The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA - PAKAIAN TRADISIONAL NEGERI DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-08324891, 2022-08-11 01:15:55

PAMERAN BERTEMA - PAKAIAN TRADISIONAL NEGERI DI MALAYSIA

PAMERAN BERTEMA - PAKAIAN TRADISIONAL NEGERI DI MALAYSIA

SK SUNGAI SERAI,43100 HULU LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN.

PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM DI MALAYSIA

ANJURAN PUSAT SUMBER VILA CAMELIA SK SUNGAI SERAI

JOHOR

Baju kurung Johor untuk
perempuan menjadi sinonim
dengan baju kurung tradisional
yang standard. Ia mengenakan
kain yang disusun di sebelah
kiri. Rata-rata wanita Melayu di
Malaysia mengenakan baju
kurung Johor, ini termasuk
pakaian rasmi pelajar sekolah
rendah dan menengah.

KEDAH

Baju kurung Kedah pula
berpotongan pendek separas
punggung dengan kain selisih.

PULAU PINANG

Baju tradisional wanita Pulau
Pinang pula adalah kebaya
pendek yang dipadankan
dengan kain batik atau songket
selisih. Lelakinya pula
mempunyai pengaruh pakaian
golongan ‘Mamak’ yang banyak
terdapat di Pulau Pinang,
namun pakaian baju melayu
dan samping yang dikenakan
terdapat asimilasi budaya
Melayu dan Mamak.

PERAK

Pakaian tradisonal Melayu Perak
selain berbaju melayu teluk
belanga, ia dipadankan dengan
tengkolok potongan rendah.
Wanitanya pula mengenakan
pakaian baju kurung cekak
musang dengan tali pinggang
bengkung untuk mengikat
samping. Manakala kain ditukar
kepada seluar yang mirip
pakaian tradisional masyarakat
Aceh, Sumatera.

SELANGOR

Pakaian tradisional Melayu bagi
negeri Selangor pula
mempunyai pengaruh Bugis di
mana lelakinya akan
mengenakan jaket di luar selain
baju melayu yang dipakai di
bahagian dalam lengkap
bersamping. Manakala
wanitanya akan mengenakan
baju potongan Bugis dengan
bertali pinggang yang
dipadankan dengan kain selisih.

MELAKA

Pakaian tradisional wanita
Melayu Melaka pula selesa
mengenakan baju kurung
dengan mempunyai hiasan dada
bercorak di bahagian bahu,
manakala lelakinya
mengenakan jaket di bahagian
luar selain baju melayu.

MELAKA

Di Melaka juga mempunyai
masyarakat Portugis akibat
tinggalan penjajah Portugis di
Melaka pada kurun ke-16.
Pakaian tradisional wanitanya
adalah gaun yang berlengan
besar dan lelakinya
mengenakan baju sut sama
seperti di Barat.

KELANTAN

Kelantan yang mendapat jolokan
sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang
mendapat pengaruh Siam terhadap
pakaian tradisionalnya. Pakaian
wanitanya mirip kepada pakaian wanita
Siam dalam persembahan Makyong di
mana mereka akan mengenakan
mahkota dan tali pinggang besar
(pending) di samping selendang yang
besar. Pakaian lelakinya pula akan
mengenakan jaket di luar.

KELANTAN

Di Kelantan juga mempunyai ramai
masyarakat Siam terutama sekali di
daerah Tumpat. Masyarakat Siam ini
yang berasal dari Thailand dan
kebanyakannya beragama Buddha
namun berasimilasi dengan budaya
Melayu seperti dalam aspek makanan
dan kehidupan seharian. Pakaian
tradisional mereka mirip kepada
masyarakat di Thailand

NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan yang mendapat
jolokan sebagai negeri Minang kerana
perkaitan sejarahnya dengan
Minangkabau di Sumatera, menerima
pengaruh Minang bagi pakaian
tradisionalnya. Biasanya wanita yang
memakai pakaian tradisional Minang
akan mengenakan tengkolok tanduk
kerbau sebagai simbol budaya
masyarakat Minang. Manakala pakaian
tradisional lelaki mempunyai butang
yang juga pengaruh daripada
Minangkabau.

TERENGGANU

Pakaian tradisional orang
Melayu Terengganu yang biasa
dikenakan oleh masyarakat
sekarang dengan baju kurung
teluk belanga dan lelakinya
baju melayu teluk belanga.

PAHANG

Bagi negeri Pahang pula, potongan
baju kurung wanitanya berpesak
dengan potongan kembang di bawah
tanpa berkekek, dan dipadankan
dengan kain selisih. Namun ada juga
yang memadankannya dengan kain
susun di tepi. Ia juga dikenali sebagai
Baju Riau Pahang kerana pengaruh
kerajaan Melayu Riau yang pernah
datang ke situ. Lelakinya mengenakan
baju melayu cekak musang

PERLIS

Bagi negeri Perlis pula, pakaian
wanitanya terkenal dengan
kebayanya, dan lelaki pula
mengenakan baju melayu yang
berjaket di luar.

SABAH

Bajau

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita
menggayakan blaus badu sampit dan kain
sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala sarempak.
Lelaki Bajau menggayakan baju potongan
Cekak Musang, seluar, samping dan
destar.Orang Bajau, (juga ditulis sebagai
Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah
kumpulan etnik pribumi dari Malaysia dan
Filipina Selatan serta diiktiraf
sebagaikumpulan etnik kedua terbesar
di Negari bahagian Sabah.

SABAH

Kadazan

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari
Penampang. Lelakinya memakai baju gaung,
seluar souva, bengkung toogot dan pakain
kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang
himpogot.Baju tradisional suku kaum Kadazan
daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias
renda kuning keemasan. Lelaki memakai
pakaian kepala sigal dari kain destar dan
wanita memakai siung dari anyaman buluh
halus bermotifkan geometrik etnik Sabah.
Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang
syiling perak.

SABAH

Murut

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai
jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu
puputul yang dilukis dengan motif dari manik
atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan
juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan
pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan
motif sarat dari manik-manik berwarna-warni.
Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai
rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang
Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi
yang mendiami wilayah utara pedalaman
Kalimantan.Sebahagian besar masyarakat
Murut adalah di pedalaman barat daya Sabah,
Malaysia timur, khususnya daerah Keningau,
Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang
Sapulut dan Sungai Padas.

SARAWAK

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat
adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian
hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah.
Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai
hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengancara melilitnya
dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan
bahagian yang berhia.

DANGDONG

Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak
tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-
barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

SARAWAK

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANG

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain
sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas
lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang
berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain
seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai
pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang
ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-
warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang
perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan
diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.
Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka
corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang
emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

SARAWAK

PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM
BIDAYUH

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan
seluar dari satin dihiasi pita merah
dan putih. Bahagian luar memakai
jipo Boyuh dari kulit kayu dan
kalung gigi beruang.

PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM
BIDAYUH

Wanita Bidayuh menggayakan baju
jipo pendek dan skirt bidang fabrik
satin rona hitam berhias selempang
merah perhiasan pinggang daripada
syiling perak. Perhiasan kepalanya
ialah sipiah dari tiga warna hitam,
merah dan putih berhias manik,
labuci dan syiling perak.

SARAWAK

PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM
MELANAU

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki
menggayakan baju potongan
moden bersamping broked oren
keemasan, pinggang berikat
selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM
MELANAU

BAJU BABAN

Wanita Melanau menggayakan Baju
Baban asal pakaian pengantin
Melanau. Baju kurung pendek
warna hitam dipadankan dengan
kain songket. Di dada memakai 2
helai selendang merah dan
perhiasan diri kepih dada dan kepih
sanggul.

 https://maruwiah.com/2012/06/24/pakaian-tradisi-kaum-semenanjung-
malaysia/


Click to View FlipBook Version