SAINS
TAHUN 3
Bersama Cikgu Siti
TAJUK :
KEMAHIRAN PROSES SAINS
( KPS )
KEMAHIRAN PROSES SAINS ( KPS )
TAHUN 3 ADALAH :
MEMERHATI
MENGELAS
MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
MEMBUAT INFERENS
MERAMAL
BERKOMUNIKASI
KPS 1
MEMERHATI
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Murid boleh membuat pemerhatian menggunakan
lima deria .
MAKSUD MEMERHATI
Memerhati ialah kemahiran menggunakan
semua deria untuk mengumpul maklumat
tentang sesuatu objek dan fenomena yang
berlaku.
APAKAH ORGAN DERIA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMERHATI?
1. MATA - Melihat
● Melihat bentuk durian
2. HIDUNG - Menghidu
● Mencium durian untuk menghidu
baunya yang enak.
3. KULIT- Sentuhan
● Menyentuh isi durian yang
lembut dan kulit durian yang
tajam.
4. LIDAH- Merasa
● Merasa durian yang manis.
5. TELINGA- Mendengar
● Mendengar bunyi durian yang
luruh dari pokok
UJI PEMAHAMAN
Organ deria manakah yang digunakan
untuk membuat pemerhatian terhadap
objek berikut?
1. Bunyi wisel
telinga
2. Bentuk bola
mata
3. Bau minyak wangi
hidung
4. Tembikai manis
lidah
5 . Permukaan span
kulit
KESIMPULAN
Kemahiran proses sains memerhati
menggunakan deria rasa, sentuhan, lihat,
hidu, dan dengar untuk mengumpulkan
maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena.
Sekian, Terima kasih...
● CIKGU SITI GHASLENDA