
Majlis Gerakan Negara. Menurut Azhari Latif (2020), Rukun Negara dibentuk dengan tujuan
utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan
kestabilan Malaysia. Prinsip Kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang
menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat Malaysia. Perkara ini
bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Oleh itu,
tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan berkaitan penerapan pendidikan agama dan
moral dalam kalangan pelajar. Menurut Soo (2013), nilai-nilai murni merupakan amalan baik
yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari
norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini juga dapat
melahirkan insan yang unggul demi merealisasikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu,
mata pelajaran bagi Pendidikan Agama dan Moral telah diajar di peringkat sekolah lagi supaya
mampu membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan mereka. Malah, pendidikan agama dan moral juga merupakan asas bagi
pembentukan akhlak setiap individu.
OBJEKTIF
i. Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin
lama semakin terhakis.
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini memaparkan hasil kajian dan membincangkan analisis data yang telah dilakukan
daripada soal selidik. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik
berkaitan kajian. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah soal
selidik. Kaedah ini memudahkan dalam pengumpulan data dan hasil maklumat yang lengkap.
Oleh itu, kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan matlamat kajian. Soal
selidik ini dibuat melalui aplikasi “Google Form”. Soal selidik ini telah diedarkan kepada
responden secara dalam talian bagi mendapatkan maklumat dengan menjawab soalan-
soalan yang diberikan. Soal selidik ini merangkumi enam soalan yang perlu dijawab oleh
responden. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A ialah meliputi demografi ataupun dikenali sebagai latar belakang responden.
Pada bahagian B pula adalah tentang aspek kajian iaitu persoalan bagi menjawab objektif
kajian. Dalam bahagian tersebut terdapat lima skala likert yang dijadikan sebagai panduan
untuk menjawab soalan yang disediakan iaitu 1- Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-
Kurang Setuju, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju. Kaedah instrumen kajian bagi soal selidik ini adalah
berbentuk soalan tertutup dimana soalan yang telah disediakan jawapan. Responden hanya
perlu menjawab dengan menandakan pada ruangan yang telah disediakan. Hasil dapatan
mendapati seramai 287 orang responden yang telah dijawab. Penerapan pendidikan agama
dan moral dalam kalangan pelajar dipilih sebagai tajuk kajian supaya dapat mengetahui
sejauhmana pengetahuan nilai-nilai murni dan akhlak pelajar. Oleh itu, tajuk kajian ini sangat
sesuai dilaksanakan bagi mendedahkan kepada golongan muda tentang pentingnya
pembentukan akhlak seseorang. Soalan berkaitan pendapat responden mengenai adakah
program pembangunan sahsiah mempengaruhi pembentukan karakter pelajar? Seramai 272
orang atau bersamaan 94.8% yang bersetuju dengan pendapat bahawa melalui program
pembangunan sahsiah mampu mempengaruhi pembentukan karakter pelajar. Namun begitu
ada juga responden yang tidak setuju bagi pernyataan tersebut iaitu seramai 15 orang atau
bersamaan 5.2%. Oleh hal demikian jawapan Ya telah mendapat sokongan ramai daripada
287 orang responden. Menurut Fauziah Hanim Jalal, Nurul ‘Ain Daud, Nazariah Abd Samad.
(2015), isu sahsiah murid semakin kompleks dan berpunca daripada pelbagai faktor dan
memerlukan pendekatan yang sesuai bagi memenuhi keperluan dari kepelbagaian latar
belakang murid dan sekolah. Hal ini kerana golongan muda yang akan menjadi nadi kepada
pembangunan negara pada masa akan datang dan memerlukan bimbingan yang sepenuhnya
dari aspek nilai, agama dan intelektual.
Selain itu, terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan semasa melaksanakan projek
E-Sulam. Antara kebaikannya ialah semangat kerja berkumpulan dimana masing-masing
mempunyai peranan dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Sumbangan idea yang
bernas disambut baik oleh rakan dan tunjuk ajar bagi rakan yang kurang faham telah
meningkatkan lagi semangat dalam menyiapkan projek ini. Sebagai contoh, pembelajaran
dalam mengendalikan ‘Google Site’ dan membuat ‘Google Form’ bagi soal selidik. Kerja yang
sukar menjadi mudah kerana sikap tanggungjawab setiap ahli dapat mengurangkan bebanan
dan mampu menyiapkan projek sampai jaya. Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan
dalam melaksanakan projek ini iaitu perbincangan ahli kumpulan melalui ‘Google Meet’ yang
memerlukan jaringan internet yang tinggi bagi memastikan segala perbincangan berjalan
lancar. Hal ini kerana ada beberapa ahli yang menghadapi masalah jaringan internet yang
menyebabkan beberapa info perbincangan tidak dapat.
KESIMPULAN
Kajian ini secara keseluruhannya mengenai penerapan pendidikan agama dan moral dalam
kalangan pelajar. Berdasarkan objektif kajian, pemahaman pelajar dalam pendidikan agama
dan moral adalah berada pada tahap yang tinggi. Para pelajar juga boleh memahami isi
kandungan serta topik dalam pembelajaran pendidikan agama dan moral. Perkara ini jelas
membuktikan bahawa objektif kajian telahpun tercapai. Kajian yang dijalankan juga telah
mendapat kerjasama yang baik daripada responden. Maka dengan terhasilnya kajian ini
diharapkan agar memberi serba sedikit ilmu dan panduan kepada pihak tertentu terutamanya
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melihat peranan Pendidikan Agama
dan Moral dalam membina sahsiah pelajar yang berkualiti. Cadangan saya berkaitan kajian
ini adalah dapat menambahbaik kaedah dalam penghayatan akhlak setiap pelajar kerana
belia merupakan harapan negara untuk kekal sejahtera.
SUMBER RUJUKAN
Azhari latif. (2020). Objektif dan Prinsip Rukun Negara. Dimuat turun daripada
https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/news-from-mission/-/blogs/objektif-dan-
prinsip-rukun-negara.
Fauziah Hanim Jalal, Nurul ‘Ain Daud, Nazariah Abd Samad. (2015). Kesan Program
Pembangunan Sahsiah Terhadap Pembentukan Karakter Pelajar. Bitara Edisi Khas
(Psikologi Kaunseling), 8(1), 2-16.
Soo. (2013). Kepentingan Pendidikan Moral. Dimuat turun daripada
http://chuahyie.blogspot.com/2013/05/kepentingan-pendidikan-moral.html.
NAMA: MOHD AIMAN AQIL BIN BAKHORI
NO. MATRIK: 066465
PROGRAM: SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG
PENGENALAN
Projek Sulam ini telah direncanakan dan diselesaikan dengan merujuk kepada rukun-rukun
negara di negara Malaysia, terutamanya rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan
kesusilaan. Oleh itu, pendidikan agama dan moral merupakan suatu medium yang digunakan
untuk menanamkan idea tersebut kepada setiap sanubari rakyat Malaysia. Pendidikan ini
merupakan subjek wajib yang diajarkan kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah. Merujuk kepada Sumintono, Lokman dan Mohd Anuar (2012),
“Pendidikan ini bertujuan membentuk individu yang berpotensi untuk menjadi insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dapat menyumbang
kepada keharmonian negara”. Justeru itu, projek Sulam ini direalisasikan untuk mengkaji dan
membaiki akhlak golongan remaja di negara kita supaya terus maju.
OBJEKTIF
i. Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin
lama semakin terhakis.
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berkaitan projek Sulam ini, perkara yang ingin disampaikan atau ditujukan adalah mengenai
Rukun negara yang kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Perkara ini disokong dengan
menerangkan mengenai pendidikan agama dan moral di negara ini. Oleh itu, borang tinjauan
dan soal-selidik yang mengandungi pelbagai soalan telah disebarkan kepada orang ramai
menggunakan platform google di internet. Selain itu, borang tinjauan dan soal-selidik itu
diedarkan terutamanya kepada golongan remaja sebagai fokus utama projek atau kajian ini.
Hal ini berlaku kerana golongan remaja yang akan menerajui negara pada masa akan datang,
jadi mereka perlulah mempunyai moral, akhlak, nilai dan etika yang baik. Di samping itu,
melalui hasil kajian tersebut, pelbagai perkara yang penting berjaya diperolehi.
Sebagai contoh, pada soalan lima tinjauan dan soal-selidik tersebut iaitu perbuatan
manakah yang dapat mencorak akhlak insan terpuji dalam kehidupan seharian, majoriti
responden memilih jawapan solat. Hal ini berlaku kerana agama memainkan peranan yang
penting dalam membentuk akhlak terpuji seorang insan dan solat merupakan tonggak utama.
Menurut Mohd Nasir Omar (2013), pendekatan falsafah, terutamanya falsafah akhlak Islam
dapat membentuk sikap dan sifat manusia iaitu mental, akal dan budi dari segi luaran dan
dalaman. Akhir sekali, terdapat juga rintangan dan kelebihan yang diharungi sepanjang
menjalankan projek Sulam ini. Sebagai contoh, halangan untuk menjalankan projek dalam era
pandemik ini seperti masalah internet, manakala kelebihan adalah ahli kumpulan yang
sentiasa membantu dan juga pensyarah yang aktif memberi tunjuk ajar.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, projek Sulam ini merupakan suatu projek yang bagus dan mempunyai
matlamat yang baik untuk disertai oleh para pelajar. Justeru itu, pihak yang terlibat perlulah
meneruskan rencana untuk terus memberikan tugasan kepada pelajar yang akan datang
untuk melakukan projek Sulam ini. Cadangan yang dapat diberikan adalah supaya kerajaan
atau pihak yang terlibat mengambil cakna mengenai masalah atau keperluan remaja bagi
melahirkan generasi masa depan yang cemerlang dan terbilang. Akhir sekali, semoga projek
Sulam ini dapat memberi perubahan yang baik kepada komuniti dengan menanam sifat-sifat
mulia dalam diri setiap orang dan memberikan kesedaran.
SUMBER RUJUKAN
Sumintono, Bambang & Tahir, Lokman & Abdurahman, Mohd. (2012). Pendidikan Moral
di Malaysia: Tantangan dan Implementasi Pendidikan Karakter di Sekolah.
Journal Pendidikan Karakter. 2(1). 14-22.
Mohd Nasir Omar (2013). Akhlak dan Pembangunan Insan: Pendekatan Falsafah.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/308071688.
NAMA: NURUL SYAFIKA BINTI ABDUL
NO. MATRIK: 065857
PROGRAM: SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA
INTERAKTIF
PENGENALAN
Pendidikan Moral adalah satu subjek yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni
dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks negara Malaysia,
subjek ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan Islam kerana pelajar muslim mempunyai subjek
Pendidikan Islam yang mana diajar tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan
berlandaskan agama Islam (Kartini, 2013). Hal ini menunjukkan bahawa penerapan
Pendidikan Agama dan Moral berperanan penting dalam membentuk sahsiah masyarakat
khususnya pelajar.
OBJEKTIF
i. Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan akhlak dan moraliti pelajar semakin
lama semakin terhakis.
ii. Mengetahui kesan-kesan sekiranya pelajar tidak bersopan dan bertatasusila dalam
kehidupan seharian.
iii. Mengkaji usaha-usaha untuk menerapkan diri setiap pelajar dalam pendidikan agama
dan moral.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kajian ini telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul data mengenai
penerapan Pendidikan Agama dan Moral dalam kalangan pelajar. Kaedah ini dijalankan
secara dalam talian melalui pautan ‘Google Form’ dan diedarkan di aplikasi ‘WhatsApp’
selama empat hari untuk memudahkan orang ramai khususnya pelajar mengisi borang soal
selidik tersebut. Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik tersebut iaitu bahagian A
berkaitan maklumat demografi yang mempunyai empat soalan dan bahagian B berkaitan
aspek kajian yang mempunyai enam soalan seperti punca, kesan, usaha dan pendapat.
Dengan ini, hasil kajian mendapati bahawa seramai 287 orang responden telah mengisi
borang soal selidik tersebut. Tajuk ini dipilih kerana sesetengah masyarakat kurang
berpengetahuan mengenai Pendidikan Agama dan Moral khususnya pelajar dan mempunyai
akhlak yang kurang baik. Di samping itu, analisis bagi soalan pendapat iaitu peranan
pendidikan agama dan moral dalam kalangan pelajar sebagai seorang anak yang
menunjukkan paling dominan adalah menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa. Hal ini
kerana, nilai agama dan moral amat penting kepada anak-anak dan Islam telah mengajarkan
nilai-nilai positif yang bermanfaat dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini menyebabkan,
pembelajaran berkaitan dengan nilai agama dan moral perlu dikembangkan (Nurdin Cahyadi,
2019). Dengan ini, penerapan Pendidikan Agama dan Moral sangat penting kepada
masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang bersopan santun dan bersusila.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan semasa melaksanakan
projek e-sulam. Antara kebaikannya ialah semua ahli kumpulan telah memberikan kerjasama
yang baik sepanjang menjalankan projek e-sulam. Selain itu, setiap ahli kumpulan memainkan
peranan masing-masing dan saling membantu bagi menyiapkan tugasan serta memudahkan
pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Seterusnya, setiap ahli
kumpulan memberikan pelbagai idea yang menarik dan idea tersebut diterima dengan baik
oleh ahli kumpulan. Di samping itu, dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan
Pendidikan Agama dan Moral hasil daripada kajian yang dilaksanakan. Namun demikian,
terdapat kelemahan semasa melaksanakan projek ini iaitu semua ahli kumpulan tidak dapat
berjumpa secara bersemuka dan sukar untuk melakukan perbincangan semasa projek ini
dijalankan. Tambahan pula, kajian ini tidak mendapatkan maklumat melalui temu bual kerana
ianya merupakan satu cabaran untuk dilaksanakan secara dalam talian.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah meningkatkan pembelajaran Pendidikan Agama dan
Moral di peringkat sekolah supaya pelajar dapat mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai
murni di dalam kehidupan. Oleh itu, kajian ini berharap penerapan ini dapat meningkatkan
tahap pengetahuan masyarakat berkaitan agama dan moral dengan lebih mendalam dan
mewujudkan masyarakat yang berjaya dari semua aspek dalam kehidupan. Hal ini
menununjukkan bahawa hasil kajian ini telah mencapai objektif yang dinyatakan kerana
responden memberikan maklum balas yang baik dalam borang soal selidik.
SUMBER RUJUKAN
Kartini. (2013). Apa Itu Pendidikan Moral. Dimuat turun daripada
http://panitiapendidikanmoralsmkbj.blogspot.com/2013/01/apa-itu-pendidikan-
moral.html.
Nurdin Cahyadi. (2019). Pendidikan Agama Dan Moral Penting Bagi Anak. Dimuat
turun daripada https://www.disdik.purwakartakab.go.id/berita/detail/pendidikan-
agama-dan-moral-penting-bagi-anak.