The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2021_12_bangsawan_HSMMR_prog_A4_WFH_resave

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hendrixworking, 2022-04-13 04:02:42

2021_12_bangsawan_HSMMR_prog_A4_WFH_resave

2021_12_bangsawan_HSMMR_prog_A4_WFH_resave

Sebagai rakan kerjasama Sinopsis
Yayasan Hasanah, dibawah
platform ArtsFAS 2021, The Amir Hamzah, putera mahkota
Actors Studio Seni Teater kerajaan Kota Batu Putih adalah
Rakyat dan Mekar Budaya akan
mempersembahkan sebuah seorang anak raja yang bosan
projek Bangsawan bertajuk dengan kehidupan bangsawan,
“Hikayat Si Miskin Menjadi
Raja” arahan Dr. Marlenny manakala Kadir Jabun anak
Deenerwan sebagai tribut keluarga miskin menyimpan
kepada gurunya, juga Tokoh impian mengecapi kehidupan
Bangsawan, Abdul Rahman mewah seperti keluarga diraja.
Abu Bakar, atau Rahman B.
Kedua-dua mereka yang
Bangsawan merupakan satu- dilahirkan pada tarikh dan tahun
satunya bentuk kesenian
yang berupaya dijadikan yang sama mempunyai wajah
platform integrasi elemen- seiras, telah bertukar tempat dan

elemen seni persembahan, seni kedudukan ekoran satu insiden
halus, seni visual, dan seni di taman istana. Pengembaraan

mempertahankan diri. Justeru, Amir Hamzah sebagai anak
ini yang menjadikannya sebuah gelandangan bermula, demikian

seni persembahan lebih unik. juga kejanggalan Kadir yang
kini adalah seorang anak raja.
Naskhah “Hikayat Si Miskin
Menjadi Raja” merupakan Amir Hamzah mendengar terlalu
sebuah inspirasi daripada novel banyak keluh-kesah rakyat yang
“Anak Raja dan Anak Papa”
tulisan Pendeta Zaaba (1958), tak pernah dijangka olehnya,
yang diadaptasi daripada sementara Kadir menyedari
“The Prince and The Pauper” bahawa kehidupan keluarga diraja
karya Mark Twain (1881). tidaklah seindah yang diimpikan.
Kedua-dua mereka mengharungi
kekeliruan dan pengalaman baru,
dalam usaha untuk mengetahui

kehidupan yang berbeza
dan berusaha untuk kembali
kepada kehidupan yang asal.

BABAK Istana Kota Batu Putih

1 Setelah menjatuhkan hukuman mati ke atas Dato Bentara Besar Orang Kaya Indera Muda
akibat pengkhianatan, Sultan Suriansyah menyerahkan cap mohor agung kerajaan Kota Batu
BABAK Putih kepada anakandanya, Putera Mahkota Tengku Amir Hamzah. Cap mohor agung mesti
disimpan sehingga hukuman mati dilaksanakan. Baginda mengumumkan pertabalan Tengku
2 Amir Hamzah dan juga majlis perkahwinannya dengan Puteri Anum. Tengku Amir Hamzah
kemudian menyatakan impiannya untuk mengembara ke seluruh pelusuk negeri sebelum
BABAK ditabalkan menjadi raja, namun ditentang habis-habisan oleh Sultan Suriansyah.

3 Kampung Sampah

BABAK Kadir bersama rakan-rakannya, Seman dan Harun sedang bermain-main menjadi anak raja.
Muncul ayahnya Jabun yang mabuk dan membelasah Kadir kerana tidak memperoleh wang
4 yang banyak hasil daripada mengemis. Untuk menenangkan kesedihan anaknya, ibu Kadir
iaitu Mariam menceritakan kepada Kadir mengenai kisah seorang anak raja (iaitu Amir
BABAK Hamzah) yang lahir pada tarikh dan hari yang sama dengan Kadir. Selepas mendengar cerita
itu Kadir membawa dirinya berjalan-jalan di luar tembok istana Kota Batu Putih.
5
Taman Istana
BABAK
Tengku Amir Hamzah dan Puteri Anum sedang berbual di taman istana, apabila secara tiba-
6 tiba Kadir yang sedang mengintai mereka terjatuh dari tembok istana. Tengku Amir Hamzah
yang pada mulanya mahu memukul Kadir, akhirnya berasa seronok mendengar cerita Kadir
BABAK mengenai kehidupannya di Kampung Sampah. Mereka bertukar pakaian untuk merasai
pengalaman hidup sesama sendiri dan pada ketika itulah mereka menyedari bahawa mereka
7 berdua mempunyai wajah yang serupa. Sebelum sempat mereka bertukar semula pakaian
mereka, Orang Kaya Aliuddin muncul lalu mengarahkan pengawal istana menghalau keluar
Tengku Amir Hamzah yang disangka penceroboh dan membawa Kadir yang disangka putera
raja balik ke istana.

Kampung Sampah

Tengku Amir Hamzah yang dihalau dari istana merayau-rayau dan tiba di Kampung Sampah.
Baginda terserempak dengan Seman dan Harun yang menyangkakan baginda adalah Kadir.
Tengku Amir Hamzah cuba menerangkan kepada Seman dan Harun bahawa baginda ialah
Putera Mahkota Batu Putih, namun mereka tidak percaya malah mereka memperlakukan
Amir Hamzah seperti mereka melayan Kadir. Jabun muncul, menyangkakan Amir Hamzah
adalah anaknya dan membelasahnya seperti biasa.

Bilik Peraduan Diraja

Kadir yang disangka Tengku Amir Hamzah dibawa ke hadapan Sultan dan Permaisuri.
Kelakuannya yang tidak mengaku dirinya anak raja menyebabkan Sultan Suriansyah dan
Permaisuri berasa bimbang. Mereka memanggil Tabib Diraja untuk mengubatnya, sementara
Sultan menyalahkan pertemuan anakandanya dengan orang biasa di taman larangan sebagai
punca anaknya menjadi hilang ingatan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila cap mohor
agung dalam simpanan Tengku Amir Hamzah didapati hilang, menyebabkan hukuman mati
ke atas Orang Kaya Indera Muda tidak dapat dijalankan. Sultan Suriansyah meminta seluruh
istana untuk merahsiakan keadaan anakandanya sehingga anakandanya kembali pulih.

Kampung Sampah

Tengku Amir Hamzah terperangkap di Kampung Sampah dan tidak dapat mencari jalan
pulang ke istana. Manakala Seman dan Harun menceritakan kisah hidup mereka yang
tertindas akibat pemerintahan Sultan yang memerintah Kota Batu Putih. Jabun muncul
lagi dalam keadaan mabuk dan seperti biasa mahu membelasah Tengku Amir Hamzah yang
disangka anaknya, kerana tidak membawa wang hasil mengemis. Bagaimanapun serangan
Jabun kali ini dipatahkan oleh seorang pemuda misteri bernama Arjuna Muda yang tiba-tiba
muncul menyelamatkan Tengku Amir Hamzah.

Istana Kota Batu Putih

Pada hari pertabalan putera raja, Arjuna Muda berjaya membawa Tengku Amir Hamzah
kembali ke istana dan menahan pertabalan itu. Seluruh istana bingung kerana kedua-dua
pemuda berwajah serupa berada di hadapan mereka. Bagi menyelesaikan misteri siapakah
anak raja yang sebenar, Bendahara meminta Tengku Amir Hamzah memberitahu, di manakah
letaknya cap mohor agung kerajaan Kota Batu Putih yang hilang itu. Hanya jawapan kepada
soalan itu sahaja yang dapat menyelesaikan kesemua masalah itu.

PENGHORMATAN Rahman B. atau Abdul Rahman Bakar merupakan
KEPADA anak sulung kepada Abu Bakar Salleh dan
Kasminah. Bapanya yang juga dikenali sebagai
TOKOH Bakar M., adalah seorang pelakon Bangsawan
BANGSAWAN pada tahun 1930-an, dan memulakan kerjayanya
SENIMAN NEGARA dengan Dean Star Opera, Seri Zainab Opera,
Wayang Mak Nani, Norlia Opera dan Ruby
Opera di Kuala Lumpur. Ibu Rahman, Kasminah,
adalah seorang pelakon utama dalam Ruby
Opera. Bakar M. dan Kasminah berkahwin
pada 1933 dan Rahman B. dilahirkan pada
18 Mei 1934 di Kelang, Selangor. Bakar M.
mengasaskan kumpulan Bangsawan Rahman
Star Opera pada 1937, dinamakan sempena
Rahman B. Sebagai anak kepada pemilik sebuah
kumpulan Bangsawan, Rahman B. membesar
dalam kehidupan anak-anak Bangsawan. Sejak
kecil beliau telah melihat kumpulan bapanya
berlatih dan mempersembahkan pelbagai jenis
cerita, perlahan-lahan terlibat di dalamnya dan
akhirnya memutuskan untuk mendedikasikan
dirinya kepada kesenian ini. Adik-beradiknya
iaitu Rahim B. dan Rohani B. turut dilahirkan di
dalam panggung Bangsawan, ketika kumpulan
mereka mengadakan persembahan bergerak.

Rahman B. bermula sebagai pelakon kanak-
kanak dengan Diamond Star Opera yang
membuat persembahan di Seberang Perai, bukan
dengan kumpulan keluarganya. Pada usia 8
tahun, Rahman B. berlakon dalam sebuah cerita
berjudul Patah Hati. Kumpulan yang sama sekali
lagi mengambilnya untuk melakonkan watak
utama kanak-kanak dalam produksi seterusnya
berjudul Jembia Terbang ketika Rahman B.
baru berusia sepuluh tahun. Sejak itu Rahman
B. meneruskan minatnya sebagai pelakon
Bangsawan. Antara cerita Melayu terkenal yang
pernah dilakonkannya termasuklah Raden Mas,
Batu Belah Batu Bertangkup, Tombak Brunei,
Tujuh Perigi Di Gunung Curdu, dan Laksamana
Bentan.

Walaupun bapanya berperanan sebagai Tauke
Panggung (Pengurus Kumpulan), Rahman B. tidak
dipilih untuk memegang peranan utama dalam
kumpulan keluarga itu. Dia memulakan kerjaya
lakonannya sebagai watak pengawal istana yang
mana beliau perlu berdiri sambil memegang
lembing sepanjang persembahan. Oleh kerana
kemahirannya yang tinggi dalam seni silat,
beliau diberi watak sebagai penjahat, malah juga
memainkan watak pelawak. Selepas Rahman B.
menguasai kemahiran dalam peranan-peranan
ini, beliau diangkat sebagai wira kedua atau
ketiga dalam persembahan kumpulan itu. Beliau
akhirnya ditawarkan watak Orang Muda (wira)
pada usia 18 tahun (1952) dalam drama Tengku
Sulung Mati Digantung yang dipentaskan di Muar,
Johor. Pada tahun yang sama, dia berkahwin

dengan Zabedah Ibrahim, yang kemudiannya menerbitkan komiknya seperti Ejen 997, Amok
dikenali sebagai pelakon menggunakan nama Tok Bekam di Kampong Tembaga dan Pedang
komersialnya Rohaya Rahman. Sakti. Pada tahun 1980-an, Bangsawan Bintang
Timur sering memenuhi undangan-undangan
Membesar dalam rombongan pengembara khas mengadakan persembahan Bangsawan
memberi peluang kepadanya bukan sahaja yang ketika itu ditaja oleh agensi kerajaan atau
untuk mempelajari ilmu lakonan, tetapi juga syarikat swasta. Rahman B. juga berkhidmat
ilmu pengarahan, pengurusan, serta menguasai sebagai penasihat untuk persembahan sandiwara
naratif cerita Bangsawan dan mempelajari selok- yang diterbitkan oleh para pemain muda.
belok seni panggung seperti pembuatan latar,
set dan prop, serta kostum. Lebih daripada itu, Pada tahun 1994, Rahman B. telah ditawarkan
Rahman B. boleh bermain alat muzik, menyanyi, bekerja dengan HVD Film Production, syarikat
melakukan seni mempertahankan diri dan televisyen terbesar di Malaysia ketika itu.
juga menari. Beliau mendedikasikan zaman Beliau dilantik sebagai Penasihat Seksyen
kanak-kanak dan remajanya untuk mempelajari Melayu kerana kepakarannya dalam budaya dan
bentuk kesenian ini secara terperinci, melalui adat resam Melayu. Beliau bertanggungjawab
pemerhatian dan dengan bimbingan daripada memberi nasihat tentang tatasusila, kesopanan,
pelakon-pelakon lama. dan adat resam Melayu yang ditunjukkan
dalam drama-drama televisyen HVD dan juga
Kumpulan Bangsawan Rahman Star Opera memantau ketepatan kemahiran dalam seni
dibubarkan pada penghujung 1950-an. Rahman mempertahankan diri yang dipaparkan dalam
B. dan Rahim B. kemudian menyertai Indonesian drama-drama mereka.
Club di Singapura, iaitu sebuah kumpulan seni
persembahan yang mementaskan persembahan Tidak dinafikan pengalaman Rahman B. sebagai
moden dan juga tradisional. Rahman B. meneroka anak Bangsawan telah membina kemahiran
pengetahuan yang diperolehnya tentang teater yang menjadi asas kepada kepakarannya dalam
moden semasa bekerja dengan kumpulan ini, kesenian Bangsawan. Beliau menjahit sendiri
dan menerapkannya semasa dia mencipta gaya kebanyakan pakaian dalam koleksi Bangsawan
pengarahan Bangsawannya sendiri. Tidak lama Bintang Timur dan melukis sebahagian besar
selepas pembubaran Rahman Star Opera, bapa tirai latar yang masih tersimpan di galeri
Rahman B. yang tidak kenal lelah mengasaskan peribadinya, terletak bersebelahan dengan
pula kumpulan Bangsawan baharu di Kota rumahnya sekarang di Jalan Hamzah, Kampong
Bharu, Kelantan, di bawah nama Bangsawan Bharu, Kuala Lumpur.
Bintang Timur. Mereka menjadi kumpulan yang
sangat terkenal pada akhir 50-an dan 60-an, Apabila Akademi Seni, Budaya dan Warisan
menampilkan Rahman B., Rahim B., Rohani B., Kebangsaan (ASWARA) dibuka pada tahun
serta Rohaya sebagai hero dan heroin dalam 1994, beliau telah dilantik sebagai Adiguru
persembahan-persembahan mereka. Menjelang Bangsawan di institusi itu. Rahman B.
awal 1970-an, kebanyakan kumpulan Bangsawan mengaktifkan semula Bangsawan Bintang Timur
telah dibubarkan. Rahman B. menggunakan bakat dengan membawa masuk pemain-pemain muda
seninya untuk mencari rezeki dengan bermain sebagai jawatankuasa baharu dalam struktur
muzik, menyanyi, atau membuat persembahan organisasi berkenaan. Pada 27 Februari 2004,
komedi di pertunjukan-pertunjukan pesta. Rahman B. telah dinobatkan sebagai Seniman
Negara keenam sempena Anugerah Seni Negara,
Pada tahun 1973, Rahman B. menghidupkan menandakan pengiktirafan kepada bentuk
semula Bangsawan Bintang Timur di Kuala kesenian ini serta kecemerlangan beliau sebagai
Lumpur dan Selangor. Melalui kumpulan ini, seorang tokoh seni Bangsawan. Anugerah
Rahman B. berpeluang kembali ke pentas berkenaan disampaikan sendiri oleh Duli Yang
dengan mempersembahkan cerita-cerita seperti Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed
Hamlet, serta menerbitkan drama televisyen Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ketika itu
berdasarkan cerita Bangsawan. Walaupun ketika dalam satu majlis gilang-gemilang bertempat di
itu Bangsawan telah mengalami kemerosotan, Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.
kepakaran Rahman B. dalam seni silat telah
membawanya membintangi filem-filem Melayu Sejak penampilan pertamanya sebagai pelakon
seperti Amuk Tuk Nading (1968), Kanchan kanak-kanak lapan puluh tahun lalu sehingga
Tirana (1969), Harimau Berantai 1969), dan kini, Rahman B. telah terlibat dalam ratusan
banyak lagi. Selain itu, beliau turut bermain produksi Bangsawan. Pada 18 Mac 2009,
muzik di beberapa kelab malam di sekitar Kuala ASWARA telah menganugerahkan Ijazah Sarjana
Lumpur dan Kuantan. Pada masa sama, beliau Kehormat dalam Seni kepada Rahman B.
menggunakan kemahiran melukisnya untuk

Zainariah "Teater Bangsawan yang sarat dengan
nilai murni adalah antara bentuk seni
Johari hiburan terawal di Tanah Melayu dan

KETUA, kami berbangga dapat menyokong
KESENIAN & usaha seperti ini menerusi platform
RUANG AWAM
DI YAYASAN ArtsFAS. Ia selari dengan tujuan
ArtsFAS untuk mengetengahkan dan
HASANAH memelihara warisan seni dan budaya

Malaysia, di samping mendidik
generasi muda akan khazanah
seni tanah air kita. Kehadiran
Tokoh Bangsawan Rahman B
dalam pementasan ini semestinya
membawa erti yang besar kepada
usaha kami. The Actors Studio
adalah antara 21 penggiat seni yang
disokong tahun ini, sekaligus menjana
kira-kira 1,355 peluang pekerjaan
di bawah platform ArtsFAS."

Arts for All Seasons atau Seni Sepanjang
Musim (ArtsFAS) ialah sebuah platform yang
bertujuan mengetengahkan warisan seni dan
budaya tempatan melalui aktiviti yang dibuka
kepada orang ramai. Dengan menjadikan
seni mudah didapati, kami ingin mendidik
generasi muda dan komuniti sekeliling melalui
teknologi, perkongsian ilmu dan acara seni
di samping pemuliharaan melalui aktiviti.
ArtsFAS diadakan pada suku akhir setiap
tahun, di mana kami bekerjasama dengan
pelbagai rakan kolaborasi untuk memberi
penghormatan kepada penggiat seni tanah air.

Layari www.artsfas.org untuk maklumat lanjut
dan melihat jadual penuh ArtsFAS.

Yayasan Hasanah (“Hasanah”) merupakan
sebuah yayasan berasaskan impak di bawah
Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), dana
kekayaan berdaulat Malaysia. Hasanah lahir
sebagai sebuah yayasan penganugerahan geran
bebas pada 1 Julai 2015; sebuah kesinambungan
kepada usaha Tanggungjawab Korporat (CR)
yang sebelumnya dipacu oleh Khazanah
untuk sembilan tahun. Sebagai organisasi
penganugerahan geran, Hasanah menjangkau
lebih daripada wang ringgit untuk memudahkan
ekosistem transformasi, bekerjasama dengan
pelbagai pihak berkepentingan, menanamkan
semangat advokasi dan membina kemampuan
dalam lima bidang tumpuan utamanya:
Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam
Sekitar; Kesenian & Ruang Awam; dan
Pengetahuan. Secara kolektif dan kolaboratif,
Hasanah berharap dapat menggerakkan anjakan
reformasi sosial dan masyarakat untuk rakyat
Malaysia, ke arah Malaysia yang lebih baik.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila
layari www.yayasanhasanah.org

Nota Pengarah oleh sekumpulan anak-anak muda yang sangat
inovatif, tidak mengalah kepada isu dan kekangan
Apabila Faridah membuka peluang kolaborasi yang wujud, malah mereka telah mengerah
antara Mekar Budaya dan The Actors Studio segala pengetahuan dan pengalaman lalu untuk
menerusi slot Seni Teater Rakyat, saya tidak mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang.
mengambil masa yang panjang untuk bersetuju.
Pertama, saya memang menunggu masa untuk Untuk apakah segala kerja-keras ini yang akan selesai
kembali ke panggung selepas hampir dua tahun selepas tiga hari persembahan? Untuk kami bersama-
tersekat dalam penjara pandemik. Kedua, peluang sama menjalankan peranan dalam mengawasi posisi
berkolaborasi bersama Dato' Dr. Faridah Merican, seni Bangsawan sebagai salah satu identiti negara.
Joe Hasham OAM dan seluruh pasukan mereka di Sesungguhnya tidak semua orang mempunyai masa
klpac adalah perkara terbaik untuk dilakukan pada dan peluang untuk berada di posisi ini, tetapi insya
tahun ini. Allah dalam segala kekurangan dan keberadaan,
kami ada. Sebuah persembahan Bangsawan akan
Apatah lagi ia adalah sebuah Bangsawan. tamat selepas tiga hari, tetapi kenang-kenangan
kepada estetika persembahan yang meresap dalam
Setelah 20 tahun terlibat dalam dunia Bangsawan pancaindera penonton, ditambah lagi dengan kisah-
dari belakang hingga ke hadapan pentas, saya kisah yang mengungkap pemikiran negara-bangsa,
tidaklah berniat menjadikan genre ini sebagai akan sentiasa menimbulkan rasa cinta dan rindu
forte saya dalam mengerjakan teater. Tetapi mereka kepada sebuah kesenian yang tidak selalu
entah kenapa, kaki dan tangan, hati dan jiwa dapat ditemui ini.
saya terikat dalam permainan penuh estetika ini.
Dalam senang banyak sukarnya, dalam sukar Kepada pihak-pihak yang secara berterusan
banyak juga senangnya. Bangsawan adalah menjadi tiang dan pasak kepada perkembangan
padang imaginasi saya, dalam buruk wujud seni negara, Yayasan Hasanah, ArtsFAS serta
indahnya, yang sedia indah dijadikan lebih jelita, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara –
kerana yang harus puas bukan hanya di mata, terima kasih kerana menjadi suluh cahaya dalam
tapi semoga ia terus turun ke hati. ruang permainan pentas Bangsawan kali ini.
Penghargaan peribadi saya kepada pihak-pihak
Pengalaman mementaskan Bangsawan kali ini dan individu yang memberikan sokongan dan
adalah berbeza, kerana secara teknikalnya, bantuan kepada produksi ini - Alumni ASWARA,
pasukan kreatif kami berhadapan dengan Encik Fauzi Ahmad, Puan Rizqy Qaseh, Encik
suasana baharu di luar batas pengetahuan sedia Rashid Shikh Abdullah, dan Encik Hamdan
ada. Manakala saya tidak gemar mengubah- Hamidon – budi dan jasa kekal dalam ingatan.
ubah konvensi sebuah tradisi yang pada saya
sudah sedia berfungsi, namun pada masa yang Dan sudah pasti saya perlu berterima kasih kepada
sama perubahan tidak dapat dielakkan kerana seluruh anggota produksi Bangsawan Hikayat Si
dunia seni persembahan memerlukan sikap Miskin Menjadi Raja, kerana mereka adalah orang-
yang dinamik dan minda sedia beranjak. Syukur orang yang baik dan sabar, yang kekal bersama-
alhamdulillah, perjalanan saya kali ini disertai sama saya sepanjang perjalanan ini.

Kepada Seniman Negara Rahman B. - untuk
segala ilmu, teguran, sokongan, kemarahan,
kegembiraan, cerita lalu, ungkapan silam, dan
segala-galanya – “langit dan bumi ada di dalam”.

Lenny Erwan PENGARAH

Dr. Marlenny Deenerwan atau dikenali sebagai Lenny
Erwan merupakan Ketua Jabatan Drama Fakulti Seni
Kreatif di Universiti Malaya. Beliau merupakan seorang
penulis, pelakon, dan pengarah teater sejak tahun 1998,
dan telah berpengalaman menulis dan mengarahkan
pementasan Bangsawan sejak tahun 2008. Pada
tahun yang sama, Dr. Marlenny menjadi pengasas
bersama kumpulan bangsawan Opera Sri Bandaraya
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan telah
mementaskan Bangsawan setiap tahun sehingga kini.

Dato’ Dr. Dikenali sebagai Wanita Pertama Teater Malaysia, penghargaan lakonan
Faridah Merican awal Faridah merangkumi drama seperti 'Lela Mayang', 'Tok Perak', 'Uda
dan Dara' dan 'Alang Rentak Seribu', karya yang telah menyumbang kepada
PENERBIT teater Malaysia pada tahun 60-an dan 70-an, dan menentukan hala tuju
EKSEKUTIF teater dalam beberapa dekad akan datang.

Pada awal 60-an, beliau bekerja dengan Radio dan TV Malaysia. Pada masa
yang sama, beliau terlibat dalam tahun-tahun formatif Periklanan Malaysia,
dan hari ini, menjadi ahli lembaga pengarah Ogilvy & Mather. Malah, beliau
juga menganggotai beberapa institusi lain.

Pada tahun 1989, Faridah mengasas The Actors Studio bersama suaminya Joe
Hasham OAM. Pada bulan Jun 2003, berlakunya sebuah tragedi detik hitam
dimana banjir kilat telah memusnahkan seluruh kompleks The Actors Studio di
Plaza Putra, Dataran Merdeka. Di luar kehancuran itu, seiringan dengan sikap
Faridah yang "tidak ada yang mustahil" terlahirlah satu lagi peristiwa penting
iaitu kelahiran Pusat Seni Pertunjukan Kuala Lumpur, yang ditubuhkan oleh
Kumpulan YTL, Yayasan Budi Penyayang dan The Actors Studio.

Selama bertahun-tahun, Faridah dianugerahkan Ahli Mangku Negara pada
tahun 1973, Darjah Johan Negeri pada tahun 2001, Johan Setia Mahkota
pada tahun 2004, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BOH Cameronian.

Pada tahun 2005, Faridah dianugerahkan 'Darjah Dato' Paduka Tuanku
Ja'afar oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada Hari Keputeraan
Yang Mulia ke-83. Pada tahun berikutnya, dia mendapat Ijazah Sarjana
Surat Kehormat di Konvokesyen ke-35 Universiti Sains Malaysia. Akhirnya
pada tahun 2014, beliau menerima anugerah Pencapaian Luar Biasa di
bawah kategori Seni, Budaya dan Hiburan dari Anugerah Kecemerlangan
Wanita Inaugural Malaysia. Beliau kini menganggotai Lembaga Penasihat
Laureate dan juga Pengeluar Eksekutif dan pengasas bersama Pusat Seni
Persembahan Pulau Pinang (penangpac).

Faridah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Seni oleh Taylor's
University pada tahun 2018. Kini, beliau merupakan Pengarah Profesor &
Pembangunan Program TUTAS, program ijazah konservatori seni pertunjukan
pertama di Malaysia oleh The Actors Studio dan Taylor's University.

Joe Hasham Joe dilahirkan di Tripoli, Lebanon dan bersekolah di Sydney, Australia. Beliau
OAM telah berpindah ke Malaysia pada tahun 1984 dan kini menjadi pemastautin
tetap serta telah menempa nama yang dibanggakan di negara angkatnya.
PENGARAH Joe adalah Pengarah Artistik The Actors Studio yang telah ditubuhkan hasil
ARTISTIK usaha bersama isterinya Dato’ Dr. Faridah Merican pada tahun 1989 dan
juga merupakan Pengarah Artistik Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur
(klpac) dan Pusat Seni Persembahan Penang (penangpac). Joe mendapat
ijazah sarjana dari NIDA (Institut Seni Drama Nasional) di Universiti NSW,
Sydney, Australia. Sebelum beliau datang ke Malaysia, beliau merupakan
salah seorang pelakon yang paling disegani di Australia. Joe merupakan
pemenang pelbagai anugerah sebagai pengarah filem, pelakon, penulis dan
artis rakaman

Joe juga telah dianugerahkan ‘Medal of the Order of Australia’ (OAM)
dalam Australian Honours System bagi sumbangan terhadap industri seni,
"For Service to the performing arts through The Actors Studio (Malaysia)
and The Kuala Lumpur Performing Arts Centre; and, as an actor, writer,
producer and director".

Kini, beliau merupakan Profesor Adjunct & Pengarah Artistik TUTAS dalam
program ijazah konservatori seni persembahan pertama di Malaysia,
anjuran The Actors Studio dan Taylor's University.

Adie Yusoff P E N O L O N G P E N G A R A H

Zahadi Yusoff atau mesra dipanggil Adie Yusoff merupakan Artis Budaya Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Berpengalaman selama 10 tahun mementaskan
Bangsawan, Adie Yusoff juga merupakan Pengarah Artistik di dalam Wandie Arts
Performance yang menyediakan perkhidmatan seni persembahan, sewaan kostum
dan sewaan studio. Antara karya hebat Bangsawan yang pernah dilakonkan oleh
beliau adalah Batu Belah Batu Bertangkup, Pancha Delima, Merong Mahawangsa,
Mumtaz Mahal dan Zhao Si Anak Yatim.

Ayop Azril P EN GA RA H M UZ IK

Ayop Azril merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik di ASWARA dan sekarang
bertugas sebagai Pensyarah Muzik Sambilan mengajar kursus Bangsawan di
ASWARA. Beliau merupakan pengasas, pemuzik, pengarah muzik, penyusun dan
komposer di Asmaraloka Ventures.Pernah menjadi Ketua kombo Muzik di Jabatan
Penyiaran Malaysia Negeri Pahang, juga menjadi pianist dan accordionist di perbagai
hotel di sekitar Lembah Klang & Selangor.

Dikwan KO R E O G R A F E R

Mohd Izwan atau nama mesranya Dikwan, bekerja sebagai Artis Budaya Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengasas dan pemilik produksi Wandie
Arts Performance, dan telah banyak membuat persembahan di luar negara seperti di
International Travel Fair di Taiwan, Japan, Singapore, dan Kazakhstan, International
Exhibition di Finland, dan Malaysia Fest Asia di Vietnam. Beliau juga pernah
membuat persembahan dihadapan Yang Dipertuan Agong seperti Citrawarna,
Konsert Diraja, santapan makan malam dan majlis perpisahan Diraja.

Yusman Mokhtar SINOGRAFER

Yusman Mokhtar ialah seorang graduan teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA), jurusan sinografi. Karya beliau telah memenangi beberapa
anugerah termasuk Rekaan Kostum Terbaik untuk Kandang di Boh Cameronian Arts
Awards yang ke-15, manakala kerjasamanya dengan Omar Ali untuk Paper Crane
telah memenangi Reka Bentuk Set Terbaik di ADA Drama Awards pada 2012. Kredit
lain untuk rekaannya turut termasuk Jalan Mati, Kiss Of The Spider Woman, Shorts
Eyes, Supermokh, OCD, Muzikal Uda dan Dara, Thunderstorm, Dato Seri, Kandang,
Pokok, Bangsawan Dendam Laksamana and Rashomon.

Nawfal Zamri PEREKA LAMPU

Bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Teater di ASWARA, Nawfal Zamri merupakan
seorang pengarah, pelakon dan sinografer yang telah banyak terlibat dalam
pelbagai pementasan teater. Pernah mengarah beberapa pementasan seperti Listen,
45 minutes, Zombie Serang Rawang, Dunia Kimi dan beberapa pementasan lain,
beliau juga berpengalaman sebagai sinografer dalam pementasan 3 Janda, Hikayat
Cendawan Putih, Evelyn, dan Langkau. Malah, beliau juga pernah memenangi
Rekaan Set Terbaik Festival Teater Malaysia 2016 melalui pementasan Mat Derih
Kola Perlih. Nawfal Zamri juga turut berlakon dalam pementasan bertajuk Dato’
Seri, Macbeth, Tujuh Hari Johari dan pelbagai pementasan lain

Race P E N ATA A N B U N Y I

Syahreez Redza ataupun lebih dikenali sebagai ‘Race’ merupakan seorang Penata
Bunyi dalam industri Pementasan Teater/Film dan Konsert tanahair, Beliau
telah berkecimpung dalam bidang Penataan Bunyi selama 20 tahun dan telah
dianugerahkan Pereka Bunyi Terbaik di ‘The Boh Cameronian Awards’ pada tahun
2020, Beliau juga pemenang Anugerah Penata Bunyi Terbaik untuk kategori Film
Dokumentari di ‘The Kuala Lumpur International Eco Film Festival’ 2021. Kini
Race bergiat aktif dalam industri Pementasan Teater/Rakaman dan Pasca Produksi
Bunyi untuk Film dan Dokumentari dari studionya di Damansara Perdana, sambil
itu beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar di beberapa institusi pengajian
tinggi tempatan seperti The One Academy dan IPPTAR di Angkasapuri, beliau
mengajar subjek Penataan Bunyi Perfileman dan Pementasan Teater bagi Penjawat
Awam Kerajaan dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dalam bidang Film dan Animasi.
Antara pementasan yang telah beliau terajui adalah: Broken Bridges, Sinbad The
Musical, Terima Kasih Cinta Musical, Malaysian Girls, Angels In America ½, Titus
Andronicus, Fame The Musical, Titis Sakti Theatre Makyong, Yuna & Malaysian
Symphony Orchestra dan Euphrasia The Musical.

Along Hazirin PEREKA SET & PROPS

Along Hazirin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama)
di Universiti Malaya, yang telah menghasilkan pelbagai rekaan set & props dalam
pelbagai pementasan. Beliau pernah mereka set Bangsawan untuk pementasan
seperti Keris Laksamana Bentan, Hamlet, Laksamana Cheng Ho, Megat Panji Alam,
Shakuntala, Megat Terawis dan pelbagai lagi. Beliau juga pernah menghasilkan
rekaan set & props untuk pementasan teater Muzikal seperti Dansing Thru
Broadway, Broadway Bites, Sparks of Broadway, Muzikal Tun Abd Razak, Muzikal
Korupsi Dewan Semandung, Muzikal Gemilang, Muzikal Tanah Akhirku dan banyak
lagi. Tidak hanya dengan itu, beliau juga menghasilkan rekaan set & props untuk
pementasan L’elisir d Amore, Labohame, La Traviata, Madama Butterfly, Hansel &
Gratel dan Le Nozze Di FIGARO.

Azim Halim PEREKA TIRAI

Menamatkan pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan
Drama di Universiti Malaya, Azim Halim juga merupakan pengasas dan pemilik
syarikat Pixelah Production yang telah menerbitkan beberapa video komersial,
korporat, travelog dan filem pendek selama 6 tahun. Beliau juga telah menerbitkan
video pembelajaran untuk Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPM) selama 5 tahun. Telah menghasilkan rekaan tirai Bangsawan
dalam pementasan Bangsawan Anak Raja Anak Papa, Mumtaz Mahal, dan Zhao Si
Anak Yatim, beliau juga pernah mereka dan membangunkan set & props dalam
pementasan Bangsawan Anak Raja Anak Papa pada tahun 2016.

Khairil M. Bahar JURUVIDEO

Dilahirkan di Filipina dan dibesarkan di England, Khairil meminati filem sejak
pertama kali menonton ‘Back to the Future’ dan menemui pembikinan filem pada
pertengahan 90-an. Selepas dua filem pendek pertamanya, ‘Nicotine’ dan ‘Some
Like It White’, Khairil telah mencipta nama dalam industri perfileman dengan filem
pertamanya ‘Ciplak’ yang memenangi Anugerah Skrin 2006 untuk ‘Best Alternative
Film’. Khairil bukan sahaja menulis dan mengarah tetapi juga menyunting dan
bekerja sebagai pengarah fotografi (DOP). Selain pembikinan filem, Khairil juga
pernah terlibat dalam teater, muncul di pentas dalam produksi serta menulis muzik
untuk produksi teater. Dia juga merakam podcast untuk laman web ‘Geeks In
Malaysia’ bersama Amelia Chen dan Nick Dorian. Selepas filem studio pertamanya,
'Showdown', untuk Grand Brilliance pada April 2016, Khairil baru-baru ini
menghasilkan filem kelimanya 'Kickflip' secara digital di platform VOD Mubi pada
Disember 2020 yang telah mendapat ulasan yang hebat.

Syahida Pauzi PENGURUS PRODUKSI

Syahida Pauzi merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama
di Universiti Malaya. Berpengalaman menjadi pengurus produksi dalam produksi
video pembelajaran, komersial dan filem pendek, beliau juga pernah menjadi
pengurus produksi dalam pementasan Bangsawan Zhao Si Anak Yatim (restage
2018). Sebelum itu, beliau juga pernah menjadi pengurus pentas dalam beberapa
pementasan Bangsawan seperti Mumtaz Mahal, Zhao Si anak Yatim (2017) dan juga
Teater Tradisional Mek Mulung.

Nina Fariza P E N O L O N G P E N G U R U S P R O D U K S I

Nor Fariza atau lebih dikenali sebagai Nina Fariza menamatkan pengajiannya dalam
Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama di Universiti Malaya. Beliau merupakan
seorang penerbit yang telah menerbitkan beberapa video magazine. Antara video yang
pernah diterbitkan adalah seperti Atlas Raya ‘Magic Pantry’ yang telah mendapat Top 10
Marketing Magazine Raya Expert Choice Awards 2021 dan 380k tontonan di Youtube,
Etiqa Raya 2021 ‘Balik Tanjung Mana’ special mention Marketing Magazine Raya Expert
Choice Awards 2021 dengan 11+ million tontonan di youtube, Mitsubishi Raya 2021
‘Ikan Besar’ Top 10 Marketing Magazine Raya Expert Choice Awards 2021 dengan 380k
tontonan di youtube, Alif Ramadan 2021 ‘Makan Bersama’ Top 10 Marketing Magazine
Raya Expert Choice Awards yang melibatkan 1 million tontonan di Youtube, dan Etiqa
CNY 2021 ‘C-NY’ No 1 Marketing Magazine CNY Expert Choice Awards 2021 dengan
11+ million tontonan di Youtube.

Adeeq Amalyna PENGURUS PENTAS

Adeeq Amalyna merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama
dan kini menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Drama
di Universiti Malaya. Beliau juga turut bertugas sebagai pensyarah sambilan di
Universiti Malaya, dan merupakan Pengarah Operasi di syarikat Patblas Studio.
Telah melibatkan diri dalam pelbagai pementasan teater sebagai Pengurus Pentas
dan pelakon seperti Bangsawan Zhou Si Anak Yatim, Asiah Samiah, Persembahan
virtual ’45 minutes’, Teater Tiga Dalam Kepompong, Teater Peon, Mek Mulung,
Teater Muzikal Jang Oh Jang, Malam Kemerdekaan dan pelbagai lagi. Beliau juga
pernah menjadi Jurulatih bahagian pengurusan pentas, lakonan dan pengarahan
dalam projek KARVITER di Universiti Malaya.

Ridhuan Jul P E N O L O N G P E N G U R U S P E N TA S

Ridhuan Jul adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Drama dan kini menyambung
pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Seni Persembahan di Universiti Malaya.
Pernah melibatkan diri dalam pelbagai pementasan teater seperti Teater Ragang
dalam Festival Teater Selangor tahun 2019, dan Teater Badut dalam Karnival Teater
Universiti Malaya sebagai sinografer tahun 2020. Beliau juga pernah menjadi
jurulatih Manifestasi Puisi dalam FESENI Universiti Malaya tahun 2017.

Aroha Ibrahim P E N O L O N G P E N G U RU S P E N TA S

Aroha Ibrahim menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Teater di
ASWARA, dan kini bertugas sebagai pembantu pensyarah di UTMKL. Beliau telah
melibatkan diri dalam beberapa pementasan teater, antaranya adalah teater Asiah
Samiah sebagai penolong pengurus pentas pada tahun 2020, Teater Bangsawan
Sumpahan Lantara Bijaya di Panggung Bandaraya tahun 2012, dan Teater Asrama-
Ra di Istana Budaya tahun 2017.

Hazmi Faiz P E N O L O N G P E N G U R U S P E N TA S

Muhammad Hazmi Faiz atau lebih dikenali sebagai Ejoy, mula bergiat di dalam
bidang teater pada tahun 2014 apabila mendapat peluang melanjutkan pelajarannya
pada tahap ijazah sarjana muda di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
(ASWARA). Namun, beliau sentiasa merasakan dirinya masih baru kerana bagi beliau,
teater merupakan proses pembelajaran seumur hidup. Mempunyai pengkhususan
di dalam bidang lakonan, antara persembahan yang pernah beliau melibatkan diri
ialah Rashomon, Tujuh Hari Juhari, Puteri Gunung Ledang (ASWARA), Newsies
the musical (ASWARA), Macbeth, Teater Devise Eskapis, PEON dengan Kerjasama
dengan Five Arts Center dan pernah menjadi pelakon utama di Impression Series,
Encore Melaka arahan Wang Chaoge.

Esham P E N G U R U S K O S T U M

Shamshuri atau Esham pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan
berpengalaman mengendalikan dan menguruskan kostum persembahan dan
pementasan teater. Antara teater dan acara yang beliau terlibat adalah Bangsawan
Merong Mahawangsa, Bangsawan Zhou Si Anak Yatim, dan juga Fiesta Floria pada
tahun 2016.

Farid Hakimie P E N G U RU S S O L E K A N & TATA R I A S

Farid Hakimie merupakan jurusolek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau berpengalaman menjadi jurusolek dalam beberapa pementasan seperti
Bangsawan Zhou Si Anak Yatim (2017), Bangsawan Anak Raja Anak Papa (2015)
dan juga Bangsawan Mumtaz Mahal (2016). Beliau juga pernah menjadi jurusolek
rasmi Mantan Isteri Datuk Bandar ke 11.

Faez Malek

SEBAGAI AMIR HAMZAH

Faez Malek merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teater dengan
Kepujian. Beliau pernah menjadi pelakon dalam beberapa teater
dan filem seperti filem Banglo Seksyen 12 arahan Intan Ladyana
dan Dharma Nasution terbitan Prisma Pictures Sdn Bhd, Teater
Kandang yang diadaptasi dari Animal Farm arahan Omar Ali dan
karya Tan Sri Muhammad Ali, dan juga Teater Pawana Isabella
arahan dan karya Erma Fatima di Istana Budaya. Pernah mewakili
Malaysia ke Festival Arts Tokyo di Jepun dan China-ASEAN Theatre
Week di Nanning, China. Beliau juga merupakan Penerbit Eksekutif
bagi teater Tanah Akhir Ku di Istana Budaya.

Mior Ahmad

SEBAGAI KADIR JABUN

Mior Ahmad adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Lakonan di
ASWARA. Pernah berlakon dalam beberapa pementasan teater
seperti Berani Mati di Universiti Malaya,Asiah Samiah di ASWARA,
Dusta Pada Skala 1-10 di Padang Merbok ASWARA, dan Insan di
ASWARA. Beliau juga pernah menjadi pengurus pentas dalam teater
Tanah Akhir Ku di Istana Budaya.

Dekna Sheikh Faisal

SEBAGAI PUTERI ANUM

Dekna Sheikh merupakan graduan Diploma Teater di ASWARA
dan berpengalaman melakonkan beberapa watak dalam beberapa
pementasan. Antara pementasan yang beliau terlibat adalah Peta
Asrama Ra Nor tahun 2021, teater Tan Sri Tuah, dan juga teater
Bollywood Dreams

Eijat Ashari

SEBAGAI SULTAN SURIANSYAH

Eijat merupakan lulusan Ijazah Sarjana Seni Kreatif di ASWARA,
dan bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Teater di ASWARA. Beliau
telah memenangi beberapa anugerah sepanjang penglibatan beliau
dalam pementasan teater seperti Best Ensemble Performance di
BOH Cameronian Art Award (2002), Audience Choice Award for
the Best Play Alang Rentak Seribu (2003), Light & Easy Audience
Choice Award for Theatre Alang Rentak Seribu (2003), dan telah
memenangi anugerah Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik dan
Johan Keseluruhan Festival Teater Universiti Malaya (2011).

Noor Jannah

SEBAGAI PERMAISURI

Noor Jannah binti Atan atau dikenali sebagai Jannah Atan merupakan
bekas Artis Budaya profesional Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Mula menceburkan diri dalam teater pada tahun 2010. Bakatnya
mula mendapat kepercayaan daripada pengarah Kusyairi dalam
cerita Dendam Tentari sebagai adik kepada Tentari. Pelbagai watak
telah dilakonkan sehingga menjadi Sri Panggung dalam pementasan
Bangsawan Anak Raja Anak Papa & Bangsawan Mumtaz Mahal
dibawah arahan Dr. Marlenny & Allahyarham En. Nasri Ayob dan
kini memegang watak sebagai Permaisuri dalam pementasan teater
Bangsawan Si Miskin Menjadi Raja dibawah arahan Dr. Marlenny.

Zafran Hisham

SEBAGAI ARJUNA MUDA

Zafran Hisham adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda
Drama di Universiti Malaya dan pernah memenangi Juara Festival
Teater MAKUM dan juga tempat ketiga Festival Teater di UITM.
Selain itu, beliau pernah mengarahkan filem pendek, dan pernah
memegang watak utama dalam Teater Badut dan Bangsawan
Hikayat 1001 Malam.

Syafiq Ahmad

SEBAGAI BENDAHARA

Syafiq Ahmad merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Drama di
Universiti Malaya. Pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki
Terbaik KARVITER Universiti Malaya, beliau juga merupakan salah
seorang pelakon dalam teater “Namaku Asih” yang dipentaskan untuk
hari mengingati Khalid Salleh. Beliau juga pernah terlibat sebagai
pemuisi sempena Malam Warisan Kinabalu Universiti Malaya.

Griffin Robert

SEBAGAI ORANG KAYA ALIUDDIN

Griffin Anak Robert Jawas atau lebih dikenali sebagai Griffin Robert
merupakan alumni Fakulti Tari Aswara berasal dari Serian , Sarawak.
Insan pertama yang mencungkil bakat lakonan teater bangsawan
beliau adalah Allahyarham En M.Nasri Ayob dan Dr Marlenny
Deenerwan di dalam pementasan bangsawan Hikayat 1001 Malam.
Sejak dari itu beliau banyak bekerja di bawah arahan Dr Marlenny
dan pernah memegang watak utama sebagai “ Tom Canthy” di dalam
pementasan teater bangsawan “Anak Raja Anak Papa”.

Sam Aziz

SEBAGAI TABIB DIRAJA & ORANG KAYA KHALID

Sam Aziz merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
Teater Lakonan di ASWARA. Pernah memegang beberapa watak
dalam beberapa pementasan seperti “Muzika Uda dan Dara di
Padang Merbok Kuala Lumpur sebagai Pemuda, Teater Asiah
Samiah di ASWARA bersempena Jubli Perak ASWARA yang ke-25
sebagai watak Pembantu 1, dan Teater Eksperimental “Simpang 11”
memegang watak sebagai Akhbar.

Jai Ijol

SEBAGAI JABUN

Merupakan alumni Fakulti Tari Aswara dan berasal dari Kabong
Sarikei Sarawak .Zainorin Tulijol atau lebih dikenali dengan
nama pentas jai ijol banyak melibatkan diri di dalam pementasan
bangsawan setelah menyertai Kumpulan Kesenian Kebudayaan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan banyak bekerjasama dengan
Allahyarham M.Nasri Ayob dan Dr Marlenny Deenerwan di dalam
pementasan Siri Bangsawan . Antaranya ialah Bangsawan Hikayat
1001 Malam, Bangsawan Anak Raja Anak Papa,Bangsawan Zhou Si
Anak Yatim dan Bangsawan Mumtaz Mahal

Atiqah Abu Bakar

SEBAGAI MARIAM

Atiqah Abu Bakar menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah
Sarjana Muda Lakonan di ASWARA dan kini bertugas sebagai
pensyarah sambilan juga di ASWARA. Pernah tercalon sebagai
Pelakon Terbaik dalam BOH Cameronian Arts Award 2019, beliau
juga telah melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai pementasan
seperti Teater Nisya Khaleed (2018-2019), Tales From The Bedroom
(2016) dan Asiah Samiah (2020).

Azwan Ahmadi

SEBAGAI SEMAN

Azwan merupakan lulusan Diploma Teater Lakonan di ASWARA.
Pernah berlakon dalam beberapa pementasan teater sebagai
pelakon pembantu seperti teater Asiah Samiah, Teater Angin Dewa
Muda sempena Festival Teater Kelantan, dan Teater Sirih Bertepuk
Pinang Menari.

Iqtiman Azmi

SEBAGAI HARUN

Iqtiman Azmi merupakan lulusan Diploma Teater ASWARA dan
pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teater di ASWARA.Pernah
terlibat dalam beberapa pementasan teater seperti teater moden
Sampai Bila, Teater Kanak-kanak Hikayat Sebuah Pengembaraan,
Teater Mahsuri, Teater Sirih Bertepuk Pinang Menari, dan juga
filem pendek bertajuk Katakan.

Ash

SEBAGAI PENGAWAL 1

Muaz Afiq atau nama pentasnya Ash, adalah seorang pelajar Ijazah
Sarjana Muda Drama di Universiti Malaya. Aktif dalam tarian, beliau
pernah menjadi juara pertandingan tarian tradisional peringkat
kebangsaan, terlibat dalam tarian sempena Merdeka serta acara
pembukaan Sukan Sekolah Asia. Beliau berpengalaman menjayakan
teater Peristiwa Di Zoo di Universiti Malaya.

Nan Rozlan

SEBAGAI PENGAWAL 2

Muhammad Faroz Anand atau dikenali sebagai Nan Rozlan
merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Drama di Universiti Malaya.
Berpengalaman menyertai persembahan dikir barat di peringkat
negeri pada tahun 2015 dan mendapat tempat pertama. Beliau juga
pernah meraih tempat kedua dalam pertandingan nyanyian pada
tahun 2017. Pada 2021, beliau telah menjayakan teater berjudul
Peristiwa Di Zoo di Universiti Malaya.



Kumpulan Produksi P E L A KO N Faez Malek, Mior Ahmad,
Dekna Sheikh Faisal, Eijat Ashari,
PENERBIT EKSEKUTIF Noor Jannah, Zafran Hisham, Syafiq
Ahmad, Griffin Robert, Sam Aziz, Jai
Dato’ Dr. Faridah Merican Ijol, Atiqah Abu Bakar, Azwan Ahmadi,
P E N G A R A H A R T I S T I K Joe Hasham OAM
Iqtiman Azmi, Ash, Nan Rozlan
PENGARAH / PENULIS SKRIP
P E M U Z I K Azrie, Nanie, Rais, Rudy,
Lenny Erwan Safian, Shamsul, Sukhairi, Zainal Abidin

PENOLONG PENGARAH / JURULATIH LAKON P E NA R I Intan Rafini, Intan Rafida,
Muhamizah Mohammed, Norazlia,
Adie Yusoff
P E N G A R A H M U S I C Ayop Azril Shima & Wan Farahani

K O R E O G R A F E R Dikwan klpac
S I N O G R A F E R Yusman Mokhtar
G R O U P G E N E R A L M A N A G E R Ian Chow
P E R E K A T I R A I Azim Halim
P E R E K A S E T & P R O P S Along Hazirin GENERAL MANAGER (MARKETING

P E R E K A C A H AYA Nawfal Zamri C O M M U N I C AT I O N S ) Ang Yue May

PENOLONG PEREKA CAHAYA ASSISTANT GENERAL MANAGER (THEATRE &

Hamdan Ammar, Mockyonfire T E C H N I C A L M A N A G E M E N T) Lawrence Selvaraj
P E N ATA A N B U N Y I Race
ASSISTANT GENERAL MANAGER (ADMIN,
PENGURUS SOLEKAN & TATARIAS
F I N A N C E & P R O D U C T I O N ) Easee Gan
Farid Hakimie T E C H N I C A L M A N A G E R Mike Thomas
TECHNICAL SUPERVISOR Mathanakumar Murthi
PEMBANTU JURUSOLEK & TATARIAS T E C H N I C I A N Mohd Helmi Md Khairi

Shazyrill, Sobie & Hada FRONT OF HOUSE & THEATRE SUPERVISOR
P E N G U R U S K O S T U M Esham
Ray Vincent Kassim
PENOLONG PENGURUS KOSTUM
PRODUCTION STAGE MANAGERS
Fieza, Eyzansalman
Catherine Lee, Yeo Kok Wei
PENOLONG PENGURUS SET
PRODUCTION ASSISTANT & ACADEMY ASSISTANT
Along Burhan, Zaino, Shahrul Sahee,
Alep Bob, Manja, Mya, Baim Hendrix Heng
J U R U V I D E O Khairil M. Bahar P U B L I C I T Y & M A R K E T I N G M A N A G E R Maggie Ong

P E N G U R U S P R O D U K S I Syahida Pauzi S E N I O R A R T D I R E C T O R Joel Wong
C R E AT I V E P R O D U C E R Coebar Abel
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI P U B L I C I S T Vishallini Vikram Gopal
B O X O F F I C E S U P E RV I S O R Jennifer John
Nina Fariza BOX OFFICE EXECUTIVE Vaideggy Vijayasagaran
P E N G U R U S P E N TA S Adeeq Amalyna A S S I S TA N T A C C O U N T M A N A G E R Esther Kuan

PENOLONG PENGURUS PENTAS 1 HEAD OF ACADEMY & ADMINISTRATION

Aroha Ibrahim Yusintha Zemira

PENOLONG PENGURUS PENTAS 2 ADMIN EXECUTIVE & PERSONAL ASSISTANT

Ridhuan Jul T O A R T I S T I C D I R E C T O R Farah Nadia

PENOLONG PENGURUS PENTAS 3 SECRETARY TO EXECUTIVE PRODUCER

Hazmi Faiz Darlena Tong
M A I N T E N A N C E M A N A G E R Sathish Kumar
KREW PENTAS & TEKNIKAL M A I N T E N A N C E S U P E RV I S O R Selva Rajoo
S E C U R I T Y M A N A G E R Mahendra Karuppiah
Arief Daniel, Atiqah Hamdan, Afiq Syo,
Aiman Haiqal, Farina Shamsul, SECURITY SUPERVISOR

Fathi Aiman, Hafiza Husna, ImanMar, Balasubramaniam Ganapathy
Nicole Jay, Syafika Mokhtar
SENIOR SECURITY OFFICER

Shandre Sakran Kumaravale
S E C U R I T Y O F F I C E R S Balasivasubramaniam
Arunasalam, Jayaganesh Ramankrishnan,

Nadarajan Maruthamuthu

Penghargaan

Persatuan
Cintai Rasulullah

Pada tahun 1989, pasangan suami isteri, Dato Dr. Faridah
Merican dan Joe Hasham OAM bersama menubuhkan
The Actors Studio (Malaysia) didedikasikan untuk
memupuk kesenian Malaysia.

Mereka telah mendidik dan mengasuh banyak artis,
mencipta sebuah rangkaian dalam ruang teater dan
memperkaya kehidupan dengan meningkat jangkauan
dan akses kepada seni.

Sehingga kini, The Actors Studio telah menubuhkan
tujuh buah pentas seni dan mempersembahkan
pelbagai produksi yang memenangi ratusan anugerah
dan menghiburkan lebih 1 juta orang di seluruh dunia.

The Actors Studio juga telah berganding bahu dengan
Taylor’s University telah melancarkan TUTAS, iaitu
sebuah program ijazah seni persembahan konservatori
pertama di seluruh Malaysia dengan tujuan untuk
memupuk bakat kreatif dalam kalangan generasi muda.

PIHAK MEDIA Mekar Budaya merupakan sebuah kumpulan kesenian
yang bergerak secara aktif sejak 16 Ogos 2002 dalam
Eksentrika aktiviti seni persembahan khususnya di Kuala Lumpur.
Femagonline Kumpulan ini pada asalnya diterajui oleh allahyarham
Getaran, Malaysiakini, M.Nasri Ayob dan Dr Marlenny Deenerwan.
Sinar Harian
Sin Chew Daily Objektif kumpulan ini ditubuhkan adalah sebagai
platform kepada graduan seni persembahan untuk
TraxxFM berkarya selepas menamatkan pengajian. Mekar
Budaya begitu dikenali dengan penglibatan aktif dalam
JURUGAMBAR kegiatan Festival Teater (negeri dan kebangsaan) dan
sering meraih anugerah dalam penyertaan mereka.
Achu Zul Mekar Budaya juga aktif menerbitkan pementasan
leggoshoot teater moden dan juga Bangsawan.

Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ahli media,

sukarelawan, jurugambar,
krew dan semua yang telah

membantu produksi ini!








Click to View FlipBook Version