AMALAN TRADISI KEKELUARGAAN KAUM INDIA DAARUN 3UM
PENGENALAN Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan dar masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, Justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum di Malaysia.
TANDA HORMAT KAUM INDIA Dalam masyarakat India, adat hormat-menghormati antara satu sama lain amat dititikberatkan. Bagi kaum India, mereka menyapa dengan sebutan "vanakkam " yang bermaksud salam sejahtera.Selain itu, mereka juga sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, pekerjaan dan lain-lain lagi.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu merupakan permulaan bagi gaya pemakaian dari benua India, khususnya dalam kalangan Hindu-Ceylonese. Pakaian kaum India terkenal dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Contohnya pada hari perkahwinan, lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari.
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. SARI DHOTI
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA Masakan India merupakan masakan yang terdiri daripada banyak kawasan di anak benua India. Ciri khas masakan India adalah penggunaan berbagal rempahrempah khas India dan sayuran yang tumbuh, dan beraneka ragam hidangan vegetarian. Contoh makanan bagi masyarakat India lalah muruku, idli, tosai dan makanan berat yang lain.
MURUKKU TOSAI IDLI
TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA Kebudayaan India telah wujud selama beribu tahun dahulu. Oleh itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India. Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya, tarian yang paling dikenali ialah Bharatam, dan Kathak.
BHARATHAM MAYILATTAM KATHAK KOLATTAM
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA Muzik tradisional India telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Permulaan dan inspirasi bagi muzik India adalah pemujaan para dewa dan dewi. Kebanyakan muzik kaum India mempunyai unsur ketuhanan. Antara alat muzik tradisional kaum India yang terkenal di Malaysia ialah tabla, veenai dan harmonium
veenai TABLA HARMONIUM
PERAYAAN UTAMA KAUM INDIA SAMBUTAN DEEPAVALI Perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan hari itu merupakan hari cuti di Malaysia. Gabungan perkataan Dipa yang beerti cahaya dan perkataan"Gavali" yang beerti barisan disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai Pesta Cahaya
THAIPUSAM Thaipusam disambut bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar yang dikenall juga sebagai bulan ‘Thai’
ponggal Ponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Ponggal ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Ponggal disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggal pada minggu kedua bulan Januari. Ia adalah perayaan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhan Matahari, Ibu Bumi dan pelbagai haiwan ternakan lain yang membantu petani menyumbang kepada penuaian yang banyak.
ADAT RESAM PERKAHWINAN KAUM INDIA Upacara perkahwinan masyarakat India di negara ini secara keseluruhannya masih dikekalkan dengan adat-adat tradisi bagaimanapun dalam hal-hal tertentu ia dipermudahkan mengikut peredaran zaman.
URUTAN ADAT UPACARA PERKAHWINAN Merisik, iaitu mencari pasangan yang sesuai untuk bakal pengantin. Kunjungan keluarga ke rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Penyediaan Thaali Suci oleh keluarga pengantin lelaki. Mengedarkan kad jemputan perkahwinan Upacara Nicayyathartham, iaitu mengikat janji antara kedua-dua keluarga. Upacara Mukurtha Kaal, laitu tanda bermulanya upacara perkahwinan. Upacara Parisam, iaitu hantaran hadiah perkahwinan ke rumah pengantin perempuan. Upacara mengikat Thaall Suci, iaitu mengesahkan pengantin sebagai suami isteri. Upacara sujud kaki oleh pasangan pengantin kepada ibu bapa masingmasing dan orang yang lebih tua dalam keluarga
ADAT RESAM UPACARA KEMATIAN KAUM INDIA Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
SEMASA KEMATIAN Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru aitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Upacara Vaaikkarisi Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mavat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Upacara Menanggalkan Thaali Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali laitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suaminya meninggal dunca
Kollic catti Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati sama ada anak ataupun bapa. Pembawa Kollic catti dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer’ berulang kali, pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat Selepas kematian Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung
KEPERCAYAAN & PANTANG LARANG KAUM INDIA o Apabila sebuah keluarga pindah ke rumah baru, susu hendaklah dididihkan terlebih dahulu di atas dapur masak yang baru sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Ini adalah simbolik untuk rezeki yang sentiasa melimpah ruah untuk keluarga tersebut dan juga memberkati rumah baru MENDIDIHKAN SUSU
o Mengikut tradisi kaum India, mereka akan menghempaskan sebiji kelapa di atas tanah/lantai sehingga pecah apabila membeli kereta baru atau rumah baru, sebagai tanda berkat. PECAHKAN KELAPA
DILARANG MEMOTONG RAMBUT PADA HARI LAHIR, SELASA DAN JUMAAT o Ini adalah kerana orang-orang tua percaya bahawa pada harihari tersebut, planet memancarkan sinar yang boleh membahayakan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Ia dikatakan bahagian otak manusia memainkan peranan penting bagi kita, dan mengikut kepercayaan, memotong rambut pada hari-hari dimana sinar akan dipancarkan mempunyai kesan negatif ke atas kepala.
PENUTUP Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang berbeza. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita. Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa. Kita harus menghormati, menghargai serta meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan adat resam etnik lain di Malaysia.
TERIMA KASIH THANK YOU நன்றி 谢谢