The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI MASYARAKAT TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raziq0369, 2022-12-02 02:06:49

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI MASYARAKAT

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI MASYARAKAT TAHUN 2022

PENGENALAN

Program khidmat masyarakat adalah kerja-kerja kemasyarakatan
yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat
serta tujuan yang murni. Melalui program khidmat masyarakat ini
pelajar-pelajar diajar untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat,
amalan ringan tulang serta membantu orang lain yang
memerlukan. Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja tetapi melalui
aktiviti-aktiviti di luar kelas seperti ini. Perasaan simpati dan empati
dilihat amat penting dalam membina jati diri mereka agar mereka
sedar akan kekurangan orang lain dan dapat memberikan khidmat
dan bakti kepada golongan yang memerlukan. Di samping itu juga
menerusi program ini kita ingin mendedahkan kepada pihak luar
tentang kemampuan pelajar kolej vokasional dalam
mengendalikan aktiviti kemasyarakatan selain membuka peluang
kepada anak-anak kurang bernasib baik (anak-anak yatim) ini
untuk mengetahui tentang sistem pendidikan TVET yang banyak
membantu golongan B40 dalam membina masa depan yang
cerah. Kerjasama yang dibina ini diharapkan mampu memberi satu
persepsi yang positif dalam memastikan kemenjadian pelajar-
pelajar KV menjadi keutamaan.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Ahli PRS dapat mempelajari tentang cara menyantuni
dan memelihara anak yatim.
2. Menjadi penyokong ataupun memberi sokongan
kepada anak-anak yatim.
3. Memberi sumbangan kepada rumah kebajikan anak
yatim dari segi pertolongan contohnya dari segi
makanan dan juga membantu menceriakan tempat
mereka.
4. Mewujudkan silaturrahim dan kerjasama yang erat
dalam gabungan PRS daripada KV Sungai Petani 2, KV
Batu Lanchang dan KV Kangar dalam melaksanakan kerja
khidmat sosial.

JAWATAN KUASA KERJA

Penyelaras Program : Irsalina Husna binti Mohd Hazir

Penolong penyelaras program : Allynna Qistina Binti Mohd Norsyarman

Setiausaha : Hong Jessica Oey Maei

Sumbangan : Nur Tiara Qistina binti Mazli
Nur Amani Zafirah binti Baharudin

Pelaksanaan Aktiviti : Lily Nurain Binti Zainal
Muhamad Ammar Raziq Bin Zamri
Muhammad Adam Zikri Nordin
Amalina Unick Binti Zulkefly
Asma'ul Husna Binti Sabri
Nur Aliesa Najieha Binti Azian@Azlan

Cenderahati : Nur Amiesa Binti Amir
Siti Nur Ain Binti Abd Halim

Publisiti/Banner Maya : Faiz Bin A.R Rusnan
Faiz Danieal Khor Bin Abdul Hakim Khor

Dokumentasi : Allynna Qistina Binti Mohd Norsyarman

TENTATIF PROGRAM

SABTU ( 3 Disember 2022)

7.30 pg : Berkumpul di Dewan Mutiara KVSP2
7.45 pg : Sesi Taklimat Program kepada semua pelajar
8.00 pg : Bertolak ke PERTUBUHAN KEBAJIKAN TAHFIZ TAUFIQILLAH
9.30 pg : Tiba di PERTUBUHAN KEBAJIKAN TAHFIZ TAUFIQILLAH
9.45 pg : Diberi taklimat oleh Pengurus Rumah Kebajikan Anak Yatim

yang bertugas.
: Taklimat daripada wakil KV (tujuan kedatangan dan

sedikit promosi outreach berkaitan KV)
10.00 pg : Melawat kawasan persekitaran PERTUBUHAN KEBAJIKAN

TAHFIZ TAUFIQILLAH
10.30 pg : Sesi pengenalan dan pengagihan aktiviti kumpulan bersama

anak yatim dan PRS KV
11.00 pg : Aktiviti (SLOT LDK : Dikendalikan Oleh Kaunselor dan PRS)
12.30 tgh :Makan tengah hari/ solat
2.00 ptg :Gotong-royong kawasan sekitar PERTUBUHAN KEBAJIKAN

TAHFIZ TAUFIQILLAH
4.30 ptg : Penyampaian sumbangan Bakul Makanan kepada wakil

PERTUBUHAN KEBAJIKAN TAHFIZ TAUFIQILLAH
5.00 ptg : Bertolak pulang ke KVSP2
6.30 ptg : Tiba di KVSP2

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version